Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Monday, May 25, 2009

Malas rasanya nk update blog

Nampaknya aku masih belum punya waktu untuk membuat update blog ini. hanya sekadar buat ape yang patut je. sejak ni cuti ni, aku hanya memhabiskan masa dengan melayan kerenah adik di rumah. namun demikian, aku ada beberapa kisah yg aku nk kongsi bersama anda semua, kisah diwaktu cuti...

nantikan kisahnya2.....

Friday, May 15, 2009

coretan ringkas dari aku

Kembali menulis...

sudah hampir seminggu tidak menulis diruangan ini. kini aku kembali menulis dalam jangka masa yg singkat, aku hanya mampu menulis sekadar yg mampu. InsyaAllah aku akan membawakan beberapa persoalan dari desa tercinta dari kaca mata politikus desa yg memperjuangkan parti mereka.

Banyak perkara yg aku mahu berkongsi kepada anda semua...semuanya akan kembali tertulis dalam laman blog aku ini.

Ilmu itu menjadi keperluan hidup, di saat ini aku ingin mengucapkan:

selamat Hari Guru kepada semua guru2 di Malaysia dan juga kepada semua guru2 yg telah mnegajar aku menjadi insan yg menghargai ilmu.

tanpa Guru, siapalah aku.

Terima Kasih kepada semua guru-guruku.

16 Mei adalah hari guru Peringkat Kebangsaan...



fathiadha.blogspot.com

Saturday, May 9, 2009

Pengumuman

Blog ini akan mengalami kekurangan keaktifan dalam mengemaskini data dan post. ini disebabkan oleh owner akan pulang ke rumahnya..

sekali lagi mohon maf atas keadaan ini...

"semoga berrjaya menempuhi kehidupan yg makin mencabar"




fathiadha blog...

Tuntutan Elaun Sara Hidup (COLA)

Tuntut jangan tak tuntut..


PENGUMUMAN BARU OLEH PM Baru (elaun sara hidup)

PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am...

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat bertugas)

dan...

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/


100 penutup botol Coca-Cola.... ....Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!

Dah! Pergi sambung kerja..... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk.....


(Ini adalah ruangan santai...)

ingin meninggalkan KIY...

peperiksaan telah berjaya di sempurnakan pada jam 11 pagi (8/05/09). sejarah aku telah bermula (walaupun dah mula masa dulu2 lagi).. sejarah aku pada kali ini adalah akan akan meninggalkan KIY utk pulang bercuti di kampung halaman (ayat mcm tak penah cuti, haha)...InsyaAllah..


Selamat bercuti dan selamat berjaya dlm ape jua cabaran yg ditempuhi...

Fathiadha Blog's...

Wide Field menanti aku...atau aku yg menanggu Wide Field???

Sejarah itu kehidupan...

Sejarah itu kehidupan... segala yg berlaku dlm hidup kita, hidup org lain, hidup jiran kite, hidup sesape shj akan menjadi sebagai sebuah sejarah kehidupannya.. sejarah yg pling agung adalah peristiwa yg melibatkan ramai pihak dan pelbagai macam keadaan... sejarah di cipta kepada manusia bukannya untuk di jadikan unsur mengagung-agungkan atau unsur riak atau menunjuk-nunjuk. sejarah dicipta utk umat manusia adalah tidak lain dan tdk bukan utk mengajar manusia itu ke arah yg lbh baik. sejarah itu kehidupan yg lps, walau sesaat yg lepas, ia tetap sebagai sebuah sejarah...namun penilaiannya adalah terletak pada harga peristiwa tersebut.

sejarah bukannya suatu perulangan dan sejarah tidak akan berulang...yg lepas tetap lepas, yg akan datang belum tentu lagi dapat diduga. Namun sering kali pihak2 tertentu menyatakan bahawa sejarah itu berulang.... sejarah tetap tidak akan berulang...yang berulang itu adalah peristiwa. peristiwa merupakan kejadian yg berlaku dlm tempoh masa tertentu dengan melibatkan beberapa orang manusia atau tokoh.

Peristiwa bencana alam seperti banjir yg sering kali berlaku dikatakan sebagai peristiwa sejarah. Banjir atau musim tengkujuh di pantai Timur Semenanjung saban tahun akan berlaku di kawasan yg sama, dengan melibatkan orang-orang kampung yg sama. Walaupun berlaku perulangan, tempat yg sama, org (peduduk yg sama), musim (tengkujuh) yg sama... namum hakikatnya, sejarah itu tidak akan sama... masa berlaku (time frame) adalah tdk sama.. itulah yg membezakan peristiwa sejarah...

Sejarah itu adalah satu permulaan ke arah kehidupan yg lebih baik...

fathiadha blogs....

Perjalanan akan bermula kembali..

Akhirnya aku akan meyambung perjalananku. Aku akan travel utk pulang ke rumahku.. mengikut rancangan awal, aku akan meneruskan post "perjalananku" kisah2 perjalanan ku dari aku tak de kerja hingga aku ada keja...(student la)...

Travel adalah minat aku dan aku menang suke travel...tak kiralah ke mana sahaja, janji tak de masalah...hehe.. kisah blog post "kisah perjalananku" akan kembali bersemai dlm blog ni...tp kisah ceritanya aku tak pasti smpai brape bahagian lg.. aku berminat menerokai beberapa buah negeri lagi... emm.. masih dalam planing...klu ada rezeki, ada la...

Apa2 pun kisah perjalanan akan menjadi menarik sekiranya aku akan ke sebuah tempat tinggalan sejarah "kawasan yg kaya dgn segala macam harta pusaka negara"...


sejarah akan tercipta dikala bermulanya hari ini...

fathiadha blog...

Friday, May 8, 2009

Akhirnya....abis jugak exam...

penderitaan yg terlalu lama utk habiskan exam... betapa semua member ramai dah balik... akhirnya aku berjaya abiskan exam gak td.. walaupun dengan tdk beberapa best jawab paper td, tp seronoknya ada...hehe

ape2 pun semoga rakan2 seperjuangan mendapat keputusan yg cemerlang...lps ni tggu resut la pulak...

emmm.. ape planing pas ni lak... nk teruskan bt ape yer?? huhu.. balik umah?? kerja?? melancong?? atau ganti hobi lama....tido...huhu

perkara tu kena pk kemudian, yg penting...hari dah abis paper...

keseronokan yg tak terhingga...


fathiadha blog

Thursday, May 7, 2009

Menunggu Waktu

menunggu waktu abisnya exam... hari esk (jumaat) adalah last paper... walaupun paper hari ni agak bangan sedikit (tak best la) sebab terasa ada kesusahannya.. pastu dengan feeling yg tak menarik gak... huhu..tapi tak pe... tggu esk...esk dan Final paper...

kenapalah diciptakan makhluk beranama exam nie... huhu... tergangu planing nk balik umah... ape2 hal pun, semoga esk dpt jawab dgn cemerlang dan jayanya...harap2 la..

"Ingatlah wahai teman2, bahawa exam itu dicipta utk kejayaan, bukannya utk membebankan"
(betul ke??? kira betul la...hehe)

Kepada rakan2 seperjuangan, semoga berjaya menempuhi paper Sejarah Asia Pasifik, semoga anda diberkati Ilahi... selamat maju jaya...

"kejayaan itu dicipta utk org2 yg berusaha ke arahnya"


fathiadha blogs

Wednesday, May 6, 2009

Arsenal VS Man Utd

Malam hingga pagi....

malam ni aku g tgk bola di restoran Azura seksyen 3, Bangi... segala macam restoran yg ada paparan bola pd malam ni dipenuhi dgn manusia... bertemankan member depan bilik, aku akhirnya keluar juga tgk bola, walaupun td aku merangcang utk tido..huhu

perlawanan yg menarik dan best, membuatkan aku tdk jemu menonton...haha.. Arsenal menganas bagai nak rak dan minit2 ke 10 dpt saksikan gol dari Man U....dengan canteknya gol pertama dan kedua dijaringkan oleh Man U shgga separuh masa pertama berakhir dgn kiraan Arsenal 0 - Man U 2....

separuh masa kedua....masuk lak gol ke-3 dr Man U... pastu Arsenal dapat sepakan penalti (dikasari tuu) dan berjaya disempurnakan... Result akhirnya (Arsenal 1 - Man U 3) pasni tgk Man U dlm Final lak..hehe.

malam dah jd pagi, huhu, pasni kena la study lak, sambil2 tunggu subuh...

esk punya game, rasanya tak sempat nk tgk la, sbb ada exam... huhu..




fathiadha blog....

Kenaikan yuran kolej, benarkah??



SALAM...


akhbar Kosmo pada 5 Mei 2009, menyatakan bahawa harga yuran kolej UKM akan diselaraskan. sejauhmanakah benarnya kenyataan akhbar ini?

Menurut Timbalan Presiden PMUKM dan wakil PMUKM yg telah berbincang dengan Y. Bhg Dato' TNC, maka hasil bacalah petikan ini

"Y. Bhg. Dato' TNC menafikan akan war-war yang menyatakan bahawa yuran kolej UKM akan dinaikkan dari RM490 kepada RM600. Y. Bhg. Dato' TNC telah berjanji tidak akan menaikkan yuran kolej tanpa ada sebarang perbincangan dan keputusan daripada Majlis Pengurusan Universiti (MPU) dan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM)." (di ambil dr blog Nota Sarfa)

sekiranya dlm anda sangsi denga perkara ini, sila kemaskini yuran penginapan anda pada semester depan, sekiranya ada kenaikan....kita buat usul baru...


"Mahasiswa penjana Pembangunan Modal Insan"


fathiadha blog's

Tuesday, May 5, 2009

membalas Tag Dari Bie...

Tag Dari Bie...


ARAHAN:
1) print screen current wallpaper. tekan ctrl+prnt scrn
2) bg sebab kenapa suke wallpaper anda (kertas dinding)
3) tag orang lain
4) that all

......my wallpaper......



inilah walpaper yg tersedia ada di leptop ku...
kenapa ye aku menyukai this wallpaper???

sbb.....

1. Inilah wallpaper yg pertama & sehingga kini slps leptop di format...
2. wallpaper ini Husaini yg letakkan...(my friend)
3. menunjukkan keindahan alam dlm pelbagai kawasan & ruang waktu
4. juga minat aku dalam bab ini (amek gambar berkaitan ini)
5. Keindahan ciptaan tuhan pd gambr2 itu....

orang yg aku tagged:
...
...
...
...
...

...tak de la.. malas nk tag utk org len...

*sesape yg berminat, boleh buat...kongsi wallpaper*
*sgt digalakan*
*tiada unsur paksaan dan seangkatan dgnnya*






Fathiadha blogs..

Monday, May 4, 2009

Utk seorang kawan.....

Tag dari Akma....


upload a favourite picture of you:

give three reason why you like this picture?
1. gambar ni kami lepak sama2...sambil tggu bas
2. kenangan di waktu senja
3. tajuk pic ni :termenung bersama...

when was the last time you eat pizza?
kt pizza Hut, Alamanda... ngn member2..

the last song you listen?
lagu nasyid...lupe lak...byk sgt dgr....

what are you doing now besides this?
study utk exam

what name you prefer besides yours?
Fathi Adha....(still my name)

people to tag:
takde.....tak suke tag org len...hehe



*kalau sesape berminat di tag, buat sendiri la....



sebenarnya tag ini dibuat kerana diriku telah di tag oleh beliau....


fathiadha blogs

Analogi Sebuah Jawapan...

Bukan satu jawapan...

Hari ini agak sukar dilalui dengan satu paper yg memeningkan kepala... ape tdknya, Paper "suprise".... Suprisenya terletak pd apa yg di beritahu oleh lecture, tdk semestinya akan masuk exam... bagi mereka yg dah biasa dgn "sikap Lecture itu," maka mereka tdk akan percayakan bulat2 kate2nya... namun bg student yg baru kenal, maka mereka terpaksa mnghadapi saat suprise... akhirnya saat suprise berakhir pd jam 3.30 ptg, dengan lafaz bismillah, paper Sejarah Kebudayaan Nusantara di buka....

Perkara pertama terfikir di mindaku adalah "tak de soalan lain ke???" dan perkara kedua yg terlintas difikiran adalah "suprisenya tetap ada"...huhu..

oleh itu terpaksalah menajwab dengan apa yg mampu...(lupe nk bawa kuali dan minyak, tak leh goreng sgt)...

ape lagi, celebrate ler lps exam di sebuah kedai makan minum, Bangi... (utk ilangkan stress je)



fathiadaha....

Saturday, May 2, 2009

Santai.....3

Citer 1:

Rizal telah menerima panggilan telefon dari seorang yang tidak dia kenali..

Penculik: Saya telah menculik anak kamu! Kalau kamu mahu dia selamat, serahkan wang tebusan sebanyak RM 1 juta sekarang juga.

Dengan ragu-ragu Rizal menjawab.

Rizal: Tapi encik, saya belum ada anak, Kahwin pun belum lagi.
Penculik: Kalau macam tu, kamu siasat anak siap yang telah saya culik dan wang tebusannya kita kongsi dua. (Jawap penculik tanpa rasa bersalah.)



Citer 2:

Ada 2 lelaki Asing (dr Eropah), datang ke sebuah bandar di Malaysia. bagi memudahkan urusannya, mrka menyewa sebuah kerata. Sesampai di bandar, mereka mencari kawasan parking, tetapi tidak juga jumpa. Akhirnya lelaki itu bosan dgn situasi itu dan maka mereka berhenti di sebuah kedai hardware dan bertanyakan di mana boleh parking kereta.

1st man : sir, where is car park?

Pekedai: kapak?? Ada2 kejap (dia masuk ke dlm kedai dan mengambil sebilah kapak), ini dia! (pekedai itu tdk reti bahasa Inggeris)

2nd Man: no!, no!, no!. we want park my car, where should I park?

Pekadai: aku jual kapak dan brg2 lain je, boleh pilih, harga boleh runding... cuba tgk dlu...

1st man : (tak paham ape2) Huh! I want parking my car!..

Pekedai: cakap la parking, sini tak leh parking.... sana boleh (menunding ke arah sebuah bangunan)

1st man: okey sir, thank u.

Pekedai : same-same.... pastu pekadai itu menggaru2 kepala tak gatal “cari kapak ke cari parking???


..

Friday, May 1, 2009

Santai.....2

Lewat atau Malas

Hari ni merupakan hari pertama pada bulan ni, jd utk tunjukkan semangat kerja (setelah 3 kali di beri warning krn lewat) maka Azroy bgun awl pgi, utk ke tempat kerja.

Sdg dlm perjalanan, dia melihat keadaan jln tdk sesibuk spt biasa...tanpa berfikir panjang, beliau terus ke pejabat.

Sesampai di pejabat, tiada pekerja lagi sampai, so beliau berfikir, "aku sampai awal, org len tak sampai lg". Jam menunjukkan kul 8.00 pagi, tp pejabat masih tak de org. Dia mula hairan dan pergi keluar pejabat sekiranya ada notis cuti.

“Tak de plak notis” Azroy masih hairan. Pastu lalu la seorang Mamat jual paper, so ape lagi dia beli la paper 2...

Di atas paper itu tertulis “selamat Menyambut Hari Pekerja” dari kami untuk semua pekerja di Malaysia...

Mula la Azroy garu kepalanya yg tak gatal, rupenya hari ni cuti....ish3 (macam mane boleh tak perasan nie)



Selamat Hari Pekerja Kepada Semua Pekerja dan juga Pembaca Blog..

fathiadha blog

Analogi Sebuah Permainan

Futsal : Bhg 2, Sukan Perpaduan

semasa kami seronok bermain futsal, walaupun nama2 besar KIY tak de, tp tetap main jugak la. dalam team kiteorg ada campuran Melayu dan India. kteorg maen cm biasa je.. layan...

masa tgh syok main, datanglah sekumpulan mahasiswa India utk main sama, sedangkan kteorg masih nak maen futsal... ada la sorang member ni bg cadangan kite sama2 maen, caranya boleh kite gunakan renew pemain berdasarkan rekod menang kalah.

Situasinya mcm ni:
muncul 3 team, 1 team Mahasiswa Melayu, 2 team Mahasiswa India. oleh itu kami membuat peraturan "sekiranya Team A dan B yang sedang bermain dibolosi, maka team C akan mengantikan tempat team tersebut yg dibolosi, dan keadaan ini berterusan sehingga team mane yg penat dan tak nak main"

perlawanan begitu meriah dan menarik, masing2 tak nak kalah, atau tak nak di bolosi. Namun adat permainan ini kekal sama, mesti ada kalah menang, jadi pertukaran team itu berlaku, selepas itu berlaku lagi, lagi dan lagi.... sehingga satu tahap, kami dah penat, sakit dan nak balik tido..

Analogi yg hebat utuk sebuah sukan yg kecil tapi besor mutunya. Apa yang best adalah kesepaduan antara pemain dalam pasukan.

sukan perpaduan, Praktikal yg cemerlang!



fathiadha

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails