Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Saturday, November 21, 2009

nanti aku update lagi....

salam alik....

dah berhari-hari tak sempat nak update blog. tak sempat nak update. tapi aku cuba la update jugak. hari ni aku ada cerita yang tak best.


hari ni aku dapat story agak sedih la, ceritanya mcm ni, td ada sorang member aku call, katanya dia kemalangan jalan raya, beberapa hari lalu, dia skrg terbaring di hospital, aku rasa begitu terkejut dan terharu dengan apa yang berlaku atas dirinya. aku sendiri pun tak mampu nak berkata apa-apa setelah mendengar katanya sebentar tadi. aku hanya mampu berdoa agar beliau kembali sembuh dan menjalani hidup seperti biasa.

agak memeritkan baginya, kerana kemalangan itu telah menyebabkannya beliau cedera di bahagian kaki, tangan dan badannya.

beliau ialah Liza, member aku masa aku duk KIY dulu.


so aku hanya mampu berdoa agar beliau kembali sembuh seperti biasa. semoga cepat sembuh!


sejak aku pulang kampung ni, agak susah nk update blog, maklumlah aku ni tak de internet kat rumah sekarang ni. broadband aku pun kena block sebab tak bayar, padam muka, nk siapkan kerja aku, leptop pun jarang buka. nk update blog, aku terpaksa keluar rumah, kena jalan jauh2.


sekarang ni hujan tak berhenti di kampungku, risau jugak banjir, harap2 tak berlaku banjir, walaupun kawasan lain di daerah Besut dah dinaiki air. janganlah membanjiri rumahku. kalau sempat aku update.



kepada rakan2 yang selalu follow blog aku ni, maaflah aku tak sempat nak update blog ni, nanti aku cuba update beberapa story utk korang. InsyaAllah.


Thursday, November 19, 2009

aku di sini...

sejak aku pulang kg, blog aku ni jadi kurang update. tak sempat, time sempat tak de la plak internet. hari ni aku berpeluang g cc, dekat je pun dr umah, dalam 1km, so gunakan kesempatan yang ada.

ok, sejak aku sampai sini, aku dengar dah byk perubahan....byk?? 2 bulan tak balik kampung dah ada perubahan. kalau 3 bulan? itu belum masuk 4 bulan. (kira ok la aku berkesempatan nk balik) kawan2 yg kt luar negara tah macam mana, balik pun 1 thn sekali. tinggallah perubhan itu, kerana setiap benda yang hidup pasti akan berubah, kecuali benda yg tak bernyawa.

bercerita tentang cuti, aku rasa cuti aku ni tak lame je. lepas raya dah nak kena balik, sama ada nk balik Bangi atau balik KL, semua tempat pun dekat dan sama la. yang parahnya,

apa yang pastinya aku balik Bangi atau KL pun, aku kena g Arkib Negara Malaysia (ANM) utk cari bahan buat bab 2 kalau duk rumah, kompom2 la bab 2 aku tak siap.

gambar atas adalah 1st time g ANM masa tu tak reti lagi nak cari bahan, asyik pakai menual je, itu pun selalu salah, tak pe lah boleh di maafkan sbb baru belajar. bile sebut baru belajar teringat aku akan sebuah pantun... kompom korang biasa dengar, tp yang ni len sikit, sbb dlm BI..

Cempedak fruit outside the fence:
take a pole and knock them low:
i just start learning,hence:
when I'm wrong please let me know:

ok, pantun ni bukan aku cipta taw.... aku copy paste je, dari seorang kawan yang bljr d MSU, Shah Alam. namanya Zue. aku ni mane pandai nk cipta pantun dalam BI, dlm BM boleh la.

berbalik kepada gambar tadi, itu gambar masa aku kat sana, lelaki je, yang pempuan second round. so kalau aku letak gmbr dak pempuan, tak boleh, nanti korang nk usha plak. (malas nk jd org tgh). bercerita tentang arkib ni, macam2 la yang best. terutamanya cari bahan kat sana. kalau guna sistem, memg ok la, cuma satu perkara yang pasti. buat apa2 pun kena tunggu. penantian satu penyeiksaan.

bercerita tantang kg aku ni, masa aku sampai smlm (pagi), hujan dah turun, sampai ke malam hari. tak ke mana aku dibuatnya. bimbang jugak banjir kembali (walaupun hari tu banjir bukan kat kg aku) sila rujuk pada enry banjir-membanjiri. walau apa pun, buat masa sekrang ni aku rasa macam nak siapkan beberapa perkara lagi.


aku rasa utk hari ni, sampai sini je kot. tak de plak rasanya nk tambah2 ni.


bercuti dengan kepayahan waktu...

p/s: Zue saya amek pantun awk ni, jgn marah taw..

Tuesday, November 17, 2009

bila tgk gambar...

tadi terbaca satu blog...secara tak segaja nk cari artikel lain, tapi lain pulak yg dijumpainya. dalam blog tu ada artikel dan ada sekeping gambar, komponlah it's about politic Malaysia. sila baca ruangan di bawah ini.

Foto dirakam perbualan serius antara Saifuddin Nasution, pengarah Strategik PKR dengan Walter Chia, Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura. Foto dirakam pada 2 April 2009, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani Kedah.

Begitu serius perbualan ini, beberapa keping kertas di atas meja di sebelah Walter. Tanpa minuman........



Ini adalah ruangan kata yang dipetik dari blog tersebut, kalau anda berminat silalah klik sini kalau anda tak berminat, tak pe. jangan peduli pun. lagi pun menda ni dah lama, cuma baru sekarang aku jumpa. (tak pe lah nk kongsi jugak)



ok, hari ni, aku tak buat apa pun, kecuali menulis bahagian bab 1, alhamdulillah, dah jalan skit, bertambah banyak yang aku tulis berbanding semalam. sehingga jam 2.30 tgh hari, aku tak bukak fesbuk lagi, kejayaan cemerlangkah itu?

fesbuk dah buat buku aku tak bergerak sejak semalam. aku buka m/s 8, selama 3 jam. kalau tak de fesbuk, maybe dah jauh skit kot (maybe la).

aku tak jadi keluar hari ni. sepatutnya aku g ke Shah Alam dan kemudian jumpa kawan kat sana, tpi, kite jumpa len kali la. :)



p/s: bab 1, half done. rujukan masih kurang, tolonglah....

Monday, November 16, 2009

Terbitnya mentari...

Menanti Mentari Pagi

esk...pasti akan datang. aku rasa macam nak keluar je, tapi banyak pulak halangannya. esok jugak aku nak balik ke kg. harap2 aku dapat siapkan bab 1 malam ni, insyaAllah.

aku balik kampung pada jam 9.30 malam (waktu bas Malaysia), so aku tak nak komen la betul2 tepat atau tidak.

bercerita pasal hari esok ni, aku tak taw la planing aku boleh jalan ke tak. member aku ajak g Shah Alam, ada jugak yang ajak g tengok wayang. lain punya tempat... Sunway Piramid, best gak tu. boleh melepak sana sampai matahari terbenam. (kerja gila tu...).


aku pun tak de idea, rasa2nya aku kena melepak kat rumah sampai malam. tak de transport nk kuar.

anyway update.

cuti: apa kata anda?

Cuti semester dah bermula

cuti semester dah bermula bagi pelajar2 UKM. Bandar Baru Bangi mula sepi dengan para pelajar pulang ke kg halaman masing2. aku yang masih menunggu di satu sudut, memerhati sekeliling Bangi.....sepi.... aku masih lagi tidak ke mana, pulang pun tidak, di UKM pun tidak, sebaliknya aku dah keluar dar ukm dan berada di PJ (Kelana Jaya).
(gambar semasa di Muzium Tengku Fauziah)

biasanya kalau cuti, aku suka melancong, itu pun kalau ada duet la. tapi sejak sebulan ni, nampaknya poket aku makin kurus, jadi aku rasa terpaksalah tangguhkan dulu niat nk travel ni.

berbalik soal bercuti ni, kalau ikutkan jurnal perjalanan aku, aku sekarang masih lagi dikira bercuti di sebuah kawasan yang di kenali sebagai Petaling Jaya. bercutikah aku disini? kalau hari2 mengadap buku, pastu kena setelkan beberapa kerja yang tak setel lagi. itu belum masuk lagi beberapa paperwork untuk next semester, lagi kena siapkan bab 1 dan bab 2 serta kena buat bab 3 sebelum semester baru di buka. wah, banyak la pulak kerja aku ni (harap2 sempat siap).

apa yang aku buat pada cuti kali nie?? esk, selasa aku nk balik Besut, tah ape yang berlaku kat Wield Field skrg ni. lama betul aku tak pulang. kali terakhir aku balik kampung ialah masa raya lps, (kurang 2 bulan).

try to planing:
nak g ke Kuala Terengganu, nak g Kota Bharu, nak g Pasir Mas (rasanya yg ni kena cencel la), nak kena join kenduri kawen my cousin, pastu nak g mane lagi?? rasanya semacam mimpi ngeri la nak g sana sini tu...kerja berlambat2 tak siap lagi. itu belum lagi masuk jaga akuarium.


kalau anda ada ruang masa utk cuti, apa yang ada lakukan?


p/s: ramai member aku masih kat UKM, duk siapkan tesis.

Sunday, November 15, 2009

Gambar: kisah seribu satu

Tadi aku membuka blog...tetiba tengok ada satu blog ni menyediakan contest yang masukkan gambar untuk menceritakan tentang hal @ perkara yang kita lalui, menarik jugak nampaknya. namun sejak akhir ini, aku macam takde idea nk buat post2 yang menarik.

jadi aku rasa eloklah aku join satu contest ni, contest ni bertemakan "a picture tells a thousand words"... jadi aku pun cuba la mencari-cari gambar2 yang menarik utk join contest ni... barulah aku sedar bahawa tak banyak gambar aku yang boleh untuk join contest ini. akhirnya aku memilih utk masukkan jugak gambar2 yang berkaitan dengan diri aku di beberapa tempat yang berasingan.

jadi aku masukkan beberape keping gambar yang boleh membawa kepada tema itu, nanti aku cuba citer sikit tentang gambar2 ini....


Gambar pertama ini: ini adalah kenangan semasa bulan pose lps. gambar ini masa aku join majlis buke pose, majlis tu meriah dan sungguh best bagi aku, kerana di situ aku melihat satu kesatuan yang utuh dlm kalangan member2 aku, yg sanggup turun bersama menjayakan majlis tersebut. love korang semua.. gambar ini juga berjaya memuatkan semua orang yang hadir... hehe
bile lepas makan sama2, kiteorang pun tangkap gambar ramai2



Gambar kedua: ini gambar semasa aku join satu program, masa tu aku mengumunkan "saguhati jatuh kepada"............
aku suka kepada program ni, sebab aku dipaksa mengendalikan program ini. walaupu terpaksa, tapi seronok sangat. malam tu aku tido nyenyak kerana keletihan.
kalau aku maen, kompon menang!!



masa nk tangkap gamabr ketiga ni, aku cakap kat sorang budak tu, dik, tolong tangkap gambar abang kat sini boleh? aku suke makhluk ijau tu. comel berada di situ, jadi masa tu apu pun bergambarlah dengan makhluk ijau tu. walaupun aku tak taw namanya apa.
jangan jatuh lagi....



gambar ke4: lepas abis kelas ari tu, aku pun mintak la diaorang ni masuk gambar ni, aku cakap ini utk kenangan bersama. dah lama aku tak jumpa diorang ni. walaupun kiteorang hanya meet 2 bulan, tapi kiteorang still contact (yg mana berkenaan je)...walaupun susah nk jumpa diorang ni, tapi aku tetap mahu jumpa diorang ni... rindu korang semua. harap ok jangan tanya kenapa aku cm tu.
weh, korang fokus la....



gamabr ke5: satu hari aku g ke Melaka, bukan jalan2 aje, aku d buat fieldwork. masa kat sana aku sempat tangkap sikit gambar, ada satu tempat tu, aku tengok satu cam menarik utk aku je, jadi aku pun bergambarlah seperti sedang terbang.
lompat...jangan tak lompat....



gambar ini....last picture yang aku masukkan... gambar ini kalau korang tgk, mcm duk atas jambatan, comel?
masa ni aku kat sebuah IPTA di Utara Tanah Air, dengan selamba aku join program diorang ni utk jalan2 hilangkan tension, so memang hilang la tension aku lepak ngn diorang ni.
nanti!!! aku terjun dulu....pastu korang join pasni... k?



itu adalah beberapa keping gambar yang menjadi kenangan dalam hidup aku. walaupun ini je gambar yang aku upload, namun bagi aku gambar ini mampu berikan sejuta satu makna yang tersirat.

enjoy for this contest. Cik Bulan, kalau ada kelapangan, silalah nengok yer....

Saturday, November 14, 2009

aku di PJ

Wah, lama sudah aku tidak menulis. tak sempat dan tak larat nak menulis sejak 2hari ni. semalam aku sampai PJ, penuh kepenatan dan kemengantukan aku dibuat oleh aktiviti mengemas barang2 yang tak reti2 nak abis kemas. finally aku berjaya kemaskan barang2 dlm bilik aku. senang, abis citer.

kini masuk kisah baru, cuti yang bermula...kalau cuti, ape yang perlu aku buat? keluar jalan2? makan2 angin? tido (dah selalu)... kalau member2 aku bile cuti ada yang keja, ada yg tolong parents kat umah, ada yg buat hal sendiri, ada yg travel, ada yg g tengok wayang.... aku akan start semua kerja2 yang perlu aku buat pada musim baru ni. kerja yg pertama ialah......siapkan bab 1 yang dah mengalami banyak masalah, iaitu ketinggalan (sepatutnya dah siap sebanyak 2 bab)*

aku cadang nak siapkan sekurang-kurangnya 2 bab (untuk latihan Ilmiah) sebelum semester baru buke, tapi sempat ke aku nak siapkan semuanya dalam masa sebulan ni???

nanti jika berkesempatan aku akan update beberapa hal yang best dan menarik.



sehingga berjumpa lagi selamat bercuti warga UKM

nota kaki:
*perbincangan mengenai latihan ilmiah, projek wajib student sejarah tahun 3


InsyaAllah aku nk balik kg sebelum Raya Haji

Friday, November 13, 2009

lambat lagi la....

ingin aku pergi....

esk hari Jumaat...eh, ni dah jumaat la,... dah pagi dah rupanya.....baru terasa nak tido...

semalam punyala kemas barang....kemas punya kemas...tgk ada banyak lagi harta karung yang wujud... nak campak rasanya masih relaven, nak simpan dah tak de space... emmmm cam ner ni??? akhirnya aku mengambil keputusan utk berYM dgn member2 len... (lebih baik berdua dari sorang kan-kan-kan??)....

segala kerja berkaitan dengan kemas mengemas dah tinggal 3 perkara je...
  1. masukkan barang dlm kotak
  2. tutup kotak tersebut
  3. simpan dalam stor
  4. check-up dr kolej
  5. balik........
  6. ..............................
(4-6 adalah perkara tambahan yang takde kaitan dengan mengemas)

tapi...... aku balik rumah pada 17hb November...lambat lagi tu.....masih ada ruang waktu utk buat kerja apa2 yang patut.... tapi kalau takat nak duk kolej tu, komponlah tak leh, sebab kena keluar dah... (13hb tarikh akhir)...

so balik umah pak cik di kelana Jaya dulu....pastu baru balik umah... (tak sabor nk jumpa family dan Wide Field...

.

Thursday, November 12, 2009

kalau itu yang terakhir...


final paper pada hari ni.... aku pun agak cuak jugak ni, maklumlah semua menda dah datang ke kepala... itu la ini la... nk kena kemas barang la.... itu sbnrnya bukan masalah aku....yang jadi masalah aku adalah exam semalam...serius, tak de idea aku nk study smpai hari ni... sbb tu la aku sempat update blog....

aku pun agak tak tau ape yang kuar exam hari ni... pening aku difikirkannya...lebih menambahkan kepeningan aku bile member2 aku suke tanya aku... jadi bertambah2 la pening aku... petang ni abis exam....rasa cam nk tido je...walaupun dah terlebih tido...

kalau itu yang terakhir bagi aku....aku tak kesah sangat..tpi masalahnya lepas exam ni kena balik ke UKM dihatiku lagi, utk menyiapkan tesis... tesis oh latihan ilmiah.... sampai seru ko buat ku begini.... (cabaran dan dugaan hidup kita sering datang, jadi tempuhilah dengan redha)

last thing to write is.....

SKSE3103 Sejarah Hubungan Luar Malaysia
Tips:
dari zmn Tunku hingga zmn Dr. M
cara jawab:
analisis, kritikal dan jangan kelentong!!!

Monday, November 9, 2009

Surprise kuasa 2....

Surprise lagi...

kalau baca entry yang lepas, [klik sini] surprise ini merujuk kepada tindakan penyarah yang memberi soalan exam yang menarik dan best...(soalan terlampau) hari ini... memg surprise kuasa dua la jawabnya...

apa yang surprise sangat hari ni?? emmm, exam memang keluar yang dijangka, yang aku target memg keluar, yg aku study memg keluar....tp masa nak jawab aku jadi tak de idea...tak de idea disebabkan soalan tu...(kot)... maklum lah terlebih surprise... penat aku fikirkan rupanya keluarnya soalan itu dengan cara lain... hampir 15mint aku termenung menanti idea2 baru sampai....

takpe2, lepas ni nak makan dan nak tido....tp nk kena study... ada 2 paper lagi... 2 je....


mesej dari kawan!
kalau tunggu...rasanya tak kan sampai...emmm..tak pe lah... nk tunggu jugak.. kacaukan nanti kate exam la, study la...



nota hujung:
skrg Hujan......tido pun sodap ni

:)

Sunday, November 8, 2009

3 perkara...

Sejak semalam, mood study takde... tgk bola, kalah....tengok nota...ngantuk... malam ni plak Chalsea vs Man U... lagi best... tapi aku tak leh tengok jugak... esok ada exam.. exam!!!


Berbalik kepada beberapa perkara yang nak dibincangkan...
1. Kelantan kalah
2. Gelagat penonton
3. Banjir di Kelantan dan Terengganu


1:
aku dah agak kelate akan kalah... kanape?? Krn pada sepak mula, sudah kelihatan riak wajah kekalahan...walaupun aku tak dapat g tengok di stadium tgk kat tv pon tahu....(komponan giler)

Kelate ilang punca (hilang semangat selepas gol pertama), tak de harapan, gol Indra Putra pada minit akhir (masa kecederaan) tak cukup untuk bangkitkan semangat kelate. Emmm. Kena cuba next year la...


2:
Apabila kalah, telah berlaku kerosakan di stadium, siap bakar2 lagi... emmm... susah nak kate... dari dulu lagi dah macam tu..
Main mercun...amalan biasa dalam mana2 bola sepak tanah air, nak buat macam mane, diorang dalam tu bosan menunggu, jadi main la mercun utk mengurangkan kebosanan (ye ker??)

Gelagat penonton ni, macam2 la... khususnya masa perlawanan akhir.... yang aku pelaiknya... Man U kalah Liga Juara2 pun tak bakar kerusi.... (piala yang berprestij tu, siap satu dunia lagi tengok!!!)


3:
Banjir di Kelantan dan Trg... kelate nampaknya makin teruk, kawasan hulu hujan lebat, pastu kawasan hilir dah start banjir...

Kelate :
bilangan mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 2,328....kawasan paling serius ialah Pasir Mas dengan 1,322 orang dipindahkan dan diikuti Tanah Merah (706), Machang (183), Kota Bharu (29), Bachok (61) dan Pasir Puteh (27).

Tranung:
tinggal 1,107 daripada 278 keluarga masih ditempatkan di 21 pusat pemindahan di daerah Besut, Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu. (makin pulih)

jangan lupe, Kedah pun kena banjir jugak.... (update)
(gambar, rumah yang dihanyutkan bajir)

(sumber kosmo)


3 perkara yg sempat aku update...lepas ni aku nak update ape lagi??


petang2 lepak dlu...rehat minda

Saturday, November 7, 2009

Sate Kijang...

baru2 ni ada member aku... kawan satu tempat belajar, UKM tercinta ini... berYM dgn aku, dia nak belanje aku dan beberapa orang kawan lain lagi....belanje sate katenya... SATE...cam best je bunyinyer...
aku hanya bagitau dia, bahawa lepas exam la, lg best... jadi aku dan beberapa orang kawan lain dah setuju akan makan2 bersama... (macam open table la).. dah ada orang nk belanje makan, rezeki jangan di tolak... kalau kena sate arnab ke, sate kijang ke, sate rusa ke, sate ayam dan daging dah biasa...emm..best jugak tu...


sate...oh sate...


Sate kijang...
kijang ni sinonim dengan pasukan bola sepak kelate...malam ni kijang dah diratah menjadi sate oleh pasukan rusa N9.. nak buat macam mane, rezeki tahun ni tak de lagi untuk kijang, kena bersabar la... tapi aku lagi la, komponan aku nk bersorak riang... :(


sedikit berita:

Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia edisi ke-83 selepas menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

jaringan Gol

N9
:
Shahurain Abu Samah N9 (separuh masa pertama)
Hairuddin Omar (separuh masa kedua)
Zaquan Adha Abdul Razak. (hehe, nama kasik same dgn nama aku)

Kelantan:
Indra Putra Mahayuddin (sepakan percuma) masa tambahan


apa pun tahniah kepada skuad N9 kerana berjaya merangkul Piala Malaysia


semangat nk study pun agak pudar, kelate tak dapat Julang Piala Malaysia thn nie....


nota kaki:
lepas tah ape yg akan berlaku kt stadium Bukit Jalil...tadi pun dah ada beberapa tempat dah rosak....

Nota waktu petang

Study....study jugak...

terasa nk g tengok bola final, kelate vs N9, tapi tadi hujan...tak dapat nk kuar awal... nampaknya terpaksalah abaikan aje tengok bola kat stadium... tgk dlm tv je lah.....

1st aku dpt masej, dari sepupuku yg kurindu selalu (ahaks)....

"nk g dop tgk bola mlm nie??"
aku reply.... "aku de exam la Isnin ni...nak kena study la...huhu",

tak de harapan aku nk g tengok bola malam ni... kalau g, barape banyak masa aku terbuang...nk tunggu komuter, bergelut dlm komuter, pastu tukar ke LRT pulak, bergelut lagi.... huh! jawabnya belum tgk bola dah gaduh nie... kemudian nk kena g jumpa spupu aku lagi...ish! banyak la pulak halangannya... tp STUDY??? mane nk letak?

aku tak jadi pergi... sedihnyer tak dapat bagi sokongan padu kepada pasukan KIJANG tapi tak pelah, tengok dlm tv la...insyaAllah... yang penting gomo kelate gomo!!!!




p/s: kalau aku pergi, tentu kena marah ngn member2 ni.... dah tu study terabai...

nota hujung: kelate buat yg terbaik!!!!

Banjir - membanjiri....

Sejak petang semalam, aku terdengar berita tentang banjir ini.. lepas balik dari exam, tetiba member aku hantar mesej.... “kampung kite banjir doh!!”
hah banjir?? Ish3... belum sampai masa dah banjir???...

Aku pun baca la paper... "Kelantan, Terengganu dilanda banjir".. banjir...... BESUT... kampung aku terlibatkah??

jumlah paling ramai dicatat di Besut iaitu 1,342 mangsa daripada 324 keluarga di 16 pusat pemindahan, di Hulu Terengganu (570 daripada 141 keluarga di 15 pusat pemindahan), di Setiu (294 daripada 143 keluarga di 11 pusat pemindahan) dan 475 daripada 105 keluarga masih berada di tujuh pusat pemindahan di Dungun”.

“Kedudukan paras air di Sungai Besut masih mencatat paras bahaya dengan bacaan di Jambatan Jerteh 9.81 meter melepasi paras bahaya 8.9 meter, bacaan di Kampung Langkap di Setiu (21.93 meter melepasi paras bahaya 21.5 meter) dan bacaan Sungai Setiu di Kampung Bukit (14.15 meter melepasi paras bahaya 12.0 meter).” bacaan ini diambil pada jam 9 pagi tadi.

(sumber: Kosmo)

Besut kucintai telah tenggelamkah?? setelah membaca berita, aku tau yang kawasan terkena banjir adalah kawasan Hulu Besut, di kawasan Hulu, kemungkinan besar empangan di kawasan tersebut melepaskan air bimbang tragedi lama berulang....

(mengikut peristiwa2 lepas).. agak pelik bagi aku adalah banjir ini datang terlebih awal...sepatutnya datangnya banjir ini pada penghujung bulan ini... tapi ini belum masuk tengah bulan dah ada banjir...(tuhan punya kuasa)...

Kalau hujan berterusan, kawasan kampung aku akan terlibat dengan banjir dalam masa 1-2hari selepas kawasan Hulu Besut, tapi dengarnya hujan dah reda...alhamdulillah...



Fathi Adha
Nak balik kampung!!!

Friday, November 6, 2009

Surprise....

entry ini tak perlu pun aku nak tulis sebenarnya... tapi sejak aku keluar dewan exam tadi (KTAMS), aku rasa hatiku telah bertukar.....tdi berserabut dengan kepayahan untuk jawab exam... tapi kini berserabut dengan apa tindakan lps nie... huh!..

permulaan yang baik "prof. surprise la soalan td"...prof hanya senyum, sambil mengulagi kata2 aku sebentar tadi...

keluar dewan... kulihat beberapa orang pelajar berada di ruangan meletak beg.. aku terdegar kuluhan dari pelajar2 di sekitar kawasan tersebut... dan bagi aku itu adalah perkara biasa melihat situasi tersebut...setiap kali exam pasti akan keluar perkara yang sama...


adakah aku juga sama??
tentunya tidak... ..aku keluar dengan muka yang mcm konfident boleh jawab (padahal dari dulu lagi result tak penah dekan).. so muka konfident ni penting utk org lihat bahawa kite sentiasa hebat...


kecewa...
soalan yang aku target keluar...yes!! keluar.....tapi aku tak nak jawab... soalan punya la susah.. nak bunuh diri ape jawab yang tu...so aku jawab pilihan yang lain... mengelakkan berlaku kebahayaan kepada diri sendiri..


melihat situasi, ramai kawan2 aku khasnya dari Fak Kejuruteraan dan FEP dah abis exam...tapi aku ni masih ada lagi 3 paper...huh! penat..


tak pe lah, ada hikmah disebalik kejadiaan, gud luck kawan2 yang ada exam sama macam aku atau yang tak abis exam lagi... :)




dilema nk g tengok bola esok...

Kelate
vs N9



exam lagi...3 paper

Thursday, November 5, 2009

study lagi...

baru nak layan study... esok dah exam...
study banyak lgi tak cover... huhu
akhirnya aku nk g study jugak...
tp sebelum g study, baca paper dulu....

Dunia.....Dunia... ish3, ada kisah2 yg tak patut berlaku la kt dunia skrang ni, tapi dah berlaku jugak, ini menandakan Kiamat sudah dekat.... anatara kisah2nya ialah binatang comel di anaiya KLIK SINI. bile aku baca berita lain pulak, kisah Kelate... wah soronok la orang kelate dapat Wang Ihsan kate PM secara TELUS... klik sini.

bergembiralah rakyat kelantan, syukur pada tuhan...


akhirnya aku pun nk g study.... tapi kat mane tempat yg bagus ekr??



Fathiadha
study menstudykan aku....

Wednesday, November 4, 2009

entry ini tak perlu di tulis....(5)

aku rasa nk update blog, tp macam tak de idea je sejak petang2 ni, bosan dgn study... huh, masuk tak masuk je study aku sejak 2-3 jam lps, entah ape masalahnya...

sejak pagi tadi, aku rasa nk update blog, masa tengah berkembangnya idea, tetiba jaring buat2 hal plak, huh!, memg tak suka la...

dalam fikiran aku masa kini, masih memikirkan situasi yang akan datang, yang paling teruk.... paper next coming (jumaat) paper yg buat aku sakit kepala.



Bile petang menjelma


bile petang menjelma, aku rasa macam dah tak masuk nak study, maklumlah study dr awal pagi sampai tgh hari, makan, rehat, pastu kalau dah masuk petang cm nie, aku suke buat menda2 yang tak perlu banyak pk... cth edit2 gmbr, tgk video, tgk movie, maklumlah...(tak leh study punya pasal)... rahat2 di waktu petang, keluar bilik, amek angin petang.....

emmm..

apa yang korang buat akan kalau tak leh study??

tido (jawapan standart) hehe...


Fathiadha
study di waktu petang??

Tuesday, November 3, 2009

entry ini tak perlu di tulis....(4)

sejak 2-3 post yg lps, dlm blog Sizuka beliau suka menceritakan tentang orang ke 3. tetiba aku teringin jugak menulis sikit tentang orang ke 3. emmm.. orang ke 3 that mean org yg muncul antara org yg berdua... mcm tu la lbh kurangnya..


sejak 2 hari lepas, aku dapat panggilan dari seorang kawan masa sekolah sama2. beliau mengajak aku keluar KL, wah, musim exam pon nk ajak aku kuar ker??? memandangkan beliau ni kawan sebangku sekolah, jadi teringin jugak aku nk kuar ngn dia sama, mane la tau boleh2 bual bicara kisah2 terlatest antara kami.

jadi aku pun try la nk kuar ngn dia, tp masa tu aku masih ada kerja yg belum siap lagi....emmm siapkan kerja dulu.. dlm proses aku menyiapkan kerja, aku bertanya kpdnya....tujuan utama dia kuar ke KL pada esk (isnin), bila aku dapat tau jawapan sebanar......aku sangat marah!!! huh!



tujuan Utamanya bukan nk jumpa aku selaku kwnnya, tp semata-mata nk jumpa seorang pempuan yg aku kenal jugak la...jadi bila aku dgr kisah tu, aku pun kate kat diri aku "buat ape aku kuar ngn dia, event dpt jumpa sekejap, tp nanti aku akan ditinggalkan bagaikan tunggul kayu hidup" aku tak suke...tak suke...tak suke...

jadi ekkrrr... tak perlu aku g n jadi org ketiga kpd "persahabtan" mereka.. oleh itu, aku tak jadi keluar semalam, dah tu tak jadi g mane2 pun.... benci dan tak suke pada situasi tersebut. ! baik study kat bilik, lg best... (ye ker), tolong setuju ekr....

jadi bile berdua itu, maka ada pihak ke 3, dan pihak ketiga itu adalah aku??? huh!, tak leh pakai..



berbalik kepada cerita org ke3... aku tetiba didatangi kembali oleh kawan lama, rakan sekelas dlu, yg pada zaman2 jahiliah dulu, aku hampir2 terjebak dengan cinta bodoh... aku dulu minat kat sorang budak pmpuan ni, pastu tak de jodoh.... tak jadi kaple... skrg dia dah bertunang ngn sorang mamat dr mane tah (melaka rasanya)....

yg kisahnya, sejak kebelakangan ini, dia sering muncul...muncul dlm YM aku.. apa yg aku tau, dia masih lagi berhubung dgn aku, sedangkan dah nak kawen.... aiii, susah jugak ada kawan mcm ni... yg aku risau, aku akan jdi org ke 3 dlm perhubungan mereka...walaupun aku layannya acuh tak acuh...tp kalau aku tak layan dlm YM hari ni... esk lusa dia masuk lg... pastu ada lg...
~dilemma aku dibuatnya~


Fathi adha
~agaga~

Sunday, November 1, 2009

November....

November dah datang....

Oktober dah pergi...

makna nya dlm bulan ni aku ada exam sampai 12hb, pastu papernya subjek yg susah2kan kepala... entah macam mane nak hadapi paper ni.. aiii...

nampaknya kena study la plak lps nie...



apa yang anda akan buat pada bulan ini???



Fathi adha
November :

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails