Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Monday, March 30, 2009

Ape la nk jadi!!!

Dari semalam aku membuat assingment.... Dari semalam aku tak tido, konon2nya nk siapkan assingment... namun semuanya tidak terlaksana sepenuhnya lagi.. kenapalah susah sangat aku nk siapkan assingment nih...huhu.. bahan ada, cuma kurang, isi ada...cuma kurang power, rujukan??? memang tak de lagi... susah2.. mane la nk dapatkan ni.. huhu

ape2 hal pun, aku rasa baik aku mulakan misi di tengah hari ini sebagai writer of this blog, aku menggoyangkan kaki sambil melajukan tangan dan jari2 menekan keyboard sehingga tercetak huruf-huruf yang terdapat di keaboard. tah ape yg kuar... yg aku pasti aku dah mati idea... nampaknya terpaksalah aku rehat barang seketika, bagi mengembalikan tenaga yg dah keluar tah g mane...huhu

beristirehat di bawah putaran kipas siling

fathiadha.blogspot.com

Selamat Pagi Semua!!!

Hari ini pagiku berluma seawal pagi semalam... nampaknya aku berjaya stay Up juga untuk menyiapkan assingment dan tugasan yang sepatutnya disiapkan sejak beberapa hari lalu...(lama 2)....hehe.. nak buat macam mane, bahan tak de... huhu

fuhh!!! ini adalah kali ke dua aku berjaya stay Up pada bulan ini, bulan2 lepas lagi banyak ke??? atau lagi kurang??? aku pun lupe...hahaha..

anyway thanks kepada orang yg menolong aku berjaga malam sampai pagi dan orang yg bagi aku sedikit makanan utk berjaga dari malam sampai ke pagi.... kini aku dah mula rasa mengantuk....huhuhu... kalaulah kelasku hari ini dibatalkan, alangkah sukanya aku...hahaha, boleh sambung tido...

sekarang fokus aku adalah untuk menyiapkan tugasan utk submit minggu depan...harap2 berjalan lancar dan penuh "kemesraan"...hehe

Selamat pagi semua......


fathiadha.blogspot.com
fathi_mpiy@yahoo.com

Malam Persaudaraan Cekak Hanafi

Majlis Makan Malam persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia telah di adakan pada 29 Mac 2009.... majlis tersebut yang kali pertama di adakan pada hari Ahad ekoran untuk mengelakkan daripada program "Earth Hour" pada 28 Mac 2009. (ada kaitan ke??) ada la 2...

Memandangkan aku yang dilema boleh menghadiri dinner, (actually ada 2 dinner) yang diadakan pada hari yg sama, tp disebabkan aku ni nk g jugak dinner silat (ada agenda lain) atau ada seseorang....(hehe)....

Majlis yang berlangsung sangat menarik cuma kurang sesuatu hidangan iaitu "demo silat" puas aku menunggu sampai hampir semua tetamu dah balik (tp aku tunggu menda lain la) sehingga dapat rezeki pulak...(dapat makanan lebih) boleh makan utk stay up malam ni....hehe

anyway best la dinner malam ni...berbaloi la katakan.

berkenaan dengan gambor, nampaknya kena tunda la, sebab tak amek lagi dari orang tertentu.. huhu

sekian

fathiadha.blogspot.com

Jangan fikir kita selamat

KUALA LUMPUR 28 Mac - Beberapa gegaran kecil yang berlaku di daerah Jerantut semalam tidak akan mengakibatkan kejadian gempa bumi yang besar.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Dr. Yap Kok Seng yang berkata, keadaan bentuk muka bumi di daerah itu tidak memungkinkan kejadian gempa bumi yang besar berlaku.

''Sepanjang pemantauan pihak kami, keadaan muka bumi Jerantut adalah stabil dan kuat, malah ini merupakan kali pertama gegaran berlaku di daerah itu,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, penduduk di beberapa kawasan di Jerantut gempar apabila dikejutkan oleh beberapa gegaran kecil berlaku pada pukul 9.46 pagi berpunca daripada kejadian gempa bumi.

Gegaran itu dirasai antaranya di Sungai Terkam Getah, Terkam Utara dan Kota Gelanggi.

Menurut Jabatan Meteorologi, gempa bumi yang berukuran 3.0 skala Richter mengakibatkan gegaran lemah di sekitar daerah Jerantut.

Ditanya punca gegaran itu pula, katanya, setakat ini, kejadian berpunca daripada gempa bumi kecil.

Bagaimanapun, katanya lagi, jabatannya akan membuat penelitian dan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar gegaran itu.

Beliau meminta penduduk di kawasan terbabit agar tidak bimbang dengan kejadian itu.

dipetik dari Utusan Malaysia.

Thursday, March 26, 2009

Pak Lah tak kan Derhaka....

KUALA LUMPUR 26 Mac — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata beliau tidak akan menderhaka dan bersifat gunting dalam lipatan kepada UMNO kerana sejak kecil lagi beliau ditanam dengan semangat perjuangan parti itu.

Presiden UMNO itu berkata walaupun pernah mengalami pengalaman pahit sebagai anggota UMNO dan pernah dihina oleh segelintir anggota parti, beliau tidak pernah menghina dan mencerca UMNO, jauh sekali meninggalkannya.

Abdullah, 69, yang dilantik sebagai Perdana Menteri kelima pada 31 Oktober 2003, berkata ujian kesetiaan adalah ketika menghadapi dugaan serta melalui era yang payah dan laluan yang susah, serta ketika tidak berjawatan dan tiada kedudukan.

“Semangat kental yang tertanam di jiwa saya menghindarkan saya daripada bersifat derhaka kepada UMNO,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar bertajuk “Masa Depan dan Survival Parti”, pada Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

Abdullah berkata UMNO dikenalinya sejak berusia tujuh tahun kerana keluarga beliau aktif dalam gerakan menubuhkan parti itu. - Bernama

utusanonline.com.my

Ketua Pemuda UMNO....

KUALA LUMPUR 25 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin mahu seluruh ahli pergerakan itu terutama para penyokong dua pesaingnya merapatkan kembali barisan untuk mengukuhkan sayap kanan tersebut.

Beliau menyifatkan pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO hari ini berlangsung dalam suasana demokrasi yang cukup matang.

‘‘Yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua. Saya dapat 304 undi daripada 793 perwakilan yang ini bukan satu majoriti. Ini hanya majoriti calon tiga penjuru.

‘‘Walaupun (saya) bertanding atas (slogan) Setiakawan, ada Berani Berubah (slogan dibawa oleh Datuk Mukhriz Mahathir) dan Pemuda Berani (oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo), kita sebenarnya berani menuntut perubahan demi setiakawan Pemuda UMNO,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangannya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di sini malam ini.

Difahamkan dalam pertandingan itu, Mohamad Khir memperoleh 254 undi manakala Mukhriz meraih 232 undi.

Dalam ucapannya pada majlis yang turut dihadiri Mukhriz tanpa kelibat Mohamad Khir itu, Khairy mengungkapkan:

‘‘Dalam kepimpinan Pemuda baru ini, ada Berani Berubah, jadi saya rayu supaya Berani Berubah berdiri bersama saya untuk berdepan dengan kubu-kubu pembangkang pada tiga pilihan raya kecil nanti (Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai).

‘‘Kepada Pemuda Berani, apabila pikul amanah seperti mana kata Timbalan Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) semalam kalau tidak berubah, kita rebah, maka tuan-tuan kena bersama-sama saya.’’

Kepada Pemuda Setiakawan (para penyokongnya), Khairy secara sentimental mengungkapkan:

‘‘Satu ketika dulu ada yang tulis kata saya tidak ada masa depan tanpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (bapa mertuanya)...habis, pencalonan (yang diterima saya) nyawa-nyawa ikan.

‘‘Bila turun ke bawah, arus menentang (kata mereka) tapi saya kembali kepada asas perjuangan, kalau tidak kerana Setiakawan (para penyokongnya), lama dah kita tinggalkan (UMNO).’’

utusanonline.com.my

fikir-fikirkan lah wahai pemuda sekalian.....

Kelas Falsafah

3a508, Kelas Pengantar Falsafah

Pengantar Falsafah merupakan kelas yg bolah tahan bosan... hari ni dah start perbentangan bagi soalan2 Falsafah... memang boleh tahan la, pembentang....emmm no komen, sabab aku masuk lewat hari ini, bukan nak masuk lewat, tapi disebabkan tertido tadi, rasa macam nak sambung tido lagi je...

Actually semalam punya kes la kiteorg tido kejap je...(siapkan tugasan yg sepatutnya disiapkan...kerja last minit) huhu. so after kelas kul 8 pg tadi, sempat lagi tido (10-12) tapi terlebih tido...macam sial je...huhuhu...

falsafah dan moral= tido???

Penguasaan Ilmu tentang falsafah sangat penting, dalam falsafah terdapat 5 pecahan umum iaitu epistemologi, metafizik, etika, estetika dan falasi. sekiranya faham keseluruhan 5 pecahan umum ini, maka senanglah untuk menguasai falsafah itu.

Kelas falsafah = kelas yg paling ramai org keluar selepas 1 jam kuliah (keluar g tandas @ take fire)

Falsafah itu kehidupan!!

Bilakah pagiku bermula...

Hari ini agak pelik sedikit dari hari-hari yang lain. kebiasaannya saya akan bangun pagi seawal pagi, sebelum matahari naik... tapi hari ini sedikit kelainan telah berlaku, yang mana hari ini bermula dari kesinambungan hari semalam. Sy dengan bangganya tidak dapat melelapkan mata ekoran ingin menyiapkan tugasan yg terpaksa kami bentangkan (pra-tontong) pada pagi ini. huhu... tapi kiteorang berjaya tido jugak walaupun secara rotate.

Dah ler pra-tontong pagi ni memilukan hati, tah ape dah jadi dengan dokumentari...jadi comel sangat kot... huhu..

skrip dan masalah teknikal!! itulah ulasan dari pensyarah kami... (kelemahan kumpulan kami dan juga kumpulan lain2 lagi) tension la pulak kena start dari awal kembali (itulah ibaratnya-back to zero atau Back to Basic) mane lebih elok ??? huhu

untuk mengurangkan rasa kurang senang dan untuk kurangkan rasa ngantuk, sy menulis segalanya di di sini (walaupun lecture masih ada dalam kelas, sambil menontong tayangan video dari ahli kumpulan lain...) buat la yang terbaik kawan2...... huhu. memang susah la kalau baru belajar buat ni...betul la kate org2 tua dulu.... siap jadi pantun lagi...hehe

Buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
kami student baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

Apa-apa pun thanks for my lecture because say to me what to do & what should repair.....

ini ilmu memang kena menuntut betul2 la, baru mantap....


ilmu itu satu permulaan untuk kehidupan kita....


fathiadha.blogspot.com

Dokumentari

Perjalananku ke Mersing pada penghujung bulan Januari 2009 menyebabkan kami perlu membuat domumentari sebagai report aktiviti tersebut. sesungguhpun begitu, hari ini merupakan hari untuk kumpulan kami menunjukkan draft pertama tentang dokumentari tersebut... kami sedang menyiapkan dengan sepenuh tenaga dan sepenuh kecekalan hati...

Inysa Allah, kalau tak de masalah, pihak kami akan berjaya menyiapkan sebelum matahari terbit...hehe

(meeting to do in Epin Room, at KIY, from 11.00 pm till morning....)


say yes to done....



fathiadha.blogspot.com

Wednesday, March 25, 2009

Dinner KIY: best ke??

Dinner KIY: dengan tema Arabian Night, rasa macam mengembara ke negari Arab la pulak...haha.. malam tersebut berjaya dijalankan dengan sempurna... perasaan saya agak seronok la ...cuma tak semua orang arab ada kat sana....haha.. kalau lihatkan situasi, memang best la, ada Arab-India, Arab-China, Arab-Melayu, Arab Turki, Arab-Moden dan "Arab-Sesat"..... haha..

cuma satu je kekurangan, tak de kamera...kena tunggu ehsan dari member2 la dulu...huhuhu.. baru la dapat upload gambar2 yang menarik...huhu.

nantikan kemunculan gambar2 dinner KIY: Arabian Night!!!




fathiadha.blogspot.com

Sunday, March 22, 2009

Dinner KIY

Arabian Night..... Arabian Night

23 Mac 2009
Tema : Arabian Night
Tempat : Dectar, UKM
Masa : 8.00 malam


ape la aku nk pakai??? baju pak Arab sape la aku nk pinjam...huuhuhu..

sape2 yg ada idea sila sumbangkan...huhuhu

huhu




fathiadha.blogspot.com

Thursday, March 19, 2009

aku melihat sesuatu dari perspektif......

Seni

aku melihat sesuatu dari perspektif seni.... seni merupakan suatu yang halus, dan sukar difahami maksudnya. seni itu halus dan menarik untuk di kaji. Seni ini banyak pecahannya, ada seni tampak, seni lukis, seni persembahan, seni photo dan sebagainya.
dalam banyak2 seni, seni photo sangat menarik untuk dipelajari kerana ia memerlukan kemahiran yg tinggi dan memerlukan kesabaran yang tinggi. gambar di atas menggunakan kamera digital yg biasa, kekaburan jelas kelihatan dan masih kurang fokus. namun ia boleh dikira sebagai gambar yang mempunyai fokus yg jelas.




jelas atau kabur juga boleh dijadikan seni!



......................................
fathiadha.blogspot.com

Monday, March 16, 2009

Tajuk Tesis!

Esok merupakan Final day untuk hantar tajuk tesis bagi Program Sejarah, UKM. bagi warga sejarah UKM, anda diwajibkan menghantar tajuk tesis (sama ada suka atau tidak, kena hantar jugak) dan juga nama penyelia (tak wajib di isi).
bagi pelajar Program Sejarah UKM, buat la tajuk tesis yg anda minat, yg akses bahannya mencukupi serta mudah di dapati. oleh yg demikian, marilah kita memikirkan tajuk tesis kita bersama2..
Dalam sejarah, tidak kiralah apa jua tajuk yg anda ingin lakukan, anda boleh lakukan. kerana sejarah itu adalah perkara yg dah berlaku. sebaik peristiwa dalam kajian sejarah adalah 35 tahun, kerana 35 tahun usia sesuatu bahan tersebut (dihantar ke arkib). so aksesnya lebih mudah la... Sekiranya anda berminat nk buat tajuk tentang isu-isu semasa, tak kesah, cuma anda terpaksa melayani pelbagai dugaan untuk mendapatkan bahan2nya.
somoga berjaya dalam pemilihan dan penulisan tesis anda.
ikhlas dari...
.............................
fathiadha.blogspot.com

Jom kite buat....

Petir yg berlaku 3 hari lepas menyebabkan saya tidak boleh online di KIY sejak hari kejadian. menurut penduduk KiY, selepas petir kuat yg meyambar tangkisan kilat, UKM-Jaring kiy tidak dapat connection. so saya pun tak dapat online juga...sebab 2 ler xleh nk update blog... hari bukannya dah ok, tp sebab saya ada urusan di Lab Komputer, so gunakan lah masa yg ada untuk tambah blog post...haha

tujuan utama saya buat blog post ni adalah untuk menagajak rakan-rakan yg sudi dan tidak ada kaitan dengan LI utk buat Short Sem.. pendaftaran kursus dah buke dah... dalam minggu ni la.. so gunakan kesempatan yg ada....

Jom kita sama2 buat Short Sem....


fathiadha.blogspot.com

Wednesday, March 11, 2009

Kisah-kisah antara kami...

Salam sahabat2 kosmate

aku melepak bersama course mate, maka keluar la perkara2 lama antara kami... yang kisah kami dulu2 segan untuk mengenali antara satu sama lain... haha.. kelakar pun ada... kini antara kami dah berlaku perubahan. kami dah mula buat diskusi, perbahasan dan pelbagai lagi aktiviti underground yg diluluskan oleh org no satu sejarah.... hehe


tp itu bukan yg nk di citer kan dengan dengan detail, yg citer bez bile kami keluar dr ukm... ini la citer mas kami g arkib...First Time g Arkib Negara Malaysia, buat kursus Metodologi Arkib Negara, yak ni kursus nk cari bahan la kononnya... after that kami g arkib lg, tp g sendiri2 la... huhu. dalam gambar tersebut, ada la member2 kosmate sama ada yg sekarang ini masih berjuang bersama atau dah xde daa.... (pindah u)...
dari kiri adalah Zaki, Yazid, Adib, Sabri, Herwanto, Aswadi dan Marzuki...
Marzuki skrg dah pindah u, belajar kt tempat len...(UPSI rasanya), yg len2 skrg ni masih ada lg... Adib skrg dah jd Presiden PMFSSK, Zaki bakal Presiden PMPPS (belum AGM lg hehe), Yazid (Orang No 2 Sejarah), Sabri still macam dulu dan lebih hebat, Aswadi (makin bahagia), Wanto (org Kuat KIY, dah jadi Presiden), yg amek gmbar ni sebenarnya Husni, (dgr citer nk buat rampasan kuasa PMPPS, maybe jd Presiden kot lps ni) so aku ni just jd tukang tulis Blog....haha... jawatan aku hanya editor blog FATHIADHA, jawatan len xmau tanding lagi....belum tiba masanya....


fathiadha.blogspot.com

ape perasaan anda bile....

ape perasaan anda bile anda mengalami masalah secara bertimpa-timpa. dah ler masalah pertama xsetel lg, datang lak masalah kedua...huhu. penat setelkan masalah pertama, masalah kedua tambah lg bebanan... itu belum lg tambah masalah yg akn datang...entah jd brape entah....rasa nk pecah je kepala PK nk setelkan masalah...

ape-ape pun hidup mesti diteruskan. hidup adalah segalanya yg berlaku, bukannya segalanya utk hidup. kita boleh menjadi apa sahaja yg kita mahukan...kecuali menjadi Nabi. (kata-kata ini dipetik drpd Ustaz Hanafi Hj Ahmad) tak kira la nk jd org baik, org jahat, lanun, ke hape2 ke, semuanya boleh... dan kita juga boleh menilai sendiri sama ada ianya baik atau buruk... dalam kita membina diri kita ke arah yg kita mahu, maka akan datang masalah kepada kita dan masalah ini sebenarnya satu ujian terhadap kita supaya memudahkan kita menempuh hari-hari yg akan datang. tak de orang yg xde masalah. masalah itu adalah sebagahagian daripada kehidupan kita. (org yg xde masalah itulah yg bermasalah)....... (pelik je bunyi)..

so utk selsaikan masalah, pk lah secara rasional. gunakan hati yg tenang dan fikiran yg waras... insyaAllah, dapat setelkan masalah anda...

Hidup adalah dugaan, dugaan adalah sebagian drpd kehidupan!



fathiadha@blogspot.com

Thursday, March 5, 2009

Kenape.....

kenape perlu esok??


Hari ni tak boleh ke?? kalau boleh, aku dah lakukan daa... tp aku ni bukannya supermen yg boleh buat ape2 yg pelik... aku hanya insan biasa.

Aku sebenarnya menunggu waktu untuk pulang ke Kampung halamanku pada esok hari.. esok???

Esok malam... tak kesah la, janji aku akan balik jugak, yg pasti aku dah lama rindu kat family aku, lebih2 lagi adik aku yg kecik, dah lame aku tak dukong dia...haha..

dulu2 masa aku saket, dia masih kecik, aku pun xleh dukong dia...masa aku dah pulih, ha ape lagi akulah yg bawak dia g merata... sekarang umurnya baru je nk cecah 10 bulan...tp gmbr ni masa umor dia dlm 8 bulan la...


Jom balik Kampung!!!!

rindu kampung halaman.......

fathiadha.blogspot.com


Wednesday, March 4, 2009

Apabila kuasa dicampuraduk....

KEMELUT politik semasa terus mendapat perhatian pihak istana yang bimbang melihat senario itu mampu membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Selepas Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj, Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra pula melahirkan rasa dukacita.

Sebagai lambang perpaduan dan keharmonian yang memayungi segenap lapisan masyarakat, pihak istana ada sebab untuk berasa terguris dengan kekalutan politik itu.

Bagi ahli sejarah negara, Profesor Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, apa yang berlaku dalam masyarakat ketika ini termasuk lunturnya dokongan terhadap Raja- Raja adalah kerana jauhnya semangat dan kefahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan.

“Rakyat tidak faham bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang- udang tertinggi di dalam negara, dan Raja-Raja pula merasmikan keputusan yang dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan itu,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia, ketika ditemui di pejabatnya di Jabatan Sejarah, Fakulti Pengajian Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, baru-baru ini.

Dalam wawancara yang sama, beliau turut mengulas panjang mengenai betapa pentingnya rakyat memahami sejarah dan undang-undang dalam mengaitkan peranan Raja-Raja dalam kemelut politik semasa


UTUSAN: Di mana kedudukan Raja-Raja di bawah Perlembagaan Persekutuan?

KHOO KAY KIM: Sebenarnya pada 31 Ogos 1957, ketika negara menyambut kemerdekaan dan menjadi negara bangsa serta mengamalkan sistem demokrasi, bukan British yang menyampaikan kedaulatan kepada negara, sebenarnya Raja yang menyampaikan kedaulatan itu. Ini kerana pada 1 Februari 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan menggantikan Malayan Union, British telah mengembalikan kedaulatan Raja.

Sewaktu kemerdekaan negara, Raja kemudiannya menyampaikan kedaulatan kepada rakyat. Maka, Tanah Melayu mula mengamalkan sistem demokrasi iaitu pemerintahan ke atas rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat. Rakyat yang mempunyai kedaulatan dan rakyat yang menentukan segala-segalanya.

Jadi di mana peranan Raja-Raja?

Peranan Raja-Raja ialah menjadikan kerajaan yang sudah dipilih oleh rakyat sebagai rasmi. Bukan Raja yang menentukan kerajaan sebaliknya rakyat yang memilih, tetapi Raja menjadikan pilihan rakyat itu sebagai sesuatu yang rasmi.

Adakah peranan Raja-Raja itu disedari oleh rakyat hari ini?

Rakyat sekarang kelam kabut antara adat dan undang-undang. Mereka tidak begitu jelas antara kedua-duanya. Zaman dahulu sebelum campur tangan British, raja mempunyai kuasa mutlak. Raja yang menentukan siapa salah dan siapa benar. Raja juga yang menentukan bagaimana bentuk hukuman yang sewajarnya dikenakan.

Dari situ timbul kisah Hang Tuah dan Hang Jebat pada zaman Kesultanan Melaka. Kalau ikut adat, Hang Tuah itu salah. Tapi masyarakat selepas itu terutamanya golongan sosialis mengatakan Hang Jebat adalah benar. Tapi kita tidak boleh mengikut sentimen. Kita perlu lihat pada satu-satu zaman bagaimanakah budayanya.

Apa yang paling penting pada zaman dahulu ialah adat, sebab itu adanya pepatah “biar mati anak jangan mati adat”. Raja itu sebagai adat dan menentukan segala-galanya dalam masyarakat Melayu.


fathiadha.blogspot.com

Politik di Perak : Persidangan bawah Pokok jadi bahan Jenaka...

SEJARAH baru tercatat di Perak semalam apabila sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipanggil oleh Speaker DUN, V Sivakumar, diadakan di bawah pokok, 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh. Ketika pelbagai pihak masih berbalah mengenai kesahihan sidang berkenaan, Mahkamah Tinggi Ipoh petang semalam mengeluarkan perintah melarang Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang. Apapun, sidang di bawah pokok itu kini sudah menjadi bahan jenaka sehingga ada yang menyamakannya dengan kerajaan 'Pasir Berdengung' dalam filem Laksamana Do Re Mi lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Kita tidak pasti apa motif sebenar kumpulan terbabit terus berbuat demikian setelah pihak berkuasa tidak membenarkan mereka memasuki kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan, melainkan bermotif politik bagi meraih simpati orang ramai. Walaupun dalam Perlembagaan tidak menyebut yang sidang Dewan perlu diadakan di dalam bangunan Dewan atau di tempat khusus, tindakan mengadakannya di bawah pokok adalah luar biasa, aneh dan sesuatu yang memalukan. Malah, ia mungkin ditertawakan oleh generasi akan datang apabila mereka membaca sejarah perundangan negeri Perak. Persidangan DUN bukan perkara yang boleh dipermainkan untuk gimik politik, apatah lagi mengadakannya di bawah pokok yang menggambarkan satu penghinaan terhadap DUN itu sendiri. Tidak hairanlah apabila pelbagai pihak menganggap tindakan Speaker DUN berbuat demikian sebagai sesuatu yang memalukan institusi tertinggi pada peringkat negeri itu.

Kita juga berpendapat tindakan Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menutup Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi menghalang sidang tergempar DUN Perak yang dipanggil Sivakumar itu sebagai wajar. Tidak mungkin sidang tergempar DUN boleh dilangsungkan tanpa perkenan Sultan Perak. Dengan itu juga, sidang yang dihadiri 27 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan meluluskan usul menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, walaupun tampuk pemerintahan negeri itu sudah diambil alih Barisan Nasional (BN), dianggap tidak sah meskipun ada pihak mendakwa sebaliknya. Selain undi percaya dan menyokong Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah, sidang tergempar itu juga meluluskan usul untuk mengesyorkan kepada Sultan Perak supaya membubarkan DUN dan melulus serta mengesahkan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abd Kadir dan enam Exconya daripada menghadiri sidang DUN selama 18 dan 12 bulan. Bagaimanapun, pakar undang-undang perlembagaan berpendapat walaupun sudah mendapat kelulusan Dewan untuk membubarkan DUN, ia masih perlu mendapatkan perkenan Sultan Perak seperti yang diperuntukkan mengikut Perkara 18(2)(b) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Begitu juga dengan usul mengekalkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar, perlu mendapat perkenan Sultan. Kita berharap sesuatu dapat dilakukan segera untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlarutan ini.


Kesultanan Melaka akar umbi institusi Raja

INSTITUSI Raja menjadi satu asas penting dalam sistem kenegaraan dan pembinaan negara kita. Institusi ini adalah warisan daripada sistem politik dan kenegaraan Kesultanan Melayu Melaka. Mungkin ada yang bertanya mengapa kesultanan itu dijadikan asas kepada institusi Raja sedangkan sebelum Melaka sudah wujud beberapa kerajaan Melayu tua seperti kerajaan Kedah Tua (Lembah Bujang), Bruas, Manjung dan beberapa kerajaan yang lain.

Ada dua hujah utama yang boleh saya kemukakan untuk menjawab persoalan ini. Pertama, Melaka adalah satu-satunya kesultanan Melayu yang banyak meninggalkan warisan pelbagai aspek yang juga terkandung dalam ciri-ciri negara moden seperti kedaulatan, kerajaan, pentadbiran, undang-undang, lambang, rakyat dan wilayah pengaruh.

Beberapa kerajaan (kesultanan) Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang adalah diasaskan oleh kerabat diraja Kesultanan Melaka. Dua undang-undang bertulis Melaka yang terkenal iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut menjadi asas kewujudan beberapa undang-undang lain seperti Undang-undang Pahang (1596), Undang-undang Kedah (1650), Undang-undang Johor (1789) dan Undang-undang Perak (1878).

Dari segi pengaruh wilayah, Kesultanan Melaka menguasai seluruh kerajaan Melayu yang wujud di Tanah Melayu ketika itu. Malah, pengaruhnya turut melebar ke beberapa kerajaan di Pantai Timur Sumatera seperti Kampar, Siak, Indragiri dan Siantan. Kerajaan Patani juga memohon nobat (menerima ketuanan) dari Melaka.

Ketika itu, keupayaan Melaka mewarnai dan menjalin hubungan diplomatik dengan kuasa jiran seperti Siam dan kuasa Asia seperti China memang terserlah. Hujah kedua, institusi kesultanan yang diasaskan Melaka mempunyai kaitan rapat dengan pemikiran Islam. Sebelum Islam, konsep dewaraja Hindu mempengaruhi kerajaan Melayu tua yang wujud lebih awal daripada kerajaan Melaka.

Konsep terbabit penuh dengan unsur kesaktian, kedewaan dan kekebalan. Sebaliknya, konsep Sultan dalam tradisi politik Melayu-Islam berjaya mengikis unsur terbabit. Konsep Sultan membawa Raja menundukkan kekuasaan dan pemerintahannya kepada undang-undang al-Quran dan al-Sunnah.

Kedudukan Raja Melayu ketika itu amat penting. Kedaulatan sesebuah negeri bergantung sepenuhnya kepada kekuasaan Raja dan kedaulatannya tidak dapat dicabar oleh sesiapa. Namun, beberapa peristiwa 'penderhakaan' yang dinukilkan sejarah menggambarkan bahawa 'Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.'.

Ada dicatat dalam Sejarah Melayu bahawa pernah berlaku perjanjian persetiaan di antara Sang Seperba (wakil raja) dan Demang Lebar Daun (wakil rakyat). Dalam persetiaan itu, Demang Lebar Daun memberi akujanji bahawa anak cucunya akan taat setia kepada Raja dan pihak Raja pun mestilah menjaga kepentingan rakyat mengikut hukum syarak.

Demang Lebar Daun ada mengungkap, 'Baiklah Tuanku. Tetapi jika anak buah Tuanku dulu mengubah dia, maka anak cucu patik akan mengubahlah" (Sejarah Melayu, edisi W G Shellabear, 1961). Tun Perak, Bendahara Melaka tersohor ketika menasihati anak buahnya mentamsilkan Raja umpama dua butir permata pada satu cincin.

Katanya: 'Hendaklah tulus hatimu pada berbuat kebaikan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Dan jangan kamu sekalian lupa pada berbuat kebaikan kepada Raja kamu. Maka kata hukuman, adalah Raja yang adil itu dengan Nabi SAW umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula Raja itu umpama ganti Allah di dalam dunia, kerana ia zuli'lLahu-fil'alam.

Apabila berbuat kebaktian kepada Raja, seperti berbuat kepada Allah SWT. Yakni berbuat kebaikan kamu akan Allah dan Rasul-Nya, dan akan Raja" (Sejarah Melayu, edisi W G Shellabear).

Jika diteliti, ungkapan Tun Perak itu bertepatan dengan maksud ayat 59, surah an-Nisa': 'Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu". Ia juga menggambarkan Raja dalam tradisi kesultanan Melayu dihubungkan dengan konsep 'Uli'l-amri' yang mengangkat pemerintah sebagai golongan yang harus dipatuhi selepas mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Pastinya maksud pemerintah di sini ialah pemerintah yang diterima dengan rela oleh umat dan mereka sama-sama tertakluk kepada syariat serta menegakkan keadilan. Menegakkan keadilan menjadi prinsip penting dalam pemerintahan Islam.

Mungkin kerana itulah Undang-undang Tubuh kerajaan negeri Terengganu yang diperkenalkan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) juga dikenali sebagai Ittiqan-il-muluk-bi-ta'dil-il-suluk yang bermaksud 'keyakinan kepada pemerintah berasaskan kepada keadilan.'

Kehadiran dan campur tangan British di negeri Melayu menghakis sedikit demi sedikit kuasa dan pengaruh Raja-Raja Melayu. Ia bermula daripada pengenalan sistem Residen dan penasihat Inggeris dan akhirnya diperkenalkan sistem Raja Berperlembagaan oleh Suruhanjaya Reid (1956).

Di negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, kuasa Raja-Raja lebih awal dibendung oleh British. Pada 15 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani di antara Raja-Raja Melayu dan British.

Perjanjian itu melahirkan sistem pemerintahan demokrasi dan Raja Berperlembagaan. Asasnya bermula dari Perjanjian Persekutuan 1948. Ketika gagasan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, semua negeri di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak menerima sepenuhnya institusi Raja.

Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong bertindak memayungi semua negeri dalam Persekutuan termasuk Singapura, Sabah dan Sarawak. Singapura tidak lagi termasuk dalam Persekutuan apabila ia keluar dari gagasan Malaysia pada 1965.

Perlembagaan moden meletakkan demokrasi menjadi nilai dan landasan penting sistem politik negara. Pemerintahan negara mestilah diwujudkan melalui proses demokrasi iaitu kebebasan memilih kerajaan melalui pilihan raya.

Perlembagaan Persekutuan menjadi undang-undang tertinggi negara dan mengatasi undang-undang lain (Perkara 4(1)). Perlembagaan menjadi kayu ukur kepada kesahihan segala tindakan pemerintah dan rakyat.

Walaupun Raja-Raja tidak lagi memiliki 'kekebalan' mutlak, Raja tetap menjadi institusi tertinggi dalam negara. Baginda mengetuai ketiga-tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan (legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman. Baginda juga adalah satu daripada tiga komponen Parlimen dan baginda boleh memanggil dan membubarkan Parlimen.


Mohd Ayop Abd Razid

Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan

Berita Harian, 4 Mac 2009


di Edit oleh fathiadha.blogspot.com

Tuesday, March 3, 2009

Perubahan....

Perubahan,perubahan, perubahan....

ape yg dah berubah???
tak de ape, just ubah ape2 yg patut je...hehe...
nak tau ke? kalau nak tau, boleh la jumpa aku esok lusa, dan saksikan sendiri perubahan diri aku...sikit je...
hehehe..

aku buat perubahan ni pun sebab dah ramai yg tegur aku, ttg....... aku. so aku amek la pendekatan supaya "pisang berbunga 2 kali" haha (merosakan peribahasa la pulak) ish3

so moral of the story, buat la apa2 yg patut, janji tak menyusahkan orang lain...hehe (ada kaitan ke??)

...................

Monday, March 2, 2009

Bile Ikan berbicara....

ikan berbicara???? mengeraut je bunyi.... ini mesti ada trip disebalik kejadian... haha.. jom kite dengar citer ape sebenarnya yg berlaku...

kesah ni berlaku pd smlm, yak ni masa aku g makan kt KTHO.. sebenarnya bukannya aku suke2 nk g makan kt KTHO, tp sebabkan ada keja yg perlu setel kt sana, maka aku pun pergilah KTHO. masa nk makan, aku amek site yg berhadapan dgn aquarium, maka aku pun kira la ikan2 kat dlm aquarium.... sambil aku kira2 ikan tu, member aku, (Din) pun tanya la soklan pasal ikan2 tu kat aku... so aku jawab la ape2 yg aku tau.. masa aku tgh menikmati makanan, aku tanya member aku, "ikan yg dua tu lawa gak kan, ikan ape 2??" member aku tengok, ikan fatin ke??, aku cakap bukan, yg 2 tu, yg duk kt depan sana...... ala yg pakai tudung....

ooohhh!! itu ikan duyung, itu spesel kes tu... susah nak cari... (hehe).... Ikan tu siap buat kira2 lagi. mesti tgh buat statistik, banyak angka n jadual...haha

after makan, aku pun g tinjau ikan2 dlm aquarium sambil 2 tgk2 "ikan" yg duk depan aku... hahaha...

**moral dr story ni, ada moral ke?? ish2, aku ni suka tengok suasana / persekitaran, tak kira la best ke x tempat tu.. aku tengok je... so moral nya, jgn la duk dpn @ menghalang pandangan org nk tgk something, xpasal2 jd menda yg org tersebut nk tgk...**



aku suke tangkap gambar lg dr tgk/kira ikan ni....huhu

Sunday, March 1, 2009

Kampung Halamanku....

Kampung Halamanku....
indahnya pemandangan...
yang luas terbentang...
jauh dari mataku
tapi dekat di hatiku

Indahnya pagi,
burung-burung berterbangan,
mencari rezeki buat keluarga,
ayam-ayam berkokok bersahutan,
menandakan mentari telah naik,
embun pagi mula mengering....

dinginnya cuaca pagi,
mengamitkan rasa kecintaan,
terhadap kampung halaman,
juga tempat lahirku...

angin pagi bertiup..
sepoi-sepoi bahasa...
membawa kedinginan pagi
bersama kelembutan udara.

sinar mentari muncul
dari ufuk timur,
cahayanya berterusan
hingga ke petang hari..

redupnya awan, mendungnya cuaca
menandakan hari akan hujan...
hujan yang turun
bagaikan satu gerimis senja
yang membentuk sebuah pelangi indah
namun, ia tidak kekal lama
mentari muncul kembali
menyinari seluruh halaman
gerimis telah bertukar
menjadi petang yang damai.

saat mentari tenggelam
sinarnya mencecah awan
menjadikan pemandangan
yang sungguh indah
yang sukar dicari ganti

burung-burung berterbangan
bertebarang mencari arah pulang



**rindu kampung halaman**

Untuk seorang kawan.....

Ini adalah untuk memenuhi permintaan seorang kawan....



Describe 10 things about the person who tags me.

1. Namamnya Khairunnisa bt Shazali

2. Lahirnya di Ohio, USA, tp menetap di kajang, (hebat 2)

3. belajar kt FTSM, bab2 komputer ni kira expect la... entah2 tido pun dgn komputer (jgn marah)

4. Orgnya putih + manis + kecik molek = comel...(lps ni nisa kena belanje, ni dh kira puji-memuji ni)

5. Nampak lembut, tp bile bertindak, fuhhh!!!! Abg Mag pun boleh jatuh... (dlm latihan demo)

6. Dulu2 nampak sombong, tp rupanya baik hati org nyer... (itu blum kena brain wash lg)

7. Sekiranya ada sesuatu yg dia mls nk buat, maka akn kedengaran malasnya aku!!!”, "alahai kena jugak ke???" (jangan mara yer)

8. bile sembang ngn dia, xyah pk nk cari tajuk ape, ade je citer dia., dah ler 2, tanak abis lak... kalau ikutkan dia, memg xtido la...hehe

9. Orgnya sensitif, tp bukan jenis kuat merajuk....(macam duri semalu, lame2 kembang balik)

10. last but not least dia memang member yg best, yg boleh dibuat kawan....(tp dh ada bf)




Describe 10 things about my self

1. nama Ayah dan Ummi bagi Muhammad Fathi Adha, nama komersil Fathi, tp ada juga org pggil Adha, nama yg jarang disebut Fathi Adha....brape banyak name daaa...

2.ada penyakit yg bahaya, iaitu struktur rangka tulang yg xsama... tp perangai mcm xde ape2...

3. suka pikir ttg org lain (terutamanya family & member2 la)...

4. suka tengok Gajet, 2-3 jam tilik benda sama pun xkesah.... tp xsuka beli (xde duit la 2)

5. suka amek gambar, kalu amek gambar tak ingt bt keja lain...(tp kamera sendiri xde, masalah betul) biasanya kamera kwn2 jd mangsa. (gambr yg diambil di kaw. tggi)

6. boleh dikatakan komputer lovers, tp bukan tau semua pun...just suke n tau serba sikit....huhu, lebih2 lagi photoshop, tp xsuke publish gmbr... kadang2 je. (ni gmbr member yg amek)

7. suka belajar (cari ilmu, tp xsuke yg ada amalan tahyul & khurafat, nasib baik silat yg sy belajr xde unsur tersebut)...lagipun menuntut ilmu itu satu jihad!!..

8. gemar belajar silat (tulang dah xsame, tp boleh je lg)... kerana sy percaya bahawa kitalah yg bertanggungjawab menjaga diri sendiri.

9. suke cari kawan, suke2 je tegur org yg xkenal....sampai jd member : )

10. last but not least, tak cerewet bab2 makan, janji halal dan tak meloyakan perut... may be lps ni kena bukak restoran lak....(tp yg mushkilnya badan x jugak besor...kurus ceding je...) huhu


itulah hakikat sebuah kehidupan....

Sikap Kita??

Sikap kita??

sy memg tertarik dengan satu ungkapan "kenali diri rata-rata untuk mengenal tuhan yg nyata". pada hakikatnya, kita sering mengatakan bahawa kita mengenali diri kita, kita tahu semua tentang diri kita, kita tau ape2 pasal diri kita... namun kita sebenarnya tidak mengetahui sape diri kita yg sebenarnya. sebagai contoh, saya meminati silat dan seni bela diri, tapi bagi sesetengah orang (kawan2) diorang siap kutuk lagi, "zaman dah moden bt ape bersilat". bagi sy, silat sebagai warisan bangsa, tp bagi kawan2 sy (bkn semua), diorang pk menda 2 bazir masa je.. BUKANKAH MENJAGA DIRI SENDIRI ITU WAJIB BAGI KITA??? so silat yg sy belajar, bukannya suke2 nk belajar, tp kerana sy yakin bahawa sy perlu menjaga diri sy sendiri.

kita nk mengenali diri kita sendiri, dari mane kita nk mulakan??? dari diri kita kah?? atau dari kawan baik kita?? atau dari musuh kita. sebenarnya kita dah tahu apa yg kita lakukan itu, adalah diri kita, tapi kwn2 kita tak kate pun yg kita bt (sesuatu) itu baik @ buruk. so kalau kita sorang je yg nilai diri kita, bukankah bias namenya... oleh itu, kite kena lah menilai diri kita berdasarkan apa yg org lain kira atau menilai. TAPIkan..... ada jugak kata2 hikmah yg berbunyi "sebelum kita menilai diri orang lain, nilaikan DIRI kita terlebih dahulu"... jdnyer, kita kena nilai diri kita dulu, pastu bru leh nilai diri org lain. (huhu)

kalau kita nk tau diri kita cam ner, kita jangan la terlalu banyak tanya pada member baik, dia pn nk jaga hati kawan n nak jaga perut jugak (lebih2 lagi member yg suka belabje). member baik kompon kate kita ni baik, bersopan santun, sikap pun baik dan sebagainya (semuanya baik, cuma sikit je citer ttg keburukan). tapikan kalu kita nk menilai diri kita, kita tanya la musuh kita, musuh kita apabila diberi peluang utk mengutuk diri kita, tanpa segan silu dia akan kata semuanya sama ada yg baik atau yg buruk. dalam kepala musuh kita, satu perkara je yg dia pk iaitu dia akan sakitkan hati kita dengan kata2nya yg pedas macam cili padi.

kalau semua pihak dah bg tau ttg diri kita, so apa lagi, kalau terasa nk berubah, masih ada masa lg, kalau rasa nk teruskan, teruskanlah dengan sikap tersebut.

**pesanan ini utk diri sy dan anda semua**

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails