Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."
Showing posts with label Berita Sensasi. Show all posts
Showing posts with label Berita Sensasi. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

cerita dari desa

Tiga sepupu tubuh pusat tahfiz
8 Februari 2012

Besut - Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari pusat tahfiz terbaik untuk menghantar anak mereka belajar secara sambilan hafaz al-Quran, Pusat Pengajian Pra-Tahfiz Darul Hamza terletak di simpang tiga Jalan Padang Tapong, di sini adalah pilihan paling tepat.

Lebih menarik, pusat menawarkan pengajaran Pra-Tahfiz ini diselia oleh tiga saudara sepupu yang dua daripada mereka adalah al-Hafiz.

Mudir Darul Hamza, Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Farid Al-Hafiz berkata, pusat diusahakan bersama dua sepupunya bakal beroperasi 12 Februari depan di sebuah bangunan dua tingkat yang memiliki pelbagai kemudahan lengkap.

Menurutnya, bangunan diubah suai dari sekolah rendah agama rakyat yang terbengkalai sejak 2004 akan memberi peluang kepada ibu bapa menghantar anak mereka seawal usia 9 hingga 12 tahun untuk mengikuti Program Pra-Tahfiz.

“Kanak-kanak boleh mengikuti Program Pra-Tahfiz meliputi teknik hafazan al-Quran, kaedah pengekalan hafazan dan adab serta akhlak menghafaz al-Quran.

“Lebih menarik kerana kanak-kanak menyertai program Pra-Tahfiz juga akan mengikuti subjek Fardu Ain seperti pelajaran hadis, sirah, tajwid, tauhid, fekah, akhlak, doa harian, jawi dan asas bahasa Arab,” katanya.

(dari kiri : Muhammad, Abdul Muhaimin dan Izzat Fitri)



Abdul Muhaimin berkata, lebih menarik kadar bayaran bulanan, bagi kedua-dua program berlangsung sebanyak lima kali seminggu itu amat rendah dan mampu dibiayai oleh semua peringkat golongan termasuk berpendapatan rendah.

Menurutnya, Darul Hamza bukan berorientasikan perniagaan dan keuntungan, sebaliknya usaha fisabilillah dan bayaran dikenakan hanya untuk menampung kos uliliti dan pengurusan.

“Matlamat kami supaya seramai mungkin umat Islam menjadi hafiz al-Quran seterusnya melahirkan insan yang memiliki budi pekerti mulia serta sahsiah yang baik,” katanya.

Katanya, kerja mengubahsuai dan membaik pulih bangunan itu bermula akhir tahun lalu dan akan beroperasi minggu depan. Bangunan ini memiliki kemudahan enam kelas bersaiz besar dan selesa, sebuah dewan besar, surau, kantin dan tandas.

Dibimbing oleh tenaga pengajar yang bertauliah.


Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Akedemik yang juga sepupu Muhaimin, Ustaz Muhammaf Ariffin Al-Hafiz berkata, kelas dari Ahad hingga Khamis dengan tiga sesi program diadakan untuk pelajar iaitu pada jam 2.30 hingga 4.15 petang adalah program belajar Iqrak yang terbuka untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.

Menurutnya, pada jam 4.30 hingga 6.30 petang pula kelas bacaan al-Quran dan Fardu Ain untuk kanak-kanak berusia seawal usia 7 tahun ke atas.

Manakala program Pra-Tahfiz dan Fardu Ain bermula jam 6.30 petang hingga 9 malam setiap hari dan pelajar akan menunaikan solat berjemaah di surau disediakan di pusat itu.

Menurut seorang lagi sepupu mereka, Izzat Fitri Mohd Nasir yang bertindak sebagai pengurus pusat tersebut berkata, tiga tenaga pengajar bertauliah akan membimbing pelajar pada setiap masa mengikut sukatan yang terbukti berkesan dengan mudah kanak-kanak belajar mahupun menghafal al-Quran.

Ustaz Abdul Muhaimin kini berusia 23 tahun lulusan Mahad Tahfiz Al Bukhari, Bachok mula menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika berusia 19 tahun manakala Ustaz Muhammad, 30 tahun, juga lulusan Mahad sama hafaz 30 juzuk al-Quran ketika berusia 21 tahun.

Ibu bapa dan orang ramai yang berminat atau ingin memperoleh maklumat lanjut boleh menghubungi Abdul Muhaimin menerusi talian 017-9566650.


artikel asal: sila klik

utk maklumat lanjut, layari : Darul Hamza atau darulhamzah.com
alhamdulillah, segala penat lelah mereka akhirnya membuahkan hasil..Tahniah buat anda semua, terbaik lah...

ps: tahniah utk Abdul, Abe Mat n Izzat...

Saturday, May 22, 2010

Malaysia: Judi itu Halal?

Pemuda PAS hari ini menggerakkan bantahan 'pemanas badan' terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak.

Perhimpunan berlaku di lima negeri hari ini sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Di Perak, kira-kira 300 orang, termasuk bukan Islam, mula berkumpul di perkarangan masjid negeri di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh sejak jam 2 petang.

Ketua penerangan pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamarudin mendakwa perhimpunan mereka hari ini disuraikan oleh polis tidak sampai sepuluh minit berlangsung.

Tambahnya, beliau sendiri tidak sempat berucap kerana "ditarik" oleh pihak polis.

Katanya, peserta protes tersebut hanya sempat melaungkan slogan antaranya "Tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "Hancur Umno," sebelum dihentikan sekumpulan anggota polis.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri, termasuk ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan bagaimanapun sempat berucap ringkas.

Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru di Kuala Terengganu, perhimpunan 45 minit disertai ratusan orang difahamkan berjalan 'lancar dan tenang' selepas solat Jumaat.

Presiden PAS kurang sihat

Ketua penerangan pemuda PAS negeri Nik Zawawi Salleh berkata perhimpunan itu diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda PAS negeri, termasuk beliau.

Menurut Nik Zawawi, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini dilaporkan akan menyertai perhimpunan itu bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana "kurang sihat".

Abdul Hadi hanya hadir membacakan khutbah di masjid tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada khutbah yang disampaikan Abdul Hadi turut mengulas berhubung isu lesen judi tersebut.

Nik Zawawi berkata, turut hadir ke perhimpunan itu Setiausaha Perhubungan PAS Yahya Ali dan ketua Pemuda PKR negeri (AMK) Faris Musa.

Manakala di Pulau Pinang perhimpunan di Masjid Permatang Gajus, Permatang Pauh dihadiri ratusan, kata ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah.

Selain memberikan risalah kepada umat Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat, kumpulan itu turut membawa sepanduk bertulis "Umno halalkan judi".

Turut serta ketua penerangannya Zakaria Hamzah, yang dipertua PAS kawasan Permatang Pauh Omar Hassan serta ketua AMK negeri Amir Ghazali.

Yusni berkata hanya sebuah kenderaan peronda polis berada di situ bagi mengawasi perhimpunan selama kira-kira 40 minit di masjid berkenaan.

"Polis beredar selepas melihat keadaan terkawal", tambahnya lagi.

'Yes bola, no judi'

Di Negeri Sembilan pula, perhimpunan juga berjalan dengan aman di Masjid Negeri, Seremban, kata ketua pemuda PAS negeri Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa.

Katanya, ratusan orang yang hadir di perhimpunan itu, termasuk daripada NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), yang membawa sepanduk bertulis "Judi bola haram" dan "Yes bola, no judi".

Perhimpunan itu turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri Zulkifli Omar dan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut menyampaikan ucapan.

Sementara itu, di Selangor pula, keadaan berbeza apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak.

Di Kajang, penganjurnya Mohd Shah Mior Kosim berkata kumpulan tersebut berkumpul selama kira-kira 30 minit di depan Masjid Jamek Bandar Kajang selepas solat Jumaat hari ini.

Perhimpunan yang disertai aktivis NGO Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) itu diisi dengan ucapan beberapa pemimpin PAS kawasan Hulu Langat dan Pemuda PAS Selangor.

Mohd Shah berkata walaupun penganjur tidak menyelaraskan bahan kempen, terdapat peserta yang mengambil inisiatif membawa poster, antaranya bertulis "Tak nak judi bola" dan "Judi bola haram."

13 orang sahaja di Hulu Selangor

"Kita akan anjurkan satu lagi protes sama minggu depan, kita harap akan ada penyertaan lebih besar," katanya lagi kepada Malaysiakini.

Sementara itu di Kapar pula agak berbeza apabila bantahan hanya diadakan melalui sebaran risalah bantahan kepada jemaah masjid, yang dipetik daripada blog-blog.

Ketua pemuda PAS kawasan Haidar Taslim berkata sebanyak 2,000 risalah diedarkan di masjid As-Syarif, Meru selepas solat Jumaat tadi.

Sementara di Masjid As-Syukriah, Kampung Desir Tengah di Hulu Selangor keadaan 'menyedihkan' apabila difahamkan hanya 13 orang hadir dalam perhimpunan ringkas 15 minit.

Nazir masjid itu, Sukurillah Ri berkata, anak kariah kampung itu kelihatan membawa sepanduk bertulis 'Kami ajk masjid membantah sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi oleh kerajaan persekutuan'.

Berhubung 'kelesuan' bantahan di sekitar Selangor, ketua Pemudanya Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kelewatan memberi arahan mungkin menyebabkan kurangnya sambutan daripada para penyokongnya.

"Insya-Allah, minggu depan akan lebih baik dari hari ini dengan persiapan yang lebih lengkap," katanya.


p/s ; judi itu halal?


sumber : malaysiakini

Friday, December 25, 2009

kereta HILANG...apa nk jadi nie??

Tiga kereta Perdana V6 Terengganu hilang

KUALA TERENGGANU 22 Dis. - Tiga buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilaporkan hilang di tiga tempat berasingan sepanjang tahun lalu.

Selain itu, sebuah jengkaut milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bernilai kira-kira RM1 juta turut dilaporkan hilang awal tahun ini.

Laporan mengenai kehilangan kereta itu diperoleh berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi 2008.

Bagaimanapun, sebuah daripada Proton Perdana V6 itu serta jengkaut berkenaan berjaya ditemui semula selepas laporan polis dibuat.

Wakil rakyat pembangkang, Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) ketika membangkitkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini mempertikaikan kehilangan berkenaan yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, mengikut laporan itu kereta bernombor pendaftaran TAF 2277 yang digunakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu hilang di tempat letak kereta restoran makanan segera KFC di Batu Buruk di sini.

''Sebuah lagi kereta bernombor pendaftaran TAM 323 hilang di tempat letak kereta Tesco, Ampang, Selangor, manakala kereta bernombor pendaftaran TAF 8181 bagi kegunaan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri hilang di rumahnya,'' katanya semasa membahaskan Bajet Terengganu 2010 pada persidangan DUN hari ini.

Jelasnya, beliau membangkitkan isu berkenaan bagi menyedarkan betapa tidak seriusnya pegawai kerajaan negeri dalam mengawasi dan menjaga kereta milik kerajaan.

''Saya bukan mereka-reka cerita tetapi pendedahan dibuat setelah meneliti laporan tersebut. Walaupun semakan audit mendapati tiga pegawai telah membuat laporan polis pada hari kehilangan tetapi pemantauan kurang dilakukan.

''Sehingga kini satu kes kehilangan kenderaan (TAF 2277) telah selesai manakala dua kes lagi masih di tangan Jawatankuasa Penyiasat,'' katanya.

Mengenai kehilangan jengkaut milik MBKT, Mohd. Abdul Wahid berkata, kenderaan milik agensi itu dijumpai di tempat pembuangan sampah MBKT di Kampung Tok Koh, Sungai Ikan dekat sini selepas dilaporkan hilang.

Beliau berasa hairan bagaimana jengkaut sebesar dan seberat puluhan tan metrik itu boleh hilang.

sumber: Utusan Malaysia 23/12/2009


inilah kisah yg berlaku di Terengganu... kereta ilang, Bina stadium...runtuh, bina tempat tarminal bas..runtuh, lps ni ape pulak yang akan berlaku pada terengganu???

Nasib oh Nasib...

p/s: aku orang BESUT...

Monday, September 14, 2009

Mengapa Selasa

**
Tak sempat nk update blog, banyak keja yg tertunggak dan tergendala ekoran beberapa perkara yg sukar diselesaikan dgn begitu sahaja. Apa yang penting (kerjasama ~ jwapan yg selalu di dengari). perlunya siapkan tugasan

Bermula hari Selasa minggu lepas sehingga semalam, aku menerima jemputan berbuka puasa yang tak putus2 ~ macam YB la pulak (sedangkan aku ni tak famous pun)... tapi apakan daya, selagi ia kawan, maka seharusnya kite pergi memeriahkan majlis...alhamdulillah...selamat segalanya..


Mengapa Selasa adalah tajuk utama entry ini...


Mengapa ya ????

Macam tak de Rabu la pulak...huhu

Kisahnya hanya satu....pada hari Selasa....aku akan meninggalkan bumi UKM, insyaAllah...

Tiket Bas aku menunjukkan tarikh 15 September 2009 (Hari Selasa, 8.30 Malam)
Iaitu hari selasa...ini bermakna aku akan pulang pada hari Selasa, malam....oleh itu, aku hanya ada hari Isnin dan Selasa sahaja utk menyiapkan segala-galanya...yg paling utama Bab 1 dan Presentation pd petang Selasa...fuhh!! jiwa kaco, hati runtuh....

Mau saja aku pulang tanpa ada perasaan tertekan...namun apakan daya...assignment terlalu banyak utk aku...tidak terjangkau oleh fikiranku...

Sekiranya aku berjaya menyiapkan presentation (at least 20 slide, ok jugak tu...) byk lg kena tambah, yg lain aku kena top up kalo tak cukup lagi....huhu..

So sekirannya aku balik ~ maka seharusnya aku bekerja dari rumahlah...iaitu menyiapkan assignment....Cuma persoalannya...adakah aku boleh melaksanakannya di rumah yg dipenuhi oleh budak2 comel... (persoalan yang akan tinggal persoalan) yg penting siap!!!!


pantun Raya dari aku:

Balik kampung di suasana raya,
Menjejak kaki ke desa Idaman,
Hari raya datang jua,
Ucapan selamat di hari lebaran.

Makan ketupat di pagi raya,
Sambil menelan seteguk air,
Raya tahun ni bersama keluarga,
Bersama meriah keluarga besar...

direka citpta oleh : Fathi Adha



Eh, ape dah aku merapu ni...siapkan kerja ~ siapkan kerja!!!



Fathi Adha
~siapkan kerja~

Monday, August 31, 2009

Istimewa 1 September...

ini bukannya khabar angin, bukan satu penipuan, malah ini merupakan satu janji...janji pemerintah kepada rakyat..


sila baca Entry ini dengan perasaan penuh takjub!


Harga Petrol Naik Esok

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok. Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

sumber, Malaysiakini
31 Ogos 2009




1 Malaysia,
Rakyat di dahulukan Percapaian di Utamakan


Fathi Adha
~Kemerdekaan utk rakyat Malaysia~

Friday, May 15, 2009

coretan ringkas dari aku

Kembali menulis...

sudah hampir seminggu tidak menulis diruangan ini. kini aku kembali menulis dalam jangka masa yg singkat, aku hanya mampu menulis sekadar yg mampu. InsyaAllah aku akan membawakan beberapa persoalan dari desa tercinta dari kaca mata politikus desa yg memperjuangkan parti mereka.

Banyak perkara yg aku mahu berkongsi kepada anda semua...semuanya akan kembali tertulis dalam laman blog aku ini.

Ilmu itu menjadi keperluan hidup, di saat ini aku ingin mengucapkan:

selamat Hari Guru kepada semua guru2 di Malaysia dan juga kepada semua guru2 yg telah mnegajar aku menjadi insan yg menghargai ilmu.

tanpa Guru, siapalah aku.

Terima Kasih kepada semua guru-guruku.

16 Mei adalah hari guru Peringkat Kebangsaan...



fathiadha.blogspot.com

Saturday, May 9, 2009

Pengumuman

Blog ini akan mengalami kekurangan keaktifan dalam mengemaskini data dan post. ini disebabkan oleh owner akan pulang ke rumahnya..

sekali lagi mohon maf atas keadaan ini...

"semoga berrjaya menempuhi kehidupan yg makin mencabar"




fathiadha blog...

ingin meninggalkan KIY...

peperiksaan telah berjaya di sempurnakan pada jam 11 pagi (8/05/09). sejarah aku telah bermula (walaupun dah mula masa dulu2 lagi).. sejarah aku pada kali ini adalah akan akan meninggalkan KIY utk pulang bercuti di kampung halaman (ayat mcm tak penah cuti, haha)...InsyaAllah..


Selamat bercuti dan selamat berjaya dlm ape jua cabaran yg ditempuhi...

Fathiadha Blog's...

Wide Field menanti aku...atau aku yg menanggu Wide Field???

Wednesday, April 29, 2009

Hadiah buat Kijang

Kelantan lawan MU, Liverpool Ogos ini:

KOTA BAHARU - Pasukan Kelantan akan beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan kelab bola sepak utama Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Liverpool sewaktu lawatan mereka ke Old Trafford pada Ogos depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata, dengan adanya dua perlawanan persahabatan itu, hadiah lawatan daripada Kafa kepada skuad negeri yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA bukan sekadar lawatan pelancongan semata-mata.

“Janji kepada ‘Wira Merah’ untuk dibawa ke Old Trafford akan tertunai tetapi mereka ke negara itu bukan soal melancong semata-mata kerana akan diadakan perlawanan dengan dua pasukan bola sepak itu sewaktu lawatan mereka nanti,” katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari pasukan bola sepak Kelantan bersama media di sini, semalam.

Lawatan itu akan disertai seramai 70 orang. 40 orang pemain Kelantan dan pegawai serta 30 penyokong bertuah melalui pakej istimewa yang disediakan.

“Meskipun pasukan kita belum mampu menamatkan kemarau 88 tahun untuk memenangi piala tetapi kita harap dengan hadiah ini semangat mereka tidak luntur untuk terus meraih kejuaraan dan memburu piala dalam perlawanan yang akan datang terutama Liga Super dan Piala Malaysia yang bakal tiba nanti,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (sisipan negeri)


fathiadha.blogsopt.com

Tuesday, April 28, 2009

Benarkah dunia dalam Bahaya..

Benarkah kata para saintis bahawa dekat terdekat ini akan berlakunya wabak penyakit yg akan meragut jutaan nyawa??

Selsema Babi @ Swine Flu (H1 N1), sejenis wabak penyakit yang bermula di Mexico sedang masuk ke negara jiran iaitu Amerika Syarikat.

Apa itu H1 N1?

“H” bermaksud Hemagglutinin protein
“N” bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.

Bulan April 2009 ini dilaporkan 80 orang telah terkorban dan 1500 seluruh dunia telah dijangkiti. Masa wabak Selsema Burung dulu pun ramai yang terkorban, tapi penyakit selsema burung tersebar melalui burung.

Selsema babi ini tersebar melalui udara. Hal ini telah mencetuskan keadaan panik di Mexico dan Amerika Utara. World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 dengan situasi yang begini bersetuju untuk mengistiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa.
Dapatkan matlumat lanjut di akhbar2 utama Mexico..

Firman Allah swt :”Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor” (Surah al-Baqarah : 145)

Babi merupakan binatang yang menyebabkan kematian ramai penduduk dunia akibat virus dan kuman bawaannya. Contoh kes yg melibatkan kematian ramai adalah :

1- Spanish Flu – 1918 mengorbankan 20-40 juta orang
2- Hong Kong Flu – 1968 mengorbankan 2 juta orang
3- Russia Flu – 1977 (tiada rekod rasmi)



ikhlas drpd : fathiadha.blogspot.com

Monday, March 30, 2009

Jangan fikir kita selamat

KUALA LUMPUR 28 Mac - Beberapa gegaran kecil yang berlaku di daerah Jerantut semalam tidak akan mengakibatkan kejadian gempa bumi yang besar.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Dr. Yap Kok Seng yang berkata, keadaan bentuk muka bumi di daerah itu tidak memungkinkan kejadian gempa bumi yang besar berlaku.

''Sepanjang pemantauan pihak kami, keadaan muka bumi Jerantut adalah stabil dan kuat, malah ini merupakan kali pertama gegaran berlaku di daerah itu,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, penduduk di beberapa kawasan di Jerantut gempar apabila dikejutkan oleh beberapa gegaran kecil berlaku pada pukul 9.46 pagi berpunca daripada kejadian gempa bumi.

Gegaran itu dirasai antaranya di Sungai Terkam Getah, Terkam Utara dan Kota Gelanggi.

Menurut Jabatan Meteorologi, gempa bumi yang berukuran 3.0 skala Richter mengakibatkan gegaran lemah di sekitar daerah Jerantut.

Ditanya punca gegaran itu pula, katanya, setakat ini, kejadian berpunca daripada gempa bumi kecil.

Bagaimanapun, katanya lagi, jabatannya akan membuat penelitian dan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar gegaran itu.

Beliau meminta penduduk di kawasan terbabit agar tidak bimbang dengan kejadian itu.

dipetik dari Utusan Malaysia.

Thursday, February 26, 2009

sakit lagi...

aku kembali rasa sakit sejak 2-3 hari kebelakangan ini...huhu. sakit ini berpunca dari luka lama aku, huhu.. sakitnya bile cuaca sejuk atau dalam DK.... Sejuk la dlm DK macam duk kt kawasan sejuk...huhu.. aku ni mane la tahan sejuk. huhu..

aku rasa macam ape tah...dah tak tahan nk hadapi udara sejuk sesejuk ais di gunung, sesejuk salji...huhu..

teringat lak aku kata2 lecture aku dalam satu kelas hr 2...."awk ni xleh g oversea kalau tak tahan sejuk", dalam hatiku memg la rasa seday, tp apa kan daya.... itulah kehidupan..

aku ni malas nk g ke PK, apatah lagi ke Hospital...hehe, malas nk menunggu waktu...



melawan rasa sakit!

Tuesday, February 24, 2009

Masih Terasa sakit!!

Pengelaman Pahit aku telah berlaku selama beberapa bulan...namun kini, aku masih merasai kesakitan itu. kesakitan tersebut lebih ketara rasanya setelah aku mengambil ujian SRP baru-baru ini... aku pun tidak pasti mengapa perkara sebegini berlaku di kala aku memerlukan tenaga yang banyak untuk menghadapi hari-hari yg mendatang. kesakitanku jelas terasa apabila aku mengangkat tanganku ke atas (dengan cara meluruskannya). adakah ini ujian bagiku?? mengapa di saat aku memerlukannya??... Hanya Tuhan sahaja yg tahu jawapannya.

mungkinkah ini satu dugaan tuhan buat aku atau satu keadaan supaya aku tidak aktif dalam seni kebudayaan warisan Melayu ini... aku tidak pasti apakah sebenarnya dugaan ini... aku hanya boleh berkata "perjalananku masih panjang, teruskan perjuagan"

masih belum mengalah!!

Thursday, February 12, 2009

Parking: padat atau sesuai???

satu perkara yg perlu dikongsi dengan korang ttg kawasan parking... ia membuatkan aku terfikir sama ada padat atau sesuai. perkara ini berlaku pada jam 2.00 petang iaitu sewaktu kelas pengantar Falsafah abis. aku terlihat ruang perking keta depan FSSK, kelihatan sebuah keta kecil model Minidi kawasan parking terseubt.


aku bukan ape, just tengok kawasan yg dia letak keta tersebut macam kurang sesuai je, hal ini disebabkan kawasan tersebut merupakan jalan di hadapan tangga untuk naik dan turun KIZ. pelik tol la, cm ner dia leh g parking c2?. aku pun mula la mushkil nape la sorang lecture boleh bt cm gitu..huhu

kalau ikutkan logik, memang sesuai la keta dia kat tempat tersebut, tp kalau ikut undang2 mane leh suke-suka parking keta kt kotak kuning cm 2...salah 2..dah la 2 kawasan Zebra Line..huhu.

*kwn2 jgn ler bt mcm ni....huhuhu

Wednesday, February 11, 2009

Akhirnya....aku terlepas dari mimpi NGERI

Jam menunjukkan pukul 1.15 petang, aku masih lagi berada di atas katil, berkira-kira sama ada hendak melangkah kaki ke AGM Pesepsi atau tidak... aku sedar bahawa AGM akan dilangsungkan pada jam 1.30 petang.. aku masih berkira-kira untuk pergi atau tidak, maklumlah kalau aku g, ada la org yg nk calonkan aku jd hape2...huhu

perkara pertama yg aku kena jadi tadi ialah jd tukang taip, itu pun setelah dipaksa oleh Abg Hamdan. huhu...

Mimpi NGERI aku bermula apabila salah seorang kawan aku mencalonkan nama aku sebagai calon Presiden untuk kelab PESEPSI, aku mula menolak cadangan tersebut, namun speaker dewan enggan menerima cadangan penolakan aku...huhu.

maka tibalah saat pengundiaan dilakukan, calon mestilah keluar dari dewan pengundian, maka aku kelaurlah. setelah dipanggil masuk, maka aku dapati, aku bukannya Presiden Kelab Pesepsi...aku bersyukur. aku hanya boleh berkata Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana melepaskan aku dari bebanan seorang pemimpin. terima kasih kerana tidak mengundi aku..

kerana Tuhan untuk HambaNya...

Pesta IT UKM

Jom kita ke Pesta IT UKM di Dewan Gemilang (DG). pelbagai barangan ICT ditawarkan dengan harga berpatutan. pada hari pertama sempat aku membeli beberapa perkara yg penting untuk leptopku antaranya Cooling Pad, Vacuum, LCD Cleaner dan USB Hub (Port). Harga barangan tersebut adalah RM 25.00 (boleh tahan la)...

Harga Pendrive kt sane xde la semurah harga yg ak post kt blog ni dlu.. harga kt pesta IT masih lagi dlm...
2GB = 19-22
4GB = 29-30
yg len2 aku dah lupe la...

harga pasaran Thumdrive masih lagi sama, tidak mengalami penurunan yg jelas...kiranya harga masih kekal di paras lama lagi la...dan kemungkinan besar akan mengalami kenaikan ekoran kemurungan ekonomi dunia...hal ini kerana pengeluar mula mengurangkan jumlah pengeluaran barangan tersebut untuk mengurangkan kos pengurusan dan kos-kos operasi...
nasib la....

sekiranya anda berminat dengan barangan IT, boleh la dapatkan kt sane, tp jangan terkejut sekiranya ada pesta IT lagi kt UKM dengan harga yg lgi murah....

**berbelanjalah dengan berhemah, beli apa yg penting, bukannya mengikut hawa nafsu....

Thursday, May 22, 2008

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails