Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Saturday, July 31, 2010

kena buat banyak perkara

salam kembali.

sesudah membiarkan rumah aku berhabuk, aku kembali membersihkan rumah ini dengan mewujudkan entry baru. sudah lama aku tak nek bangi, cadangnya nk ke sana. nak jumpa kawan2, nak setelkan urusan konvokesyen, nak buat itu dan ini. banyak kot.

emm.. yang aku nak utamakan, kena buat urusan berkenaan dengan akademik. malas pun ada. tpi perlu buat. sahkan status konvo, sahkan pengambilan Jubah [itu mesti kena bayar dulu nak pakai jubah] apa pun, terasa pelbagai perasaan, seronok sayu dan sedih menemani diri aku.

rindu rasanya nk jumpa kawan2, kosmate ada... teamwork, lbh rindu nak turun bersilat.

ape pun, sapa rasa nak jumpa aku, boleh hubungi aku di Bangi.. yg aku nk jumpa. mestilah Mr. Azani. banyak menda aku nk kena satel ngn kamu..

Wednesday, July 28, 2010

antara cicak dan burung

DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim)

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Sunday, July 25, 2010

banci oh banci...jangan benci mereka..

salam kembali

sesudah beberapa hari aku tak sempat mengupdate rumah maya ini, hari ini aku kembali mengemaskini rumah ajaib ini. berbalik pd cerita kekinian, of course la aku bz, membantu menguruskan perniagaan ini. (dah pandai membisneskan diri).

okey. back to title, aku nak story-mory pasal BANCI.. perihal banci. semalam, de orang datang banci kat umah aku. pastu dia pun tanya la beberapa soklan ttg kehidupan (perihal rumah, tangga) tapi periuk belanga tak di tanya la.. hehe.

jangan risau ttg persoalan yg di tanya, semuanya boleh di jawab, kerana itu pun sebahagian drpd kehidupan..


saya sudah, eh salah, keluarga kami sudah, anda bagaimana?

p/s: jangan risaw, maklumat anda adalah rahsia.

Wednesday, July 21, 2010

membalas tag dari Miss Dayah

berhari-hari dulu aku kena tag... tapi dah berlarutan, baru nak balas, kiranya ok lagi la.. hehe
kali ni edisi tag semuanya "F" jom kite tgk sapa yg kena...

tag ni, aku dapat dripada miss dayah, @tulisan hati



syarat 1 : mesti menggunakan huruf pertama dari blog anda

fathiadha.blogspot.. so,huruf "F" kan..

syarat 2 : jawapan tak boleh berulang

let’s do it.. ( huruf "F" ok ! )


1. nama anda
Fathi Adha, FA


2. perkataan 4 huruf
Fail


3. nama budak lelaki
Fahmi


4. nama budak perempuan
Fatihah


5. pekerjaan
Farmer (petani la tu)


6. warna
Florescent (ekr, kaler ker?)


7. sesuatu yang anda pakai
Faun ten Pen (nanti aku pakai lg)


8. makanan
Fries


9. sesuatu yang boleh dijumpai di tandas
Floor (adakah diterima?)


10. tempat
Feringgi


11. alasan bila terlewat
Fail- (alasan ke mcm ni?)


12. sesuatu yang anda jeritkan
Fault (masa men bola)


13. tajuk filem
Fantastic 4


14. minuman
Fruit Juice (jus buah)


15. kumpulan muzik
Fabians


16. haiwan
Frog (sejenis katak)


17. nama jalan
Fraser Hill Street (ada ker?)


18. jenis kereta
Ferrari


19. mereka yang bakal di tag

Of couse tak de... tapi tetiba nk tag jugak... hehe



aku mengalu-alukan korang jawab tag ni.. (korang tak wajib jawab tag ni, tp klu dah jawab, sila tinggal jejak dlm shout box aku)

sekian.

fathiadha
warung buluh...

Sunday, July 18, 2010

kembali dari meja sibuk

kembali dari meja sibuk.


(time nk antar tesis, posing dulu)


sibuk, itu prkataan biasa bg org bekerja, begitu juga bg orang study. kalau sibuk, susah biasanya bg aku nk jnguk rumah peribadi ni. baru2 ni aku di tag, tapi masih tak de masa lagi nk balas, esok maybe aku balasnya.

pastu tadi aku baca blog buah hati, emm, de kisah yg menarik tp lagi mengujakan. emm.. tak pe, nanti de masa aku buat. byk rasanya nk menulis, tp tak sempat.

p/s: skrg ni dah kerja, tolong kakak jaga bisness dia. anda dijemput memeriahkan bisness ku ini. jom.


sekian.

fathiadha
Warung Buluh Padang Luas, Jertih.

travel without living


Salam kembali

Sesudah kembali ke Bumi wide Field, selepas melakukan travel without living.. penat tp terubat, susah tapi senang...senang di hati,

Kisah bermula, (kunun entry mcm diari la)... 12hb, aku dapat call, mintak hadirkan diri d KL pada 14hb, buat medical check-up utk kerja di Pizza Hut, kerja sebagai Assistan Restaurant Maneger Trinee (ARMT). Jadi aku pun g ler.. mane taw kot2 dapat kerja kan.. hehe..

Jadi, esoknya (13hb Julai) aku cari tiket, dapat... Sani Express (ekr, risau gak nak naek, - kisah bas bunuh 10 orang), tp dah last choice dah, tak de yg len daa. Okey, dlm tiket ak akan turun di Hentian Putra, KL dan dijangka tiba pada jam 5.00am. jadi aku tido, dgn selambe dan seronoknya..

14hb Julai 2010 – dalam Bas
Aku sedar2.. tgk org dlm bas dah makin berkurangan, (ekr, mane pergi semua ni dah turun ke? Masa tu bas tgh stop kt perhentian. Jadi aku jengok ke luar, ekr...tak familiar la tempat ni, tgk sign board... SHAH ALAM – sah aku dah lebih tido.

aku relex jap, tp tak taw nk buat ape, station komuter kt sekyen 19, stesen bas sekyen 17...jauh gak tu. Aku pun beranikan diri tanya teksi. Belum sempat aku tnya, dia pun tnya aku,

“dik nk ke mana?”
“ekr... Station Komuter jauh tak? Brape harga?” (berkira2 dgn bajet)
“Tak jauh dik, RM 7”
“okey”

Dlm teksi aku pun berbicaralah dgn pakcik tu.. aku citer la, nk ke KL, tp tersampai S.Alam.. pak cik tu cadang la, “adik nek bas la, bas ke KL mudah, cepat, ada selalu, 10mint dlm 3-4 buah bas”

emmm, nek teksi jauh skit, masalah la... kurus la poket aku.

Dlm perjalanan ke KL (dlm bas) setengah tempat, aku familiar, hati aku bersulam resah+risaw+tak pernah nek bas pagi2 hari. Aku sabarkan diri, kuatkan semangat. Akhirnya aku smpai di KL (ak berenti kat KL sentral). Ma
ndi, solat subuh, bersiap2, pastu g ke Pizza Hut.

Sblm kul 1, setel kerja kat sana, jadi aku pun balik la ke Hentian Putra, cari tiket Bas balik Kg. Akhirnya dapat. Boleh balik malam tu jugak.


Penat?

Jika dinyatakan dlm entry blog memang tak terkata betapa penatnya aku. Aku terpaksa nek teksi, bas, LRT dan jalan-kaki, semuanya kena hadapi. Tp seronok gak, macam 1st time lak..

Penatku terubat.

Aku pun msg buah hati, “jumpa nak?” dia setuju, jadi aku lagi la setuju, aku turun nilai, jumpa di Nilai, jauh skit, tp seronok gak dapat deting...1st time deting la, tak penah deting pun sebelum ni. Jadi sempat la aku hadiahkan gelang bersulam mutiara pada dia. Lebih dari tu, dia hadiahkan aku sebuah buku, “pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul”, cantik tajuknya, tp aku ni agak pemalas skit bace buku, so aku try la bace skit2, (lama2 abis la).

ekr, aku belum start bace. (kejam kan?)



14hb Malam
Aku nek bas, balik kampung.


15hb Julai 2010

Sampai kat umah...

12.00tgh hari, open bisness ceremony, buat bisnes kedai makan plak, sapa nk rasa masakan aku masak? Jom...


p/s: perjalanan KL-Jertih memakan masa sekurang-kurangnya 8jam dgn bas eksperess.


ni lah org kata, G kL balik ari... masa aku Bangi, selalu gak aku buat cam gini, G KL balik ari, tp itu Bangi, bukan Jertih..


Sunday, July 11, 2010

berpesan-pesanlah dgn pesanan yg baik2

Kembali update blog.

salam kembali, sesudah membiarkan "rumah aku" ini berhabuk, hari ni aku datang sapu habuk yg banyak2 tu. mcm biasa, aku nak berbicara lah..

Kali ni aku buat enty pasal wanita lagi.. ekr, perempuan barangkali. Jadi yg bergelar perempuan sila baca...yg laki, nak bace jugak, boleh nanti leh kongsi ngn pempuan, tak kira la adik, kakak, ibu, buah hati, kawan2 n sebagainya.. okey.

Okey entry kali ni aku hanya mengemukakan beberapa persoalan (banyak ker) tak jugak sebenarnya. Yg persoalan utama aku nk habaq (tetiba spelling utara jap) ialah skrg ni anda berada pada bulan ape, bulan Hijrah yer... (ari ni dah dikatakan penghujung Rejab).

Emmm.. ape kaitan penghujung Rejab dgn dunia kita hari ni? Meh aku habaq lg skali, pernahkah anda terfikir, bulan ape lepas Rejab? Sudah tentu Syaaban.. that mean lagi sebulan la nk datangnya Ramadhan.. aii kejap je kan.

Okey, persoalan utama, adakah anda (perempuan yg beriman) sudah menunaikan hutang-hutang pada ramadhan yg lepas? (faham2 la sendiri). Aku kemukakan persoalan ini pun sbb aku punya sibling yg pempuan ramai. Jadi aku selalu pesan pd mereka (secara segaja dan tak sengaja) ehhe. pastu terlajak tu pesan kt reader blog plak.. "berpesan-pesanlah pd kebenaran"

"dahulukan yg utama."

Sekian.. Syabban will come, Ramadhan is Coming Soon


p/s: sebarlah pada sesiapa shj...insyaAllah anda jua mendapat barakahnya...

Thursday, July 8, 2010

jom boikot sotong...

salam Khamis. emm, sudah sekian hari aku tak hapdate blog. aku biarkan leptop ku ini berhabuk, biarkan seketika.. tp semasa aku biarkan leptop ini berhabuk, secara tak langsung, blog aku juga turut berhabuk. takpe2, habuk pd blog boleh delate dgn ada viewer. ahakzs!!..

sejak kekalahan pasukan pilihan aku (Jerman) kepada Spain, aku dah rasa malas nk layan mood WC, yg pastinya, masih ada 2 games (tmpt ke 3 * ke-4) dan Final.

okey, sebut Jerman, teringat sotong. Jerman men smlm tak best, tak seperti Jerman masa men ngn England, tak sama cam Jerman masa men ngn Argentina, so tak macam Jerman la.

sotong ni la buat ramalan Jerman Kalah... ekr.. kecewa dgn Jerman, boikot sotong.. haha..



p/s: adakah harga sotong di Jerman akan naik?

Friday, July 2, 2010

yang pahit pasti ada manisnya

salam kembali

sejak berada di kampung laman ni, susah sikit nk update blog. berebut BroadBand di pagi waktu siang2 hari, bermalas-malasan utk buke leptop (biarkan berhabuk je), berbezy di waktu tgh hari dgn kerja2 rumah (walaupun malas), dan berkerja membersihkan laman rumah di waktu petang (sekali-sekala je).

sejak berada di kampung laman, aku rasa tak jumpa lagi ngn member2 lama.. masing2 bz kot, dgn urusan sendiri.. masa aku kt UKM, ramai yg tanya nk balik bile?...bile dah smpai kg, tak de plak yg tanya nk g bile..hehe. for sure aku memg rindu nk jumpa ngn member2 la. makan sama, lepak sampai petang, borak sampai malam. bile agaknya yer.

okey, next, setelah berjuang 3 tahun, aku dah
siapkan satu dokumen penting, iaitu sebuah latihan Ilmiah. penulisan ini mengambil hampir semua masa2 penting aku di UKM, walaupun penulisan ini aku jalankan hampir setahun , hasilnya cukup memuaskan.. hanya tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hati aku.

terima kasih kepada semua yg membantu aku, terutamanya sahabat aku dan rakan seperjuangan aku la.. tidak lupa juga pada ibu bapa aku yg duk kg...walaupun duk Kg diaorang bg aku moral support. begitu juga ngn buah hati pengarang jantung aku, begitu banyak membantu aku dan juga memberi semangat pada aku.

pernah satu hari aku dah cukup give-up dgn hidup aku ni (melakukan kajian yg tak nampak nk siap), aku rasa nk mengalah. dan aku nyatakan pd kawan2 ku, bahawa aku dah Give-up, biarlah apepun yg jadi, jadi lah... tetiba aku etrima satu email, email dr pihak admin, dlm ayat tersebut "jika anda tidak hantar pd tarikh tersebut, maka E (GAGAL) utk anda. [ekr, mcm tu la bunyinya]. esknya terus aku buat siap2 dan hntr pd tarikh tersebut. alhamdulillah, syukur. segalanya selesai.

jadi, aku nak pesan pada rakan, andai sesuatu yg kau buat itu memerlukan tempoh yang panjang, jangan kau bazirkan masanya, mulakan seawal mungkin.


sekian utk hari ini.

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails