Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Wednesday, April 28, 2010

kucen : baru punya versi

salam alik..

hari ini aku mahukan entry kucen.. entry pasal kucen.. kucen kesanyangan kot. dulu penah aku buat satu entry sal mandikan kucen, skrang aku buat lagi entry pasal kucen. nama kucen ni, diberi oleh Husaini (walaupun dia tak penah tgk lagi yang ni.) NAGET.

salah satu sebab namanya naget, tanya lah Husaini, pastinya jawapan yang boleh dibuat gelak2.. hehe


masa aku jumpa dulu, ibu kucen ni kecik lagi.. sekarang dah besor, dah beranak daa..



nota aku tu... takkan la ko nak amek exam jugak kot!!




muka comel..




ni kembar dia.. aku pnggil yg ni adik dia la
nama (masih samar2 lagi) yg ni pemalu skit..


disebabkan kalernya menyamai naget yang pernah tinggalkan aku satu masa dahulu, jadi aku amek kesempatan utk bagi nama sama. naget jugak. :)


p/s: semalam final paper.. sangat curiga utk dpt A+++

Monday, April 26, 2010

esok exam ke?

salam.

esak ada exam lagi. last paper. kalau ikutkan mood exam aku, langsung tak de. seperti biasa, aku lebih menyukai membuat tesis berbanding dengan nk masuk exam, (mood yang hilang). bolehkah buang mood anda seperti buang kereta ini?

gambar ni membuktikan masyarakat yg dah kaya, tak perlu kereta pun tak pe. yang penting ada idea (fikiran), kalau tak de idea (fikiran) itu yang susahnya.

SKSE 3723 Sejarah Amerika Syarikat. mood exam = tiada, apatah lagi dengan mood study.


sekian.

Sunday, April 25, 2010

entry pasal tepon

Salam. entry kali ni aku buat sebelum aku buat keja lain.

kisah yang terbaru ni pasal henpon yang berbunyi. biasalah enpon berbunyi, sekali sehari dah biasa sgt, time sibuk cecah berpuluh-puluh kali bunyinya. hokey. ape cerita aku?

semalam aku study di PTSL*, dari 12tgh hari. aku suka silent tepon klu dlm Libary, bagi mengurangkan masalah dgn org sekeliling. seperti biasa, klu study kat PTSL, aku suka duk dkt KAT, koleksi Asia Tenggara, tak ramai orang, dan bahan yang aku nak, biasanya tak penah mengecewakan aku.

aku tak beberapa suka pada bunyi-bunyian tepon yang terlalu anoying sangat, sampai tergangu nak fokus pada kerja.

(gambar: rindu tepon ni...hehe)

okey. kemudian aku sambung buat kerja kat side luar, dataran PTSL, nak sambung buat thesis la kononnya. aku buat kerja, penuh ketekunan, rehat2 kejap sambil ditemani coffee, air suam dan sedikit gula2. tanpa rasa nak tido. kemudian, tgk jam, kul 3 am, teruskan buat kerja, tgk jam lagi, koul 4.am, namun kerja mesti kena siapkan.

Tetiba tepon aku berbunyi sambil bergetar (masa tu dah tak pakai mood silent), dalam hatiku, sapa la yang call aku di pagi hari ni, tak reti nk tido ke? lantas ku tengok tepon itu.... terkejut!! sekali pak cik Alarm dah kejutkan aku suh bangun. aku masih kat PTSL. haiyak, kemudian kedegaran suara azan subuh. ish, aku masih belum tido, pak cik alarm dah kejutkan aku.


moral of the story, jangan la buat keja sampai lupa nak tido. tak elok utk kesihatan.


p/s: actually baru bangun tido, tak larat nk buat keja lain, jadi tulis entry dulu.


PTSL : Perpustakaa Tun Sri Lanang, UKM
kul 6.oo pagi masih ada org study+tido di dataran PTSL. :)

Saturday, April 24, 2010

tak ade perasan

cabut-cabutan-bertuah


mulanya aku pun macam berat je nak tulis tajuk cm gini. tapi bukan ku pinta. memang namanya begitu. okek.

aku mencuba nasibn dalam cabutan bertuah tak de perasaan ni. kalau tak dapat tak pe, sbb empunya blog ni pon macam tak de perasaan ayatnya.. hehe

try perasaan baru. plak..

exam dan ragamnya

salam

entry kali ni aku nak khabarkan tentang exam. tgk tajuk pon dapat detact jugak kan. okey ini sebanarnya ragam Exam yang dihadapi oleh pelajar2, ini merupakan pandangan ku semata

study Week :
bermula study week, sudah ada ramai orang study. Libary, penuh, ruang bacaan, penuh, Fakulti, ramai, kolej (Foyer) ramai, kafe hampir ramai, dan boleh kata semua tempat ada orang la. semuanya rajin study.
dikala ini, bagi yang tak siap esaimen, masa inilah untuk menyiapkannya, bagi yang tak siap kerja-kerja masa inilah yg sesuai kerana tak de ganguan kelas. dan bagi yang nk balik kampung (mintak restu parents), masa ni lah yang paling sesuai. namun masa ini ku anggap hanya sekejap sahaja.

aku buat ape?

bermula Exam Week:

lagi ramai orang yg sedang study. makin ramai dari waktu study week. ramai orang yg sedang men'study'kan diri mereka. dengan pelbagai style dan ragam ada. ada yang berdua, bertiga, berempat, dan seterusnya. ada jugak yang sorang diri.

yang ditemani leptop, yang ditemani buku, ada jugak yg ditemani Ipod serta ada yang ditemani 'orang'. pelbagai ragam boleh dilihat, pelbagai ragam boleh ditonton. tapi masing2 busy utk study.




bile Exam dah Nak abis

banyak perangcangan yang aku dengar daripada orang2 yang berdekatan. ada yang nk travel, ada yg nk buat part time job, ada yg nk smbung bljar, ada yg nk g deting. tak lupa jugak ada yang tak nak pk menda lain selain exam. kan bagus begitu.

aku? fikirkan nak siapkan Latihan Ilmiah. exam kemudian fikir la.





Bila dah Abis Exam:

ini time paling best. tp ada jugak yang tak best. sebab bila abis exam, perkara utamanya kena la kemaskan bilik, kosongkan bilik, punggah barang masuk stor antar buku2 yg di pinjam (bagi yg belum la), hantar semua assignment (jika masih ada), sehingga last sekali hantar kunci kat pejabat serta hantar diri balik rumah.

bagi yang duk kampung (agak lama tak balik) sudah tentu ada rasa kerinduaan pada kampung halaman.

jom, sapa nak ikut aku balik kampung?



skrg ni:
aku dah nak abis exam rupanya. kalau masa sem2 lepas, terasa banyak giler paper sampai tak de masa nk rest, skrg ni paper dah tak banyak, tpi boleh tahan susahnya.


last paper : SKSE 3173 Sejarah Amerika Syarikat, 27 April 2010. mood study masih samar2, fokus utama nak siapkan Latihan Ilmiah

p/s: dah ramai yang dah abis exam, namun masih ramai lagi yang belum abis exam.

Friday, April 23, 2010

entry ini..pasal ape?

salam

okey. (this picture: Hafiz Hakimi). sorang anak bongsu dalam my family.

story pasal budak ni. dia ni macam budak @ kanak riang yang lain jugak, tpi terlebih riang daripada yang lain2. nakal dan suka-suki punya perangai yang tak dapat dilupakan. dah pandai jalan dan dah boleh berlari..cuma tak reti nak cakap lagi. (kecuali dlm bhasa yg tertentu).

sebenarnya aku nak bercerita beberapa kisah pada suatu masa dahulu, namun masih malas dalam penulisan ini. nampaknya bukan sekarang kot.


p/s: entry sal naget pun belum aku buat lagi.

esk hari sabtu... nak rest dari tesis, boleh kan...

Thursday, April 22, 2010

Nak jugak!!



nak jugak!

sila klik mama syafi jika anda pun nak jugak...

sekian

exam itu indah?

Salam

hari ini aku kembali ke dewan exam dengan perasaan yang excited nk jawab exam, bak kata Mr. Wady, aku tak sabar nk exam, walaupun study cam hampes je.

okey, tak mo citer sal exam, masa tak cukup, itu je yg aku boleh cakap.

hari ni, kiranya malam ni la, sepatutnya kena cari peluang untuk study dan siapkan part of thesis. dah jauh dah yang aku buat, tapi masih jauh lagi utk capai matlamat sebenar, menyiapkan tesis sebulum 5 Mei 2010. tak sabar nak siapkan... skrg ni waktu utk deting ngn tesis dan jugak buku. kepada kawan2, maaflah tak dapat nk lepaking bersama2 seperti dulu2.. harap2 lepas ni boleh lepak bersama... k :)

(gambar: sape taw kat mane?)

isu nuklear Iran boleh bace di sini. Dalam Exam tadi kuar jugak isu Balkan.

sekian.

Wednesday, April 21, 2010

pelik @ surprise?

sebelum exam, sepagi hari aku kuar mencari bekalan utk dijawab exam, semestinya alat tulis la (nk exam baru terhegeh2 nk beli), kemudian mencari bekal makanan utk mengisi perut yang mendendangkan lagu rindu exam. sesampai di kafe pusanika, tetiba terserempak dengan seorang pempuan yg macam ku kenal, kemudian dia melintas depan aku, rupanya cik sizuka, dengan kawan2 makan di kafe seawal jam 9.00 pagi, awal jugak tu, pastinya dia mengisi perut lebih dari sekali pada hari ini. (hehe, jangan marah ekr).

eh, tercerita banyak pulak pasal tu. kembali ke topik asal. pelik atau surprise!..

before exam, aku didatangi sakit perut yang luar biasa, dah masuk toilet 2-3 kali, still sama gak, perutku sakit sampai waktu petang-sangat-tak-suka. kawan aku tanya....


Mr. Doo: exam ni apa yg ko rasa?
Fathi : aku rasa sakit perut je. exam rasa macam tak de feel je..
(perbualan ringkas, tp panjang sebenarnya)


paper hari ni, sangat menarik!. sampai tak taw nak jawab apa, jawab ape yang ada dlm kepala je, yang penting berisi kertas tu. sangat surprise paper hari ni dengan feel perut yang sakit dan sangat surprise, akhirnya aku menjadi orang terakhir keluar dari dewan (bagi subjek tersebut).


cerita pasal entry pelik plak. yang peliknya soklan exam tadi dan kesakitan perut yang melanda aku. itu je pada awalnya, tapi masa pulang dari KTAMS, tetiba aku nampak seperti ada kepelikan di satu sudut. berdekatan dengan kolej Burhanuddin Helmi, ku lihat seorang perempuan seperti bercakap dengan seseorang, tapi tak nampak sapa temannya, lebih pelik lagi, dia berdiri dihadapan sebatang pokok (mushkil betul la). seperti bercakap dengan pokok...

(gambar: sekadar hiasan)

aku pandang berkali2, tengok dengan rasa pelik, akhirnya kepelikan itu terjawab, ku tahu apa yang berlaku sbnrnya, dia hanya menungu temannya di kawasan pokok tersebut. sesampai temannya, barulah dia beralih pergi. aiyak, hampir tertipu aku.

pelik kah?...



p/s: maybe tadi aku salah makan, len kali berhati-hati before makan.. huhu


p/s/s: aku dah ada naget baru, hehe.. nanti aku buat entry pasal tu..hehe

Monday, April 19, 2010

exam kembali

salam.

hari ini. hari Isnin, 19hb April... maka esok hari selasa, 20hb. ok. ada exam esok, 1st paper, PB (pilihan Bebas). mood study masih takde.. fikirkan tesis, tp paper esok...kena study jugak la.

tak pe, maybe jap2 lagi datang la mood study tu. lalala~


20hb April 2010
SKAD3253 Kedinamikan Institusi dan Pembangunan


p/s: tadi pagi aku bace blog (bukan 1, tp banyak) tentang perjuangan yg mula tercemar.. sedih pun ada.. kalau aku ada mood, mau saja aku buat entry pasal ni.

sekian.masa utk study di awal pagi..

Sunday, April 18, 2010

seperti mulakan kembali

salam.

hari ni aku cuba Update blog lagi..walaupun tak de semangat nk update pada awalnya.. pastu aku duk YM ngn sorang member aku ni, dah lama sangat tak jumpa, rindu pon ada. rindu sebagai kawan. ahakz!!

okey. back to story-today. hari ni aku hanya duk memperbaiki bab 2 yang masih mengalami masalah dalam penyampaian. rupanya revision aku tentang bab 2 masih kurang, jadi aku "seperti mulakan kembali" bagi penyelesaiannya. penat jugak kan. tapi takpe, kena kuatkan semangat.

kalau anda bijak bestari, dimanakah gambar ini di ambil?

now, kawan2 aku pon dah ramai yang pening utk siapkan tesis. namun aku masih men"struggle"kan diri utk menyiapkan tesis. semoga dapat menyiapkan dengan jayanya.


hari selala, 20hb April...paper pertama.. tak study ape lagi ni..huhu


kawan2 yang terlibat ngn exam...semoga dapat jawab dengan tenang.. :)

Friday, April 16, 2010

sebab perlunya Online

salam

beberapa hari sejak kebelakangan ni aku jadikan online bukan sebagai hobi yang best. sangat tak suka bile kerja tak siap, tp kena buat jugak. kalau tak siap tak boleh grad. huhu.

okey. apa yang aku nk kongsi daripada kekurangan keaktifan tidak online ni satu je, kerja aku banyak yang siap dan tadi aku sempat siapkan 1 bab lagi.. alhamdulillah (ada kemajuan). okey citer pasal tak online ni adalah satu penipuan la. aku ni kan jenis tak boleh tak online. paling lama pun 24 jam aku boleh bertahan tanpa online. jika tak...meranalah hidup.

antara sebab aku online...
  1. Untuk suka-suka dan kekadang utk cari idea2 baru..
  2. YM. aku akan on YM. sebab aku suka bukak YM, bukak YM dan tinggalkan seperti meninggalkan buku yg sudah digunakan di Libary. aku pernah tinggalkan leptop ni meng"online"kan YM aku, walaupun masa aku dah Hibernate..
  3. bace E-mail. selalunya email di baca dikala terasa bosan dan bila mana mendapat pengkhabaran drpd YM. (aku wujudkan notification dlm YM, bile ada org antr e-mail automatik aku taw. (antara sebab YM selalu ON, walaupun tuan dah OFF).
  4. Blogging. faktor ni dah berubah dari yg tgga pertama masa aku aktif berblogging ke tempat ke-4. bukan tak suka beblogging, tapi tak de masa nk buat entry baru. (semput masa).
  5. Facebook.. emmm.. dah kurang skit, study k. aku tak bace komen dlm fesbuk, just bace kat dlm e-mail (sbb tu bukak e-mail).
  6. You Tube- pun dah jarang bukak.
  7. itu je kot.

apa yang best sangat time online? jawapannya..





hanya tuhan saja yang tahu.



now aku update blog sebab dah lama rasanya tak de entry baru.

tetiba teringat pesan seorang ustaz "apa jua yang melalaikan hidup kita, maka ia haram"'.


p/s: tadi ingatkan leh jumpa Penyelia...rupanya dia tak de..huhu

Tuesday, April 13, 2010

The Red Shirt

Pasukan keselamatan Thaland bertempur dengan pendemonstrasi di tengah-tengah ibukota Bangkok, mengakibatkan 21 orang terbunuh dan lebih 800 cedera, dalam keganasan politik yang terburuk di negara itu dalam tempoh dua dekad ini.

Seorang jurukamera agensi beritaReuters adalah antara
yang terbunuh ketika pihak tentera melancarkan gerakan membanteras "Red Shirt" penyokong bekas perdana menteri, Taksin Shinawatra, yang melancarkan demonstrasi besar-besaran sejak hampir sebulan lalu.Penyokong "Reds Shirt" membaling batu ketika anggota tentera berusaha mengambil alih dua tapak demonstrasi itu dilancarkan, dengan menggunakan gas pemedih mata, manakala bunyi tembakan bergema di sekitar ibukota itu.

Mereka yang terbunuh, termasuklah 11 orang awam dan empat anggota tentera, demikian menurut pihak perkhidmatan kecemasan, sambil menambah, kira-kira 680 orang tercedera terkena tembakan peluru getah. Ia merupakan pertembumgnan politik terburuk sejak 1992, dan di Washington, Rumah Puteh menggesa supaya kedua-dua pihak - pendemonstrasi dan pihak keselamatan - supaya bertenang.

Kesan darah kelihatan di sekitar daerah yang bersejarah di ibukota itu, berhampiran Khao San Road, manakala ambulans kelihatan mengejarkan mangsa, manakala anggota tentera yang cedera diangkut dengan trak.

"Ia amat menakutkan sekali. Kami terdengar letupan dan orang ramai bertempiaran lari," kata seorang pelancong Israel, Sharon Aradbasson.

Khao San Road berubah menjadi umpama zon peperangan. Cermin kedai pecah manakala kereta pula dirosakkan.Ramai yang cedera kelihatan di jalan raya.Polis memberita wartawan bahawa pendemonstrasi telah menyalakan beberapa tong gas masak dan menggolekkannya ke arah pasukan tentera.


p/s: mudah-mudahan Malaysia terselamat daripada situasi seperti ini.

Monday, April 12, 2010

penat study dan sedikit gambar

salam.

entry kali ni, aku tak nak banyak2 cakap. aku cuma nk share 3 keping gambar yang di ambil di UKM. saje je nak tunjuk gambar2 ini.

spesifikasi gambar tersebut ialah:

kamera yang digunakan ialah Samsung ES17,
Pixel : 12.2 megapixels
mood : rajin, (",)



Gambar 1: laluan perjalanan KUO-Belakang Pusanika




Gambar 2: Disebuah taman di UKM... taman apakah?




Gambar 3: satu petang, matahari terbenam.. sangat memikat hati.. :)
terasa tenang melihat keindahan alam..


inilah antara hobi aku, dalam usaha melepaskan stress terhadap sesuatu yang berlaku. kan ke indah ciptaan Ilahi... marilah kita menghayatinya...

p/s: alam yg sebegini luas diciptakan Allah utk hambanya beribadah kepada-Nya..

Sunday, April 11, 2010

exam week datang lagi

exam dan study sudah tentu tidak dapat dipisahkan lagi. kini exam kembali lagi. kali ni aku start study lewat skit, nk fokus pada latihan ilmiah dlu. pastu baru fokus pada study. exam kali ni pon tak de lah terlalu banyak sangat, spt sem lepas wajib major sudah melebihi daripada kebiasaan.

kalau sebut exam week, that mean masa nk buat agenda selain study sudah habis, masa yang ada hanya utk study. nk lebih advance skit, siapkan segala serba esaiment yg ada. haish..cuma tinggal lagi satu yg belum setel secara total.

kalau masuk bab latihan ilmiah, masih banyak yang tak setel. nak siapkan sesuatu yg mengambil masa yg agak lama utk siapkan sepenuhnya. harap2 sempat siap sebelum hujung bulan ni. bersabar sangat2.

nk citer skit, during exam mood, masih terdapat jemputan demo* di Negeri Sembilan, boleh tahan la. ni disebabkan member punya hal, jadi aku pon tumpang la join this demo. dekat n.9, agak menarik sebab 1st time demo kat N.9 ni. walau bagaimanapun, masa lepas demo terus balik bangi, tak sempat nk round n.9. mybe lain kali kot utk aktiviti tersebut. (this picture: Bro Jai, yg jemput join demo kat Seremban).

satu perkara yang best tentang demo ini. aku dapat release tension yg bersarang dalam kepala sejak beberapa hari lepas, semua keluar time demo. hehe. bagus.

next week baru aku start exam. so masih ada masa utk siapkan latihan ilmiah serta study.

jadual exam. sem ni: (saje je nk tunjuk)

SKAD 3253 Kedinamikan Institusi dan Pembangunan
(20 April 2010)

SKSE 3123 Sejarah Antarabangsa
(22 April 2010)


SKSE 3173 Sejarah Amerika Syarikat
(27 April 2010)



time to study... study..study.. (penat study update blog)

nota kaki:

*demo : merujuk kepada demostrasi Silat Cekak Hanafi.

Friday, April 9, 2010

bila jumpa member tahun akhir (bhg 3)

kembali ke Entry ini.

bahagian 3 menyusul dengan gaya tersendiri. tajuknya Kehidupan Member thn akhir

Entry yang lepas, dah diceritakan dengan serba ringkas dan juga padat tentang sesuatu yg pelajar tahun akhir alami. okey berbalik pada story di bahagian 3. bahagian akan lebih menceritakan tentang kehidupan pelajar tahun akhir pulak. [klik sini utk bhg 1 & bhg 2]

kehidupan pelajar tahun akhir ni sama je dengan kehidupan pelajar lain, cuma ada sikit perbezaan. sama ada secara total nampak, atau samar2. apa yang aku story-mory di sini hanyalah berkisarkan dengan apa yg aku lalui atau member2 aku lalui.

perkara pertama berkenaan dengan kisah kehidupan ialah mencari seberapa banyak kenangan bersama. kenangan ni boleh dapat time dinner, time buat program, join program, melepaks dan sebagainya. ada kalanya kamera sentiasa di tangan utk merakam memori tanpa suara. dan ada kalanya ketika kamera tiada, telepon pon boleh digunakan.

kalau pasal mencari memori bersama, sudah ber"gigabyte" Hard disk digunakan utk simpanan gambar (tp dlm blog skit je masukkan gmbr, nanti lambat load). kalau pasal nak mencari kenangan, jangan kata berprogram, melepak ngn member pon boleh dapat, tapi tak sebanyak org yg sertai program, dan tak sebanyak org yg handle program.

kalau bab kenangan ni, perkara yg paling disukai ialah merapatkan hubungan member ialah dgn acara membakar-bakar (sama ada bakar ayam, ikan @ bakar tesis..hehe). acara yg paling dinanti la boleh dikatakan. [bakar sampai terbakar]

masuk bab kehidupan yg lain pulak. okey. berkenaan dengan kehidupan member thn akhir ni, satu yang aku nengok. diorang rajin study (kecuali penulis blog ini, yg lebih rajin update blog dr study). tak taw la apa yg distudykan oleh mereka. ada member sanggup study sampai jam 3-4 pagi. ada jugak yg study smpai tak taw mane istilah "malam". namun ini bukan sesuatu yg baru la. pernah satu hari aku duk ngadap leptop kesayangan ini, maka tgk2 dlm YM, fesbuk, ramai lagi member yg stay up smpai 3-4 pagi, ada jugak yg sampai 6 pagi. aku just sampai 3 pagi je.. tak larat.. hehe [tp ada jugak yg dilakukan oleh bukan member thn akhir, biasanya akhir2 sem ramai yg siapkan esaiment].

yang aku lagi best mendengar adalah dikala, hujung minggu member2 di akhir sem, terutamanya member tahun akhir yg mengatakan bahawa "matahari bermula pada jam 12 tgh hari". ada yag lebih advance lagi mengatakan "Ahad adalah hari tanpa matahari". [harap pembaca paham maksudnya]. pelbagai ragam boleh dilihat. pasal weekend.

kalau bukan citer pasal kehidupan member thn akhir, tak abis lagi la entry ni. hehe. nanti la aku sambung dalam entry lain pulak. bhg 4~berapa jam didepan leptop~

Thursday, April 8, 2010

bila jumpa member tahun akhir (bhg 2)

salam...

sudah sekian lama tidak sambung entry ini. kusangkakan aku akan sambung dalam masa seminggu dua selepas entry bhg 1, tapi rupanya tak sempat. aiyak, banyak sibuk la.

okey kembali ke tajuk. bila jumpa member tahun akhir ni, macam-macam la kerenah yang boleh dilihat. ada yang jalan tak pandang orang, ada yang jalan sambil baca buku, ada yang ushya2 awek, ada yg duk sibuk depan PC dan Leptop, ada yg masih boleh melompat dan bergembira, ada yang macam2 perangai lagi yang tidak di tulis tadi. aku, di mane?

aku di sini..menulis blog bagi orang lain baca. atau boleh kata menyumbang ilmu secara suka-suki, tanpa menghiraukan ada orang terima atau tidak, yang pasti aku memberi maklumat dan info yang aku taw. kalau aku tak taw, aku tak kan berbicarala tentang itu. bukankah itu lebih baik dari berbicara tanpa ada batas?. (sekadar peringatan)

okey, kalu time dinner, aku tak suka sangat untuk ke sana, lebih-lebih lagi jika terdapat tema tertentu. cth KUO punya dinner ari tu bertemakan fairytale (kot) so sudah tentu aku tak suka tema itu. jadi aku ambil keputusan lebih bijak, tak pergi terus... hehe, banyak keja lain lagi aku boleh buat okey.

ada juga satu dinner, tema bebas, yang dianjurkan oleh PPSM KIY, sebagai meraikan mantan PPSM, jadi aku dijemput ke Majlis tersebut. asalnya aku tak nak g, tapi di pujuk oleh seorang lelaki yg berbaju biru dlm gambar (sebelah kanan) dengan menggunakan ayat paling power utk aku... "bile lagi hang nak merasa org buat penghargaan kpd kita, kalau hang tak join, aku pon tak de mood nak g la, tak de hang = tak de keceriaan". (dalam hati aku, mengarut betul la member aku ni, kalau aku tak g pon, korang tetap pergi kan).. aku ni just part of ur life je.. si Wan ni selalu gunakan aku sebagai checkpoint nya utk event bersama. saje je nak kenakan aku.. tp anyway thanks jugak la utk Wan kerana beliaulah aku ke sana. ahaks..

lagi yang menarik di tahun akhir ini, makin hari makin tak de masa nk buat kerja, tapi petang2 aku masih boleh melepak bersama. ahaks, sempat tu. melepak me"rest tension" bersama member2 yg sudi. semalam sempat berjalan2, hari ni sempat melepak tepi blok, esk melepak di Arkib, lusa melepak di mana plak....hehe

kalau citer tentang arkib, aku dah banyak dah masukkan entry tersebut. malas dah nak citer panjang. kalau nak dapat yg lebih detail, sila rujuk tesis pasal arkib ni. yg diitulis oleh Nur Hafizah Md Hamzah, FSSK, PPSPS, 2009. kalau tak silap, tajuknya 50 Tahun Arkib Negara Malaysia , Peranan dan Sumbangannya. so, nak lebih rujuk di Libary Pusat (*PPSPS). kalau apa yang aku citer, just dari apa yang aku lalui je. sebagai contoh, utk akses ke arkib negara, pastinya kena melalui Jalan Duta, tidak jauh dari Masjid Negara.

di Arkib Negara, terdapat banyak bahan2 yang diklafikasikan sebagai sumber pertama (primary sources), sumber dan bahan2 yang terhad kepada bahan2 yang berusia 30tahun dan ke atas termasuk rahsia kerajaan, surat2 peribadi pemimpin dan sebagainya. namun tak semuanya boleh diakses dengan begitu ya. ada jugak yg dalam kategori rahsia, sulit dan top secret. (bergantung pada bahan @ peristiwa la).

alamak, aku sudah mengarut banyak. baik aku hentikan penulisan dulu. nanti aku citer tentang kehidupan pelajar tahun akhir plak. (insyaAllah)



nota kaki:

*PPSPS: Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, FSSK, UKM

Monday, April 5, 2010

rest tension @ Ulu Yam.....

salam

nampaknya aku masih belum sempat utk update blog. sejak balik dari Ulu Yam, terus terasa macam nak deman... al-maklumlah, kawasaan suhu sederhana dan sudah terbiasa tinggal di tempat yg suhu panas. suhu KL agak panas sejak kebelakangan ini, bangi pun turut terkena terkena tempiasnya.

di Ulu Yam, program yg dijalankan adalah suka-suki @ santai bersama Family Alumni Cekak Hanafi UKM. program yg sesuai utk org2 yang nak rest tesionnya masing2. sebelum bercerita dengan lebih lanjut, meh kita nengok sikit gambar di Ulu Yam...
pastikan makanan utk dimakan siap.. hehe (tugas QC ada di sini...)


masak-masak-makan


makan-makan-makan


mandi-manda


Okey, sebenarnya tidak la segempak mane pun program ni, kerana ramai ahli yang tak dapat join, so for sure kemeriahan berkurangan la.. tp yang ada pun dah cukup meriah. maklumlah dapat sembang2 bersama.

balik bangi je, terus rasa macam nak deman. huhu, tak pe, janji dapat sikit kegembiraan untuk terus menjalankan tesis. :p

okey... tutup cerita.. lalala~

Friday, April 2, 2010

tiada penghujung...

Salam Kembali..

kepada Reader my blog. hari ini aku nak sampaikan berita baik dan berita yang tak taw nk kate baek ke tak.. kisah bermula, berpandukan entry yang lepas, iaitu aku kate mungkin ini adalah demo yang terakhir untuk di UKM (mungkin) yer.

okey untuk berita yang baeknya, aku dapat rasakan satu perasaan yang cukup ceria dan gembira bilamana sudah abis berdemo pada jam 4.45 petang tadi. sungguh rasa teruja, terasa sungguh lega bila habis berdemo. mana tak nyer, lepas berkali2 training (berminggu2 berhari2), akhirnya dapat berdemo dengan cemerlang... cemerlangkah aku? hehe yang penting pelajar2 koke dapat markah hasil daripada persembahan yang mereka lakukan.

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan tak de masalah yang besar la, cuma sedikit masa teknikal yang berjaya menggangu konsentrasi aku. so agak marah...tp dapat di kawal dengan baeknya.

okey berdasarkan preperation, demo tersebut berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat oleh pelajar2 koke, dan aku pun tumpang gumbira lah utk mereka. tahniah kepada mereka yang sanggup berjuang habis-habisan. aku ni tak de apa2 pun dalam part tu, just tolong2 menambahkan demo menjadi lebih baek. hehe

aku selalu pesan kat student yang baru bljar silat Cekak Hanafi, belajarlah sampai tamat, nascaya kamu akan merasai kemanisannya.

pesanan Allahyarham Ustaz Hanafi kepada penuntut Silat pada suatu masa dahulu adalah "hanya 2 cara untuk mahir dalam silat, pertama melalui berdemo dan kedua mengajar. dalam demo dapat mempelajari apa yang tidak dapat belajar dalam kelas, tetapi mengajar akan menambahkan lagi berkat.. bak kata pepatah "what your give....u get back" atau maksudnya apa yang kamu beri akan kamu dapat kembali.... dan apa yg kamu dapat itu, bergantung pada apa yang kamu beri.

so kepada mereka yang mempelajari apa2 bidang ilmu, pastikan belajar sampai ke penghujungnya, tidak ada ilmu yang akan habis jika dipelajari...


"Satu Cekak Hanafi"


akhir kalam, kepada semua warga Ko-ke Silat Cekak Hanafi dan juga kawan2, member2 gud Luck for exam... exam dah dekat daa.. time to open book to study...

:)

mungkin yang terakhir....


tajuk ini...menunjukkan akan berakhirnya sesuatu. apakah yang terakhir itu?

dalam entry ini, khas aku buat untuk mengisi masa di pagi hari ni.. aku bukannya bangun di awal pagi, sebaliknya aku masih belum tido lagi sejak semalam. semalam sempat la aku semak bantu kawan aku dalam menyiapkan proposal tesis dia. so aku tak berkira sangat. lepas tu aku buat esaiment skit.. sedar2 dengar orang azan subuh. sengal. tak taw nk tido.

tapi tak pe, dimaafkan kerana aku dah tido banyak sebelum tu. siang aku hanya tido, tengah hari aku tido. cukup la dengan ganti dengan berjaga di waktu malam.. (beribadah dengan tesis).

okey, berbalik pada persoalan tajuk ini.. ia tidak lebih dan tidak kurang dengan aktiviti demo silat di UKM. insyaAllah hari ini merupakan demo terakhir yang aku join di UKM pada sem ni. sem depan kalau2 ada orang import aku join demo, aku turun la (bergantung pada keadaan la)

ini merupakan demo terakhir aku pada sem ini di UKM, sewaktu Minggu Festival seni UKM, anjuran Pusat Kebudayaan dan dijayakan oleh semua ko-kurikulum yang bernaung di bawah pusat kebudayaan. termasuk salah satunya adalah silat Cekak Hanafi. aku telah ditugaskan untuk membantu mereka semua menjayakan Persembahan Ko-ke mereka tersebut. oleh itu hanya doa dan iringan semangat daripada rakan2 sepasukan membuatkan aku lebih berani dan gagah dalam berjuang.

bak kata Almarhum Ustaz Hanafi "kita bersilat bukan semata-mata kerana silat, kita bersilat kerana Allah".


terima kasih kawan.


p/s: andai perjuangan ini masih panjang, aku mahu teruskannya...

jumpa lagi di lain waktu..

Thursday, April 1, 2010

1 April dan kisahnya

entry 1 April.. tak de apa yg menarik, cuma sering digambarkan sebagai April foll. satu perkara yang sangat tidak wajar disambut dan dirayakan. ini kerana sejarahnya... 1 april membawa satu malang petaka yang besar kepada umat Islam. kisah ini adalah selepas kejatuhan kerajaan bani Umaiyah di *Andalusia, Sepanyol.

lets story, kisah bermula setelah penawanan semula kota Islam di Andalusia, Sepanyol dan kota2 yang lain lagi. semasa penawanan semula kota tersebut, berlaku banyak kematian ekoran daripada berlakunya peperangan menentang tentera Kristian. hasil peperangan tersebut menyebabkan ramai orang-orang (Umat) Islam Syahid dalam perjuangan tersebut. namun masih ramai lagi yang hidup di situ.

oleh kerana pemerintah tentera Kristian (kononnya baik) memberi tawaran pengampunan kepada orang-orang Islam. iaitu pertama tinggal di negeri ini dengan dipenuhi dengan orang-orang Kristian dan yang kedua, pulang ke kampung halaman, atau mencari dunia lain (a.k.a. merantau ke tempat lain). tambahan pula yang tinggal tidak ramai, dan terdiri daripada wanita dan kanak-kanak serta orang2 tua, jadi mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan bumi Andalusia. disebabkan oleh janji daripada kristian, bahawa mereka akan selamat jika meninggalkan bumi tersebut, maka disediakan kapal untuk mereka keluar dari tempat tersebut...

mereka (orang2 Islam) menaiki kapal yang telah disediakan. dengan jumlah yg sedikit, sudah tentu mereka tidak boleh tinggal dalam komuniti bangsa dan agama yang berlainan. oleh itu, semasa mereka berlabuh keluar dari Sepanyol, kapal yang mereka naiki di bakar oleh tentera-tentera Kristian dan dibiarkan hanyut di laut lepas...

melihat kejadian tersebut, mereka semua melompat kegembiraan dengan menyebut "April Fool" beberapa kali sambil berkelakuan tidak senonoh. mereka dengan gembiranya merayakan "April Fool" iaitu perayaan umat islam dibunuh secara kejam.

itulah kisah "April Fool" yang mana pernah kalangan kita melakukan perkara yg hampir serupa, mengenakan kawan2 kita. sikap orang2 kristian ini menipu orang islam dan membunuh mereka semua. jika kita menyambut "April foll", maka kita adalah sama2 merayakan hari menghina saudara-saudara kita (umat Islam) suatu masa dahulu.

moral of the story, tak perlulah merayakan "April Foll", itu semua agenda Barat untuk menyesatkan kita dan menghina agama kita.


nota kaki:
* Andalusia merupakan salah satu wilayah di Sepanyol, yang berdekataan dengan Laut Mediterranean, spt dlm peta..

***aku jugak banyak terima versi cerita tentang April Fool, tp yg paling menghayat hati adalah cerita ini.

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails