Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."
Showing posts with label PRK. Show all posts
Showing posts with label PRK. Show all posts

Friday, January 29, 2010

malam berganti siang..

Salam...

hari ni, aku akan ke Pangkor. jam sekarang 4.30 pagi. wah, masih belum tido lagi aku ni. ni mesti tgh prepare nk g pangkor. tapi aku len skit, aku prepare nk tinggal blog aku ni buat seketika waktu, jadi risau jugak kan berhabuk ke, bersawang ke, berlumut ke.. huih, malas nk cuci. nasib baik la ada orang yg sanggup tgk. (haha)

jadi, kalau2 ada kelapangan, sila2 la tengok blog aku ni selepas aku balik Pangkor, insyaAllah aku akan uploadkan beberapa keping gambar yg boleh menarik perhatian aku.

(gambar: waktu malam di UKM)


next 2 week member aku kata ada demo silat dekat UKM ni, betul ker??, emm kena buat strategi ni...


p/s: pagi dah nk datang...aku belum tido lagi..haih!!

p/s/s : Apirasi menang lagi. 21/35 kerusi (betul ke?)

Thursday, January 28, 2010

Pilihanraya Kampus

salam kembali.

esok aku nk g Pulau Pangkor, nk join aktiviti iaitu aktiviti silat Cekak Hanafi UKM. nampaknya aku terpaksa miss 1 program esok malam, krn aku ke pangkor pada lepas solat jumaat. tapi tak pe. laksanakan apa yang penting dulu.

sejak masuk sem ni, program yang dirancang banyak, tapi komitmen utk program itu, rasanya cukup la. nk kena bg komitmen kat tesis (penting dan utama), assignment, seminar, dan sebagainya. banyak la pulak.

okey. bercerita tentang pilihanraya Kampus. hari ni merupakan hari pengundian. seperti luar biasa, aku tidak ke tempat pengundian dahulu, sebaliknya aku ke Pusat Kesihatan dahulu, dah tak tahan, rasa macam nak deman je. jadi utamakan yang utama dahulu. lepas balik PK pun aku tak g ngundi lagi, aku just g tengok je tempat pengundian. lepas tu aku g makan, isi perut dulu, dan kemudiannya balik bilik dan tido sekejap. sedar2 dah kul 3 petang. ada la kawan aku, sempat berYM ngn aku, dia suh aku g ngundi. (dlm hati aku dah memg malas giler), jadi aku fikir 3-4 kali, aku pun turun ke tempat pengundian. sampai sana. tengok suasananya meriah. tapi hati tetap malas nk ngundi. (haih) memang malang la sapa yg mengharapkan aku. (tp aku tetap mengundi la walaupun minit2 terakhir).

nampaknya aku masih ada kerja yang belum setel. aku harap boleh siap seblum ke pangkor, jadi tak de la tekanan sangat kat sana.




p/s: kalau2 blog ni nampak berhabuk @ bersawang, tolong2 la cuci, aku join program ni agak lama la. 29-31 Jan.

Thursday, January 21, 2010

nak sambung dlm entry lain

salam kembali.

wah dah nak bersawang blog aku. sejak kebelakangan ni aku asyik tak de peluang nk update blog je. time ada peluang, ada2 je internet bt hal. (menyampah + sampah). sory la para blogger sekalian yg mana jadi reader dan juga followers, tentu korang bosankan sebab blog aku nmpak macam nk bersawangkan. haih.

berbalik kpd story-today.aku nk share gmbr, tp kamera aku buat hal la pulak (sbnrnya bukan kamera, cuma memory kad je). saje je cari pasal. (ni agenda nk suh aku beli baru la tu). jadi terpaksa tangguh dulu perihal gambar-today.

tapi tak pe. walaupun pilihanraya kampus (PRK) dah dekat. (hangat) aku je yg tak rasa hangat sebab tahun ni aku cadang tak mo jadi calon. tapi ada pulak kawan aku yg mempelawa aku suh terlibat dlm PRK ni. (nanti aku fikir2kan lah).

masa 1st year aku bergiat aktif dalam PRK ni, tapi masa 2nd year aku lagi aktif (siap di pelawa menjadi calon), tapi aku menolak kerana berasa diri ini masih kekurangan utk memimpin. jadi aku mengambil kesempatan utk mengurangkan keaktifan dalam PRK ni. dah lama dah bergiat aktif, sekarang nk buka buku baru. buku tentang kehidupan.

sejak tahun lepas, aku mula memamtau PRK dengan menggunakan blog (masa tu fesbuk tak popular lagi) jadi aku menjadikan Blog sebagai wacana khas untuk melihat suasana PRK (mcm pro je pantau). okey. citer tentang PRK...last entry aku dah citer serba ringkas.

pernah kawan aku bertanya, "kenapa ko tak jadi calon" dengan senyum aku menjawab, aku ada keinginan, tapi aku tak de kekuatab utk itu" (maksudnya: aku takut pegang tanggungjawab, sebab aku tak bersedia lagi) banyak perkara lagi perlu aku perbetulkan. dan banyak lagi yang belum aku laksanakan. jadi fokus pada yg penting dulu.


aiii, kalau aku citer pasal PRK, kompon tak abis post nie. baik citer sal tesis ada baeknya jugak. walaupun dah berkurun aku buat, tapi masih tak nampak kemajuan. bila nk siap pun aku masih tak pasti. idea sering kali datang dan pergi.

okey bercerita tentang satu part dalam tesis aku ialah kedatangan orang hanyut Vietnam ke Malaysia. aku sempat tangkap gambar ni (gambar: jadual kedatangan orang hanyut Vietnam). aku sempat baca juarnal (Far Eastern Economic Review) walaupun aku tak beberapa suka nk baca, tapi rasa cam best lak tgk. ada table sal ni. senang nk paham.
kisahnyer aku rasa tak sempat nk citer dlm entry ni, nanti next enrty aku citer (ingtkan aku kalau aku lupa)





p/s: pilihanraya kampus semakin hampir, sokonglah calon2 yg berkualiti yg mampu bekerja utk anda.

p/s/s : pilihan di tangan anda.

Tuesday, January 19, 2010

kehangatan kian terasa

Salam Kembali


Politik kampus telah menunjukkan kehangatannya. setiap sesi pasti ada satu pilihan raya Kampus (PRK)/ PRK UKM dijangka berlangsung pada hujung Januari ini, so sekarang ni adalah time2 nk update (Audit) bendahari, nk semak semua rekod2 lama, nk cheak mailing dan sebagainya. semua tugas itu dilakukan oleh ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mentadbir. setiap kali PRK datang, suasana yang meriah jugak datang. meriahnya PRK dalam tahun-tahun tertentu adalah ditentukan oleh calon2 yang bertanding. tidak kiralah mereka menjadi calon umun atau calon fakulti.

PRK telah datang dengan membawa seribu erti. sepanjang pentadbiran MPP sesi 2009/2010, banyak perubahan yang kelihatan di UKM dan banyak jugak perkara2 yang tidak menampakkan perubahan. (tidak semua perkara berjaya diselesaikan dalam tempoh 1 tahun pentadbiran).

setiap kali berlaku PRK, setiap kalilah aktiviti kutuk-mengutuk akan berlangsung tanpa ada bayaran dan tanpa ada galakan (terpaksa terima hakikat walaupun tak suka). masing2 mempertahankan calon dan politik bawaan mereka. walaupun di UKM hanya guna sistem dwi-Parti (Barisan Aspirasi dan Gabungan Mahasiswa).

aktiviti kutuk-mengutuk ini biasa sangat dalam kalangan politik kampus. jika dilihat sepanjang sesi lepas, bias atau memihak ini biasa sangat berlaku dalam kalangan pelajar dan juga pentadbir. (sudah bosan dengan pelbagai kerenah mereka semua). tapi itulah politik!

okey berbalik kepada politik kampus ni. (harap jangan ada keliru antara politik kampus dengan PRK). politik kampus UKM sangat bergantung kepada politik luar kampus (politik Malaysia). setiap yang berlaku di luar kampus pastinya akan terbawa-bawa ke dalam kampus, tidak kiralah dari segi apa pun. jika dilihat kehangatan politik kampus ini, pastinya PRK yang akan menjadi kemuncaknya. setiap calon mula menyiapkan dirinya dengan eleman-eleman jati diri yang baik untuk menaungi hati pelajar. (kalau perangai buruk, tp pandai cakap, buat apa kan?? sepatutnya dapatkan yang terbaek!!)

bila bercerita tentang calon ni. satu perkara penting yang perlu kita tahu, jika seseorang calon yang bertanding itu tidak menunjukkan reaksi atau minat yang mendalam dalam politik kampus ini, maka janganlah warga kampus mengundinya. (kalau dah nampak tak de semangat buat ape undi kan??) perkara ini sering berlaku pada calon #@!%&*()^# (tak yah cakap la) yang selalunya nampak ramai dan mantap tapi tidak ada kelebihan lain. calon sedemikian tidak mampu menghadapi dunia sebenar politik jika beliau menang nanti.

bagi yang akan mengundi pada sesi ini dalam PRK, gunakan akal yang waras dan hati yang tenang serta kerasionalan minda dalam membuat penilaian. jangan tergapoh-gapah, jangan terlalu sangat menyakini sesuatu yang tak pasti dan jangan takut2 untuk mengundi calon2 yang berkualiti. think feture dan pastikan anda mengundi yang terbaek!!
(DECTAR: lambang kemegahan UKM)

p/s: PRK dah terasa dah...

ini entry pertama aku menceritakan tentang politik kampus, sebab tu la nampak kurang berobjektif.


*undi anda adalah utk semua*

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails