Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Sunday, February 28, 2010

satu tazkirah

Salam Ukhwah

sudah lama aku nk tulis entry baru, tapi sejak sehari dua ni aku sibuk dan banyak keja (mcm sama je) elok sangat la tu.

sesuatu yang baek itu bukan datangnya daripada tempat yang baek2..betul kah? kadang aku fikir tak betul la menda ni. ish3. tapi kadang terfikir benda-benda begini baek jugak. seperti kata orang, dalam 1000 orang baek2, ada jugak yang tak baek, dan dalam 1000 orang tak baek ada jugak yg baek. (betulkah ayat aku itu?)

semalam aku diperdengarkan sebuah ceramah yang cuba mengupas sebuah kitab, al-Hikam, dalam kupasan-kupasannya penceramah itu cuba menekankan tentang peri penting kehidupan manusia di dunia ini utk menghambakan diri kepada Allah s.w.t. (sentap menusuk jiwa). dia juga berjaya mengupas tentang apa yang berlaku di dunia pada hari ni utk dijadikan panduan hidup.

dalam mukaddimahnya banyak menyentuh tentang isu semasa, seperti pemilikan Bom Nuklear oleh Israel, keinginan Israel utk membentuk Israel Raya (baru ku dengar), keinginan Israel utk menawan Dunia dan bandar utama orang2 Islam, dan satu ialah tentang Perang Suci. (kalau aku citer semua dalam satu entry ni, kompen xabis nk baca entry ni).


dalam banyak2 perkara...yang aku suka dengar ialah "kebanyakan kita sekarang ni tersesat di tengah jalan dan masih berpeluang utk kembali ke pangkal jalan".


p/s: jarang benar dapat dgr ceramah smpai touching mcm smlm.. (tetiba mcm nk insaf, tapi hati masih belum terbuka lagi)

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul

selamat menyambut hari kebesaran junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.

entry ini aku tak cadang nk tulis panjang2..just nk update buat followers dan rakan2 lain. ambillah iktibar dari kisah hidup nabi Muhammad S.A.W.

sehingga bertemu dlm next entry

sekian dlu..

Tuesday, February 23, 2010

hari ini dalam sejarah

salam..

hari ini memiliki sejarah yang tersendiri bagi diri aku. walaupun setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat adalah sejarah, namun hari ni agak pelik skit. apalah nasib badan.

hari ni aku ke FUU, mengkuliahkan diri di sana. hari ni aku g cari bahan di sana. untuk setelkan tesis aku. walaupun aku ada choice lain utk cari bahan, tapi aku suka cara menual, yang lebih memudahkan aku memahami keadaan sebenar. so kat sana banyak la aku jumpa bahan2 sama ada yang aku nak atau pun yang aku tak nak.

di sebabkan aku kuar lebih awal dari waktu makan, jadi aku mengalami kesukaran mengamati bahan. perut mendendangkan lagu klasik retro yang memikat hati dan mengancam telinga dengan bisikan hebat itu. lantas aku menghabiskan kajian aku di sana pada jam 2 ptg. kemudian seperti biasa aku kena amek bas utk balik. bas plak lewat dari waktu yg aku target, iaitu pada 2.30 ptg baru ada bas. jadual aku dah berubah dah. nak g FSSK plak kol 3. (rasa mcm sempat kot)

semasa perjalanan pulang, nak dijadikan cerita bas yang aku naek tetiba stop dekat Fakulti Kejuruteraan (FKAB) kerana masalah teknikal bas. so semua penumpang terpaksa "digugurkan" semuanya. kami semua terpaksa akur dengan tindakan itu.

tunggu punya bas, dah makin lewat. aku sampai bilik jam dah 3.05 pm, kiranya masih sempat lagi la aku nk g ke Pusanika dan jugak FSSK. dalam kol 4 aku sempat sampai di fak, jumpa kawan aku jap pastu kembali ke bilik pada waktu petang.

so moral of the story, kuarlah lebih awl utk ke destinasi...jangan percaya pada pengankutan awam.


p/s: bas ukm ni dah banyak yang tak sehak...tukar la yang baru.. hihi

p/s/s: hujan diwaktu petang... tak leh joging.

Sunday, February 21, 2010

aku ingin mencintaimu...setulusnya

salam...

tajuk post aku ni agak pelik sikit, sebab ini kali pertama aku masukkan tajuk lagu yg aku terpukau dengan liriknya sebagai tajuk entry aku. so aku nak kongsi gak ngn korang semua tentang lagu ni. walaupun aku baru sahaja meminatinya.




Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU


Reff:

Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi


album: Muhasabah Cinta
Edcoustic


bila aku menghayati bait2 ayatnya, aku mula menyedari bahawa lagu ini bukannya utk membuktikan cinta kepada Manusia... tetapi cintakan Ilahi. cinta kepada yang ESA.


so kredir for shida krn perkenalkan lagu ini utk aku.

Thursday, February 18, 2010

edisi terkini

salam

okey, salam aku sempat bercerita hari2 yang sibuk. sama seperti hari2 semalam, hari pun agak sibuk jugak, tapi tak seperti semalam. hari ni tak de kenduridan tak de program, cuma sibuk menguruskan hal ehwal adik aku yang baru dapat masuk MRSM. wah, penat nk setelkan.

adik aku mendapat tawaran masuk MRSM Besut, yang mana tidak lah sebegitu jauh dari kampung halaman, so every week boleh la kalau nk g tengok dia (terutamanya family aku la) aku ni perantau sepi yg duk jauh.

sebenarnya aku lebih sibuk kepada menguruskan dan menjaga budak kecik ini (gambar) yang bertindak luar biasa di kala rasa bosan. terpaksalah aku bersabar dengan kerenah budak kecik ni.
budak ini diberi nama Hafiz Hakimi (a.k.a. Adik) harap2 yg ni adik bongsu aku la. haih. masih kecik, belum masuk 2 tahun. kalau dah masuk 2 tahun nanti, entah apa la pulak perangai dia ni. agak2nya nak kena sekeh kot. haih.

Hafiz Hakimi ni agak periang dan suka main2 di kala org bz, kalau tak de orang yg tengok2 kan dia, huh, merata tempat dia akan pergi. kalau tak de orang control dia, tak taw la mane tempat yg dia tak akan pergi. bak kata pak cik aku "biasa la budak, kalau tak nakal tak jadi budak" haih, macam2 la.

ok, bercerita tentang budak ni, satu hal yang aku heran dgn dia, dia ni suka minum air, kalau segelas dua tu kejap je. dah tu dalam masa sejam 2 lepas tu mintak air lagi. tak ke haru aku dibuatnya. semasa aku duk temankan family aku register adik aku, tetiba si budak kecik ni buat hal. merenggek..so aku bawak la dia pergi kat kantin kat situ ada la air, than aku bagi la dia minum air. segelas...kemudian..mintak lagi. dalam sejam kemudian mintak lagi. kuat betul la budak kecik ni mintak air.

lagi satu tabiat dia yg sukar aku lupakan ialah dia ni tak leh jumpa tangga yang tinggi. asal nampak tangga pasti nk panjat. aku pun tak reti nk cakap cmner kat dia. suka sangat naek tangga, memang budak la. haih..sabar yer fathi...sabar.

dan seperkara yang kebiasaan berlaku pada budak, bile nangis...PUJUK la sendiri. tak daya nk pujuk.haha


p/s: tahniah kpd adikku yg dapat MRSM.


the story about boy in photo...

Wednesday, February 17, 2010

akhirnya...

salam

akhirnya aku berjaya update blog pada malam ini, walaupun penuh dugaan dan cabaran. segala dugaan dan cabaran berjaya dilalui dgn selamat.

sepanjang cuti ni, banyak kenduri kawen sama ada yang aku pergi (attend) atau yang aku tak sempat nk g. maklumlah terlampau banyak. semalam seharian aku menguruskan majlis kawen sepupu aku, penat boleh tahan la, smpai nk bt kerja utk hari ni pun tergangu. akhirnya sepupu aku dah berjaya menamatkan zaman bujang. tahniah utk beliau.

gambar: En Mamat bersama isterinya dan mak cik aku.

sepanjang majlis yg berjalan dengan lancar, tak de masalah yg dihadapi. aku hanya jadi runner dan jugak jadi penyambut tetamu dalam majlis tersebut serta extra tugasan iaitu menjadi org yg memberi gift..

semasa pemgantin sampai, tetiba aku jadi kamera men plak, macam2 la, aku tak rancang pun nak jadi kamera men yg proper, walaupun dah memang bawak kamera utk majlis tersebut. saje2 bawa kamera utk kegunaan di masa majlis.

dan tugas aku yang terakhir di hari tersebut ialah mengemas halaman rumah selepas ditinggalkan. nasib baik la aku tak jadi tukang cuci pinggang dan juga gelas. kiranya aku masih terlepas dari bencana tersebut la. haih. nasib baik la aku boleh balik awal, kalau tak, mau nya kesian sama tubuh kena setelkan semua kerja yg tak beres lagi. apapun yang selebihnya serah kat pengantin baru, biar diaorg setelkan.


esk hari yang sibuk jugak kah? harap2 tak sepenuhnya.

nanti aku cuba2 update blog yg terkini.

Wednesday, February 10, 2010

dah lama dah...

salam


rasa macam dah lama tak update blog. tak sempat nk update. kurang sehak dan juga kurang masa. (masa 24 jam sehari, tpi aplikasi dalam kehidupan tetap 24 jam jugak kan?

dah lama rasanya tak balik kampung. nak balik jugak. tapi terawal la kalau balik malam ni. tapi malam ni je ada tiketnya. (balik je la). mood tak de, apatah lagi ngn semangat nk balik.

dah lama tak jumpa family, kalau balik, boleh la jumpa ngn diorang. tapi walauapapun, malam ni, insyaAllah nk balik jugak.

kalau ikutkan kerja aku, aku tak nak balik, sebab kerja banyak sangat, tapi mak aku suh balik dah. nk kena setelkan beberapa kerja kat rumah. banyak jugak kot.

apahal pun, malam ni aku nek bas *laju*..haih..sabar je la...

cuti ni panjang...

Saturday, February 6, 2010

Kem Motivasi Nur Kasih Penyayang (NURI)



Kem Motivasi Nur Kasih Penyeyang (NURI)

aku join program ni atas alasan nk tolong kawan2 aku. sebenarnya ikutkan hati aku, tak nak la aku join, tapi bile tengok kawan2 aku, rasa macam perlu je tolong diorang. aii..

okey je program nyer aku just tolong tangkap gambar2 program ni. bermula petang semalam sehingga esk tengah hari. seperti biasa program berjalan dengan lancarnya.

tapi ada satu benda yg berlaku pada aku, menyebabkan aku terpaksa menggung penderitaan. haih, harap2 kejap je. haha (tak cukup tido)

anyway program ni best. alhamdulillah, selamat berlajan dengan lancar sehingga hari ini.

p/s: harap2 selepas ini bertambah okey.

sekian.

Friday, February 5, 2010

banyak...tapi tak padat

Salam

2 hari tanpa Update blog. kini kembali menemui anda. bersama dengan satu kisah baru. Semalam aku ke Arkib Negara Malaysia utk mencari bahan2 yang berkaitan dengan tajuk tesis, saje je nk cari bahan lebih. (sebenarnya aku dah tak taw nk tulis apa). aku lebih banyak menulis kerja2 yang tak setel daripada mencari bahan2 baru. aku hanya order beberapa bahan je utk buat tesis. sebenarnya kalau aku tak pergi arkib pun, aku masih boleh akses bahan, tpi disebabkan akau ni malas nk cari bahan (a.k.a. berebut bahan di PTSL) aku terpaksa g arkib. buku asyik tak de je. entah bila nk hntr pun aku tak taw. aii..

sejak 2-3 minggu lepas, ada la member aku ajak join program Di Perak, begitu jugak dengan program di UKM ni sendiri. banyak la pulak programnya. tak taw aku nk g mane satu. sampai ada 3 program serentak utk weekend ni. (macam terlampau aktif je). kalau ikutkan aku pada zaman aku muda2 dlu (skrg dah tua skit dr dlu) aku tak kan pergi semua program kecuali program yg di buat dekat @ aku merupakan orang penting.

sejak aku masuk 3rd year ni, tak banyak aku aktif persatuan. semuanya dah nak AGM, jadi boleh la turun pangkat lepas ni. nk jadi yg besa2 je. (macam tak sabar nk lepaskan jawatan). jawatan aku yang paling tinggi pernah aku capai adalah selaku Timbalan kepada Ketua dlm organisasi. tak penah jadi boss, tak penah jadi SU. (walaupun aku pernah lobi utk jadi SU, tp gagal) apa la nasib, rupanya nak bagi jawatan yang lebih tinggi dari SU.

berbalik kepada kisah aku. semalam aku cuba baca buku2 tentang sejarah Amerika Syarikat, tentang penglibatannya dalam Perang Dunia Kedua. namun pada jam 9.10 malam, aku dah rasa sgt mengantuk. jadi aku tido awal la utk bangun awal. kan bagus begitu. sempat la aku bangun kul 4 pagi. walaupun tak de buat apa, tapi okey la dapat rehat panjang.

next week aku kena antar 2 assignment yang memerlukan aku banyak membaca dan mencari banyak maklumat. satu hapa pun tak siap lagi ni.


p/s: nk buat assignment, tapi nk jugak join program...boleh kah?

Wednesday, February 3, 2010

macam nak je

salam

sudah siap @ belum siap

komform la belum siapkan.

apa yang siap. kerja selain daripada tesis dan jugak assignment yg berlambak. tapi masih sempat update blog. mengarut ke hape. sejak aku g program ari tu, yang tinggal belum siap lagi report program, assingment aku, kertas kerja (a.k.a. seminar), tesis dan juga beberapa perkara lain lagi.

skrg ni jam 5.30 pagi. aku sudah bangun utk buat kerja.. tpi yg siap hanya sikit je. yg pertama utk dihantar pada semalm (expire dah) dah siap antar. yang esk? emm byk lgi.

rasa macam nk je tulis entry ni panjang2 tapi tak de idea la pulak, tak de ape nk tulis rasanya. aiii.

adakah hati aku masih di Pangkor? atau adakah hati aku bersama member2 silat Cekak Hanafi? atau di mana hati aku berada. mood aku tak datang lagi utk siapkan kerja. macam susah je nk dapatkan mood kembali. ni mesti gara2 terlebih seronok di Pangkor. walaupun kurang rehat dan banyak kerja.

satu perkara yg pasti aku ingt ialah sewaktu Jungle Trekking, aku rasa macam letih teramat sgt, sedangkan group depan aku tu okey je, laju je naik bukit, apsal aku rasa tak kuat utk hadapinya? setelah aku kaji, baru aku sedar bahawa faktor kekurangan tido (rehat). aku tido malam kul 3-4 pagi, (kira awal la tu) pastu kol 6 dah bangun dan bersiap2 utk menjalankan aktiviti subuh.

nasib baik la utk hari kedua tak de yg solat subuh sebelum waktu. (kalau hari pertama ada la sorang member ni solat subuh sebelum azan subuh berkumandang. nak buat macam mana, dah terlebih terror kot.


okey la. next entry aku cuba cerita lagi kisah2 yg best.

Tuesday, February 2, 2010

mandikan kucen

salam.

tadi sewaktu aku pulang dari pusanika selepas bertemu dengan beberapa orang rakan, aku sempat melihat 3 orang lelaki sedang memandikan seekor kucen. kucen itu sungguh cantik (a.k.a. comel) berbulu lebat dan kaler pun cantik jugak la. nk je aku tangkap gambar kucen tu. tapi masa kucen tu kena mandikan oleh golongan lelaki tersebut, bulu2 nya yang cantik tak kelihatan cantik.

okey la. bercerita kisah kucen ni, aku masih ingat lagi masa aku stay kat KIY, (Kolej Highlander), suatu hari member aku (jiran aku) memberitahu bahawa ada seekor kucen yg baru melahirkan anak. terdapat 2 ekor anak kucen itu. satu kaler putih dan satu lagi kaler kuning-kuning oren macam kaler kucen la (gambar). nama kucen tersebut setelah dipersetujui, nama kucen tersebut ialah "Naget". Naget ni sangat nakal dan selalu buat aku rasa mcm nak gigit2 kucen ni.

satu hari kucen ni telah masuk ke bilik member aku sewaktu aku dan jiran aku nk keluar. dengan selambe si naget masuk ke bilik member aku dan siap lepak atas karpet lagi. aii, melampau tu. aku pun tak penah tido atas krapet bilik member aku tu. (sebab bilik aku sebelah bilik dia je).

satu hari aku tengok kucen tu macam dah lama tak mandi, busuk dan sebagainya. jadi aku amek kesempatan utk mandikannya. aku mencari shampoo yang sesuai, kemudian aku tangkap naget dan terus mandikannya. (bagus sangat2). pastu aku biarkan ia kering sendiri.

kemudian aku jumpa jiran aku, aku bagi taw dia, yang aku dah mandikan Naget. dan dia pun gelak mendegar cerita tersebut.

tapi sayang, Naget telah menghilangkan diri sewaktu dia membesar, naget pergi meninggalkan aku. (tak pe, aku tak kesah pun) dah ler kucen yg lagi sekor kaler putih menghilangkan diri masuk ke blok pempuan. biarkan lah...


p/s: sayangilah kucen, kerana ia juga makhluk tuhan.

Penat dari Pangkor

salam kembali

sudah kembali dari Pangkor. tetiba dapat deman selsema dan disertakan dengan batuk2. aii, nasib kurang baik la tu. penat tapi seronok. haha

semasa aku nak naik bas semasa nak balik, driver bas tu tanya aku soklan.... "cm ner best?" aku hanya menjawab dengan senyuman, "penat" sambil gelak2 bersama driver bas tersebut.

aku tak pernah mengalami kepenatan sebegitu pada sebelum ini. walaupun aku pernh sertai pelbagai program lasak sebelum ini, tapi inilah yg paling lasak yg pernah aku lalui (mungkin) la.

sepatutnya aku dah boleh update blog smlm, tpi disebabkan aku menghadapi deman, maka terpaksalah tangguhkan kejap proses mengupdate blog. jadi entry ni aku nk kongsi gambar2 berprogram di Pangkor.

apa yang aku beli masa kat Pangkor? rasanya tak de ape, sebab tak de masa nk shopping. jadi aku hidangkan gambar2 aktiviti disana utk tatapan bersama. "sharing is Caring"

Dalam barisan

senaman pagi


tepi pantai


teknik memprotect diri di dalam air

Nak balik daa..




semoga boleh ke sana lagi...
P/S: banyak aktiviti yg tak sempat aku nk buat.

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails