Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."
Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

note for u

salam...

ape khabar pembaca blog? banyak kan sawang di blog ini, takde orang bersihkan...hehe. bt masa skrg ni, aku masih lg berada di Rawang. aku rasa, aku sudah perlu pergi dari sini...bak kata orang, buah masak yg tunggu di petik...tp...adalah lebih baek aku siapkan urusan aku dulu, n than aku akan lebih yakin utk melangkah keluar dari tempat ini.

perlukah aku antar note pada si botak itu? tak pe....aku balik pk dlu....


Thursday, June 24, 2010

itu hak orang....hak sapa?

salam.. bersua kembali

ku punya cerita, cerita tentang Qassim, yg suka lepak, (spt kesinambungan daripada entry lepas) kisahnya begini.

satu hari sewaktu lepak di ke kedai mamak, Qassim bersama Bob n da Geng makan2, dan borak2 kosong. dinyatakan dlm cerita tersebut, sewaktu membayar jumlah makanan yg mereka makan, tetiba berlaku satu hal.

si Bob suh kira dia punya... pastu masa kira tu, berlaku satu kesilapan kiraan yang mana kurang drpd sepatutnya. jadi Qassim n tha geng (bersama bob) mencuba conggak kembali.. ternyata jumlah yg dibayar kurang seringgit. Si Bob sekali lg panggil tukang kira2 tersebut.

ada seorang ahli berkata, "ape ke jadahnya ko nk kira kembali, dah 2 kali dia kira salah...kira yer je la dgn apa yg dia bg".

lantas beliau menjawab "aku takut terambil hak orang lain"

Qassim pun terkedu jap, betul jugak kan. hak orang lain.


berdasarkan kisah ini. aku dapat simpulkan, bahawa setiap org berhak ke atas hartanya. harta manusia ini pulak, bukan suka-suki kita boleh jadikan harta kita. itu hak orang lain.

perkara yg hmpir sama pernah terjadi pd minggu lps, pd diri aku. aku ke Libary, lepak sambil study. aku pun nk g jual Kad Fotostat (kad utk pengguna PTSL shj). masa ak g jual kad tersebut, dia bg balik deposit kad tu, dengan harga RM 4.00 (di sini sedikit kemuskilan, dulu aku beli dgn harga RM 13, pastu aku guna RM 10, sepatutnya RM 3 je aku kena terima).

lalu aku sekali lagi g jumpa tokey kedai tu, tak puas hati la konon..

Fathi: Encik, sy rasa pelik la.. mane boleh cik byr sy RM 4, sedangkan sy beli dulu RM 13, guna 10...jadi sepatutnya RM 3 je.
Tokey: dik, dlu adik beli dgn harga brape?
Fathi : RM 13...
Tokey : (termenung sekejap) masa beli dulu dgn company lain kan?
Fathi: ha'ah, sy beli ngn company lain, masa tu harga dia RM 13.
Tokey: ingat tak, masa tukar kad dulu (kad Fotostat) adik kena bayar lagi RM 1.
Fathi : Diam sejenak, ha'ah. ada2.
Tokey: itu pasal la sy bg RM4.
Fathi: ooo.. ok, (ingatkan RM1 tu cas perkhidmatan), rupanya harga Kad baru. anyway, terima kasih yer, sy takut terambil hak orang lain je.

lepas tu, aku kuar dari kedai Fotokopi itu, jumpa kawan2 smbil study.


okey. ini kisah hak orang. hak orang bukan hak kita. jangan suka-suki jadikan hak kita. tak baik, dosa. aku belajar dr seorang guru ku tentang hal ini. guruku menyatakan, klu hak orang, jangan ambil. dulu aku suka ambil hak orang lain (curi la gitu), sbb tu hati jadi hitam. harap2 lepas ni aku tidak ambil hak orang lagi..


hak orang bukan hak kita!

Sunday, March 28, 2010

Entry waktu Petang

Pelanggan Sentiasa betul...



Seorang jurutera mengalami sakit gigi disebabkan giginya berlubang, lalu dia pergi ke klinik gigi.

Dia berkata kepada doktor gigi, "Cabut sahaja gigi saya."
Jawab doktor gigi itu, "Baiklah."

Si pelanggan bertanya, "Berapa bayarannya?"

Doktor gigi itu menjawab, "RM80."
"Berapa lama tuan akan cabut gigi saya?" tanya si pelanggan.

Jawab doktor itu, "Tidak sampai 1 minit."

Kata jurutera itu, "Mahalnya upah tuan. Tidak sampai satu minit, saya harus bayar RM80."
Doktor itu pun berkata kepada pelanggannya, "Tuan beritahu sahaja berapa lama tuan mahu saya cabut gigi tuan...."

sumber: klik



p/s: brape lama yg anda sanggup?

Saturday, May 9, 2009

Tuntutan Elaun Sara Hidup (COLA)

Tuntut jangan tak tuntut..


PENGUMUMAN BARU OLEH PM Baru (elaun sara hidup)

PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am...

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat bertugas)

dan...

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/


100 penutup botol Coca-Cola.... ....Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!

Dah! Pergi sambung kerja..... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk.....


(Ini adalah ruangan santai...)

Saturday, May 2, 2009

Santai.....3

Citer 1:

Rizal telah menerima panggilan telefon dari seorang yang tidak dia kenali..

Penculik: Saya telah menculik anak kamu! Kalau kamu mahu dia selamat, serahkan wang tebusan sebanyak RM 1 juta sekarang juga.

Dengan ragu-ragu Rizal menjawab.

Rizal: Tapi encik, saya belum ada anak, Kahwin pun belum lagi.
Penculik: Kalau macam tu, kamu siasat anak siap yang telah saya culik dan wang tebusannya kita kongsi dua. (Jawap penculik tanpa rasa bersalah.)



Citer 2:

Ada 2 lelaki Asing (dr Eropah), datang ke sebuah bandar di Malaysia. bagi memudahkan urusannya, mrka menyewa sebuah kerata. Sesampai di bandar, mereka mencari kawasan parking, tetapi tidak juga jumpa. Akhirnya lelaki itu bosan dgn situasi itu dan maka mereka berhenti di sebuah kedai hardware dan bertanyakan di mana boleh parking kereta.

1st man : sir, where is car park?

Pekedai: kapak?? Ada2 kejap (dia masuk ke dlm kedai dan mengambil sebilah kapak), ini dia! (pekedai itu tdk reti bahasa Inggeris)

2nd Man: no!, no!, no!. we want park my car, where should I park?

Pekadai: aku jual kapak dan brg2 lain je, boleh pilih, harga boleh runding... cuba tgk dlu...

1st man : (tak paham ape2) Huh! I want parking my car!..

Pekedai: cakap la parking, sini tak leh parking.... sana boleh (menunding ke arah sebuah bangunan)

1st man: okey sir, thank u.

Pekedai : same-same.... pastu pekadai itu menggaru2 kepala tak gatal “cari kapak ke cari parking???


..

Friday, May 1, 2009

Santai.....2

Lewat atau Malas

Hari ni merupakan hari pertama pada bulan ni, jd utk tunjukkan semangat kerja (setelah 3 kali di beri warning krn lewat) maka Azroy bgun awl pgi, utk ke tempat kerja.

Sdg dlm perjalanan, dia melihat keadaan jln tdk sesibuk spt biasa...tanpa berfikir panjang, beliau terus ke pejabat.

Sesampai di pejabat, tiada pekerja lagi sampai, so beliau berfikir, "aku sampai awal, org len tak sampai lg". Jam menunjukkan kul 8.00 pagi, tp pejabat masih tak de org. Dia mula hairan dan pergi keluar pejabat sekiranya ada notis cuti.

“Tak de plak notis” Azroy masih hairan. Pastu lalu la seorang Mamat jual paper, so ape lagi dia beli la paper 2...

Di atas paper itu tertulis “selamat Menyambut Hari Pekerja” dari kami untuk semua pekerja di Malaysia...

Mula la Azroy garu kepalanya yg tak gatal, rupenya hari ni cuti....ish3 (macam mane boleh tak perasan nie)



Selamat Hari Pekerja Kepada Semua Pekerja dan juga Pembaca Blog..

fathiadha blog

Analogi Sebuah Permainan

Futsal : Bhg 2, Sukan Perpaduan

semasa kami seronok bermain futsal, walaupun nama2 besar KIY tak de, tp tetap main jugak la. dalam team kiteorg ada campuran Melayu dan India. kteorg maen cm biasa je.. layan...

masa tgh syok main, datanglah sekumpulan mahasiswa India utk main sama, sedangkan kteorg masih nak maen futsal... ada la sorang member ni bg cadangan kite sama2 maen, caranya boleh kite gunakan renew pemain berdasarkan rekod menang kalah.

Situasinya mcm ni:
muncul 3 team, 1 team Mahasiswa Melayu, 2 team Mahasiswa India. oleh itu kami membuat peraturan "sekiranya Team A dan B yang sedang bermain dibolosi, maka team C akan mengantikan tempat team tersebut yg dibolosi, dan keadaan ini berterusan sehingga team mane yg penat dan tak nak main"

perlawanan begitu meriah dan menarik, masing2 tak nak kalah, atau tak nak di bolosi. Namun adat permainan ini kekal sama, mesti ada kalah menang, jadi pertukaran team itu berlaku, selepas itu berlaku lagi, lagi dan lagi.... sehingga satu tahap, kami dah penat, sakit dan nak balik tido..

Analogi yg hebat utuk sebuah sukan yg kecil tapi besor mutunya. Apa yang best adalah kesepaduan antara pemain dalam pasukan.

sukan perpaduan, Praktikal yg cemerlang!



fathiadha

Thursday, April 30, 2009

A Long Day

Terasa begitu lama perjalanan hari ini...

Walaupun hari ini bermula pada pagi hari sebelumnya (tak tido malam), diserikan dengan paper PB pada awal paginya. Sewaktu tamat exam, perkara yg dijadikan idaman menjadi kenyataan iaitu mengisi perut selagi mampu.. akhirnya aku berjaya mengisi perut dengan sepenuhnya pada tengah hari.

di waktu petang disempurnakan dengan travel ke alam mimpi yg kerap tergangu sama ada dengan panggilan telepon ataupun dengan adanya member datang ke bilik...

Petangku meriah menjelang malam, apabila memberku mengajak keluar makan, actually kami bukan sahaja makan, tp siap shopping2 lagi (ni kiranya mcm hadiah la sbb dapat jawab paper td dan utk ilangkan stress bg study paper seterusnya). kami sempat shopping di Alamanda (belasah poket sampai kering)

Kemudian Member aku ajak makan di Pizza Hut, dengan penuh selera dan keseronokan kami membantai makanan di sana... abis shopping kami balik, rupanya hari dah malam...

*gambar alamanda pada waktu malam



lepas ni boleh la study betul utk next paper....



Thanks for all my friends...

fathiadaha blogs

Tuesday, April 28, 2009

Analogi Sebuah Permainan

Futsal: anologi sebuah permainan

Sudah sekian lama aku tidak bermain futsal.. hari ini aku lakukannya bukan kerana bosan, tapi kran keinginan yg telah lama bersarang di hati...

Walaupun hanya menjadi pemain simpanan, namun tetap best main, Cuma tak dpt score je..

Futsal sejenis sukan yg memerlukan teamwork dan bknnya individu. Individu hanyalah penggerak strategi. Kejayaan terletak pada kehebatan pasukan yg ada semangat setia kawan.

Seronok 1 permainan... hilangkan tensyen sebuah exam...haha..

main ape pun best, janji boleh ilangkan stress semasa study...

FUTSAL: menang kalah adat permainan.



..
fathiadha.blogspot.com

Saturday, April 25, 2009

Santai.....1

Pak Pandir....Pekak

Pak Pandir yg berang dengan isterinya, Mak Andeh, krna apabila beliau memanggil isterinya, tetapi tiada sahutan dari isterinya..oleh itu beliau pergi ke hospital untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui sejauhmana tahap pekak isterinya...

Pak Pandir : Dah banyak kali sy panggil dia...tp dia buat tak endah je...
Doktor : cuba awk bt experiment..
Pak Pandik : mcm mane 2??
Doktor : mcm nie.... mula2 awk duk di kawasan jauh, 50 meter, awk pggil dia...klu dia tak jawab, pergi dekat sikit, 30 meter, 20 meter, 10 meter, 5 meter, hgga lah 1 meter... klu dia tak jawab jugak...cuba berbisik kpdnya...
Pak Pandir: baiklah Dr, sy akan cuba...

di rumah, Pak Pandir cuba melakukan experiman terhadap isterinya... pak pandir memanggil "awk sayang sy tak" kpd isterinya dgn jrk2 tertentu....

pada jarak 50 meter-
Pak Pandir : awk syg sy tak?
Mak Andeh : tiada jawapan

pada jarak2 seterusnya...sehinggalah jarak 1 meter.
Pak Pandir : awk syg sy tak?
Mak Andeh : tiada jawapan

maka Pak Pandir hampiri teliga isterinya dan berkata "awk syg sy tak"?? Isterinya menjawab "dah brape kali sy kata, sy syg awk"!!!!!

Pak Pandir: ???????


...

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails