Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Wednesday, July 15, 2009

Cabaran Hidup



Cabaran Hidup
:
Aplikasi Ilmu dan Pengetahuan

oleh : Fathi Adha

Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Pelbagai cabaran dan dugaan akan tiba dalam satu hari yg sama. sebagai manusia kita hendaklah mempunyai persediaan dlm menempuh hari2 yg bakal tiba. Oleh itu ilmu dan pengetahuan sangat berguna dlm kehidupan seharian. Tanpa ilmu & pengetahuan, kita tidak dapat meneruskan hidup dengan penuh aman dan tenteram.

Analogi paling mudah adalah kita boleh melihat masyarakat sekitar kita dalam pengaplikasian hidup mereka seharian, tanpa Ilmu dan Pengetahuan, seseorang tidak boleh hidup dengan tenang. Ilmu dan pengetahuan memainkan peranan penting dlm kehidupan seharian.

Manusia zaman Nomad (pra sejarah awal, seperti Paleolitik dan Mesolitik) juga mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam pengaplikasian hidup seharian. sebagai contoh mereka boleh memburu binatang dengan hanya menggunakan alatan batu, dapat menghidupkan api dengan hanya menggunakan kayu atau batu, dapat mencari sumber-sumber makanan untuk meneruskan hidup. Mereka telah mewujudkan satu komuniti masyarakat yang telah berkembang sehingga munculnya masyarakat kita pada hari ini.

Kehidupan masyarakat prasejarah cukup simple dan akhirnya berkembang menjadi kompleks dan bertambah kompleks, seperti kata C.F. Garmon, masyarakat zaman Mesolitik akhir di Asia Tenggara telah mengalami perubahan yang berlainan dengan masyarakat awal dan perubahan itu dikenali sebagai zaman Teknokomleks yang telah menjadikan masyarakat tersebut telah berkembang memunculkan masyarakat Neolitik.

Setelah kita mencapai zaman moden, kita masih gagal mencapai kemodenan yang sepenuhnya di Malaysia. Hal ini berbeza sekiranya kita boleh menjejak kaki ke negara Maju. negara maju mempunyai pelbagai infrastruktur yang hebat dan lagi canggih yang berkembang dan terus berkembang sehingga kita tidak sedar dunia sekeliling kita berubah.

Dalam setiap perkembangan dan perubahan di dunia, ia tetap memerlukan ilmu untuk bagi memastikan perkembangan itu terus berkembang pesat dan seiring dengan kemajuan negara. Sekiranya kita gagal menjadikan diri kita sebagai masyarakat yang setaraf dengan perkembangan dan pembangunan pada hari ini, maka kita akan menjadikan diri kita sebagai masyarakat yang meminggirkan diri kita sendiri. Negara kita mempunyai infrastruktur yang bertaraf tinggi (kelas pertama), namun pemikiran rakyat dan masyarakat di negara kita tidak semuanya mempunyai taraf yang tinggi (kelas pertama). Sebagai contoh yang paling mudah, masyarakat di negara kita merosakkan insfrastruktur dan kemudahan awam, bertindak ganas di jalan raya (road bully) dan sebagainya yang menunjukkan ketiadaan kematangan dalam masyarakat Malaysia. Walaupun golongan ini bukannya golongan majoriti, namun ia telah menjadikan sikap dan perilaku yang agak dikenali (dominan). Tidak semuanya kawasan mempunyai masyarakat sedemikian, namun kewujudan mereka membuktikan bahawa mereka masih lagi kekurangan ilmu dan pengetahuan.

Sukar juga untuk disimpulkan bahawa mereka kekurangan ilmu atau pengetahuan, mungkin mereka tahu apa yang mereka lakukan itu adalah salah disisi undang2, namun keinginan dan kemahuan yg dilakukan oleh mereka itu ibarat menunjukkan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan yang kurang.

Bayangkan masyarakat zaman prasejarah hidup di zaman kita sekarang ini, apa akan berlaku? adakah mereka akan hidup seperti zaman mereka atau mereka akan bertindak lebih baik dari zaman mereka? Namun hakikatnya mereka tidak akan muncul pada zaman ini kerana zaman mereka telah berlalu dan berakhir.

Persoalan yang paling utama yang perlu dibincangkan ialah, di mana letaknya ilmu dan pengetahuan masyarakat Malaysia seandainya tidak dapat menghormati pembagunan yang kita kecapi pada hari ini.

Akhir kata, Ilmu dan Pengetahuan itu satu benda yang berbeza. Namun kekurangan salah satu akan menjadikan sesebuah masyarakat atau seseorang itu tidak dapat bersaing dalam dunia global ini.

Ilmu mencorak masa depan yang cemerlang, pengetahuan membantu pengaplikasian ilmu dalam kehidupan.


Fathi Adha
Bangi

No comments:

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails