Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Monday, November 16, 2009

cuti: apa kata anda?

Cuti semester dah bermula

cuti semester dah bermula bagi pelajar2 UKM. Bandar Baru Bangi mula sepi dengan para pelajar pulang ke kg halaman masing2. aku yang masih menunggu di satu sudut, memerhati sekeliling Bangi.....sepi.... aku masih lagi tidak ke mana, pulang pun tidak, di UKM pun tidak, sebaliknya aku dah keluar dar ukm dan berada di PJ (Kelana Jaya).
(gambar semasa di Muzium Tengku Fauziah)

biasanya kalau cuti, aku suka melancong, itu pun kalau ada duet la. tapi sejak sebulan ni, nampaknya poket aku makin kurus, jadi aku rasa terpaksalah tangguhkan dulu niat nk travel ni.

berbalik soal bercuti ni, kalau ikutkan jurnal perjalanan aku, aku sekarang masih lagi dikira bercuti di sebuah kawasan yang di kenali sebagai Petaling Jaya. bercutikah aku disini? kalau hari2 mengadap buku, pastu kena setelkan beberapa kerja yang tak setel lagi. itu belum masuk lagi beberapa paperwork untuk next semester, lagi kena siapkan bab 1 dan bab 2 serta kena buat bab 3 sebelum semester baru di buka. wah, banyak la pulak kerja aku ni (harap2 sempat siap).

apa yang aku buat pada cuti kali nie?? esk, selasa aku nk balik Besut, tah ape yang berlaku kat Wield Field skrg ni. lama betul aku tak pulang. kali terakhir aku balik kampung ialah masa raya lps, (kurang 2 bulan).

try to planing:
nak g ke Kuala Terengganu, nak g Kota Bharu, nak g Pasir Mas (rasanya yg ni kena cencel la), nak kena join kenduri kawen my cousin, pastu nak g mane lagi?? rasanya semacam mimpi ngeri la nak g sana sini tu...kerja berlambat2 tak siap lagi. itu belum lagi masuk jaga akuarium.


kalau anda ada ruang masa utk cuti, apa yang ada lakukan?


p/s: ramai member aku masih kat UKM, duk siapkan tesis.

No comments:

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails