Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Tuesday, August 31, 2010

dah 53 tahum...salam Kemerdekaan.

salam kembali...salam kemerdekaan..

sesudah 53 tahun kemerdekaan negara kita. tahun ni kemerdekaan di sambut sederhana dengan perarakan kemerdekaan di adakan di tempat tersetutup, di stadium Bukit Jalil. inilah kali pertama di adakan di dalam ruangan tertutup.

ironinya, sambutan kemerdekaan yg di adakan di ruangan tertetup sebenarnya lebih memudahkan urusan dan pengawalan cuaca serta lighting. dengan tema pada tahun ini, 1Malaysia, menjana Tranformasi..

okey, tak nak bercerita tentang itu lagi. sebaliknya kita perlu menguji tahap kemerdekaan kita. dah 53 tahun kita merdeka..MERDEKA, namun usia itu masih lagi muda jika dibandingkan usia negara kita di jajah. sejak 1511 sehingga 1957, negara kita berada di bawah pengaruh dan jajahan pihak asing yang datang untuk meratah hasil bumi kita sehingga mencapai usia 446 tahun.

jika di buat kiraan, 446 tahun di jajah, 53 tahun merdeka, itu satu jangka masa yg pendek, masih banyak yg belum dipenuhi oleh masyarakat merdeka. masih banyak ikutan penjajah yg ada dlm diri kita.

sejak kemerdekaan, kita mengandaikan bahawa beberapa orang tokoh bangsa sebagai pejuang kemerdekaan. ramai yg berjuang utk memerdekakan tanah air daripada penjajah...dan ia bukannya Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn dan pejuang sezamannya, juga bukan hanya Ibarahim Yaakub, Burhanuddin Helmi serta pejuang sezamannya...atau bukan hanya Dato' Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan sebagainya yg berjuang pada zamannya.

sejarah membuktikan jasa Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir dari keturunan kerabat di raja Melaka yg berjuang habis-habisan menentang portugis, begitu juga dengan putera Baginda. tidak lupa juga jasa yg dilakukan oleh Raja Ali Haji, yg menentang kuasa asing walaupun mereka semua mangkat sebelum dapat mengecapi nikmat kemerdekaan.

Ahlamdulillah, apabila kita melihat adik-adik kita membesar, mereka tidak pula berjuang menantang portugis, tidak pula menganggat senjata utk memerangai kuasa asing...tapi kita masih lagi belum mencapai tahap kemerdekaan yg sebenarnya. minda kita masih belum merdeka sepenuhnya. merdekakan minda dari belenggu penjajahan asing.

akhir kalam... selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. selamat menjalani ibadah Puasa dan kejarlah 10 malam terakhir, insyaAllah..berolah berkat.

Sunday, August 29, 2010

kenapa wanita menangis

assalamulaikum
hari ni kita nk bincang sikit tentang air mata wanita. seperti apa yang kita tahu,dah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu mempunyai hati yang lembut,mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif.

air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki..so,persoalannya disini..kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir?kenapa?wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9 wanita, akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya.begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.

kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh.dari aspek yang semacam ini,lelaki seharusnya memahami wanita ini.wanita akan menagis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinya. tambahan pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya..perkara ni nampak kecil je kan?tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.
ok..untuk situasi lain,contohnya si isteri mengadu pada suaminya..
"abg,bahu ayg sakit la.boleh tak abg tolong picit jap"..lepas tu suami dia cakap.."ala syg,abg pun letih juga.."pastu,pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..sikit je kan masalah nye?kalau kes macam ni terjadi macam ne?suami sure mengelabah kalau tengok isteri nangis..hehe.

so,memang tak ada cara lain.kena pujuklah jawabnya.tapi,nak pujuk pun kena ada cara.salah pujuk,lagi menjadilah jawabnya..bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis,dan seumpama mahu dipujuk,suami kena guna cara yang terbaik,contohnya,peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk,usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya.insyaallah,lembut hati isteri tu."
jom kita baca kisah ni..

kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untukmengetahui kenapa perempuan mudah menangis.Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untukmengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,

"Ibu, mengapa ibu menangis?"Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?""Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan".

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,

"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"

Gurunya menjawab:

"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat dideka pdengan lembut olehnya.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberika npengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun da inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

Saturday, August 28, 2010

setel setelah berkali2 berulang..


salam kembali

sesudah beberapa hari kita berpuasa, kite sudah menempuh Nuzul al-Quran, namun baru kini aku sempat mengupadate story.. al-maklumlah, sejak sehari dua ni, aku menerima beberapa ujian yg hebat.. kat rumah ini, keluargaku menerima ujian yg sama secara berterusan.. (cuma beza skit2 je)



sesungguhnya ujian itu milik Allah...



dan


...ujian itu diberikan kpd sesiapa yg dikehendakinya.



alhamdulillah, kami sekeluarga dapat menempuhi ujian tersebut dengan tabah, payah..tp dapat dilaluinya.

teringat plak zaman aku jadi kaboi dulu



p/s: susah senang yg kite lalui...

aku rasa banyak entry yg aku nk tulis...tp masih ta cukup waktu.

Saturday, August 21, 2010

habis study cari kerja


salam kembali...

aku hidup di abad ke-21, bukan di zaman 60-an, 70-an, atau 80-an. abad yg serba mencabar ini. bercerita tentang masa kini. nak dapat kerja, bukan satu yg mudah... tak sezaman dengan manusia yg hidup pd 60-an hingga 80-an. mereka masuk universiti... dah beratur majikan tggu kat luar registration kaunter utk bg biasiswa dan suh tandatangan kontark perjanjian biasiswa serta berkhidmat dengan mereka selepas tamat belajar...

akhir 80-an, perubahan berlaku sikit-banyak. majikan tak bawak kerja depan mereka dah.. majikan tggu tahun akhir dan bagi kerja pd yg berkelayakan. perubahan zaman terus berlaku.. makin lama...student dah abis belajar pulak kena cari kerja..oh..cari kerja.. - sama mcm aku kena cari kerja.

kerja makin susah nak datang.. baru-baru ini, aku terima offer kerja sebagai pelatih utk costumer service. trainee selama 2 bulan di area petaling Jaya (boleh tahan jauh), dekat bangunan PKNS, Petaling Jaya... kena bljar selama 2 bulan di sana... penginapan cari sendiri. dengan tempat yang famous dengan sewa rumah mahal, aku kegagalan mencari rumah sewa.

mula2 terasa teruja nak ke sana, dapat offer kerja kot. tp bile fikir balik, bidang khidmat pelanggan ni, memg la bidang yg menarik...dapat berinteraksi dengan pelbagai manusia, tp masalahnya... bidang ini sejauh mane akan membantu aku dalam pengendalian kehidupan aku? oh tidak.

tambahan pula, aku tidak dapat cari rumah kat sana utk stay.. jadi itukan masalah utk aku. tak kan aku nak duk Bangi atau Shah Alam utk ulang-alik sehari-hari ke kelas. susah gak tu.

jika di lihat dari segi kos, aku rasa mcm tak beberapa berbaloi la. tempoh 2 bulan aku hanya diberi elaun (bukan gaji).. jadi agak susah skit la.. nak makan, minum, transport, umah sewa... aiyak..banyak gak tu...cukup ke?

aku rasa tang ni.. aku tak jadi pergi.. lain la kalau dapat petunjuk tetiba utk kerja dlm bidang inikan. hehe..



nanti aku sambung lagi entry lain...tentang kerja jugak.


ini adalah sejenis haiwan yg aku bela-tanpa-dijaga
menatang ni punya kerja = hangguk kepala.
(at least menatang ni ada kerja)



p/s:
smlm tgk berita tv...iran lancar peluru berpandu baru- nama al-mahdi, nama sempena... nampaknya iran dah mencabar Amerika Lgi sekali.

Monday, August 16, 2010

3 tahun sudah berlalu.. hari konvo menjelma..


salam kembali. sudah sekian hari aku tidak update blog aku ni, mau berhabuk dan berdebu.. tak de org tolong sapu kot. hehe.


gambar ni, aku copy paste je



okey, aku nak mulakan dengan kisah konvokesyen ke-38, UKM. menarik aku kongsi di sini. hari tersebut merupakan hari yang begitu bermakna, eh salah, yg begitu menarik yg boleh di kongsikan bersama. aku kongsikan dalam bentul gambar. okey..


bergambar sebelum masuk dewan



my family yang hadir, eh, ada lg 2 orang



abang ipar aku tak nak masuk dlm gambar ini.



last capture... menarik... hehe



selain itu, (ceh, ayat skema) turut hadir bersama ialah, buah hati aku, ekr. tak de la jauh sangat pun, nilai ngn bangi. hehe.


dan semestinya yang special dari aku, emm, ini.. gambar buah hati aku.


nadia si buah hati aku, turut hadir memberi sokongan



dan beliau sempat bergambar dengan Farhah,



ni lah cerita 3 tahun idup di bangi. aku bawak balik 2 sijil, 1 degree, 2 sijil, silat, yg aku citer dlm entry yg lalu.

tp... masih banyak gambar2 konvo yang belum ada pada aku. entah bile akan aku dapat.. tapi tak pe, aku sabar menanti... menunggu...dan terus menunggu. semoga dapat. hehe :)


akhir kalam, selamat berpuasa bagi yg beragama Islam (walaupun dah dkt seminggu umat islam start pose).


thinking for job...

Saturday, August 7, 2010

hari tua-jiwa muda

salam kembali...

ada lah dekat seminggu sku tidak berbeloging since aku smpai sini (Bangi), hingga hari ni. ni lah harinya aku kembali online. lama gak kan. kekadang aku bukak fesbuk jap, tgk2 ape yg ada... emmm.. wall aku penuh... ramai yg drop something in the wall. termasuk my father. bagus, satu perkembangan yg sihat barangkali. okey, lambat skit bukak fesbuk, sbb banyak kerja lain lagi yg perlu aku buat.

yang aku nak buat entry adalah kisah semalam. emmm, ok, usia aku dah cukup 23 tahun, makin dewasa, dengan mengekalkan jiwa muda. JIwa Muda? hehe. okey.


Looking my new

okey, bile dah kedewasaan ni, rasa susah jugak la, semua menda dah tak boleh nak maen2 mcm zaman remaja dulu. kena banyak kan penampilan positif, maklumlah, dah makin tua (kekalkan jiwa muda) lagi pon, dalam usia sebegini, aku perlu dapatkan beberapa perkara yg perlu untuk menampung hidup iaitu pekerjaan. okey. next week puasa is coming. cadang aku, puasa ni nk berbisness skit, cari nafkah utk diri sendiri.

esok. AHAD. Ahad bersejarah. minggu lepas aku sempat Grad utk silat, minggu ni aku grad utk study aku kat ukm selama 3 tahun. okey, lepas ni kena kerja jugak la... kalau tidak, mampus la aku. tak kan nak makan hasil mak bapak aku je. hehe.

Ahad lepas, aku grad utk silat, iaitu ambil Sijil Rendah Persilatan (SRP) ini biasa2 je, ramai org yg ambil SRP, kalau SMP baru boleh dikatakan tahap tinggi, eh salah tahap menengah. tahap yang lebih tinggi. kalau dah ada sijil SRP, baru boleh bercita2 nak amek sijil menengah. mcm tu la . wah, aku merepek tang ni plak.

emm ada gaya orang melayu tak?

okey, untuk grad Ahad ni, esok. aku rasa semunya dah siap kot. cuma kasut je tak cuci lagi, kasi kilat je.. hehe.

last thing to do, aku nak balik Kg lepas Grad, bukan tak nak duk lama2 kat Bangi, tapi tataw nk buat ape kat Bangi. anyway. jemput datang ke sidang Konvokesyen aku pada ketetapan berikut:

tarikh: 8hb Ogos 2010 (Ahad)
sidang 4: 2.00-5.00ptg
tempat : Dectar, UKM

syarat : tiada syarat yg possible

Last but not least, aku rindu nak berbelogging. tapi kesempatan aku tak sempat nak berbelogging. anyway, kepada teman2 seperjuangan, selamat bergraduasi, selamat berkonvo, selamat menunaikan hajat utk family. sekian dari aku.

mohon maaf jika ada tersalah silap mahukan terlanjur kata.

Sunday, August 1, 2010

Alhamdulillah...selamat sampai Bangi

bertemu kembali.

aku dah sampai Bangi. petang tadi, lebih kurang sblm kul 4.30 petang, aku berjaya sampai Bangi. sempat la singgah UKM jap, hantar barang dan orang.

kisah yang panjanag berlangsung pd hari ini. semalam aku nek bas, dari kampung laman. masa tunggu bas, sempat jumpa pembantu Asrama (masa aku sek dulu), dia g antar anak. eh, salah citer...bukan yg ni aku nak storykan.

okey. aku punya story. aku smpai kL around 6.00 am, g semayang subuh di stesen KTM Komuter Putra, pastu rush ke KL Sentral n then terus berkejar ke Gombak. di situ aku melakukan sedikit kesilapan percaturan, memyebabkan masa yang digunakan berlebihan. tapi, masih sempat cover dan makan roto canai serta teh tarik di Gombak bersama Mr. Azani, Mr Afiq, dan Mr. Faizal. (aku hampir tidak ingat Faizal)

di Gombak, aku singgah UIA, bukan singgah sebanarnya ada event. Majlis Anugerah Kecemerlangan, Silat Cekak Ustaz Hanafi. aku selaku penerima sijil, perlu menghadirkan diri. ekr, perlu ke sbnarnya.

sesudah majlis di UIA, aku kembali ke Bangi, dengan kereta di pandu oleh Mr. Afiq, alhamdulillah, semuanya selamat sampai ke Bangi pada patang hari.

esk? ke UKM, setelkan beberapa urusan rasmi, harap tak ada banyak masalah...


Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails