Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Monday, May 31, 2010

12 rakyat Malaysia di kapal yang diserang Israel

Mei 31, 10

Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel. Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.

Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.

Dr Abd Rani melalui SMS kepada Malaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.

Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

sumbe: MalaysiaKini

sedikit ulasan:

1. Israel semakin ganas dalam usaha menghalang masyarakat Islam daripada membangun.
2. tunggu berita selanjutnya.

Sunday, May 30, 2010

projek "bekwoh" berjalan lancar

semalam (29 Mei), sekumpulan agent pemakan banyak telah sepakat mengadakan satu jamuan ringkas meraikan bagi yg nak pulang kampung. dalam kes yg berlaku semalam pada jam 10.00 pm, di lakukan di blok k8N, KUO, sekumpulan agent pemakan banyak dan always "bekwoh".

namun pada 10 lbh, sesuatu yg tak best berlaku, seorang daripada owner projek tersebut terpaksa menghadirkan diri ke satu kes emergency yg mana melibatkan kawannya. walaupun projek bekwohnya terpaksa ditinggalkan, namun disebabkan pakatan yg ada, semua yg hadirkan diri pada projek tersebut berjaya menjadikan projek tersebut. alhmadulillah. kawan kpd owner yg terlibat itu tidak ada apa kes.

kisah bermula: Fathi Adha, Mr. Doo, Wady dan Mat dan Minn telah tak langsung mewujudkan idea utk projek tomyam ala2 bekwoh. dijadikan cerita, Ro-Z, yg pada mula nk balik kg, (tetiba tak jadi balik dgr ada projek bekwoh), telah tumpang bersama-sama memeriahkan majlis.

namun berlaku beberapa keadaan yg mana satu pnggilan tepon ke tepon Mr. Doo yg kata seorang kawan (juga kawan aku) sakit. jadi kami bergegas ke apartmentnya utk melihat keadaannya. ditinjau keadaannya, maka pihak kami bersetuju utk pggil ambulans. call 999 utk dapatkan ambulans. sehingga datang dan dia di hantar ke hospital. turut bersama dgnnya adalah seorang drpd projek owner (menemaninya). alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. kawan aku tu kena tahan kejap je di wad (wad sementara) dan pada pagi hari sudah balik ke Bangi. alhamdulillah.


p/s: projek owner pun sempat makan hasil bekwoh mereka walaupun tak meriah sangat.


nota hujung:

projek owner: semua yg terlibat. dan salah sorangnya aku. yg lain termasuk "mr. Doo, Ro-Z, Matt, Wady dan Min.
bekwoh : kenduri @ makan besar.

Friday, May 28, 2010

perempuan perlu tahu akan dirinya...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil..


(ini copy paste dr fesbuk nisa... adik yg comel, jgn marah abg ekr..)

p/s: sebarkan pada orang lain pun takpe... perkara yg baik, elok dikongsi..

Tanjung Pagar - relations

entry ini akan menyatakan beberapa pandangan berkenaan dengan isu Malaysia-Singapura. sila teliti beberapa fakta yang ada.


beberapa petikan artikel beserta dengan ulasan yang diberikan:

  1. Malaysia tidak rugi apa-apa apabila Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura diserahkan kembali kepada republik itu. (Sumber) - benarkah Malaysia tidak rugi apa-apa? berapa banyak sumber pendapatan KTMB di Singapura? Tanjung Pagar adalah di bawah hak KTMB selama 999 tahun bermula 1918.
  2. Malah, perpindahan stesen itu ke Woodlands pada 2011 berjaya menyelesaikan banyak isu sensitif yang mengekang hubungan kedua-dua negara sejak 20 tahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman. (sumber) - isu sensetif Malaysia-Singapura tidak dapat diselesaikan dengan mudah. isu tersebut sudah menjadi sensetif sejak 20 tahun lalu. mana mungkin dapat dihapuskan. banyak lagi isu lain yang tidak dapat diselesaikan. sekiranya pihak kerajaan menyatakan bahawa hanya berjaya menyelesaikan isu pemilikan tanah Tanjung Pagar sahaja - YA.
  3. Malaysia juga mendapat ganti kepada 271 hektar tanah KTMB yang berselerakan di republik berkenaan dengan dua bidang tanah di kawasan Marina South dan Ophir-Rochor yang sama nilainya dengan keseluruhan tanah KTMB itu. (sumber) - adakah sama nilai tanah di Marina South dan Ophir-Rochor dengan Tanah seluas 271 Hektar? - sepanjang landasan kerata api tesebut, banyak manfaat akan diperoleh oleh Singapura.
  4. "Bagaimanapun, melalui perjanjian yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, kita keluar dari Tanjung Pagar dan memperoleh tanah baru yang dikelilingi pembangunan bertaraf antarabangsa," katanya pada persidangan akhbar di kediaman rasminya di Johor Baharu. (sumber) - Khalid Samad kata "tanah baru itu (Marina South dan Ophir-Rochor) adalah salah satu kawasan kasino di Singapura (membuktikan andaian Malaysia boleh terima judi) - kita masih ada hak di Tanjung Pagar sehingga tahun 2916. mengapa cepat benar menyerahkan kepada Singapura?
  5. The Tanjong Pagar railway land was acquired under a 1918 colonial ordinance specifically for use by KTM for a period of 999 years. (sumber) - 999 tahun bukannya tempoh yang pendek, mungkin satu hari nanti (belum capai tarikh tersebut dah kiamat) bukankah lama lagi KTMB boleh berada di sana. tp mengapa perlu diserahkan dan batalkan perjanjian tersebut. setelah berpindah ke Woodlands, Malaysia (KTMB) menghadapi masalah baru iaitu menetapkan stesennya di sana. adakah Woodland akan diberikan percuma kepada KTMB sebagai stesen keretapinya?
  6. Isu Tanjung Pagar - Khalid Samad (MP Shah Alam) menyatakannya sebagai satu pengkhianatan. (sumber) - kenyataan MP Shah Alam sangat lantang. beliau begitu marah akan isu ini. adakah rakyat Malaysia sedang bersetuju dengan isu ini? - BACAlah dan gunakan akal fikiranmu untuk menilainya.
  7. Isu Tanjung Pagar - adakah ia nasihat daripada APCO - Khalid Samad (MP Shah Alam) - (sumber) - ramai pihak lain menyatakan demikian. Malaysia membayar APCO sebanyak 77 juta. adakah ia jumlah yang sedikit (PD/DR 22 April 2010, pages 34). Malaysia sanggup membayar sejumlah yg besar adakah semata utk hilangkan hak negara?
  8. Sejauhmanakah APCO berjaya mempengaruhi Malaysia dalam menangani isu di Malaysia dan luar Negara? - (fikir-fikirkanlah)
  9. dipahamkan oleh MP dlm sidang Parlimen 22 April 2010, Malaysia menggunakan Khidmat APCO. jika anda tidak mempercayainya, sila dapatkan sidang Parlimen pada 22 April 2010. penulis blog hanya menyampaikan sahaja.
  10. 1Malaysia juga hadir daripada 1Israel - juga ada dinyatakan dalam sidang Parlimen 22 April 2010.


APCO = Asiasoft Worldwide (syarikat milik Yahudi)
MP= Ahli Parlimen
PD/DR = Perbahasan Parlimen/Dewan Rakyat

p/s : fikir-fikirkanlah wahai pembaca kalian. gunakan akal yang waras dan hati yang tenang.

Thursday, May 27, 2010

episod baru - hubungan Malaysia-Singapura

Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura
Mei 24, 10 5:28pm

Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.

Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.

Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura.

Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia. Bernama.

sumber ; Malaysiakini

ulasan terkini


hari ini, kumpulan sejawaran muda tidak bersidang. disebabkan kes tersebut, tidak dapat menyatakan ulasan berkaitan isi terkini hubungan Malaysia-Singapura.

namun ulasan berkenaan dengan isu Tanah Tanjung Pagar masih lagi diteruskan dalam perbincangan semalam.

  1. Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan. siapakah yg akan mendominasikan syarikat berkenaan?
  2. Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura. - adakah nilainya sama?
  3. Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia. - adakah ia menjadi bahan hangat dalam perbahasan Parlimen?
  4. mengapa Malaysia tidak memperjuangkan CPF (Wang Simpanan Pusat - jika di Malaysia di kenali sebagai KWSP- milik orang Malaysia yg berkerja di Singapura sebanyak S$ 1 bilion).
  5. bagaimana dengan isu bekalan air mentah Malaysia-Singapura? adakah penyelesaiannya juga boleh diwujudkan?
  6. bagaimana pula dengan isu tambak laut yang dilakukan oleh Singapura?
  7. perlunya kerajaan mewujudkan kembali jambatan indah yg terhenti dlm pentadbiran Pak Lah.

p/s: Isu kumpulan wang Simpanan Pusat (CPF) - sikap Singapura yang mementingkan kepentingan ekonomi mereka dgn tidak menghiraukan nasib pihak lain. Peraturan tersebut menafikan hak kepada pekerja dari malaysia untuk mengeluarkan wang caruman mereka sepanjang bekerja di Singapura menyebabkan kebanyakan mereka tiada simpanan selepas pencen. Keadaan ini menyebabkan Singapura terus menikmati hasil wang dari titik peluh rakyat Malaysia kira-kira S$ 1 bilion. jumlah itu banyak.
jika benar-benar kerajaan IKHLAS, maka eloklah menggunakan isu ini untuk kepentingan negara dan juga rakyat Malaysia serta memberi sedikit tekanan kepada Singapura.


sekian.

Wednesday, May 26, 2010

isu Malaysia-Singapura

‘Jambatan ketiga’ KL-Singapura

2010/05/26
Penganalisis ekonomi anggap penyelesaian isu tertunggak pererat hubungan

KUALA LUMPUR: Penganalisis ekonomi menganggap persetujuan yang dicapai Malaysia-Singapura kelmarin umpama terbinanya ‘jambatan ketiga’ dalam mengeratkan hubungan sosial perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara.

Pengarah Eksekutif Jupiter Securities, Nazarry Rosli, berkata dari segi ekonomi, penyelesaian isu tertunggak lebih 20 tahun antara kedua-dua negara itu bakal meningkatkan keyakinan pelabur dan peniaga untuk melabur, khususnya di Johor.

“Malaysia dan Singapura sudah memiliki hubungan rapat politik sejak sekian lama, namun beberapa isu yang menjadi duri dalam daging yang kerap kali menyebabkan beberapa pihak kecil hati, memberikan kesan negatif dalam hubungan perdagangan dan pelaburan.

“Berikutan itu, penyelesaian isu itu bagaikan membina sebuah lagi ‘jambatan’ kepada dua jambatan fizikal sedia ada dan merancakkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan. Jangan diperlekehkan jambatan baru itu kerana ia mungkin lebih kukuh berbanding dua jambatan fizikal sedia ada,” katanya semalam.

Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (Amcham Malaysia), Fui K Soong, berkata penyelesaian itu juga mencerminkan pendekatan mesra dan kesepakatan jitu negara Asean.

“Bagi peniaga dan pelabur Amerika Syarikat di Malaysia, kita memandang positif perkembangan itu. Ia bukan saja memberi gambaran baik antara Malaysia-Singapura, malah kesepakatan Asean. Kesepakatan itu akan memudahkan pelarasan undang-undang dan peraturan negara komuniti Asean yang mampu menarik perhatian pelabur luar,” katanya.

Fui juga berkata, persetujuan yang dicapai itu juga berpotensi menarik kemasukan pelabur dan syarikat Singapura untuk melabur di Iskandar Malaysia.

“Malaysia memerlukan sesuatu yang dapat menarik kemasukan pelabur luar. Ia pasti merancakkan aktiviti pelaburan, khususnya pelabur Singapura di Iskandar Malaysia dan membantu mempercepatkan ia menjadi hab pelaburan serantau,” katanya.

Sementara itu, di JOHOR BAHRU, kerajaan Johor menyifatkan hasil rundingan Malaysia dan Singapura adalah sesuatu yang adil dan bermanfaat untuk perkembangan ekonomi kedua-dua negara khususnya di Iskandar Malaysia, sekali gus membawa kepada hubungan dua hala ke tahap baru.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata dakwaan bahawa Malaysia menggadaikan aset kepada Singapura adalah tidak benar sama sekali, walaupun Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar berpindah ke Woodlands pada 2011.

Sumber : Berita Harian


beberapa ulasan :

  1. hari ini kump. sejarawan muda membincangkan isu "Tanjung Pagar dan Isu Judi halal"
  2. kump. sej. muda mengemukakan bukti : "Dalam isu dengan tanah milik Malaysia yang dipajakkan selama 999 tahun mulai tahun 1918. (masih ada banyak tahun) Dalam syarat pajakan tersebut, tanah laluan keretapi Malaysia itu kekal di bawah pajakan selama mana ia masih digunakan sebagai laluan keretapi sebelum habis tempoh yang dipersetujui. Singapura berusaha untuk memindahkan stesen keretapi yang terakhir ke Woodlands bagi menggantikan stesen keretapi Tanjong Pagar. Motif untuk menukarkan status penggunaan tanah KTM Berhad di Singapura bagi kepentingan mereka.
  3. barangkali ada satu penyelewengan yg berlaku antara pihak yang terlibat dlm perjanjian tersebut. "jika Tun Dr. Mahathir begitu mendesak Singapura sehingga ke satu tahap, singapura terpaksa mengikutnya, mangapa DS Najib begitu senang menyerahkan Tanjung Pagar kpd Singapura?"
  4. ucapan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, dakwaan bahawa Malaysia menggadaikan aset kepada Singapura adalah tidak benar sama sekali, walaupun Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar berpindah ke Woodlands pada 2011 - benarkah aset Malaysia tidak hilang? berapa banyak sumber ekonomi boleh diperolehi drpd Woodlands-Tanjung Pagar?
  5. isu judi Halal - tidak ada komen yg lebih baik dr kump. kecuali, akan timbulnya satu masalah yg panjang kpd negara.
  6. Ada menteri yang bersetuju dengan Judi Halal - adakah ia dipengaruhi atau mempengaruhi?

sekian.

p/s: masih menunggu bahan terkini berkenaan dengan "hubungan Malaysia-Singapura"

rujukan :

Rusdi Omar, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah dan Mas Juliana Mukhtaruddin. 2005. Hubungan Malaysia- Singapura Era Mahathir, Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2001. Duri Dalam Daging Singapura Dalam Malaysia, Persatuan Seni Sejarah: Kuala Lumpur.
Jim Baker. 1999. Crossroad A Popular History Of Malaysia & Singapore, Times Book International: Singapore.

penat sikit takpe, tapi jangan penat sangat

semalam aku menulis entry berkenaan dengan Temu-Duga, maka hari ni, aku akan menulis berkenaan dengan proses temuduga kah? aku rasa tak perlu kot, just aku go threw je dgn apa yg aku nk tulis.

menariknya temuduga ni, korang kena ada persediaan yang rapi (macam nk g exam, kena ada bakal2 jawapan). walau pun tak boleha gunakan konsep yg sama, tapi kira boleh la.

masa aku nak g interview, aku teliti goooglee map tu lama (selama-mana-yg-boleh-aku-tenung) tujuan cuma satu, aku nk taw betul2 lokasi tempat tersebut dan apakah akses ke tempat tersebut. jadi bile sudah berjaya mengenalpasti tempat tersebut, tak de la susah sangat nak g. (bukankah begitu).

okey lagi satu, persediaan resume dan sijil2 fotokopi itu penting, jangan perlekehkan. (jangan lupa IC). itulah best thing yg penemuduga (pihak syarikat nak).

jadi kalu interview, common soklannya biasalah, yg selalu anda dengar cth : mgapa memilih company ini, knapa perlu sy ambil anda sebagai pekerja dan etc. (tak perlu diceritakan)

yang pastinya aku jalan agak jauh tadi, semata-mata nk g interview. kalau dapat, alhamdulillah.

p/s: mlm ni penat, terlepas event "deting", terlepas event menonton persembahan dan sedikit berduka cita... tp semuanya terubat dengan steamboat... :)

Monday, May 24, 2010

Temu-Duga oh Interview...

salam.

mggu lepas dapat email, kata ada interview, kiranya dijadualkan pada hari esk, 25hb Mei 2010. pastu dalam 2-3 hari lps dapat call plak, kata de interview (perkara yg sama). so kalau2 nak ada rezeki, maybe patut aku pergi kan. InsyaAllah kalau dapat, boleh la kerja terus mengisi waktu lps study. insyaAllah..

tempat Interview di KL, agak jauh jugak la, kerja sebagai Assistant Restaurant Manager Trainee, di sebuah restoran yg beribu pejabat di KL.

agak leceh utk ke KL pada awal pagi, tp kalau tak nak g pagi, petang ada kelas, jadi eloknya g pagi lah. hmmm...

semoga berjaya yer Fathi Adha..

kalau2 dapat nanti aku share la ape punya kerja yg aku dapat. kalau tak dapat, tak pe...kena cuba lagi sekali la. ehhee...

p/s: ingat, rezeki itu di tangan tuhan, manusia perlu berusaha mendapatkannya.(pesanan utk diri sendiri jugak).

Sunday, May 23, 2010

judi halal, wujud di Malaysia?



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.

Menurut Mingguan Malaysia, hari ini, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam.

"Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam".

“Saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu (reaksi masyarakat tentang kelulusan lesen judi,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

Muhyiddin menjawab soalan pemberita tentang bantahan masyarakat terhadap langkah kerajaan itu seperti laporan sebuah akhbar berbahasa Cina pada 11 Mei lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung yang tampil menjelaskan mengenai perkara itu memberitahu, lesen tersebut bukan lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada Berjaya.

Selain itu, Chee Heung berkata, penganjur turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.

Kelulusan itu ditentang oleh beberapa tokoh sukan tempatan seperti bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh melalui laporan Bernama baru-baru ini.

Selain itu, pakatan pembangkang pula mengecam langkah tersebut dengan Pas bertindak menganjurkan siri demonstrasi bantahan perkara tersebut di beberapa negeri Jumaat lalu. 20 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga membisu berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.

"Kita tidak akan membincangkannya," kata Najib apabila diajukan soalan berkenaan oleh wartawan.


sumber: http://www.malaysiakini.com/news/132511


p/s: masyarakat Malaysia bukan kaki judi

jangan kata demikian...

hari ni aku baca blog cikedis.com entry yang bertajuk Kurangkan bersungut, performkan! (sila klik link utk baca lg). menarik minat aku utk terus membaca. dalam entry tersebut (dinyatakan tentang jgn bersungut. tetiba aku teringat dengan sebuah hal, satu kisah yang pernah aku saksikan.

seorang lelaki bernama Qassim (bukan nama sebenar) telah bertemu dengan lelaki yg tak dikenalinya di sebuah ruang pejabat. Qassim yang patah tangan, (tulang clavicle) telah memulakan perbualan lelaki A (lelaki yang tak punya tangan). maka berlaku lah dialog antara mereka:

Qassim : hai...
Lelaki A : hai..
Qassim : Surf internet ke?
Lelaki A : ye, saudara pun sama kah?
Qassim: begitu lah...
Lelaki A: kenapa tangan tu?
Qassim: accident... patah bahagian tulang ni.. (menunjukkan sekitar bahu)
Lelaki A: dah lama ke?
Qassim: baru la jugak, dlm tak sampai sebulan...
Lelaki A : oooo... ok la tu, nanti baek la tu...
Qassim: saudara, tangan tu dari lahir lagikah?
Lelaki A: yer, sejak lahir lagi (cacat kekal dari lahir)
Qassim: ooo (berkata dlm hatinya "aku masih beruntung darinya)


Qassim: ok lah saudara, sy minta diri dulu, ada hal pulak (selepas beberapa ketika berbual)
Lelaki A: ye.. ok
Qassim: :)


kemudian Qassim pulang ke rumah, terfikir-fikir dengan apa yang berlaku. kemudian dia berkata dlm dirinya "jangan mengeluh krn tak punya kasut sebelum melihat org lain tak punya kaki".. hampir sama situasi yang di alami.

Qassim berkata "aku hanya patah tangan, sedangkan hamba Allah itu tak punya tangan". moga ada hikmah disebalik kejadian.



p/s:
"jika anak Adam diberi dua lombong emas, maka dia akan meminta yang satu lagi".

moral of the story : jangan lah terlalu fikirkan diri kita, sedangkan ada org lain yg tak taw mcm mana idupnya..

Saturday, May 22, 2010

Malaysia: Judi itu Halal?

Pemuda PAS hari ini menggerakkan bantahan 'pemanas badan' terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak.

Perhimpunan berlaku di lima negeri hari ini sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Di Perak, kira-kira 300 orang, termasuk bukan Islam, mula berkumpul di perkarangan masjid negeri di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh sejak jam 2 petang.

Ketua penerangan pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamarudin mendakwa perhimpunan mereka hari ini disuraikan oleh polis tidak sampai sepuluh minit berlangsung.

Tambahnya, beliau sendiri tidak sempat berucap kerana "ditarik" oleh pihak polis.

Katanya, peserta protes tersebut hanya sempat melaungkan slogan antaranya "Tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "Hancur Umno," sebelum dihentikan sekumpulan anggota polis.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri, termasuk ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan bagaimanapun sempat berucap ringkas.

Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru di Kuala Terengganu, perhimpunan 45 minit disertai ratusan orang difahamkan berjalan 'lancar dan tenang' selepas solat Jumaat.

Presiden PAS kurang sihat

Ketua penerangan pemuda PAS negeri Nik Zawawi Salleh berkata perhimpunan itu diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda PAS negeri, termasuk beliau.

Menurut Nik Zawawi, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini dilaporkan akan menyertai perhimpunan itu bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana "kurang sihat".

Abdul Hadi hanya hadir membacakan khutbah di masjid tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada khutbah yang disampaikan Abdul Hadi turut mengulas berhubung isu lesen judi tersebut.

Nik Zawawi berkata, turut hadir ke perhimpunan itu Setiausaha Perhubungan PAS Yahya Ali dan ketua Pemuda PKR negeri (AMK) Faris Musa.

Manakala di Pulau Pinang perhimpunan di Masjid Permatang Gajus, Permatang Pauh dihadiri ratusan, kata ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah.

Selain memberikan risalah kepada umat Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat, kumpulan itu turut membawa sepanduk bertulis "Umno halalkan judi".

Turut serta ketua penerangannya Zakaria Hamzah, yang dipertua PAS kawasan Permatang Pauh Omar Hassan serta ketua AMK negeri Amir Ghazali.

Yusni berkata hanya sebuah kenderaan peronda polis berada di situ bagi mengawasi perhimpunan selama kira-kira 40 minit di masjid berkenaan.

"Polis beredar selepas melihat keadaan terkawal", tambahnya lagi.

'Yes bola, no judi'

Di Negeri Sembilan pula, perhimpunan juga berjalan dengan aman di Masjid Negeri, Seremban, kata ketua pemuda PAS negeri Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa.

Katanya, ratusan orang yang hadir di perhimpunan itu, termasuk daripada NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), yang membawa sepanduk bertulis "Judi bola haram" dan "Yes bola, no judi".

Perhimpunan itu turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri Zulkifli Omar dan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut menyampaikan ucapan.

Sementara itu, di Selangor pula, keadaan berbeza apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak.

Di Kajang, penganjurnya Mohd Shah Mior Kosim berkata kumpulan tersebut berkumpul selama kira-kira 30 minit di depan Masjid Jamek Bandar Kajang selepas solat Jumaat hari ini.

Perhimpunan yang disertai aktivis NGO Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) itu diisi dengan ucapan beberapa pemimpin PAS kawasan Hulu Langat dan Pemuda PAS Selangor.

Mohd Shah berkata walaupun penganjur tidak menyelaraskan bahan kempen, terdapat peserta yang mengambil inisiatif membawa poster, antaranya bertulis "Tak nak judi bola" dan "Judi bola haram."

13 orang sahaja di Hulu Selangor

"Kita akan anjurkan satu lagi protes sama minggu depan, kita harap akan ada penyertaan lebih besar," katanya lagi kepada Malaysiakini.

Sementara itu di Kapar pula agak berbeza apabila bantahan hanya diadakan melalui sebaran risalah bantahan kepada jemaah masjid, yang dipetik daripada blog-blog.

Ketua pemuda PAS kawasan Haidar Taslim berkata sebanyak 2,000 risalah diedarkan di masjid As-Syarif, Meru selepas solat Jumaat tadi.

Sementara di Masjid As-Syukriah, Kampung Desir Tengah di Hulu Selangor keadaan 'menyedihkan' apabila difahamkan hanya 13 orang hadir dalam perhimpunan ringkas 15 minit.

Nazir masjid itu, Sukurillah Ri berkata, anak kariah kampung itu kelihatan membawa sepanduk bertulis 'Kami ajk masjid membantah sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi oleh kerajaan persekutuan'.

Berhubung 'kelesuan' bantahan di sekitar Selangor, ketua Pemudanya Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kelewatan memberi arahan mungkin menyebabkan kurangnya sambutan daripada para penyokongnya.

"Insya-Allah, minggu depan akan lebih baik dari hari ini dengan persiapan yang lebih lengkap," katanya.


p/s ; judi itu halal?


sumber : malaysiakini

Friday, May 21, 2010

nak keja tak?

Aku terasa seperti lama tidak update blog. tak taw nk menulis tentang apa.


di satu petang (semalam), aku telah di dikesan oleh sebuah company berkiatan dengan satu bidang utk aku kerja, meh aku story skit.

okey, time tengah rilex dan rehat-rehat semalam, maka di antara waktu petang itu, aku mendapat call daripada seorang perempuan. siap speaking lagi tu. maka terjadilah perbualan


aku : hello,
CO : hello, u have a visit my booth at putrajaya last weekend?
Aku : yes!, ada,
CO: okey, listen, you have interested in marketing?
aku : actually I'm not specialist in Marketing, so I think no
CO : okey, thanks.. ~hang up~


ekr? tanya cam tu je? iangtkan nak tanya sal ape. memang la aku cari kerja, tapi kalau berkiatan dan berkenaan dengan keminakan aku, for sure la aku join punya. bidang Marketing. aku rasa Azani (adik paling sopan, hehe) mesti lbh pakar dalam bidang MARKERTING ni. aku plak lebih suka kepada bidang pengurusan.

tak pe, bukan aku memilih kerja, tapi jika aku apply bidang tu, aku kena g Interview plak entah bile, entah kat mane, dan banyak lagi entah yang aku tak taw
jika pilihan seperti ini, pastinya menjadi pening utk memilih.


short citernya, mggu lepas aku g ke Putrajaya, hari belia, jadi on the same time, aku g melawat booth yg ada, member aku isi satu form kat booth dan kakak kat booth pun suh aku isi jugak, dia kata kalau tak berminat takpe, just isi dulu, pastu len citer. tak sangka plak dia akan call secepat itu. aku masih belum sedia utk itu. ahaksz!..


CO = Company Operator

p/s: kalau nak cari keja, keja tu banyak, kalau nk pilih kerja...kerja tu banyak. kalau nk keja..keja tu banyak..

Tuesday, May 18, 2010

terkini dari Fathi Adha

Salam Sejahtera.

terkini dari Fathi Adha...anda di Tag.

nampaknya aku sudah di tag lagi. dengan selambanya aku telah di tag lagi sekali. dah la tag yang hari tu aku masih belum jawab lagi, ni plak dapat yang baru. jadi aku jawab yang ni dulu lah. boleh kan?

tag ini daripada mengenal diri

3 names in your message inbox
banyak kot. Ain, kak Na dan Azani. yg dah delate pun dah banyak.

your main ringtone
apa tah...yg pasti ada bunyi

what you did at 12 last night?
typing...typing...serta bersosial dlm laman internet

who was the last person you went with? where?
Sufi dan Sabri di blik sendiri..

the colour of t-shirt you are wearing now
green+Gray

the last thing you did
makan gula2 kopiko

3 of your everyday favourite items
Leptop, Telepon dan jam tangan (tp selalunya terpisah)

the colour of your bedroom
Hujau utk selimut, katil...

how much money in your wallet now?
banyak...2 keping RM 10

how's life?
tgh bljar lagi.

your favourite song
banyak kot. yg penting lagu yang best la.. lady gaga pun okey..

what will you do next weekend?
nak g KL kot.. tp tak pasti lg la... (bergantung)

when was the last time you see your mom?
Mother Day after special wish hari ibu.

where is she now?
ada kat umah kot, duk jaga anak2 dia yg len2 lagi

when was the last time you talk to your parents?
lama jugak tak call ni..tak ingat da bile..

who is the last person talked to you last night?
Mr. Doo.. smbil layan fesbuk ngn dia..

the last suprise you got
hm...tak ingat dah..huhu

last thing you borrowed from your friend
RM 2 from Mr. Doo sbb tertinggal wallet tp perut lapa..

who is your bf/ gf/ husband/ wife?
masih single lagi. tggu puteri gunung Ledang kot.. haha

what do you feel right now?
rasa sakit perut. uhuk..

wanna share with who?
tak pe kot.. jap2 lagi baik la tu

who know your secret?
tak de sapo kot.. sbb tak de rahsia yg bahaya

they keep your secret?
opkos la.. haha

are you angry with someone?
ari tu ada jugak...tp skrg dah baik dah.. :)

what do you order at McD?
lamo giler tak makan McD. last makan ngn cousin..tp tak ingt dah ape..

the last time you feel so sad?
lambat siap Latihan Ilmiah.. huhu

Mahu di TAG

....................................
....................................

~...tak mboh...~

(tag Sendiri la)



sekian membalas tag dari Nurdia Natasha @ mengenaldiri

Sunday, May 16, 2010

16 Mei...hari Guru..Selamat Hari Guru

GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Selamat Hari Guru...

p/s: sayangi ibu bapa kita, guru kita dan saudara-mara kita serta umat Islam sekalian...

Thursday, May 13, 2010

kawan-lupa-kawan-ingat-kawan

salam Sejahtera

hari ini aku baru bermood untuk menulis kembali blog ini. baru-baru ni berlaku kekurangan idea dan masa. hari pun masih tidak punyai waktu kiranya, tp teringin jugak nk update.

sehari dua ni, aku dapat la panggilan daripada member2 lama yg dah lama tinggalkan aku tak lupa yang baru je berpisah beberapa minggu lepas. menariknya dalam perbualan dengan seorang kawan, (kawan lama), banyak perkara yang dibualkan bersama. maklumlah kawan dah lama tak jumpa.

dlam banyak2 perbualan, adalah perkara mengenai "kawan melupakan kawan" adalah sesuatu yg paling menyentuh hati.

bagi aku sendiri, seseorang kawan bukan melupakan kawannya, mungkin kerana kekurangan masa utk berinteraksi menjadi sebab utama mereka "berjauhan"..pandangan aku aja, mungkin anda juga lain.

tp skrg kan sudah Fesbuk, boleh la berkawan-rapat semula kan.

p/s: tajuk tu pandai2 la korang bace..

Monday, May 10, 2010

cerita dari kampung

salam kembali

aku sudah kembali dari bumi yg bergelar Wide Field, pagi tadi, sampai sini dah dekat pkul 7.00 pg. agak lewat jugak kan. aku naik bas pun dah 10.30 mlm. (agak 8 jam jugak). dari besut-Kajang. banyak perkara yang nk dikongsikan antaranya berkenaan dengan pemandu bas seroang yg sopan-santun.


perlunya aku mulakan dengan bas yg sopan la.

bas dijangkan waktu ketibaan di Jertih pada jam 10.00 malam. tepat jam 10.05 malam, datang sebuah bas, seperti dlm tiket aku, tpi ditulisnya pada badan bas tersebut, Shah Alam... hampeh, masih belum.

kemudian tunggu lagi... datang lagi bas, 10.30, sama seperti tiket. emm..boleh naik. (setengah jam delay..dah biasa daa.


kemudian masuk pula part pemandu yg sopan.

duk dlm bas sopan2, kemudian men msg. smpai jam 1.00 pagi, ngantuk, lalu aku tido. tido dengan nyeyak kot.. sampai aku dikejutkan dengan bunyi horn yg "nyaring" dari bas tersebut. masa tu lokasi di highway karak. huh, punya la best aku tido, akhirnya dikejutkan dengan horn bas tersebut. sangat-sangat tak best jadinya. kalau yer pon nk marah pemandu lain, jgn la smpai horn2 mcm tu.

itu semua tak penting. cerita je.

secara totalnya pemandu bas ni ramai yg bawak smbil lewa, drive dlm bhaya, dan drive tanpa pk orang lain. kan ke bahaya gitu..

the story from kampung. terlalu banyk. nanti aku kena story more dlm next entry kalau sempat la.

Saturday, May 8, 2010

broadband dan kelebihannya

salam..

demi menghapuskan habuk yang terlekat pada blog ini, aku nekad mencari-dan-mencurik broadband yang berada di rumah ku ini. alhamdulillah, aku berjaya mencurik-guna-nya. seperti yang di rancang, penggunaan broadband ini hanya free hanya beberapa seketika sahaja. banyak masa aku habiskan utk load page sahaja. memag terbaiklah broadband ni. haish...

hari ni aku nak kongsi beberapa kelebihan broadband ni. yang dah lama duk umah aku ni. (kelebihan ni limited utk my family k)...

  1. dapat akses internet walaupun terlalu "laju"
  2. dapat tingkatkan iman (sbb pakai menda ni kena banyak bersabar)
  3. dapat tgk you tube sesudah sekian lama load page
  4. dapat update blog...sesudah separuh hari berperang nk guna broadband
  5. dapat tingkatkan kemahiran penggunaan internet, khususnya bg budak yg berusia bawah 16 tahun
  6. dapat kemaskini kemasukan ke IPTA (bagi adikku yg lps SPM)
  7. dapat download guna Torrent, walaupun dah berhari2 download.
  8. dapat men game dlm internet (bgi budak umor bawah 12 tahun)
  9. dapat chek email sambil tingkatkan keimanan
  10. dapat guna YM... walaupun terpaksa tunggu smpai 2-3 pagi..
jika dilihat daripada susunan ayat di atas, terdapat 10 kelebihan yang ada pada broadband ini. jadi sangat bagus utk meningkatkan iman... amin.

yang penting, dapat jugak mengurangkan habuk pada blog ini.

moral of the story, jgn gunakan broadband di kawasan kampung yg jauh dr bandar...

p/s: nanti aku update citer2 lain pulak.

Wednesday, May 5, 2010

jap lagi...

salam..


malam ni aku nak balik kampung halaman. ni last time duk UO, tapi dont wory la, next week aku kembali ke sini. nak siapkan tesis n short sem. okey, lama lg la aku duk sini.


tiket aku malam ni kul 8.30 malam, kiranya kurang dari 3jam dari post ni di buat. hehe

Bas ni, satu je yg menarik, kalau janji kol 8.30, entah la pukul brape nk sampai kat hentian (janji Melayu)

kalau tunggu sampai umah, kul 6.oo pagi sampai, insyaAllah.. jika dapat guna line berukband di kg, memang sangat best, sampai tak boleh nk guna pon. huh!.

okey, dah banyak aku merapu, nk packing barang daa...

jumpa lagi..

p/s: sapa yang kelapangan tolong la cuci2 habuk blog aku ni... :)

Tuesday, May 4, 2010

Platform 7

sudah lama kan,

salam. hari ni aku sempat Update blog setelah sekian hari tak update blog. almaklumlah nak kena siapkan tesis yang mengabangkan pemikiran aku selama ini. (say no to thesis)...

ini gambar tiket bas.
Platform 7: E-budaya, 8.30 malam


okey, aku sudah mau balik kampung, jadi sebelum balik kampung, pastikan aku nk jumpa penyelia aku buat kali terakhir pada minggu ini, dan kemudiannya aku nk siapkan beberapa kerja aku. dah lama dah tak siapkan kerja yg banyak ni.


mak aku dah banyak kali tanya, "bile nk balik" dan aku plak selalu cakap kat mak aku, kalu berkesempatan, InsyaAllah, balik la dlm beberapa minggu or bulan lagi.


kali terakhir aku balik kg adalah pada Februari 2010, so agak lama jugak la tak balik kampung ni. excited la jugak, entah apa yang dah berubah kt kg aku. kalau masa cuti hari tu, kat umah aku ada Backhole, kali ni entah la ada apa plak.

back hole yang peramah k..


kepada sesape yang update ke blog aku, tolong2 la sapu habuk, tak pon bagi tisu pon ok gak.. akhir kata heppy sokmo...


p/s: wide Field at Besut..

Saturday, May 1, 2010

tarikh-dah-dekat

alamak... tarikh dekat... tp masih belum siap lagi...bila mau siap ni?

merujuk pada thesis..


p/s: tp blog post sempat je buat... lalala~

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails