Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Tuesday, June 22, 2010

tolong anjing tersepit - nanti kena gigit tak?

salam.. bersua-kembali, sesudah melihat blog aku ini bersawang. jadi aku punya nak bercerita la sikit. barang-kali ia cerita benar - barang-kali ia cerita yg di edit. moh kite layan.

dlm citer ni watak utamanya adalah Qassim,

hari-harinya tinggal di bumi ini sudah tidak lama lagi, bumi ilmu ini harus di tinggalkan untuk meneruskan kehidupan di tempat lain. seperti biasa, beliau menulis dan terus menulis - kisah sebuah kehidupan dalam lipatan sejarah hariannya. di kala sepi, teman-temannya memeriahkan suasana. di kala gumbira, teman-teman ada bersama. Dia membaca-dan-terus-membaca, kisah-kisah tentang kehidupan di dunia. lantas bertemu dengan sebuah cerita tentang padanag pasir. kisah wanita bertemu dengan anjing kehausan di padang pasir. (pastinya ramai kalangan anda sudah taw tentang cerita ini)

diceritakan kisah itu : seorang pelacur (perempuan) yang sedang berjalan di padang pasir, mencari setitis air untuk di minun, kemudian beliau sampai di sebuah telaga (dlm istilah di padang pasir, merujuk pada lopak air yg punyai mata air) [se akan sumur]. lantas wanita itu mencebok ke dalam perigi itu utk mengambil airnya. kemudian datang seekor anjing yang kelaparan dan kehausan, juga nak dapatkan sedikit minuman.

wanita itu sekali lagi mencebok air dan beri pada haiwan itu. haiwan itu tidak pula menggigitnya, sebaliknya Allah taala memberikan petunjuk dan hidayah kepadanya. sehingga beliau meninggalkan pekerjaannya sebagai pelacur dan hidupnya dihabiskan utk beribadah kepada Allah. [jasanya hanya menolong haiwan yg terdesak, dgn hati yg ikhlas].

berbalik pd kisah Qassim, dia sedang lepak dlm blik spt biasa bersama rumatenya. kemudian datang seorang lelaki (bangsa berlainan), mengetuk pintu bilinya.

lelaki itu berkata, U boleh tolong I, kunci bilik I rosak..
Qassim dan Rumatenya : rosak, meh kami tengok.

lalu kedua-dua orang ini pun melihat keadaan itu, dicuba dan mencuba, akhirnya pintu bilik itu boleh bukak jugak. fine selamat la si lelaki itu.

seperti biasa Qassim dan member dia selalu lepak-lepak. di suatu hari, di kala lepak, mereka meninggalkan jug air di ruang tamu, bagi memudahkan sapa yang bangun awal pagi boleh belasah air.

tapi pagi itu, dlm jug air tu, air dah abis, jadi sape2 pun boleh belasah jug air tu. aiyak.

nak jadikan cerita, pagi tu Qassim tengok jug air tersebut dah tak de, barangkali kena kebas dan kena curik oleh sape tah. merana kejap nak isi air pakai ape.

dalam beberapa jam kemudia lelaki (bangsa lain yg di ceritakan itu muncul sambil memegang jug air tersebut), dan beliau berkata :

ni jug air U punya kan, I pinjam jap....

nadanya bersahaja, tanpa rasa ada penyesalan, mahupun tanpa ada kata2 manis, tanpa ada keizinan, terus amek dan bawak lari..lbh kurang macam tu. Qassim yang waktu itu berada bersama rumatenya berkata *&^%$#%&( dasar tak kenal budi!

petang tu diorang lepak (Qassim dan membernya), pastu dinyatakan bahawa jug tersebut dah tak de, kena kebas..semua member-membernya melenting dan berkata dgn nada yg bising.

pastu Qassim pun bagi perumpaan.. korang rasakan, kalau ko tolong anjing, anjing yg hina tu ingat tak kat jasa korang?

Qassim berkata : ini lah manusia, kalau kite tolong dia, habis ngn kite skali kena, tak logik - tak bagus [dlm nada marah + sakit hati].


p/s: fikir-fikirkan lah sebelum bertindak.

2 comments:

Anonymous said...

kerana sebuah jug~~~
merana qassem & da geng.....
hihi~~

Anonymous said...

ngeee...
menarik ceritera ini..
kerana sebuah jug (bak kata ananymous)..

*tntg yg lelaki asing tu..
budi bahasa la ckit..huhu..org punye kot, mintak la ijin dulu ...

=)

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails