Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Saturday, February 28, 2009

Apakah kejutan Hari esok??

dalam sehari ada 24 Jam, dlm 24 jam itulah kehidupan sehari kita sama ada bez atau tak bez hari tu akan berakhir jugak... tak kira la suka atau tak suka... masa tidak akan menunggu anda (masa pun tak tunggu sy huhu)... apakah kejutan hari esok utk anda?? utk sy?? xde ape pun....yg sy pasti esok adalah hari pertama bulan Mac, esk bukannya 29 Februari, esok adalah bulan lain dah....

so apa kata kita pakat2 muhasabah diri apa yg dah kita buat sepanjang Februari 2009, adakah ianya berbaloi atau tidak berbaloi untuk kita (untuk anda untuk sy) kalau rasa2 tak berbaloi, ke mana perginya masa anda?? kalau berbaloi bagus la...huhu..

orang2 duk kate, "masa itu emas". kenapa mesti emas?? mungkin emas itu satu nilai yg sukar dicari ganti atau sukar didapati... apa kata "masa itu intan atau berlian" bunyi macam mahal lagi. lagi mahal dari emas....hehe. tak kesah lah, masa itu emas ke perak ke intan ke berlian ke, hape ke...apa yg pasti, kita tidak akan dapat membeli masa seperti mana kita beli nasik @ air. masa sekiranya kita tidak menguruskan dengan baik, maka akan pergi meninggalkan kita... masa tidak akan menunggu kita walau sesaat pun.

Last Week sy gi satu bengkel pengurusan Akademik, di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), kawan dari Uniten Jemput...hehe... masa kat sana, seorang penceramah menjelaskan bahawa kajian yg dilakukan, seseorang yang tido selama 8 jam sehari, pada usia 80 tahun dia telah tido selama 20 tahun. wow!! lamenyer tido... rugi usia dengan tido je...

Penceramah juga menjelaskan bahawa kita mestilah "berhati-hatilah dengan pencuri masa". pencuri masa akan sentiasa berusaha mencuri masa kita...sape ni pencuri masa???





Pencuri masa?? ape itu, sape dia??. dalam takrifannya terdapat 2 pencuri masa yang paling berkaliber
1. apa jua aktiviti yg kita lakukan utk bazirkan masa kita cth: YM, My Space, Friendster, Blog, tido melebihi waktu, berangan, main menda2 yg xde pekdah dan sebagainya.
2. Tangguh dlm melakukan pekerjaan atau hal/perkara.

sesungguhnya perkara pertama itu kita mengetahuinya, tetapi perkara yg kedua itulah yg sering kita lakukan (sy pun sama)... dengan tak segajanya masa kita dah kena curi...huhuhu..

kata-kata hikmah "masa itu adalah pedang, sekiranya tidak diuruskan dengan baik, nascaya ia akan memenggal kita"

apa yg pasti, esk anda janganlah terkejut jika didatangi hari lain, bulan lain dan semestinya masa lain... sesungguhnya Bulan Februari dah berakhir...

**pesanan ini ditujukan khas utk sy dan anda semua**

aku dalam Dilemma

buku tulisan Tun Dr Mahathir yg bertajuk Dilemma Melayu @ dlm Bhsa English Malay Dilemma menceritakan tentang masyarakat Melayu yang berada dalam dilemma. hal ini juga sebenarnya tiada kaitan dengan apa yg cuba disampaikan. Dalam hal dilemma ini, aku sedang memikirkan apakah yg perlu dilakukan, kiranya yg paling baik utk aku laksanakan.

kisahnya bermula apabila aku dapat tahu bahawa pada 29hb Mac akan diadakan Dinner, dan pada masa yang sama jugak, aku sebenarnya turut sama terlibat dengan beberapa dinner lain pada hari tersebut iaitu di Pusat Pengajian, PPSM KIY dan Persatuan Silat.

mahu je aku bantai semua, tp aku tak nak jd macam Lebai Malang, langkahnya malang ke hulu ke hilir, xleh makan ape2, sia2 je g mane2 tempat. so aku tak nak ler jadi macam 2...huhu...

harap2 ada perubahan tarikh.... boleh la aku join... kalau ada 2 event serentak, boleh la buat balingan syiling....kalau 3, susah la...

Rindu....

ish, tak sangka aku akan membicarakan soal absatrak ni...huhu.. rindu, banyak tafsirannya, banyak caranya, cuma bergantung pada individu tersebut la nak rindu sape...hehe. kalau aku mula bicarakan rindu, family aku la yg aku rindukan....selain family aku??? kwn2 lame yg sukar dihubungi...lain2 xde kot...

dalam family aku, aku xleh nafikan bahawa my mom's is a first important to say miss. she n me always miss each other..hehe. selain ummi tersayang, adik kesayangan pun aku rindu gak...
ni lah adik tersayang....
oleh yang demikan, aku akan pulang ke kampung untuk mengubati rindu dalam hati ini.

Thursday, February 26, 2009

sakit lagi...

aku kembali rasa sakit sejak 2-3 hari kebelakangan ini...huhu. sakit ini berpunca dari luka lama aku, huhu.. sakitnya bile cuaca sejuk atau dalam DK.... Sejuk la dlm DK macam duk kt kawasan sejuk...huhu.. aku ni mane la tahan sejuk. huhu..

aku rasa macam ape tah...dah tak tahan nk hadapi udara sejuk sesejuk ais di gunung, sesejuk salji...huhu..

teringat lak aku kata2 lecture aku dalam satu kelas hr 2...."awk ni xleh g oversea kalau tak tahan sejuk", dalam hatiku memg la rasa seday, tp apa kan daya.... itulah kehidupan..

aku ni malas nk g ke PK, apatah lagi ke Hospital...hehe, malas nk menunggu waktu...



melawan rasa sakit!

Tuesday, February 24, 2009

Masih Terasa sakit!!

Pengelaman Pahit aku telah berlaku selama beberapa bulan...namun kini, aku masih merasai kesakitan itu. kesakitan tersebut lebih ketara rasanya setelah aku mengambil ujian SRP baru-baru ini... aku pun tidak pasti mengapa perkara sebegini berlaku di kala aku memerlukan tenaga yang banyak untuk menghadapi hari-hari yg mendatang. kesakitanku jelas terasa apabila aku mengangkat tanganku ke atas (dengan cara meluruskannya). adakah ini ujian bagiku?? mengapa di saat aku memerlukannya??... Hanya Tuhan sahaja yg tahu jawapannya.

mungkinkah ini satu dugaan tuhan buat aku atau satu keadaan supaya aku tidak aktif dalam seni kebudayaan warisan Melayu ini... aku tidak pasti apakah sebenarnya dugaan ini... aku hanya boleh berkata "perjalananku masih panjang, teruskan perjuagan"

masih belum mengalah!!

Saturday, February 21, 2009

Gambar2 menarik...

Gambar2 ini kebanyakannya diambil di KIY, Penang dan sebaginya (yg berkaitan)....



































Friday, February 20, 2009

Fikirkan Tajuk Tesis....

Perkara yang perlu aku lakukan dalam masa ini ialah fikirkan tajuk tesis...huhu. susah jugak nk dapatkan tajuk tesis yg betul2 boleh bawa aku ke jalan penyelesaian...susah2...

aku memikirkan tajuk yang berkaitan dengan ekonomi...entah kenape aku meminati ekonomi...sedangkan aku ni belajar sejarah. dalam belajar sejarah nie, ape yang bez, segala jenis tajuk pun xpe, xkesahlah sama ada dalam bab ekonomi, politik atau sosial, asalkan benda 2 dah berlaku...dah jadi sejarah cuma yang menjadi pilihan ahli sejarah ialah kepentingan sesuatu kejadian tersebut. kalau kite je yg tau...so itu namanya sejarah kehidupan (peribadi), kalau peristiwa sejarah itu mendapat publisti yg hangat, maka itulah sejarah yg paling bez di kaji dan akan mewujudkan banyak pandangan serta andaian tentang perkara tersebut. sebagai contoh, Peristiwa Mamali, peristiwa tersebut mendapat publisiti yg hangat dan ramai orang memperkatakan tentang hal itu pada 10-20 tahun dahulu. kini generasi muda ramai yg tidak mengetahui peristiwa tersebut. seo sebagai ahli sejarah, kite perlu mencungkil kembali cerita tersebut untuk pengetahuan generasi masa kini dan akan datang. cuma masalahnya fail tersebut adalah accessibily yg sulit dan rahsia. hanya orang2 tertentu sahaja yg mengetahuinya. tambahan pula kes tersebut menjadi kes yg 'panas'. sehingga kini kes tersebut masih dalam proses pembukaan failnya... mungkin 25-50 tahun lagi, fail ini akan dibuka sepenuhnya.

apa yg penting dlm pemilihan tajuk adalah tajuk tersebut mestilah berlaku dalam tempoh 30 tahun dan lebih...lagi lama lg bagus, lg bernilai, bertambah susah bahan, lagi power, serta mencabar. bak kate org2 sejarah "makin jauh ke belakang makin tinggi nilainya".

pilihlah tajuk yang sesuai dengan kemampuan kita....

pesanan ini di tuju khas kepada diri sy dan kwn2 sekalian.

Wednesday, February 18, 2009

Kanak-kanak Malang?

semasa lawatan ku ke rumah anak yatim di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini, aku telah melihat sesuatu yang tidak diduga. aku melihat kanak-kanak "yatim" di rumah kanak-kanak Taman Bakti di kepala Batas. Perasaan sedih wujud dlm diri aku pada ketika itu...






ini antara wajah kanak-kanak tersebut.



kebanyakan mereka tidak mengenali ibu bapa mereka sama ada ibu bapa meraka masih hidup atau telah mati. rata-rata mereka berasal dari pelbagai negeri dan dari pelbagai background keluarga.

Tidak dinafikan bahawa kanak-kanak tersebut "nakal" dan sukar mendengar perintah, mungkin itu akibat daripada 'baka' dari ibu bapanya. apabila aku mengetahui bahawa ada juga dalam kalangan kanak-kanak ini yang "ibu bapanya" membuangnya aku tertanya kepada diri aku sendiri, adakah mereka mampu memnghadapi dunia luar apabila mereka dewasa kelak? apakah hala tuju mereka suatu hari nanti...

mereka masih muda, masih kecil dari usia beberapa bulan hinggalah berusia 12 tahun. mereka tidak mengetahui apa2 ttg ibu bapanya. so kepada anda yg berhajat nk buang anak, pk la 1000 kali...masa depan anak2 anda adalah dibawah tanggungjawab ibubapanya.

*pesanan ini bawa khas utk diri saya sendiri dan anda semua....

Politik di Perak: satu kelainan

KEMELUT membelenggu politik Perak yang dianggap berakhir selepas pelantikan Menteri Besar yang baru dan barisan Exconya, terus berkocak dengan tindakan terbaru Pakatan Rakyat mengeluarkan notis saman hadir barisan kepemimpinan diketuai Datuk Dr Zambry Abdul Kadir itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sekali lagi, isu ini mencetuskan perdebatan kuasa atau perundangan. Persoalannya apakah Zambry boleh dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan dan inilah yang dipertikaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bertanggungjawab ke atas Parlimen dan hal ehwal undang-undang.

Menurut Nazri, Zambry tidak boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN kerana semua perkara yang berlaku, terutama membabitkan peralihan kuasa daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional (BN) berlaku di luar kuasa DUN Perak.

"Dia nak rujuk Zambry atas kelakuan apa kerana semua kejadian di Perak sepanjang minggu lalu berlaku di luar DUN. Lebih serius kerana pelantikan sebagai Menteri Besar memang dalam bidang kuasa Sultan Perak. Bagaimana sesuatu yang berlaku di luar DUN boleh dirujuk kepada jawatankuasa DUN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan Speaker DUN Perak, V Sivakumar, yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan, bahawa jawatankuasa sudah mengeluarkan notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin

Jawatankuasa terbabit membuat keputusan itu selepas menerima surat aduan Adun Canning, Wong Kah Woh, Khamis lalu, yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun BN yang juga anggota Exco kerajaan negeri baru Perak itu, dirujuk kepada mereka kerana didakwa menghina dewan.

"Selepas bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat ada asas atau prima facie terhadap aduan yang dibuat YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk semua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," kata Sivakumar.

Sivakumar enggan memperincikan aduan yang dikemukakan Wong, tetapi difahamkan Adun Canning daripada DAP itu dalam surat aduannya mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dan barisan Exconya sudah mencabuli Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata, Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap Menteri Besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu hari ini.

Menjawab soalan, Nazri berkata, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak seperti juga Parlimen hanya boleh merujuk kelakuan atau perkataan seseorang Adun sekiranya ia dilakukan di dalam Dewan.

"Tidak ada bezanya antara DUN Perak dan Parlimen. Oleh itu, Zambry tidak perlu menghadap jawatankuasa berkenaan kerana apa yang berlaku minggu lalu, terjadi di luar DUN Perak. Speaker kena ingat, sebarang tindakan atau kelakuan yang dilakukan ahli Dewan di luar (Dewan) ia terletak di bawah bidang kuasa undang-undang negara," tegas Nazri.

Mengulas lanjut mengenai krisis politik di Perak yang masih panas, Ahli Parlimen Padang Rengas ini juga menasihatkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin, ahli politik dan rakyat Perak supaya jangan membuat tuduhan melulu, terutama membabitkan keputusan yang dibuat dan direstui Sultan Perak.

"Siapa Nizar untuk mohon menderhaka dan mempertikai keputusan Sultan Azlan Shah yang merestui kerajaan negeri baru Perak? Saya harap dia berhati-hati dalam membuat kenyataan selepas ini.

"Dia memang dipilih rakyat untuk menjadi wakil rakyat, tetapi dia bukan dipilih rakyat untuk menjadi Menteri Besar kerana tidak ada sebarang pertandingan untuk jawatan Menteri Besar. Sultan Perak yang memilih siapa dikehendaki menjadi Menteri Besar Perak.

"Lebih serius, Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara selama 25 tahun lalu dan baginda amat teliti dalam membuat sebarang keputusan. Siapa Nizar atau Karpal (Singh) atau mana-mana ustaz untuk mempertikai keputusan seorang Sultan yang juga bekas Ketua Hakim Negara," kata Nazri.

Krisis politik di Perak melalui kemelut amat serius apabila keputusan Sultan Azlan Shah yang memberi kebenaran pada BN membentuk kerajaan negeri baru selepas parti ini mengambil alih kuasa majoriti selepas mendapat sokongan tiga Adun pembangkang, bukan saja dipertikai, malah ada usaha untuk menyaman baginda.

Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh, untuk menyaman Sultan Perak mencetus kemarahan rakyat dan dianggap penderhaka kerana Sultan adalah lambang ketuanan Melayu yang memang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

"Siapa Karpal untuk mempertikai keputusan Sultan Perak. Jika Sultan Azlan Shah sebagai Ketua Hakim Negara 25 tahun lalu, Karpal hanya sebagai seorang peguam yang terpaksa menerima sebarang keputusan hakim, apa lagi dengan kedudukan baginda sebagai Sultan Perak hari ini," katanya sinis terhadap tindakan Karpal yang menderhaka.

Kembali kepada soalan, Nazri menjelaskan ramai orang lupa bahawa pelantikan Menteri Besar sebenarnya adalah hak Sultan. Selepas pilihan raya, parti yang mencatat majoriti dan boleh membentuk kerajaan akan menyerahkan senarai nama calon daripada kalangan Adun yang menang kepada Sultan untuk dilantik menjadi Menteri Besar.

Dalam kes kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang mencatat majoriti tipis di Perak selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu, tiga nama diserahkan kepada Sultan Perak iaitu Nizar daripada Pas, Datuk Ngeh Koo Ham (DAP) dan Jamaluddin Mohd Radzi daripada Pakatan Keadilan Rakyat (PKR).

"Daripada senarai itu Nizar yang dipilih Sultan Perak, bagaimana dia boleh mendabik dada dia dipilih rakyat Perak untuk menjadi Menteri Besar? Kerana itu saya berharap mana-mana Menteri Besar jangan terlalu bangga berkata, rakyat memilih 'aku' sebagai Menteri Besar, kerana yang memilih mereka ialah Sultan," jelasnya.

Nazri berkata, ketika krisis peralihan kuasa tempoh hari, Sultan Azlan Shah amat berhati-hati ketika membuat keputusan dan hanya berpuas hati selepas baginda bertemu semua Adun BN serta menghabiskan masa lebih setengah jam dengan tiga Adun pembangkang yang menyokong BN.

"Perlembagaan yang kita miliki hari ini amat adil. Inilah yang dinamakan 'ketuanan Melayu' sebenarnya. Ramai tersalah anggap dengan perkataan ketuanan Melayu ini. Ketuanan Melayu adalah raja-raja kerana mereka adalah 'tuanku'.

"Ketuanan Melayu bukan bermakna 'malay supremacy' (keagungan Melayu) atau bangsa Melayu lebih agung daripada bangsa lain, tetapi adalah 'malay lordship' kedudukan raja-raja yang menjadi 'tuan' kepada rakyat Malaysia," kata Nazri.

dipetik daripada Berita Harian, 18 Februari 2009

kita di perbodoh???

PADA hari minggu 15.1.2009 ruangan forum i-exchange dalam Sin Chew Daily ditulis oleh wartawan khasnya Cheng Li Zhen membincangkan perkara berikut.

Pertukaran mendadak politik Perak, diikuti dengan angin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lompat bertiup kencang ke Kedah dan Selangor, negeri-negeri kerajaan campuran yang dikuasai oleh Pas, PKR dan DAP. Nampaknya ADUN dalam pakatan rakyat sudah tidak sepakat, semua orang bimbang dan panik.

Adakah kita masih ingat rancangan menukar kerajaan 916 (16 September) Anwar Ibrahim tahun lepas? Ketika itu, ramai orang menyokong rancangan itu. Mereka yang menentang rancangan itu dianggap ketinggalan zaman tidak mahu menerima perubahan.

Anwar menjadikan rancangan itu satu janji untuk dikotakan, mendapat tempat dalam lubuk hati rakyat kerana beliau berkata, "Ini adalah kehendak rakyat."

Pada ketika itu, kata-kata 'lompat parti' adalah perbuatan menentang Perlembagaan negara dan mengkhianati rakyat sukar diterima orang. Akan tetapi rancangan 916 terkubur juga.

Kini yang berlaku baru-baru ini ialah lompat parti kalangan ADUN pakatan parti pembangkang, bukan ADUN Barisan Nasional (BN). Kawasan yang gagal dipertahankan ialah negeri yang diperintah kerajaan campuran pembangkang, bukan negeri yang diperintah oleh BN.

Mereka yang menyokong menukar kerajaan, kini mula menentang mengubah kerajaan. Mereka berkata, perubahan kerajaan ini menentang kehendak rakyat.

Bagi penulis ruangan forum i-exchange Sin Chew Daily itu, parti BN yang menang dilihat hampir lupa diri tetapi parti gabungan pembangkang yang kalah berkata permainan ini yang tidak adil, sedangkan mereka pernah mabuk ketagih bermain politik.

Pemimpin politik kedua-dua belah pihak sama-sama tidak memahami kehendak rakyat kerana kepentingan masing-masing. Dengan realiti ini, rakyat yang berada di pihak yang kalah menanggung segala kerugian.

Sebab itu bagi sesetengah pemimpin kita, rakyat hanyalah orang yang mudah diperbodohkan dengan kata-kata manis yang memperdayakan.

Komentar khas Penolong Ketua Pengarang China Press, He Mei Qun pada 16.2.2009 mengenai pandangan masyarakat China (Hua Shi) terhadap politik negeri Perak dengan dua tajuk berikut Buang wakil rakyat yang salah laku dan Apa kata berikan peluang kepadanya.

Dalam topik Buang wakil rakyat yang salah laku, Mei Qun mempersoalkan kenapakah MCA dan Gerakan boleh kecundang dalam tsunami pilihan raya umum tahun lalu?

Dalam tanggapan masyarakat Cina, kedua-dua parti yang mengaku mewakili kaum Cina, penuh dengan ahli politik penipu, bermulut manis, tamak, makan suap, berpura-pura baik untuk memancing undi. Apabila terpilih, mereka hanya patuhi bosnya Barisan Nasional, lupa menjaga kebajikan kaum Cina. Kini kaum Cina tak akan termakan kata-kata mereka lagi.

Kaum Cina mahukan keadilan dan politik bersih. Asalkan berani melawan kerajaan dan pihak pemerintah, tiket kaum Cina pasti dalam tangan. Jangan sangka situasi ini hanya berlaku dalam Pilihan Raya Umum 308 (8 Mac) dulu, dan pilihan raya kecil pun sama. Kalau takut bersuara, pasti kecundang, tak kira mereka itu menteri, menteri besar, ADUN. Pengundi berhak menolak mereka.

Dalam satu lagi topik Apa kata berikan peluang kepadanya, Mei Qun menulis ramai orang marahkan BN kerana bertindak merampas kuasa. Mereka tidak puas hati dengan kerajaan baru yang bukan dipilih oleh rakyat, malah pemimpin kerajaan itu pernah 'dibuang' oleh rakyat.

Adakah Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pemerintah yang baik? Dari luar nampak macam itu, rakyat Perak sendiri dapat merasainya; adakah Dr. Zambry Abd. Kadir pula pemerintah yang baik?

Mei Qun terus menulis, "Kita langsung tidak tahu, sebab belum nampak lagi. Tapi sekurang-kurangnya dia bersifat gentleman, sudah pegang kuasa pun tidak kisah ambil alih kediaman rasmi Menteri Besar, tak kisah mengambil kereta rasmi MB, tidak berlagak. Apa kata berikan peluang kepada beliau?

"Tak kira siapa pun yang memimpin kerajaan, baik atau tidak - dalam tempoh tiga hingga empat tahun, rakyat akan menjadi pemerhati. Rakyat sudah tahu melaksanakan hak mereka.

"Kalau kerajaan ini tidak bagus, tukarkannya. Adakah beliau pemerintah yang baik? Mesti tunjuk hebat kerjanya mesti bersuara, jangan malu, juga jangan low profile; kalau tidak, rakyat sangka dia takut mati."


fikir2kan lah...
Kelolaan HAFIZAH MOHD. YUSOF
utusan online

Pilihan Raya Kecil 3 Bukit?

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan, Selangor, jika kerusi itu dikosongkan, diadakan serentak dengan DUN Bukit Selambau, Kedah dan Parlimen Bukit Gantang, Perak pada 7 April ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, bagaimanapun berkata ia bergantung kepada proses pengosongan kerusi itu termasuk tarikh SPR dimaklumkan oleh Speaker DUN Selangor.

"Saya belum menerima sebarang permohonan rasmi... cuma makluman daripada beberapa rakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan meletakkan jawatan.

"Kemungkinan untuk berlaku pilihan raya kecil di tiga 'Bukit' secara serentak memang ada, tapi ia bergantung kepada proses pengosongan kerusi DUN Bukit Lanjan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat SPR ke-690 di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping, mengemukakan surat menawarkan peletakan jawatannya berikutan isu penyebaran gambar bogelnya di internet. Abdul Aziz berkata, selain dimaklumkan Speaker DUN Selangor berhubung pengosongan kerusi DUN berkenaan, Adun Bukit Lanjan itu juga perlu menulis surat peletakan jawatan kepada SPR tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Sebaik kita menerima dan mengkaji semua permohonan berkenaan, barulah SPR akan membuat keputusan mengenai tarikh pilihan raya kecil. Disebabkan pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang masih jauh, sudah tentu logik ia diadakan serentak," katanya.

Mengenai dakwaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya SPR menyebelahi Barisan Nasional (BN) dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang, Abdul Aziz berkata, kerajaan atau mana-mana parti politik tidak masuk campur dalam urusan SPR.

"Dalam kita menentukan tarikh pilihan raya kecil, SPR tertakluk kepada sekurang-kurangnya lapan perkara termasuk mempertimbangkan peristiwa besar yang berlaku ketika pilihan raya kecil diadakan. Ini bagi mengelak sebarang pertindihan serta memberi keadilan kepada semua parti politik.

"Atas sebab itu, SPR turut memberi pertimbangan kepada tarikh Perhimpunan Agung Umno yang diadakan pada 24 hingga 28 Mac depan dan jika Pas mahu adakan Muktamar Tahunannya, sudah tentu kita akan turut memberi pertimbangan," katanya.

Abdul Aziz berkata, pilihan raya kecil Kuala Terengganu, bulan lalu, akan menjadi penanda aras kepada semua pilihan raya kecil akan datang kerana ia paling aman dan bersih.

"Saya sudah mengarahkan Pengarah Pilihan Raya Kedah serta Perak supaya mendapatkan segala maklumat daripada rakan mereka di Terengganu bagi memastikan keadaan sama dapat dilangsungkan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang," katanya.

bharian.com.my

Monday, February 16, 2009

Perjalananku bahagian 6

Pulau Pinang

Destinasi aku pada kali ini adalah Pulau Mutiara. Pulau Mutiara ni nama gelaran, Pulau Pinang nama sebenar, aku telah melalui kawasan yang best la jugak kt sana...mane taknyer jalan2 la katakan. event aku p penang pun atas tiket PPSM KIY, aku tetap seronak g sana...

Taman Rama-Rama
Taman rama-rama merupakan destinasi terbaik dalam senarai perjalananku ke Penang. apa tak nyer, bukan saje rama-rama, boleh kata bnyak lagi la menatang lain yang ada kat sana. memag syok la duk tengok menatang2 ni... itulah kelebihan yg Tuhan bagi untuk kita...betapa kebesaran Ilahi itu ada.











G makan...
makan pun nk bg tau jugak ke?? bukan ape. aku makan kt kawasan xjauh dr Telok Gadong makanan sana boleh tahan la, n yg penting murah...hehe


Batu Faringgi
batu Faringgi ni kawasan pantai yg paling banyak batu??? haha ada la kawasan batu yg bersepah kt tgh laut. tempat kapal pecah la katakan. kawasan ni aku xtgk singgah pon, just tgk dr jauh...comel la jugak pantainya. (bukan kt tempat bnyk batu la).


Bukit Bendera
Penang Hill ialah kawasan bukit di Pulau Pinang...memang bez la g sana, ada tren naik dr bawah ke puncak bukit... kat bahagian kawasan atas bukit tu bukan ada apa sangt pon, tp ok la klu nak jalan2 nk tgk kebesaran Ilahi...comel tempatnya semua nampak, kawasan Geogre Town pun ada nampak gak...hehe.





Shopping...
perkara yg best bile ke Penang. shopping adalah kegiatan sampingan untuk anda yg suka shopping, memang best la. shopping di bazar memang best, kiranya xrugi la kalau nk beli belah apa2 kt sana...cuma kena pandai memilih sbb pengiaga pandai bgi tawaran...dar harga 50.00 boleh jd harga 20.00.... lebih dr 50% diskaun ...huuhu

next topik kite akan bincang ttg kawasan bersejarah di Penang...

wasalam...

Friday, February 13, 2009

Aku nak g Penang

Pulau Pinang atau Penang...sama saje. ejaan je len, tp maksud sama. bile sebut Penang, aku teringat satu kesah aku di KL Sentral masa tggu kazen aku nk g Umah pak cik aku. hehe

Kesahnya bermula apabila aku melepak di luar kawasan menunggu teksi, berdekatan dengan jalan keluar ke Hotel Hilton. masa aku duk situ, ada la beberapa org daripada duk sekitar aku. aku stay je situ sampai beberapa jam. xkesah janji tetap janji. tunggu tetap tunggu. masa aku duk kaw. 2 dah berape ramai dah org yg duk area aku bertukar2 org. namun aku kekal ditempat yg sama gak.

maka datang la sorang pak cik. dia duk sebelah aku. sambil 2 aku borak2 la ngn dia, xkan la nk tgk je kan. so aku tegur la dia, tggu sape. dia kate tggu kawan dia. tetiba dia tnya aku, "student ke?" aku menjawab "ye, sy student" n macam biasa la agenda tnya-menanya student mane, tggl mane n sebaginya.... tetiba dia tanya aku lg..."adik ni org mane? Kelantan ke Penang?... sy org Trg....

pak cik 2 kate "Tok Ayah ingt kamu org Penang... nampak gaya kamu mcm keturunan org Penang.

ish3. terkezut aku...huhu. xpe lah leh jd org Penang lak pas ni...haha
aku ni ada gaya org Penang ke??? mak bapak aku semuanya org Pantai Timur...huhu

~~boleh jd org Penang lak kalau ak xbalik dr Penang...haha

Pilihan Raya Kecil : SPR kate...

Dua pilihan raya kecil boleh serentak

KUALA TERENGGANU 12 Feb. - Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah boleh dijalankan serentak.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof tidak menolak kemungkinan tersebut kerana suruhanjaya itu berkeupayaan untuk mengendalikan dua pilihan raya kecil sekali gus.

Katanya, keputusan mengenainya hanya akan diketahui esok selepas SPR bermesyuarat bagi membincangkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Mesyuarat itu juga dijangka membuat penentuan sama ada berlaku kekosongan di DUN Bukit Selambau.

''Berkenaan dengan Perak, kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang sudah tentu berlaku kerana wakil rakyatnya meninggal dunia.

''Mengenai kerusi DUN Bukit Selambau, kita akan dapatkan semua dokumen dan maklumat berkaitan hal itu dan akan teliti sama ada kerusi itu kosong atau tidak.

''Bila sudah pasti memang betul ada kekosongan baru kita buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan dan penyampaian sijil kepada petugas-petugas Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, di sini malam tadi.

Abdul Aziz berkata, SPR akan membincangkan kedudukan DUN Bukit Selambau berdasarkan dokumen yang diterima dan hasil mesyuarat esok.

Beliau menjelaskan, jika SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan kerusi itu, maka V. Arumugam akan kekal sebagai wakil rakyat.

''Kita belum tahu lagi, bergantung kepada dokumen pada Jumaat ini. Kita kena lihat senario sebenar dari segenap aspek dan tidak menerima saja apa yang disampaikan oleh Speaker DUN,'' katanya.

Menurut Abdul Aziz, Artikel 54 Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya 1958 dan Undang-Undang Tubuh Negeri ada menyebut SPR kena menimbang dengan penuh teliti sama ada kerusi itu kosong atau tidak.

Katanya, SPR tidak membuat keputusan semata-mata kerana ada dorongan tertentu, sebaliknya suruhanjaya itu bertugas secara profesional dengan membuat keputusan berdasarkan undang-undang, maklumat dan dokumen yang diterima.

Abdul Aziz memberi contoh situasi di Perak apabila SPR menerima dua surat daripada wakil rakyat yang sama iaitu surat kedua menafikan kandungan surat pertama.

Disebabkan keadaan itu, katanya, SPR menetapkan tidak berlaku kekosongan di kerusi yang diwakili oleh wakil rakyat berkenaan.

Mengenai perjalanan pilihan raya kecil yang ditetapkan itu nanti jelasnya, ia akan menggunakan modul Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, 17 Januari lalu.

Kata beliau, modul itu termasuk pengiraan undi pos dilakukan sebelum kertas undi biasa bagi mengelak tohmahan daripada mana-mana pihak.

petikan drpd akhbar utusan Malaysia

Thursday, February 12, 2009

Parking: padat atau sesuai???

satu perkara yg perlu dikongsi dengan korang ttg kawasan parking... ia membuatkan aku terfikir sama ada padat atau sesuai. perkara ini berlaku pada jam 2.00 petang iaitu sewaktu kelas pengantar Falsafah abis. aku terlihat ruang perking keta depan FSSK, kelihatan sebuah keta kecil model Minidi kawasan parking terseubt.


aku bukan ape, just tengok kawasan yg dia letak keta tersebut macam kurang sesuai je, hal ini disebabkan kawasan tersebut merupakan jalan di hadapan tangga untuk naik dan turun KIZ. pelik tol la, cm ner dia leh g parking c2?. aku pun mula la mushkil nape la sorang lecture boleh bt cm gitu..huhu

kalau ikutkan logik, memang sesuai la keta dia kat tempat tersebut, tp kalau ikut undang2 mane leh suke-suka parking keta kt kotak kuning cm 2...salah 2..dah la 2 kawasan Zebra Line..huhu.

*kwn2 jgn ler bt mcm ni....huhuhu

Wednesday, February 11, 2009

Akhirnya....aku terlepas dari mimpi NGERI

Jam menunjukkan pukul 1.15 petang, aku masih lagi berada di atas katil, berkira-kira sama ada hendak melangkah kaki ke AGM Pesepsi atau tidak... aku sedar bahawa AGM akan dilangsungkan pada jam 1.30 petang.. aku masih berkira-kira untuk pergi atau tidak, maklumlah kalau aku g, ada la org yg nk calonkan aku jd hape2...huhu

perkara pertama yg aku kena jadi tadi ialah jd tukang taip, itu pun setelah dipaksa oleh Abg Hamdan. huhu...

Mimpi NGERI aku bermula apabila salah seorang kawan aku mencalonkan nama aku sebagai calon Presiden untuk kelab PESEPSI, aku mula menolak cadangan tersebut, namun speaker dewan enggan menerima cadangan penolakan aku...huhu.

maka tibalah saat pengundiaan dilakukan, calon mestilah keluar dari dewan pengundian, maka aku kelaurlah. setelah dipanggil masuk, maka aku dapati, aku bukannya Presiden Kelab Pesepsi...aku bersyukur. aku hanya boleh berkata Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana melepaskan aku dari bebanan seorang pemimpin. terima kasih kerana tidak mengundi aku..

kerana Tuhan untuk HambaNya...

Pesta IT UKM

Jom kita ke Pesta IT UKM di Dewan Gemilang (DG). pelbagai barangan ICT ditawarkan dengan harga berpatutan. pada hari pertama sempat aku membeli beberapa perkara yg penting untuk leptopku antaranya Cooling Pad, Vacuum, LCD Cleaner dan USB Hub (Port). Harga barangan tersebut adalah RM 25.00 (boleh tahan la)...

Harga Pendrive kt sane xde la semurah harga yg ak post kt blog ni dlu.. harga kt pesta IT masih lagi dlm...
2GB = 19-22
4GB = 29-30
yg len2 aku dah lupe la...

harga pasaran Thumdrive masih lagi sama, tidak mengalami penurunan yg jelas...kiranya harga masih kekal di paras lama lagi la...dan kemungkinan besar akan mengalami kenaikan ekoran kemurungan ekonomi dunia...hal ini kerana pengeluar mula mengurangkan jumlah pengeluaran barangan tersebut untuk mengurangkan kos pengurusan dan kos-kos operasi...
nasib la....

sekiranya anda berminat dengan barangan IT, boleh la dapatkan kt sane, tp jangan terkejut sekiranya ada pesta IT lagi kt UKM dengan harga yg lgi murah....

**berbelanjalah dengan berhemah, beli apa yg penting, bukannya mengikut hawa nafsu....

Friday, February 6, 2009

Perak oh Perak....kenapa?

Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, 47, diumumkan Menteri Besar Perak ke-11 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
(petikan daripada utusan malaysia)

RIBUAN penyokong Pakatan Rakyat (PR) membanjiri kediaman rasmi MB Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin untuk mendengar sendiri penjelasan daripada pemimpin mereka dan turut bermunajat serta berdoa agar kerajaan Pakatan Rakyat Perak selamat daripada kezaliman BN.(harakah Daily)

apa dah jadi dengan Perak?? mampukah kerajaan BN membentuk kerajaan??? kerajaan mimpi boleh la. Sultan hanya berkuasa memecat EXCO, MB sultan tidak ada kuasa untuk memecatnya...Kanape pula BN telah melantik MB serta EXCOnya???

Perak oh Perak...mimpi ngeri penduduk Perak. untuk memecat MB Perak (Nizar) haruslah semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang iaitu seorang ahli DUN menyatakan undi tidak percaya kepada Nizar dan sokongan daripada ahli2 yg lain. apa yg menjadikan masalah, BN mengusai 28 kerusi manakala PR juga menguasai 28 kerusi DUN. 3 lagi yg menjadi bebas menyatakan sokongan kpd BN tetapi mengikut perjanjian mereka terpaksa meletak jawatan dan tidak di benarkan untuk masuk ke DUN. jadi apakah kebarangkalian BN atau PR untuk menang???? 28 vs 28?? bukankah jawapannya seri?

apa yang perlu dilakukan...
Sekiranya melakuakn persidangan DUN, maka jawapan untuk menang adalah 0... oleh itu hanya ada satu cara yg paling berkesan iaitu membubarkan DUN. dengan arahan Sultan dan sokongan daripada MB, maka DUN perlu dibubarkan...

Apakah kesannya???
peperangan pilihanraya akan berlaku lagi, kali ini akan menjadi lebih serius dari kuala Terengganu, lebih hebat dari Permatang Pauh dan lebih ganaz dari PRU08... memang memeritkan bagi rakyat Perak. kesian, dah la tu duit lak banyak abis utk belanja itu ini, nk kibar bendera, nk tampar poster, nak sogok org2 kampung, nk bg pawang, bomoh, Boh Miah, Tok Dalik utk mencapai kejayaan... apakah ini politik yg kita mahukan??? fikir-fikirkanlah...

lakukan sesuatu dengan ikhlas, nascaya tuhan akan membalasnya dengan sesuatu yg lebih baik dari itu...

Thursday, February 5, 2009

Perjalananku bahagian 5

Besut, Terengganu (Edisi 2)

kali ni kite akan ke kawasan jauh sikit dr pantai...

Air PANAS (HOT SPRING)
air Panas La atau LA Hot Spring terletak dikampung La, Hulu Besut (bukan LA di Amerika). kawasan yg diliputi dengan hutan belantara dan ladang kelapa sawit menjanjikan kenangan yg xkan terpadam dalam memori. air panas yg berkhasiat untuk tubuh anda kerana ia berasal dari perut bumi. air panasnya yg asli dengan sedikit bau yg seakan balerang, telah menunjukkan bahasa ciptaan tuhan yg maha kuasa di muka bumi ini.


Air Terjun
di Besut kawasan air terjun memang banyak, tetapi tidak semuanya begitu popular. apa yang penting, kita cari kawasan air terjun yang kesempaian yg tinggi (senang nak g).


Lata Tembakah
(Hulu Besut), perjalanan kira-kira 40 minit dari bandar Jertih ke Hulu Besut. kawasan air terjun yg cantik dan menarik memikat hati. kawasan yg tingginya mempunyai beberapa tingkat air terjun yg menarik. kawasan air terjun yg begitu menggamit perasaan. sungguh mempersona. kawasan sekitar air terjun itu sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan tempat aktiviti beriadah. jom lepak sama2 sambil pk tentang kejadian tuhan kat situ!....

Lata Belatan (atau Lata Bulatan)
kawasan air terjun yang juga famous dlm kalangan masyarakat Besut. kawasan air terjun yang cantik dan menawan serta mempunyai aliran air yang jernih dan bersih. kawasan air terjun yang berdekatan dengan kaki Gunung Tebu menambah lagi kecantikan dan keaslian kawasan tersebut. kawasan yg nature itu memang cantik dipandang, indah di mata. tambahan pula, kawasan air terjun tersebut terletak di kawasan hutan lipur yang menjanjikan kehijauan yang berterusan untuk anda.


JOM DAKI GUNUNG

Gunung Tebu
sebelum pulang atau kelaur dari Besut, apa kata anda lakukan pendakian!. jom kita daki gunung Tebu. Gunung Tebu merupakan gunung yang tertinggi di Besut. gunung Tebu menjanjikan pemandangan yg aman dan tenteram tanpa sebarang ganguan. kelebihan di gunung Tebu ialah anda tidak perlu risau tentang network telefon anda sekirannya anda berada di puncaknya. apa yg anda perlu risaukan hanyalah tentang battery telefon anda...(hehe) cas dulu sebelum daki gunung, atas gunung boleh la main sms / call banyak2....

selain daripada yg dinyatakan, banyak lagi kawasan menarik yg perlu dikunjungi, tp xcukup masa la kalau nk g semua tempat kt Besut ni... jangan lupe pekena nasik dagang, roti canai, atau melepak di jalan-jalan ke pasar minggu/pasar tani dan sebaginya...jangan lepaskan peluang anda....

mencari ketenangan...memuji kebesaran kuasa Ilahi...

Wednesday, February 4, 2009

perjalananku bahagian 5

Besut, Terengganu (Edisi 1)

Jom kite ke Daerah Besut, Terengganu. Besut bagi yang belum mengunjunginya perlu mengunjunginya, walaupun tidak sehebat Mersing, tidak setanding Selangor. namun Besut memiliki sesuatu yang unik yang tidak dapat teroki dan dicari di tempat lain. saksikannya

Besut mempunyai 2 buah bandar iaitu bandar Jertih dan Kampung Raja (Kota Putra). pusat pentadbiran Besut adalah Kota Putra atau Kg. Raja manakala Jertih merupakan pusat perniagaan.

Jom kite melancong!


Kawasan Tepian Pantai

Pantai Bukit Keluang
Pantai Bukit Keluang merupakan sebuah pantai di Besut yang berdekataan dengan bukit. pemandangan bukit yang indah dan laut yang tenang (April - Oktrober). sesuai untuk berriadah di kawasan tersebut. Pantainya mempunyai pasir yg memutih, nampak lawa la, nak lending pun best jugak...hehe. (bt picnic pun ok jugak kt Bukit Keluang). Selain itu, anda juga di galakkan untuk mendaki bukit Keluang itu sendiri kerana anda akan merasai satu pengalaman baru iaitu mendaki bukit di tepi laut. kalau tak percaya, cuba la.


Pantai Air Tawar
nama pantai yg cukaup hebat, adalah lebih baik sekiranya airnya juga tidak masin (haha, bukan laut la kalau xmasin). pantai Air Tawar berdekatan dengan pantai Bukit Keluang. pantainya juga mempunyai pasair yg memutih. namum airnya tidak ler seperti namanya kerana air laut itu bercantum. Asal namanya air tawar kerana di kawasan tersebut terdapat takungan air tawar yg tidak jauh dari kawasan pantai sehingga melekatlah namanya air tawar..haha (macam kelakar je)


Pantai Dalam Rhu
kawasan pantai yg agak unik dan kompleks sedikit, kedudukannya adalah bersempadan dengan daerah Pasir Putih, Kelantan. kawasan pantai yg juga menarik dan cantik, sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga. kalau nak deting, aku xsyorkan kawasan pantai kerana anak2 muda sana suka deting kat sana...cari ler tempat len. huhu.


Kawasan Pulau

Pulau Perhentian
Pulau Perhentian terletak kira-kira 12 kilometer di laur pantai Terengganu. pulau tersebut mengandungi 2 buah pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. ia menjadi kemestian untuk ke pulau tersebut, kalau tak pergi, rugi laa.. anda boleh melakukan aktiviti menyelam skuba, menyelam snorkel, memancing ikan laut dalam, berenang, luncur layar dan sebagainya lagi. merupakan salah satu taman laut di Malaysia dan terkenal dengan hidupan fauna dan flora yg pelbagai siap ada kaler warna-warni lagi...hehe. Pulau Perhentian seperti syurga marin bagi pencinta alam. pulau yg memiliki pasir yg memutih dan pelbagai jenis kulit cenkerang di sekitar pantainya.

Pulau Rhu
Pulau Rhu terletak kira-kira 5-10 kilometer dari pantai Terengganu. Pulau yang tidak sebegitu besar jika dibandingkan dengan pulau Perhentian. Pulau yg memiliki pasir yg memutih dan pelbagai jenis kulit cenkerang di sekitar pantainya. sesuai untuk anda kutip dan jadikan perhiasan (macam zaman prasejarah la pulak). Selain itu di pulau Rhu juga anda digalakkan untuk meneroka kawasan hutan simpannya kerana anda bukannya mudah untuk mencari hutan simpan di tengah lautan. rasailah sendiri. rasanya tidak rugi kalau anda merasainya.

ape kata kita sambung dalam edisi ke 2 plak, tak larat la nk tulis banyak2 ni.
bersambung lagi.............

Tuesday, February 3, 2009

Sakit Kepala!

kenapa la nk jadi menda2 ni pada hari ni....aku boleh sakit kepala tetiba lak. dah ler kelas hari ni ak skip mcm 2 je.. nak tido punya pasal. apalah nasib badanku...huhu

pada pagi tadi, dengan selamba aku g kelas, tetiba kelas ku xde (entah mane la kelas, lecture pun xbg tau). so aku yg dah penat2 g kelas...tp xde kelas, rasa macam menyampah lak...huhu.

Kelas kedua pada hri ni agak bosan dan asyik kena condemn ngn lecture sbbnya kump tutuor kiteorg bt hal. huhu. memg xbest la g kelas td. huhu. that why ler aku jadi sakit kepala (memang xsuke la kena condemn pagi2 nih...habis hilang idea, yg tinggal hanyalah sakit kepala. huhu.

dalam kepada aku, nk tido je...so masa abiz kelas, ada lg 1 kelas...terpaksa la g... abiz kelas 2 aku pk nk tido je. ada je kesempatan, aku akan tido. that why la masa aku tido, tanpa diduga, aku telah terlebih tido sehingga kelas terakhir aku (4-6) aku xg kerana xterbangun dari tido..huhu

sakit kepala ni bukan perkara yg boleh kite main2...kadang-kala boleh menyebabkan semua benda xjd...

itulah kehidupan.

Monday, February 2, 2009

Mengapa Masih begini??

Mersing mempunyai penduduk lebih 80 peratus adalah orang Melayu dan beragama Islam. kebanyakan penduduknya tertumpu di kawasan luar bandar dan pesisir pantai. kawasan bandar Mersing bukannya sebuah bandar yang besar, jika dibandingkan dengan kajang, Bandar Kajang lagi besar. namum memiliki ciri-ciri pelancongan yg tidak dapat dicari di Kajang mahupun Bangi..hehe.. itulah keistimewaannya.

secara mudahnya aku hanya menjalankan kajian di Mersing iaitu di kawasan yang kurang daripada 5Km dari bandar Mersing. Kisah perjalanku ke Mersing menyebabkan aku masih tertanya-tanya, mengapa masih begini, mengapa masih belum ada perubahan? sedangkan kita telah 51 tahun merdeka... mengapa tidak seperti tempat-tempat lain? aku rasa tak karuan bile memikrkannya..

jom saksikan bersama apa yg aku memikirkan itu....



begini lah keadaan rumah penduduk Seri Lumpur, Mersing



bagaikan rumah setinggan


deretan rumah di kawasan tersebut mengambarkan bahawa kawasan tersebut seperti kawasan perubahan setinggan di ibu kota, tetapi apa yang membezakannya adalah kawasan rumah tersebut berdiri di atas tanah hak milik dan disewakan kepada penduduk tersebut.


deretan rumah yang terlalu rapat (seperti kawasan setinggan)



jambatan yang menghubungkan kawasan kampung tersebut (hanya boleh dilalui oleh motosikal, basikal dan pejalan kaki)


Rata-rata penduduk kawasan ini bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan purata sebulan ialah RM 400.00 - 700.00, namum kebanyakan nelayan di kawasan ini tidak dapat menjalankan aktiviti perikanan pada ketibaan Monsun Timur Laut iaitu dari bulan November hingga Mac. keadaan laut bergolora, angin kencang, ombak besar yang semuanya menjadikan nelayan-nelayan dikawasan tersebut hanya menggoyangkan kaki atau terpaksa menunggu hari-hari yang tenang untuk turun ke laut.


kapal yang diaorang guna untuk ke laut

Kemiskinan yg dihadapi oleh diaorang sangat susah, tambahan pula kawasan tempat tersebut digelar "black Area' kerana rata-rata golongan mudanya terlibat dengan penagihan najis dadah. Penagihan dadah di Kawasan tersebut menyebabkan pihak polis sering berkeliaran di kawasan tersebut. selain ketagihan dadah terdapat juga golongan muda yg kurang duit "menghidu gam" sebagai cara untuk melepaskan 'gian'. adakah ini yang kita mahukan dalam negara kita??? nauzubillah...

Keadaan sosial yang sebegini tidak elok untuk remaja dikawasan tersebut kerana remaja adalah pemimpin masa depan bagi kawasan tersebut. hal ini sungguh memalukan dan merosakkan bangsa Melayu itu sendiri.

sejauhmanakah masyarakat di Mersing mahu berubah, perubahan dari segi pendidikan dan juga sosial sangat penting untuk meningkatkan taraf hidup dan sosial di kawasan tersebut.

.........masih berfikir tentang itu.........

perjalananku bahagian 3

Melaka

Bandaraya Warisan Dunia

Melaka terkenal dengan tinggalan sejarah dari Tamadun Melayu yang paling agung sehingga menjadi kota yang paling kebal selama 130tahun dalam tawanan Portugis. Melaka yg diasaskan oleh Parameswara, telah berkembang sejak kurun ke 14 lagi. daripada sebuah perkampungan nelayan sehingga menjadi sebuah kota yg sangat utuh yang memartabatkan tamadun Melayu. kota Melaka telah berkembang sehingga menjadi kawasan perdagangan yg paling maju di Timur sehingga di gelar sebagai Venice di Timur. (Venice merupakan kota pelabuhan yg paling maju di Barat). Keadaan ini telah mendorong banyak kuasa asing untuk menawan kota Melaka.

sehingga tahun 1511, Melaka mula dikuasai oleh kuasa asing, kuasa asing pada masa tersebut yang menawan Melaka ialah Portugis. penawanan melaka selama 130 tahun oleh Portugis, dan diikuti oleh Belanda (Holland)1641 dan British pada tahun 1824.

Sepanjang Pemerintahan kuasa asing di Melaka, kota Melaka telah mengalami pelbagai perubahan dari aspek pentadbiran dan juga sosioekonominya. Portugis telah membina sebuah kota yang amat kuat iaitu kota A'Farmosa.

Semasa British menduduki Melaka secara sementara (semasa berlakunya perang Napoleon di Eropah). British dengan slambenya merobohkan kota A'Farmosa. that why la sekarang ni kota A'Farmosa hanya tinggal pintu sahaja (Porta de Sentiago). selain itu terdapat juga beberapa bagnunan lama di kawasan Bukit St. Pual.

Melaka sangat bagus dikunjungi, malah sangat menarik untuk mengetahui tentang kisah tamadun silam. terdapat beberapa buah muzium di Melaka antaranya Muzium Warisan Melayu, Muzium Kesenian dan banyak lagi..,klau nak tulis memang tak muat la..terdapat lebih kurang 15 buah muzium di Melaka. aku pun xingt semua namanya. Di Melaka terdapat banyak lagi kawasan yang perlu dilawati selain muzium seperti Istana Kesultanan Melayu Melaka, Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari, River Cruiser (di Sungai Melaka), bangunan Merah dan banyak lagi ler, dah tak ingat dah name2 nya..huhu. Melaka juga dibawah selangara dan kawalan UNESCO iaitu di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengawal dan menjaga kawasan tersebut terutama dari segi unsur tinggalan sejarahnya.

Selain itu, kalau nak g ke Melaka, bawalah kamera dan juga free space yg banyak untuk memudahkan anda mengambil gambar. gambar kat sana menarik!.

sekiranya anda dari KL untuk ke sana, maka anda digalakkan menaiki bas eksperes dari Stesen Kuala Lumpur (Puduraya/Seremban kurang pasti la) maka anda akan turun di Melaka Sentral, dari Melaka Sentral anda perlu manaiki bas ke Bandar Hilir, dekat ngn Sungai Melaka. apa yg best kt Melaka ialah anda tak dapat merasainya di tempat lain. ada ayat yg paling best untuk anda "Melawat Melaka seperti Melawat Malaysia".

Kalau ada kesempatan pergilah ke Melaka, merasailah sendiri keindahan dan kekayaan serta keagungan Sejarah Silam. try it now!

Jom kite melancong ke Melaka.

perjalananku bahagian 4

Mersing, Johor

Mengamit memori, mencipta sejarah

Mersing pertama kali aku melangkah kaki ke Daerah Mersing, sebuah daerah di Johor yang sebelahan dengan kawasan Pahang. Mersing terkenal dengan kawasan pelancongan dan juga kawasan perikanan. Penduduk Mersing berasal dari pelbagai kawasan dan bukannya penduduk asal kawasan kawasan Mersing. rata-rata penduduk kawasan Mersing adalah berasal dari Terengganu, Kelantan, kawasan pulau. kegiatan ekonomi di Mersing adalah nelayan, petani, peniaga, penjawat awam dan sebagainya.

antara kawasan yang menarik untuk dikunjungi ialah Taman Negara Endau Rompin, Tanjung Leman, Penyabong, Air Papan, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur.

Kesempatan yg ada, aku hanyalah melawat beberapa kawasan iaitu Air Papan, dan kawasan perairan Mersing, iaitu berhampiran kuala sungai Mersing. iaitu Taman Seri Bayu, Kg Bahagia dan Kg Seri Lumpur. Kawasan tersebut terletak kurang daripada 5 kilometer dari bandar Mersing. Pembangunan di bandar Mersing tidaklah begitu pesat dan tidaklah begitu mundur. bandar Mersing setanding dengan bandar-bandar kecil di kawasan Pantai Timur semenanjung Malaysia.

Bandar Mersing mempunyai keunikan tradisi budaya seperti tradisi pantai Timur. ini kerana dari segi makanan di Mersing mempunyai kaitan dan citarasa Pantai Timur. bile aku merasakan makanan di Mersing, ada gaya macam kat kampung aku nyer makanan tapi harga sedikit mahal berbanding dengan kawasan kampung aku. tak kesahlah, janji best.

oleh itu, melanconglah ke Mersing, rasainya sendiri...



ada lagi sambungan pada masa akan datang tentang Mersing yang perlu anda tahu....

1 Feb 2009 aku meninggalkan Mersing...

perjalananku bahagian 2

Perlis

Destinasi yang perlu dikunjungi!.

Perlis merupakan negari paling utara di Malaysia. Perlis terletak berhampiran dengan Thailand di sebelah Pantai Barat. Negeri Perlis, xde la besor sangat pun, tapi ada la tempat2 menarik untuk ke sana, kiranya tak sia2 la g perlis...hehe

walaupun negerinya paling kecil di Malaysia iaitu 795 km persegi, namun kunjungan ke perlis tidaklah sekecil negerinya. Perlis memeliki beberapa tempat yang menarik untuk dilawati dan diterokai. antara tempat tersebut ialah Taman Negeri Perlis, Gua Kelam 1 & 2, Gua Wan Burma, Padang Besar Ladang Harumanis, Ladang Anggur, Taman Ular, Taman Herba dan sebaginya.

Taman Negeri Perlis merupakan tempat yang tidak sia2 untuk anda melawat kerana taman Negeri Perlis memberikan anda kenangan yang tak dapat dilupakan. Taman negeri Perlis merupakan terdapat satu2 nya titik paling terutara di Malaysia iaitu titik sempadan antara Malaysia-Thailand di atas bukit. Di Taman Negeri Perlis, terdapat banyak spesis flora dan fauna yg kadang-kala xdapt nk dicari di tempat lain. oleh itu untuk merasakan penagalaman tersebut sendiri, maka perlulah anda menjejakkan kaki ke Taman Negeri Perlis.

Gua Wan Burma, merupakan sebuah gua batu kapur yg indah di mata, sejuk mata memandang, penat kaki melangkah, tp tetap puas hati. Wang Burma menjanjikan panorama gua Batu kapur yg indah. sekiranya anda ingin melangkah ke dalam gua tersebut, maka anda perlu membawa torchlight, tanpa torchlight anda tak perlu lah masuk kerana di dalamnya sungguh gelap dan kelam.

selain itu terdapat juga Gua Kelam, serupa dengan namanya, gua Kelam sungguh kelam dan gelap...tp jangan ler bimbang, dalam gua kelam ada lampu yg tersedia...so xde masalah sangat.

rasanya anda juga perlu melawat Kangar sebelum pulang, walaupun kt kangar xde menda yg menarik...tp pergilah sebagai amek syarat. selain itu anda juga perlu ke Padang Besar (Free Duty) memang barang murah. selain itu sebagai buah tangan, belilah harumanis untuk kawan2 anda atau sanak-saudara. manisnya memang terasa nak makan lagi... ala bukan mahal pun, 6-8 inggit je sekilo.

Sekian...

Perjalananku bahagian 1

Selangor & Kuala Lumpur (Lembah Klang)

Perjalanan Tanpa Akhir



tapi ini adalah kisah lama....

perjalananku bermula dari region Pantai Timur sehingga ke Pantai Barat. kawasan yang pertama dan utama aku jejaki ialah Selangor & Kuala Lumpur. secara teorinya aku hanya ke Selangor kerana urusan pendidikan, tetapi praktikalnya adalah lebih daripada pendidikan yang aku mahukan.

Di sekitar Lembah Klang, banyak kawasan menarik yang boleh dikunjungi seperti kawasan hutan simpan, kawasan taman rakeasi pusat membeli belah dan sebagainya.

aku merasakan kawasan Lembah Klang merupakan kawasan yang paling maju di Malaysia..hehe. kawasan Lembah Klang dihubungi dengan jaringan jalan raya, lebuh raya, rel kereta api, LRT, Monorel dan sebagainya... tak terkira klu nk kira...huhuhu. kalau nk best, rasailah sendiri...

Sekian...

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails