Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Tuesday, June 23, 2009

Blog Ini akan mengalami kekurangan Update

Rehatkan Minda di Kampung Halaman!

Sudah lama aku berjalan merentasi beberapa buah negeri di Malaysia, kini tiba masanya aku pulang ke Kg Halaman...

oleh itu, blog ini akan turut sama akan mengalami kekurangan update kerana aku akan pulang ke kampung halaman. di sana utk dapatkan internet agar sukar. Oleh itu blog ini tidak akan dpt update yg selanjutnya..
sekian,



Today at Petaling Jaya,

Temorrow at
Wide Field...

InsyaAllah...


fathiadha.blogspot.com

Kenangan Bersama...

Gambar kenangan bersama

Bekerja sambil lepak2 dan makan2....bagi mengisi perut (khusus kpd mereka yg sggup tak tido mlm)


(1st Time sampai)

(hari terakhir di SK Sri Kerian)


antara wajah2 yg turut sama membantu menjayakan program tersebut. kepada yg tdk termasuk dlm gambar harap maaf krn masih belum terima gambar program secara keseluruhannya.

kpd yg terlibat baik secara langsung mahupun tdk langsung, maka diucapkan ribuan terima kasih. jasamu di kenang.


fathiadha.blogspot.com

Monday, June 22, 2009

Entry Ini tidak ada Tajuk Khusus

Aku tidak dapat memikirkan tajuk yg sesuai untuk Entry ini, aku tidak tahu kenapa aku gagal mencari tajuk sesuai utk mengisi tajuk Entry ini. tetapi aku tahu bahawa blogpost ini adalah khas utk kawan2 aku yg telah sama2 membantu aku menjayakan program Motivasi di Perak. Oleh itu terciptanya Entry ini adalah utk perkongsian rasa terima kasih dari aku kepada mereka semua.







Kejayaan Milik Semua


Program Motivasi di SK Kerian dan Rumah Budi Mulia Nurul Huda, telah selamat di jalankan... kepada semua yg terlibat sangat2 kuucapkan terima kasih.. sesungguhnya kejayaan dan kehangatan program tersebut adalah kejayaan anda semua (org yg terlibat menjayakannya), aku hanyalah sebahagian daripada kumpulan itu. sesungguhnya, aku hanya menjayakan berdasarkan apa boleh aku lakukan. terima kasih kepada semua kawan2 sekalian.

Perjalanan yg masih jauh telah aku lihat dari perspektif masa (kini) aku sedar, maka aku kata, perlu ada satu matode atau kaedah yg sesuai mencapai satu tahap yg terkehadapan. Program yg telah berlangsung selama 3hari 2mlm itu cukup memberi aku kesedaran, bahawa masih ramai lg pelajar di luar sana (luar alam kampus) memerlukan satu macam motivasi ke arah kecemerlangan dirinya... kecemerlangan yg di perlukan adalah kecemerlangan mindanya agar terbebas dari kepompon kawasannya.

Oleh itu, peluang yg di berikan kepada selaku ketua Fasilatator program tersebut, telah aku jalankan dgn sepenuh perasaan dan aku telah cuba segala2nya utk merubah minda pemikiran anak bangsa yg aku cintai. Dgn pengalaman yg aku miliki, aku telah cuba sedaya upaya menjadikan program itu sebagai sebuah program yg paling berkesan dlm sejarah aku menjayakan program...

Namun kejayaan yg aku capai itu, bukan lah begitu besar sekiranya tidak ada sokongan moral dan fizikal, dorongan serta kritikan daripada rakan2 sekalian. tanpa mereka, aku tdk akan mampu menjayakannya program tersebut dgn sepenuhnya.

Terima Kasih yg tidak terhingga kepada semua rakan2 yg menjayakan program tersebut!! semoga Tuhan mampu membalas jasamu...


Semoga pengalaman tersebut menjadi kenangan yg terindah buat kita semua...(sahabat)


Friends Remind Never Can End!!!





Ikhlas daripada :

Muhammad Fathi Adha bin Muhammad Farid
UKM, Bangi.

fathi_mpiy@yahoo.com
(YM, My Space, Facebook, Tagged)


fathiadha.blogspot.com


Saturday, June 20, 2009

Baki yang masih berbaki.....

Baki yg masih tggl utk aku, aku hanya perlu menyiapkan beberapa item (perkara) sebelum matahari naik. Aku tahu, tanpa tido yg cukup, aku tdk mampu mengawal diri ku, oleh itu aku terpaksa menyiapkan task aku buat saat2 akhir ini.

Aku telah di amanahkan supaya menjadi ketua Fasilitator bg program motivasi di Sek. Keb. Sri Kerian, Parit Buntar, Perak. Dengan berbekalkan pengalaman sebagai fasi, aku menggunakan peluang itu utk menjadikan program tersebut lebih berjaya....

Sesungguhnya jawatan itu aku menerima dengan penuh rela hati dan tanpa bantahan. Aku tahu, sekiranya aku berkata aku tidak bersedia, sampai bila aku akan tidak bersedia dgn keadaan aku itu. Aku tetap akan menjadi ketua pd suatu hari nanti (sama ada ketua keluarga @ pemimpin masyarakat). Hakikatnya, sekiranya aku tdk mahu melatihkan diri aku pd saat ini, maka aku adalah gagal di masa akan datang???

Aku memberanikan diri menerima jawatan tersebut...aku tahu tanggungjawab dan amanah yg terpaksa aku pikul dan perkara itu akan dipersoalkan di akhirat kelak... sesungguhnya tidak ada manusia di dunia ini yg tdk mempunyai tanggungjawab atau bebanan sewaktu hidup di dunia...

Aku perlu menyiapkan diri aku dan perkara2 yg berkaitan dgn program esoknya....bakinya cuma tinggal komitment dari diriku...

Semoga selamat dlm menjayakan program......

fathiadha.blogspot.com

Friday, June 19, 2009

kisah di sebuah Kedai

Makan malam di Bangi

Sewaktu aku dan Azani bru abis makan (dinner) kt restoran Azura Shell (Azura Lama), tiba2 aku terlihat sepasang couple kt blkang aku... mereka berdua memilih tempat yg agak suram (kelam) ala2 romantik.

Dalam hatiku, pasangan ni sungguh romantik, tp sewaktu mereka mula membuat pesanan (order) pasangan itu meminta menu (mungkin kali pertama dtg berdua kt kedai tu), aku melihat mereka berdua...tetiba aku melihat mereka terpaksa mengendap2 menu (kertas menu yg dibekalkan). Maklum lah, romantik tanpa candle light...

Soalan cepu mas : Breakfest pg ni kat mane???

Moral of the story : emmm... ada ker??


fathiadha.blogspot.com


fathi_mpiy@yahoo.com

Thursday, June 18, 2009

Satu Perjalanan

A Travel day:
Dari Kota Bharu Ke Bangi, UKM


Kota Bharu
Dlm kul 3.30 ptg, aku bersama dgn keluargaku keluar dari perkarangan rumah Tok Wan aku, selepas menghadiri kenduri kawen Ayah Su (adik bongsu emak). Kemudian, Abg Ipar ku tdk membawa kami pulang terus ke rumah, sebaliknya singgah di Pantai Irama Bachok, Kelantan utk bersantai dan rehatkan minda.


Pantai Bachok
Pantai yg menarik, dikenali dgn nama pantai Irama Bachok. Sesuai dgn panggilan itu, aku telah menghabiskan masa lbh krg 1 jam di situ, iaitu melihat2 sekitar kawasan pantai...

Kat Pantai ni, nk cuci mata pun susah, jd kami pandang laut lepas je lah...pas tu kira ombak, kira pasir2 kt tepi pantai serta melihat org2 yg berada di sekitar smbil menikmati aiskrem...


Jertih
Di Jertih aku tak de bt ape, just tggu bas utk ke KL pd mlm tu jugak... bas yg aku naik (sani eksperess) lewat dr jadual selama 1 jam (tah ape la yg diorang bt kt tgh jalan).
Walau apa pun, aku tetap naik bas tu gak...setia menunggu. Bass tersebut menuruskan perjalanan sehingga ke Hentian Putra, Kuala Lumpur.


Hentian Putra, Kuala Lumpur
Aku sampai dlm jam 5 pagi, masih terlalu awal utk solat subuh, masih terlalu awal utk ke rumah sepupuku, masih terlalu awal utk bt aktiviti ku. Oleh itu, aku hanya ber’sms’ dgn seorg kenalan baru (berkenalan dlm bas semasa perjalan ke KL).

Lama yg tdk berasa lama, krn sudah 5 lebih, hanya tggu azan subuh, kemudian solat subuh dan terus ke stesen Komuter Putra. Semasa di stesen itu, aku melihat sekeliling, begitu ramai manusia yg sedang menunggu hari siang. Aku hanya menunggu waktu subuh shj sblum meneruskan perjalananku..


Seri Setia (Petaling Jaya)
Sesudah solat subuh, aku membeli tiket komuter ke Seri Setia (kawasan plg hampir dgn rumah sepupu ku. Sesampai di Seri Setia, aku melihat kawasan yg begitu sunyi dan seperti tdk ada apa2. Kaunter perkhidmatan dan jualan tiket KTM Komuter pun tdk ada org jga, tertutup rapi. Aku rasa resah, seperti berada di negara asing.

Aku melihat seseorang sedang beli tiket menggunakan mesin tiket automatik, dlm tempoh 20 minit menunggu barulah sepupuku dtg dgn sebuah kreta. Tanpa melengahkan masa aku terus bergerak ke arah kereta tersebut. Semasa aku melalui mesing tiket automatik, tiba2 seorang lelaki bertanya kpd ku, “bang2, ada syiling tak, tukar singgit?”, aku mejawab “tak de” masa tu aku tdk mempunyai syiling sehingga seringgit, yg aku ada hanya 30 sen itu pun baki tiket dr KTM Putra – KTM Seri Setia.


Shah Alam
Jam 12 tgh hri aku dan sepupuku telah bertolak ke Shah Alam (rumah kakaknya). Di Shah Alam, begitu jauh dari bandar dan merupakan kawasan perumahan yg baru di buka. Aku melihat sekitarnya, kawasan rumah dan rumahnya yg begitu indah dan sangat tenang utk keluarga yg harmonis (memang best la tempat tu). Sebagai pelancong baru di kawasan tersebut, aku memuji kawasan itu sebagai tempat yg cantik dan eksklusif.


Kajang
Kemudian, pada jam 2 petang, aku telah pergi ke kajang (Gaint Kajang) tempat sepupuku menjalankan perniagaan (lot kedai telefon di Giant Hypermarket, dkt dgn Kolej Kemuniti Hulu Langat). Sempat juga aku melawat rumahnya yg terletak tdk jauh dari situ. Kemudian aku telah ke berputar2 sekitar Giant Kajang dgn membeli beberapa keperluan harian sebelum aku ke Bangi.






Bangi, UKM
Jam 8.35 malam, aku telah sampai ke UKM Bangi, aku ,melawat bilik kawan2 yg duk kt UKM. Kemudian aku melilau2 sekitar UKM. Tak lama lgi aku akan pulang ke kampung, hanya dtg ke KL utk kenal rumah baru (sepupu) di Shah Alam. Alhamdulillah, cita2 dan harapan tercapai, walaupun penat yg tak tau nk ckp ape...huhu..
DECTAR, UKM Bangi

Dlm masa 2hari, aku telah berjalan dari ke Kota Bharu, Bachok, Jertih, Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, UKM Bangi. Satu perjalanan yg memenatkan.


fathiadha.blogspot.com

Monday, June 15, 2009

Mencari Ilmu keradhaan Ilahi...

Membaca menambah ilmu!!

Membaca dapat menambahkan sedikit sebanyak ilmu. namun harus diingat, bahawa ilmu tidak hanya ada pada sebuah buku shj. ilmu itu bebas dan merata2. hanya perlukan masa utk menguasainya.




Definisi Membaca

Membaca ialah kebolehan menterjemah huruf2 dan ayat2 kpd makna supaya dpt difahami dan dihayati sebagaimana yg hendak disampaikan oleh penulis...(Raja Abdullah Yaakob 1984). Membaca juga juga merupakan proses yg kompleks krn meliputi kebolehan mendapatkan interpetasi drpd bhn yg dibaca (Safiah Osman 1990). Oleh itu pembaca adalah orang yg cekap dlm mendapatkan makna drpd teks yg dibacanya.


Mengapa perlu membaca??

Wahyu pertama yg diperturunkan oleh Allah swt kpd Rasulnya Muhammad S.A.W adalah IQRA, yg melambangkan Ilmu yg merangkumi makna membaca, mengkaji, menyelidik, bertakafakur, dan memahami.

antara pengajaran Ayat yg kita fahami melalui Iqra ialah
  1. Ilmu perlu dicari dan dipohon (doa) dan usaha manusia mencapainya adalah melalui pembacaan, pengkajian, penyelidikan, berfikir dan lain2 lgi.
  2. Ilmu tidak ada batas penghabisannya. penemuan sesuatu ilmu akan membuka banyak pintu ilmu lain.
  3. Pertambahan ilmu adalah perlu utk nenambahkan ketaqwaan kpd Ilahi....
Islam menyeru umatnya mencari Ilmu agar hidup tidak berada di dalam kejahilan. kehidupan tanpa pembacaan dan penghayatan budaya ilmu adalah satu kekurangan dlm kehidupan. oleh itu carilah ilmu sewaktu usia masih ada.

"tuntutlah ilmu hingga sampai ke liang lahad"

sesungguhnya, ilmu itu tidak ada pengakhirannya.

buku Mahasiswa Abab 21 merupakan sebuah buku yg menjadi bahan bacaanku, aku mula membaca buku ini sejak tahun pertama di Universiti lg. bagi aku buku ini sesuai utk mereka yg mahukan pembacaan ke arah bermotivasi. apa2 pun cubalah anda membaca buku tersebut...


fathiadha.blogspot.com

Wednesday, June 10, 2009

Memori bersama hanya tinggal kenangan...

Ini adalah sebuah kisah kehidupan.....

26 Mei 2009 merupakan satu tarikh yg penting dlm diriku. Aku telah kehilangan seorang kwn bt selama2.

Kehilangan seorang kawan

Gigitan nyamuk membangunkan aku di waktu tengah malam. Jam 1.09 am, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku melihat nombor telefon yang tertera, ternyata aku tidak mengenalinya. Lalu aku angkat dan terdengarlah suara seorang kawanku.

“Fathi, aku ni Adi, "SUDIN tak dok doh, kul 12 lebih tadi”
Aku hanya menjawab “innalillahiwainailahirajiun”,
Dia menambah lagi “esk dia sipe pas zohor, tolong bagi tau member2 lain”

Aku terasa bagi satu mimpi dan juga satu berita palsu yang aku terima. aku merasakan itu adalah satu gurauan, tapi siapa yg hendak main2 dengan perkara sebegitu?



Mengaharapkan kepalsuan berita!

5 minit pertama, aku tidak mempercayainya, kemudian aku menelefon kawan baikku yang juga kawan rapat arwah. Aku mendengar dia bercerita dengan suara yang sebak. Aku sudah tidak mampu lagi untuk menafikan diriku lg.

Aku kemudiannya menelefon sahabat2ku yang lain, yang mana aku terlintas di fikiranku terutamanya rakan sekalas aku dan juga sahabat2 arwah.

Sebelum aku melelapkan mata,aku masih teringat hari2 persekolahan aku dengannya, aku kerap kali study dgnya. Kadangkala keluar sama2 dgn nya.. dan juga kawan2 yg lain. Bagai semalam masih terasa.....



Kisah di Hospital

Pada jam 11 pagi, aku mengunjungi arwah di hospital, memandangkan pada masa itu beliau belum lagi di tahan di wad, hanya di ruangan menunggu bahagian rawatan pesakit luar. Aku sempat berbual dan bergurau senda dengannya, aku tidak tahu bahawa itu adalah kali terakhir aku boleh berbual dengannya.



Kronologi kisah tersebut

Arwah dikatakan deman sejak hari Sabtu, namun pada hari Ahad barulah beliau ke hospital. Selepas mendapat rawatan, beliau pulang ke rumah seperti biasa, namun disebabkan beliau tidak baik dari deman, keesokan harinya, (Ahad) beliau ke hospital secara bersendirian, tanpa ditemani oleh sesiapa pun.

Sewaktu di hospital, aku sempat melawatnya walaupun pada masa itu beliau masih lagi menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Kemudian beliau di masukkan ke wad, dalam perancangan aku dan kawan2 yang lain ingin melawatnya pada keesokan harinya (Isnin). Namun semuanya berubah apabila aku mendapat panggilan telefon pada jam 1.09am mengatakan bahawa dia dah “tiada”.
Keesokan harinya aku dan kawan2 pergi membuat melawat keluarga si mati.



Punca sebenar

Mengikut bapanya, punca sebenar kematiannya adalah di sebabkan sakit paru-paru iaitu paru-parunya telah rosak dan sudah tidak berfungsi lagi (berdasarkan x-ray yang dilakukan). Deman yang dialaminya adalah satu sebab untuk beliau ke hospital. Atau dengan kata lain itu adalah sebab untuk beliau ke hospital.


****************************************************************

Kisah ini hanya untuk dikongsi bersama utk sama2 kite memperingati bhwa yg hidup tidak selamanya hidup, yg kekal hanyalah Allah jua. Tidak ada yg mampu menghalang daripada takdirNYA. semoga rohnya dicucuri nikmat ALLAH swt.

Post ini sepatutnya telah lama aku tulis, tetapi aku tidak mampu menulis...hanya ingatan dan gambar menjadi memori kita bersama...

Monday, June 8, 2009

Bahaya di persekitaran....

Seri Setia

Sebuah Stesen Komuter di kawasan Petaling Jaya. Waktu awal pagi, kawasan di situ teramat sunyi dan boleh dikatakan hampir tidak ada orang sanggup menggunakan kawasan tersebut, terutamanya pada hari Minggu. manakala di waktu petang pula, kawasan tersebut boleh dikatakan bahaya kepada pengguna Komuter di Stesen Seri Setia.

Menurut penduduk sekitar itu, beliau menyatakan bahawa kawasan tersebut sering kali berlaku jenayah terutamanya pada waktu petang. katanya kawasan tersebut tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yg baik. lebih memeritkan lagi, pada waktu pagi, tidak ada seorang pun yang menjaga kaunter jual beli tiket secara manual, yg ada hanyalah mesin2 jualan tiket.

semoga pihak KTMB mengambil berat tentang situasi buruk yg berlaku di Seri Setia. pengguna2 KTM Komuter berasa takut utk menggunakan kawasan tersebut pada waktu petang!...


"disebuah kawasan yg sunyi, sanggupkah anda menunggu terutamanya menunggu tren komuter yg selalu lewat dlm jadualnya"???




fathiadha.blogspot.com

Monday, June 1, 2009

bicara tanpa kata

tanpa kata maka tiada bicara, tiada ungkapan tiada pertuturan!

kenapa aku berbicara tanpa kata? sedangkan aku mengutuskan kata2 di sebuah blog. maka aku sebenarnya berkata2 tanpa suara. Dalam blog pelbagai perkara aku boleh perkatakan, pelbagai cerita aku boleh kongsikan, namun aku masih belum mampu mengucapkan semua kata2 ku di sini. entah kenapa. mungkin aku masih belum bersedia.

Bicara tanpa kata adalah tidak sesuai utk blog post ini krn kata2 yg menjadikan blog post senang dibaca, mudah diungkap dan sebagainya.


Bicara Tanpa suara

bicara tanpa suara adalah keutamaan aku, aku mampu berbicara dgn panjang lebar apabila berjumpa dengan org2 tertentu, namun bile menulis, aku tidak mampu menulis sepanjang yg aku mahukan bicara. kenapa? mungkin kerana aku masih lagi dlm kategori malas menulis...haha


Berbicara Tanpa Suara
sepatutnya menjadi blog post ini.


fathiadha.blogspot.com

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails