Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Friday, February 13, 2009

Pilihan Raya Kecil : SPR kate...

Dua pilihan raya kecil boleh serentak

KUALA TERENGGANU 12 Feb. - Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah boleh dijalankan serentak.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof tidak menolak kemungkinan tersebut kerana suruhanjaya itu berkeupayaan untuk mengendalikan dua pilihan raya kecil sekali gus.

Katanya, keputusan mengenainya hanya akan diketahui esok selepas SPR bermesyuarat bagi membincangkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Mesyuarat itu juga dijangka membuat penentuan sama ada berlaku kekosongan di DUN Bukit Selambau.

''Berkenaan dengan Perak, kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang sudah tentu berlaku kerana wakil rakyatnya meninggal dunia.

''Mengenai kerusi DUN Bukit Selambau, kita akan dapatkan semua dokumen dan maklumat berkaitan hal itu dan akan teliti sama ada kerusi itu kosong atau tidak.

''Bila sudah pasti memang betul ada kekosongan baru kita buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan dan penyampaian sijil kepada petugas-petugas Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, di sini malam tadi.

Abdul Aziz berkata, SPR akan membincangkan kedudukan DUN Bukit Selambau berdasarkan dokumen yang diterima dan hasil mesyuarat esok.

Beliau menjelaskan, jika SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan kerusi itu, maka V. Arumugam akan kekal sebagai wakil rakyat.

''Kita belum tahu lagi, bergantung kepada dokumen pada Jumaat ini. Kita kena lihat senario sebenar dari segenap aspek dan tidak menerima saja apa yang disampaikan oleh Speaker DUN,'' katanya.

Menurut Abdul Aziz, Artikel 54 Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya 1958 dan Undang-Undang Tubuh Negeri ada menyebut SPR kena menimbang dengan penuh teliti sama ada kerusi itu kosong atau tidak.

Katanya, SPR tidak membuat keputusan semata-mata kerana ada dorongan tertentu, sebaliknya suruhanjaya itu bertugas secara profesional dengan membuat keputusan berdasarkan undang-undang, maklumat dan dokumen yang diterima.

Abdul Aziz memberi contoh situasi di Perak apabila SPR menerima dua surat daripada wakil rakyat yang sama iaitu surat kedua menafikan kandungan surat pertama.

Disebabkan keadaan itu, katanya, SPR menetapkan tidak berlaku kekosongan di kerusi yang diwakili oleh wakil rakyat berkenaan.

Mengenai perjalanan pilihan raya kecil yang ditetapkan itu nanti jelasnya, ia akan menggunakan modul Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, 17 Januari lalu.

Kata beliau, modul itu termasuk pengiraan undi pos dilakukan sebelum kertas undi biasa bagi mengelak tohmahan daripada mana-mana pihak.

petikan drpd akhbar utusan Malaysia

No comments:

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails