suatu hari di hari raya....
FA merujuk kpd Fathi Adha,
FA : bila balik USM
Naa: Ahad...
FA : kelas start bile???
Naa : emmm.. hari Isnin...
FA : sama la kite...brape kelas hari Isnin???
Naa : satu jam je...(nada agak sedih)
kepada sesiapa yang cuba atau telah ponteng kelas, harap2 lepas ni cuba2lah utk tidak ponteng kelas (termasuk En. Fathi Adha, Writer blog ini, jangan hanya sampaikan sahaja...)
Ilmu itu satu perkara yang tidak akan berulang dapatannya.... time ni ler aku teringat kelas2 aku beserta kosmate2 yang pelbagai ragam.
kawan2 kelas Sejarah Pembinaan Negara Bangsa bukan kelas yg boleh kita buat main2, nanti bila di tanya tentang nation building in Malaysia, susah nk jawab...
sama jugak dengan kelas Nasionalisme dan Masyarakat Minoriti, jangan anggap kelas tu tidak bernilai, setiap kali kelas pasti ada input baru...sekiranya belajar tetapi tidak ada perubahan...something wrong la tu...baik tak payah belajar, membazirkan duit mak bapak je... (maaf ler kalau ayat terkasar sikit)
Belajar la dari sejarah, kerana sejarah mengajar kita tentang sebuah kehidupan, kejadian dan peristiwa yang lampau yang dilalui oleh seseorang (pelaku) di suatu tempat dalam tempoh masa tertentu....sekiranya kita enggan belajar dari sejarah... maka kitalah yang merancang halatuju kita...
nota kaki
*entry ini sebenarnya utk aku menyedarkan diri aku sendiri betapa dulu aku juga pernah lakukan perkara sedemikian...sungguh kejam aku terhadap diriku ini....siapa yang mampu mengubah aku???? diriku??? atau orang lain???
Fathi Adha
berhasrat tak nak ponteng kelas lepas nie..."InsyaAllah"