Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Saturday, October 31, 2009

kisah 2 jam (bhg. 2)

utk cukupkan 2 jam... aku sambung lagi citer ni... pd next entry...


selepas jenuh mencari buku2 di PTSL, aku pun pusing2 la ke kawasan rak dan meja2 lain... melihat-lihat jika ada orang yg ku kenal... tp tak jugak jumpa orang yg ku kenal... emmm, maybe diaorang study kat bilik kot..

so aku pun tak de buat ape, jadi aku pun mula la mengorak langkah utk pulang...tak de member, tak de kerja..jadi aku pun kuarlah...

lpas kuar dr ptsl, aku tgk la dak2 couple...ber"couple" tak kira tempat... minggu study pun bertemankan study... bagus2 ada semangat lebih... tp bila aku tengok masyarakat student yg couple, aku mula fikir... adakah ini adat atau kebiasaan masyarakat kampus?? tahukah mak bapak diorang tentang hal ini... emmm.. betul la kata Sizuka dan juga dlm blog Ain tentang hal ini...masyarakat kampus yg suke couple...

tetiba aku teringat plak blog Ain bicara yg byk citer tentang couple masa study (tp ayatnya lebih manis, cinta sebelum kahwin).. (try la baca dlm blog diorang ni, aku pun dah terlupa part mane).

masa jalan2 keluar nampak la beberapa pasangan yg sedang ber"study" di suatu sudut...sudut yg agak pelik utk aku...krn tersorok lg terlindung... ish3..
masa tu aku tengok lg couple di satu tempat..tempat lebih terbuka..dekat parking kereta.. masa diorang duduk di kereta itu, tetiba salah sorangnya dari mereka "tersentuh" kereta tesebut sehingga dgr la alarm kereta tu.. aku tgk smbil gelak2 sopan...


masa aku smpai blik, dah dekat kol 10, maknanya aku dah abiskan 2 jam di ptsl...


Fathi Adha
malas nk masukkan gambar...

Kisah 2 Jam

Bermula jam 8 malam, aku bersiap2 nk ke PTSL... pada jam 8.30 malam, iaitu selepas solat Insya' aku terus g ke PTSL, kononnya nak pinjam buku je... (berlagak nk study, tp tak jugak study), perangai lama menusuk kembali...

pastu tu aku sempat la cari buku... call number JX........ tah ape lah, lupe pulak... cari-punya cari... tak jugak jumpa... tp cari jugak... pastu jumpa la buku lain.. tp dlm senarai lg la... kira ok jugak la... pastu dengan selambe g ke rak yang lagi satu... utk cari buku lain pulak... akhirnya jumpa jugak 2-3 bijik.. tp semuanya tak de kaitan ngn exam yg terdekat..(macam sengal lak), oleh itu (ayat skema) aku pun belek2 la buku kt rak....tiba-tiba...


datang 2 org pempuan, mara ke arah aku.. di tangannya terdapat sebuah buku "TITAS" lantas bertanya kepadaku


"dik, macam mana nk cari buku ni??? di tunjukkan aku call numbernya ds 2.... (tah ler, aku lupe la pulak).. lame aku tgk, aku cakap ler, "cik cari nelah sana, maybe ada... tgk baik2... pastu dia tanya lagi... kalau yg ni???

"eemmmm, yg ni pun sama...eh, jap...yg ni ada di KAT, itu tak leh pinjam bawa kuar, kena rujuk sana je" ...

dia bertanya kembali "iye??" hanya aku angguk je... (ye la)


dia kata "time kasih"



pastu aku pun tgk lah kelibatnya mencari buku.... jauh di sudut hati aku pk...

...........................
...................
............
.....
.

emmm... adik?? aku masih mudakah?? atau awek muda?? (haha)


*****************************************************

pastu dgr la PTSL kate nk tutup lg 1/2 jam... aku pun kuar la...


utk cukupkan 2 jam... aku sambung lagi citer ni... pd next entry...



******
lps pulang dr ptsl, aku tgk ............


Fathi Adha
entry ini akan bersambung....

Friday, October 30, 2009

Merepek di waktu malam

Salam Alik....

apa sebenarnya aku nk tulis dlm blog aku nie?? macam tak de kerja je... huhu, sejak aku habiskan exam petang tadi, hati aku cukup susah nk kate tenang?? tak jugak... nk kate susah hati ... tak jugak.. pendek kate exam tadi cukup mencabar la, dengan masa yang tak cukup dan byk point yg tak leh aku masukkan...

yang aku paling tidak tahan masa exam tadi, aku tak tahan sejuk, dewan tu, Hanya Tuhan saja yang tahu bertapa sejukkya KTAMS, fuh!!! menggigil dan terketar2 aku di buatnya... dengan adanya saki-baki sakit yang lalu, aku meneruskan perjuangan tadi, walaupun kesejukan...itu bukan halangan... (masa tu tulisan dah macam skala Richter).

esok aku tak de exam, hajatnya nak rehat jap, nak study utk next paper......Asia Berat..




Fathi adha
esok nak sambung study

Tuesday, October 27, 2009

Exam hari ini...

exam...oh exam...

sejak semalam aku rasa macam tak beberapa sihat, entah la, mybe terasa nk exam kot....tapi itu ayat untuk sedapkan hati je... yang sebenarnya aku rasa macam tak dapat study...entah kenapa.. mybe semangat tak masuk lagi kot... dah ler 1st paper tadi... pening nk siapkan semuanya... jawabje sekadar mampu... (mengharapkan A, tp usaha macam takde..)..

Fikir2 balik, mungkin la aku masih ada benda yang belum diselesaikan...tapi apa?? mungkin la tak cukup rehat....emm.. nak rehat banyak2 la petang nie...

nk kuar jalan2 tak de masa...
nk makan banyak2 tak de duit...
nak ape lagi???


emmm... nk rehatkan diri la dulu...



Fathi Adha
~pening selepas jawab exam~

exam datang lagi

exam....tiba kembali

hari ini adalah 1st paper utk aku exam...wah... "aku teruja" teruja sebab tak tau nk baca ape utk exam ni... aku jugak teruja sbb ini adalah subjek yg bt aku pening kepala... wah... mcm mane nie...

nak tawakal, nanti salah konsep plak, so kena study dulu, apa2 pun study itu penting...baca sikit2.. kawasan lembah Genges akan masuk jugak, yang lain2 aku tak dapat buat ape lagi... cuma mengharapkan semangat sahaja...

semoga berjaya wahai kawan2...



Fathi Adha
Study menstudykan aku

Monday, October 26, 2009

Selamat Maju Jaya

Malam Tiga Likur UKM....

wah...meriah bunyi nama tu... UKM dipenuhi cahaya...cahaya lampu bilik yang menyaksikan pelajar2 sedang mengulangkaji pelajaran...begitu juga aku dan beberapa orang kawan... sedang menjalankan kegiatan "menstudykan diri" mengapalah exam itu diwujudkan?? kalau lah lecture zaman2 dahulu diorang "mencipta" exam kerana nak mengenalpasti sejauhmanakah kefahaman studentnya dalam bidang pengajarannya...tetapi lecture sekarang, tak tau la...

bagi yang ada exam (tak kira la sapa anda, sama ada anda student UKM atau sape2 yang ada exam esok, lusa dan hari2 seterusnya diucapkan selamat maju jaya. selamat menempuhi exam...



Jom study kawan2...


Selamat Maju Jaya
daripada Fathi Adha



Fathi Adha
esok ada exam di Dectar, wow...

Sunday, October 25, 2009

Malam Menifestasi Seni UKM 2009

tadi aku berkesempatan utk menghadiri malam menifestasi seni UKM 2009, semua yg terlibat dalam festival tersebut adalah pelajar ko-k kesenian dan kebudayaan atau yang bernaung dibawah Pusat Kebudayaan UKM...

aku sampai agak lewat, jadi banyak jugak la yang tak sempat aku nengok spt nasyid, Anglung, dan apa2 yang pada waktu awal... tp still rasa meriah hehe...
seni foto???

waw...meriah..


Fathi Adha
bosan kalau asyik mengadap buku...

Saturday, October 24, 2009

bila waktu study...

apa yang anda buat bila time nk exam?? study adalah jawapan yg paling utama... tp bagaimana bentuk study itu tidak diungkapkan dgn jelas...

"Fathi ko dah study banyak ke??" soalan yg simple tp cukup membuatkan aku tersedap... ish.. susah nk cakap.. byk ke sikit... (subjektif2)..
banyak tu banyak mane?? sikit tu sikit mane?? ini bukan air utk sukat, bukan nasik, bukan keju... tp ini adalah tentang nilai ilmu....

ilmu itu luas sifatnya... mungkin ada org study skit...tp dia faham dalam (luas).. ada org study bagai nak rak (pulung habis-habisan) tp melekatnya ilmu tak jugak...

kalau bicara Ilmu...ilmu itu luas, bukan nk bawak masuk exam je ilmu tu...ilmu utk diguna di waktu dan hari ini atau akan datang... ilmu itu yg akan memartabatkan seseorang... ilmu ni tak kan habis kalau nk kaji, kalau nk belajar lagi la tak cukup... ilmu ni luas, seluas lautan... mungkin lebih lagi...seluas angkasa (tiada penghujung).

berbalik pada soal study... aku nk study...tp aku nk ada suasana study...suasana sesama kite yg duk mencari keilmuan... rajin menstudykan diri... tapi..susah la.. bile study by group...jd borak2 pulak (dah biasa), bila study sorang2...cepat sgt terlentoknya... ish...susahnya nk study nie... betul jugak kate Abg Lan, Penyelia Silat Cekak Hanafi UKM, "kita nk buat benda baik ni susah, setan akan kacau kita, setan akan tarik kita supaya jangan ke arah kebaikan" kata2 itu masih aku ingat...walaupun dah lama dia bagi tau...

semalam aku YM ngn Amirul (member dr FEP), aku tanya la, "stady ke stado??" dia jawab 2-2 sekali... maka fahamlah aku bahawa sewaktu buka buku nk study, maka mengantok mula sampai...huh..dugaan tu...

akhirnya aku amek kesimpulan mudah, nk study...study betol2..jgn buke YM, Blog, Skype, FB, FS, MS, Tagged, twitter dan sebagainya (yg seangkatan dgnnya). tp persoalannya bolehkah aku lakukan??? so?? tegaskan diri...



akhirnya aku menstudykan diri bukan di dlm bilikku...

Fathi Adha
bila time exam..

Friday, October 23, 2009

selesai sebuah perjuangan 1

perjuangan dalam silat Cekak Hanafi telah aku laksanakan pada beberapa jam td... itu adalah perjuangan peringkat awal sebelum pergi ke peringkat seterusnya pada sem depan. untuk sem ni, aku kira dah boleh rehat cikit, cuma tinggal perkara2 berbangkit yang belum selesai lagi.

kesempatan yang ada ini, aku nk ucapkan selamat maju jaya kepada semua Pelajar Koke silat Cekak Hanafi utk exam akan datang dan juga atas kesudiaan dan pergorbanan kamu semua menjayakannya. (aku hanya part off kamu semua).

sepanjang aku bersama silat Cekak, aku tak pernah mengira berapa banyak aku sumbangkan apa2 kepada Silat Cekak, yang aku kira sekiranya sesuatu itu tidak berjaya atau aku tidak puas hati... mudah citernya kalau aku buat sesuatu itu berjaya (dgn sokongan kawan2) so aku puas hati.... kalua sesuatu itu aku buat dan berlaku masalah...maka perlulah mencari kembali punca kejadian tersebut.

Setakat yang persembahan tadi, aku cukup berpuas hati...walaupun ada sikit2 kesilapan, (aku buat2 pejam mata)... mane ada org yg perfect, so biasalah tu...mesti ada silap sikit2 tu...

yang baik itu perlulah kita hargai, yang kurang baik itu, kita kena tahu bahawa itu satu kelehamahan dan perlu diperbaiki utk kejayaan.


Semoga berjaya wahai kawan utk sesi akan datang,....















Fathi Adha
~penat tp gembira~

Wednesday, October 21, 2009

Bile Ikan berbicara

sudah sekian lama aku tidak ke KTHO, dulu2 selalu jugak aku ke sana, ada "orang la katakan", skrg ni mcm tak de kepentingan je nak g ke sana... so aku tak pergi ler...

salah satu tarikan di KTHO adalah ikan2 dalam akuariumnya... pasti ikan2 tersebut akan berbicara... wow, boleh ke?? (sesama ikan mesti boleh kan??)


dalam posting yang lepas, bile ikan berbicara.... yang telah ditulis pd Mac 2009,

kali ini kisahnya len sikit...


seperti biasa, aku akan ke KTHO berdua, kali ini aku pergi dgn Azani, kawan, sahabat dan jiran masa KIY dulu... aku ke sana utk makan2 dan juga menemani Azani utk jumpa kawannya...

semasa di sana, aku berborak ngn kawannya mengenai program yg telah dijalankan dan perancangan program pada hari ni.. namun gagal dilaksanakan pada hari ini, kerana ada masalah tak setel...... jadi aku agak terkilan tidak dapat menjalankan aktiviti sosial tersebut.... lebih teruk lagi aku terkena perkataan (ayat manis darinya) yang menyebabkan aku memikirkan kembali....

"apakah benar tindakan aku ini???" lantas aku pergi ke arah akuarium yg ada ikan2 di (jauh drpd mereka... sambil2 itu aku tengok ikan2 tersebut... nak cakap2 ngn ikan....tp ikan hanya boleh dengar je, kalau ikan cakap aku bukan paham....huhu..

so aku duduk ler mengadap ikan tersebut sehingga aku lihat kelibatnya dah tak de, barulah aku balik...



tak pe lah, ikan berbicara, aku hanya melihat...



Fathi Adha
not enough to think....

Hari bersama pelajar Sejarah UKM

Salam Satu Malaysia

Hari ini (selasa) aku ada kelas ganti di DK3F301 dari jam 8.00 - 12.00 tgh hari (dua kelas berturusan)... selepas kelas ganti tersebut, adalah sikit majlis makan2 dan menjamu selera bersama lecture2 kami... seronok dan gembira la aku pada hari tu... apa yg utamanya, aku dapat makan dengan kenyang (walaupun tak puas hati) dan



ini antara gambar yang sempat dirakam bersama dengan lecture kami semua...apa yang hendak aku perkatakan ialah semangat (sanggup berpadu tenaga) utk turun ke majlis pada hari tersebut.. aku rasa sungguh bertuah dikurniakan kawan2 sebaik mereka,

Majlis tersebut merupakan majlis bersama rakan siswa-siswi junior sejarah tahun 1, UKM...memang meriah la tgk rakan2 sejarah ni...bertambah semangat lagi bila bersama...


gambar2 ini adalah yang sempat di rakam dgn menggunakan kamera pinjam dari kawan aku (bila la aku nk hantar nie).....

tapi sebelum aku hantar kamera ni, baik aku amek gambar puas2 baru la lepas ni tak de rasa tentionnya....hehe..

aku akan cuba uploadkan gambar2 tersebut ke dalam email kawan2 yang lain dan juga ke dlm blog ini... so sape nak gambar sila amek, atau boleh mintak (dgn syarat bg email la)























Fathi adha
kalau ada lebihan waktu, aku nk jumpa korang lagi...

Monday, October 19, 2009

Misi menyelamat gagal

Hari ini aku ke Pusanika, dgr citer ada org nk belanje aku....so apa lagikan, peluang datang. sekali je.....


Semasa dlm perjalanan ke pusanika, aku terserempak dgn satu kumpulan penyelamat iaitu menyelamatkan anak kucing drpd tindakan bahaya seekor monyet..

Monyet tersebut langsung tidak memberikan kasih sayang kepada anak kucing nya...seperti yg dikatakan oleh seorang penyelamat, monyet tersebut telah membunuh anak kucing yang sebelumnya dgn penuh kekejaman... oleh itu beliau mengambil pendekatan penyelamat utk memastikan anak2 kucing selamat...

“monyet tersebut telah membunuh anak kucing pada 2-3 hari lepas dgn cara menarik ekor anak kucing tersebut sehingga putus dan kemudiannya mencekik lehernya sehingga anak kucing tersebut mati....” kata seorang anggota penyelamat


*sila klik gambar utk melihat dgn lebih jelas lagi...

Sila saksikan video penyelamat ini utk matlumat lebih lanjut....


video


*monyet tersebut bukan berikan kasih sayang kepada anak kucing, seperti yg diceritakan oleh teman2 blogger yg lain, sebaliknya monyet tersebut telah membunuh anak kucing dgn penuh kekejaman.



Fathi Adha
~dulu monyet2 ini hanya curi makanan dan pakaian~ skrg....

kisah di waktu malam


kisah malam ni tak de ape sebenarnya... aku yang bosan study akhirnya keluar mencari ketenagan... oleh itu aku bertindak dengan mengambil bebrapa keping gambar bertemankan sebuah kamera biasa yang di pinjam dari seorang kawan...

apa yang penting, ialah minat anda untuk menangkap gambar2 yg menarik...kalau tgk aje tak cukup lagi tu...



so basic utk dapatkan gambar semacam ini...
kamera : canon power shot, 7.1 Mega pixels
Function : Manual, ISO 400, without Flash





jangan rasakan kamera yg dibeli dgn harga murah tidak boleh meyumbang kepada gambar yg berkualiti... walaupun gambar ini tak semuanya nampak ok...tapi boleh la...

dalam gambar di atas, ternyata satu perkara yang telah mencacatkan gambar adalah tidak adanya tripod...kalau ada tripod boleh amek gambar dgn tenang....



Fathi Adha
~malam2 buat kerja~ siang???

entry ini tak perlu di tulis....(2)

ini bukan kisah duka....

satu hari aku berjanji nk call seseorng..., dlm janji aku mcm nie "kalau sempat top up, maka aku call" so kena la top up dlu...baru boleh call...

kebetulan kwn aku tuh ada utang ngn aku RM 10.00 , so aku suh dia top up kan aku je la...senang citer... after si kawan aku ni top up kan aku...maka, aku pon call ler somebody tu...

baik2 aku cakap ngn dia, dia kata ada hal jap...nanti call dlm 1 minit lg., ada hal....... aku pun dgn selambe je kate "OK"

*dalam seminit lebih (terlebih beberapa saat) aku call kembali org tersebut... tp dia tak angkat, siap tekan butang merah lg...

jadi apa kah maksudnya?? dia tak nak cakap ngn aku kah??
dgn perasaan mengantuk, aku pun g tido...baring tak sampai 5 minit aku dah terlena... aku sedar di waktu pagi...kelihatan ada miss call dan juga mesej...

dlm satu mesej di tulis...."janji nk call, kenapa tak call???" pastu aku pun garu kepala tak gatal *sapa suh tak angkat masa aku call, tak kan la aku nk kena call sampai pagi kot, so bila masa aku nk tido???




*ini bukan nk mengaibkan mana-mana pihak...kalau ada yg terasa pedas, itulah org yg makan cili....




nota kaki: seseorang itu merujuk kepada seorang kwn yg gagal dikesan pd masa kini....




Fathi Adha
~sebarang cadangan dan komen, sila kemukakan~

Sunday, October 18, 2009

Malam Minggu....

hari yang gembira??

Semalam aku sempat ke Majlis Hari Raya Akademi Silat Cekak Hanafi (ASCH) di Kuala Lumpur. sepanjang program semalam, ramai juga kenalan lama mahupun baru aku temui.

Makan2 pon best jugak, huhu, tak larat nk melompat... makan terlebih banyak...

Yang aku tak tahannya bila ada aktiviti-aktiviti yang di anjurkan oleh ASCH...wah bertambah meriah programnya.

selepas pulang, kiteorang tak pulang terus, sebaliknya jenjalan di sekitar KL, menikmati malam minggu yg "meriah"...


so kiteorang pun tangkap la sikit gambar buat2 kenang-kenangan la katakan...

makin nak abis syawal, makin banyak majlis makan2...huhu, boleh tambah berat badan.....



Fathi Adha
jap lagi ada majlis makan lagi...

Saturday, October 17, 2009

aku masih di sini

Sejak berjam-jam lamanya...akhirnya aku membuat keputusan tersebut dgn simple lagi mudah...aku tidak akan ke mana-mana...


kalau tgk kan posting aku yang terdahulu, aku pernah berkata aku mahu ke utara @ mungkin ke Selatan...akhirnya aku tidak ke mana-mana.


Mengapa??

aku hanya perlu tinggalkan diri aku di sini, ditemani dengan pelbagai perkara yang belum selesai, kalau lah aku pergi...sudah tentu aku tidak mampu menyiapkan tugasan yang ada ini...lagi pon aku masih ada satu majlis hari raya pd malam ni di KL, huhu...

malam ni ada majlis makan2 di KL, sape nk ikut???


Fathi Adha
esk??

Friday, October 16, 2009

Perlukah aku pergi???

Salam Semua...

Semalam member2 Johor ajak g Kota Tinggi, join diorang punya program...huhu, aku yang kemalasan duk tgh memikirkan sama ada nk pg atau tak nak... huhu, dah ler nk g ke Utara tak jadi...jd boleh la pergi ke selatan pulak.... tp tempatnya Johor.. dah lame aku tak ke Johor...huhu


nanti la aku fikirkan..

tp ape yg aku nk fikirkan???

masa?? wang?? kwn2?? atau ape?? emmm tak dpt bg jawapan la... kesian aku memikirkannya...


eloklah, kalau aku boleh siapkan assigment hr ni jugak...mgkin aku akn pergi ke sana... MUNGKIN la... kebarangkalian aku ke Johor adalah 30% je...


fikir-fikir selalulah...


Fathi Adha
(siapkan Assignment)

Thursday, October 15, 2009

Pameran Foto SKAD 3193

SKAD 3193 : Demografi dan pembagunan...

ari ni menempakan diri di FSSK dari jam 8.00-3.30 petang... huhu, penat tapi sonok..huhu... aku nak masukkan gambar hari nie...tapi aku lupe nak bawa kamera pinjam...huhu.. wawawaa, kamera tertinggal kat dlm bilik...

so aku masukkan foto (dlm bentuk poster) ke dlm blog supaya sape yg baca blog ni boleh tau apa isu yang aku buat... eh salah...kami..

kiteorang buat kerja sama2...(apa yang penting, kerjasama) so that why la poster tu tak mcm rupa rupa aku...sbb semua idea ada di situ...

time kasih kawan2 krn sudi mencurahkan idea masing2 dlm buat poster...


Hari ni aku tak jadi puasa sbb ada majlis raya..huhhu (miss lagi la)


Fathi Adha

Wednesday, October 14, 2009

Hari menyiapkan Poster

buat poster satu menda yang malas dan bosan, sebab aku tak de mood sejak 2-3 hari ni..tak de idea nk buat poster atau ape2 pun yang berkaitan dgn nya...

Hati aku sejak 2-3 hari nie kurang best, kalau ikutkan hati aku, kompon tak comel aku buat...nasib baik ada jugak kwn2 yg tolong aku... kalau tidak, tak tau la mungkin jadi kertas kosong je..

thanks ye kawan2...


Fathi Adha
-esok boleh tgk poster tu-

Tuesday, October 13, 2009

entry ini tak perlu di tulis....

entry ini aku buat kerana terasa hati...bukan nk mengutuk sapa2 pun, tapi kalau sapa2 yang terasa hatai, mungkin dia lah orang tersebut.. luahan rasa ini bersifat universel...


aku terasa hati...

aku terasa hati....


dgn kawan2 aku...


mereka buat aku jd bertambah masalah...
aku ni malas nk layan masalah yg diorg timbulkan...
tapi diorang ni bat tak reti je...selambe je tambahkan aku dgn masalah tersebut.... alih2 aku jugak yg kena... pastu dtg2 bg aku tuduhan yg pelbagai... lps ni ape pulak??? huh!!.. kalau aku tak reti nk sabor, dah lame aku &%$#&#$%&^ tapi sabar2 en. Fathi, ini dugaan tuhan.. mana mungkin Allah berikan seseorang hambanya dengan ujian sekiranya Hamba-Nya tidak dapat menerimanya... walau apa pun cari lah penyelesaiannya, jgn timbulkan lagi banyak masalah..


kalau aku tengah marah macam ni...memg agak bahaya..jd aku amek langkah mudah, jauhkan dr kawan2 aku, nanti aku termarah mereka yg tak de kaitan...

hidup ini penuh cabaran...tempuhilah dgn penuh keimanan dan ketaqwaan, sesungguhnya Allah tdk akan menguji hambanya yang tidak terdaya dgn ujianNya...


Fathi Adha

Sunday, October 11, 2009

kalau boleh....


kalau boleh la....

aku mahu pergi..
aku mahu pergi jauh...jauh ke Utara...mungkin la..
aku nk g tenangkan fikiran di atas Gunung Jerai...itu pun kalau jadi laa....

emmm.. Selatan...tak de idea lagi... (jwpan yg tak masuk)

aku seperti tertekan dgn bebanan assingment yg banyak...pastu nk kena siapkan Latihan Ilmiah lagi...banyak lagi yang tak setel..


esok dah masuk week ke 14, huhu, esok nak kena hantar jurnal ke Imah...Imah ni suke suh siapkan time aku tak siap2.. huhu

tak pe la, nanti aku siapkan jurnal...8 pages je lagi...bersama kamus Besta (pinjam dr Haidah)...


Once I go, I can not come back... kalau pergi, takkan dpt kembali*


Huh, esk kelas kembali ke jadual asal, pukul 2-6... tiada waktu utk makan2 di Pusanika..







Nota Kaki
*Kembali merujuk kepada masa kini..... (masa akan tinggalkan kita)


Fathi Adha
(kalau ada waktu lebih, kongsi la sama2)




Saturday, October 10, 2009

Hari menyiapkan tugasan

Menyiapkan Tugasan (Laporan Arkib Negara - Konfrontasi)



Huh... buat laporan arkib negara...banyak pages jugak rupanya..
penat nak siapkan semuanya.. banyak menda yang berlaku antara masa tersebut....

Nak siapkan semuanya sekali...memang tak siap la... tapi bile berkerjasama, semua jadi mudah... terima kasih ye kawan2..

antara orang-orang yg terlibat ialah Zaimah, Malar, Ain, Adibah, Sabri, Khairul, Mang, Nik Adib dan Ting, dan Aku En. Fathi Adha.... ??? ye la, masuk sekali, tp dlm bhg penulis report...

sekali sekala sedap jugak buat secara bersama2 nie... lama dah tak buat kerja ramai2...



Fathi Adha
3A506, FSSK

Friday, October 9, 2009

Maha Besar, Maha Kuasa

Bila dunia dah akhir Zaman, banyak perkara yang tidak ditunjukkan telah muncul dan berlaku di muka bumi ini.

Dalam satu kuliah, (kuliah Agama bersifat Universel pukul 10.oo pagi hari Selasa), Pensyarah tersebut telah menceritakan bahawa beliau menerima SMS drpd rakan mendedahkan perkaitan antara Gempa Bumi di Padang dengan Al-Quran. maka beliau menyampaikan kepada kami semua.


Gempa pertama berlaku di Padang pada jam 17.15, kemudian gempa susulan pada jam 17.58 dan seterusnya gempa di Jambi pada jam 8.15 pagi keesokannya. mari kita hayati bersama-sama.....




Dalam Al-Quran, surah Al-Israa' (Surah ke 17 ayat ke 15) :

17:15. sesiapa Yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka Sesungguhnya faedah petunjuk Yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang sesat maka Sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. dan seseorang Yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan Yang benar dan Yang salah).




Al-Israa' (Surah ke 17 ayat ke 58) :

17: 58. dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya Dengan azab seksa Yang berat; Yang demikian itu adalah tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz).



Surah Al-Anfaal (surah ke 8 ayat ke 52)

8: 52. (Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang Yang terdahulu dari mereka. mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka Dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.



Renung-renungkanlah wahai sahabat...



Allah Maha Besar


Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails