Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, June 3, 2010

Semua 12 rakyat Malaysia bebas, kini ke Amman

Jun 2, 10 12:00pm


Semua 12 rakyat Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel semasa kapal Mavi Marmara diserang pagi Isnin lalu disahkan selamat.

Perkara itu disahkan oleh wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, 26 yang menghubungi bilik beritanya di Kuala Lumpur, sebentar tadi. "Alhamdulillah, kini kami selamat," katanya.

Ashwad adalah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang ditahan itu.

"Penderitaan rakyat Palestin selama enam dekad dapat saya rasakan sepanjang 28 jam berada dalam tahanan Israel.

"Saya dapat rasakan bagaimana derita penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan," katanya ketika menceritakan mengenai layanan yang diterimanya ketika ditahan tentera Israel.

Menurut Ashwad, dia dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip, 43, kini berada di Jordan selepas dibebaskan daripada tahanan Israel dan menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air.

Semua mereka kini berada di sempadan di Jordan sementara menunggu persiapan bagi membawa mereka pulang ke Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kini dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditawan pihak Israel itu.

Beliau berlepas ke Jordan pada jam 10.15 pagi tadi dan dijangka tiba di Amman pada jam 1.30 tengahari waktu Malaysia.

“Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra,” kata seorang pembantu beliau.

Sementara itu menurut laporan AP, seramai 124 aktivis pro-Palestin dari 12 negara Islam termasuk Malaysia tiba di Jordan hari ini selepas dibebaskan oleh Israel.

Kumpulan itu yang ditahan dalam serangan komando Israel ke atas flotila bantuan Gaza kelmarin menyeberangi Jambatan Allenby ke Jordan dengan menaiki lima bas.

Pegawai tentera Jordan, Brigadier Mahmoud Abu Jumaa berkata, negaranya akan membantu menghantar pulang aktivis itu ke negara masing-masing dengan kerjasama kerajaan mereka.

Aktivis yang dibebaskan itu terdiri daripada rakyat Malaysia, Azerbaijan, Indonesia, Pakistan, Algeria, Jordan, Kuwait, Maghribi, Mauritania, Yemen, Oman dan Bahrain.

Rakyat Malaysia sehelai sepinggang

Sementara itu, Bernama melaporkan seramai 12 sukarelawan Malaysia itu yang kini selamat dan sedang dalam perjalanan melalui darat ke Amman, Jordan.

Rombongan itu diiringi Duta Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Abdul Aziz dan pegawai kedutaan yang lain.

Sebelum itu, rakyat Malaysia telah melepasi sempadan Jordan.

"Kesemua mereka selamat dan berada dalam keadaan baik," kata duta itu apabila dihubungi dari Dubai.

Katanya semua sukarelawan hanya sehelai sepinggang dan tidak mempunyai pasport.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dijangka tiba di Amman hari ini.

Abdul Malek berkata Kementerian Luar Malaysia dan pihak kedutaan akan menyediakan semua persiapan bagi memudahkan sukarelawan itu pulang ke Malaysia.
Pengalaman ngeri

Salah seorang daripada mereka, Noor Azman Muhamad Samsuddin, memberitahu Bernama melalui telefon, serangan yang dilakukan pada awal pagi oleh tentera komando Israel adalah pengalaman yang mengerikan.

Katanya sebahagian besar penumpang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza, yang telah disekat Israel sepanjang tiga tahun yang lalu, tidak menyangka akan menerima tentangan dari tentera Israel sewaktu insiden maut tersebut.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam serangan itu, menyebabkan Israel dikutuk di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Menurut Noor Azman, dua sukarelawan Indonesia juga tercedera dalam serangan tersebut.

sumber : Malaysiakini


p/s: Alhamdulillah, semua rakyat Malaysia selamat.

Tuesday, June 1, 2010

12 rakyat Malaysia selamat, kini di Haifa

12 rakyat Malaysia selamat, kini di Haifa
Jun 1, 10 7:46pm

Wisma Putra hari ini mengesahkan 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marvara yang ditawan Israel semalam selamat tetapi kini ditahan di Haifa.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata usaha membawa pulang mereka itu sedang dilakukan dengan kerjasama beberapa negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina.

Dua hari lalu, kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Pada kejadian itu, sekurang-kurangnya 20 aktivis pro-Palestin dibunuh manakala puluhan yang lain cedera.

Rakyat Malaysia yang berada di kapal itu adalah sebahagian daripada 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komando Israel.

Mereka dalam misi yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.



sikit ulasan:

  1. Wisma Putra perlu memainkan peranan dalam mengembalikan rakyat Malaysia yg di tahan
  2. Kegiatan Regim Zionis melampau sangat2
  3. anda perlu fahami apa yang sedang berlaku, teliti segalanya dgn fakta dan berita yg diterima.
  4. jgn tertipu dgn berita yg tak sure, krn menambahkan masalah kpd diri kita.
  5. baca Qunut Nazilah.

Monday, May 31, 2010

12 rakyat Malaysia di kapal yang diserang Israel

Mei 31, 10

Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel. Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.

Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.

Dr Abd Rani melalui SMS kepada Malaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.

Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

sumbe: MalaysiaKini

sedikit ulasan:

1. Israel semakin ganas dalam usaha menghalang masyarakat Islam daripada membangun.
2. tunggu berita selanjutnya.

Friday, May 28, 2010

Tanjung Pagar - relations

entry ini akan menyatakan beberapa pandangan berkenaan dengan isu Malaysia-Singapura. sila teliti beberapa fakta yang ada.


beberapa petikan artikel beserta dengan ulasan yang diberikan:

  1. Malaysia tidak rugi apa-apa apabila Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura diserahkan kembali kepada republik itu. (Sumber) - benarkah Malaysia tidak rugi apa-apa? berapa banyak sumber pendapatan KTMB di Singapura? Tanjung Pagar adalah di bawah hak KTMB selama 999 tahun bermula 1918.
  2. Malah, perpindahan stesen itu ke Woodlands pada 2011 berjaya menyelesaikan banyak isu sensitif yang mengekang hubungan kedua-dua negara sejak 20 tahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman. (sumber) - isu sensetif Malaysia-Singapura tidak dapat diselesaikan dengan mudah. isu tersebut sudah menjadi sensetif sejak 20 tahun lalu. mana mungkin dapat dihapuskan. banyak lagi isu lain yang tidak dapat diselesaikan. sekiranya pihak kerajaan menyatakan bahawa hanya berjaya menyelesaikan isu pemilikan tanah Tanjung Pagar sahaja - YA.
  3. Malaysia juga mendapat ganti kepada 271 hektar tanah KTMB yang berselerakan di republik berkenaan dengan dua bidang tanah di kawasan Marina South dan Ophir-Rochor yang sama nilainya dengan keseluruhan tanah KTMB itu. (sumber) - adakah sama nilai tanah di Marina South dan Ophir-Rochor dengan Tanah seluas 271 Hektar? - sepanjang landasan kerata api tesebut, banyak manfaat akan diperoleh oleh Singapura.
  4. "Bagaimanapun, melalui perjanjian yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, kita keluar dari Tanjung Pagar dan memperoleh tanah baru yang dikelilingi pembangunan bertaraf antarabangsa," katanya pada persidangan akhbar di kediaman rasminya di Johor Baharu. (sumber) - Khalid Samad kata "tanah baru itu (Marina South dan Ophir-Rochor) adalah salah satu kawasan kasino di Singapura (membuktikan andaian Malaysia boleh terima judi) - kita masih ada hak di Tanjung Pagar sehingga tahun 2916. mengapa cepat benar menyerahkan kepada Singapura?
  5. The Tanjong Pagar railway land was acquired under a 1918 colonial ordinance specifically for use by KTM for a period of 999 years. (sumber) - 999 tahun bukannya tempoh yang pendek, mungkin satu hari nanti (belum capai tarikh tersebut dah kiamat) bukankah lama lagi KTMB boleh berada di sana. tp mengapa perlu diserahkan dan batalkan perjanjian tersebut. setelah berpindah ke Woodlands, Malaysia (KTMB) menghadapi masalah baru iaitu menetapkan stesennya di sana. adakah Woodland akan diberikan percuma kepada KTMB sebagai stesen keretapinya?
  6. Isu Tanjung Pagar - Khalid Samad (MP Shah Alam) menyatakannya sebagai satu pengkhianatan. (sumber) - kenyataan MP Shah Alam sangat lantang. beliau begitu marah akan isu ini. adakah rakyat Malaysia sedang bersetuju dengan isu ini? - BACAlah dan gunakan akal fikiranmu untuk menilainya.
  7. Isu Tanjung Pagar - adakah ia nasihat daripada APCO - Khalid Samad (MP Shah Alam) - (sumber) - ramai pihak lain menyatakan demikian. Malaysia membayar APCO sebanyak 77 juta. adakah ia jumlah yang sedikit (PD/DR 22 April 2010, pages 34). Malaysia sanggup membayar sejumlah yg besar adakah semata utk hilangkan hak negara?
  8. Sejauhmanakah APCO berjaya mempengaruhi Malaysia dalam menangani isu di Malaysia dan luar Negara? - (fikir-fikirkanlah)
  9. dipahamkan oleh MP dlm sidang Parlimen 22 April 2010, Malaysia menggunakan Khidmat APCO. jika anda tidak mempercayainya, sila dapatkan sidang Parlimen pada 22 April 2010. penulis blog hanya menyampaikan sahaja.
  10. 1Malaysia juga hadir daripada 1Israel - juga ada dinyatakan dalam sidang Parlimen 22 April 2010.


APCO = Asiasoft Worldwide (syarikat milik Yahudi)
MP= Ahli Parlimen
PD/DR = Perbahasan Parlimen/Dewan Rakyat

p/s : fikir-fikirkanlah wahai pembaca kalian. gunakan akal yang waras dan hati yang tenang.

Thursday, May 27, 2010

episod baru - hubungan Malaysia-Singapura

Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura
Mei 24, 10 5:28pm

Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.

Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.

Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura.

Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia. Bernama.

sumber ; Malaysiakini

ulasan terkini


hari ini, kumpulan sejawaran muda tidak bersidang. disebabkan kes tersebut, tidak dapat menyatakan ulasan berkaitan isi terkini hubungan Malaysia-Singapura.

namun ulasan berkenaan dengan isu Tanah Tanjung Pagar masih lagi diteruskan dalam perbincangan semalam.

  1. Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan. siapakah yg akan mendominasikan syarikat berkenaan?
  2. Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura. - adakah nilainya sama?
  3. Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia. - adakah ia menjadi bahan hangat dalam perbahasan Parlimen?
  4. mengapa Malaysia tidak memperjuangkan CPF (Wang Simpanan Pusat - jika di Malaysia di kenali sebagai KWSP- milik orang Malaysia yg berkerja di Singapura sebanyak S$ 1 bilion).
  5. bagaimana dengan isu bekalan air mentah Malaysia-Singapura? adakah penyelesaiannya juga boleh diwujudkan?
  6. bagaimana pula dengan isu tambak laut yang dilakukan oleh Singapura?
  7. perlunya kerajaan mewujudkan kembali jambatan indah yg terhenti dlm pentadbiran Pak Lah.

p/s: Isu kumpulan wang Simpanan Pusat (CPF) - sikap Singapura yang mementingkan kepentingan ekonomi mereka dgn tidak menghiraukan nasib pihak lain. Peraturan tersebut menafikan hak kepada pekerja dari malaysia untuk mengeluarkan wang caruman mereka sepanjang bekerja di Singapura menyebabkan kebanyakan mereka tiada simpanan selepas pencen. Keadaan ini menyebabkan Singapura terus menikmati hasil wang dari titik peluh rakyat Malaysia kira-kira S$ 1 bilion. jumlah itu banyak.
jika benar-benar kerajaan IKHLAS, maka eloklah menggunakan isu ini untuk kepentingan negara dan juga rakyat Malaysia serta memberi sedikit tekanan kepada Singapura.


sekian.

Wednesday, May 26, 2010

isu Malaysia-Singapura

‘Jambatan ketiga’ KL-Singapura

2010/05/26
Penganalisis ekonomi anggap penyelesaian isu tertunggak pererat hubungan

KUALA LUMPUR: Penganalisis ekonomi menganggap persetujuan yang dicapai Malaysia-Singapura kelmarin umpama terbinanya ‘jambatan ketiga’ dalam mengeratkan hubungan sosial perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara.

Pengarah Eksekutif Jupiter Securities, Nazarry Rosli, berkata dari segi ekonomi, penyelesaian isu tertunggak lebih 20 tahun antara kedua-dua negara itu bakal meningkatkan keyakinan pelabur dan peniaga untuk melabur, khususnya di Johor.

“Malaysia dan Singapura sudah memiliki hubungan rapat politik sejak sekian lama, namun beberapa isu yang menjadi duri dalam daging yang kerap kali menyebabkan beberapa pihak kecil hati, memberikan kesan negatif dalam hubungan perdagangan dan pelaburan.

“Berikutan itu, penyelesaian isu itu bagaikan membina sebuah lagi ‘jambatan’ kepada dua jambatan fizikal sedia ada dan merancakkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan. Jangan diperlekehkan jambatan baru itu kerana ia mungkin lebih kukuh berbanding dua jambatan fizikal sedia ada,” katanya semalam.

Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (Amcham Malaysia), Fui K Soong, berkata penyelesaian itu juga mencerminkan pendekatan mesra dan kesepakatan jitu negara Asean.

“Bagi peniaga dan pelabur Amerika Syarikat di Malaysia, kita memandang positif perkembangan itu. Ia bukan saja memberi gambaran baik antara Malaysia-Singapura, malah kesepakatan Asean. Kesepakatan itu akan memudahkan pelarasan undang-undang dan peraturan negara komuniti Asean yang mampu menarik perhatian pelabur luar,” katanya.

Fui juga berkata, persetujuan yang dicapai itu juga berpotensi menarik kemasukan pelabur dan syarikat Singapura untuk melabur di Iskandar Malaysia.

“Malaysia memerlukan sesuatu yang dapat menarik kemasukan pelabur luar. Ia pasti merancakkan aktiviti pelaburan, khususnya pelabur Singapura di Iskandar Malaysia dan membantu mempercepatkan ia menjadi hab pelaburan serantau,” katanya.

Sementara itu, di JOHOR BAHRU, kerajaan Johor menyifatkan hasil rundingan Malaysia dan Singapura adalah sesuatu yang adil dan bermanfaat untuk perkembangan ekonomi kedua-dua negara khususnya di Iskandar Malaysia, sekali gus membawa kepada hubungan dua hala ke tahap baru.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata dakwaan bahawa Malaysia menggadaikan aset kepada Singapura adalah tidak benar sama sekali, walaupun Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar berpindah ke Woodlands pada 2011.

Sumber : Berita Harian


beberapa ulasan :

  1. hari ini kump. sejarawan muda membincangkan isu "Tanjung Pagar dan Isu Judi halal"
  2. kump. sej. muda mengemukakan bukti : "Dalam isu dengan tanah milik Malaysia yang dipajakkan selama 999 tahun mulai tahun 1918. (masih ada banyak tahun) Dalam syarat pajakan tersebut, tanah laluan keretapi Malaysia itu kekal di bawah pajakan selama mana ia masih digunakan sebagai laluan keretapi sebelum habis tempoh yang dipersetujui. Singapura berusaha untuk memindahkan stesen keretapi yang terakhir ke Woodlands bagi menggantikan stesen keretapi Tanjong Pagar. Motif untuk menukarkan status penggunaan tanah KTM Berhad di Singapura bagi kepentingan mereka.
  3. barangkali ada satu penyelewengan yg berlaku antara pihak yang terlibat dlm perjanjian tersebut. "jika Tun Dr. Mahathir begitu mendesak Singapura sehingga ke satu tahap, singapura terpaksa mengikutnya, mangapa DS Najib begitu senang menyerahkan Tanjung Pagar kpd Singapura?"
  4. ucapan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, dakwaan bahawa Malaysia menggadaikan aset kepada Singapura adalah tidak benar sama sekali, walaupun Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar berpindah ke Woodlands pada 2011 - benarkah aset Malaysia tidak hilang? berapa banyak sumber ekonomi boleh diperolehi drpd Woodlands-Tanjung Pagar?
  5. isu judi Halal - tidak ada komen yg lebih baik dr kump. kecuali, akan timbulnya satu masalah yg panjang kpd negara.
  6. Ada menteri yang bersetuju dengan Judi Halal - adakah ia dipengaruhi atau mempengaruhi?

sekian.

p/s: masih menunggu bahan terkini berkenaan dengan "hubungan Malaysia-Singapura"

rujukan :

Rusdi Omar, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah dan Mas Juliana Mukhtaruddin. 2005. Hubungan Malaysia- Singapura Era Mahathir, Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2001. Duri Dalam Daging Singapura Dalam Malaysia, Persatuan Seni Sejarah: Kuala Lumpur.
Jim Baker. 1999. Crossroad A Popular History Of Malaysia & Singapore, Times Book International: Singapore.

Sunday, May 23, 2010

judi halal, wujud di Malaysia?



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.

Menurut Mingguan Malaysia, hari ini, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam.

"Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam".

“Saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu (reaksi masyarakat tentang kelulusan lesen judi,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

Muhyiddin menjawab soalan pemberita tentang bantahan masyarakat terhadap langkah kerajaan itu seperti laporan sebuah akhbar berbahasa Cina pada 11 Mei lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung yang tampil menjelaskan mengenai perkara itu memberitahu, lesen tersebut bukan lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada Berjaya.

Selain itu, Chee Heung berkata, penganjur turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.

Kelulusan itu ditentang oleh beberapa tokoh sukan tempatan seperti bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh melalui laporan Bernama baru-baru ini.

Selain itu, pakatan pembangkang pula mengecam langkah tersebut dengan Pas bertindak menganjurkan siri demonstrasi bantahan perkara tersebut di beberapa negeri Jumaat lalu. 20 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga membisu berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.

"Kita tidak akan membincangkannya," kata Najib apabila diajukan soalan berkenaan oleh wartawan.


sumber: http://www.malaysiakini.com/news/132511


p/s: masyarakat Malaysia bukan kaki judi

Saturday, May 22, 2010

Malaysia: Judi itu Halal?

Pemuda PAS hari ini menggerakkan bantahan 'pemanas badan' terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak.

Perhimpunan berlaku di lima negeri hari ini sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Di Perak, kira-kira 300 orang, termasuk bukan Islam, mula berkumpul di perkarangan masjid negeri di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh sejak jam 2 petang.

Ketua penerangan pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamarudin mendakwa perhimpunan mereka hari ini disuraikan oleh polis tidak sampai sepuluh minit berlangsung.

Tambahnya, beliau sendiri tidak sempat berucap kerana "ditarik" oleh pihak polis.

Katanya, peserta protes tersebut hanya sempat melaungkan slogan antaranya "Tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "Hancur Umno," sebelum dihentikan sekumpulan anggota polis.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri, termasuk ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan bagaimanapun sempat berucap ringkas.

Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru di Kuala Terengganu, perhimpunan 45 minit disertai ratusan orang difahamkan berjalan 'lancar dan tenang' selepas solat Jumaat.

Presiden PAS kurang sihat

Ketua penerangan pemuda PAS negeri Nik Zawawi Salleh berkata perhimpunan itu diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda PAS negeri, termasuk beliau.

Menurut Nik Zawawi, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini dilaporkan akan menyertai perhimpunan itu bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana "kurang sihat".

Abdul Hadi hanya hadir membacakan khutbah di masjid tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada khutbah yang disampaikan Abdul Hadi turut mengulas berhubung isu lesen judi tersebut.

Nik Zawawi berkata, turut hadir ke perhimpunan itu Setiausaha Perhubungan PAS Yahya Ali dan ketua Pemuda PKR negeri (AMK) Faris Musa.

Manakala di Pulau Pinang perhimpunan di Masjid Permatang Gajus, Permatang Pauh dihadiri ratusan, kata ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah.

Selain memberikan risalah kepada umat Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat, kumpulan itu turut membawa sepanduk bertulis "Umno halalkan judi".

Turut serta ketua penerangannya Zakaria Hamzah, yang dipertua PAS kawasan Permatang Pauh Omar Hassan serta ketua AMK negeri Amir Ghazali.

Yusni berkata hanya sebuah kenderaan peronda polis berada di situ bagi mengawasi perhimpunan selama kira-kira 40 minit di masjid berkenaan.

"Polis beredar selepas melihat keadaan terkawal", tambahnya lagi.

'Yes bola, no judi'

Di Negeri Sembilan pula, perhimpunan juga berjalan dengan aman di Masjid Negeri, Seremban, kata ketua pemuda PAS negeri Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa.

Katanya, ratusan orang yang hadir di perhimpunan itu, termasuk daripada NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), yang membawa sepanduk bertulis "Judi bola haram" dan "Yes bola, no judi".

Perhimpunan itu turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri Zulkifli Omar dan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut menyampaikan ucapan.

Sementara itu, di Selangor pula, keadaan berbeza apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak.

Di Kajang, penganjurnya Mohd Shah Mior Kosim berkata kumpulan tersebut berkumpul selama kira-kira 30 minit di depan Masjid Jamek Bandar Kajang selepas solat Jumaat hari ini.

Perhimpunan yang disertai aktivis NGO Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) itu diisi dengan ucapan beberapa pemimpin PAS kawasan Hulu Langat dan Pemuda PAS Selangor.

Mohd Shah berkata walaupun penganjur tidak menyelaraskan bahan kempen, terdapat peserta yang mengambil inisiatif membawa poster, antaranya bertulis "Tak nak judi bola" dan "Judi bola haram."

13 orang sahaja di Hulu Selangor

"Kita akan anjurkan satu lagi protes sama minggu depan, kita harap akan ada penyertaan lebih besar," katanya lagi kepada Malaysiakini.

Sementara itu di Kapar pula agak berbeza apabila bantahan hanya diadakan melalui sebaran risalah bantahan kepada jemaah masjid, yang dipetik daripada blog-blog.

Ketua pemuda PAS kawasan Haidar Taslim berkata sebanyak 2,000 risalah diedarkan di masjid As-Syarif, Meru selepas solat Jumaat tadi.

Sementara di Masjid As-Syukriah, Kampung Desir Tengah di Hulu Selangor keadaan 'menyedihkan' apabila difahamkan hanya 13 orang hadir dalam perhimpunan ringkas 15 minit.

Nazir masjid itu, Sukurillah Ri berkata, anak kariah kampung itu kelihatan membawa sepanduk bertulis 'Kami ajk masjid membantah sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi oleh kerajaan persekutuan'.

Berhubung 'kelesuan' bantahan di sekitar Selangor, ketua Pemudanya Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kelewatan memberi arahan mungkin menyebabkan kurangnya sambutan daripada para penyokongnya.

"Insya-Allah, minggu depan akan lebih baik dari hari ini dengan persiapan yang lebih lengkap," katanya.


p/s ; judi itu halal?


sumber : malaysiakini

Tuesday, April 13, 2010

The Red Shirt

Pasukan keselamatan Thaland bertempur dengan pendemonstrasi di tengah-tengah ibukota Bangkok, mengakibatkan 21 orang terbunuh dan lebih 800 cedera, dalam keganasan politik yang terburuk di negara itu dalam tempoh dua dekad ini.

Seorang jurukamera agensi beritaReuters adalah antara
yang terbunuh ketika pihak tentera melancarkan gerakan membanteras "Red Shirt" penyokong bekas perdana menteri, Taksin Shinawatra, yang melancarkan demonstrasi besar-besaran sejak hampir sebulan lalu.Penyokong "Reds Shirt" membaling batu ketika anggota tentera berusaha mengambil alih dua tapak demonstrasi itu dilancarkan, dengan menggunakan gas pemedih mata, manakala bunyi tembakan bergema di sekitar ibukota itu.

Mereka yang terbunuh, termasuklah 11 orang awam dan empat anggota tentera, demikian menurut pihak perkhidmatan kecemasan, sambil menambah, kira-kira 680 orang tercedera terkena tembakan peluru getah. Ia merupakan pertembumgnan politik terburuk sejak 1992, dan di Washington, Rumah Puteh menggesa supaya kedua-dua pihak - pendemonstrasi dan pihak keselamatan - supaya bertenang.

Kesan darah kelihatan di sekitar daerah yang bersejarah di ibukota itu, berhampiran Khao San Road, manakala ambulans kelihatan mengejarkan mangsa, manakala anggota tentera yang cedera diangkut dengan trak.

"Ia amat menakutkan sekali. Kami terdengar letupan dan orang ramai bertempiaran lari," kata seorang pelancong Israel, Sharon Aradbasson.

Khao San Road berubah menjadi umpama zon peperangan. Cermin kedai pecah manakala kereta pula dirosakkan.Ramai yang cedera kelihatan di jalan raya.Polis memberita wartawan bahawa pendemonstrasi telah menyalakan beberapa tong gas masak dan menggolekkannya ke arah pasukan tentera.


p/s: mudah-mudahan Malaysia terselamat daripada situasi seperti ini.

Tuesday, January 19, 2010

kehangatan kian terasa

Salam Kembali


Politik kampus telah menunjukkan kehangatannya. setiap sesi pasti ada satu pilihan raya Kampus (PRK)/ PRK UKM dijangka berlangsung pada hujung Januari ini, so sekarang ni adalah time2 nk update (Audit) bendahari, nk semak semua rekod2 lama, nk cheak mailing dan sebagainya. semua tugas itu dilakukan oleh ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mentadbir. setiap kali PRK datang, suasana yang meriah jugak datang. meriahnya PRK dalam tahun-tahun tertentu adalah ditentukan oleh calon2 yang bertanding. tidak kiralah mereka menjadi calon umun atau calon fakulti.

PRK telah datang dengan membawa seribu erti. sepanjang pentadbiran MPP sesi 2009/2010, banyak perubahan yang kelihatan di UKM dan banyak jugak perkara2 yang tidak menampakkan perubahan. (tidak semua perkara berjaya diselesaikan dalam tempoh 1 tahun pentadbiran).

setiap kali berlaku PRK, setiap kalilah aktiviti kutuk-mengutuk akan berlangsung tanpa ada bayaran dan tanpa ada galakan (terpaksa terima hakikat walaupun tak suka). masing2 mempertahankan calon dan politik bawaan mereka. walaupun di UKM hanya guna sistem dwi-Parti (Barisan Aspirasi dan Gabungan Mahasiswa).

aktiviti kutuk-mengutuk ini biasa sangat dalam kalangan politik kampus. jika dilihat sepanjang sesi lepas, bias atau memihak ini biasa sangat berlaku dalam kalangan pelajar dan juga pentadbir. (sudah bosan dengan pelbagai kerenah mereka semua). tapi itulah politik!

okey berbalik kepada politik kampus ni. (harap jangan ada keliru antara politik kampus dengan PRK). politik kampus UKM sangat bergantung kepada politik luar kampus (politik Malaysia). setiap yang berlaku di luar kampus pastinya akan terbawa-bawa ke dalam kampus, tidak kiralah dari segi apa pun. jika dilihat kehangatan politik kampus ini, pastinya PRK yang akan menjadi kemuncaknya. setiap calon mula menyiapkan dirinya dengan eleman-eleman jati diri yang baik untuk menaungi hati pelajar. (kalau perangai buruk, tp pandai cakap, buat apa kan?? sepatutnya dapatkan yang terbaek!!)

bila bercerita tentang calon ni. satu perkara penting yang perlu kita tahu, jika seseorang calon yang bertanding itu tidak menunjukkan reaksi atau minat yang mendalam dalam politik kampus ini, maka janganlah warga kampus mengundinya. (kalau dah nampak tak de semangat buat ape undi kan??) perkara ini sering berlaku pada calon #@!%&*()^# (tak yah cakap la) yang selalunya nampak ramai dan mantap tapi tidak ada kelebihan lain. calon sedemikian tidak mampu menghadapi dunia sebenar politik jika beliau menang nanti.

bagi yang akan mengundi pada sesi ini dalam PRK, gunakan akal yang waras dan hati yang tenang serta kerasionalan minda dalam membuat penilaian. jangan tergapoh-gapah, jangan terlalu sangat menyakini sesuatu yang tak pasti dan jangan takut2 untuk mengundi calon2 yang berkualiti. think feture dan pastikan anda mengundi yang terbaek!!
(DECTAR: lambang kemegahan UKM)

p/s: PRK dah terasa dah...

ini entry pertama aku menceritakan tentang politik kampus, sebab tu la nampak kurang berobjektif.


*undi anda adalah utk semua*

Tuesday, November 17, 2009

bila tgk gambar...

tadi terbaca satu blog...secara tak segaja nk cari artikel lain, tapi lain pulak yg dijumpainya. dalam blog tu ada artikel dan ada sekeping gambar, komponlah it's about politic Malaysia. sila baca ruangan di bawah ini.

Foto dirakam perbualan serius antara Saifuddin Nasution, pengarah Strategik PKR dengan Walter Chia, Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura. Foto dirakam pada 2 April 2009, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani Kedah.

Begitu serius perbualan ini, beberapa keping kertas di atas meja di sebelah Walter. Tanpa minuman........



Ini adalah ruangan kata yang dipetik dari blog tersebut, kalau anda berminat silalah klik sini kalau anda tak berminat, tak pe. jangan peduli pun. lagi pun menda ni dah lama, cuma baru sekarang aku jumpa. (tak pe lah nk kongsi jugak)



ok, hari ni, aku tak buat apa pun, kecuali menulis bahagian bab 1, alhamdulillah, dah jalan skit, bertambah banyak yang aku tulis berbanding semalam. sehingga jam 2.30 tgh hari, aku tak bukak fesbuk lagi, kejayaan cemerlangkah itu?

fesbuk dah buat buku aku tak bergerak sejak semalam. aku buka m/s 8, selama 3 jam. kalau tak de fesbuk, maybe dah jauh skit kot (maybe la).

aku tak jadi keluar hari ni. sepatutnya aku g ke Shah Alam dan kemudian jumpa kawan kat sana, tpi, kite jumpa len kali la. :)



p/s: bab 1, half done. rujukan masih kurang, tolonglah....

Wednesday, October 7, 2009

kisah antara 2 bulan

kisah ini berlaku di bulan puasa yang lalu, sebelum raya...kisah ini berlaku di sebuah sekolah di sekitar KL... seorang guru menangkap seorang pelajar India yang sedang bermain mercun... maka berlaku la beberapa perbualan antara guru dan murid itu....

Cikgu : kenapa kamu main mercun...
Murid : ...... (tiada suara, rasa bersalah menebal)
Cikgu : raya kamu, lambat lagi, nanti raya kamu, boleh la main mercun...
Murid : (dalam hatinya...tp inikan semangat 1 Malaysia)...
Cikgu : ke kamu ni bersemangat 1 Malaysia, semua raya pun kamu nak raya???


konsep 1 Malaysia yang disalahgunakan ???



satu kisah lagi...tapi kisah ini berlaku selepas raya, sewaktu aku mahu datang ke UKM. sesampai di stesen bas, aku terjumpa dengan sebuah keluarga (actually mak bapak budak ni nk g hantar anak dia je). sekali pandang aku mengenali orang itu, pernah suatu masa dahulu aku bertemu dengannya.... tapi siapa ye?? di mana yer aku jumpa....dah ler tu anak dia tu...comel lagi cun...huh!!

kemudian aku pun try la bercakap2 ngn bapak budak tu, maklumlah nk buat market la kononnya....bab kata orang2 tua, kalu nk "ngorat anak dara, kena la amek hati parents diorang dulu"...haha (just kidding k)

aku pun memulakan bicara dengan nada yang biasa....dan sehingga satu perkara... baru aku tau...

en. Mat : kita ni tak jauh (maksud hubungan darah)
Fathi : eh?? maksudnya??
En. Mat : Ayah tu pak sedara, kiranya kita ni sepupu la...
Fathi : (baru menyedari dan agak terkejut) emmm sepupu aku, dah ada anak bini baru berkenalan dengan aku...nasib baik aku belum "ngorat anak dia lagi"
En. Mat : biasa la, mugo kaler* lain, pahtu dop g mari* pulok tu...
Fathi : anak dia tu ialah anak sepupu aku....ish3... cancel la cam nie...



perkaitan dengan kisah di atas...


seorang budak India mempunyai semangat 1 Malaysia, namun dalam kisah yg kedua, sebagai org Melayu, jgn kata 1 Malaysia, 1 Family pun tak terasa, sebabnya perbezaan ideologi politik memang kampung betul la orang2 kampung berpolitik... huhu..





Nota kaki :
* kaler lain yg dimaksudkan ialah aliran pemikiran parti iaitu berlawanan antra PAS dan UMNO.
* dop (tidak) g mari : merujuk kpd sikap kurang ziarah menziarahi @ lebih kuat lagi adalah ukhwah kekeluargaan yang luntur...


Fathi Adha
-anak2 jugak yg jd mangsa-
~kesian masyarakat kampung~

Thursday, March 26, 2009

Pak Lah tak kan Derhaka....

KUALA LUMPUR 26 Mac — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata beliau tidak akan menderhaka dan bersifat gunting dalam lipatan kepada UMNO kerana sejak kecil lagi beliau ditanam dengan semangat perjuangan parti itu.

Presiden UMNO itu berkata walaupun pernah mengalami pengalaman pahit sebagai anggota UMNO dan pernah dihina oleh segelintir anggota parti, beliau tidak pernah menghina dan mencerca UMNO, jauh sekali meninggalkannya.

Abdullah, 69, yang dilantik sebagai Perdana Menteri kelima pada 31 Oktober 2003, berkata ujian kesetiaan adalah ketika menghadapi dugaan serta melalui era yang payah dan laluan yang susah, serta ketika tidak berjawatan dan tiada kedudukan.

“Semangat kental yang tertanam di jiwa saya menghindarkan saya daripada bersifat derhaka kepada UMNO,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar bertajuk “Masa Depan dan Survival Parti”, pada Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

Abdullah berkata UMNO dikenalinya sejak berusia tujuh tahun kerana keluarga beliau aktif dalam gerakan menubuhkan parti itu. - Bernama

utusanonline.com.my

Ketua Pemuda UMNO....

KUALA LUMPUR 25 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin mahu seluruh ahli pergerakan itu terutama para penyokong dua pesaingnya merapatkan kembali barisan untuk mengukuhkan sayap kanan tersebut.

Beliau menyifatkan pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO hari ini berlangsung dalam suasana demokrasi yang cukup matang.

‘‘Yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua. Saya dapat 304 undi daripada 793 perwakilan yang ini bukan satu majoriti. Ini hanya majoriti calon tiga penjuru.

‘‘Walaupun (saya) bertanding atas (slogan) Setiakawan, ada Berani Berubah (slogan dibawa oleh Datuk Mukhriz Mahathir) dan Pemuda Berani (oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo), kita sebenarnya berani menuntut perubahan demi setiakawan Pemuda UMNO,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangannya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di sini malam ini.

Difahamkan dalam pertandingan itu, Mohamad Khir memperoleh 254 undi manakala Mukhriz meraih 232 undi.

Dalam ucapannya pada majlis yang turut dihadiri Mukhriz tanpa kelibat Mohamad Khir itu, Khairy mengungkapkan:

‘‘Dalam kepimpinan Pemuda baru ini, ada Berani Berubah, jadi saya rayu supaya Berani Berubah berdiri bersama saya untuk berdepan dengan kubu-kubu pembangkang pada tiga pilihan raya kecil nanti (Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai).

‘‘Kepada Pemuda Berani, apabila pikul amanah seperti mana kata Timbalan Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) semalam kalau tidak berubah, kita rebah, maka tuan-tuan kena bersama-sama saya.’’

Kepada Pemuda Setiakawan (para penyokongnya), Khairy secara sentimental mengungkapkan:

‘‘Satu ketika dulu ada yang tulis kata saya tidak ada masa depan tanpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (bapa mertuanya)...habis, pencalonan (yang diterima saya) nyawa-nyawa ikan.

‘‘Bila turun ke bawah, arus menentang (kata mereka) tapi saya kembali kepada asas perjuangan, kalau tidak kerana Setiakawan (para penyokongnya), lama dah kita tinggalkan (UMNO).’’

utusanonline.com.my

fikir-fikirkan lah wahai pemuda sekalian.....

Wednesday, March 4, 2009

Apabila kuasa dicampuraduk....

KEMELUT politik semasa terus mendapat perhatian pihak istana yang bimbang melihat senario itu mampu membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Selepas Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj, Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra pula melahirkan rasa dukacita.

Sebagai lambang perpaduan dan keharmonian yang memayungi segenap lapisan masyarakat, pihak istana ada sebab untuk berasa terguris dengan kekalutan politik itu.

Bagi ahli sejarah negara, Profesor Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, apa yang berlaku dalam masyarakat ketika ini termasuk lunturnya dokongan terhadap Raja- Raja adalah kerana jauhnya semangat dan kefahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan.

“Rakyat tidak faham bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang- udang tertinggi di dalam negara, dan Raja-Raja pula merasmikan keputusan yang dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan itu,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia, ketika ditemui di pejabatnya di Jabatan Sejarah, Fakulti Pengajian Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, baru-baru ini.

Dalam wawancara yang sama, beliau turut mengulas panjang mengenai betapa pentingnya rakyat memahami sejarah dan undang-undang dalam mengaitkan peranan Raja-Raja dalam kemelut politik semasa


UTUSAN: Di mana kedudukan Raja-Raja di bawah Perlembagaan Persekutuan?

KHOO KAY KIM: Sebenarnya pada 31 Ogos 1957, ketika negara menyambut kemerdekaan dan menjadi negara bangsa serta mengamalkan sistem demokrasi, bukan British yang menyampaikan kedaulatan kepada negara, sebenarnya Raja yang menyampaikan kedaulatan itu. Ini kerana pada 1 Februari 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan menggantikan Malayan Union, British telah mengembalikan kedaulatan Raja.

Sewaktu kemerdekaan negara, Raja kemudiannya menyampaikan kedaulatan kepada rakyat. Maka, Tanah Melayu mula mengamalkan sistem demokrasi iaitu pemerintahan ke atas rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat. Rakyat yang mempunyai kedaulatan dan rakyat yang menentukan segala-segalanya.

Jadi di mana peranan Raja-Raja?

Peranan Raja-Raja ialah menjadikan kerajaan yang sudah dipilih oleh rakyat sebagai rasmi. Bukan Raja yang menentukan kerajaan sebaliknya rakyat yang memilih, tetapi Raja menjadikan pilihan rakyat itu sebagai sesuatu yang rasmi.

Adakah peranan Raja-Raja itu disedari oleh rakyat hari ini?

Rakyat sekarang kelam kabut antara adat dan undang-undang. Mereka tidak begitu jelas antara kedua-duanya. Zaman dahulu sebelum campur tangan British, raja mempunyai kuasa mutlak. Raja yang menentukan siapa salah dan siapa benar. Raja juga yang menentukan bagaimana bentuk hukuman yang sewajarnya dikenakan.

Dari situ timbul kisah Hang Tuah dan Hang Jebat pada zaman Kesultanan Melaka. Kalau ikut adat, Hang Tuah itu salah. Tapi masyarakat selepas itu terutamanya golongan sosialis mengatakan Hang Jebat adalah benar. Tapi kita tidak boleh mengikut sentimen. Kita perlu lihat pada satu-satu zaman bagaimanakah budayanya.

Apa yang paling penting pada zaman dahulu ialah adat, sebab itu adanya pepatah “biar mati anak jangan mati adat”. Raja itu sebagai adat dan menentukan segala-galanya dalam masyarakat Melayu.


fathiadha.blogspot.com

Politik di Perak : Persidangan bawah Pokok jadi bahan Jenaka...

SEJARAH baru tercatat di Perak semalam apabila sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipanggil oleh Speaker DUN, V Sivakumar, diadakan di bawah pokok, 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh. Ketika pelbagai pihak masih berbalah mengenai kesahihan sidang berkenaan, Mahkamah Tinggi Ipoh petang semalam mengeluarkan perintah melarang Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang. Apapun, sidang di bawah pokok itu kini sudah menjadi bahan jenaka sehingga ada yang menyamakannya dengan kerajaan 'Pasir Berdengung' dalam filem Laksamana Do Re Mi lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Kita tidak pasti apa motif sebenar kumpulan terbabit terus berbuat demikian setelah pihak berkuasa tidak membenarkan mereka memasuki kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan, melainkan bermotif politik bagi meraih simpati orang ramai. Walaupun dalam Perlembagaan tidak menyebut yang sidang Dewan perlu diadakan di dalam bangunan Dewan atau di tempat khusus, tindakan mengadakannya di bawah pokok adalah luar biasa, aneh dan sesuatu yang memalukan. Malah, ia mungkin ditertawakan oleh generasi akan datang apabila mereka membaca sejarah perundangan negeri Perak. Persidangan DUN bukan perkara yang boleh dipermainkan untuk gimik politik, apatah lagi mengadakannya di bawah pokok yang menggambarkan satu penghinaan terhadap DUN itu sendiri. Tidak hairanlah apabila pelbagai pihak menganggap tindakan Speaker DUN berbuat demikian sebagai sesuatu yang memalukan institusi tertinggi pada peringkat negeri itu.

Kita juga berpendapat tindakan Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menutup Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi menghalang sidang tergempar DUN Perak yang dipanggil Sivakumar itu sebagai wajar. Tidak mungkin sidang tergempar DUN boleh dilangsungkan tanpa perkenan Sultan Perak. Dengan itu juga, sidang yang dihadiri 27 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan meluluskan usul menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, walaupun tampuk pemerintahan negeri itu sudah diambil alih Barisan Nasional (BN), dianggap tidak sah meskipun ada pihak mendakwa sebaliknya. Selain undi percaya dan menyokong Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah, sidang tergempar itu juga meluluskan usul untuk mengesyorkan kepada Sultan Perak supaya membubarkan DUN dan melulus serta mengesahkan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abd Kadir dan enam Exconya daripada menghadiri sidang DUN selama 18 dan 12 bulan. Bagaimanapun, pakar undang-undang perlembagaan berpendapat walaupun sudah mendapat kelulusan Dewan untuk membubarkan DUN, ia masih perlu mendapatkan perkenan Sultan Perak seperti yang diperuntukkan mengikut Perkara 18(2)(b) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Begitu juga dengan usul mengekalkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar, perlu mendapat perkenan Sultan. Kita berharap sesuatu dapat dilakukan segera untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlarutan ini.


Kesultanan Melaka akar umbi institusi Raja

INSTITUSI Raja menjadi satu asas penting dalam sistem kenegaraan dan pembinaan negara kita. Institusi ini adalah warisan daripada sistem politik dan kenegaraan Kesultanan Melayu Melaka. Mungkin ada yang bertanya mengapa kesultanan itu dijadikan asas kepada institusi Raja sedangkan sebelum Melaka sudah wujud beberapa kerajaan Melayu tua seperti kerajaan Kedah Tua (Lembah Bujang), Bruas, Manjung dan beberapa kerajaan yang lain.

Ada dua hujah utama yang boleh saya kemukakan untuk menjawab persoalan ini. Pertama, Melaka adalah satu-satunya kesultanan Melayu yang banyak meninggalkan warisan pelbagai aspek yang juga terkandung dalam ciri-ciri negara moden seperti kedaulatan, kerajaan, pentadbiran, undang-undang, lambang, rakyat dan wilayah pengaruh.

Beberapa kerajaan (kesultanan) Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang adalah diasaskan oleh kerabat diraja Kesultanan Melaka. Dua undang-undang bertulis Melaka yang terkenal iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut menjadi asas kewujudan beberapa undang-undang lain seperti Undang-undang Pahang (1596), Undang-undang Kedah (1650), Undang-undang Johor (1789) dan Undang-undang Perak (1878).

Dari segi pengaruh wilayah, Kesultanan Melaka menguasai seluruh kerajaan Melayu yang wujud di Tanah Melayu ketika itu. Malah, pengaruhnya turut melebar ke beberapa kerajaan di Pantai Timur Sumatera seperti Kampar, Siak, Indragiri dan Siantan. Kerajaan Patani juga memohon nobat (menerima ketuanan) dari Melaka.

Ketika itu, keupayaan Melaka mewarnai dan menjalin hubungan diplomatik dengan kuasa jiran seperti Siam dan kuasa Asia seperti China memang terserlah. Hujah kedua, institusi kesultanan yang diasaskan Melaka mempunyai kaitan rapat dengan pemikiran Islam. Sebelum Islam, konsep dewaraja Hindu mempengaruhi kerajaan Melayu tua yang wujud lebih awal daripada kerajaan Melaka.

Konsep terbabit penuh dengan unsur kesaktian, kedewaan dan kekebalan. Sebaliknya, konsep Sultan dalam tradisi politik Melayu-Islam berjaya mengikis unsur terbabit. Konsep Sultan membawa Raja menundukkan kekuasaan dan pemerintahannya kepada undang-undang al-Quran dan al-Sunnah.

Kedudukan Raja Melayu ketika itu amat penting. Kedaulatan sesebuah negeri bergantung sepenuhnya kepada kekuasaan Raja dan kedaulatannya tidak dapat dicabar oleh sesiapa. Namun, beberapa peristiwa 'penderhakaan' yang dinukilkan sejarah menggambarkan bahawa 'Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.'.

Ada dicatat dalam Sejarah Melayu bahawa pernah berlaku perjanjian persetiaan di antara Sang Seperba (wakil raja) dan Demang Lebar Daun (wakil rakyat). Dalam persetiaan itu, Demang Lebar Daun memberi akujanji bahawa anak cucunya akan taat setia kepada Raja dan pihak Raja pun mestilah menjaga kepentingan rakyat mengikut hukum syarak.

Demang Lebar Daun ada mengungkap, 'Baiklah Tuanku. Tetapi jika anak buah Tuanku dulu mengubah dia, maka anak cucu patik akan mengubahlah" (Sejarah Melayu, edisi W G Shellabear, 1961). Tun Perak, Bendahara Melaka tersohor ketika menasihati anak buahnya mentamsilkan Raja umpama dua butir permata pada satu cincin.

Katanya: 'Hendaklah tulus hatimu pada berbuat kebaikan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Dan jangan kamu sekalian lupa pada berbuat kebaikan kepada Raja kamu. Maka kata hukuman, adalah Raja yang adil itu dengan Nabi SAW umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula Raja itu umpama ganti Allah di dalam dunia, kerana ia zuli'lLahu-fil'alam.

Apabila berbuat kebaktian kepada Raja, seperti berbuat kepada Allah SWT. Yakni berbuat kebaikan kamu akan Allah dan Rasul-Nya, dan akan Raja" (Sejarah Melayu, edisi W G Shellabear).

Jika diteliti, ungkapan Tun Perak itu bertepatan dengan maksud ayat 59, surah an-Nisa': 'Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu". Ia juga menggambarkan Raja dalam tradisi kesultanan Melayu dihubungkan dengan konsep 'Uli'l-amri' yang mengangkat pemerintah sebagai golongan yang harus dipatuhi selepas mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Pastinya maksud pemerintah di sini ialah pemerintah yang diterima dengan rela oleh umat dan mereka sama-sama tertakluk kepada syariat serta menegakkan keadilan. Menegakkan keadilan menjadi prinsip penting dalam pemerintahan Islam.

Mungkin kerana itulah Undang-undang Tubuh kerajaan negeri Terengganu yang diperkenalkan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) juga dikenali sebagai Ittiqan-il-muluk-bi-ta'dil-il-suluk yang bermaksud 'keyakinan kepada pemerintah berasaskan kepada keadilan.'

Kehadiran dan campur tangan British di negeri Melayu menghakis sedikit demi sedikit kuasa dan pengaruh Raja-Raja Melayu. Ia bermula daripada pengenalan sistem Residen dan penasihat Inggeris dan akhirnya diperkenalkan sistem Raja Berperlembagaan oleh Suruhanjaya Reid (1956).

Di negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, kuasa Raja-Raja lebih awal dibendung oleh British. Pada 15 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani di antara Raja-Raja Melayu dan British.

Perjanjian itu melahirkan sistem pemerintahan demokrasi dan Raja Berperlembagaan. Asasnya bermula dari Perjanjian Persekutuan 1948. Ketika gagasan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, semua negeri di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak menerima sepenuhnya institusi Raja.

Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong bertindak memayungi semua negeri dalam Persekutuan termasuk Singapura, Sabah dan Sarawak. Singapura tidak lagi termasuk dalam Persekutuan apabila ia keluar dari gagasan Malaysia pada 1965.

Perlembagaan moden meletakkan demokrasi menjadi nilai dan landasan penting sistem politik negara. Pemerintahan negara mestilah diwujudkan melalui proses demokrasi iaitu kebebasan memilih kerajaan melalui pilihan raya.

Perlembagaan Persekutuan menjadi undang-undang tertinggi negara dan mengatasi undang-undang lain (Perkara 4(1)). Perlembagaan menjadi kayu ukur kepada kesahihan segala tindakan pemerintah dan rakyat.

Walaupun Raja-Raja tidak lagi memiliki 'kekebalan' mutlak, Raja tetap menjadi institusi tertinggi dalam negara. Baginda mengetuai ketiga-tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan (legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman. Baginda juga adalah satu daripada tiga komponen Parlimen dan baginda boleh memanggil dan membubarkan Parlimen.


Mohd Ayop Abd Razid

Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan

Berita Harian, 4 Mac 2009


di Edit oleh fathiadha.blogspot.com

Wednesday, February 18, 2009

Politik di Perak: satu kelainan

KEMELUT membelenggu politik Perak yang dianggap berakhir selepas pelantikan Menteri Besar yang baru dan barisan Exconya, terus berkocak dengan tindakan terbaru Pakatan Rakyat mengeluarkan notis saman hadir barisan kepemimpinan diketuai Datuk Dr Zambry Abdul Kadir itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sekali lagi, isu ini mencetuskan perdebatan kuasa atau perundangan. Persoalannya apakah Zambry boleh dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan dan inilah yang dipertikaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bertanggungjawab ke atas Parlimen dan hal ehwal undang-undang.

Menurut Nazri, Zambry tidak boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN kerana semua perkara yang berlaku, terutama membabitkan peralihan kuasa daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional (BN) berlaku di luar kuasa DUN Perak.

"Dia nak rujuk Zambry atas kelakuan apa kerana semua kejadian di Perak sepanjang minggu lalu berlaku di luar DUN. Lebih serius kerana pelantikan sebagai Menteri Besar memang dalam bidang kuasa Sultan Perak. Bagaimana sesuatu yang berlaku di luar DUN boleh dirujuk kepada jawatankuasa DUN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan Speaker DUN Perak, V Sivakumar, yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan, bahawa jawatankuasa sudah mengeluarkan notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin

Jawatankuasa terbabit membuat keputusan itu selepas menerima surat aduan Adun Canning, Wong Kah Woh, Khamis lalu, yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun BN yang juga anggota Exco kerajaan negeri baru Perak itu, dirujuk kepada mereka kerana didakwa menghina dewan.

"Selepas bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat ada asas atau prima facie terhadap aduan yang dibuat YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk semua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," kata Sivakumar.

Sivakumar enggan memperincikan aduan yang dikemukakan Wong, tetapi difahamkan Adun Canning daripada DAP itu dalam surat aduannya mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dan barisan Exconya sudah mencabuli Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata, Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap Menteri Besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu hari ini.

Menjawab soalan, Nazri berkata, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak seperti juga Parlimen hanya boleh merujuk kelakuan atau perkataan seseorang Adun sekiranya ia dilakukan di dalam Dewan.

"Tidak ada bezanya antara DUN Perak dan Parlimen. Oleh itu, Zambry tidak perlu menghadap jawatankuasa berkenaan kerana apa yang berlaku minggu lalu, terjadi di luar DUN Perak. Speaker kena ingat, sebarang tindakan atau kelakuan yang dilakukan ahli Dewan di luar (Dewan) ia terletak di bawah bidang kuasa undang-undang negara," tegas Nazri.

Mengulas lanjut mengenai krisis politik di Perak yang masih panas, Ahli Parlimen Padang Rengas ini juga menasihatkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin, ahli politik dan rakyat Perak supaya jangan membuat tuduhan melulu, terutama membabitkan keputusan yang dibuat dan direstui Sultan Perak.

"Siapa Nizar untuk mohon menderhaka dan mempertikai keputusan Sultan Azlan Shah yang merestui kerajaan negeri baru Perak? Saya harap dia berhati-hati dalam membuat kenyataan selepas ini.

"Dia memang dipilih rakyat untuk menjadi wakil rakyat, tetapi dia bukan dipilih rakyat untuk menjadi Menteri Besar kerana tidak ada sebarang pertandingan untuk jawatan Menteri Besar. Sultan Perak yang memilih siapa dikehendaki menjadi Menteri Besar Perak.

"Lebih serius, Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara selama 25 tahun lalu dan baginda amat teliti dalam membuat sebarang keputusan. Siapa Nizar atau Karpal (Singh) atau mana-mana ustaz untuk mempertikai keputusan seorang Sultan yang juga bekas Ketua Hakim Negara," kata Nazri.

Krisis politik di Perak melalui kemelut amat serius apabila keputusan Sultan Azlan Shah yang memberi kebenaran pada BN membentuk kerajaan negeri baru selepas parti ini mengambil alih kuasa majoriti selepas mendapat sokongan tiga Adun pembangkang, bukan saja dipertikai, malah ada usaha untuk menyaman baginda.

Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh, untuk menyaman Sultan Perak mencetus kemarahan rakyat dan dianggap penderhaka kerana Sultan adalah lambang ketuanan Melayu yang memang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

"Siapa Karpal untuk mempertikai keputusan Sultan Perak. Jika Sultan Azlan Shah sebagai Ketua Hakim Negara 25 tahun lalu, Karpal hanya sebagai seorang peguam yang terpaksa menerima sebarang keputusan hakim, apa lagi dengan kedudukan baginda sebagai Sultan Perak hari ini," katanya sinis terhadap tindakan Karpal yang menderhaka.

Kembali kepada soalan, Nazri menjelaskan ramai orang lupa bahawa pelantikan Menteri Besar sebenarnya adalah hak Sultan. Selepas pilihan raya, parti yang mencatat majoriti dan boleh membentuk kerajaan akan menyerahkan senarai nama calon daripada kalangan Adun yang menang kepada Sultan untuk dilantik menjadi Menteri Besar.

Dalam kes kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang mencatat majoriti tipis di Perak selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu, tiga nama diserahkan kepada Sultan Perak iaitu Nizar daripada Pas, Datuk Ngeh Koo Ham (DAP) dan Jamaluddin Mohd Radzi daripada Pakatan Keadilan Rakyat (PKR).

"Daripada senarai itu Nizar yang dipilih Sultan Perak, bagaimana dia boleh mendabik dada dia dipilih rakyat Perak untuk menjadi Menteri Besar? Kerana itu saya berharap mana-mana Menteri Besar jangan terlalu bangga berkata, rakyat memilih 'aku' sebagai Menteri Besar, kerana yang memilih mereka ialah Sultan," jelasnya.

Nazri berkata, ketika krisis peralihan kuasa tempoh hari, Sultan Azlan Shah amat berhati-hati ketika membuat keputusan dan hanya berpuas hati selepas baginda bertemu semua Adun BN serta menghabiskan masa lebih setengah jam dengan tiga Adun pembangkang yang menyokong BN.

"Perlembagaan yang kita miliki hari ini amat adil. Inilah yang dinamakan 'ketuanan Melayu' sebenarnya. Ramai tersalah anggap dengan perkataan ketuanan Melayu ini. Ketuanan Melayu adalah raja-raja kerana mereka adalah 'tuanku'.

"Ketuanan Melayu bukan bermakna 'malay supremacy' (keagungan Melayu) atau bangsa Melayu lebih agung daripada bangsa lain, tetapi adalah 'malay lordship' kedudukan raja-raja yang menjadi 'tuan' kepada rakyat Malaysia," kata Nazri.

dipetik daripada Berita Harian, 18 Februari 2009

kita di perbodoh???

PADA hari minggu 15.1.2009 ruangan forum i-exchange dalam Sin Chew Daily ditulis oleh wartawan khasnya Cheng Li Zhen membincangkan perkara berikut.

Pertukaran mendadak politik Perak, diikuti dengan angin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lompat bertiup kencang ke Kedah dan Selangor, negeri-negeri kerajaan campuran yang dikuasai oleh Pas, PKR dan DAP. Nampaknya ADUN dalam pakatan rakyat sudah tidak sepakat, semua orang bimbang dan panik.

Adakah kita masih ingat rancangan menukar kerajaan 916 (16 September) Anwar Ibrahim tahun lepas? Ketika itu, ramai orang menyokong rancangan itu. Mereka yang menentang rancangan itu dianggap ketinggalan zaman tidak mahu menerima perubahan.

Anwar menjadikan rancangan itu satu janji untuk dikotakan, mendapat tempat dalam lubuk hati rakyat kerana beliau berkata, "Ini adalah kehendak rakyat."

Pada ketika itu, kata-kata 'lompat parti' adalah perbuatan menentang Perlembagaan negara dan mengkhianati rakyat sukar diterima orang. Akan tetapi rancangan 916 terkubur juga.

Kini yang berlaku baru-baru ini ialah lompat parti kalangan ADUN pakatan parti pembangkang, bukan ADUN Barisan Nasional (BN). Kawasan yang gagal dipertahankan ialah negeri yang diperintah kerajaan campuran pembangkang, bukan negeri yang diperintah oleh BN.

Mereka yang menyokong menukar kerajaan, kini mula menentang mengubah kerajaan. Mereka berkata, perubahan kerajaan ini menentang kehendak rakyat.

Bagi penulis ruangan forum i-exchange Sin Chew Daily itu, parti BN yang menang dilihat hampir lupa diri tetapi parti gabungan pembangkang yang kalah berkata permainan ini yang tidak adil, sedangkan mereka pernah mabuk ketagih bermain politik.

Pemimpin politik kedua-dua belah pihak sama-sama tidak memahami kehendak rakyat kerana kepentingan masing-masing. Dengan realiti ini, rakyat yang berada di pihak yang kalah menanggung segala kerugian.

Sebab itu bagi sesetengah pemimpin kita, rakyat hanyalah orang yang mudah diperbodohkan dengan kata-kata manis yang memperdayakan.

Komentar khas Penolong Ketua Pengarang China Press, He Mei Qun pada 16.2.2009 mengenai pandangan masyarakat China (Hua Shi) terhadap politik negeri Perak dengan dua tajuk berikut Buang wakil rakyat yang salah laku dan Apa kata berikan peluang kepadanya.

Dalam topik Buang wakil rakyat yang salah laku, Mei Qun mempersoalkan kenapakah MCA dan Gerakan boleh kecundang dalam tsunami pilihan raya umum tahun lalu?

Dalam tanggapan masyarakat Cina, kedua-dua parti yang mengaku mewakili kaum Cina, penuh dengan ahli politik penipu, bermulut manis, tamak, makan suap, berpura-pura baik untuk memancing undi. Apabila terpilih, mereka hanya patuhi bosnya Barisan Nasional, lupa menjaga kebajikan kaum Cina. Kini kaum Cina tak akan termakan kata-kata mereka lagi.

Kaum Cina mahukan keadilan dan politik bersih. Asalkan berani melawan kerajaan dan pihak pemerintah, tiket kaum Cina pasti dalam tangan. Jangan sangka situasi ini hanya berlaku dalam Pilihan Raya Umum 308 (8 Mac) dulu, dan pilihan raya kecil pun sama. Kalau takut bersuara, pasti kecundang, tak kira mereka itu menteri, menteri besar, ADUN. Pengundi berhak menolak mereka.

Dalam satu lagi topik Apa kata berikan peluang kepadanya, Mei Qun menulis ramai orang marahkan BN kerana bertindak merampas kuasa. Mereka tidak puas hati dengan kerajaan baru yang bukan dipilih oleh rakyat, malah pemimpin kerajaan itu pernah 'dibuang' oleh rakyat.

Adakah Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pemerintah yang baik? Dari luar nampak macam itu, rakyat Perak sendiri dapat merasainya; adakah Dr. Zambry Abd. Kadir pula pemerintah yang baik?

Mei Qun terus menulis, "Kita langsung tidak tahu, sebab belum nampak lagi. Tapi sekurang-kurangnya dia bersifat gentleman, sudah pegang kuasa pun tidak kisah ambil alih kediaman rasmi Menteri Besar, tak kisah mengambil kereta rasmi MB, tidak berlagak. Apa kata berikan peluang kepada beliau?

"Tak kira siapa pun yang memimpin kerajaan, baik atau tidak - dalam tempoh tiga hingga empat tahun, rakyat akan menjadi pemerhati. Rakyat sudah tahu melaksanakan hak mereka.

"Kalau kerajaan ini tidak bagus, tukarkannya. Adakah beliau pemerintah yang baik? Mesti tunjuk hebat kerjanya mesti bersuara, jangan malu, juga jangan low profile; kalau tidak, rakyat sangka dia takut mati."


fikir2kan lah...
Kelolaan HAFIZAH MOHD. YUSOF
utusan online

Pilihan Raya Kecil 3 Bukit?

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan, Selangor, jika kerusi itu dikosongkan, diadakan serentak dengan DUN Bukit Selambau, Kedah dan Parlimen Bukit Gantang, Perak pada 7 April ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, bagaimanapun berkata ia bergantung kepada proses pengosongan kerusi itu termasuk tarikh SPR dimaklumkan oleh Speaker DUN Selangor.

"Saya belum menerima sebarang permohonan rasmi... cuma makluman daripada beberapa rakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan meletakkan jawatan.

"Kemungkinan untuk berlaku pilihan raya kecil di tiga 'Bukit' secara serentak memang ada, tapi ia bergantung kepada proses pengosongan kerusi DUN Bukit Lanjan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat SPR ke-690 di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping, mengemukakan surat menawarkan peletakan jawatannya berikutan isu penyebaran gambar bogelnya di internet. Abdul Aziz berkata, selain dimaklumkan Speaker DUN Selangor berhubung pengosongan kerusi DUN berkenaan, Adun Bukit Lanjan itu juga perlu menulis surat peletakan jawatan kepada SPR tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Sebaik kita menerima dan mengkaji semua permohonan berkenaan, barulah SPR akan membuat keputusan mengenai tarikh pilihan raya kecil. Disebabkan pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang masih jauh, sudah tentu logik ia diadakan serentak," katanya.

Mengenai dakwaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya SPR menyebelahi Barisan Nasional (BN) dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang, Abdul Aziz berkata, kerajaan atau mana-mana parti politik tidak masuk campur dalam urusan SPR.

"Dalam kita menentukan tarikh pilihan raya kecil, SPR tertakluk kepada sekurang-kurangnya lapan perkara termasuk mempertimbangkan peristiwa besar yang berlaku ketika pilihan raya kecil diadakan. Ini bagi mengelak sebarang pertindihan serta memberi keadilan kepada semua parti politik.

"Atas sebab itu, SPR turut memberi pertimbangan kepada tarikh Perhimpunan Agung Umno yang diadakan pada 24 hingga 28 Mac depan dan jika Pas mahu adakan Muktamar Tahunannya, sudah tentu kita akan turut memberi pertimbangan," katanya.

Abdul Aziz berkata, pilihan raya kecil Kuala Terengganu, bulan lalu, akan menjadi penanda aras kepada semua pilihan raya kecil akan datang kerana ia paling aman dan bersih.

"Saya sudah mengarahkan Pengarah Pilihan Raya Kedah serta Perak supaya mendapatkan segala maklumat daripada rakan mereka di Terengganu bagi memastikan keadaan sama dapat dilangsungkan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang," katanya.

bharian.com.my

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails