Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Thursday, April 30, 2009

A Long Day

Terasa begitu lama perjalanan hari ini...

Walaupun hari ini bermula pada pagi hari sebelumnya (tak tido malam), diserikan dengan paper PB pada awal paginya. Sewaktu tamat exam, perkara yg dijadikan idaman menjadi kenyataan iaitu mengisi perut selagi mampu.. akhirnya aku berjaya mengisi perut dengan sepenuhnya pada tengah hari.

di waktu petang disempurnakan dengan travel ke alam mimpi yg kerap tergangu sama ada dengan panggilan telepon ataupun dengan adanya member datang ke bilik...

Petangku meriah menjelang malam, apabila memberku mengajak keluar makan, actually kami bukan sahaja makan, tp siap shopping2 lagi (ni kiranya mcm hadiah la sbb dapat jawab paper td dan utk ilangkan stress bg study paper seterusnya). kami sempat shopping di Alamanda (belasah poket sampai kering)

Kemudian Member aku ajak makan di Pizza Hut, dengan penuh selera dan keseronokan kami membantai makanan di sana... abis shopping kami balik, rupanya hari dah malam...

*gambar alamanda pada waktu malam



lepas ni boleh la study betul utk next paper....



Thanks for all my friends...

fathiadaha blogs

Sedikit Rasa Tenang

Paper td membuatkan kepalaku pening seharian, manakan tidaknya, dgn pensyarah tidak memberi ape2 klu, cuma bg hint secara overall...

selepas menjawab paper tadi, sedikit ketenangan ada dalam diri... mungkin kerana apa yg di baca dan di study secara lbh dr sikit...hehe. anyway terasa menarik jugak la... dengan Hanya 3 soalan utk 2 jam....

ape2 hal pun, next paper, Sejarah Kebudayaan Nusantara adalah yg bakal menjadikan kepeningan kepala di tahap yg tinggi. pastu paper sejarah Asia Pasifik lak yg bakal menjejaskan reputasi Asia...huhu

Sejarah Kebudayaan Nusantara:
3 soalan yg wajid dijawab
3 soalan = 60 markah
1 soalan = 20 markah


paper tadi (PB)
3 soalan wajib di jawab
3 soalan = 45 markah
1 soalan = 15 markah
(mcm ada harapan la)



kalau Aisa Pasifik lagi la susah.... nak cerita pun susah..huhu


fathiadha blog

Pesanan Buat Semua

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

  1. Bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  2. Alhamdulliah : setiap kali habis melakukan sesuatu.
  3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
  4. InsyaAllah: jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
  5. Lahaulawalaquataillahbilla: apabila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
  6. Innalillah : Jika menghadapi musigabah atau melihat kematian.
  7. Laailaahaillallah : bacaalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.
amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah...

semoga mendapat rahmat dari Ilahi...

pesanan ini khas buat diri ini dan sahabat sekalian....


fathiadaha Blog....


Wednesday, April 29, 2009

Hadiah buat Kijang

Kelantan lawan MU, Liverpool Ogos ini:

KOTA BAHARU - Pasukan Kelantan akan beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan kelab bola sepak utama Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Liverpool sewaktu lawatan mereka ke Old Trafford pada Ogos depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata, dengan adanya dua perlawanan persahabatan itu, hadiah lawatan daripada Kafa kepada skuad negeri yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA bukan sekadar lawatan pelancongan semata-mata.

“Janji kepada ‘Wira Merah’ untuk dibawa ke Old Trafford akan tertunai tetapi mereka ke negara itu bukan soal melancong semata-mata kerana akan diadakan perlawanan dengan dua pasukan bola sepak itu sewaktu lawatan mereka nanti,” katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari pasukan bola sepak Kelantan bersama media di sini, semalam.

Lawatan itu akan disertai seramai 70 orang. 40 orang pemain Kelantan dan pegawai serta 30 penyokong bertuah melalui pakej istimewa yang disediakan.

“Meskipun pasukan kita belum mampu menamatkan kemarau 88 tahun untuk memenangi piala tetapi kita harap dengan hadiah ini semangat mereka tidak luntur untuk terus meraih kejuaraan dan memburu piala dalam perlawanan yang akan datang terutama Liga Super dan Piala Malaysia yang bakal tiba nanti,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (sisipan negeri)


fathiadha.blogsopt.com

Tuesday, April 28, 2009

Benarkah dunia dalam Bahaya..

Benarkah kata para saintis bahawa dekat terdekat ini akan berlakunya wabak penyakit yg akan meragut jutaan nyawa??

Selsema Babi @ Swine Flu (H1 N1), sejenis wabak penyakit yang bermula di Mexico sedang masuk ke negara jiran iaitu Amerika Syarikat.

Apa itu H1 N1?

“H” bermaksud Hemagglutinin protein
“N” bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.

Bulan April 2009 ini dilaporkan 80 orang telah terkorban dan 1500 seluruh dunia telah dijangkiti. Masa wabak Selsema Burung dulu pun ramai yang terkorban, tapi penyakit selsema burung tersebar melalui burung.

Selsema babi ini tersebar melalui udara. Hal ini telah mencetuskan keadaan panik di Mexico dan Amerika Utara. World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 dengan situasi yang begini bersetuju untuk mengistiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa.
Dapatkan matlumat lanjut di akhbar2 utama Mexico..

Firman Allah swt :”Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor” (Surah al-Baqarah : 145)

Babi merupakan binatang yang menyebabkan kematian ramai penduduk dunia akibat virus dan kuman bawaannya. Contoh kes yg melibatkan kematian ramai adalah :

1- Spanish Flu – 1918 mengorbankan 20-40 juta orang
2- Hong Kong Flu – 1968 mengorbankan 2 juta orang
3- Russia Flu – 1977 (tiada rekod rasmi)



ikhlas drpd : fathiadha.blogspot.com

Analogi Sebuah Permainan

Futsal: anologi sebuah permainan

Sudah sekian lama aku tidak bermain futsal.. hari ini aku lakukannya bukan kerana bosan, tapi kran keinginan yg telah lama bersarang di hati...

Walaupun hanya menjadi pemain simpanan, namun tetap best main, Cuma tak dpt score je..

Futsal sejenis sukan yg memerlukan teamwork dan bknnya individu. Individu hanyalah penggerak strategi. Kejayaan terletak pada kehebatan pasukan yg ada semangat setia kawan.

Seronok 1 permainan... hilangkan tensyen sebuah exam...haha..

main ape pun best, janji boleh ilangkan stress semasa study...

FUTSAL: menang kalah adat permainan.



..
fathiadha.blogspot.com

Monday, April 27, 2009

Habis sudah...tp masih berbaki...

Abis daa satu paper yg peningkan kepala...
betapa aku bosan melayani paper itu, sehingga aku rasa tahap kebosanan yg terlampau sgt... memandangkan ape yang kelaur dlm exam td tak seperti yg dirancang, maka aku malas la nak mengulas lbh lanjut...cukupla sampai di situ...

Apa yg menariknya, perkara yg dibincangkan secara sederhana di dalam kuliah menjadi topik hebat dlm exam... tak sangka betul la.. ni ler org kate, ada hikmah disebalik kejadian...haha

hajatnya nk keluar awal...tp memandangkan idea muncul semasa menjawab exam...rasanya ada baik habiskan idea2 yg ada....hehehehe.. ape2 pun itu baru permulaan kepada merapu yg hebat.. haha.

kepada semua yg amek paper sama ngn aku td, aku bebanyak mintak maaf sebab ape yg aku ckp tak masuk semua... masuk secara sipi2 je, bukan masuk secara direct.

ape2 pun td memang paper yg "seronok" sgt :(


...mula rasa tak suke nk spot soalan...


fathiadaha.blogspot.com

Sunday, April 26, 2009

Isu Agama Anak

IPOH 25 April - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom menegaskan, isu penentuan status agama anak apabila bapa atau anak memeluk agama Islam perlu dilihat daripada aspek hukum syarak dan perundangannya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu itu kerana sudah banyak pihak yang mengeluarkan pandangan masing-masing berkaitan perkara tersebut.

''Saya rasa tidak perlu komen lebih lanjut sebab beberapa kenyataan sudah dibuat sebelum ini dan tidak perlu diperjelaskan kerana dibimbangi berlaku percanggahan lain.

''Isu ini membabitkan soal undang-undang dan kita perlu asingkan. Kita tidak mahu bagi (ulasan) sebab dibimbangi ada percanggahan lain (pendapat). Jadi, sekarang ini, kita terima keputusan sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan program Ekspedisi Kasih ke Perkampungan Orang Asli Pos Raya di Simpang Pulai dekat sini hari ini.

Sementara itu, Jamil Khir yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yakin umat Islam di negara ini mampu bersatu padu di bawah kepimpinan negara sedia ada yang cukup berwawasan dan berwibawa.

Katanya, Islam amat menitikberatkan hubungan baik antara masyarakat hingga membolehkan rakyat negara ini dapat menikmati kehidupan aman dan selesa.

Kata beliau, dengan adanya nikmat itu, rakyat bebas bergerak melaksanakan aktiviti harian tanpa rasa takut dan ragu, malah berasa selamat kerana dilindungi peraturan serta undang-undang.

''Kita diajar supaya sentiasa hidup dalam suasana persaudaraan sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan. Ia akan mewujudkan kehidupan masyarakat dalam suasana kasih sayang, tolong-menolong, bantu-membantu, aman dan sejahtera.

''Jika kita tidak menjaga persaudaraan sesama kita, maka masyarakat akan berpecah, berlaku pergaduhan, penindasan, kezaliman, benci-membenci dan akhirnya masyarakat akan menjadi lemah, mundur dan tidak lagi wujud keamanan dan kesejahteraan," jelas beliau.

Mengenai usaha memajukan masyarakat Orang Asli, beliau berkata, kerajaan akan memastikan masyarakat itu tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan dengan membina segala kemudahan asas yang diperlukan.

''Dalam bidang kerohanian, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menempatkan guru-guru agama di perkampungan Orang Asli yang akan menjalankan kelas-kelas pengajian agama," katanya.



Utusan Malaysia, 26 April 2009....

Fokus for exam...

Hujung2 minggu ni bersantai lbh baik dr study...haha, tetapi AWAS bg yg tak study lg, mungkin perkara ini tak sesuai.... perkara ini hanya sesuai bg org yg ilmu penuh di dada...BUKAN penuh di buku....huhu

Bagi aku, halangan utama aku adalah “racun” setan terhadap aku...bile buka buku, rasa ngantuk, nak tido dan sebagainya...tp len lak klu duk main games, buke fs, fb YM ke... boleh layan sampai pagi... kalau layan Movie pun sampai terlupe nak bt keja len...huhu.. ape la nak jadi..

So sepatutnya study so hard tp be smart... cm ner 2?? Mcm mane lg, bt preparation lbh awal, nota2 yg berkenaan, pastu masa nk exam baru fokus yg important...bukannya fokus semuanya pada masa nk exam... (rasanya macam pesan kt diri sendiri je) huhu

Rasanya kalau nk study, tak de masalah, sebab masih ada ruang masa utk melakukannya...kite jgn cepat mengalah, sekiranya kite gagal...kite bukannya gagal buat selama-lamanya... itu hanyalah permulaan, apa yg lepas, biarkan berlalu pergi...fikirkan utk hari esk (akan datang)...InsyaAllah...

Kepada teman2: “Buatlah yang terbaik sebaik-baiknya, bukannya sekadar untuk cukup makan shj”...

Siapalah diri aku ini sekiranya tanpa teman2...


...

Saturday, April 25, 2009

Santai.....1

Pak Pandir....Pekak

Pak Pandir yg berang dengan isterinya, Mak Andeh, krna apabila beliau memanggil isterinya, tetapi tiada sahutan dari isterinya..oleh itu beliau pergi ke hospital untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui sejauhmana tahap pekak isterinya...

Pak Pandir : Dah banyak kali sy panggil dia...tp dia buat tak endah je...
Doktor : cuba awk bt experiment..
Pak Pandik : mcm mane 2??
Doktor : mcm nie.... mula2 awk duk di kawasan jauh, 50 meter, awk pggil dia...klu dia tak jawab, pergi dekat sikit, 30 meter, 20 meter, 10 meter, 5 meter, hgga lah 1 meter... klu dia tak jawab jugak...cuba berbisik kpdnya...
Pak Pandir: baiklah Dr, sy akan cuba...

di rumah, Pak Pandir cuba melakukan experiman terhadap isterinya... pak pandir memanggil "awk sayang sy tak" kpd isterinya dgn jrk2 tertentu....

pada jarak 50 meter-
Pak Pandir : awk syg sy tak?
Mak Andeh : tiada jawapan

pada jarak2 seterusnya...sehinggalah jarak 1 meter.
Pak Pandir : awk syg sy tak?
Mak Andeh : tiada jawapan

maka Pak Pandir hampiri teliga isterinya dan berkata "awk syg sy tak"?? Isterinya menjawab "dah brape kali sy kata, sy syg awk"!!!!!

Pak Pandir: ???????


...

Thursday, April 23, 2009

Masalah: sebahagian Dari Hidup

Rasanya perkataan "jika tidak mahu dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai" selalu diperkatakan bagi menerangkan maksud kehidupan di dunia yg mencabar....

Masalah itu sebahagian dr hidup, jgn jadikan alasan utk mengelakkan dari masalah...jdikan masalah sebagai halangan yg harus ditempuhi...sesuatu yg harus diperjuangkan penyelesainya...bukannya menjadi satu bebanan...

kalau lah kite hendak hidup dengan lebih simple, jdlah mcm homo Eructus* pada zamannya atau orang Paleolitk zaman batu... namun harus diingat, bahawa dunia yg kita duduki kini, bukanlah satu simple seperti masyarakat zaman batu... dunia kita sekarang adalah dunia yg penuh dengan pancaroba, dunia yg semakin hari semakin komplek...

bak kata C.F. Gorman "pd akhir zaman Hoabinh menunjukkan bahawa berlakunya kepelbagaian budaya yg menjadikannya sebagai zaman teknokomplek"... Gorman dah usulkan bahawa dunia makin komplek pd prgkat akhir zaman Hoabinh...belum lgi masuk zaman sekarang.

berbalik kpd masalah yg dihadapi, kekadang dlm hidup, kite rancang 1001 perkara yg kite pk kite leh buat, padahal itu hanya lah teori kita shj... bukannya perkara itu akn berlaku 100% secara praktikalnya.. malah perkara yg kita rancang itu akn mengundangkan masalah kpd kita...

dipendekkan citer, masalah yg hadir itu bukannya masalah kite je, ia masalah yg berlaku dlm hidup kite.. dalam dunia ni kite bukan hidup seorng2....oleh itu, perlu diingatkan bahawa dlm dunia ini, kite ada teman, kawan, sahabat dan kita juga tetap ada pencipta....Pencipta ALAM ini.... Tuhan tahu apa yg berlaku kerana itu semua adalah dlm perancangganNya... Dia merancang sesuatu yg baik utk kita sama ada utk hari ini atau pd masa akan datang...

semoga yg berlaku jgn dikesali, sebaliknya berusahalah ke arah yg lebih baik....


*nota : Homo Erustus ialah sejenis spesis yg hidup pd zaman Pleistosen...

fathiadaha.blogspot.com

Monday, April 20, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan...

Salam Hormat...

Pepeperiksaan pertama akan bermula pada hari ini (20 April 2009)
Semoga warga UKM, berjaya menempuhi peperiksaan ini

ihklas dari fathiadha.blogspot.com

"sesungguhnya kejayaan itu milik orang2 yang berusaha"

"berusahalah dengan sesungguhnya dan bergantung hati kepada Tuhan yang Esa"




~~Selamat Maju Jaya~~

Sunday, April 19, 2009

Catatan Berharga!

18 April 2009

catatan yg berharga!

Dari pagi lagi, aku dah bersiap dengan menguruskan diri. padi hari ini, akan akan menemani penyelia Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi (SCH) UKM, utk ke SMK Taman Kosas, bagi menguruskan majlis Ijazah Pertama atau dengan kata mudahnya pertemuan pertama dengan guru.

Aku dengan rela hati membantunya melaksanakan tugas tersebut sambil di bantu oleh kawanku, yang turut sama menjadi volunteer pada hari tersebut utk majlis pertemuan dengan Guru Utama.

hatikun gembira, walaupun fikiranku berserabut dengan beberapa perkara yg tidak menyenangkan hatiku.... Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan tanpa masalah. secara umumnya, aku berpuas hati dan sangat berterima kasih kepada orang2 yg membantu majlis tersebut.

Selepas majlis itu tamat, kami (terdiri dr 5 org termasuk diriku) pergi ke kantin utk jamuan makan tengah hari. cuaca agak panas, pada masa yg sama, masakan yg dihidangkan berketepatan dengan selera kami semua...... selera itukan satu ibadah... kami makan dengan penuh kesyukuran atas nikmat kurniaan tuhan itu.

Selepas makan, kami berbual mengenai beberapa cerita dalam perjuangan Silat Cekak Hanafi . aku mendengar cerita dan pengalaman Guru ku dalam perjuangan silat ini...dari cerita dan pengalaman beliau itu, secara langsung telah membangkitkan semangat aku utk terus berjuang dlm SCH ini... selepas itu, aku mendengar pula cerita tentang perkembangan silat ini... sungguh kagum!

Selepas itu, kami berpisah dan masing2 pulang ke destinasi kami. dalam perjalanan pulang, penyelia kelas SCH ukm menceritakan kisah2nya dalam perjuangan silat..perjuangan semasa dahulu dan juga kisah2 perjuangan pemimpin agung SCH, iaitu Ustaz Hanafi hj Ahmad dan sebagainya..

Itulah pengalaman aku yg paling berharga.......
bukan mudah utk dpt peluang bersama2 guru...


Catatan berharga: rindukan suasana itu!

Persoalan Ikhlas....

ikhlas merujuk satu maksud yg sukar digambarkan...
merupakan satu perkataan yg bersifat abstrak, dlm erti falsafah bahasa, ikhlas menekankan makna, dalam erti kehidupan, persoalan ikhlas adalah puncak kekuatan dan keupayaann seseorang,

ikhlas akan memberikan satu pandangan nilai moral yg tinggi terhadap diri seseorang, namun sejauhmanakah keikhlasan itu dapat diuji atau dapat dibuktikan kesahihannya?? sejauhmanakah pendokong2 positivisme boleh menerima pengertian ikhlas?
dimana letaknya keihklasan ini? hati?? jiwa?? diri??

sekiranya ikhlas itu sejenis alat, di mana kegunaannya?
sekiranya ikhlas itu hanya perkataan, dimana maksudnya?
sekiranya ikhlas itu satu permainan, di mana peraturannya?
sekiranya ikhlas itu satu gurauan, di mana had atau limite nye
sekiranya ikhlas itu satu perbuatan, di mana penggunaannya?

itu adalah perkara yg menjadi persoalan dan sering dibangkitkan dalam membicarakan sesuatu yg bersifat abstrak....

bagaimana keihklasan itu dapat di uji kebenarannya?? sekirannya kita melihat pandangan golongan logikal positivisme, mereka membicarakan sesuatu makna ayat bergantung kepada ujian terhadap kesahihannya...maka tiada makna bagi perkataan yg tdk dapat diuji kesahihannya....

Bagaimana pula kita hendak mengenal pasti kesahihan kewujudan 'ikhlas' dalam diri kita?? bagaimana pula situasi2 berikut boleh menerangkan tentang soal keikhlasan?

situasi 1 :
Aman : jom makan, aku belanje ko hr ni....(dlm hatinya berkata, kalau dia tanak pun tak pe, tak abis duit aku)

situasi 2:
"nah amek ni", tapi jangan mintak lagi...

situasi 3:
"kalau aku g jumpa Mamat, kompon dapat singgit 2 nih"

adakah persoalan ikhlas boleh dimuncul dlm ayat di atas??

siapakah yang menentukan sesuatu perkara itu ikhlas?? diri kita?? atau siapa??

sekiranya pandagan Wittgenstein diambil kira, maka ikhlas itu hanya menjadi satu alat.... yang mempunyai fungsi dan kegunaan perkataan @ ayatnya.

Namun harus kita ingat, ikhlas itu datang dari hati...ikhlas itu bukan boleh di uji dgn ucapan shj, tetapi juga boleh diuji dengan tindak tanduk perbuatan individu, secara sedar atau tidak sedar, secara langsung atau tidak langsung...

Ikhlas itu hanya utk Tuhan yg Esa....

hanya tuhan sahaja boleh menilai sejauhmana keikhlasan seseorang hambanya itu...

Ubahlah niat, tekadkan hajat, kuatkan semangat, cekalkan hati...ikhlas itu ada dalam hati setiap insan yg bergelar Hamba-Nya...


pesanan khas buat semua...termasuk diriku.

fathiadaha.blogspot.com

Saturday, April 18, 2009

study Today

Pengantar Falsafah:

Falsafah Bahasa
Falsafah Politik
Epistemologi
Estetika
Etika
Metafizik
Falsafah Agama
Falsafah sejarah, logik
apa2 lagi yg selebihnya...

selain itu...yg len2 kena baca jugak...
kalau korang nk tau, ini je yg aku fokus utama


**p/s : kawan2 sefalsafah, baca la apa2 yg disyaki masuk exam...sekiranya salah satu yg kt atas tak masuk exam, mesti keluar!!

Exam bakal tiba....

Exam dah nak tiba...
ada la org tnya aku ttg nota..
maklumlah aku ni suka kumpul nota
tp tak suka baca kesemuanya...
sbb bile aku baca nota...mata aku akan layu,
tpi bile aku start study...maka ada la org cari aku
biasa diorang tanya aku ttg nota, soklan spot atau seangkatan dgnnya..
tp sem nih aku tak dpt berbakti secara penuh kpd kwn2 ku..'
sbb aku byk ketinggalan nota dan lect notes..

so aku hanya boleh bg apa yg aku ada je...
itu pun aku bg kpd org yg mintak je..
klu tak mintak, aku tak leh kasik, bkn tanak kasik,
"tp usaha dulu, baru dtg kejayaan"...

apa2 pun time kasih kpd kwn2 ku yg sggup bg nota kpd ku...

apa2 pun study lah kamu sekalian sebelum kamu "distudikan"...

semoga berjaya kpd semua kawan2 ku dalam menempuh exam..

"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan" : pesanan khas buat teman2 seperjuangan dan juga "seseorang" itu....


fathiadha.blogspot.com



fathi_mpiy@yahoo.com - e mail n YM

Friday, April 17, 2009

Bestnya kalau aku boleh buat Ekskavasi

Bila mana peluang itu datang, dengan berat hati aku terpaksa melepaskannya...

Hari ini aku mendapat berita gembira dari kawanku bahawa pencari gali diperlukan utk ekskavasi di Lembah Bujang.. aku ape lagi bangga giler la dapat tawaran 2 dari member aku.. tup2 bile di tanya bile evantnya, aku dapati tarikhnya sama dengan jangka masa aku bt short sem d UKM... ape la....time aku bt short sem jugak la menda ni muncul...

ekskavasi atau gali cari merupakan salah satu kaedah pengkajian yg dlakukan oleh ahli-ahli arkeologi. gali cari ini melibatkan penggalian sama ada di kawasan tinggalan sejarah atau di kawasan yg dikatakan ada unsur2 berkaitan dengan tinggalan masyarakat lepas.. sudah sekian lama aku meninggalkan alam kuliah yg berkaitan dengan teori2 arkeologi ni..sekarang ni muncal lak praktikal arkeologi...ape lagi kalau itu hak aku, mane boleh dilepaskan...tp disebabkan itu bukan hak aku, aku terpaksa melepaskannya...

walau apa pun, aku cuba juga merisik2 tanya khabar ttg perkara itu...

aku suka bidang arkeologi walaupun aku kurang meminati teori2 nya yg boleh memecah-belahkan kepala...hahaha..

ape2 pun aku kena terima segala keputusan, mungkin ada yg lebih baik telah dirancang oleh tuhan utk aku...


bersabar atas kurniaan tuhan...


fathiadha.blogspot.com

Thursday, April 16, 2009

Aku Benci Situasi itu!!!

Hari ini aku cuba menghabiskan masa petangku dengan mengulangkaji pelajaran di PTSL, pada awalnya aku berasa gembira kerana dapat la jumpa member2 yg dah lama tak jumpa dan juga dapat jumpa 'seseorng'... hehe

Kejadian ini berlaku selepas waktu zohor di PTSL, bila mana aku cuba menyiapkan beberapa perkara yg aku perlu siapkan, maka aku terdengar suara-suara bisikan pada mulanya...aku tidak mengendahkannya. Namun lama kelamaan, suara bisikan itu menjadi semakin kuat dan seolah-olah wujud satu diskusi yg hebat antara kumpulan student di sebelah meja aku... aku berasa hairan, adakah mereka tidak tahu, bahawa peprpustakaan adalah ruangan pembelajaran bukannya kawasan utk berdiskusi atau bt perbincangan. kalau nk bt perbincangan, tempah la bilik perbincangan..bukannya berbising2 di kawasan org ramai.. kalau sorang2 tak pe la nak bising, paling2 koman pun org cakap "budak tak betul".

Aku tidak pasti adakah golongan itu tahu perkataan "SENYAP" atau tidak tahu membaca perkataan itu atau sengaja tidak menegendahkannya... atau golongan tersebut tidak mengetahui etika dan adat ketika berada di perpustakaan... Sakit hati ini.... bagi aku golongan macam tu tak perlu guna Perpustakaan sebagai tempat ulangkaji, gunalah ruangan lain yg lebih 'mesra'.

Jangan jadi seperti golongan di atas....pesanan khas utk diri sendiri dan org2 lain.....


fathiadha.blogspot.com


Harta dan Pengakat Menguasai diri

Salam...

Harta dan pangkat adalah anugerah ilahi yang orang tertentu sahaja berjaya mendapatnya..namun ada juga pihak2 tertentu yg mendapatkan harta dan pangkat ini bukan melalui keradhaan Ilahi..

sebenarnya pada blog post kali ini, aku ingin menceritakan tetang seseorang, yang berpangkat dan berharta tetapi hartanya datang dari jalan yg tidak diradhai Allah swt. Beliau merupakan seorang kerabat di raja Negor Sembilan, nasib baik tak sempat jadi Yang Di Pertuan Besar N9...huhu.. seday aku melihat dan membaca artiket ini... klik disini...

semoga anda dapat membacanya....

artikal ini adalah ikhlas dr seorang teman!


Tuesday, April 14, 2009

Metafizik itu....

Metafizik ialah satu ilmu yang mengkaji tentang sesuatu yang hadir selepas fizik..iaitu sesuatu yang sukar dibuktikan kesahihannya. ia juga dikatakan sebagai mengkaji sesuatu yang bersifat abstrak.

Apabila aku belajar tentang metafizik, aku mendapati sesuatu yang agak luar biasa, bagimana seorang tokoh Barat boleh berkata "Tuhan itu wujud, sehingga kita tidak dapat membayangkan bagaimana tuhan itu tidak wujud" betapa kekuatan dan pengangan terhadap kewujudan tuhan itu tidak mampu di tolak ketepikan.

Ia berbeza dengan free thinker yang mempersoalkan kewujudan tuhan. dalam persoalannya "adakah tuhan itu wujud"?? sekiranya tuhan itu wujud, bagaimana bentuknya? apakah sifatnya?? itu jugalah yang dioerjuangkan bagi golongan yang tidak mempercayai tuhan. Golongan free thinker telah wujud di Malaysia sejak sekian lama. golongan ini mula mempersoalkan kewujudan tuhan dan perkara2 ghaib. sedangkan semua perkara yang mereka persoalkan adalah ketentuan tuhan.

Berbalik kepada persoalan metafizik, dapatkah metafizik merungkai hakikat ketuhanan?? sekirannya pandangan Al-Farabi di ambil kira, maka metafizik yang menjadi kajiannya adalah terbahagi kepada 3 bahagian.
  1. Persoalan ilmu yang berkaitan dengan benda yang wujud dan sifatnya. (masih boleh dilihat)
  2. Berkait dengan jenis mawjudat yang menghubungkan antara perkara pokok dengan teori sains seperti yang dibincangkan dalam ilmu logik, sains matematik dan sains tabii. (masih boleh dibuktikan kewujudannya)
  3. Berkaitan dengan mawjudat yang tidak berjasad termasuk sains atau ilmu mengenai Tuhan.
Metafizik ini bukannya satu ilmu yang khusus berpaksikan pemikiran falsafah semata2. metafizik ini juga ilmu yang mengukuhkan lagi hakikat dan konsep ketuhanan.


pengantar falsafah.....FSSK, UKM

Sunday, April 12, 2009

kehidupan....

Hari ini aku mendapat panggilan dari kawan lama yang berada di kejauhan...jauh la jugak.. aku mendengar cerita pahit manis, suka dan duka dia di sebalik sana. walaupun dahulunya aku adalah salah seorang sahabat rapat nya (akrab), namun kini aku dan dia sudah kejauhan, masing-masing meneruskan perjuangan di kawasan yg berlainan.

kisah antara kami dulu agak unik dan pelik (ada la sikit).. walaupun kami ni kawan baik, sekelas dan seperjuangan. namun terdapat banyak perbezaan antara kami. mungkin disebabkan kehidupan kami yg berbeza dan berlainan latar belakang.

sewaktu mendengar perbualan dari sahabatku tadi, aku begitu terharu apabila beliau mencerita bahawa temannya (kawan 1 kolej) telah pergi ke rahmatullah kerana disebabkan penyakit yang di alaminya. mengikut cerita yg disampaikannya sebentar td, kawan nya itu menghidap deman, kemungkinan besar adalah deman denggi (disyaki menghidap deman denggi). namun ada lagi satu perkara yang di alami oleh kawan nya itu, iaitu dikhuatiri terkena keracunan makanan. buat masa kini terdapat 2 spekulasi mengatakan keadaannya itu. aku sendiri tidak pasti kerana apa yang aku tanhu hanyalah yg aku dengar sedikit dari sahabatku.

apa yang aku ingin sampaikan disini adalah perlulah kita menjaga kesihatan diri kita, sekiranya berlaku apa2 perkara terhadap diri kita, maka segeralah merujuk kepada yang berkenaan (pakar) bagi memudahkan kita mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku.



fathi adha.......

Thursday, April 9, 2009

Dokumentari part 3

Finally, Dokumentari yg menjadikan aku tidak dapat tidur selama beberapa malam berjaya di settle pada awal pagi, sebelum matahari naik. (6.40am)

Kelancaran perjalanan mendokumentarikan kisah perjalanan kami ke Mersing berjaya diselesaikan oleh kami (warga kerja yg bersemangat kental dan berjiwa besar). tahniah dan terima kasih kawan2 sekalian kerana berjaya menamatkan maraton non-sleap aku pada kemuncak ini.

Anyway dokumentari tersebut adalah hasil kegigihan dan kesepakatan kami semua menjayakannya.... sangat seronok berjaya melaksanakannya.

thanks for all my friends (it are my group)

fathiadha.blogspot.com

Wednesday, April 8, 2009

Masalah: lari atau teruskan??

Masalah yang perlu diselesaikan!

1. Progres Dokumentari
2. Bace Note Falsafah
3. Qadar Tido
4. Kelas Ganti
5. Asignment tertunggak
6. Settlekan Event yg ada
7. Bayar Hutang (kalau ada la)
8. Kerja yg tak sudah2
9. Hantar kerja yg dah siap..
10. apa yang tidak tertulis di atas (tp masih dalam malasah)

So, masalah ni nampak sikit je... tp ada pecahan2 yang memeningkan kepala...huhu.
masalah betul kalau tak settle masalah.



masalah itu salah satu cabaran hidup...teruskan berjuang!!!

Rekod!

Rekod untuk dicipta atau dipecahkan??

itulah persoalannya... kalau nak cipta rekod, sape2 pon boleh cipta rekod tak kiralah sama ada rekod secara peribadi atau rekod secara universal atau rekod ape2 aje la...

Rekod yang aku cipta akan aku musnahkan dengan menjadikannya sebagai rekod baru. Rekod tidak tidur malam sudah mencapai tahap bosan dalam sejarah penciptaan. maka timbul lah pula rekod untuk menidurkan diri yang paling lama seperti yg dicatatkan pada last semester iaitu selama 13 jam....haha, tido secara maraton ke??? (tetapi bukannya 13 jam tanpa henti). masa tu aku mengalami ketidaksehatan tubuh yang amat sangat, sampai aku gagal menyiapkan ape2 kerja dalam tempoh 1 hari...huhu.

apa pun rekod yang dicipta pada hari ini adalah rekod tidak tidur sampai 2 hari.... sama ada secara 48 jam, 50 jam atau 60 jam... aku masih memikirkannya.

memikirkan sama ada perlu atau tidak untuk aku tido...

fathiadha.blogspot.com

Tuesday, April 7, 2009

Dokumentari part 2

Dokumentari kisah perjalananku di Mersing akan disiapkan sebelum hari Khamis menjelma. insyaAllah dengan berkat kuasa Ilahi, video tersebut akan disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. memandangkan tugas untuk menjayakan video ini, bukannya sesuatu yg senang, maka kawan2 ku juga turut memberi Full support.

Secara umumnya video yang hanya mengambil masa kurang daripada 20 minit itu akan memaparkan perjalanan kami (field work ke Mersing) akan memeparkan tentang liku-liku kehidupan penduduk dan pemimpin di kampung Sri Bahagia, Mersing.

Kawasan Kajian kami yang kurang dari 5km dari bandar Mersing itu sebenarnya telah banyak mengajar kami erti sebuah kehidupan masyarakat yang terpinggir.

akhir kata, sebagai insan yang mendapat layanan yang istemewa dari pencipta, maka bersyukurlah ke atas pemberianNya ini. mudah-mudahan dapatlah kite mendekati diri kita ke pada tuhan yang Esa.

ikhlas dari fathiadha.blogspot.com

Monday, April 6, 2009

Perlukah aku ke Zaaba??

Baru je beberapa minit yg lepas, kawanku memberitahuku bahawa result untuk melihat penginapan semester akan datang dah boleh tengok di http://www.ukm.my/upp, so dengan bangga aku membukanya. aku mendapati aku telah dicampakkan ke Kolej Pendeta Zaaba.... waaa best nyer.. 1st time kena campak..

yang aku ingin timbulkan persoalan kenapa baru sekarang hendak mencampakkan aku ke Zaaba, bukannya pada tahun2 yg lepas. kenapa tidak mencampakkan aku ke Keris Mas atau Idris Marbawi je, alang-alang jauh, biar betul2 jauh.. haha..

so for the planer, aku rasa macam nk duk luar la dari duk Zaaba, bukan Zaaba tak best, Zaaba memang best, tapi aku tak suka Zaaba....huhu. nanti banyak duit aku abis, sebab Zaaba semua ada (pendek kata la)... so sampai sekarang aku masih memikirkannya, Zaaba kah aku?? atau nk stay kat luar..

seksyen 15, walaupun aku masih belum menghantar borang permohonan, tp dah diluluskan...huhu.. siap diorang cakap lagi, bile nk masuk...huhuhu.. (antara terharu dan seday)... ape2 pun hidup mesti diteruskan...(ada kaitan ke?)

Thanks pihak UPP ukm kerana sudi mencampakkan aku ke Zaaba...

fathiadha.blogspot.com

Sunday, April 5, 2009

Madai 2009

Meriah dan Menarik...

itulah ungkapan yang sesuai untuk Makan Malam Darul Iman (Madai 09). majlis yang penuh Kemeriahan itu dirasmikan oleh EXCO kerajaan Negeri Terengganu, YB Hj Khazan Che Mat.

Ungkapan "Senandung Madai Sinar Permata" telah diangkat menjadi tema MADAI 09. ape2 pun tahniah dan syabas kepada pihak yang menjayakan, pihak peserta makan sampai kenyang, haha.

Sekian makluman, sebarang gambar dan lain-lain perkara akan di tambah kemudian...


fathiadha.blogspot.com

Saturday, April 4, 2009

Meeting...kepentingannya

Meeting merupakan perkara yang sering kita dengar dari mulat kawan2. meeting atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai Mesyuarat, ada juga yang menyebut dalam bahasa Arab sebagai Musyawarah. tak kesah la nak pakai bahasa apa, yang penting apa yang nak disampaikan itu sampai.

tujuan meeting itu sebenarnya adalah untuk menghebohkan, menyampaikan serta menyelesaikan beberapa persoalan yang tidak dapat diselsaikan dengan beberapa orang (setelah gagal mencapai kata sepakat).

perkara yang dibencangkan. Dalam Meeting, ada satu perkara yang dikenali sebagai Agenda. agenda merupakan perkara yang perlu diselesaikan dalam meeting tersebut. selain itu agenda juga bertindak sebagai guide line bagi menjayakan sesuatu meeting itu. tanpa agenda, ibarat meeting tanpa perancangan. Sekiranya agenda tidak diselesaikan, maka meeting tersebut masih lagi gagal mencapai standart yang sepatutnya.

terdapat juga agenda yang tidak dapat diselesaikan dalam sesuatu meeting dan sekiranya keadaan ini berlaku, maka diperlukan satu situasi yang mana dikenali sebagai carry forward agenda to next meeting.

Apa2 jua sekalipun, semasa meeting cubalah kita memberi respect kepada orang yang sedang bercakap atau menyampaikan. meeting yang baik adalah kuasa di tangan pengerusi dan semuanya berjalan mengikut agenda yang ditetapkan.

selamat menjalani meeting dengan lebih sempurna....


ikhlas dari Fathi Adha

Friday, April 3, 2009

Kajian akan bermula

Kajian terhadap tesis aku akan bermula sebaik sahaja tamatnya peperiksaan akhir semester. so buat masa kini, kau hanya perlu menyediakan perkara-perkara yang perlu aku selsesaikan bagi memudahkan urusan perjalanan tesis aku. bab kata pendekar "pastikan senjata anda sebelum berperang"... ish3. macam mane agaknya yer kalau kite g berperang tanpa bawa senjata... mesti la peratusan utk menang adalah tipis...peratusan utk kalah...maybe ada la... (more then win).

Ape2 hal pun study dulu...walaupun tesis sebahagian daripada study..tp yang important adalah study la... hehe

pertemuan dengan penyelia tesis pada petang tadi benar-benar merungkai persoalan di dalam fikiran aku.. so ada la kot sikit perubahan nanti untuk membuat tesis.

so kepada kawan-kawan kalian, selamat menjalani study...sementara itu fikirlah untuk tesis anda...

"Menjana Insan Berbudaya"

Thursday, April 2, 2009

Menunggu Waktu!

Tesis, tesis dan tesis.... itulah yang aku tunggu... actually tunggu nak gi jumpa penyelia tesis. penyelia tesis aku bernama En. Mohamad Rodzi (lecture sejarah). dalam kelas dia mengajar dengan penuh best. hehe.

sebagai hari pertama aku mengadapnya, aku mestilah bersungguh2 untuk menunjukkan komitmen aku terhadap tesis aku... tesis oh tesis.. aku memerlukan masa.... aku memerlukan kuasa... aku memerlukan semangat yang tinggi dalam menghasilkan tesis. tesis oh tesis....

perjuangan baru bermula.


fathiadha.blogspot.com
fathi_mpiy@yahoo.com

Perjuanganku baru bermula

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM telah berlangsung... pemilihan pimpinan telah berlaku, perubahan telah berlaku dalam pucuk pimpinan dan juga akar umbinya. bila mana diri dilantik, maka muncullah perkataan "tanggungjawab" terhadap lantikan tersebut. perkara ini telah menjadi satu permulaan bagiku...

Perjuanganku dalam seni silat kini telah bermula dan permulaan ini akan membawa aku ke arah yang lebih jauh lagi dalam perjuangan silat itu sendiri.

kepada rakan-rakan seperjuangan, bersama-samalah kita berjuang menenpuh hari-hari yang penuh suka dan duka bersama...

kita bersilat bukan semata-mata kerana silat, kita bersilat kerana agama,
kita bersilat bukan semata-mata kerana silat, kita bersilat kerana Allah.

Gerak itu hidup!, maju bersama Cekak Hanafi....

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails