Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Tuesday, September 29, 2009

Bicara Ilmu...

Bicara Ilmu

suatu hari di hari raya....
aku telah bekunjung ke rumah seorang kawan sekolah dahulu, kini beliau belajar di USM, P.Pinang. sewaktu aku ke rumahnya, aku dan beberapa orang kawanku berbicara seperti tidak ada penhujung. sehingga aku berbicara tentang kepulangannya ke USM. maka berlakulah beberapa dialog antara kami.



FA merujuk kpd Fathi Adha,

FA : bila balik USM
Naa: Ahad...
FA : kelas start bile???
Naa : emmm.. hari Isnin...
FA : sama la kite...brape kelas hari Isnin???
Naa : satu jam je...(nada agak sedih)
FA : oh, kalo camtu g ler hari Isnin, ponteng ler kelas tu sehari... (hehe, watak setan dah wujud)
Naa: tak boleh, walaupun sejam, kelas tu..


kemudian beliau menjelaskan, bahawa Ayahnya begitu marah sekiranya dia tidak menghadiri kelas walaupun satu JAM, walaupun kelas itu sekejap, tetapi tetap ada penyampaiannya. Ilmu yang di sampaikan adalah tidak sama walaupun dimana kita berada, atau di mana kita belajar. Ilmu itu perkara yang tidak akan kering seperti air laut yang tidak akan kering walaupun kemarau yang panjang.....


kepada sesiapa yang cuba atau telah ponteng kelas, harap2 lepas ni cuba2lah utk tidak ponteng kelas (termasuk En. Fathi Adha, Writer blog ini, jangan hanya sampaikan sahaja...)

Ilmu itu satu perkara yang tidak akan berulang dapatannya.... time ni ler aku teringat kelas2 aku beserta kosmate2 yang pelbagai ragam.

kawan2 kelas Sejarah Pembinaan Negara Bangsa bukan kelas yg boleh kita buat main2, nanti bila di tanya tentang nation building in Malaysia, susah nk jawab...

sama jugak dengan kelas Nasionalisme dan Masyarakat Minoriti, jangan anggap kelas tu tidak bernilai, setiap kali kelas pasti ada input baru...sekiranya belajar tetapi tidak ada perubahan...something wrong la tu...baik tak payah belajar, membazirkan duit mak bapak je... (maaf ler kalau ayat terkasar sikit)


Belajar la dari sejarah, kerana sejarah mengajar kita tentang sebuah kehidupan, kejadian dan peristiwa yang lampau yang dilalui oleh seseorang (pelaku) di suatu tempat dalam tempoh masa tertentu....sekiranya kita enggan belajar dari sejarah... maka kitalah yang merancang halatuju kita...




nota kaki

*entry ini sebenarnya utk aku menyedarkan diri aku sendiri betapa dulu aku juga pernah lakukan perkara sedemikian...sungguh kejam aku terhadap diriku ini....siapa yang mampu mengubah aku???? diriku??? atau orang lain???


Fathi Adha
berhasrat tak nak ponteng kelas lepas nie..."InsyaAllah"

Makhluk ciptaan Tuhan...


Fosil burung dinosaur berkaki dua

PARIS 27 Sept. - Bahagian badan dinosaur 'empat sayap' yang melekat pada batu mengesahkan bahawa burung mungkin berasal daripada dinosaur berkaki dua yang hidup berjuta-juta tahun lalu, kata seorang pencari fosil terkemuka dunia.

Xing Xu dari Akademi Sains di Beijing mempertahankan dakwaannya itu berdasarkan fosil dinosaur seperti burung, Anchiornis huxleyi yang diawetkan.

Sehingga kini, Anchiornis huxleyi disangka seekor burung primitif. Ia sebelum ini dianggap mungkin hidup hampir sezaman dengan Archaeopteryx, yang pada mulanya dikenal pasti sebagai burung, dinosaur yang hidup lebih kurang 150 juta tahun lalu.

Bagaimanapun pendapat tersebut dibuat berdasarkan fosil yang tidak lengkap.

Spesimen baru yang hampir sempurna memberikan gambaran berbeza, mencadangkan bahawa Anchiornis huxleyi hidup lebih lama berbanding Archaeopteryx selain mempunyai kedua-dua ciri dinosaur serta burung.

Xu mendakwa, ia merupakan bukti yang telah lama dicari yang membuktikan burung berasal daripada dinosaur theropod.

Penyelidikan pasukannya yang diumumkan kelmarin oleh Jurnal Alam Britain menggambarkan seekor dinosaur dengan bulu pelepah panjang yang meliputi tangan, ekor dan kakinya.

Ciri-ciri itu digambarkan Xu sebagai 'bersayap empat' walaupun tidak ada jaminan bahawa makhluk itu mampu terbang. Kaki dinosaur itu yang panjang mencadangkan bahawa ia boleh berlari dengan pantas.

Sesetengah ahli biologi evolusi menyatakan bahawa empat sayap berperanan membantu dinosaur terbang, namun pendapat itu disanggah yang lain.

Laporan jurnal itu menyebut, bulu atau pelepah pada dinosaur sangat penting kerana ia menunjukkan bagaimana bentuk rangka makhluk seperti burung itu dan ciri-ciri lain membolehkan ia mempunyai pelepah. - AFP

sumber: Utusan Malaysia


Bolehkah anda percaya setelah anda membacanye?? terpulanglah kepada anda para pembaca, perlunya difikirkan dari pelbagai sudut...

maka jawapan yang ringkas, mereka hanya menemui fosil, bukan menemui rangka rupa yg sedemikian, oleh itu gambar di atas adalah satu ilutrasi berdasarkan ciri2 yang dijumpai...(tidak semestinya betul semuanya)...


fathiAdha

jalankan Kajian Arkeologi....cari bukti.

entry ini perlu ada tajuk...

bismillah...

Sudah sekian lama tidak berjaya update blog, kalo kat umah, asyik lambat je internet...nk masuk buka blog pun kena tunggu lama...

akhirnya sesampai di UKM aku baru dapat update blog, sememangnya banyak perkara yg aku nk sampaikan...tap tak tersampai lagi buat masa kini, maklumlah sibuk...tapi bile la nk ada masa nk tulis semua tu??? tanya la diri sendiri En. Fathi

apa yang aku nk buat utk seketika ini??
lepas update Blog, Update Assignment, pastu update tesis, pastu update ape lagi?? emm... belum ada dlm planing lagi kot..haha

yang paling best time raya adalah....rumah terbuka dan majlis makan.. satu hal yg menarik, aku sempat jumpa ADUN-ADUN kawasan Besut (4 orang dlm 1 majlis) bersama Mahasiswa Besut, anjuran Sakretariat Mahasiswa Besut, di Kg. Raja... majlis biase je, tp dapat jumpa orang2 politik.. atleast mereka (ADUN) memikirkan tentang kebajikan mahasiswa Besut, waa..menarik..

Tahun ni aku sempat beraya ngn datuk & nenek di kg...conok...thn ni jugak aku alami beberapa pengalaman yg pelik dan tragis utk kembali ke UKM...sakit dan susah payah hanya aku yang tau..tapi ok la, dugaan itu telah memberikan aku ruang dan peluang utk sampai ke UKM...alhamdulillah.


sekian dulu buat seketika
selemat kembali ke meja study bagi semua student, selamat kembali ke tempat kerja masing2 bgi yg dah keja...


Fathi Adha
PTSL
~nk je tido~

Wednesday, September 23, 2009

Kisah di Hari Raya

Kisah di hari raya

Raya tahun ni tetap raya, Cuma aku yg beraya dalam keadaan yang tidak seperti aku akan beraya sakan, maklumlah dipenuhi dengan assingment dan juga tugasan2 lain, tiap2 malam aku akan buka leptop dan cuba siapkan beberapa pages assingment... entah bila nak siap, tapi kalo tak buat, kompon tak siap....betul kan??

Beberapa dialog raya dapat aku kumpul sempena raya, dan seperti biasa ayat2 biasa yang akan diucapkan apabila bertemu sedara-mara dan juga teman2 sekampung....antara beberapa dialog yg berjaya dirakam....



Kisah 1

Hari Raya hari Mulia

kisah ini berlaku di Kelantan, di sebuah kawasan yg tidak jauh dari bandar Kota Bharu...ia berlaku sewaktu tengah hari di satu tempat....kisah ini berlaku antara Tuan Rumah (TR) dengan Tetamu (Tt)...


TR : jemput makan, marih2...
Tt : emmmm...kawe tak beso make tengoh hari nih...
TR : bak po pulok nya
Tt : kawe sebule doh tak make siang hari...
TR : oh....ye ke...emmmm (baru paham apa yg di maksudkan)




Kisah 2

Ramadhan dan Syawal

kakak : knapa bulan puasa sering berlaku salah makan (termakan) waktu tengah hari??
Fathi : biasa la, terbiasa...
kakak : tapi tak de pulak yg termakan time raya (hari Raya) dan kata “alamak, termakan la”
Fathi : (No komen) puasa 6 dulu.....baru tahu..



Kisah 3


Perancangan Awal?

Awi : balik bilo?
Fathi : lamo doh, dekat seminggu doh...
Awi : Waw!! Awalnya... mu g bilo???
Fathi : entah, tgk la dlm 26/27 nie...
Awi : bak po?? Tak dop tiket ke??
Fathi : haha~ tiket abis doh...
Awi : pah tu mu nk g guano??
Fathi : tgk la keadaan, tumpang2 kawan ler..huhu,


** nampaknya raya tahun ni ditemani oleh buku2 dan juga assigment yang perlu di siapkan, oleh itu, kena ler buat2 kerja...
*** tak pe, lepas kol 10mlm, tak de tetamu yg dtg, boleh buat kerja...



Fathi Adha
~cuba siapkan kerja~
Camner nk balik kampus???

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri

Sala Aidilfitri...

baru2 ni tak sempat nk online, ini bile ada kesempatan, nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca Blog ini.

Setelah sepurnama kita menahan lapar di siang hari,
setelah sekian bertarung dengan hawa nafsu,
akhirnya kita dah diberikan hari kemenangan,
hari untuk semua bersua kembali,
hari untuk bertemu sanak saudara,
hari mohon kemaafan....



andai ada khilaf dan salah
mohon di ampun di hari mulia



Fathi Adha
~Wide Field~
with family & friends

Wednesday, September 16, 2009

16 September....

16 September....

apa yang best??

yang aku pasti aku tak sempat sahur kat rumah tadi, walaupun dah balik, tapi aku tak sempat bersahur kat rumah, sampai depan rumah....azan berkumandang... tp tak pe lah, janji hari ni buka puasa bersama keluarga terchenta...

16 September ni...ramai yg lupe n ter "tdk sedar" apakah yg berlaku sebenarnya.. sepatutnya hari ni kita meraikan sambutan hari ulang tahun kelahiran negara baru, "MALAYSIA". penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Malaysia yg wujud pada hari ini adalah berbeza dengan yg ada pada 46 tahun lalu... Malaysia yg ada pada masa tersebut adalah gabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Rancangan Penubuhan Malaysia ditentang oleh dua negara iaitu Indonesia dan Filipina. Indonesia menentang kerana menganggap Persekutuan Tanah Melayu melakukan penjajah baru (Neo-colonialism), manakala Filipina pula menuntut kerana menganggap Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya pada suatu masa dahulu.

Kisah Tuntutan Sabah oleh Filipina dimulakan oleh Presiden Macapagal dan berlanjutan sehingga dekat2 terkini apabila Anaknya Aroyo Macapagal juga ingin membuat tuntutan terhadap Sabah. ~ sikap Filipina nk tuntut wilayah Sabah, Kawasan Selatan Filipina (Mindanao) pun tak boleh setel, tp nk kan kaw yang lebih besar lagi..

Indonesia dengan terang-terangan melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia dengan ayat yang tegasnya "Ganyang Malaysia" yg mahu menjatuhkan Malaysia. Siri Konfrontasi Malaysia-Indonesia berakhir apabila Presiden Suharto digulingkan.

Hubungan Malaysia Indonesia dipulihkan kembali dan semakin akrab selepas pertukaran kepimpinan iaitu selepas Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 2. Hubungan Malaysia-Filipina juga bertambah baik selepas Presiden Marcos menjadi pemerintah baru bagi Republik itu.

16 September juga mengingatkan Masyarakat Malaysia mengenai proses pertukaran kerajaan (yg tidak terlaksana) entah ke mana janjinya~ mainan politik (masa tu kerajaan Pak Lah dah pening kepala daa nk pk...

Anyway, 16 September yg aku alami adalah 16/9/09 hari yang tak sempat sahur kat rumah...walaupun dah nk sampai...

16 September Anwar = mimpi tinggal mimpi

16 September Rakyat Malaysia = terbentuknya Malaysia...



Di Kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung Blog ini...

semoga Raya Tahun ni dapat beraya dengan aman....

sekian


Fathi Adha
~sebuah kisah di rumah sendiri~
wide Field dan aku...

Monday, September 14, 2009

Mengapa Selasa

**
Tak sempat nk update blog, banyak keja yg tertunggak dan tergendala ekoran beberapa perkara yg sukar diselesaikan dgn begitu sahaja. Apa yang penting (kerjasama ~ jwapan yg selalu di dengari). perlunya siapkan tugasan

Bermula hari Selasa minggu lepas sehingga semalam, aku menerima jemputan berbuka puasa yang tak putus2 ~ macam YB la pulak (sedangkan aku ni tak famous pun)... tapi apakan daya, selagi ia kawan, maka seharusnya kite pergi memeriahkan majlis...alhamdulillah...selamat segalanya..


Mengapa Selasa adalah tajuk utama entry ini...


Mengapa ya ????

Macam tak de Rabu la pulak...huhu

Kisahnya hanya satu....pada hari Selasa....aku akan meninggalkan bumi UKM, insyaAllah...

Tiket Bas aku menunjukkan tarikh 15 September 2009 (Hari Selasa, 8.30 Malam)
Iaitu hari selasa...ini bermakna aku akan pulang pada hari Selasa, malam....oleh itu, aku hanya ada hari Isnin dan Selasa sahaja utk menyiapkan segala-galanya...yg paling utama Bab 1 dan Presentation pd petang Selasa...fuhh!! jiwa kaco, hati runtuh....

Mau saja aku pulang tanpa ada perasaan tertekan...namun apakan daya...assignment terlalu banyak utk aku...tidak terjangkau oleh fikiranku...

Sekiranya aku berjaya menyiapkan presentation (at least 20 slide, ok jugak tu...) byk lg kena tambah, yg lain aku kena top up kalo tak cukup lagi....huhu..

So sekirannya aku balik ~ maka seharusnya aku bekerja dari rumahlah...iaitu menyiapkan assignment....Cuma persoalannya...adakah aku boleh melaksanakannya di rumah yg dipenuhi oleh budak2 comel... (persoalan yang akan tinggal persoalan) yg penting siap!!!!


pantun Raya dari aku:

Balik kampung di suasana raya,
Menjejak kaki ke desa Idaman,
Hari raya datang jua,
Ucapan selamat di hari lebaran.

Makan ketupat di pagi raya,
Sambil menelan seteguk air,
Raya tahun ni bersama keluarga,
Bersama meriah keluarga besar...

direka citpta oleh : Fathi Adha



Eh, ape dah aku merapu ni...siapkan kerja ~ siapkan kerja!!!



Fathi Adha
~siapkan kerja~

Friday, September 11, 2009

Hari yg akan Datang!

Hari ni aku berpeluang untuk update blog, bukan tak de masa nk update blog, tapi tak berkesempatan.... sejak akhir2 ni banyak kerja yg tak berjaya disetelkan dan kena setelkan atleast sebelum pulang ke kampung.

Ahlamdulillah, sehingga sekarang, Allah masih memberikan kesihatan kepadaku, dan hal ini sangat penting bagiku untuk meneruskan tugasan2 yg masih tertangguh... Dalam minggu ini, InsyaAllah aku akan siap beberapa perkara yang pertama dan utama (priority) adalah menyiapkan bab 1. yg lain2 (tapi penting) Soalan pembinaan negara Bangsa dan juga Asia Barat.

Esok adalah hari beristirehat...tetapi aku harus menyiapkan semua perkara di atas sebelum hari selasa...mengapa Selasa???

Selasa akan datang jua...

semuanya aku kena hantar pada hari tersebut...adus!!






Mengapa Selasa???
~tunggu next entry~





Fathi Adha
12.47 pm
nak g solat Jumaat

Monday, September 7, 2009

Nuzul al-Quran

Hari adalah hari yang mana turunnya Al-Quran, hari ini merupakan perulangan sejarah kepada kita... sesungguhnya Allah s.w.t. maha kaya, kerana sanggup menurunkan kepada kita (umat Muhammad) panduan hidup yang lengkap dan menyeluruh.


Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran.

Fathi Adha
~UM: keloj ke 10~


esak balik Bangi

Sunday, September 6, 2009

Persoalan Nilai....

Semalam aku dan seorang kawan telah ke Masjid Jamek, Kuala Lumpur, untuk membeli barangan tertentu sprti baju raya dan sebagainya. semasa aku shoping di sana, aku telah melihat banyak perkara yg membuatkan aku bertanya2 tentang soal nilai sesuatu perbuatan itu....



kisah 1

Di Masjid Jamek, seorang lelaki sedang memakai kasut di kawasan tangga masjid, di situ tertera perkataan "dilarang memakai kasut di sini", namun tanpa segan silu lelaki tersebut telah memakai kasut di kawasan larangan, pada awalnya seorang lelaki memakai jubah menegur perbuatannya, namun dia membuat seperti tidak mendengarnya. lama kelamaan baru lah dia perasan ada orang sedang menegurnya.

~kadang2 perkara basic pun ada org tidak mengendahkannya~



Kisah 2

Seorang pengutik derma sedang berjalan2 di sekitar masjid, dia pergi kpd semua orang dan meminta derma, pada waktu itu azan sudah berkumandang, sedangkan dia terus mengutip derma dr orang ramai di kaw perkarangan masjid tersebut. aku sempat mendengar kata-katanya "bang minta duit skit, nk buat buka puasa petang ni" dgn suara kesedihan.

persoalannya :
~dia lebih gemar mengutip derma dr melakukan kerja lain yg lebih mulia, pada hal tubuhnya sihat wal afiat~
~Solat adalah tiang agama, sewaktu aku sedang mengambil wuduk, dia masih lagi merayau-rayau di sekitra masjid dan menuju ke arah pintu masjid-mintak sedekah tahu, bila azan buat2 tak tahu.

~sekirannya org sebegini mendatangai anda semasa anda sdg ingin meninggalkan harta benda anda, jaga2 org sperti ini sekiranya anda enggan memberi (walaupun 50 sen) dia boleh bertindak kejam terhadap harta yg anda ingin tinggalkan~ cth anda sedang menanggalkan kasut, dan di datangi oleh golongan ini, maka digalakkan anda memberi (walaupun 50 sen), krn dikhutiri golongan ini akan membinasakan harta benda anda.



Kisah 3

Sewaktu aku sedang menunggu kawanku di sebuah kedai, aku terlihat akan satu peristiwa yg pelik, seorang perempuan sedang mengeluarkan sampah dr begnya, dicampakan sampah dr begnya itu ke kaw tong sampah, bukan ke dalam tong sampah, kemudian dia pun berlaku dengan begitu sahaja. sewaktu melalui ku, barulah dia sedar perbuatannya itu telah di lihat oleh orang lain.

-baru aku perasan bahawa beg itu adalah beg yg baru di beli dan di dalamnya masih ada kertas2 yg dimasukkan bagi menyokong beg itu supaya nampak berisi-

~aku tertanya2 diriku, adakah terlalu sukar utk masukkan sampah ke dlm tong sampah?? masukkan sampah tidak akan mengotarkan tangan pun...



************


Itulah antara kisah2 yg aku saksiakan sewaktu ke Masjid Jamek, KL. Masjid Jamek ini merupakan Bandar Kuala Lumpur pada masa dahulu, iaitu di pertembungan 2 sungai iaitu sungai Kelang dan sungai Gombak. itulah kuala Lumpur.

Aku pun pulang ke Bangi, tengok2 jam, dah dekat kol 4, lame giler ak ke sana, dengan keadaan kepala yg kurang sihat dan pening2 akibat penganan Masjid Jamek, aku pulang dan tido di bilikku...sedar2 dah petang..terlepas berbuka puasa di Akademi...




Fathi Adha
~Nak balik PJ~
~sogo ngn Masjid Jamek jauh tak???~

Saturday, September 5, 2009

Bukan yg terakhir

sejak semalam, aku kurang mendapat rehat, asyik sangat menjalankan kegiatan update facebook. maklumlah, segala maklumat hendaklah disampaikan as well as.. semalam merupakan antara kenangan terindah dlm hidupku ini, apabila rancangan aku untuk menjadikan hari tersebut sebagai hari kenanagn bersama, terlaksana dgn baiknya...hehe


tajuk entry ini merujuk kpd ini bukannya program terakhir buat ahli SCH, sebaliknya ini merupakan program pertama seumpamannya...nanti ada lagi...


Kisah Semalam

rancangan utk buka puasa secara bersama telah difikirkan oleh pemikir-pemikir yg selalunya melaksanakan program. secara tak langsung atas insentif (inisiatif ke?? aku pon tak reti la) yg diberikan, maka terciptalah majlis buka puasa secara santai dan berhemah... memang kami tak menyangka bahawa perkara sedemikian akan berjalan dengan lancar. rancangan utk buka puasa ini di plan kerana kebanyakan daripada mereka pulang ke kg dan sebagainya. bgi mengelakkan rasa ditinggalkan, maka lahirlah majlis tersebut.

Majlis buka puasa secara santai telah dijayakan dengan sumbangan pihak tertentu dlm usaha meng"sponsor" makanan seperti kuih-muih, ayam golek, tomyam kacukan, sayur goreng, dadih dan sebagainya. bagi ahli persatuan pula, mereka kebanyakannya menyumbangkan tenaga dlm usaha bertungkus lumus menyediakan makanan dan tempat serta alatan lain.


Walaupun ada juga ahli2 antara kami tidak dpt hadir pada petang tersebut kerana ada masalah di saat2 akhir, ada juga yang kurang sihat, (semoga cepat sembuh), dan ada juga yg tidak sempat datang, walaupun pd hakikatnya dia merupakan orang yg nk datang....

Sesungguhnya aku rasa terharu dengan apa yg diberikan oleh ahli2 SCH semalam, sesungguhnya pengalaman itu sungguh bermakna...

TERUSKAN PERJUANGAN BERSAMA


syukur segalanya selesai..

segerak, senafas, seudara


Fathi Adha
Bangi ~ PJ??

Friday, September 4, 2009

Kerangka T-rax dan kisahnya

Kerangka T-rax


Kerangka T-Rex??? Ape tu?? Makan dinosaur ke?? Ish3...mengarut betul la kelaparan orang2 zaman skarng ni...

Semalam sewaktu aku dan beberapa orang pelajar kosmate berbuka puasa di sebuah wilayah yg berasingan (kaw khas utk org2 tertentu)... tp kami adalah spesel kes nya.

Sebelum waktu berbuka puasa, aku dan kawan2 ku telah memilih utk makan di kedai biasa2 (restoran). Ini adalah kali pertama kami berbuka puasa secara bersama. Maklumlah disebabkan nafsu makan yang tidak tertebus, maka kami membelanjekan duet kami utk membeli makanan di bazar Ramadhan yg berdekatan dengan tempat tersebut. Semasa berbelanje, kami terpandang beberapa perkara menarik, yang pertama adalah rangka T-rax*, kerangka T-rax** tersebut membuat kami rasa nak makan je, tapi bile difikirkan balik, nafsu makan aku tinggi, tapi keupayaan aku utk makan tak tinggi.....tak payah la,

Kawan aku dengan selambe berbelanje membeli itu dan ini manakala, aku hanya memilih apa yg benar2 aku mahukan. Maka aku terpandanglah “ayam golek”...waaa, best la pulak... tapi aku tak boleh beli skrg, sebabnya aku dah janji (kt diri sendiri) nk support dak2 SCH...(sekiranya over bajet)..maka aku tidak membelinya...

Semasa melalui kaw lain pulak, aku melihat kuih-muih yg comel2 dan pada masa tu juga aku telah melalui sekali lagi gerai T-rax, jadi aku pon beli lah rangka T-rax, dalam hati aku, boleh la aku buat sahur nanti, panaskan kembali guna mesin pemanas automatik berkuasa nuklear (tak de kat dunia)...

akhirnya aku sempat buat sahur dengan keranka T-rax...alhamdulillah...


nota kaki:
*T-rax merujuk kepada rangka ayam yg dijual di pasar2 malam dan juga pasar siang atau seangkatan dengannya.
**Nama t-rax diberikan oleh Mr. Doo sewaktu kami ingin membeli rangka Ayam tersebut.


Fathi Adha
~sahur dengan kerangka T-rax~

Wednesday, September 2, 2009

Tiket Bas! : peristiwa yang berulang

Peristiwa nak balik raya


Tiket bas merupakan satu isu yg tak pernah2 settle sejak kerajaan di bawah pimpinan Pak Lah, sehinggalah ke pimpinan Najib....

Tiket Bas mula menjadi Isu apabila Pak Lah mengumunkan kenaikan harga minyak secara mendadak sebanyak RM 0.50. keadaan ini juga telah diambil kesempatan oleh pengusaha Bas Ekspress untuk menaikkan tambang bas bagi seperjalanan.

Isu ini dikatakan sebagai satu isu yg masih belum selesai ditangani oleh pemimpin negara. Sejak dari zaman Pak Lah sehinggalah ke zaman Najib.



Pandangan Pemimpin negara

“kita akan kaji semula kenaikan tiket bas ini, buat masa sekarang ni, pengusaha dibenarkan mengenakan surcas bahan api sebanyak 30%” (Menteri yg terlibat)

“kite kenakan surcas bahan api 30% utk menampung kenaikan harga minyak tersebut, dan kite akan dikaji dari semasa ke semasa” (Pemimpin ngra)

“Surcas ni dikenakan utk tiket semasa musim perayaan” (Pengusaha Bas)


Mengapa Isu ini ditimbulkan???

1. Harga tiket merupakan isu yg berpanjangan, harga tiket ini bukan sebarang isu. Dulu2 harga bagi orang yang ingin pulang ke kampung halaman, harga tiket menjadi agenda hangat. Sejak kajian ingin dilakukan sehingga sekarang, tiada perubahan...

2. harga tiket bas dari KL ke Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah boleh mencecah RM 45.00 atau lebih iaitu setelah mendapat kelulusan kenaikan surcaj bahan api sebanyak 30%. Berbanding sebelumnya harga tiket hanyalah RM 30.00 – 35.00.

3. Harga tiket kapal terbang Air Asia ditawarkan dalam akhbar dan TV tiket boleh didapati dari harga RM9.90 (make sure 3 bulan sebelum penerbangan), tetapi sekiranya anda membeli pada musim2 tertentu harga tiket kapal terbang Air Asia boleh didapati dgn harga RM 36.90 (tempahan lewat, bukan musim perayaan atau musim cuti).



Persoalannya :

1. Di mana Hak kami sebagai pengguna, dari dula kerajaan kata nak kaji, smpai skrg tak terkaji???

2. Harga minyak dah turun masa krisis ekonomi (lps debab pemimpin BN & PR), tp tiket bas tak turun2 lagi??? skrg ni harga minyak naik balik, tak kan nk tggu harga tiket naik pulak!!!

3. Pada awalnya surcaj 30% akan dikenakan pd musim perayaan itu sahaja, iaitu semasa raya tahun lepas....tapi tak jugak turun dan skrg ni dah nak sampai raya lagi... bile la nk turunnya...???

4. pada peringkat awal pemerintahan Najib, semasa beliau melawat kawasan Hentian Pudu Raya, ramai org2 kampung, pekerja serta pelajar menjangkakan harga tiket bas akan turun, namun apa yang berlaku sebaliknya, harga tiket bas tak jua turun... ???



Musim Perayaan

1. Harga tiket bas mula tak nak turun
2. harga tiket kapal terbang juga (naik mendadak) sebab nak raya
3. Harga petrol juga naik
4. harga kuih raya naik jugak
5. Tol ???

Hujan – turun, tapi lame2 naik jugak (banjir)


Moral of the story : tumpang la keta kawan, dpt share2 ngn dia, kurang beban beliau dan anda!


p/s : tiket bas balik raya dah abis.....walaupun mahal, tp disebabkan terpaksa, maka...kenalah beli..



Fathi Adha
~Nasib baik tiket raya dah booking~

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails