Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Thursday, July 30, 2009

Entry Khas buat seorang SAHABAT

Salam...

entry ini khas utk seorang sahabat yg aku kenal sejak masuk UKM dan sehingga kini...dia merupakan....seorang sahabat yg aku tidak boleh lupekan...

Sahabat.... tarafnya bukan seorang kawan atau seorang lawan.
Sahabat... tidak semua org mempunyai sahabat yg sama...
Sahabat... hadirmu tidak ada seorang pun yg boleh ganti...

Sahabat...munculnya
dari seorang teman,
dari seorang kawan,
dari sebuah perkenalan,
dari sebuah pertemuan...

sebuah pertemuan telah berjaya kenalkan aku dengan seorang kenalan... selepas itu aku telah berkawan dgnnya sebagai kawan yg biasa. lama-kelamaan kami menjadi lebih rapat dan lebih mesra.

Susah senang aku, banyak bersamanya...semasa aku sakit (lps xcdent) dia byk membantu aku dalam urusan mendapatkan rawatan....sehingga aku merasakan dia banyak menyusahkan dirinya utk aku... sedangkan ape yg aku berikan utk nya???

Aku terus berkerjasama dengannya memartabatkan PSSCUHUKM dgn aku dan dia sama2 menjadi pengerak utama... aku dan dia serta rakan2 yg lain sama2 berjuang...tanpa memikirkan penat dan lelah.. sehinggalah pelbagai perkara yg berlaku semasa menguruskan persatuan SCH.. manun aku tabah menghadapinya... Aku juga turut menghadapi pelbagai suka duka dengannya...

sehingga satu hari.....apabila dia membuat spekulasi (gimik) utk melepaskan jawatan yg disandangnya dan menyerahkan kpd org lain... aku terkejut dan tergaman... dalam hatiku sekiranya dia melakukan apa yg dia suarakan...aku tidak akan mencarinya selama 13 hari, atau selama mane aku tidak akan berurusan dengannya... Akhirnya atas pujukan rakan2 yg lain...dia tidak melepaskannya...

ah, dah berapa banyak celoteh aku...itu belum lagi citer ttg kehidupan berjiran dengannya...haha..semua kenangan antara aku dengannya telah membawa kepada sebuah ikatan persahabatan...

dia adalah.... AZANI BIN AHMED

Happy Birthday juga utk mu.....


fathiadha
KUO~Alone with leptop...

Wednesday, July 29, 2009

Entry Khas buat Ahli SCH UKM

Hilangnya sebuah kedukaan yg telah membawa aku ke arah sebuah persimpangan yg lebih jauh dari sebuah kehidupan yg kebiasaannya. aku telah menerima beberapa cabaran yg luar biasa sejak beberapa minggu lepas sehingga berakhirnya pada hujung minggu yg lalu. aku tahu betapa penat lelah, sakit deman, jatuh bangun aku ada faedahnya, ada kebenaranya, ada kekuatannya.

Sepanjang awal semester ini sehinggalah pd hari ini, pergorbanan aku untuk menyelesaikan segalanya (tak de la banyak sgt), namun ia telah menjadi satu kekuatan kpd rakan2 yg lain. ketegasan sahabat2 ku dalam perjuangan menjadikan aku lebih tabah dan lebih bersemangat dalam penerusan kehidupanku.

andai ku tahu......ada jalan yg lebih mudah bg mengatasi permasalahan itu, aku akan lakukan demi sebuah kehidupan yg bergelar sebuah kenyataan yg pasti. namun semuanya aku tempuhi dengan rela dan aku redha dengan apa yg berlaku.

Demi sebuah perjuangan, aku merelakan sebuah pengorbanan, demi sebuah kesetiaan aku merelakan semangat kekitaan....janganlah ada antara kita yg akan merosakkan sebuah persahabatan yg kita bina bersama2 ini.....

"pesanan post ini ditujukan khas buat ahli SCH UKM" semoga berjaya dalam apa jua perjuagan yg akan datang!!



Fathi Adha
Pejabat maya:
Bangunan Pusanika.

Monday, July 27, 2009

Kejayaan dicipta atas dasar Setiakawan

Salam Sejahtera

Selesainya sudah sebuah epilog kejohanan wajadiri. kejohanan yang telah menyebabkan aku tidak dapat tidur yg cukup buat beberapa malam, tidak dpt makan dgn kenyang dan juga beberapa perkara lain. nak online pon susah...tak cukup masa nk layan org dlm talian.

Kejayaan dalam menjayakan program wajadiri merupakan satu realiti yg sangat pedih dan sgt sakit untuk ditempuhi. Peruntukan kewangan yg sedikit dan sangat menggangu perjalanan program tersebut. aku tahu sekiranya aku gagal menjalankan program tersebut, maka aku akan gagal dalam pelaksanaan sebuah kejayaan yg bakal digapai bersama.

susah payah dalam pelakasanaan program wajadiri telah menyebabkan aku lebih tabah menghadapi kehidupan yg akan datang. namun tanpa bantuan kawan2, program tersebut tidak akan berjaya sepenuhnya. terima kasih KAWAN!!

andai aku tersalah silap dan terkasar bahasa, maafkanlah aku wahai sahabat!....tanpamu tiada kejayaan yg kita miliki bersama....itulah kejayaan Program Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi Peringkat IPT dan Sekolah kali ke 12 (UKM '09).

Sunday, July 26, 2009

Tertunainya satu Janji!

Tepat jam 6.00 petang, majlis perasmian penutup kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi melabuhkan tirai. Program selama sehari iaitu bermula seawal jam 7.30 pagi akhirnya tamat jua pada jam 6.00 petang. program tersebut melibatkan pelbagai IPTA dan IPTS seluruh negara dan juga melibatkan beberapa buah sekolah menengah seluruh negara.

Kejohanan tersebut telah berjaya menarik minat beberapa pihak luar khususnya bukan anggota Silat Cekak Hanafi. terdapat juga pihak yang menaja Gerai seperti CIMB Bank dan beberapa penggerai lain lagi.

Walaupun tiada kejayaan besar di catat oleh kontigen UKM, namun sekadar mendapat beberapa pingat itu adalah yg terbaik buat UKM, lagipun ini adalah kali ke 2 UKM menganjurkan kejohanan tersebut. kali pertama UKM menganjurkannnya adalah pada tahun 1999.

Cabaran daripada Silat Cekak Hanafi khususnya semasa mengendalikan kejohanan Wajadiri atau semasa menjalankan kegiatan persatuan dan juga semasa menjalankan latihan adalah pengalaman yang tidak ada tolak gantinya.


Selepas tamatnya program tersebut, aku hanya memikirkan untuk tido dengan lena dan amannya....hehehe


Sekian, seketika.......


Bangi, UKM ~

terbayang tidor yg indah!!!!!

Saturday, July 25, 2009

Segalanya akan bermula!

Segalanya akan bermula...aku hanya perlu melaksanakan beberapa perkara yang utama sebelum segalanya bermula. Bermula dengan itu satu permulaan yg melibatkan sebuah perjuangan!. kesabaran dan keyakinan sangat diperlukan bagi menjayakan sebuah cita-cita yg tinggi.

26 Julai menjadi tarikh keramat bagiku...tarikh yg ku nantikan sejak sekian lama walaupun aku tidak mempunyai keyakinan yg kuat utk menempuhinya. aku tahu siapa aku dan apa yg perlu aku lakukan.

Aku hanya bermohon agar kejayaan akan menjadi milik kami yg berusaha ke arahnya.


Fathi adha
DG ~ UKM

Friday, July 24, 2009

Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi UKM

Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi
Peringkat IPT dan Sekolah kali ke 12
(UKM '09)


Kejohanan wajadiri akan diadakan di Dewan Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia pada 26 Julai 2009. Kejohanan tersebut bakal menarik kira 26 kontinjen dari sekolah menengah dan IPT seluruh negara.

Kejohanan tersebut telah dirancang sejak hampir setahun lalu dan kini bakal menanti saat-saat hari berlakunya event tersebut.

Doakan semoga majlis tersebut berjalan dengan lancar dan tanpa ganguan...InsyaAllah...

Tuesday, July 21, 2009

Menilai Perwatakan...

Jangan Menilai perwatakan dengan Perilaku.....

bermula minggu ini, Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) di UKM. aku sempat mengadakan lawatan ke beberapa buah gerai dan pameran yang berdekatan dengan gerai pameran silat. Namun demikian aku cukup terkilan dengan beberapa pelajar yg baru merasai dirinya Senior mula mengangkat diri sendiri (angkat bakul la tu). mereka mengangap diri mereka adalah Senior (otai la), namun mereka dah anggap pelajar lain adalah junior mereka tanpa bertanya terlebih dahulu...huhu.. ini adalah beberpa singkatan pertemuan aku dengan seorg pelajar dr Persatuan ********* (nama adalah rahsia)

Si A : Dik, Join *****, nk tak, berminat utk jd................
Fathi : emm... tak pe lah, (aku ni dah senior la)
Si A : adik ni 1st year ekr??
Fathi : (agak la....dah 3rd year la), Tak ah...dah 3rd Year Daa,
Si A : oh, ye ker...nampak mcm 1st year, pakai kemas
Fathi : oh, (mentang2 aku pakai smart hr ni, diorang kate aku bdk 1st year, blah la... mcm korang tak penah skema!!)


tak kesah la kejadian yg berlaku, itu adalah satu pengelaman kpd ku... itulah aku dan kisahku di waktu aku mengjaga booth pameran silat cekak...


pejabat Urusan,
Bangi, UKM.

Monday, July 20, 2009

Minggu yang Sibuk...

Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk bg aku. Minggu ini aku ditugaskan untuk menjaga dan mengendalikan Booth pameran Silat Cekak Hanafi UKM sempena Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) di Foyer Pusanika. Minggu ini juga aku terlibat dalam beberapa Meeting penting Wajadiri dan juga terpaksa turun ke latihan Wajadiri.

secara spesifiknya, penglibatan aku dalam Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM telah bermula sejak tahun pertama di UKM lagi.

Minggu ini juga aku dan rakan2 yang lain akan terlibat dalam Demo silat yg akan di adakan di Pusanika.

Sertailah Komuniti Silat Cekak Hanafi UKM, anda akan merasai pengalaman yang berbeza!!!

"Seni Silat Pemangkin Peradaban Ummah"





Thursday, July 16, 2009

BerKuliah Di kampus Cheras

2 hari berturut2 aku berkuliah di Cheras. Sungguh penat dan banyak masa di habiskan untuk berulang-alik dari PPUKM (HUKM) ke Bangi. Dengan jadual waktu yg agak padat, maka terpaksalah aku berulang-alik daroi Cheras dan Bangi secara bergilir2.

Namun itu semua akan tinggal kenangan sahaja, mulai minggu depan aku sudah tidak lagi berkuliah secara penuh di HUKM, nampaknya aku hanya perlu berkuliah di Bangi sahaja.

Perjalanan aku dari HUKM ke Komuter UKM memakan masa selama 30 minit (tanpa sibuk) dan perjalanan ke HUKM dari Salak Selatan memakan masa sekurang-kurangnya 15-20 minit., tidak termasuk masa untuk menunggu komuter dan pengankutan awam yg lain. Perjalanan dan masa menunggu adalah lebih lama dari masa dan waktu perkuliahan...

Hari ini aku tidak dapat berkuliah di HUKM kerana kekurangan tenaga dan tidak sempat utk ke sana. cukuplah setakat hari2 yg sudah.


Subjek PB yg paling susah!!!!!!
tanpa jam kredit (tidak termasuk dlm sistem)



**post ini sebenarnya diwujudkan utk menjelaskan situasi aku yg sering kali tiada di Kampus Bangi**

Wednesday, July 15, 2009

Cabaran Hidup



Cabaran Hidup
:
Aplikasi Ilmu dan Pengetahuan

oleh : Fathi Adha

Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Pelbagai cabaran dan dugaan akan tiba dalam satu hari yg sama. sebagai manusia kita hendaklah mempunyai persediaan dlm menempuh hari2 yg bakal tiba. Oleh itu ilmu dan pengetahuan sangat berguna dlm kehidupan seharian. Tanpa ilmu & pengetahuan, kita tidak dapat meneruskan hidup dengan penuh aman dan tenteram.

Analogi paling mudah adalah kita boleh melihat masyarakat sekitar kita dalam pengaplikasian hidup mereka seharian, tanpa Ilmu dan Pengetahuan, seseorang tidak boleh hidup dengan tenang. Ilmu dan pengetahuan memainkan peranan penting dlm kehidupan seharian.

Manusia zaman Nomad (pra sejarah awal, seperti Paleolitik dan Mesolitik) juga mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam pengaplikasian hidup seharian. sebagai contoh mereka boleh memburu binatang dengan hanya menggunakan alatan batu, dapat menghidupkan api dengan hanya menggunakan kayu atau batu, dapat mencari sumber-sumber makanan untuk meneruskan hidup. Mereka telah mewujudkan satu komuniti masyarakat yang telah berkembang sehingga munculnya masyarakat kita pada hari ini.

Kehidupan masyarakat prasejarah cukup simple dan akhirnya berkembang menjadi kompleks dan bertambah kompleks, seperti kata C.F. Garmon, masyarakat zaman Mesolitik akhir di Asia Tenggara telah mengalami perubahan yang berlainan dengan masyarakat awal dan perubahan itu dikenali sebagai zaman Teknokomleks yang telah menjadikan masyarakat tersebut telah berkembang memunculkan masyarakat Neolitik.

Setelah kita mencapai zaman moden, kita masih gagal mencapai kemodenan yang sepenuhnya di Malaysia. Hal ini berbeza sekiranya kita boleh menjejak kaki ke negara Maju. negara maju mempunyai pelbagai infrastruktur yang hebat dan lagi canggih yang berkembang dan terus berkembang sehingga kita tidak sedar dunia sekeliling kita berubah.

Dalam setiap perkembangan dan perubahan di dunia, ia tetap memerlukan ilmu untuk bagi memastikan perkembangan itu terus berkembang pesat dan seiring dengan kemajuan negara. Sekiranya kita gagal menjadikan diri kita sebagai masyarakat yang setaraf dengan perkembangan dan pembangunan pada hari ini, maka kita akan menjadikan diri kita sebagai masyarakat yang meminggirkan diri kita sendiri. Negara kita mempunyai infrastruktur yang bertaraf tinggi (kelas pertama), namun pemikiran rakyat dan masyarakat di negara kita tidak semuanya mempunyai taraf yang tinggi (kelas pertama). Sebagai contoh yang paling mudah, masyarakat di negara kita merosakkan insfrastruktur dan kemudahan awam, bertindak ganas di jalan raya (road bully) dan sebagainya yang menunjukkan ketiadaan kematangan dalam masyarakat Malaysia. Walaupun golongan ini bukannya golongan majoriti, namun ia telah menjadikan sikap dan perilaku yang agak dikenali (dominan). Tidak semuanya kawasan mempunyai masyarakat sedemikian, namun kewujudan mereka membuktikan bahawa mereka masih lagi kekurangan ilmu dan pengetahuan.

Sukar juga untuk disimpulkan bahawa mereka kekurangan ilmu atau pengetahuan, mungkin mereka tahu apa yang mereka lakukan itu adalah salah disisi undang2, namun keinginan dan kemahuan yg dilakukan oleh mereka itu ibarat menunjukkan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan yang kurang.

Bayangkan masyarakat zaman prasejarah hidup di zaman kita sekarang ini, apa akan berlaku? adakah mereka akan hidup seperti zaman mereka atau mereka akan bertindak lebih baik dari zaman mereka? Namun hakikatnya mereka tidak akan muncul pada zaman ini kerana zaman mereka telah berlalu dan berakhir.

Persoalan yang paling utama yang perlu dibincangkan ialah, di mana letaknya ilmu dan pengetahuan masyarakat Malaysia seandainya tidak dapat menghormati pembagunan yang kita kecapi pada hari ini.

Akhir kata, Ilmu dan Pengetahuan itu satu benda yang berbeza. Namun kekurangan salah satu akan menjadikan sesebuah masyarakat atau seseorang itu tidak dapat bersaing dalam dunia global ini.

Ilmu mencorak masa depan yang cemerlang, pengetahuan membantu pengaplikasian ilmu dalam kehidupan.


Fathi Adha
Bangi

Monday, July 13, 2009

Penat memenatkan aku

Hari ini aku baru sahaja sampai di UKM. sebenarnya telah pulang ke rumah pada hujung minggu yg lalu ekoran ada beberapa perkara yg perlu aku lakukan dan perlu aku laksanakan. aku tahu betapa penatnya terpaksa berulang-alik dari Jertih ke Bangi.

Aku menggunakan methode yg berlainan sedikit. aku tidak kembali terus ke Bangi, sebaliknya aku ke rumah kawanku di Raub dan pada awal pagi aku kembali ke Bangi.

Dengan perjalanan seawal jam 8.30 pagi aku bertolak dari Felda Sg. Koyan dan sampai di Kuala Lumpur (Pekeliling) pd jam 11.15 pagi. kemudian aku terpaksa mengambil LRT ke Bandar Tasik Selatan dan kemudian menaiki KTM Komuter.

Setiba di Stesen Komuter UKM, aku melihat jam pukul 12.30 tgh hari... maka terpaksalah aku menunggu Bas UKM atau Bas Rapid KL, mane2 yg akan tiba terlebih dahulu.

Aku sampai di bilik pd jam 1.08 PM, dan cepat2 aku bersiap untuk menghadiri kelas pd jam 2.00pm (kelas wajib major). sungguh penat dengan perkara yg sebegitu.


Bangi, UKM

Fathi Adha

Wednesday, July 8, 2009

Tekad yg berterusan

Sudah beberapa hari aku berada di bumi UKM ini. namun jiwa aku masih lagi bermasalah gara2 sesuatu perkara yg berlaku kpd diriku. aku bukannya mahu menyalahkan diri aku mahupun keadaan, tetapi hakikatnya, aku masih belum mampu lagi menguruskan hal yg sekecil itu sebagai asas kpd kejayaan aku.

Aku mungkin bakal mengahadapi pelbagai cabaran yg belum tentu aku dapat atasi dengan sempurna, walau apa jua yg berlaku, aku tetap yakin dan tabah untuk menghadapinya. bak kata org sejarah (sejarawan): "perkara yg bakal berlaku, tetap akan berlaku dan akan menjadi sejarah kehidupan" (betul ke ayat mcm nie??, kira betul la)

Sebagai orang yg ingin mendepani cabaran globalisasi, aku tidak boleh kalah kpd keadaan, sebaliknya aku perlu tabah dan gigih menghadapi cabaran yg mendatang.

akhir kata, aku ingin berpesan kepada diriku dan juga rakan2ku ; bahawa dunia yg kite duduki bt sementara waktu ini adalah pentas segala cobaan dan dugaan, halangan, masalah dan sebagainya yg akan ditentukan di Akhirat, oleh itu jangan cepat berputus asa dan terlalu fikirkan kpd kekalahan, sesungguhnya pemikiran yg waras itu membawa kpd kejayaan....


Fathi Adha
Bangi

Monday, July 6, 2009

Kembali Dewan Kuliah

Salam Pertemuan

Kini sudah menjelma minggu pertama perkuliahan. Minggu ini kebanyakannya lecture masih lagi menguruskan pelbagai hal yg masih lagi tertangguh sama seperti pelajar-pelajar lain, termasuklah diriku.

Sepanjang cuti yg panjang, aku bukan sahaja menghabiskan masa di kampung halaman, malah aku telah menjalankan kegiatan travel ku dari satu destinasi ke destinasi yg lain.

kini telah tiba masa untuk kembali ke dewan kuliah, InsyaAllah ada lecture yg masuk...


semangat itu hidup!!


fathiadha blog's

Sunday, July 5, 2009

Cuti dah Abis

Cuti dah Abis.....

tak de ungkapan yg lebih best dr yg best diucapkan selain menghabiskan cuti dgn pelbagai perkara. sepanjang cuti yg bermula pada 10 Mei sehingga hari ini 5 Julai, aku telah melakukan beberapa aktiviti yg bermula dengan travel dan di akhiri dengan musim durian.

Pelbagai perkara dapat ku alami, dapat aku rasai dan pelbagai perkara telah menjadi cabaran dan halangan yang terindah dan menarik.

Walau apa pun cabaran dan halangan yg datang, ia tetap datang dan ia telah pergi...



Fathiadha....

Padang Luas

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails