Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Thursday, December 31, 2009

Kembali ke bumi Terchenta

Salam Kembali

hari ni, sebelum kol 6.00 pagi, aku dah sampai ke rumah terchenta. penat semalaman di dlm badan benda berpetak empat segi masih belum hilang. terasa mau baring je, tapi terjumpa la pulak Broadband kat atas komputer rumah.. apa lagi, update blog je la. kalau siang hari, kompon2 la susah nk guna.

sepanjang perjalanan dengan pesawat berbentuk segi empat itu, aku sentiasa berdoa agar dijauhkan dari bencana spt yg berlaku baru2 ini yg telah mengorbankan ramai nyawa. dengan penuh perasaan takut, risau, cemas dan sebagainya.

memandangkan adik aku pun nk balik kg juga, jadi tidaklah kerisauan itu terlalu begitu ketara. hehe. skrg ni terasa mcm perlu rehat yang panjang.

anyway aku akan update lagi jika ada apa2 perkara yang berbangkit. setakat masa ni, tak de apa2 yang berlaku. (nanti aku tinjau2 kampung laman dlu, apa yang ada berubah)


p/s: adik aku yg UPSR dlu dpt masuk SMKTM, (sek yg famous di BESUT). tahniah


:benda berpetak empat segi merujuk kpd bas.

Wednesday, December 30, 2009

Esok~

a plan to go.

esok aku perlu menyiapkan beberapa perkara utama.

1. kelas kol 8.00 pagi
2. hantar buku Fatin...dia nk buat assigment plak
3. jumpa Haidah, hantar "baby boy" (status boleh berubah2)
4. Upadate buku di pustaka "jika perlu"
5. pastu setelkan apa yg patut
6. kuar KL... than balik PJ
7. balik umah...


satu perkara yang penting.... mungkin kita rancang dgn sempurna, tdk berhasil seperti yang dirancang. tetapi kite mesti ingt bahawa perangcang tuhan kepada Hambanya adalah sebaik2 perancangan. jadi janganlah sekali2 lupa pada Tuhan yang Esa (pesanan kepada diri sendiri jugak)


p/s: esk balik umah, sambut tahun baru kt umah

Tuesday, December 29, 2009

sebuah kisah dari seorang kawan

Salam kembali

dah lama rasanya aku tak update blog ni. Dah bersawang dah blog aku ni. Sejak sehari dua ni busy aku bertambah-tambah sampai tak de masa nak menulis walaupun 3 baris perkataan.

Latest story, sepatutnya aku dah citer kat korang, tapi disebabkan aku tak sempat2 nk update blog, jadi hari ni baru la aku citer cikit.

Minggu lepas, kawan aku ada menceritakan tentang satu kisah. Kawannya (perempuan) telah diragut di stesen KTM Komuter Mid Velley (yg terkenal dengan org ramai), pada masa tersebut tren komuter berhenti di stesen Mid Velley. Peragut berjaya meloloskan diri daripada pengawal keselamatan dan juga polis bantuan (tak taw la apa ilmu peragut tu). Akibat daripada kejadian tersebut, mangsa mengalami keretakan bahu akibat hentakan yang kuat. (terjatuh).

Itu cerita yang aku kongsikan bersama korang. Mungkin ada lagi cerita yg kite dgr dlm kaca TV dan juga dada2 akhbar tentang kes ragut. Peragut melakukan apa sahaja asalkan kemahuannya tercapai. Peragut telah menggunakan teori Machivelli (kalau istilah politik) yang berbunyi “matlamat menghalalkan cara” satu pendekatan yang paling hebat. Kalau orang2 politik menghalalkan cara untuk mencapai matlamat, mereka setara dengan peragut-peragut itu. Jika hati dah kering, imam dan tercampak keluar, “setan” akan mula memandu arah. Membawa dirinya ke arah jalan kerosakan.

Jika kita lihat kes2 peragut yang ditangkap oleh orang awam, mereka akan dipukul, diseksa, dan sebagainya bagi membalas perilaku yang mereka lakukan. Perilaku sedemikian kita melihat sebagai satu kekejaman, tapi bagi orang awam yang menangkapnya, itulah hadiah yang perlu mereka beri kepada peragut. (aku pun mungkin bertindak demikian jugak)

Emm.. semoga kita dijauhkan daripada kes2 yang macam ni...


p/s : doakan mangsa ragut itu kembali sihat...

Friday, December 25, 2009

kereta HILANG...apa nk jadi nie??

Tiga kereta Perdana V6 Terengganu hilang

KUALA TERENGGANU 22 Dis. - Tiga buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilaporkan hilang di tiga tempat berasingan sepanjang tahun lalu.

Selain itu, sebuah jengkaut milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bernilai kira-kira RM1 juta turut dilaporkan hilang awal tahun ini.

Laporan mengenai kehilangan kereta itu diperoleh berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi 2008.

Bagaimanapun, sebuah daripada Proton Perdana V6 itu serta jengkaut berkenaan berjaya ditemui semula selepas laporan polis dibuat.

Wakil rakyat pembangkang, Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) ketika membangkitkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini mempertikaikan kehilangan berkenaan yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, mengikut laporan itu kereta bernombor pendaftaran TAF 2277 yang digunakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu hilang di tempat letak kereta restoran makanan segera KFC di Batu Buruk di sini.

''Sebuah lagi kereta bernombor pendaftaran TAM 323 hilang di tempat letak kereta Tesco, Ampang, Selangor, manakala kereta bernombor pendaftaran TAF 8181 bagi kegunaan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri hilang di rumahnya,'' katanya semasa membahaskan Bajet Terengganu 2010 pada persidangan DUN hari ini.

Jelasnya, beliau membangkitkan isu berkenaan bagi menyedarkan betapa tidak seriusnya pegawai kerajaan negeri dalam mengawasi dan menjaga kereta milik kerajaan.

''Saya bukan mereka-reka cerita tetapi pendedahan dibuat setelah meneliti laporan tersebut. Walaupun semakan audit mendapati tiga pegawai telah membuat laporan polis pada hari kehilangan tetapi pemantauan kurang dilakukan.

''Sehingga kini satu kes kehilangan kenderaan (TAF 2277) telah selesai manakala dua kes lagi masih di tangan Jawatankuasa Penyiasat,'' katanya.

Mengenai kehilangan jengkaut milik MBKT, Mohd. Abdul Wahid berkata, kenderaan milik agensi itu dijumpai di tempat pembuangan sampah MBKT di Kampung Tok Koh, Sungai Ikan dekat sini selepas dilaporkan hilang.

Beliau berasa hairan bagaimana jengkaut sebesar dan seberat puluhan tan metrik itu boleh hilang.

sumber: Utusan Malaysia 23/12/2009


inilah kisah yg berlaku di Terengganu... kereta ilang, Bina stadium...runtuh, bina tempat tarminal bas..runtuh, lps ni ape pulak yang akan berlaku pada terengganu???

Nasib oh Nasib...

p/s: aku orang BESUT...

Wednesday, December 23, 2009

kembali ke kelas

Salam kembali..

Sejak kembali ke dewan kuliah, aku tak sempat nk update blog lagi.. byk keja..huhu.

sejak semalam badan aku rasa cam tak best je. pastu tadi aku gi ler PK, kot2 ader masalah kesihatan ke... dan ternyata aku deman. huh!

maybe ni deman gara2 buat kerja terlampau byk, angkat barang dlm stor dan juga kemas bilik... huhu.

so skrg ni aku dalam keadaan tidak sihat, deman. nak tulis entry panjang2 pun rasa macam tak larat, tapi aku try tulis jugak sekadar termampu. minggu ni Jumaat cuti, hari Krismas, jadi satakat ni aku tak de rncang nk g mane2 pun lagi, walaupun ada sepupu aku suh g umah dia di PJ, tapi masih dlm pertimbangan lagi. yang jadi masalahnya aku sedang "berdeman" huhu.

nampaknya esk nk kena g jumpa penyelia tesis, nk (pinjam buku) dan nk bincang skit ngn dia...

deman~ huhu...

Sunday, December 20, 2009

Kisah Maal Hijrah : Hijrah Nabi Muhammad S.A.W.

Hijrah Nabi Muhammad S.A.W.

Sebelum berlakunya Hijrah Nabi S.A.W. ke Kota Madinah, penduduk kafir Quraisy telah bermusyawarahnya dalam satu majlis untuk mengekang Nabi Muhammad S.A.W. daripada menyebarkan dakwahnya. Dalam majlis itu yang dihadiri daripada pelbagai Kabilah Kafir Quraisy Arab telah menghantar wakil-wakilnya dalam menghimpun idea untuk menghalang Nabi S.A.W daripada melebarkan dakwahnya. Dalam majlis tersebut telah dihadiri oleh Syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki tua. Dalam majlis tersebut timbul beberapa cadangan untuk menyekat dakwah Nabi S.A.W.

Cadangan pertama daripada satu kabilah kafir Quraisy ialah Nabi Muhammad S.A.W dibuang daerah. Cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh Syaitan yang menyamar sebagai lelaki tua. Dalam kenyataan syaitan tersebut sekiranya Nabi Muhammad di buang daerah, maka beliau masih lagi mampu menyebarkan dakwahnya di kawasan lain dan lama-kelamaan Kafir Quraisy juga akan terancam sekiranya dakwah Nabi Muhammad berjaya.

Kemudian kabilah lain pula mencadangkan supaya Nabi Muhammad dihukum penjara. Hukuman penjara akan dikenakan ke atas Nabi Muhammad S.A.W juga tidak dipersetujui oleh lelaki tua tadi yang di samar oleh Syaitan. Alasannya ialah dakwah Nabi tidak akan berhenti di penjara, lambat-laun pengikut-pengikutnya akan membawanya keluar dari penjara dan akan menyebarkan dakwah seperti sebelumnya. Jadi cadangan tersebut ditolak.

Cadangan ketiga datang daripada Kafir Quraisy ialah membunuh Nabi Muhammad S.A.W. dengan cara demikian sahaja dakwah Nabi akan terhenti. Dengan itu dicadangkan pula setiap kabilah menghantar seorang pemuda yang gagah untuk membunuh Nabi pada waktu malam. Dengan cara itu sajalah barulah Abdul Manaf tidak dapat mendakwa mana-mana kabilah Kafir Quraisy. Cadangan tersebut dipersetujui oleh lelaki tua tersebut dan baginya dengan cara itu sahaja dakwah Nabi akan terhenti. Jadi apabila keputusan ini mendapat keputusan sebulat suara, maka setiap kabilah telah menghantar pemuda yang gagah untuk membunuh Nabi dengan perancangan yang rapi.

Sewaktu para pemuda Quraisy yang ingin membunuh Nabi tiba di halaman rumah Nabi, mereka telah merancang dengan penuh teliti untuk membunuh Nabi. Tetapi bila perjuangan yang suci, maka tidak akan ada yang mampu mengatasinya. Allah S.W.T. telah membantu Nabi Muhammad untuk keluar dari rumah tersebut sehingga para pemuda tersebut tidak mampu melihat Nabi Muhammad. Nabi Muhammad S.A.W. berjaya keluar dari Kota Mekah dengan selamatnya dan bersamanya ialah Abu Bakar Al-Siddiq. Mereka berdua menuju ke Madinah dengan menggunakan jalan yang tidak digunakan oleh orang ramai.

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

salam Maal Hijrah . sempena Tahun baru ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1431. semoga tahun ini mendapat keberkatan yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.

Azam Tahun Baru Hijrah, aku nk berhijrah dari sikap, perangai, gaya hidup yang lalu ke arah yang lebih baik... InsyaAllah.


Awal Muharam
Tahun Baru Hijrah
Maal Hijrah


Wednesday, December 16, 2009

itu yang termampu...

salam kembali

hari ini aku digemparkan dengan result exam lepas. dah keluar, result aku, alhamdulillah, tidak la teruk sangatr spt sem lepas2, tp masih lagi dalam kategori kurang baik. baik di sini adalah lebih baik dari sem lepas, kurang baik krn masih gagal mendapatkan result yang terbaik. (aku dah mencuba dengan segala kekuatan yang ada.

walaupun aku tidak dapat mencapai target, tapi aku masih bersyukur kerana itulah yang aku mampu miliki. keraana tuhan untuk manusia, maka tidak pernah tuhan mempersiakan hambanya.



Jumaat ni cuti. Maal Hijrah, aku pun tak taw nk buat apa, nk study masih tak de mood, nk g travel, tak de duet, nk g jalan-jalan tak de idea dan tempat yang best. jadi aku ambil kesempatan nk kunjungi saudara mara yang ada kat area KL, maklumlah 21hb ni dah buke sem (UKM Bangi). jadi antara KL dan Bangi tak de la jauh sangat.

jadi jika aku tidak sempat update blog, ini bermakna aku tak de kat sini, mungkin la atau mgkin juga aku tak de line internet untuk bukanya. tp apa2 hal pun aku try buka jugak la.

kepada semua umat Islam, selamat menyambut Maal Hijrah 1431, Islam penyelamat Ummah

tahun ni aku cadang nk gunakan planer yang lebih baik dari yang tahun lepas. planer tahun lepas ada berjaya, tp masih dalam peringkat yang kurang memuaskan, jadi harapnya yang tahun akan datang lebih baik dari yang lepas. (sepatutnya setiap hari adalah lebih baik dari hari sebelumnya), baru lah hidup ini berkat.


edisi seterusnya, selamat menyambut Maal Hijrah 1431.

Saturday, December 12, 2009

kisah teladan untuk dikongsi bersama

salam kembali

hari ini aku rasa nk bercerita tentang tentang beberapa kisah yang boleh diambil iktibar.

kisah 1

seorang lelaki yang bekerja sebagai nelayan ingin turun ke laut pada pagi itu. memandangkan pada pagi tersebut masih gelap, jadi dia mengambil keputusan untuk berehat di bawah pokok berhampiran dengan kuala sungai. di bawah pokok tersebut beliau mengutip batu-batu besar, dan kemudian mencampaknya ke dalam matahari terbit di kuala sungai. dia melakukan rutin itu sehingga matahari terbit. lontaran terakhir batu-batu besar itu dilihat sangat cantik dan berkilau-kilau, kemudian beliau melihat bahawa batu-batu tersebut mempunyai kilauan. rupanya batu-batu tersebut adalah permata yang bertaburan di kawasan itu.

alangkah beruntungnya jika beliau tidak membaling batu permata tersebut. so kesimpulannya janganlah membaling batu di dalam gelap.



kisah 2

seorang lelaki kaya tinggal di sebuah kampung. beliau memiliki ladang-ladang yang banyak dan juga besar serta dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang indah dan cantik. suatu hari datang seorang lalaki pengembara yang telah bercerita kepada pemilik ladang tersebut tentang lombong emas dan permata di suatu kawasan. pengembara tersebut telah berkata bahawa lombong emas dan permata itu berada disatu kawasan di dalam negeri tersebut. tanpa berfikir panjang, lelaki pemilik ladang itu mempercayai kisah tentang lombong emas dan permata. lelaki tersebut berusaha mencarinya. beliau menjual segala hartanya untuk mengembara mencari lombong emas dan permata tersebut. beliau menjual ladang-ladangnya itu kepada seorang lelaki dermawan di daerahnya.

pemilik ladang tadi telah mengembara hingga ke serata negeri mencari lombong emas dan permata itu, namun beliau masih belum jumpa sehingga beliau menjadi papa kedana kerana inginkan mencari lombong tersebut.

pada kisah yang lain, lelaki yang dermawan yang membeli ladang tersebut telah berjalan-jalan sekitar ladangnya, beliau melihat seluruh isi ladangnya itu hingga ke hujung. ketika ingin pulang ke rumah, beliau terpandang kilau-kilau batu di sekitar di hujung ladangnya itu. hujung ladangnya rupanya mempunyai sebuah lombong emas dan permata. dengan kuasa ilahi, beliau telah mengusahakan lombong tersebut dan menjadi kaya-raya, namun sikapnya yang dermawan telah menambahkan lagi kekayaannya.

hikmahnya, janganlah kita membuang apa yang kita miliki.

kisah 3

Ketua yang baik, tetapi mempunyai sikap yang pemarah dan gagal mengawal perasaan. beliau sangat berpengaruh dalam kalangan masyarakat. suatu hari ketika mengadakan mesyuarat, beliau yang tidak berpuas hati dengan seorang anak buahnya telah memarahi anak buahnya itu di depan khalayak ramai. sehingga membuka keaiban anak buahnya itu. sikapnya itu telah menyebabkan pengikut-pengikutnya mula merasa sangsi kepadanya dan lama-kelamaan pengikutnya semakin berkurangan dan yang tinggal hanyalah beberapa orang sahaja yang mahukan kepentingan daripaadanya. semua rakan-rakan seperjuangannya yang setia dan sanggup berkorban telah melarikan diri dan langsung tidak mahu menemui ketua mereka itu lagi.

akhirnya beliau baru menyedari hakikat yang sebenar. beliau tersilap. beliau mengetahui bahawa orang-orang yang digelak sahabat sudah tidak mempercayainya lagi.

terlajak perahu boleh reverse @ U-Turn, tp terlajak kata.. dah masuk dalam jiwa orang lain.


itu adalah kisah2 yang hampir sama sempat kongsi dengan pembaca sekelian. sudah sekian lama aku mencari mood ini untuk bercerita tentang hakikat sesuatu yang kita miliki, tetapi kita tidak tahu apakah hikmahnya sebelum ini. kisah ini adalah cerita yang pernah aku dengar sebelum ini. masa aku baca email, aku mendapati bahawa ada la kata2 mcm ni :

the stone after the throw!
the word after it's said!
the occasion after the lost!
the time after it's gone!

itu lah perkara yang kita tidak boleh dapatkan kembali.. ia hampir sama dengan kisah aku tadi.

p/s: hari minggu yang busy??

Wednesday, December 9, 2009

sedikit tentang Arkib Negara

salam kembali

sudah sekian hari aku tak de idea nak update blog. hari ni aku update jugak, ayat macam terpaksa je. aku terbaca beberapa kisah cerita dlm akhbar hari ni, banyak la kisah2 yang menarik, kalau nk taw lebih lanjut bace sendiri la...malas nk taip lg.

tadi aku baca malaysiakini, macam biasa banyak isu yang diperkatakan, terutamanya pasal politik negara. so kalau2 nak baca, silakan. (klik sini).

esok nk g ke Arkib Negara Malaysia (ANM), lama benar aku tak g sana, dah berkurun rasanya. last aku g sana dalam bulan puasa lepas. g arkib ni satu menda yg seronok bagi pembaca dokumen. aku ni nk jadi pembaca dokumen jugak la.

segala dokumen yang berkaitan dengan kerajaan akan masuk ke arkib negara dalam tempoh masa yang ditetapkan. kebiasaannya masa yang diperlukan untuk sasuatu kes/kejadian akan dimasukkan ke arkib dan diakses oleh masyarakat awam adalah sekitar 25 tahun. tetapi bergantung kepada kes. sepanjang kajian di arkib negara, file2 rasmi berkenaan dengan Parti komunis Malaya (PKM) masih lagi dalam peingkat sulit dan hanya orang2 tertentu sahaja dapat aksesnya. penyelidik seperti aku ini, kompon la tak leh akses.

apa yang menariknya kat arkib ni. bagi sesetengah orang yang tiada jiwa utk membaca kisah lepas, tentunya arkib ni tak de apa2 makna, tetapi sumbangan arkib ni kepada Malaysia begitu banyak, tidak terkira banyaknya, tidak ternilai dgn wang ringgit, tidak habis utk dikajikan. bermula dengan penubuhannya sehingga kini, lebih 50 tahun, sumbangannya begitu banyak.

utk hari ini, aku rasa cukup la buat seketika. jika ada ruang masa aku sambung lagi.

p/s: esok kul 8.00 pagi dah kena nek bas g sane, kalau tak susah la..

Monday, December 7, 2009

Pak Guard UKM: baik hati?

salam kembali.

kembali ke Bumi UKM.

hari ni aku sampai UKM seawal waktu pagi. jadi aku rest kt blik member aku kejap, pejabat tak buke lagi seawal pagi utk buat registration.

sambil2 melayani internet, aku juga tunggu cousin aku yg dulu kerja kat kajang datang, dlm kol 11 lebih dia datang. dia nk amek barang yang dia pesan dari kg. masa masuk ke UKM, walaupun dia penah datang ke UKM, tp dia tetap kurang arif ttg jalan di ukm.

masa aku jumpa dia, tgk kawan dia yg kt sebelah dia sedang pegang peta ukm(UKM map), pastu dia kate, bagus la pak guard UKM ni, diorang baik la, siap bagi map lagi takut kiteorang sesat. aku hanya senyum, dan kate mcm tu la. aku tak taw nk citer ape, sebab aku tak de kes lg ngn pak guard ukm nie. jadi tak taw sgt.


isu pak Guard ni, satu isu yang sensitif, tak kira la mane pg pun, pak Guard ni org yg bertanggungjwab menjaga kaw tersebut, kalau satu2 hal terjadik dlm kawasan lingkungan jagaan pak Guard, diorang pasti kena tindakan, lebih2 lagi yg bertugas pd hari tersebut. tetiba aku ingat satu kisah pak guard di sebuah sekolah.

satu kes yang mana pak guard ni tak reti nk jaga (may be la), berlaku la kecurian di sebuah koperasi sekolah (kawasan wajib) tapi pak guard tu buat tak taw je, ckp buat rondaan spt biasa, kalau ronda spt biasa, mesti taw kes tu lebih awal...tapi yang ni taw2 dah cerah, tgk kaca berderai, grill kena potong, barang berselerak. jadi apa yg pak guard buat? jawabnya pada malam tu, pak Guard tido @ sibuk buat menda lain. sbb perkara yg sepatutnya tak jadi dah jadi.

apapun jd pak guard ni besar cabarannya. silap2 hari bulan kena buang keja dgn senangnya.


p/s: nak siapkan bab 1 yg tergendala.

Sunday, December 6, 2009

seorang perempuan di Pasar Raya

salam...

bersua kembali dalam penulisan ringkas blog rasmi Fathi Adha. sudah beberapa jam aku tidak sempat nak update blog, maklumlah buzy la katakan. aku sebenarnya baru je buat kira-kira helaian baju yang akan dibawa utk balik Bangi.terasa macam banyak la pulak. huhu, nak kurangkan, risau aku bz smpai tak sempat nk basuh. nanti esok pagi aku pk la cam ner nak setelkan.

tadi aku g shoping (kononnya) tapi banayak lepak daripada shoping. aku kuar dah malam, jadi tak banyak benda la yang aku beli, semasa di sebuah pasar raya terkemuka di bandar Jertih, aku terpandang seorang pempuan, sekali pandang macam member aku, aku rasa tak caya, lantas aku tengok lagi sekali (utk kepastian), pada masa tu dia jalan di belakang aku. bile aku lihat lagi sekali, ternyata bukan kawan aku. (hampa).

masa aku tengah jalan2 cari barang, tetiba dia muncul lagi di belakang aku, kali ni dia berkata "saya tak ikut awak, K!!!", aku hanya senyum, biasala itukan kebetulan, bukan aku nak buat apa pun. masa aku kat kaunter, sekali lagi aku jumpa dia, berdiri di belakang aku. aku hanya sedekahkan senyuman kepadanya, tanpa sebarang kata aku keluar.


(moral of the story: ada ke??)


P/S: aku balik Bangi pada 6hb, Malam. pemandu peribadi aku yang bawa

Thursday, December 3, 2009

asyik hujan je..

salam alik...

hari ni, nampak macam ada tanda2 nak berhentinya banjir. hujan berhenti, entari dah muncul, alhamdulillah, sukanya aku, boleh la g jalan2. aku sempat keluar rumah hari ni, memandangkan cuaca elok dan comel. tapi tetiba hujan turun dengan lebatnya, nasib aku baek kerana dah sampai destinasi.

pagi ni aku tak taw nk buat ape, hujan turun rintik2, jadi aku amek kesematan utk tido. asyik tido je bile time pagi, tak baik utk kesihatan. (ye ker). sehingga aku sedar2 ada beberapa miss call, lantas aku sambung tido.

berbalik soal banjir, aku rasa mcm ada pict ttg banjir kt kg aku, tp aku lupe mane aku letak, kalau aku jumpa aku akn uploadkan.

soal banjir ni, satu perkara yang tak best.


p/s: entry ni banyak cerita tentang banjir.

JANGANLAH ada banjir.
jangan ada halangan utk aku balik Bangi...

banjir kembali: Gelombang ke 3?

Salam Kembali

banjir.. hujan yang membawa rahmat dan turut menjadi bala kepada penduduk kpantai timur. sejak 2-3 hari lepas, hujan bukan main lagi meriah, sampai aku pun rasa mcam tak boleh celik mata, tak boleh buat apa2 kerja, tak boleh jalan2, tak boleh travel dan banyak lagi aktiviti tergangu. (kerja aku yang terbaru tido)

bercerita tentang banjir, ini adalah kali ke 3 banjir melanda kawasan Kelantan dan Terengganu. kali pertama sebelum awal November, gelombang ke2 pada bermula kira2 pada 17-25 November, dan gelombang ke 3, mungkin yg sedang berlaku skrg ni, iaitu sejak 2-3 hari lepas hujan berterusan.

sepanjang gelombang ke2 berlaku, aku berada di rumah, deraian hujan pertama menitis atas kepala ku sewaktu aku turun bas pagi tersebut, hujan renyai2 jatuh ke atas kepala ku dan berterusan sehingga ke 26hb (kira2 seminggu jugak la). sepanjang seminggu hujan yg turun tu, aku hanya tengok berita dalam tv, kalau2 ada kisah terkini tentang banjir beransur pulih, namun yang ada hanyalah banjir yang makin serius, dan juga mangsa-mangsa yang kena banjir semakin bertambah.


sepanjang aku mengadap tv menonton berita TV, aku tidak terlihat satupun wajah pemimpin Malaysia (terutamanya PM. TPM, menteri2, MB, Ahli perlimen, Adun dan sebagainya) yang sanggup turun melihat mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu. aku ternanti2 slogan "rakyat di dahulukan, percapaian diutamakan", tapi tiada. mungkin la menteri2 di Malaysia "sibuk" atau mereka pergi mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci (walaupun muka mereka masuk TV kerana beberapa isu). PM keluar negara kerana nk tarik pelabur asing FDI (New york) dan terus ke CHOGM (selama seminggu), TPM sibuk bincang ngn MCA, menteri2 yang lain?? tanya mereka sendiri la. cuma yang aku dengar ada la menteri datang ke kelantan, nengok banjir. (kawasan lain tak de). itulah kerajaan satu Malaysia.


berbalik soal banjir ini, memang tak best la kalau hujan berterusan, kerana boleh menyebabkan berlaku banjir dan bile banjir, kompon la susah. kalaupun rumah aku selamat, tapi rumah2 penduduk kampung aku, tetap kena banjir jugak, jalan naik air jugak, itulah masalahnya. aku sangat2 berharap esok tak hujan seperti hari ni. harap2 banjir gelombang ke 3 tidka berlaku dengan serius.



p/s: aku tak mau banjir, banyak keja aku tergendala...

Tuesday, December 1, 2009

hujan yang berterusan

Salam Alik...

tak ku sangka, aku boleh menulis kembali dalam masa terdekat ini dlm blog ini. dah sekian lama aku tak sempat nk update blog ni, maklumla dapat beberapa perkara yg tak dapat dielakkan. pertama sekali, aku nk ucapkan selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf segala silap dan salah.

hari baru aku sempat update blog ni, maklumlah tak sempat nk online, tak de line internet, broadband yg tak bayar (kena potong), hujan yg berterusan, tak leh keluar (nasib baik tak banjir).

bab1, aku dah buat sikit, cuma masih tinggal sikit je lagi yang tak setel, dalam beberapa pages lagi. aku pun ada cadang nk balik ke bumi UKM dlm week depan, hajat nk balik awal tak kesempaian krn tiket bas dah abis.

tahun ni raya Aidiladha kurang meriah, maklumlah tak ramai orang yg buat korban, ingatkan banjir melanda kampung tahun ni, tapi tak, masa raya panas terik, untuk 4hari tanpa hujan, sudah cukup memadai bagi kawasan yg selalu hujan.

tahun ni, walaupun hujan, tetap ramai orang2 dari kota pulang ke desa, terutamanya dari luar pantai Timur. asal raya je, jalan jem. maklumlah raya jatuh pada hari Jumaat, so dapat cuti yang panjang skit.

perkembangan terkini, hujan berterusan, banjir akan datang bile2 masa je. harap2 tak berlaku gelombang ke3.


Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails