Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Monday, February 2, 2009

perjalananku bahagian 4

Mersing, Johor

Mengamit memori, mencipta sejarah

Mersing pertama kali aku melangkah kaki ke Daerah Mersing, sebuah daerah di Johor yang sebelahan dengan kawasan Pahang. Mersing terkenal dengan kawasan pelancongan dan juga kawasan perikanan. Penduduk Mersing berasal dari pelbagai kawasan dan bukannya penduduk asal kawasan kawasan Mersing. rata-rata penduduk kawasan Mersing adalah berasal dari Terengganu, Kelantan, kawasan pulau. kegiatan ekonomi di Mersing adalah nelayan, petani, peniaga, penjawat awam dan sebagainya.

antara kawasan yang menarik untuk dikunjungi ialah Taman Negara Endau Rompin, Tanjung Leman, Penyabong, Air Papan, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur.

Kesempatan yg ada, aku hanyalah melawat beberapa kawasan iaitu Air Papan, dan kawasan perairan Mersing, iaitu berhampiran kuala sungai Mersing. iaitu Taman Seri Bayu, Kg Bahagia dan Kg Seri Lumpur. Kawasan tersebut terletak kurang daripada 5 kilometer dari bandar Mersing. Pembangunan di bandar Mersing tidaklah begitu pesat dan tidaklah begitu mundur. bandar Mersing setanding dengan bandar-bandar kecil di kawasan Pantai Timur semenanjung Malaysia.

Bandar Mersing mempunyai keunikan tradisi budaya seperti tradisi pantai Timur. ini kerana dari segi makanan di Mersing mempunyai kaitan dan citarasa Pantai Timur. bile aku merasakan makanan di Mersing, ada gaya macam kat kampung aku nyer makanan tapi harga sedikit mahal berbanding dengan kawasan kampung aku. tak kesahlah, janji best.

oleh itu, melanconglah ke Mersing, rasainya sendiri...



ada lagi sambungan pada masa akan datang tentang Mersing yang perlu anda tahu....

1 Feb 2009 aku meninggalkan Mersing...

No comments:

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails