Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Wednesday, January 28, 2009

Sunway Pyramid

Ramai kalangan kawan2 aku tertanya2 macam mane nk g ke Sunway Pyramid...aku pun xtau la nk bg tau macam mane, aku ni memang pernah pergi ke Sunway Pyramid, tp tumpang kawan. itu pun masalah, xsempat nk cam jalan kat sana...huhu.

aku akan mencari jalan ke sana dengan lebih mudah lagi, tp klu nk g sana kena sabor la, sbb kena tukar2 tren, naik turun bas dan kena jalan kaki lagi. huhu memang susah. sekiranya aku ada kesempatan untuk pergi ke sana, aku akan cuba bagi tau kawan2 aku yang teringin ke sana...huhu.

sekiranya ada kesempatan, aku akan ke sana lagi.

Kisah Malang 2

Kisah ini pula merupakan kesinambungan daripada kisah yang berlaku pada diriku. kisah ini berlaku pada hari yang sama (memang sial la). kisah bermula setelah aku bersama kazenku dan bersama kazen nya (macam pelik je bunyi) berjalan2 kesekitar Mid Valley. tanpa pengetahuan mereka, aku yang telah kepenatan dan kebosanan mula mencari ape2 yg menarik. ingin jugak rasanya aku nk cuci mata, tp memandangkan kazen aku ada berdekatan denganku, risau la jugak nk bt menda2 mcm 2. hehe (poyo baik la konon). so aku ikut je la diorang sampai tah mane destinasi, macam bt tawaf kt Mid Valley pun ada. sesampai aku dah bosan jalan2 dan diorang pun dah dapat ape dia nak, kazen aku pun ajak aku balik, tp sebelum 2 dia kate nk d hantar kazen dia dlu di UTM, KL. aku hanya menurut sahaja...maklumlah menumpang la katakan. sesampai di parking lot, aku tertanya2 mane la diorang park keta, puas cari x kelihatan...huhu.. rupa2nya keta kazen aku parking jauh dr tempat kiteorg kuar..huhu..

after that kiteorang g ler hantar kazen dia, sampai kat kolej dia, aku tolong2 la angkat barang, konon macho la (tp memg nk angkat pun sbb bnyak). after that kiteorang pun lepak2 la dulu kat tempat parking keta Felo, sambil tunggu kawan2 kazen aku datang. masa 2 ler kisah malang hampir terjadi, tetiba datangla pak guard yang kazen aku kate "macam sewel" ke arah kiteorang yg duk lepak2... pak guard 2 lambai tangan yang menunjukkan simbul "xboleh duk citu lame2".. kiteorg dengan muke selambe je bt xtau. masa kawan kazen aku datang, (sempat la berkenalan) pak guard 2 datang lg dengan membawa buku samannya. melihat keadaan itu, aku ngn kazen aku cepat2 je g kat keta n masuk dalam keta. kiteorang pun terus la blah dari situ....

kacao daun punya pak guard, aku baru je nk bt bisness jual minyak masak.


*p/s: klu pak Guard xbg duk lame2 jangan la bg dia saman lak. ikutlah peraturan.
kiranya kisah ini lebih baik dr yg sebelumnya.

Kisah Malang 1

Kisah ini bermula pada hari Isnin, iaitu pada Tahun Baru Cina (CNY). seperti biasa, cuti bermula, aku mula plan untuk mencari sesuatu yg baru seperti melancong atau jalan2 ke kota raya. punya la pk, dapatlah idea, aku mula menyiapkan rancanganku iaitu untuk balik ke umah pak cik ak di Petaling Jaya (PJ). sebelum aku turun, aku telah membalas beberapa SMS daripada sepupuku (kazen tersayang la kononnya). kazen aku bg tau ak, yg dia nk g ke mid valley, that mean, ak xperlu ler susah2 tukar train, just turun kt mid valley je. masa ak sampai kat Mid Valley, spt biasa manusia sentiasa ramai di Mid Valley. aku mula melangkah ke laur train dan mula berjalan ke arah mid Valley. kejap je jalan dah sampai kt mid valley. masa tu masih lagi belum kul 3ptg seingat aku.

perkara pertama yang aku cari ialah surau kerana aku masih belum solat zohor. pencarian ku bermula di kawasan Mid Valley. maka sampai ler aku kt surau. ingatkan susah sangat nk cari.

selepas aku solat, ak terpandang satu kertas (pamphlet) yang tertulis "Fastival Pembangunan Ekonomi Islam" 3rd floor, Mid Valley. dengan perasaan bangga, aku pun pergilah ke tempat tersebut. sesampai di sana, majlis perasmian penutup sudah bermula dan aku pun dengar ler kejap, masa 2 menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahaid Hamidi baru je nk berucap.

alang-alang dah sampai, aku pun bangga la berjalan2 ke tempat2 pameran, masa 2 kazen aku call, aku bg tau dia aku duk kt atas. masa aku melawat2 gerai pameran, (sempat la beli barang keperluan). aku terserempak ngn bekas student UKM, dia tengah jaga satu gerai. dengan bangga aku pun borak2 la ngn dia, masa aku borak2 ngn dia, aku terasa nk g cari kazen aku, untuk kepastian aku tengok jam tangan aku.....

tetiba aku rasa heran "eh mane jam tangan aku"??? bks student UKM 2 pun tnya aku.."nape"? aku bg tau dia... "jam tangan...tak de" dia pun tengok aku n kate "arwah" dengan selambe aku pandang dia dan kate "arwah jam da jam tangan...huhu"

pergila tengok!, suaranya masih aku dengar masa 2...dengan perlahan2 aku mula pergi, hala tuju aku kt surau...sampai je kat surau, masa 2 org sdg tggu solat asar, so memg arwah la jam tanganku....huhu

nampaknya aku kena beli jam tangan baru la mcm ni....huhu



*p/s: kalau g mane2 ingt barang2 kite...walaupun ianya murah, tp tetap penting!

Tuesday, January 20, 2009

Mencari Ketenangan

Sepanjang permulaan sesi pengajian ini, hatiku tidak begitu tenang, aku ingin mencari ketenangan untuk menghiburkan hatiku ini. aku telah merancang beberapa perkara yg boleh dikira baik, tetapi masih belum dapat menerima sepenuhnya. aku masih mencari ketenangan. hari2 ku tidak begitu baik, g kuliah, balik kuliah, masuk bilik buke leptop, dengar lagu, main games, tido, bangun, makan.... bosan.

aku hanya menunggu assignment pertama untuk disiapkan. xlame lagi dapat la 2....sabar menunggu.

aku rasa beruntung kerana tinggal di KIY, atas bukit. kawasan bawah bukit menjadi tempat aku melepaskan pandangan...memang boleh hidup la...hehe

sekian buat masa ini, aku akan mencari ketenangan di laur kawasan ini pula....

Monday, January 12, 2009

Thumdrive/Pendrive untuk anda!

Salam...
Saya akan cuba masukkan blog saya ini dengan alatan @ aksesori komputer.
Pada hari ini saya akan membincangkan tentang pendrive / thumdrive. Thumdrive @ Pendrive telah menjadi trend storan termaju yang mencapai kapasiti yang banyak. Berbanding penggunaan Floppy Disk atau cekera liut, Thumdrive telah mengalami revolusi teknologi yang pesat. Pada tahun 2000-an, thumdrive telah mengalami revolusi secara menyeluruh dengan penggunaan kapasiti bermula 128Mb, 216Mb, 512Mb, 1G, 2Gb, 4Gb,8Gb dan terkini 16Gb. Berbeza dengan Floppy Disk yang hanya kapasitinya 1.44Mb. dengan saiz kapasitnya yang semakin besar, thumdrive telah menjadi sebagai storan terlaris di pasaran Malaysia.
Terdapat pelbagai jenis pengeluar Thumdrive iaitu dari jenis keluaran Kingston, Toshiba, SanDisk, Apus dan sebagainya.

Galakan saya
Saya menggalakkan anda menggunakan Thumdrive yang mempunyai anti-virus terbina / tersedia di dalamnya. Thumdrive ini tidak akan menyusahkan anda untuk penggunaan di mana-mana PC atau Laptop. Thumdrive ini boleh didapati di kedai-kedai alatan komputer dan aksoseri di mana-mana tempat. Anti-virus yang terdapat dalam thumdrive ini meliputi McAfee, Avira, Kaspesky, Avast dan sebagainya.

Ciri-ciri Pilihan anda!

Penawaran Harga
Penawaran harga untuk Thumdrive adalah bergantung pada permintaan dan penawaran pasaran.
Harga terkini (dikemaskini pada 1.1.2009) ialah:

Kurang drp 1Gb tidak terdapat di pasaran kecuali stok lama
1Gb = RM 10-12
2Gb = RM 17-19
4Gb = RM 24-26
8Gb = RM 49-55
16Gb = RM 90++ (xsempat beli lg)

Jaminan
Jaminan yang diberikan oleh pengeluar adalah bergantung kpd pihak pengeluar, ada pihak pengeluar memberikan jaminan selama 3 tahun, ada 5 tahun, ada yang memberikan jaminan selama 10 tahun dan ada yang memberikan jaminan sepanjang hayat (life time). Dalam hal ini sayi ingin menjelaskan bahawa jaminan yang diberikan bukannya jaminan (warantty) berkenaan thumdrive tersebut, tetapi jaminan yang dimaksudkan adalah berdasarkan simpanan data dalam thumdrive tersebut. Simpanan data yang dijamin oleh pengeluar berbeza-beza. Pada pandangan saya, sekiranya anda hendak menggunakan thumdrive, gunalah yang memberi jaminan sepanjang hayat (life time). Kekadang menda ni xmenyusahkan korang kalau thumdrive korang hilang selama setahun & jumpa balik lps 2... data masih ada.

Masa depan Thumdrive @ Pendrive
Masa depan penngunaan thumdrive @ pendrive adalah cerah berbanding Floppy Disk dan storan lain. Hal ini kerana harga untuk storan thumdrive 2Gb adalah kurang RM 20.

Ancaman dan masalah lain
Sering kali kita terkena ancaman Virus dalam Thumdrive. Hal ini berlaku apabila kita cuba mendapatkan maklumat atau memindahkan fail ke PC atau laptop lain. Maka virus yang terdapat dalam laptop/PC tersebut mula memasuki thumdrive kita tanpa kita sedari. Oleh yang demikian, sebelum kita melakukan transaksi fail atau “cucuk-cucuk” thumdrive, scan anti-virus dengan menggunakan anti-virus yang terdapat dalam laptop atau PC tersebut. Sekiranya PC atau Laptop tersebut tidak mempunyai anti-virus, sebaiknya jangan melakukan transaksi tersebut atau tidak membuka sebarang bentuk fail yang terdapat dlm thumdrive.

*dlm tempoh 5 bulan, harga thumdrive akan jd murah lagi...

Sunday, January 4, 2009

Tips Untuk Menjadi Individu Menarik

1. Pamerkan Air Muka Bertenaga.
Sapa orang sekeliling dengan suara yang jelas sambil mempamerkan air muka bertenaga. Sesiapapun akan jadi kagum dengan Anda, walau pertama kali berjumpa.


2. Relaks, Be In Control.
Bercakap dengan nada gaya terkawal, tak terlalu gopoh, tak terlalu excited, tapi terkawal. Kawal emosi, walaupun ketika Anda sedang sakit hati.

Pernah tak Anda melihat gaya Jalaluddin Hassan, Datuk Seri Anuar Ibrahim, Hani Mohsin atau Halim Othman? Gaya mereka bercakap adalah gaya gentleman, gaya yang ‘always be in control’ .
Mereka adalah contoh sebenar individu-individu menarik. Jangan pula terlalu kontrol (keras!) Biar relaks, biar santai, biar lancar.

3. Pakaian Kemas Dan Bersih Ke Mana-mana Saja.
Selalu tak Anda tengok David Beckham?
Penampilannya di dalam padang bola dan ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau penganugerahan, dia cukup menyerlah. Kenapa ya? Sebab, dia selalu berpakaian kemas, bersih dan segak ke mana-mana saja!
Walaupun Anda suka memakai tshirt ngan jeans, biar nampak bersih, simple dan nampak menarik!
Kita perlu bijak menyesuaikan pakaian dengan situasi, keadaan atau majlis, baru kita kelihatan menonjol di situ. Sesiapa jua akan jadi tertarik untuk menegur kita.

4. Pilih Yang Positif, Lupakan Yang Negatif.
Jika Anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau Anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama.
Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuat Anda orang yang berfikiran negatif, sebab dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan pendengus. Sikap-sikap ini membuat sesiapa saja kurang senang dengan Anda, walaupun ibu, bapa atau adik beradik sendiri.
Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut, langkah demi langkah. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.
Buang sikap negatif jauh-jauh, sejauh yang mungkin!

5. Berkawan Dengan Sesiapa Saja.
Jangan pilih dengan sesiapa Anda berkawan. Jaga hati setiap orang. Anggap semua orang penting.
Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap Anda, layan mereka dengan baik sekali, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan Anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.
Bergaul dengan sesiapa saja, kerana ia akan membuat Anda bijak menyesuaikan diri dengan semua orang, semua peringkat umur, hampir semua bangsa.
Bak kata pepatah, bila masuk kandang ayam, berkokok. Masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang singa, kita mengaum!

5. Selalu Berterus Terang, Telus, Jujur.
Ini tips yang paling penting.
Jangan kata yang Anda ni jujur, tapi, pamerkan kejujuran dalam apa jua yang Anda lakukan, di mana jua Anda berada.
Jangan kata yang Anda ni telus, tapi pamerkan ketelusan dalam apa jua yang Anda lakukan, apa yang Anda kerjakan, anytime, anywhere, everytime, everywhere!
Buat dan buktikan lebih baik dari bercakap, sebab orang sekeliling lebih memandang apa yang Anda buat. Masyarakat bijak menilai.
Mereka tahu, orang yang banyak bercakap dari membuat, hanya tahu mempamerkan kehebatan diri dalam kata-kata yang diucapkannya tapi kurang mencapai apa-apa.


untuk maklumat lebih lanjut:
http://www.imotivasi.com

Senario Politik 2009 : Malaysia dan Antarabangsa

2009 menjanjikan satu lagi episod menarik bagi peminat politik Malaysia dan antara-bangsa. Di Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bakal dinobatkan sebagai Presiden baru. Kepresidenan Obama amat dinantikan bukan sahaja oleh rakyat AS, tetapi juga seluruh dunia.

Kejayaan memecahkan tembok penguasaan kepemimpinan politik bangsa Anglo-Saxon di negara kuasa besar tersebut mencetuskan minat baru yang luar biasa di kalangan masyarakat dunia. Semua orang ingin menyaksikan ke manakah Amerika Syarikat dan dunia akan dibawanya mulai 2009 sehinggalah penggal pemerintahannya berakhir. Apakah agaknya perkara-perkara besar yang bakal dicetuskan oleh Presiden kulit hitam pertama AS tersebut untuk negara itu khususnya dan dunia umumnya? Sejauhmanakah beliau berani dan mampu mengejar impian besar beliau seperti mana yang beliau catatkan dalam memoirnya The Audacity of Hope.

Di Malaysia, peristiwa penting yang bakal disaksikan ialah peralihan kepemimpinan negara daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. ia bakal berlaku menerusi suatu proses peralihan kuasa secara tradisi dalam UMNO setelah Abdullah membuat suatu keputusan paling sukar, tetapi penuh bijaksana untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri selepas perhimpunan UMNO 2009 rentetan episod pilihan raya 2008. Pengorbanan Abdullah ini memperlihatkan jiwa besarnya sebagai seorang pemimpin yang meletakkan kepentingan umum mengatasi kepentingan dirinya demi kesinambungan UMNO, BN dan negara. Pengunduran Abdullah nanti akan menyaksikan pertama kalinya, anak bekas seorang Perdana Menteri Malaysia yang sangat dikagumi, Allahyarham Tun Abdul Razak, bakal mengambil alih kepemimpinan negara setelah negara melalui gelora politik yang tidak kurang hebatnya seperti mana ketika ayahandanya mengambil-alih teraju politik negara kira-kira empat dekad lalu.

Semasa Tun Razak mengambil-alih teraju kepemimpinan dahulu, UMNO dan parti Perikatan dalam keadaan lesu setelah terpukul teruk dalam pilihan raya umum 1969. Namun, Tun Razak dengan penuh keyakinan menempuh badai politik dengan penuh iltizam sehingga dalam tempoh empat tahun sahaja beliau berjaya memulihkan UMNO dan Perikatan. Tun Razak merombak perlembagaan parti dan struktur Majlis Tertingginya, melaksanakan penjenamaan semula (rebranding) ke atas Perikatan sehingga melahirkan Barisan Nasional (BN) yang lebih mantap dan disegani, kemudiannya menang besar dalam pilihan raya umum 1974.

Kelahiran BN berjaya mencapai matlamat asalnya untuk meredakan keterlaluan berpolitik (politicking) di dalam negara. UMNO dan BN lantas muncul sebagai parti politik yang lebih gagah, politik negara menjadi lebih stabil dan era baru politik Malaysia pun bermula.

Pelaksanaan DEB menjadi mercu tanda kepada kepemimpinan dinamik Tun Razak. Malah ia muncul sebagai suatu dasar ekonomi nasional paling radikal yang pernah dilaksanakan dalam sejarah politik Malaysia. Maka bermulalah era Razakisme dalam politik Malaysia. DEB dan Agenda Ekonomi Melayu dengan pelbagai institusinya seperti Bank Bumiputera, Pernas, FELDA, pembangunan luar Bandar dan pembasmian kemiskinan, kelahiran berpuluh buah Badan-badan Berkanun dan Syarikat-syarikat milik kerajaan (yang hari ini di kenali sebagai GLC), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pelbagai yang lain termasuk beberapa akta dan undang-undang baru adalah legasi istimewa Tun Razak dalam politik Malaysia. Razakisme terangkum dan terjelma di dalam hampir kesemua entiti dan institusi tersebut.

Kepada parti pemerintah, BN adalah legasi politik terbesar Tun Razak yang tiada tolok bandingnya sehingga negara berjaya mengekalkan kestabilan politik sejak 40 tahun yang lampau sehinggalah konsep ini diuji dengan hebat dalam pilihan raya lalu. Beliau membuktikan bahawa empat tahun adalah tempoh yang cukup bagi melakukan perubahan penting yang diperlukan UMNO dan Perikatan.

Seperti mana rakyat Amerika menantikan dengan penuh debar bagaimanakah Obama bakal menyalurkan getarnya dalam kehidupan mereka, rakyat Malaysia juga ternanti-nanti era baru kepemimpinan Najib dengan penuh minat kerana sudah ada sebahagian daripada kita yang terhimbau ke era ayahanda beliau. Ada yang sudah bertanya dan berteka teki apakah era Najib akan mencetus semula Razakisme dan neo Razakisme? Atau, apakah beliau akan memilih untuk kembali ke era Mahathirisme? Atau mungkinkah beliau akan cenderung meneruskan kepemimpinannya dengan corak dan pola status-quo semasa? Atau gabungan pendekatan kepemimpinan Razakisme dan Mahathirisme yang akan mencirikan kepemimpinannya?


Ada juga pemerhati yang berpendapat sebagai seorang pemimpin yang sudah cukup terlatih, berpengalaman dan lebih bersedia, Najib bakal menjelmakan era barunya yang tersendiri. Yang nyata, parti-

parti dalam pakatan pembangkang juga turut kurang pasti dan berteka teki juga apakah pendekatan yang bakal berlaku di bawah Najib. Tidak kurang pentingnya juga bagi diari politik 2009 ialah pertarungan merebut jawatan di dalam UMNO yang bakal berlaku serentak dengan peralihan kuasa di dalam UMNO. Siapakah pemenang bagi jawatan Timbalan Presiden? Siapakah akan menduduki kerusi Naib-naib Presiden? Bagaimanakah pula dengan jawatan Ketua Wanita dan Ketua Pemuda UMNO? Penganalisis politik pasti sibuk dengan ramalan mereka mengenai siapa yang akan menang dan patut menang. Sesudah itu teka teki akan beralih pula kepada siapakah yang bakal menduduki kabinet Najib?

Di pihak pembangkang pula mereka mungkin sudah mempunyai beberapa opsyen untuk berdepan dengan Najib dan barisan kepemimpinan baru UMNO dan BN. Namun, sebelum mereka bersedia ke arah itu, tahun 2009 memberikan isyarat betapa mereka perlu terlebih dahulu bergelut mengatasi kemelut dalaman mereka, ia sebenarnya lebih kompleks dan berupaya menjerumuskan mereka dalam suatu krisis politik lebih besar sehingga menggugatkan kredibiliti mereka sebagai alternatif kepada BN. Pendekatan populis yang bersifat ad-hoc tanpa suatu dasar bersama yang konsisten sudah mula menikam diri mereka sendiri. Di kalangan pemimpin dan puak yang bertelagah sesama sendiri ini baik di dalam mahu pun di antara parti-parti dalam pakatan pembangkang jelas memperlihatkan kerakusan mereka terhadap kuasa, kedudukan, populariti dan kemewahan yang baru dinikmati itu. Malah sudah ada yang mula menunjukkan belang laksana hero populis filem-filem Tamil seperti Rajinikanth, Vijaykanth dan Arjun yang tampil menjadi pembela rakyat golongan bawahan menentang establishment.

Untuk terus mencari dan mempertahankan populariti dan pendekatan populis mereka kita barangkali akan menyaksikan lebih banyak lagi paparan episod dan lakonan aksi-aksi politik ala filem-filem Tamil daripada pemimpin-pemimpin politik dalam PKR dan DAP.

Hal ini tidak terbatas kepada pemimpin-pemimpin politik kelompok tertentu dalam PKR dan DAP sahaja, tetapi sudah mula merebak kepada pemimpin-pemimpin muda lain keturunan Cina dan Melayu dalam DAP dan Pas juga. Inilah antara perkara yang akan mencabar keupayaan pemimpin pembangkag dan Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menanganinya. Berjayakah Anwar mengurus cabaran dan tekanan politik ini laksana peranan yang dimainkan oleh Amitabh Bachchan, hero veteran filem Hindi yang sering menjadi ‘pengurus krisis’ dalam filem-filem Hindi kontemporari tetapi turut terjebak dalam konflik yang cuba diselesaikannya?

Namun Anwar sendiri dalam masa yang tidak begitu lama lagi mungkin sudah perlu mempersiapkan dirinya bagi menghadapi ujian getir perbicaraan di mahkamah untuk pusingan yang kedua dalam kes liwat yang dihadapinya. Jika kes ini berpihak kepada Anwar, maka faktor Anwar pasti akan terus menggugat ketenangan politik Malaysia dan BN bakal menghadapi tugas lebih sukar mengembalikan sokongan rakyat kepadanya. Jika kes ini berpihak kepada pendakwaraya pula, maka Anwar mungkin mengulangi nasibnya di penjara Sungai Buloh dan pergolakan dalam pakatan pembangkang mungkin sukar dibendung lagi kerana kehilangan pemimpin penting yang dapat menguruskan kerjasama politik di antara mereka.

Tiada pemimpin lain dalam pembangkang yang mampu menyamai atau berupaya memainkan peranan yang dimainkan Anwar dalam mempertahankan kerjasama politik di kalangan pembangkang. Pergolakan kelompok-kelompok yang bertelagah di dalam PKR juga mungkin menjadi bertambah parah. Di Parlimen, perebutan pasti berlaku di antara PKR, DAP dan Pas untuk mengisi jawatan Ketua Pembangkang. Dasar persamaan status dalam pakatan pembangkang jelas boleh menyulitkan mereka mencapai konsensus politik ketika berdepan dengan krisis. Apa yang nyata ialah parti-parti dalam pakatan itu kini sudah mula merasai betapa sukarnya menjadi parti yang memerintah.

Bagaimanapun sebelum ini semua dapat disaksikan, politik Malaysia 2009 akan bermula dengan pertarungan pusingan kedua BN-pembangkang dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini. Signifikannya pilihan raya Kuala Terengganu dalam politik tanah air kerana ia satu kawasan di mana kekuatan UMNO dan Pas hampir seimbang. Selain itu gelora politik 2008 juga sudah sedikit reda, lantas dapat mewujudkan suasana berfikir dan emosi yang lebih tenang di kalangan pengundi untuk membuat keputusan dan menentukan pilihan mereka. Justeru, trend politik pengundi dan populariti kedua-dua parti akan dapat diukur dengan lebih baik. Kepada UMNO dan BN, Kuala Terengganu menjadi lebih penting kerana ia kawasan yang telah dimenangi UMNO dalam pilihan raya 2008. Kemenangan di Kuala Terengganu pasti meniupkan semangat baru kepada parti itu untuk bangkit kembali setelah episod duka pilihan raya umum 2008 dan episod pahit di pilihan raya kecil Permatang Pauh tahun lalu.

Kekalahan Pas di Kuala Terengganu pasti menyebabkan pergeseran puak Erdogan dan puak konservatif bertambah parah di dalam parti tersebut. Pas yang dikerdilkan oleh PKR dan DAP dalam pilihan raya umum 2008 pasti mendapati kedudukannya bertambah sukar untuk menyaingi pengaruh kedua-dua rakan kongsinya itu. Para pengikut Pas pasti mengenakan tekanan yang lebih kuat kepada kepemimpinan parti supaya tidak lagi menjadi terlalu apologetik dan pak turut kepada PKR dan DAP. Ternyata prinsip politik DAP lebih teguh berbanding pegangan ideologi politik yang diperjuangkan oleh Pas. Ideologi politik Pas tidak salah, yang lemah ialah iltizam politik pemimpin-pemimpinnya. Pas telah menunjukkan yang ia sebenarnya belum cukup bersedia menjadi pelindung politik kepada orang Melayu dan Islam di negara ini apabila ia sering mengalah kepada DAP dan PKR.

Nyatalah, baik UMNO mahu pun Pas, kedua-duanya bakal mengharungi pilihan raya kecil Kuala Terengganu di bawah tekanan dan pertarungan ini pasti sengit ibarat pertarungan merebut gelaran tinju Heavyweight Thrilla in Manila antara Muhammad Ali dan Joe Frazier awal era 1970an dahulu. Peminat-peminat sejati sukan tinju pasti tahu apakah kesudahan pertarungan Ali-Frazier tersebut. Frazier hanya menang pertarungan tersebut dengan kiraan mata. Namun kemenangannya hanya seketika apabila Frazier tewas kepada George Foreman dalam pertarungan berikutnya. Foreman bagaimanapun dibelasah Ali dengan pukulan knock-out dalam pertarungan Rumble in the Jungle di Kinshasha, Zaire pada 1974, tahun yang sama BN menang besar setelah ia membuat kemunculan sulung hasil penjenamaan semula parti Perikatan.

Tahun 2009 juga menjanjikan episod menarik untuk para pemerhati politik melihat sejauhmanakah ampuh atau semakin rapuhnya kerjasama politik triparti dalam pakatan pembangkang dan sejauhmanakah BN mampu bangkit kembali. Dalam keadaan dunia bersiap sedia menghadapi potensi berlakunya krisis kemelesetan ekonomi global yang pasti turut menghimpit Malaysia, trend berpolitik secara keterlaluan pasti memudaratkan masyarakat dan negara. Sementara BN selaku parti pemerintah terpaksa berdepan dan mengurus cabaran ini dengan penuh bijaksana, pendekatan populis parti-parti dalam pakatan pembangkang akan terus meletakkan kerajaan pusat dalam keadaan dilema dan sukar untuk mengambil opsyen yang mungkin tidak popular. Pakatan pembangkang kelihatannya akan terus dengan pendekatan populis mereka sehingga pilihan raya yang akan datang.

Bersediakah BN mengambil pendekatan yang sama bagi menyaingi pembangkang? BN telah membayar harga yang mahal dalam pilihan raya 2008 apabila mengambil pendekatan bukan populis dalam menangani krisis harga minyak sebelum ini. Apakah pendekatan yang BN akan amalkan dalam menangani krisis kapitalisme global? Dalam masa yang sama BN juga perlu membendung kemaraan pembangkang dan dasar-dasar populisme mereka jika ia ingin bangkit kembali dalam pilihan raya yang akan datang.

2009 pastinya terus menjadi tahun politik yang menarik untuk disaksikan bersama. Obama, Najib, Anwar, UMNO dan pertarungan BN-PR di dalam dan di luar Parlimen adalah antara rempah ratus menarik bagi diari politik 2009. Adanya baiknya para pemimpin politik dan pemerhati politik membaca memoir Barack Obama The Audacity of Hope dan Dreams from my Father bagi mendapat sedikit sebanyak ilham politik bagi menghadapi tahun 2009 dan selepasnya dengan lebih berkeyakinan.


p/s: diambil dan diedit dari akhbar utusan malaysia.
dari Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa,
Universiti Utara Malaysia.

Thursday, January 1, 2009

Salam Tahun Baru

Tahun 2008 telah meninggalkan kita. kini kita telah hidup di tahun baru. perkara yang sering dijadikan perbahasan pada setiap masuknya tahun baru ialah persoalan tentang azam tahun baru. jarang sekali yang membahaskan tentang azam tahun lepas adakah terlaksana sepenuhnya atau belum terlaksana atau belum mencapai target. untuk mengharungi tahun baru, kita mestilah mempunyai tekad dan matlamat yang lebih fokus dari tahun-tahun yang lalu. Persoalan tentang azam tahun lepas yang belum terlaksana kita tidak boleh ketepikan, adalah lebih baik sekiranya kita melaksanakan azam tahun lepas yang “terbengkalai”.
Azam tahun baru adalah berubah dari tahun ke tahun. Adalah lebih baik sekiranya kita melaksanakan azam tahun-tahun yang lalu sebelum melaksanakan azam tahun ini. Sekiranya kita gagal melaksanakan azam tahun-tahun yang lalu, maka itu bukannya kegagalan kita, tetapi kegagalan kita adalah sekiranya kita enggan atau takut untuk melakukannya.
Menjelang tahun baru, tanpa disedari umur kita telah meningkat naik, dalam hal ini Ibnu Mas’ud pernah berkata “perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah, sedangkan amalanku tidak bertambah”. Perlu kita mengigati bahawa semakin hari umur kita semakin meningkat, ini bermakna kita semakin hari semakin hampir dengan penentuan hidup kita. Tiada yang kekal abadi kecuali Allah s.w.t.

Selamat Menyambut Tahun Baru
Penuhilah tahun baru anda dengan azam yang baru.

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails