Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Tuesday, September 29, 2009

Bicara Ilmu...

Bicara Ilmu

suatu hari di hari raya....
aku telah bekunjung ke rumah seorang kawan sekolah dahulu, kini beliau belajar di USM, P.Pinang. sewaktu aku ke rumahnya, aku dan beberapa orang kawanku berbicara seperti tidak ada penhujung. sehingga aku berbicara tentang kepulangannya ke USM. maka berlakulah beberapa dialog antara kami.



FA merujuk kpd Fathi Adha,

FA : bila balik USM
Naa: Ahad...
FA : kelas start bile???
Naa : emmm.. hari Isnin...
FA : sama la kite...brape kelas hari Isnin???
Naa : satu jam je...(nada agak sedih)
FA : oh, kalo camtu g ler hari Isnin, ponteng ler kelas tu sehari... (hehe, watak setan dah wujud)
Naa: tak boleh, walaupun sejam, kelas tu..


kemudian beliau menjelaskan, bahawa Ayahnya begitu marah sekiranya dia tidak menghadiri kelas walaupun satu JAM, walaupun kelas itu sekejap, tetapi tetap ada penyampaiannya. Ilmu yang di sampaikan adalah tidak sama walaupun dimana kita berada, atau di mana kita belajar. Ilmu itu perkara yang tidak akan kering seperti air laut yang tidak akan kering walaupun kemarau yang panjang.....


kepada sesiapa yang cuba atau telah ponteng kelas, harap2 lepas ni cuba2lah utk tidak ponteng kelas (termasuk En. Fathi Adha, Writer blog ini, jangan hanya sampaikan sahaja...)

Ilmu itu satu perkara yang tidak akan berulang dapatannya.... time ni ler aku teringat kelas2 aku beserta kosmate2 yang pelbagai ragam.

kawan2 kelas Sejarah Pembinaan Negara Bangsa bukan kelas yg boleh kita buat main2, nanti bila di tanya tentang nation building in Malaysia, susah nk jawab...

sama jugak dengan kelas Nasionalisme dan Masyarakat Minoriti, jangan anggap kelas tu tidak bernilai, setiap kali kelas pasti ada input baru...sekiranya belajar tetapi tidak ada perubahan...something wrong la tu...baik tak payah belajar, membazirkan duit mak bapak je... (maaf ler kalau ayat terkasar sikit)


Belajar la dari sejarah, kerana sejarah mengajar kita tentang sebuah kehidupan, kejadian dan peristiwa yang lampau yang dilalui oleh seseorang (pelaku) di suatu tempat dalam tempoh masa tertentu....sekiranya kita enggan belajar dari sejarah... maka kitalah yang merancang halatuju kita...




nota kaki

*entry ini sebenarnya utk aku menyedarkan diri aku sendiri betapa dulu aku juga pernah lakukan perkara sedemikian...sungguh kejam aku terhadap diriku ini....siapa yang mampu mengubah aku???? diriku??? atau orang lain???


Fathi Adha
berhasrat tak nak ponteng kelas lepas nie..."InsyaAllah"

No comments:

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails