Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."
Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Sunday, March 28, 2010

sehari di Pesta Buku

Alhamdulillah...

blog ini kembali update.

kalau entry lepas berkisar tentang pertemuan aku dengan sumber tesis di FUU, maka kali ini berkisarkan tentang dunia buku dan diri aku. dunia buku merupakan sebuah kisah yang dikaitkan dengan buku dan jugak kisah pembaca buku...mungkin la...

semalam aku telah menyaksikan pesta buku... Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) di PWTC. meriahnya tidak terkata (sehari sebelum berakhirnya pesta). agak meriah, ramai orang. sesak2, dan banyak lagi. sebelum aku berbicara dengan panjang lebar, adalah lebih baik aku membenarkan gambarku berbicara dulu. lets enjoy with pict.


(Fazle dan Ridhuan, terima kasih kawan)



(bersama En. Abdul Latif Talib, penulis dari PTS)



(penulis-penulis tanah air bergambar)




okey, macam dengan gambar2 tersebut ada terasa puas hati?



bercerita skit. since mggu lepas, adalah member aku ajak g Pesta Buku...tp masa tu duit aky tgh kurang, tapi dalam hati nk sangat g sana... tgk buku apa yg ada, perlu beli atau tidak, pilih yg bersesuaian la.

nak di jadikan cerita, ada plak mamber aku, saja2 je meseg aku dan kemudiannya dia ajak aku ke Pesta Buku Antarabangsa KL, katanya best dan banyak buku di sana. dan aku ni memang nk g sangat-sangat...cuma tak de teman.. so apa lagi, aku keluarlah bersama. seawal jam 9.00am.

Dari Komuter UKM dan turun ke Stesen Komuter Putra, agak padat la dalam komuter dengan manusia, full, tp bernasib baek dapat seat.. hehe. sewaktu naek komuter jugak, aku sempat borak ngn sorang brother dri PTS, ku sangkakan dia nk ke PWTC jugak... almaklumlah, ke pameran, tapi rupanya dia hanya stop di Putra dan akan terus naek komuter lain plak. pelik kan?
actually dia jalankan kempen Jom Baca@Komuter. that good, memang satu benda yang baik, dan dulu pun dah ada Jom baca@LRT, dapat sambutan hangat. biasala nk jadikan budaya, bukan mudah.

kalau tgk dlm iklan tv pun sama je, kempen membaca, jadikan budaya. so cuba la jadikan membaca sebagai budaya. :)

okey, berbalik kepada Pesta Buku, PWTC dipenuhi dengan manusia, pantang nampak tempat yag elok (a.k.a. tempat yg sesuai dan elok) pasti ada orang, dari berdiri hingga duduk, dari berlajan hingga membaca, semua gaya ada, semua tempat ada orang. dalam kemeriahan pesta buku juga sempat la aku jumpa member2 dari UKM, antaranya Bekas Timbalan Presiden PMUKM, Sarfarizmal, bekas Lecture aku, En. Junaidi (FSSK), dan beberapa kawan dan jugak member2 dari UKM.

so far, Pesta Buku itu sangat meriah dan sangat menguji kesabaran. terpaksa bersesak-sesak dalam dewan orang ramai utk masuk tgk2 buku. sempat jugak dapatkan tandatangan penulis. hehe

rasanya cukup la utk hari ini, kalau nk merasai kemeriahannya, cubalah sendirian ke sana, nk lagi meriah, ajak kawan2 anda. sure tak tahan dgn godaan buku2 yg menarik dan sangat banyak pilihan, sama ada kandungan atau dari segi harga. sangat2 teruji. harga buku dari serendah RM1.00 sehingga cecah ratus2 ringgit...

kemeriahan di Pesta


juara (raja) Shopping buku


Mr. Fazle pembeli terbanyak...hehe


KL International Book Fair


sekian sahaja.

p/s: penat dan letih..
ari ni (28 Mac 2010) adalah last day... pastinya sgt meriah..

Monday, June 15, 2009

Mencari Ilmu keradhaan Ilahi...

Membaca menambah ilmu!!

Membaca dapat menambahkan sedikit sebanyak ilmu. namun harus diingat, bahawa ilmu tidak hanya ada pada sebuah buku shj. ilmu itu bebas dan merata2. hanya perlukan masa utk menguasainya.




Definisi Membaca

Membaca ialah kebolehan menterjemah huruf2 dan ayat2 kpd makna supaya dpt difahami dan dihayati sebagaimana yg hendak disampaikan oleh penulis...(Raja Abdullah Yaakob 1984). Membaca juga juga merupakan proses yg kompleks krn meliputi kebolehan mendapatkan interpetasi drpd bhn yg dibaca (Safiah Osman 1990). Oleh itu pembaca adalah orang yg cekap dlm mendapatkan makna drpd teks yg dibacanya.


Mengapa perlu membaca??

Wahyu pertama yg diperturunkan oleh Allah swt kpd Rasulnya Muhammad S.A.W adalah IQRA, yg melambangkan Ilmu yg merangkumi makna membaca, mengkaji, menyelidik, bertakafakur, dan memahami.

antara pengajaran Ayat yg kita fahami melalui Iqra ialah
  1. Ilmu perlu dicari dan dipohon (doa) dan usaha manusia mencapainya adalah melalui pembacaan, pengkajian, penyelidikan, berfikir dan lain2 lgi.
  2. Ilmu tidak ada batas penghabisannya. penemuan sesuatu ilmu akan membuka banyak pintu ilmu lain.
  3. Pertambahan ilmu adalah perlu utk nenambahkan ketaqwaan kpd Ilahi....
Islam menyeru umatnya mencari Ilmu agar hidup tidak berada di dalam kejahilan. kehidupan tanpa pembacaan dan penghayatan budaya ilmu adalah satu kekurangan dlm kehidupan. oleh itu carilah ilmu sewaktu usia masih ada.

"tuntutlah ilmu hingga sampai ke liang lahad"

sesungguhnya, ilmu itu tidak ada pengakhirannya.

buku Mahasiswa Abab 21 merupakan sebuah buku yg menjadi bahan bacaanku, aku mula membaca buku ini sejak tahun pertama di Universiti lg. bagi aku buku ini sesuai utk mereka yg mahukan pembacaan ke arah bermotivasi. apa2 pun cubalah anda membaca buku tersebut...


fathiadha.blogspot.com

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails