Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Monday, June 28, 2010

aku di Wide Field

salam kembali.

kampung lamanku. aku dah tiba. tepat jam 12mlm semalam, aku sampai sini. angkut barang dari but kereta dah siap2 semuanya dah dekat 1230mlm. dah lewat. nk mandi, rehat, tido, msg membr2...wah banyak la pulak.

my dad (ayahku) datang amek aku kat Bangi semalam, sesudah dia antar adik aku kat Jengka, UiTM Jengka. jadi alang2 sampai Jengka, why not terus ke Bangi. amek aku. hehe (ni pun dah puas berdiplomasi dengan akak aku pasal ni).

masa nak kuar dari Bangi, akak aku tanya, mane tempat makan yg best, sedap dan murah (nak jugak yg tu). jadi aku pun bagi la suggestion tempat makan yg baek punya.

kuar dari Bangi terus balik ke Besut, around 3pm sampai 12pm [perjalanan yg panjang] banyak stop n nak kuar KL ada kesesakan lalu lintas (Jam gitu, panjang dekat 1jam).



p/s: dalam keta tu: ada semuanya 6 orang (termasuk aku n hakimi)

nota kaki: wide field is my hometown

Saturday, June 26, 2010

exam itu malang?

salam kembali.

okey, semalam merupakan exam final (InsyaAllah) dalam sejarah pembelajaran di UKM. sudah 3tahun menempuhi exam dan dah bosan dengan mane2 exam yang pernah ada.

short sem (pengajian dlm semester pendek), memerlukan komitmen yg tinggi khususnya dalam hal-ehwal yang berkaitan dengan study. malas = masalah besar yang di hadapi. dalam masa 2 bulan, semua silibus perlu di khatamkan. (kejapkan, berbeza dengan semester panjang, 14 minggu kuliah). okey, aku tak nak bincang tentang itu. yang penting, exam semalam dah abis (ari ni balik kg).

semalam exam, malang nasib diri. aku g exam tumpang member. jadi satu kisah yang menarik nk dikongsi bersama, masa nk g exam tu. tetiba hujan lebat...lebat (seakan tak nak berenti) aku tunggu...tunggu... 20minit, 15minit, 10minit, 5minit...(dah tak tahan) lantas, terus g jugak exam.

hujan - exam = basah (kuyup), bile sampai dewan, tgk semua org dah tak de kat luar dah (dah start menjawab kot), aku (dan member) basah-kuyup, pak Guard suh masuk cepat2. aku masuk. jaket yg aku pakai, aku letak kat kerusi (tak tahan-sejuk-jaket dah basah), air minitis-nitis dari jaketku..(seakan-akan nak berlaku banjir kecil). tapi takpe, yg penting sampai dewan exam, dapat jawab exam. (fine).

tp kan. soklan exam agak susah, sukar mendapatkan jawapan yg jujur (kalau soklan objektif, jawapannya men dadu, klu yg subjektif....jawapannya = mengarut-mengapu). tapi kan, exam itu indah.

p/s: len kali, prepare awal, pastikan segalanya siap, kalau dah nampak hari nk hujan, pastikan sampai awal di medan exam. (pesan pd diri sendiri gak)

Thursday, June 24, 2010

Janji dan Sumpah Iblis pada Wanita

Salam bersua kembali. kembali dengan entry baru, berkenaan dengan wanita. emm. dah kali ke berapa entah aku kuarkan entry tentang wanita ini, tp yang ni lain skit, ia berkaitan dengan Wanita dan Iblis..



Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.


Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

sumber : I Luv Islam

p/s: samalah kita mengambil podoman daripada artikel ini.

itu hak orang....hak sapa?

salam.. bersua kembali

ku punya cerita, cerita tentang Qassim, yg suka lepak, (spt kesinambungan daripada entry lepas) kisahnya begini.

satu hari sewaktu lepak di ke kedai mamak, Qassim bersama Bob n da Geng makan2, dan borak2 kosong. dinyatakan dlm cerita tersebut, sewaktu membayar jumlah makanan yg mereka makan, tetiba berlaku satu hal.

si Bob suh kira dia punya... pastu masa kira tu, berlaku satu kesilapan kiraan yang mana kurang drpd sepatutnya. jadi Qassim n tha geng (bersama bob) mencuba conggak kembali.. ternyata jumlah yg dibayar kurang seringgit. Si Bob sekali lg panggil tukang kira2 tersebut.

ada seorang ahli berkata, "ape ke jadahnya ko nk kira kembali, dah 2 kali dia kira salah...kira yer je la dgn apa yg dia bg".

lantas beliau menjawab "aku takut terambil hak orang lain"

Qassim pun terkedu jap, betul jugak kan. hak orang lain.


berdasarkan kisah ini. aku dapat simpulkan, bahawa setiap org berhak ke atas hartanya. harta manusia ini pulak, bukan suka-suki kita boleh jadikan harta kita. itu hak orang lain.

perkara yg hmpir sama pernah terjadi pd minggu lps, pd diri aku. aku ke Libary, lepak sambil study. aku pun nk g jual Kad Fotostat (kad utk pengguna PTSL shj). masa ak g jual kad tersebut, dia bg balik deposit kad tu, dengan harga RM 4.00 (di sini sedikit kemuskilan, dulu aku beli dgn harga RM 13, pastu aku guna RM 10, sepatutnya RM 3 je aku kena terima).

lalu aku sekali lagi g jumpa tokey kedai tu, tak puas hati la konon..

Fathi: Encik, sy rasa pelik la.. mane boleh cik byr sy RM 4, sedangkan sy beli dulu RM 13, guna 10...jadi sepatutnya RM 3 je.
Tokey: dik, dlu adik beli dgn harga brape?
Fathi : RM 13...
Tokey : (termenung sekejap) masa beli dulu dgn company lain kan?
Fathi: ha'ah, sy beli ngn company lain, masa tu harga dia RM 13.
Tokey: ingat tak, masa tukar kad dulu (kad Fotostat) adik kena bayar lagi RM 1.
Fathi : Diam sejenak, ha'ah. ada2.
Tokey: itu pasal la sy bg RM4.
Fathi: ooo.. ok, (ingatkan RM1 tu cas perkhidmatan), rupanya harga Kad baru. anyway, terima kasih yer, sy takut terambil hak orang lain je.

lepas tu, aku kuar dari kedai Fotokopi itu, jumpa kawan2 smbil study.


okey. ini kisah hak orang. hak orang bukan hak kita. jangan suka-suki jadikan hak kita. tak baik, dosa. aku belajar dr seorang guru ku tentang hal ini. guruku menyatakan, klu hak orang, jangan ambil. dulu aku suka ambil hak orang lain (curi la gitu), sbb tu hati jadi hitam. harap2 lepas ni aku tidak ambil hak orang lagi..


hak orang bukan hak kita!

Tuesday, June 22, 2010

tolong anjing tersepit - nanti kena gigit tak?

salam.. bersua-kembali, sesudah melihat blog aku ini bersawang. jadi aku punya nak bercerita la sikit. barang-kali ia cerita benar - barang-kali ia cerita yg di edit. moh kite layan.

dlm citer ni watak utamanya adalah Qassim,

hari-harinya tinggal di bumi ini sudah tidak lama lagi, bumi ilmu ini harus di tinggalkan untuk meneruskan kehidupan di tempat lain. seperti biasa, beliau menulis dan terus menulis - kisah sebuah kehidupan dalam lipatan sejarah hariannya. di kala sepi, teman-temannya memeriahkan suasana. di kala gumbira, teman-teman ada bersama. Dia membaca-dan-terus-membaca, kisah-kisah tentang kehidupan di dunia. lantas bertemu dengan sebuah cerita tentang padanag pasir. kisah wanita bertemu dengan anjing kehausan di padang pasir. (pastinya ramai kalangan anda sudah taw tentang cerita ini)

diceritakan kisah itu : seorang pelacur (perempuan) yang sedang berjalan di padang pasir, mencari setitis air untuk di minun, kemudian beliau sampai di sebuah telaga (dlm istilah di padang pasir, merujuk pada lopak air yg punyai mata air) [se akan sumur]. lantas wanita itu mencebok ke dalam perigi itu utk mengambil airnya. kemudian datang seekor anjing yang kelaparan dan kehausan, juga nak dapatkan sedikit minuman.

wanita itu sekali lagi mencebok air dan beri pada haiwan itu. haiwan itu tidak pula menggigitnya, sebaliknya Allah taala memberikan petunjuk dan hidayah kepadanya. sehingga beliau meninggalkan pekerjaannya sebagai pelacur dan hidupnya dihabiskan utk beribadah kepada Allah. [jasanya hanya menolong haiwan yg terdesak, dgn hati yg ikhlas].

berbalik pd kisah Qassim, dia sedang lepak dlm blik spt biasa bersama rumatenya. kemudian datang seorang lelaki (bangsa berlainan), mengetuk pintu bilinya.

lelaki itu berkata, U boleh tolong I, kunci bilik I rosak..
Qassim dan Rumatenya : rosak, meh kami tengok.

lalu kedua-dua orang ini pun melihat keadaan itu, dicuba dan mencuba, akhirnya pintu bilik itu boleh bukak jugak. fine selamat la si lelaki itu.

seperti biasa Qassim dan member dia selalu lepak-lepak. di suatu hari, di kala lepak, mereka meninggalkan jug air di ruang tamu, bagi memudahkan sapa yang bangun awal pagi boleh belasah air.

tapi pagi itu, dlm jug air tu, air dah abis, jadi sape2 pun boleh belasah jug air tu. aiyak.

nak jadikan cerita, pagi tu Qassim tengok jug air tersebut dah tak de, barangkali kena kebas dan kena curik oleh sape tah. merana kejap nak isi air pakai ape.

dalam beberapa jam kemudia lelaki (bangsa lain yg di ceritakan itu muncul sambil memegang jug air tersebut), dan beliau berkata :

ni jug air U punya kan, I pinjam jap....

nadanya bersahaja, tanpa rasa ada penyesalan, mahupun tanpa ada kata2 manis, tanpa ada keizinan, terus amek dan bawak lari..lbh kurang macam tu. Qassim yang waktu itu berada bersama rumatenya berkata *&^%$#%&( dasar tak kenal budi!

petang tu diorang lepak (Qassim dan membernya), pastu dinyatakan bahawa jug tersebut dah tak de, kena kebas..semua member-membernya melenting dan berkata dgn nada yg bising.

pastu Qassim pun bagi perumpaan.. korang rasakan, kalau ko tolong anjing, anjing yg hina tu ingat tak kat jasa korang?

Qassim berkata : ini lah manusia, kalau kite tolong dia, habis ngn kite skali kena, tak logik - tak bagus [dlm nada marah + sakit hati].


p/s: fikir-fikirkan lah sebelum bertindak.

Friday, June 18, 2010

Pencetus Perang Dunia Pertama

cawan-dunia

Perang Dunia Pertama (PD1 - 1914-1917) tercetus di Eropah oleh kuasa-kuasa Besar. Punca utama atau sebab segera berlakunya PD 1 adalah disebabkan pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary (diharap pembaca tidak terkeliru dengan Australia). disebabkan pembunuhan terhadap Putera Mahkota A-H, kerajaan A-H mengesan dan mencari pembunuh tersebut (kes ini merupakan pembuhan terancang).

Hasilnya, kerajaan A-H berjaya menangkap org yang terlibat dlm kes tersebut yg mendapat bantuan dan latihan daripada Serbia. (itu maksudnya Serbia merupakan Dalang dalam kes ini). Kerajaan A-H menghantar tuntuan kata dua (turuti @ perang) terhadap kerajaan Serbia. namun Serbia yang mendapat sokongan dan back-up drpd Rusia (Rusia juga kuasa besar). Serbia tidak membalas tuntutan tersebut.

A-H mendapat sokongan (partnership) Jerman (juga kuasa Besar dunia pada masa itu). jadinya mudahkan cerita [sapa musuh A-H = musuh Jerman]. serbia musuh A-H, maka dia juga musuh Jerman.

jadi nak dijadikan cerita, perang dunia 1 boleh tekan link je. hehe

apa yang aku nak sampaikan sini, malam ni, ada game

June 18, 2010 @ 8.30 Malam

Germany vs Serbia

kalau tanya aku, ini adalah musuh tradisi, musuh yang menjatuhkan Jerman dlm PD1 dan melenyapkan empayar Austria-Hungary. jadi, jom layan bola.

hidup ini biar taw skit ttg sejarah sebelum menyokong penuh..

Monday, June 14, 2010

RM 50 sedang terbang

salam kembali.

RM 50 sedang terbang di laman blog ini, cepat2, sementara masih ada masa. silalah join this contest, insyaAllah dapat..

RM50 untuk dimenangi, Join sekarang!


semoga barjaya

p/s: sebarkan pada yg lain2 jugak

Sunday, June 13, 2010

Contest Dialog Kitty di R4T

Contest Dialog Kitty di R4T





kali ini aku try buat entry khas pasal contest ni. nak mencuba, tapi aku ni, macam biasa, malas nka menulis. jadi aku buat entry ringkas lah. contest ini aku dapat semasa dia (rumah tingkat 4) masuk ke blog aku. dan tinggalkan link di blog aku. okey, senang je syaratnyer. buat entry pasal dialog di atas.


dialog A: klu aku menang contest ni, aku belanje ko rotikaya, nak?

dialog B: ?? bagi ler sate ke, chicken chop ker...baru kelas gitu..


okey, nak lebih lagi, sambung sendiri entry ni. kalau berminat nak join, klik link. tarikh tutup pada 25 Jun 2010


bicara pungguk pada bulan

pungguk sedang berada di atas tunggul, menanti kemunculan sang bulan...namun tak kelihatan, sang awan kelabu menutupi sang bulan.

pungguk menjadi serba salah...nk tanya khbar sang bulan, tapi tidak timbul kekuatan. rasa bersalah pungguk pada sang bulan menebal... Pungguk ingin berbicara seperti biasa dengan bulan (di atas tunggul), namun tak sanggup kerana pungguk taw tentang bulan. oh bulan, maafkan pungguk.

[entry separa jiwang]

pungguk dan bulan

Saturday, June 12, 2010

Adik vs Abang

bile adik jumpa abang...maka


kali ni edisi khas piala Dunia, bermula!. perlawanan bola sepak tadi, Afrika Selatan vs Maxico, seri 1-1. sama-sama mantap, sama2 best.

Sudah tentu ada yang menarik dalam yang menarik. pertembuangan adik-abang pastinya membawa perlawanan yang lebih menarik. sapa abang dan sapa adik?


June 12, 2010 @ 3.30 pagi | Group Stage Group C : at Royal Bafokeng (Rustenburg)

England vs United States


ikutkan sejarah [mentang-mentangla org sejarah] Britain (England) merupakan abang kepada Amerika Syarikat. Britain punya power pada suatu masa dahulu sangat disegani dan ditakuti. kuasa tentera lautnya merupakan yang terkuat di dunia. Selepas Prg Dunia 1, Britain masih lagi memegang title sebagai kuasa penjajah yg paling hebat (hampir setiap benua ada negara yg dijajah Britain).

Britian merupakan abang kpd Amerika Syarikat. namun selepas Prg Dunia Kedua, peranan Britian mula diambil alih oleh AS.

namun sampai ari ni, Britain sentiasa mengikut kehendak AS dlm apa jua keadaan. [adik dah ikut abang daa]... tp dlm bidang bola sepak, belum lagi, mereka masih bersaing. jadi, marilah saksikan bersama.


pastinya satu perlawanan yang menarik.


p/s: aku ni merapu je, bkn nak buat entry sangat.

Thursday, June 10, 2010

Iman Semut vs Iman Manusia

entry ini pernah diterbitkan [klik link]


IMAN SEMUT...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".


Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di "interview" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian: Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".


RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL


p/s: macam mane diri kita yer?

Wednesday, June 9, 2010

Keistimewaan Wanita dan Wanita Malang

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

dicedok drpd : jelajah mencari jalan

Saturday, June 5, 2010

perlukah sebuah pilihan utk dipilih?

kembali menulis. kpd pembaca sekalian, semoga anda berada di dlm rahmat tuhan pencipta sekalian alam...bisakah anda memilih jalan ini?


hari ini aku ingi menulis lagi menulis tentang apa yang perlu dilakukan jika terpaksa memilih lebih dari satu perkara sama ada utk dikerjakan atau utk diusahakan. dengan kata lain, pilihan ini adalah sebahagian daripada kehidupan kita. tanpa pilihan, hidup kita akan biasa saja. betul kah? tak pe, yg important nyer life must go on. bukan begitu?

contoh perkara yang sering dialami dlm kehidupan kita :

  1. terpaksa memilih utk buat kerja atau tidak (termasuk kah?)
  2. memilih calon utk suami/isteri
  3. memilih utk kerja di tempat A / tempat B
  4. nak berjaya atau nak gagal - boleh pilih
  5. rajin - malas [juga dipilih]
  6. dan banyak lagi - boleh pilih sendiri pilihan hidup anda.

sekiranya kita melakukan sesuatu pilihan, sebagai contoh... memilih utk kerja di tempat A (Mc' D) atau tempat B (KFC). jadi kita akan menilai dari sudut songsang sekiranya kita sudah melakukan pilihan tersebut. di sini aku ingin terangkan bahawa ramai kalangan kita akan menilai bukan pilihan kita setelah kita melakukan pilihan. [tak paham kan]

mudahnya. pada pilihan yg dibuat, cth. kita memilih utk kerja di Mc'D, semasa kerja di Mc'D, berlaku sekit kesilapan yg menyebabkan kite mengeluh. dalam tempoh itu, kita terfikir, alangkah baiknya aku kerja di KFC. [ayat biasanya; sepatutnya dulu aku kerja di KFC, tak patut pilih di sini].

lalu di sini aku ingin menyatakan bahawa setiap apa yang kita pilih itu sebenarnya sudah siap tertulis di Luth Mahfuz. tak kira lah kita pilih A @ B. dan pilihan kita ni tak perlu edit, tak perlu ubah, dah nyata terang lagi bersuluh dgn spotlight. sebaliknya kita sering mempertikaikannya, pernahkah anda tahu hikmah anda berada di tempat yg anda berada sekarang?


Hikmah berada di tempat ini

apakah hikmah Allah meletakkan kita di sni (tempat kita berada) [-sy percaya anda berada di depan PC, bace blog ini-], pernahkah anda terfikir akan soal itu?
pada satu blog, ada aku nyatakan satu komen yang semacam ini. [mengapa kita disini, sedangkan kawan2 kita sudah berada jauh di negara orang]

bagi aku, Allah lebih taw apa yg dia lakukan pada hambaNya. Dialah yang merancang segalanya kepada hamba-Nya. dia yang tetapkan bumi dan bulan berputar pada paksinya. Dialah yang menetapkan bumi mengelilingi matahari, Dialah yang menetapkan air mengalir di sungai-sungai, Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan cukup sempurna kepada Hamba-Nya.


percayakah anda dengan apa yang Allah aturkan pada diri anda? jika tak parcaya, lihatlah masa depan....masa depan adalah sesuatu yg tak pasti bagi kamu...tp adalah sesuatu yang pasti bagi Allah swt.

jadi, anda masih ada peluang utk mengubah masa depan.. masih ada jalan utk ubah, dengan syarat anda perlu lakukan 2 perkara [Doa dan Usaha] insyaAllah..


p/s: hidup ini, tentang sebuah pilihan...

Thursday, June 3, 2010

Semua 12 rakyat Malaysia bebas, kini ke Amman

Jun 2, 10 12:00pm


Semua 12 rakyat Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel semasa kapal Mavi Marmara diserang pagi Isnin lalu disahkan selamat.

Perkara itu disahkan oleh wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, 26 yang menghubungi bilik beritanya di Kuala Lumpur, sebentar tadi. "Alhamdulillah, kini kami selamat," katanya.

Ashwad adalah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang ditahan itu.

"Penderitaan rakyat Palestin selama enam dekad dapat saya rasakan sepanjang 28 jam berada dalam tahanan Israel.

"Saya dapat rasakan bagaimana derita penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan," katanya ketika menceritakan mengenai layanan yang diterimanya ketika ditahan tentera Israel.

Menurut Ashwad, dia dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip, 43, kini berada di Jordan selepas dibebaskan daripada tahanan Israel dan menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air.

Semua mereka kini berada di sempadan di Jordan sementara menunggu persiapan bagi membawa mereka pulang ke Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kini dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditawan pihak Israel itu.

Beliau berlepas ke Jordan pada jam 10.15 pagi tadi dan dijangka tiba di Amman pada jam 1.30 tengahari waktu Malaysia.

“Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra,” kata seorang pembantu beliau.

Sementara itu menurut laporan AP, seramai 124 aktivis pro-Palestin dari 12 negara Islam termasuk Malaysia tiba di Jordan hari ini selepas dibebaskan oleh Israel.

Kumpulan itu yang ditahan dalam serangan komando Israel ke atas flotila bantuan Gaza kelmarin menyeberangi Jambatan Allenby ke Jordan dengan menaiki lima bas.

Pegawai tentera Jordan, Brigadier Mahmoud Abu Jumaa berkata, negaranya akan membantu menghantar pulang aktivis itu ke negara masing-masing dengan kerjasama kerajaan mereka.

Aktivis yang dibebaskan itu terdiri daripada rakyat Malaysia, Azerbaijan, Indonesia, Pakistan, Algeria, Jordan, Kuwait, Maghribi, Mauritania, Yemen, Oman dan Bahrain.

Rakyat Malaysia sehelai sepinggang

Sementara itu, Bernama melaporkan seramai 12 sukarelawan Malaysia itu yang kini selamat dan sedang dalam perjalanan melalui darat ke Amman, Jordan.

Rombongan itu diiringi Duta Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Abdul Aziz dan pegawai kedutaan yang lain.

Sebelum itu, rakyat Malaysia telah melepasi sempadan Jordan.

"Kesemua mereka selamat dan berada dalam keadaan baik," kata duta itu apabila dihubungi dari Dubai.

Katanya semua sukarelawan hanya sehelai sepinggang dan tidak mempunyai pasport.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dijangka tiba di Amman hari ini.

Abdul Malek berkata Kementerian Luar Malaysia dan pihak kedutaan akan menyediakan semua persiapan bagi memudahkan sukarelawan itu pulang ke Malaysia.
Pengalaman ngeri

Salah seorang daripada mereka, Noor Azman Muhamad Samsuddin, memberitahu Bernama melalui telefon, serangan yang dilakukan pada awal pagi oleh tentera komando Israel adalah pengalaman yang mengerikan.

Katanya sebahagian besar penumpang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza, yang telah disekat Israel sepanjang tiga tahun yang lalu, tidak menyangka akan menerima tentangan dari tentera Israel sewaktu insiden maut tersebut.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam serangan itu, menyebabkan Israel dikutuk di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Menurut Noor Azman, dua sukarelawan Indonesia juga tercedera dalam serangan tersebut.

sumber : Malaysiakini


p/s: Alhamdulillah, semua rakyat Malaysia selamat.

Tuesday, June 1, 2010

12 rakyat Malaysia selamat, kini di Haifa

12 rakyat Malaysia selamat, kini di Haifa
Jun 1, 10 7:46pm

Wisma Putra hari ini mengesahkan 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marvara yang ditawan Israel semalam selamat tetapi kini ditahan di Haifa.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata usaha membawa pulang mereka itu sedang dilakukan dengan kerjasama beberapa negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina.

Dua hari lalu, kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Pada kejadian itu, sekurang-kurangnya 20 aktivis pro-Palestin dibunuh manakala puluhan yang lain cedera.

Rakyat Malaysia yang berada di kapal itu adalah sebahagian daripada 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komando Israel.

Mereka dalam misi yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.



sikit ulasan:

  1. Wisma Putra perlu memainkan peranan dalam mengembalikan rakyat Malaysia yg di tahan
  2. Kegiatan Regim Zionis melampau sangat2
  3. anda perlu fahami apa yang sedang berlaku, teliti segalanya dgn fakta dan berita yg diterima.
  4. jgn tertipu dgn berita yg tak sure, krn menambahkan masalah kpd diri kita.
  5. baca Qunut Nazilah.

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails