Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Thursday, December 3, 2009

banjir kembali: Gelombang ke 3?

Salam Kembali

banjir.. hujan yang membawa rahmat dan turut menjadi bala kepada penduduk kpantai timur. sejak 2-3 hari lepas, hujan bukan main lagi meriah, sampai aku pun rasa mcam tak boleh celik mata, tak boleh buat apa2 kerja, tak boleh jalan2, tak boleh travel dan banyak lagi aktiviti tergangu. (kerja aku yang terbaru tido)

bercerita tentang banjir, ini adalah kali ke 3 banjir melanda kawasan Kelantan dan Terengganu. kali pertama sebelum awal November, gelombang ke2 pada bermula kira2 pada 17-25 November, dan gelombang ke 3, mungkin yg sedang berlaku skrg ni, iaitu sejak 2-3 hari lepas hujan berterusan.

sepanjang gelombang ke2 berlaku, aku berada di rumah, deraian hujan pertama menitis atas kepala ku sewaktu aku turun bas pagi tersebut, hujan renyai2 jatuh ke atas kepala ku dan berterusan sehingga ke 26hb (kira2 seminggu jugak la). sepanjang seminggu hujan yg turun tu, aku hanya tengok berita dalam tv, kalau2 ada kisah terkini tentang banjir beransur pulih, namun yang ada hanyalah banjir yang makin serius, dan juga mangsa-mangsa yang kena banjir semakin bertambah.


sepanjang aku mengadap tv menonton berita TV, aku tidak terlihat satupun wajah pemimpin Malaysia (terutamanya PM. TPM, menteri2, MB, Ahli perlimen, Adun dan sebagainya) yang sanggup turun melihat mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu. aku ternanti2 slogan "rakyat di dahulukan, percapaian diutamakan", tapi tiada. mungkin la menteri2 di Malaysia "sibuk" atau mereka pergi mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci (walaupun muka mereka masuk TV kerana beberapa isu). PM keluar negara kerana nk tarik pelabur asing FDI (New york) dan terus ke CHOGM (selama seminggu), TPM sibuk bincang ngn MCA, menteri2 yang lain?? tanya mereka sendiri la. cuma yang aku dengar ada la menteri datang ke kelantan, nengok banjir. (kawasan lain tak de). itulah kerajaan satu Malaysia.


berbalik soal banjir ini, memang tak best la kalau hujan berterusan, kerana boleh menyebabkan berlaku banjir dan bile banjir, kompon la susah. kalaupun rumah aku selamat, tapi rumah2 penduduk kampung aku, tetap kena banjir jugak, jalan naik air jugak, itulah masalahnya. aku sangat2 berharap esok tak hujan seperti hari ni. harap2 banjir gelombang ke 3 tidka berlaku dengan serius.



p/s: aku tak mau banjir, banyak keja aku tergendala...

2 comments:

::SizuKa:: said...

salam...
hmm...taktau nak kata apa...cuma, bersabarlah ya...ni ujian...memang banyak kerja tergendala kalau banjir ni...apapun, semoga banjir di sana cepat pulih..!~ (duk dlm umah diam2 la, T.I.D.O..hihi)

Fathi Adha said...

cik sizuka:

thanks la bg komen ni, kalau tak de protokol piawaian tido antarabangsa, kompon siang dan malam sy tido... hehe,

tp tak boleh la, nanti rosak minda jika terlebih tido..

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails