Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Friday, January 29, 2010

malam berganti siang..

Salam...

hari ni, aku akan ke Pangkor. jam sekarang 4.30 pagi. wah, masih belum tido lagi aku ni. ni mesti tgh prepare nk g pangkor. tapi aku len skit, aku prepare nk tinggal blog aku ni buat seketika waktu, jadi risau jugak kan berhabuk ke, bersawang ke, berlumut ke.. huih, malas nk cuci. nasib baik la ada orang yg sanggup tgk. (haha)

jadi, kalau2 ada kelapangan, sila2 la tengok blog aku ni selepas aku balik Pangkor, insyaAllah aku akan uploadkan beberapa keping gambar yg boleh menarik perhatian aku.

(gambar: waktu malam di UKM)


next 2 week member aku kata ada demo silat dekat UKM ni, betul ker??, emm kena buat strategi ni...


p/s: pagi dah nk datang...aku belum tido lagi..haih!!

p/s/s : Apirasi menang lagi. 21/35 kerusi (betul ke?)

Thursday, January 28, 2010

Pilihanraya Kampus

salam kembali.

esok aku nk g Pulau Pangkor, nk join aktiviti iaitu aktiviti silat Cekak Hanafi UKM. nampaknya aku terpaksa miss 1 program esok malam, krn aku ke pangkor pada lepas solat jumaat. tapi tak pe. laksanakan apa yang penting dulu.

sejak masuk sem ni, program yang dirancang banyak, tapi komitmen utk program itu, rasanya cukup la. nk kena bg komitmen kat tesis (penting dan utama), assignment, seminar, dan sebagainya. banyak la pulak.

okey. bercerita tentang pilihanraya Kampus. hari ni merupakan hari pengundian. seperti luar biasa, aku tidak ke tempat pengundian dahulu, sebaliknya aku ke Pusat Kesihatan dahulu, dah tak tahan, rasa macam nak deman je. jadi utamakan yang utama dahulu. lepas balik PK pun aku tak g ngundi lagi, aku just g tengok je tempat pengundian. lepas tu aku g makan, isi perut dulu, dan kemudiannya balik bilik dan tido sekejap. sedar2 dah kul 3 petang. ada la kawan aku, sempat berYM ngn aku, dia suh aku g ngundi. (dlm hati aku dah memg malas giler), jadi aku fikir 3-4 kali, aku pun turun ke tempat pengundian. sampai sana. tengok suasananya meriah. tapi hati tetap malas nk ngundi. (haih) memang malang la sapa yg mengharapkan aku. (tp aku tetap mengundi la walaupun minit2 terakhir).

nampaknya aku masih ada kerja yang belum setel. aku harap boleh siap seblum ke pangkor, jadi tak de la tekanan sangat kat sana.




p/s: kalau2 blog ni nampak berhabuk @ bersawang, tolong2 la cuci, aku join program ni agak lama la. 29-31 Jan.

Tuesday, January 26, 2010

jalan-jalan sekitar Mines

Salam Kembali

seminggu lepas aku jenjalan sekitar Serdang, Mines. tak de buat ape pun just g jumpa kawan aku. kawan aku belajar di UPM, dengan suka-sukinya aku ke sana. di Mines, sedang aku berjalan2 di sana, kelihatan doraemon yang sedang cantik berdiri. jadi aku pun tangkap la gambar doraemon ini. (mana la taw boleh bg sizuka)..hehe

ikan ini sedang "berbuka puasa"

dengan skill photography yang ada pada diri aku di bantu dengan Samsung ES17, aku berjaya mengaplikasikan Doraemon ini menjadi makhluk yg comel. nah gambarnya, comel bukan?

doraemon ini nampaknya sungguh comel

aku ingin bawa pulang..

tapi, rupanya aku tak boleh bawa pulang doraemon itu. ada orang sedang mengawalnya. jadi aku hanya mampu bergambar dengan doraemon itu. sungguh kecewa.

tapi tak pe, kawan aku cakap, amek la gambar doraemon ni, boleh buat kenang-kenangan.


jadi sepanjang aku berada di sana, aku round2 sekitar kedai2 dan juga beberapa buah kedai komputer dan aksesori. walaupun tak de beli apa2, tapi rasanya dapat hilangkan tesion cukuplah.

Weekend aku dipenuhi dengan aktiviti bebas aku, sama ada aktiviti rasmi atau pun informal. secara formalnya, aku telah melibatkan diri ke aktiviti di Ampang dan juga UIA, Gombak. informalnya banyak jugak tempat yang aku g.

weekend ni aku nk g Pangkor, meneroka ilmu laut di sana. (walaupun dah pergi sekali pada awal bulan 1) 29-31 Jan: ke Pangkor (insyaAllah)

btw kalau kena buat urusan rasmi, mamg okey la. tapi kalau nk kuar sesaja, aku rasa tak sangat kot, depend pada keadaan la.

so kalau sebut weekend, memang tak dapat nak lari dari jadual yang padat. jadi segala usaha, kerja, asaiment dan so on aku kena siapkan sebelum hujung minggu. (macam tak de life la pulak).
dia ni dari Besut jugak, tp jarang jumpa.


berbalik pada kisah doraemon tadi, aku sempat la tangkap gambar bersama doraemon itu. nice shout. dapat la gambar bersama dengan mahkluk biru itu.

p/s: saiz doraemon ini sungguh besar, tgginya lebih kurang 2kali ganda diri aku, mcm mane nk masukkan ke dlm train?

sapa nk makhluk biru itu??

hari yg meriah

salam kembali

sudah bersawangkah blog aku? aku tak sempat nk update la. kesian korang bukak...tgk2 tak de post baru. tak pe2, kali ni aku letakkan banyak gambar kisah hari ini. nice shout.

Kisah yang menarik ini berlaku di UKM pada hari ini yg dikenali sebagai hari penamaan calon. aku rasa macam malas nk bercerita panjang, sbb byk menda lagi perlu aku siapkan, just aku letakkan gambar2 yg berkenaan dengan kisah hari ini serta translation yang tersendiri. semoga anda enjoy.
(GM sedang menguasai kawasan dataran Pusanika)



(berehat di bawah pokok2, panas)



(apakah ini??? sila klik imej utk kepastian)



(FSSK: orang ramai sibuk meninjau keadaan)



(cepat2 sapa nk bantah, cari perkataan salah pd borang calon)



(Mr. Blue : Mane metrik kad???)

apa macam, ada nampak meriah? meriahkan suasana Pilihanraya Kampus (PRK)


P/S: kuar mengundi ramai2 pada 28 Jan 2010 (khamis)

p/s/s: aku nk siapkan latihan ilmiah..kejap lagi jarang update blog la..

Sunday, January 24, 2010

sibuk sehairan

salam

semakin hari semakin padat! padat dengan jadual harian dan juga aktiviti sosial. semalam (seharian tidak buka YM, fesbuk, cuma sempat online kejap sblm tido. (sempat tu).

seharian semalam aku dari awal2 pagi2 keluar ke KL, pastu smbung perjalanan ke Gombak, UIA, pastu ke Cheras (around 2pm) kembali ke KL (round2). kol 7 baru balikBangi. seharian berjalan2 ke seluruh KL menikmati panoramal KL di siang hari dan juga berjalan2 menikmati keindahan ciptaan Tuhan yg Esa. menarik tapi tak sempat nk upload gmbr (spt yg aku cakap hari tu, memori kad punya hal- kena beli kad reader baru). mengarut tul.

aku ke UIA bersama 4 orang rakan dengan menaiki sebuah kereta JJC **** yg dipinjam dari seorang Alumni UKM itu sendiri. perjalanan yang pastinya mengamit kenangan dan pastinya memberikan seribu satu kenangan yg tak dapat dilupakan. dalam satu perjalan yang dipandu arah oleh seorang lelaki yg berada di belakang (Mr. Azan) dengan directionnya "terus-terus".

aku ke UIA adalah atas urusan Silat Cekak Hanafi utk menghadiri meeting rasmi wajadiri UIA. sebagai wakil UKM aku hanya melaporkan (hantar report) tentang program tersebut. menariknya dalam meeting tersebut aku dapati pihak2 UIA mendapat banyak kelebihan daripada pihak pusat berbanding dengan pihak UKM perolehi dalam Wajadiri 2009. (wah makin best la wajadiri nanti). jika segala perancangan wajadiri UIA berjalan lancar, insyaAllah meriahnya makin terasa.


okey la. nanti aku bercerita lagi tentang perjalanan ke KL.


New Direction! Terus-terus

p/s: kalau2 blog ni bersawang...itu tandanya ownernya sibuk...

p/s/s: sempat lg g tgk konsep "diraja" smlm.

Thursday, January 21, 2010

nak sambung dlm entry lain

salam kembali.

wah dah nak bersawang blog aku. sejak kebelakangan ni aku asyik tak de peluang nk update blog je. time ada peluang, ada2 je internet bt hal. (menyampah + sampah). sory la para blogger sekalian yg mana jadi reader dan juga followers, tentu korang bosankan sebab blog aku nmpak macam nk bersawangkan. haih.

berbalik kpd story-today.aku nk share gmbr, tp kamera aku buat hal la pulak (sbnrnya bukan kamera, cuma memory kad je). saje je cari pasal. (ni agenda nk suh aku beli baru la tu). jadi terpaksa tangguh dulu perihal gambar-today.

tapi tak pe. walaupun pilihanraya kampus (PRK) dah dekat. (hangat) aku je yg tak rasa hangat sebab tahun ni aku cadang tak mo jadi calon. tapi ada pulak kawan aku yg mempelawa aku suh terlibat dlm PRK ni. (nanti aku fikir2kan lah).

masa 1st year aku bergiat aktif dalam PRK ni, tapi masa 2nd year aku lagi aktif (siap di pelawa menjadi calon), tapi aku menolak kerana berasa diri ini masih kekurangan utk memimpin. jadi aku mengambil kesempatan utk mengurangkan keaktifan dalam PRK ni. dah lama dah bergiat aktif, sekarang nk buka buku baru. buku tentang kehidupan.

sejak tahun lepas, aku mula memamtau PRK dengan menggunakan blog (masa tu fesbuk tak popular lagi) jadi aku menjadikan Blog sebagai wacana khas untuk melihat suasana PRK (mcm pro je pantau). okey. citer tentang PRK...last entry aku dah citer serba ringkas.

pernah kawan aku bertanya, "kenapa ko tak jadi calon" dengan senyum aku menjawab, aku ada keinginan, tapi aku tak de kekuatab utk itu" (maksudnya: aku takut pegang tanggungjawab, sebab aku tak bersedia lagi) banyak perkara lagi perlu aku perbetulkan. dan banyak lagi yang belum aku laksanakan. jadi fokus pada yg penting dulu.


aiii, kalau aku citer pasal PRK, kompon tak abis post nie. baik citer sal tesis ada baeknya jugak. walaupun dah berkurun aku buat, tapi masih tak nampak kemajuan. bila nk siap pun aku masih tak pasti. idea sering kali datang dan pergi.

okey bercerita tentang satu part dalam tesis aku ialah kedatangan orang hanyut Vietnam ke Malaysia. aku sempat tangkap gambar ni (gambar: jadual kedatangan orang hanyut Vietnam). aku sempat baca juarnal (Far Eastern Economic Review) walaupun aku tak beberapa suka nk baca, tapi rasa cam best lak tgk. ada table sal ni. senang nk paham.
kisahnyer aku rasa tak sempat nk citer dlm entry ni, nanti next enrty aku citer (ingtkan aku kalau aku lupa)





p/s: pilihanraya kampus semakin hampir, sokonglah calon2 yg berkualiti yg mampu bekerja utk anda.

p/s/s : pilihan di tangan anda.

Tuesday, January 19, 2010

kehangatan kian terasa

Salam Kembali


Politik kampus telah menunjukkan kehangatannya. setiap sesi pasti ada satu pilihan raya Kampus (PRK)/ PRK UKM dijangka berlangsung pada hujung Januari ini, so sekarang ni adalah time2 nk update (Audit) bendahari, nk semak semua rekod2 lama, nk cheak mailing dan sebagainya. semua tugas itu dilakukan oleh ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mentadbir. setiap kali PRK datang, suasana yang meriah jugak datang. meriahnya PRK dalam tahun-tahun tertentu adalah ditentukan oleh calon2 yang bertanding. tidak kiralah mereka menjadi calon umun atau calon fakulti.

PRK telah datang dengan membawa seribu erti. sepanjang pentadbiran MPP sesi 2009/2010, banyak perubahan yang kelihatan di UKM dan banyak jugak perkara2 yang tidak menampakkan perubahan. (tidak semua perkara berjaya diselesaikan dalam tempoh 1 tahun pentadbiran).

setiap kali berlaku PRK, setiap kalilah aktiviti kutuk-mengutuk akan berlangsung tanpa ada bayaran dan tanpa ada galakan (terpaksa terima hakikat walaupun tak suka). masing2 mempertahankan calon dan politik bawaan mereka. walaupun di UKM hanya guna sistem dwi-Parti (Barisan Aspirasi dan Gabungan Mahasiswa).

aktiviti kutuk-mengutuk ini biasa sangat dalam kalangan politik kampus. jika dilihat sepanjang sesi lepas, bias atau memihak ini biasa sangat berlaku dalam kalangan pelajar dan juga pentadbir. (sudah bosan dengan pelbagai kerenah mereka semua). tapi itulah politik!

okey berbalik kepada politik kampus ni. (harap jangan ada keliru antara politik kampus dengan PRK). politik kampus UKM sangat bergantung kepada politik luar kampus (politik Malaysia). setiap yang berlaku di luar kampus pastinya akan terbawa-bawa ke dalam kampus, tidak kiralah dari segi apa pun. jika dilihat kehangatan politik kampus ini, pastinya PRK yang akan menjadi kemuncaknya. setiap calon mula menyiapkan dirinya dengan eleman-eleman jati diri yang baik untuk menaungi hati pelajar. (kalau perangai buruk, tp pandai cakap, buat apa kan?? sepatutnya dapatkan yang terbaek!!)

bila bercerita tentang calon ni. satu perkara penting yang perlu kita tahu, jika seseorang calon yang bertanding itu tidak menunjukkan reaksi atau minat yang mendalam dalam politik kampus ini, maka janganlah warga kampus mengundinya. (kalau dah nampak tak de semangat buat ape undi kan??) perkara ini sering berlaku pada calon #@!%&*()^# (tak yah cakap la) yang selalunya nampak ramai dan mantap tapi tidak ada kelebihan lain. calon sedemikian tidak mampu menghadapi dunia sebenar politik jika beliau menang nanti.

bagi yang akan mengundi pada sesi ini dalam PRK, gunakan akal yang waras dan hati yang tenang serta kerasionalan minda dalam membuat penilaian. jangan tergapoh-gapah, jangan terlalu sangat menyakini sesuatu yang tak pasti dan jangan takut2 untuk mengundi calon2 yang berkualiti. think feture dan pastikan anda mengundi yang terbaek!!
(DECTAR: lambang kemegahan UKM)

p/s: PRK dah terasa dah...

ini entry pertama aku menceritakan tentang politik kampus, sebab tu la nampak kurang berobjektif.


*undi anda adalah utk semua*

Sunday, January 17, 2010

Dari MPAJ turun ke hati

Hidup Cekak!

Semalam aku tak dapat update blog kerana internet bermasalah, masalah timbul time aku nk upadate blog. Rasa menyampah pun ada. Maklumlah menggunakan perkhidmatan Jaring UKM (bayar tu) tp selalu problem.

Pagi tadi aku tak bukak internet sebab dah taw tak leh guna. Kesian kawan aku lepas refresh, refresh lagi..tp tak de perkembangan terkini. Langsung tak leh guna. kesian jugak kan Jaring UKM nie.
(Peace)

Semalam aku g ke Ampang, MPAJ utk sambutan 45 tahun silat Cekak Hanafi dan hari Tenaga Pengajar. Sangat menarik tapi aku tak boleh duk lama sana sbb pinjam keta orang dan tua nya kate “kalau boleh antar la sblm kul 4” so terpaksalah balik awal walaupun dalam hati masih tak nak balik.

Sepanjang berada di tempat yg dikelilingi oleh member2 silat (semua panglima berkumpul) maka terasa sangat bertuah boleh menjadi salah seorang daripada mereka. Best. Lagi pun itulah kali pertama aku berjumpa dengan member2 silat Cekak Hanafi dari pelbagai negeri dan wilayah yang membawa idea dan fikiran masing2. Sangat menarik.
Jumpa kawan yang aku nak jumpa

Dalam majlis tersebut dapat aku berjumpa dengan Zahir yang juga berasal dari Kuala Terengganu. Walaupun sudah kenal lama (antara Blogger ) dan juga dlm fesbuk serta friendster, semalam dapat berjumpa dengannya. Alhamdulillah, tuhan maha kuasa. (zahir kalau ko bace entry ni, ko wajib letak 1 komen..hehe). zahir juga antara kamera men pada majlis semalam (siap bawak D300 tu) yang boleh dikatakan sebagai buah hati serta jantung hatinya (jgn marah yer en. Zahir). Sempat la aku bergambar dengannya tapi dengan menggunakan D300 nya, bukan n5300 aku. Haih! Tak sempat mintak lagi gambr tu. Tapi sempat curi gmbr dari blog dia (hihi)
(gambar: Zahir dan penulis sempat bergambar)



segerak senafas seudara

p/s: tadi terima satu sms, ringkas dan padat... “esk datang ambil draft bab 1, kul 10”
(terus tak de idea nk update blog)

Saturday, January 16, 2010

45 tahun daa...

hari esok

Pagi2 lagi kena g Ampang, ada majlis kat sana. ini berkaitan dengan silat. mulanya adalah member cakap.. "nak numpang" bile aku kate balik kt dia, betul ke?? aku g under silat ni, sure ko nk g?? tetiba tukar statement balik, "tak pe lah, tak suka aku"

bila cakap nk ke ampang, banyak la nak numpang la, nak ikut la... bile sebut hal silat...terus tak nak g. (aii, macam nk kena kuntau sebijik ni). bagi kan.. tak pasal2 dapat sakit. (itulah kerenah member yg konon nk nk ikut, tpi tak mo ikut) mcm2 mane tu.

senang je konsep aku, sapa berminat, sila ikut. kalau tak berminat, tak yah ikut. kan senang. setel!

(macam entry tengah bengan je) hehe


hari ini aku agak bz. nk siapkan beberapa perkara dengan ada meeting2 tertentu lagi. meeting pasal silat tadi pun dah dekat kul 10.30 mlm abisnya. (tak pe start pun dah kul 8.30 mlm) 2 jam tak de la padat sangat kepala. bile lama2 meeting, aku jadi tak suka nak cakap panjang. hehe.

okey. esok, aku nk ke Ampang, MPAJ utk majlis Pelancaran 45 Tahun Silat Cekak Hanafi. wah dah dekat setengah abad rupanya silat Cekak ni. cm ner masa awal2 dulu diorang bergerak, nak je taw kisah hidup mereka dulu.


tadi berlaku gerhana separa. nak tengok pun tak sempat dengan mendungnya cuaca dan juga gerhana. jadi tak dapat nak bezakan antara mendung dan gerhana. (boleh ke cam tu) kira betul la..

:)

gerhana - beribadat - tdk semestinya setahun sekali berlaku.


p/s: betul ke JPA dah masuk?? tak sabar nk tunggu org belanje...hihi

Friday, January 15, 2010

bila jumpa member tahun akhir (bhg 1)

salam kembali.

aku tengok jam, 2.34 am, masih awal, masih ada masa utk siapkan beberapa pages Tesis aku. maklumlah, dulu2 malas, skrg baru terasa susah payah. aku nk siapkan jugak sedaya mungkin dan mesti kena hantar bab 2 (insyaAllah) pada mggu depan. (penuh mengharap tp tak penuh semangat) kalau ada sapa2 yg rajin nk bg semangat, dialu-alukan, yg penting diri sendiri kena kuat.

okey. kisah bila mana jumpa member tahun akhir.


Jumpa member2 tahun akhir.

okey. kisah yg pastinya buat aku rasa kadang2 tertekan, gembira, kelakar dan sebagainya. seperti biasa bilamana aku jumpa student yg sama2 batch ngn aku dan rata2 mereka dah tahun akhir. aku suka borak2 tentang masa depan, the next year event dan juga tentang tesis (latihan Ilmiah). maklumlah ni kan tahun akhir da..

kalau kisah pasal Latihan Ilmiah, kompon lah aku rasa macam nak lari je dari tajuk bile jumpa diorang. mana taknyer. ada yang dah siap smpai bab 2, ada yg dah masuk bab 3, ada dah start buat analisis (wah diorang ni memag gempak la). aku?? bab 2 pun masih baru. kompon malu nk cakap ngn org yg dah buat bab 3. (paham2 saja lah).

at the moning, esk nk g cari bahan kat PTSL, nk siapkan beberapa siri bab 2 aku. maklumlah maish banyak yg diperlukan.


p/s: pak cik aku suh try baca blog dia.. cubalah klik sini Ada isu terkini yg perlu anda baca.


jumpa lain. (akan bersambung di beberapa hari lagi)

Thursday, January 14, 2010

Perlu ada fieldwork???

salam kembali


petang tadi aku nk update blog, tpi tak sempat. so tangguhkan ke malam.. pun tak sempat jugak.. jadi tangguhkan ke hari lain la.. mcm ok jugak..

okey, seperti biasa aku join kelas silat setiap Isnin dan Rabu. tak de yang menarik sangat pun, cuma dapat input dan ilmu yang tak di ajar di dewan kuliah la. tadi masa sebelum start kelas, aku agak tension jugak la, banyak masalah menimpa2 aku.. sampai tak sempat nk lakukan perkara2 berkaitan. aku tension dengan sikap dan beberapa perangai kawan2 aku. tapi tak pe lah... kira masih relaven la nk tension pun. (ada pulak macam tu).

sepanjang aku tension, tak penah lagi aku marah2 dan pukul orang. (dlm latihan dah biasa). tapi dalam situasi yg diluar kawal, aku tak penah buat la. Dalam banyak2 album gambar, aku paling kurang upload pict tentang silat. hah, istimewa kah?
sebenarnya aku jarang ada kesempatan bergambar dengan uniform silat ni. tapi kadang-kala ada jugak.


okey berbalik kepada kisah sehari.

paper kedinamikan institusi dan pembangunan ada nk buat fieldwork. tempat2 pilihannya adalah :
1. Genting Highland
2. Kg Kuantan, Kuala Selangor (kelik2)
3. kawasan lain (area lembah Klang)
4. Kota Kinabalu (gunung Kinabalu)

dalam 4 pilihan ni, for sure la aku akan pilih gunung Kinabalu. tak yah g ke tempat lain, tak cukup jauh. (wal hal hari semalam adalah lbh jauh dr tmpt itu). tapi timbul la pulak masalah, utk ke Kinabalu, tiket mesti kena tempah awal, jgn tempah lwt2, nanti mahal dan tak de. tambahan pula nk buat time CNY...kompon la susah.

possibility Genting Highland, adalah dah kurang...mungkin tak kot. (kot).

so.. for sure, kampung kuantan (as a kg kelik) adalah tempat yg paling dipersetujui. nk buat cm ner.. sabor je la.

tak pe lah. nanti bile smpat masa, akan ada munyusul sebuah story lain.


p/s: nampaknya mata dah makin ngatuk... (2.17 am)

Tuesday, January 12, 2010

kembali ke Blog

Salam Kembali

Sudah sekian hari aku meninggalkan blog ini dengan tanpa khabar berita. Aku hanya perlukan masa untuk menulis kembali entry dalam blog ni. Dah berakar blog ni aku tinggalkan.

Laterly aku sibuk siapkan assignment yang menggunung rujukan diperlukan dalam menyiapkannya. Aku agak tak cukup rehat sejak mggu lepas lagi. Okey, sekarang bermula minggu ni aku dah nak fokus on my Latihan Ilmiah. Sudah sekian hari aku tidak menulisnya. Al-maklumlah... bussy. Laterly aku nk cuba siapkannya jugak.

Last weekend, ada member aku ajak kuar Mid Velley, dia kata ada pameran coklat kat sana. nice bunyinya and sempat la aku membeli belah beberapa bijik cokelat “sungguh enak di makan begitu saja”.

Okey kisah aku di miggu ni, perkara yang paling best berlaku pada aku, untuk menyiapkan assingment, aku menghabiskan masa siang dan malam aku dan bilamana aku berbuat demikian, aku dapati bahawa tak cukup tido, tak cukup rehat, tak cukup tenaga dan selalu penat serta hilang perasaan seronok...owh.tidak.

Hari ni aku rasa dah kembali pulih seperti hari2 sebelumnya. Sihat.kembali.lagi.

Sunday, January 10, 2010

Travel ke Pangkor

salam.
caya tak caya semalam aku g Pangkor. Pulau Pangkor. saje je, kebetulan ada kawan ajak aku g sana. pada awalnya, aku tidak akan pergi, memandangkan aku nk g KL, nak jumpa kawan aku, tapi bile kawan aku kata dia tak jadi kuar KL, jadi aku amek kesempatan tu utk ke Pangkor.


keseronokannya memang tiada tandingan (fuhh) macam tak caya je bunyinyer. tapi bagi aku, sebenarnya Pulau Pangkor yang aku g itu adalah sebahagian sahaja. banyak lagi aku tak sempat pergi. memandangkan laut yang biru, tapi tak sempat nak amek gambar tentang laut yang canti itu. (tipu). memandangkan ada orang yang sudi mengambil aku bila mana aku sampai sana, jadi kuranglah cabaran aku skit. tak de la aku kena travel sampai ke semua dan segenap arah utk mencari jalan ke kawsan yang menarik.

okey tujuan aku ke Pangkor, bukan apa sangat pun, just saja nk g jalan2 releasekan tension. (adakah statement ini juga satu penipuan??) kompon la aku ke sana utk itu pada awalnya. tetapi lain pulak jadinya apabila aku dah jatuh cinta (cinta pertama) pada bumi itu. aku rasa macam tak nak balik la pulak. hehe

okey, tujuan aku ke Pangkor sebenarnya aku hanya nak temankan member aku utk mencari tempat penginapan bagi menjayakan satu program yang akan datang. tapi tujuan itu telah berubah menjadi akulah (tetiba je) jadi org yg take over program tu. sbb berminat punya pasal, aku nak bawak teamwork aku ke sana. sapa2 yg memang berada di saluran aku, kompon2 la boleh join.

memandangkan Team work yang pergi rata-ratanya adalah golongan pelajar final year, jadi ia telah menjadi seperti rehat yang ringkas di sana. walaupun tak merasa kemasinan air laut, tapi tak pe lah, boleh merasa keindahan alam semulajadi. aku bukan sahaja ke laut, tapi ke kawasan bukit2 di sana. cantik, ada small water fall.

kat kawasan ni, berdekatan dengan hutan simpan yang cukup tersimpan (di Pangkor tak de pembalakan haram) dan cukup cantik serta comel. serta spesis hidupannya memang tak terancam la. sila rujuk picture sebelah, seerkor ulat gonggok yang besar dan adakah ia comel??
small waterfall, air sungguh sejuk dan berkualiti dan juga sungguh seronok.

sila-silalah anda merujuk pada picture yang aku upload. sebelum pulang sempat la capture beberapa gambar dgn menggunakan "awek" baru aku nie.

*travel yg cukup menarik setakat ni dan masih belum sempurna lagi kelandar cuti2 Malaysia aku.



p/s: dalam masa kurang daripada sebulan, insyaAllah aku nk g Pangkor lagi. aku nk g mandi laut la pulak... hehe

**nota kaki: aku tak sempat mandi laut kerana ada urusan lain, jadi kali ke-2 ke Pangkor, mesti mandi laut la kan.

Friday, January 8, 2010

...malam ini...

salam kembali

hari ni aku sempat update blog. tadi kononnya nak siapkan assingment yang best tu, tapi tak jugak siapnya. jadi sekarang ni dah banyak rasanya aku buat (tanpa mengira pages yg telah siap).

okey, malam ni aku de dinner, d Dectar. boleh rujuk gambar tersebut. aku duk tengok2, ada satu perkataan di bawah sekali, dalam kurungan.. emm terfikir kejap, nak pakai ape yerk???


menarik, tapi tak de mood.
tiket masih ada lebih...


disebabkan dapat last minit, jadi aku tak sempat nk cari kamera. mgkin tak de gmbr lps nie...

p/s: after dinner, kena siapkan kerja dengan sepenuh hati...

sila-sila baca

Salam

hari ni aku nk kongsi ngn korang tentang satu kem motivasi yang akan diadakan oleh kelab Penyayang UKM. kem Motivasi Nur Kasih Penyayang (NURI) ini di adakan di Kolej Pendeta Zaaba, pada 5-7 Februari 2010.

jadi aku di amanahkan utk membuat publisti tentang program ini.
(sila klik utk tgk poster)

sila jemput2 join program ini.


okey. berbalik kepada kisah aku. kawan aku telah datang kpd aku beberapa hari lepas, meminta sumbangan dr aku utk promosikan program yg dia nk buat nie. katanya program ni 5-7 Februari ni. so sekarang ni yang masih belum cukup adalah Fasi utk program ini. dia suh aku cari seramai mungkin utk menjayakan program tersebut. jadi aku pun kekadang tak de masa jugak nk bg taw org len ni. so aku publish dlm blog aku nie. harap2 ada yang baca dan nk join program ni.

okey. esaiment aku belum lagi setel. nk g siapkan dulu la... lalala


p/s: kalau sapa2 berminat, boleh sms no di poster itu atau boleh je komen pd blog aku nie, atau boleh je berYM ngn aku tentang hal ini. (YM = fathi_mpiy@yahoo.com)

Thursday, January 7, 2010

assignment utk aku

salam kembali

hari ni, aku nk cuba siapkan assigment tentang pengaruh kuasa besar ke atas tanah jajahan. lingkungan waktu (frame time adalah sehingga akhir abad ke 19). sudah tentu aku tak dapat siapkan lagi, memandangkan bahan2 yg ada terlalu banyak dan rata-ratanya dlm bahasa Inggeris (malas nk translate). kebiasaanya kalau perlukan translate yang terlampau banyak, masa itulah aku gunakan khidmat "baby girl" tapi memandangkan baru2 ni aku dah gunakan khidmat "menda tu" jadi aku rasa macam kesian lak nk gunakan lagi.

aku sudah ada buku, tapi masih belum ada kepakaran yang jelas utk men"translate" kata2 yg terdapat dlm buku tu. tapi bahasanya memang terbaek la. namun masih boleh di baca cuma ia lebih lambat dari kebiasaannya.

nyesal masa belajar BI kat sek dlu main2.. tapi sebagai seorang umat Islam, kita tak boleh menyesal atas apa yang telah kita lakukan sama ada sesuatu itu perkara baik ataupun parkara buruk. yang penting adalah kite kena teruskan hidup kita ini.

so far aku nk siapkan jugak sebelum sabtu. boleh la rilex pada hari ahad...tak gitu???

"menjana minda untuk dapatkan idea"

p/s : aku tak sempat nk update blog ni dgn cerita menarik.

Tuesday, January 5, 2010

kisah yang merisaukan

salam kembali.

sewaktu pulang dan datang kembali ke bumi Bangi ini, aku menggunakan perkhidmatan bas "cepat Eksperess". sewaktu pulang, aku meangambil tiket dari Putra (KL) ke Jertih, cuma yang menjadi masalah apabila berlaku pertukaran bas di Machang, kalau lah aku tidak bangun pada waktu itu, kompon lah sampai kota Bharu.

sewaktu pulang ke Bangi juga, "Cepat Eksperess" yang ku naiki mula mengalami masalah dalam perjalanan. pada jam 11.45 (lbh kurang la) dan masih lagi berada di wilayah kelate. (kalau ikutkan teori musafir masih belum boleh solat jamak-qasar) kiranya masih terlalu awal la utk rosak. dengan hanya 5 orang driver bas, mereka bertungkus-lumus menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya berjaya. jam 12.15, bas kembali ke jalan raya dan meneruskan perjalanan.

berbekalkan nama bas CEPAT EKSPERESS, bas tersebut tersangat cepat bagi aku. yang jangkaan waktu sampai di awal pagi juga begitu awal iaitu kira2 jam 7.oo pagi. iaitu "terlebih" cepat dari pengankutan bas awam lain yang kebiasaannya sampai jam 5.00 pagi. disebabkan "CePAT" maka sampainya pun boleh dilihat tanah.

kalau ikutkan pengiraan masa perjalanan Besut-KL, 6-7 jam bagi pengankutan awam.
jadi jika 10.00 mlm maka akan sampai dlm jam 4.00-5.00 pagi.
jika di tolak kos masalah semasa perjalanan (30 minit) sepatutnya ada boleh sampai setengah jam lebih awal.
tapi disebabkan "Cepat" maka sampainya pun "tercepat la". so moral of the story "jangan la naik cepat, if ada choice lain" (hari tu tak de choice daa)


kisah yang merisaukan

ok, panjang betul introduction aku tadi. selepas masuk ke Hentian Putra, bas meneruskan ke destinasinya Kajang. sewaktu masuk ke Highway Utara selatan (PLUS), bas itu bergerak-seiring-namanya. cuaca tetiba hujan.

tetiba dalam perjalanan itu juga, terdapat sebuah kereta yang bergerak lebih perlahan di hadapan berada di lane yang laju. dgn professional pemandu bas itu, beliau sempat mengelak dari berlaku kemalangan jalan raya.

nyaris2 bas tersebut merobek belakang kereta Myvi (yang entah sapa pandu perlahan di lane laju) dan kedengaran suara pemandu bas memaki-hamun-pemandu-kereta myvi tersebut. aku tengok ada penumpang yang mengurut badan, ada juga yg tengok kelibat kereta itu, ada jugak yg duk takafur, ada jugak yang duk kutuk2 kereta tu, ada jugak yang berkata "bahaya betul" ada jugak yang kata nasib baik dan sebagainya lagi. (janji berkaitan).

memang kisah bahaya di pagi hari la.

so aku dah selamat sampai, hanya bersyukur kpd ilahi.


Monday, January 4, 2010

entry pertama Tahun ni

salam kembali

since aku balik kg, sekali je aku sempat update blog. itu pun masa 1st time sampai, masih pagi. baru lepas azam subuh. jadi aku solat dulu n terus online. dengan broadband berkuasa "Mutlak" aku berjaya buka blog pages dan siap boleh upadate blog lagi. tapi hari2 kemudian, jam 2-3 pagi baru lah line internet laju. (aku tido lbh awal) jadi aku tak dapat online.

memandangkan ini entry pertama aku pada tahun ini, aku nk fokuskan beberapa entry yang pernah aku keluarkan sepanjang 2008 dan 2009 yang pernah aku keluarkan. entry yang memberikan aku beberapa "erti kehidupan".

sempana tahun 2010 ni, aku jugak ingin mengalu-alukan kedatangan tahun yang bermakna ini dengan harapan yang menggunung. tapi tugas yang paling utama dalam merialisasikan tahun baru ialah melaksanakan azam tahun2 yang lepas, yang terbengkalai.

sepanjang tahun lepas, aku berazam dengan berbagai azam, namun pelaksanaannya masih kurang. jadi pada tahun ni, misi pertama adalah tunaikan azam tahun lepas. kemudian akan kembali kepada azam tahun baru.

tapi aku punya azam yang aku tak boleh nak tangguhkan untuk tahun depan adalah dalam penyiapan tesis (latihan Ilmiah). aku tak nak tangguh. kalau tangguh, jadi kes lain la pulak. oleh itu pelaksanaannya mestilah berjalan lancar pada tahun ni jugak. (lebih tepat adalah sem ni).

memandangkan aku baru je pulang, aku rasa nk rehat dulu la. nanti aku akan ceritakan beberapa kisah yang tak patut berlaku. ini terjadi sewaktu dalam perjalanan semalam menuju ke destinasi.


next entry: kisah yang merisaukan

p/s: thanks for komen entry sepanjang 2009.

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails