Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Monday, August 31, 2009

Istimewa 1 September...

ini bukannya khabar angin, bukan satu penipuan, malah ini merupakan satu janji...janji pemerintah kepada rakyat..


sila baca Entry ini dengan perasaan penuh takjub!


Harga Petrol Naik Esok

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok. Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

sumber, Malaysiakini
31 Ogos 2009




1 Malaysia,
Rakyat di dahulukan Percapaian di Utamakan


Fathi Adha
~Kemerdekaan utk rakyat Malaysia~

Sunday, August 30, 2009

Kemerdekaan????

Salam Kemerdekaan

Malaysia mendapat kemerdekaan drpd British pd 31 Ogos 1957. kemerdekaan yg dikecapi oleh Malaya pada masa itu telah kekal sehingga kini. Namun sejauhmanakah masyarakat Malaysia menyedari erti dan nilai kemerdekaan yg kita kecapi itu???

Kemerdekaan Malaya telah di pertikai oleh Indonesia, krn kita mendapat kemerdekaan dengan begitu mudah, tampa berlaku pertumpahan darah. sedangkan Indonesia, kemerdekaan yg mereka capai adalah hasil usaha kuat penduduk dan pemimpin dari segenap lapisan masyarakat utk menentang penjajah.

di Zmn awal kemerdekaan Malaya, Tanah Melayu mengadakan hubungan luar (dasar luar) yg pro-Barat dan anti Komunis. byk sebab yg boleh dikaitkan dengan keengaanan Tunku Menerima Komunis sebagai sebagai sebauah Ideologi atau sebuah Fahaman. Bagi Tunku, Komunis telah menyebabkan rakyat Tanah Melayu menderita pd satu masa dahalu, oleh itu Tunku tdk mahu perkara sedemikian berulang lagi.




Kaitan Kemerdekaan dgn entry ini

merdeka = bebas, berdiri sendiri


kemerdekaan itu adalah kebebasan, kebebasan dr segala aspek yg selama ini mencengkam kehidupan masyarakat. sesungguhnya org yg merdeka itu adalah merdeka dr segi jiwa dan fikiran dr sebarang kongkongan




Namun sejauhmanakah masyarakat negara kita faham tentang erti kemerdekaan.... kemerdekaan juga merujuk kepada kebebasan berfikr, kebebasan memilih, kebebasan menentukan, dan bebas segala-galanya.... kebebasan bukan semata2 terletak pada akal fikiran semata-mata, walaupun akal adalah hikmah yg tertinggi yg diberikan kpd manusia, disebabkan Akal, manusia dpt dibezakan dgn haiwan.




benarkah????

tidak semua perkara adalah bebas... tidak semua perkara adalah sama.. kebebasan yg sebenar adalah selagi yg kita lakukan tidak bercanggah dengan agama (Islam). Tuhan lebih mengetahui...


Kemerdekaan adalah sebahagiaan drpd hidup. tanpa kemerdekaan, kehidupan tdk akan sempurna, (selagi tdk merdeka sebuah ngra, maka tdk akan bebas ngra itu melaksanakan dasar luarnya). merdekakan jiwa, merdeka fikiran... jauhi dari penjajahan fikiran yang lebih besar dari penjajahan secara fizikal, kerana ia boleh menyebabkan umat Islam terpesong akidah.



...Kemerdekaan Negara adalah tidak sama dengan kemedekaan diri...




Fathi Adha

detik bungi api meletop

Friday, August 28, 2009

Persoalan Nilai....

Di mana nilai kemaluan....

berdasarkan Sebuah peristiwa di Bulan Ramadhan yg mulia


Sewaktu pulang dari FSSK, bersama seorang kawan, aku terkejut apabila aku nampak 2 org pelajar perempuan dengan asyik dan penuh ketekunannya sedang melakukan satu perkara (mission) bersama rakannya....


Melihat mereka berdua berada di sebuah tempat yg strategik dan penuh asyik menjalankan misinya, aku dan kawanku berjalan melintasinya, kami berpura-pura tidak nampak apa yang mereka lakukan.... melihat kepada situasi tersebut, kawan ku berkata

“paham2, kalau ye pon, jangan la tunjuk”

Aku hanya memandang dari jarak jauh; di manakah nilai kemaluannya?? “Ada ke patut dia beli air Tin siang-siang hari, depan orang ramai, kalau ye pon tak pose, tak payah la tunjukkan depan orang ramai, makan & minum la sorang2 dlm bilik”

Dalam hal ini, nilai kemanusiaan dan nilai dan etika perlu ada bg seorang Muslim khususnya pada bulan yang mulia ini, sebaiknya nilai dan etika itu haruslah menjadi terus utama kehidupan..



Sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, m/s : 988

**kemaluan :
1. perihal malu, sesuatu yg mendatangkan malu, rasa malu.
2. Mendapat (merasa) malu.
3. Bhg alat kelamin (lekaki atau perempuan)

Sumber : Kamus Dewan, Edisi ke-4



Fathi Adha
~miss my home~

Thursday, August 27, 2009

Teruskan Usaha.....

Berbincang dengan En. Mohd

Hari ini aku telah berbincang dgn En. Mohd Samsudin mengenai kegiatan pelajar khususnya bagi student SKSE3103 Sejarah Hubungan Luar Malaysia... topik asal perbincangan adalah untuk menejaskan mengenai kajian di Arkib Negara Malaysia...

sebaliknya telah berlaku, semasa perbincangan hampir bermula, aku bersama2 dgn beberapa org pelajar lain telah memulakan pelbagai isu sama ada isu hangat @ isu hangit... sesungguhnya aku tdk menyangka sehingga soalan tentang perkara2 yg berkenaan dgn situasi kehidupan, keagamaan, sosial, politik dan sebagainya telah menumpang menjadi isu... tak relaven la pulak...


**kisah ini adalah sampingan sahaja**





Berjumpa Penyelia Latihan Ilmiah

lokasi : Bilik En. Mohamad Rodzi

Kisahnya bermula semalam apabila penyelia aku telah berpesan bahawa dia ingin berjumpa dgnku dan rakan2 yg sama2 di bawah penyeliaan Latihan Ilmiahnya utk mengambil proposal yg dihantar pd 2 mggu lepas...

hati aku terasa mcm ada sesuatu yg krg baik bakal berlaku, dan disusuli pula dgn kata2 sahabat2 yg lain, maka aku juga berasa risau dgn situasi tersebut...namun aku cuba gagahi langkah utk berjumpa dgn penyelia tersebut..

bersama2 dgn rakan seperjuangan, aku ke biliknya tepat jam 11 pg...perbincangan dgnnya memakan masa selama lebih 1/2 jam tp krg dr 1 jam....dan byk perkara yg perlu di baiki dlm proposal tersebut...

melihat kpd kertas proposal tersebut, byk kaler2 merah menghiasi halaman2 kertas proposal ku... dlm hatiku "wah, byknyer kaler merah, tak de kaler lain ke nk bg???" setelah sekian lama kami berbincang dgnnya, maka dpt la satu "kerja baru" iaitu siapkan bab 1....


BAB 1??? BAB 1......bab 1....bab 1... perjalanan masih panjang....





"jgn takut salah, bace apa yg anda buat secara berulang2 kemudian, edit sekiranya rasa tdk sesuai, baru penyelia sanggup nk baca" kata En Mohd sewaktu kami menemuinya...



Fathi Adha
Bangi
Perpustakaan PPSPS

Wednesday, August 26, 2009

Minggu ke 8...

Apakah menariknya minggu ini, minggu ke-8 ini tidak ada apa2 yang menarik selain drpd mggu yang byk berlakunya pertukaran lecture khususnya bagi subjek yg lecturenya ada 2-3 orang... minggu ini juga dikaitkan dengan minggu yg akan busy....tp ye kah??? nampak mcm tak busy je...

Minggu ini juga menjadi minggu submit Assignment dan juga minggu presentation bagi warga pelajar...



Minggu ke-8 adalah minggu yang ke 8 Pengkuliahan bg UKM kampus Bangi


Minggu ke-8, minggu ini sepatutnya menyiapkan bab 1 bagi latihan Ilmiah sebelum dihantar pada minggu depan (minggu ke-9), namun aku yang menghadapai masalah dengan proposal masih belum berjaya menyiapkan proposal, apatah lagi dengan bab 1...

sekiranya aku tidak berjaya menyiapkan sekurang-kurangnya separuh drpd bab 1 pada hujung minggu ini, maka amat malanglah diri aku dan juga penyelia (sv) aku.

kepada kawan2 sekalian, khususnya yg sedang dlm proses membuat penulisan ilmiah, maka jalankan tugas anda dengan sewajarnya...



**p/s : sabar di bulan Ramadhan ini lebih byk keberkatannya...


Fathi Adha
~kononnya nak siapkan Bab 1~

Monday, August 24, 2009

Penat memenatkan aku

hari ini...sebuah perjalanan dr Pj ke UKM Bangi...

untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan juga kesasakan di dalam perjalanan, aku telah merancang perjalanan seawal pagi...namun jam 6.40 a.m. barulah aku bertolak dari rumah (PJ), kemudian mengambil LRT dari Taman Bahagia hingga ke KL Sentral... jam 7.20 a.m.

Namun seperti biasa, dukacita yg menghampiri...Tren ke Seremban dijangka tiba jam 7.28.....tidak jua muncul, lewat hampir 20 minit, iaitu pukul 7.40 baru ada tren...

tapi tak kesah la, itukan kebiasaan Train Komuter, perjalanan dekat akan memakan masa yg panjang...haha.. dan yang lebih spesel lg, tren tersebut mengambil masa yg lama untuk sampai ke destinasi, kerana tren tersebut bukan yg kebiasaan digunakan...dengan menggunakan kepala lokomotif dan badan komuter, agak "cool"



sebenarnya apa yg aku nk sampaikan dalam entry ini ialah kisah aku di bas stop komuter... aku berbual2 dgn driver bas, sementara menunggu bas berjalan...kisah kami bermula dgn kisah pengalaman driver bas tersebut...sehingga lah ke kisah beliau mahu menjadi pemandu lokomotif (kereta api), tapi dihalang oleh ibu bapanya...gara2 bimbangkan anaknya...

semasa perbualan aku dengan Driver bas tersebut, banyak perkara yg aku tak tahu telah aku ketahui dan banyak cadangan2 yg membina telah beliau kemukan, walaupun beliau sendiri tidak mengaku dirinya cerdik....tp beliau banyak pengalaman dalam hidupnya...



**ketahuilah, byk perkara yg masih kite tidak tahu dlm dunia ini....


Fathi Adha
teringat kat family....


Sunday, August 23, 2009

Makhluk halus di bulan Ramadan

Makhluk halus di bulan Ramadan


RAMADAN 2009 akan diingati sebagai bulan suci yang dibayangi oleh penyakit selesema babi, di mana kesudahannya tidak ada siapa boleh dijangka kerana kajian saintis pun belum sampai ke situ.

Seperti kata Pakar Mikrobiologi Klinikal Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zakuan Zainy Deris ‘‘Hanya Allah mengetahui bila wabak ini akan berakhir. Kita berdoa semoga wabak ini selesai dengan cepat. Dijangkakan di akhir tahun ini vaksin akan memasuki pasaran. Dengan itu, insya-Allah vaksin berkenaan dapat mencegah penularan virus selesema.’’

Jika wabak selesema babi ini berterusan dan keadaan bertambah buruk, pemergian ke luar negara juga akan terjejas, termasuklah untuk melaksanakan ibadat umrah dan haji. Apabila berlaku kemudaratan, yang wajib pun boleh jadi haram.

Selesema babi tidak berpunca daripada babi tetapi makhluk halus mikroorganisma iaitu virus. Babi hanya menjadi hos, maka ia dinamakan selesema babi.

Virus dalam bentuk yang pelbagai dipercayai sudah ada di muka bumi lama sebelum adanya manusia. Maka dalam perkembangannya, mereka bermutasi untuk menjadi pelbagai jenis virus. Mereka menjangkiti haiwan, antaranya terkhusus untuk mamalia.

Maka spesies selesema babi yang dinamakan sebagai Influenza A H1N1 ini juga menjadikannya sebagai hos. Selain babi, burung dan manusia juga turut dijadikan hos. Virus ini hanya bertindak menurut fitrah yang ditetapkan oleh Ilahi kepadanya. Ia seperti makhluk lain, mahu membiak. Sifatnya adalah menjangkiti babi dan manusia untuk penyebaran kandungan genetik di dalamnya. Dalam perjalanan penyebarannya, dia mutasi dan wabak ini boleh hilang apabila variasi atau strain lain muncul dalam bentuk berbeza dan tidak membahayakan manusia lagi.

Ataupun lebih dahsyat lagi jika ia bergabung dengan virus selesema burung H5N1 menghasilkan keupayaan membunuh manusia yang lebih tinggi.

Virus menjalankan fitrahnya. Sementara manusia juga melaksanakan fitrahnya untuk mempertahankan diri daripada dijangkiti dan dibunuh. Tetapi hakikatnya virus ini tidak boleh bergerak ke mana-mana tanpa dibawa oleh hosnya.

Apabila babi bergerak, maka virus ini turut menumpang mamalia itu juga. Begitu juga manusia. Jika manusia yang dijangkiti virus ini bergerak, barulah virus ini dapat ke sana sini. Jika tidak, ia hanya ada di situ sampai mati.

Pada zaman-zaman dahulu, pastinya berlaku juga wabak selesema yang membunuh, tetapi kerana pesakit tidak bergerak mana-mana, ia terhenti di situ. Tetapi kali ini keadaan jauh berbeza. Dalam masa beberapa bulan seorang kanak-kanak dijangkiti selesema babi daripada seekor babi di Mexico, ia kini tersebar ke seluruh dunia dengan Malaysia menjadi negara yang berat tertanggung.

Virus itu tidak mampu untuk bergerak dari Mexico secara bersendirian kecuali dengan menunggang hosnya. Babi juga tidaklah bergerak begitu jauh dan luas. Maka hosnya yang paling membantunya ialah manusia. Ini kerana manusia bergerak jauh dan luas. Tetapi manusia pula tidak dapat bergerak tanpa menggunakan keupayaan teknologi pesawat terbang.

Tanpa pesawat terbang, manusia dan virus yang dibawanya tidak akan ke mana. Mereka mungkin terperosok di sebuah perkampungan di Mexico dan hilang begitu saja.

Maknanya kini, penyebaran Influenza A H1N1 ini berlaku di atas hos manusia dan kapal terbang. Kapal terbang adalah teknologi ciptaan manusia. Maka virus ini berada dalam tubuh manusia untuk disebarkan ke lebih banyak manusia melalui pengangkutan ciptaan manusia.

Tetapi bukan saja kapal terbang yang membolehkan virus ini bergerak dari benua ke benua yang lain. Apabila ia sampai di sesebuah negara, penyebarannya juga pantas dilakukan apabila manusia menggunakan lebuh raya untuk beredar cepat ke kota-kota lain daripada lapangan terbang, tempat ia mendarat.

Faktor yang meluaskan lagi penyebaran virus ini ialah sifat manusia yang kini banyak tinggal di kota-kota raya yang padat, maka lebih mudahlah ia merebak. Dengan satu bersin saja, tentu ramai orang yang menaiki komuter akan dijangkiti virus itu.

Dalam kota, virus ini dapat meluaskan penaklukannya terhadap manusia melalui alat pengangkutan canggih seperti bas dan komuter. Sekali lagi teknologi ciptaan manusia digunakan oleh virus melalui manusia yang dijangkiti untuk memperluaskan kehadirannya.

Tetapi manusia pun tidak duduk diam. Otak yang mencipta kota, komuter dan kapal terbang ini juga mampu berusaha menentang kehadiran virus ini. Selain daripada mereka menyusun semula kehidupan dengan memakai penutup mulut, manusia juga mendapatkan vaksin.

Tamadun manusia hari ini yang memungkinkan penyebaran virus melalui teknologi juga memungkinkan mereka menemukan cara bagi melawan virus ini. Sistem pembuatan dan perniagaan manusia membolehkan ubat ini dipasarkan ke seluruh dunia.

Apabila siap dibuat, ubat pelali itu akan mencegah manusia dijangkiti oleh virus Influenza A H1N1. Dalam hal ini, manusia baru dapat menundukkan salah satu jenis makhluk halus. Tetapi banyak lagi makhluk halus yang akan muncul silih berganti mewarisi virus selesama babi ini. Begitulah edarannya dan manusia harus faham bahawa kesemua ini adalah takdir yang ditetapkan oleh Allah SWT tentang bagaimana proses kehidupan berjalan saban zaman yang akhirnya muncul dalam keadaan yang manusia berusaha untuk memahaminya.

Manusia hanya dapat memahami mengenai selesema apabila menemui makhluk halus yang dinamakan virus itu. Bidang virologi daqn mikrobiologi yang berkembang memungkinkan pemahaman ini.


Penulis: Zin Mahmud
Sumber : Utusan Malaysia

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al-Mubarak


Bulan Ramadhan kembali....setahun yg lalu berlalu dengan begitu sahaja...
jadikanlah ramadhan kali ini lebih baik drpd yg lepas2...

Ramadhan Al-Mubarak...
bulan yg mulia


Jalanilah Ibadah puasa dengan sepenuh keimanan...cubalah ikhlaskan hati dan diri anda dalam mengerjakan ibadah ini..... (pesanan kpd diriku dan pembaca semua)

Fathi Adha
Bangi.....

Tuesday, August 18, 2009

Kisah di zaman muda-muda

menjawab tag oleh Izrin Shidi....

walaupun aku aku bosan dalam membalas tag ini, namun aku tidak akan sekali2 tidak membalasnya, cuma lambat atau cepat atau terpaksa atau tidak...

perkara yg berlaku sezaman aku kecik2 dlu...byk yg aku lupa walaupun byk perkara yg berlaku dlm hidup aku masa kecik2 dlu sehingga membentuk diri aku yg ada sekarang ni... maka perlulah bermula dari zaman aku ingt dia mana aku berada...haha

aku rasa agak malas utk menyiapkan 25 perkara yg aku dah lupe apa yg sebenarnya berlaku pd zaman tersebut...aku cuba menulisnya seperti aku menulis pd zaman kebiasaanya....(dlm era kekinian)


aku akan cuba menulis kisah2 aku diwaktu kecil2 dlu...masa sebelum aku masuk ke sekolah menengah.....



1. zaman aku kecil2 dlu aku suka main...dari pg smpai ptg pun tak pe, janji ada "kawan"....tak kesah la ape mainan pon...hehe


2. pernah belajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) tempat yg paling dekat dengan rumah aku....pandai mengira nombor (dari 1 - 99) tp tak tau bile sepatutnya no 100 itu....huhu


3. pernah jatuh pokok akibat terlalu agresif dan juga taksub dgn seseuatu sehingga patah tangan. huhu...


4. masa makan kt Pasti, aku tidak pernah bersuara...akan tetapi member2 selambe je bersuara ~ adakah mereka tdk takut setan masuk dlm mulut???


5. masa aku masuk sek rendah ~ masa ada jiran baru pindah...aku paling suka adalah dpt kawan baru...hehe


6. sejak ada jiran baru ~ merayau kelaur rumah sampai segala hal aku kerjakan ~ segala perkerjaan milik kami!


7. suka main kejar2 sampai jatuh n luka2...~biasala anak jantan


8. main bola ~ konon2 nk jd goal keeper ~ tp asyik bolos je...haha (memang layak la jd keeper) tp utk main sorang2


9. pernah kena langgar dek keta ~ sampai terbang mcm superman dan yg tak boleh tahannya siap bangun dan lari balik rumah ~ buat mcm tak de pape (gigi patah, lutut cedera, tangan parah ~ nasib baik tak patah~


10. pernah pergi tangkap ikan dari seawal pagi (matahari dah naik) sampai zohor ~ ikan yg dapat saiz kecik2 je...bt ikan hiasan


11. jalan kaki g kebun (dusun) buah2an bersama2 kawan (jiran) ~ jarak agak jauh (ke dlm hutan) dan boleh menyebabkan di marah2 oleh ibu bapa sekiranya beliau mengetahuinya


12. masa belajar sek dlu2 pernah dpt top 10, tp bile masuk kelas org bijak pandai ~ jgn mimpi nk dpt top 10 (top 20 pon tak dapat) haha...


13. hidup di zaman kanak2 lebih simple dr zaman besor2 ni... selalu belasah makanan yg ada kt atas meja makan ~ sampai kena marah2 - hehe


14. masa kt sekolah dlu2 gi sekolah jalan kaki, sorang2 je ~ klu sapa2 nk culik pon boleh - tp kanak2 skrg mak bapak g hantar...bgus2


15. masa hutan kt belakang rumah diratakan, ada la pokok yg masih mempunyai rantaian akar @ pokok2 menjalar ~ mcm tali tarzan yg tergantung la.... ~ aku paling suka bt gaya tarzan ~ tp tak sempat beraksi lame2 sbb tali tu putus akibat senior2 yg ada kt kg aku pon main jugak...huhu


16. aku suka main perang2 bom atom (masa tu bom nuklear tak muncul lg) iaitu sejenis main perang2 menggunakan tanah2 yg keras ~ dan di baling kpd pihak lawan ~ biasanya pihak penceroboh kawasan aku.... ~ sekali tu aku terbaling batu - klu kena budak2 sana, mau benjol kepala diorang : haha


17. Masa kecik2 jugak aku mengaji (belajr membaca al-Quran) ngn nenek aku...tp selepas dia meninggal dunia ~ aku jd mcm malas n jarang2 ngaji.....huhuhu - rindu nenek ~ nasib baik dapat rumate baik - sanggup ajak aku ke jalan yg benar...


18. masa aku sekolah rendah jugak, aku penah buat part time - tolong mak cik kantin ~ tp duit gaji aku tah ke mane ilangnya - sedar2 dah abis...ish3, tak pandai saving....


19. masa aku main sukan (hari sukan kt sekolah) tak penah menang pon....tp ada satu kali aku penah dpt ape tah (dlm acara berkumpulan) ~ bawa pulang taperware - haha


20. masa sekolah rendah jugak aku pernah menjadi pembaca sajak (dlm satu majlis tahunan sekolah, aku pun lupe nama majlis tahunan tu) tp agak meriah la... yg aku tak tahan adalah ayah aku sendiri yg mengiringi bagi hadiah (cenderamata kpd ku) - nasib baik bukan bapak aku yg bg...huhu..


21. masa aku kat sekolah rendah jugak, aku tak suka ponteng kelas - tp aku selalu g kelas lewat ~ smpai cigku perli aku : "ni la orang paling jauh....." walaupun rumah aku ngn sekolah kurang dr 1 KM...


22. bile waktu balik sekolah, aku tak terus balik rumah, siap g lepak rumah member2 lagi - sampai kena marah2 sbb lambat balik rumah pastu tak buat kerja sekolah n sebagainya...


23. masa aku sekolah rendah juga, selain dr lepak rumah kawan2 aku juga pg lepak kt kedai makan, terutamanya kedai yg ada dam (papan aji) siap main lg...bile nampak keta cg aku, terus cabut lari...haha


24. ada satu hari tu cikgu tak masuk kelas, jd aku n beberapa kawan lain membuat aktiviti yg menarik iaitu bermain di tengah hujan ~ namun semasa sedang asyik bermain, tetiba cg pggil n siap bg denda lg....huuhu, kelakor, kena denda dlm kelas yg ada adik aku....ish3...


25. tahun terakhir aku kat sekolah rendah, aku pernah kena-diperkena ~ asalnya gurau2 je, tp macam terkena dlm arena dunia sendiri la.. masa tu sorang budak pempuan ckp ngn member dia yg dia suka tgk aku...tp kwn dia plak lebih2 buat cerita ~ smpai aku pulak malu nk berdepan ngn diorang - huhu...


ini adalah sebahagian daripada kehidupan aku pada zaman aku belum cukup dewasa...semua kisah di atas berlaku antara tahun2 seawal ingatan aku sehingga aku tamat belajar di sekolah rendah...boleh tahan la panjang kisah hidup aku...hahaha


akhir kate aku dengan bangga diri dan bosan siot tidak akan mengumumkan 5 orang yg bakal di tag, ini kerana berdasarkan pemikiran aku, klu tag ini berterusan, maka aku jua kena baca apa yg org yg aku tag tulis....hahaha

so 5 orang tiada dlm senarai tag, tapi sekiranya ada sapa2 yg terbaca tag ini dan terasa ingin untuk men"tag"kan dirinya, amat dialu-alukan...jgn malu n jgn segan silu...inilah dunia berbloger yg paling simple....


kepada semua pembaca, sekiranya ada berminat utk tag ini, sila buat dan publishkan bersama2...bolehlah pembaca2 blog lain memnbacanya dan mengetahui kisah2 hidup kite di masa2 yang lalu...


salam bloger


Fathi adha
Bangi - nadi Ilmu berterusan

Sunday, August 16, 2009

pentas Pendekar

Demo Arena Pendekar




pendekar-pendekar sebelum pentempuran bermula di Dewan Gemilang....
15 Ogos 2009




**p/s: pendekar2 yg wanita, jgn mrah...krn tak termasuk dlm this pic...huhu

Monday, August 10, 2009

Ole-ole dari Melaka part 2

bahagian kedua pon aku masukkan gambr tentang Melaka...di Bandar Melaka kita dapat menyaksikan tinggalan2 sejarah yg unik...



Balai Cerap...huhu cuaca tak elok, tak leh tgk bintang2



Kincir Air Kerajaan Melaka


Jongker Walk



gaya Oxford


menyaksikan ape???


Aku hanya mampu membawa pulang gambr2 yg menjadi saksi perjalananku di Melaka...

FathiAdha
Bangi, UKM

Sunday, August 9, 2009

Ole-ole dari Melaka part 1

(elakkan H1N1, Swine Flu)


bergambar di waktu malam....


Kota A' Farmosa

Muzium Seni Bina Melayu~byk lg binaan lain...


opss!!


Bergambar sambil menjalankan kajian....

Ini adalah sebahagian drpd gambar yg diambil ketika menjalankan kajian di Melaka...alang2 menjalankan kajian...hehe~~

Sebuah Kajian dalam sebuah perjalanan

Terciptanya sebuah perjalanan...

Melaka destinasi bersejarah di Malaysia...tema pelancongan ke Melaka adalah melawat Melaka seperti Melawat Malaysia... emlanconglah anda ke Melaka dan nikmatilah gula Melaka...(mcm ye2 jer)

Sebenarnya banyak benda yg anda akan dapat sekiranya anda melancong ke Melaka, walaupun ke Melaka hanya sekejap sahaja. kali pertama ke Melaka, adalah satu kesilapan yg besar krn aku tidak membawa kamera...hanya telefon berkamera sahaja menemaniku... (tak best, gambar kurang cun, dah ler guna tepon yg lame....huhu).

Kali ini aku ke Melaka krn atas dasar study...ye ke?? huhu, sebenarnya ini adalah syarat wajib kursus SKAD3193 Demografi dan Pembangunan.... oleh itu nak atau tak nak, kena jugak g...klu tak nak g, baik drop je kursus...

ape pon adalah sedikit gambar dr Melaka utk pembaca blog ini akan menyusul selepas semuanya selesai....



Fathi Adha
Kompleks Falak Al Khawarizmi

Friday, August 7, 2009

berFieldworking....

Melaka sebuah destinasi pelancongan yg penting di Malaysia... hari ini aku dan kawan2 akan berfieldworking di Melaka. kali ini merupakan kali yg ke berapa tah aku akan ke melaka. oleh itu aku hanya mendoakan agar tdk berlaku ape2 perkara yg tdk baik terhadap sekumpulan ahli2 yg bakal menjelanakn kegiatannya ini.

Kali ini kursus Demografi dan Pembangunan akan menjalankan kegiatan kajian luarnya di Melaka. kawasan yg agak menarik dan juga best.

Thursday, August 6, 2009

Berita yg mengejutkan aku!

Penularan Virus H1N1 telah berlaku di sekitar Bangi... hari ini telah menyaksikan bahawa UNITEN, Bangi telah membekukan segala aktiviti yg berkaitan dgn pelajar dan juga telah diberi cuti selama seminggu bermula pada hari ini.

Oleh itu marilah sama2 kita berjaga2 dalam apa jua keadaan dan situasi yg bakal berlaku.


Fathi Adha
petang yg busy!

Wednesday, August 5, 2009

Sebuah penulisan akan bermula...

Bermulanya sebuah penulisan....
penulisan yg akan aku mulakan adalah membuat tesis...... petang tadi pelajar2 bgi program sejarah telah diberi taklimat dalam sebuah bengkel penulisan Latihan Ilmiah. dalam bengkel yg dianjurkan oleh program sejarah itu banyak info2 dan saranan yg diberikan oleh pengendali majlis....En. Ghapa telah banyak membantu pelajar sejarah dlm memberikan kefahaman mengenai peri pentingnya penulisan Ilmiah... oleh itu, bagi pelajar2 yg ingin buat penulisan Ilmiah, diharap dapat menjayakannya dengan tenang...jangan terlalu memikirkan tentang masalah yg bakal di hadapi...fikirkan apa yg akan berlaku sekiranya kita tidak memulakannya...

Just DO IT....& make sure everything must be plan....

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails