Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."
Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Monday, November 16, 2009

cuti: apa kata anda?

Cuti semester dah bermula

cuti semester dah bermula bagi pelajar2 UKM. Bandar Baru Bangi mula sepi dengan para pelajar pulang ke kg halaman masing2. aku yang masih menunggu di satu sudut, memerhati sekeliling Bangi.....sepi.... aku masih lagi tidak ke mana, pulang pun tidak, di UKM pun tidak, sebaliknya aku dah keluar dar ukm dan berada di PJ (Kelana Jaya).
(gambar semasa di Muzium Tengku Fauziah)

biasanya kalau cuti, aku suka melancong, itu pun kalau ada duet la. tapi sejak sebulan ni, nampaknya poket aku makin kurus, jadi aku rasa terpaksalah tangguhkan dulu niat nk travel ni.

berbalik soal bercuti ni, kalau ikutkan jurnal perjalanan aku, aku sekarang masih lagi dikira bercuti di sebuah kawasan yang di kenali sebagai Petaling Jaya. bercutikah aku disini? kalau hari2 mengadap buku, pastu kena setelkan beberapa kerja yang tak setel lagi. itu belum masuk lagi beberapa paperwork untuk next semester, lagi kena siapkan bab 1 dan bab 2 serta kena buat bab 3 sebelum semester baru di buka. wah, banyak la pulak kerja aku ni (harap2 sempat siap).

apa yang aku buat pada cuti kali nie?? esk, selasa aku nk balik Besut, tah ape yang berlaku kat Wield Field skrg ni. lama betul aku tak pulang. kali terakhir aku balik kampung ialah masa raya lps, (kurang 2 bulan).

try to planing:
nak g ke Kuala Terengganu, nak g Kota Bharu, nak g Pasir Mas (rasanya yg ni kena cencel la), nak kena join kenduri kawen my cousin, pastu nak g mane lagi?? rasanya semacam mimpi ngeri la nak g sana sini tu...kerja berlambat2 tak siap lagi. itu belum lagi masuk jaga akuarium.


kalau anda ada ruang masa utk cuti, apa yang ada lakukan?


p/s: ramai member aku masih kat UKM, duk siapkan tesis.

Saturday, November 14, 2009

aku di PJ

Wah, lama sudah aku tidak menulis. tak sempat dan tak larat nak menulis sejak 2hari ni. semalam aku sampai PJ, penuh kepenatan dan kemengantukan aku dibuat oleh aktiviti mengemas barang2 yang tak reti2 nak abis kemas. finally aku berjaya kemaskan barang2 dlm bilik aku. senang, abis citer.

kini masuk kisah baru, cuti yang bermula...kalau cuti, ape yang perlu aku buat? keluar jalan2? makan2 angin? tido (dah selalu)... kalau member2 aku bile cuti ada yang keja, ada yg tolong parents kat umah, ada yg buat hal sendiri, ada yg travel, ada yg g tengok wayang.... aku akan start semua kerja2 yang perlu aku buat pada musim baru ni. kerja yg pertama ialah......siapkan bab 1 yang dah mengalami banyak masalah, iaitu ketinggalan (sepatutnya dah siap sebanyak 2 bab)*

aku cadang nak siapkan sekurang-kurangnya 2 bab (untuk latihan Ilmiah) sebelum semester baru buke, tapi sempat ke aku nak siapkan semuanya dalam masa sebulan ni???

nanti jika berkesempatan aku akan update beberapa hal yang best dan menarik.



sehingga berjumpa lagi selamat bercuti warga UKM

nota kaki:
*perbincangan mengenai latihan ilmiah, projek wajib student sejarah tahun 3


InsyaAllah aku nk balik kg sebelum Raya Haji

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails