Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Thursday, April 8, 2010

bila jumpa member tahun akhir (bhg 2)

salam...

sudah sekian lama tidak sambung entry ini. kusangkakan aku akan sambung dalam masa seminggu dua selepas entry bhg 1, tapi rupanya tak sempat. aiyak, banyak sibuk la.

okey kembali ke tajuk. bila jumpa member tahun akhir ni, macam-macam la kerenah yang boleh dilihat. ada yang jalan tak pandang orang, ada yang jalan sambil baca buku, ada yang ushya2 awek, ada yg duk sibuk depan PC dan Leptop, ada yg masih boleh melompat dan bergembira, ada yang macam2 perangai lagi yang tidak di tulis tadi. aku, di mane?

aku di sini..menulis blog bagi orang lain baca. atau boleh kata menyumbang ilmu secara suka-suki, tanpa menghiraukan ada orang terima atau tidak, yang pasti aku memberi maklumat dan info yang aku taw. kalau aku tak taw, aku tak kan berbicarala tentang itu. bukankah itu lebih baik dari berbicara tanpa ada batas?. (sekadar peringatan)

okey, kalu time dinner, aku tak suka sangat untuk ke sana, lebih-lebih lagi jika terdapat tema tertentu. cth KUO punya dinner ari tu bertemakan fairytale (kot) so sudah tentu aku tak suka tema itu. jadi aku ambil keputusan lebih bijak, tak pergi terus... hehe, banyak keja lain lagi aku boleh buat okey.

ada juga satu dinner, tema bebas, yang dianjurkan oleh PPSM KIY, sebagai meraikan mantan PPSM, jadi aku dijemput ke Majlis tersebut. asalnya aku tak nak g, tapi di pujuk oleh seorang lelaki yg berbaju biru dlm gambar (sebelah kanan) dengan menggunakan ayat paling power utk aku... "bile lagi hang nak merasa org buat penghargaan kpd kita, kalau hang tak join, aku pon tak de mood nak g la, tak de hang = tak de keceriaan". (dalam hati aku, mengarut betul la member aku ni, kalau aku tak g pon, korang tetap pergi kan).. aku ni just part of ur life je.. si Wan ni selalu gunakan aku sebagai checkpoint nya utk event bersama. saje je nak kenakan aku.. tp anyway thanks jugak la utk Wan kerana beliaulah aku ke sana. ahaks..

lagi yang menarik di tahun akhir ini, makin hari makin tak de masa nk buat kerja, tapi petang2 aku masih boleh melepak bersama. ahaks, sempat tu. melepak me"rest tension" bersama member2 yg sudi. semalam sempat berjalan2, hari ni sempat melepak tepi blok, esk melepak di Arkib, lusa melepak di mana plak....hehe

kalau citer tentang arkib, aku dah banyak dah masukkan entry tersebut. malas dah nak citer panjang. kalau nak dapat yg lebih detail, sila rujuk tesis pasal arkib ni. yg diitulis oleh Nur Hafizah Md Hamzah, FSSK, PPSPS, 2009. kalau tak silap, tajuknya 50 Tahun Arkib Negara Malaysia , Peranan dan Sumbangannya. so, nak lebih rujuk di Libary Pusat (*PPSPS). kalau apa yang aku citer, just dari apa yang aku lalui je. sebagai contoh, utk akses ke arkib negara, pastinya kena melalui Jalan Duta, tidak jauh dari Masjid Negara.

di Arkib Negara, terdapat banyak bahan2 yang diklafikasikan sebagai sumber pertama (primary sources), sumber dan bahan2 yang terhad kepada bahan2 yang berusia 30tahun dan ke atas termasuk rahsia kerajaan, surat2 peribadi pemimpin dan sebagainya. namun tak semuanya boleh diakses dengan begitu ya. ada jugak yg dalam kategori rahsia, sulit dan top secret. (bergantung pada bahan @ peristiwa la).

alamak, aku sudah mengarut banyak. baik aku hentikan penulisan dulu. nanti aku citer tentang kehidupan pelajar tahun akhir plak. (insyaAllah)



nota kaki:

*PPSPS: Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, FSSK, UKM

3 comments:

::SizuKa:: said...

tak pernah lagi jejak kaki ke Arkib Negara...huhu..

green said...

huu..sbg student..sy sgt phm entry ini..

Fathi Adha said...

sizuka:

Arkib Negara ni macam satu tempat koleksi dokumen yg boleh diakses..


green:

huhu.. entry sebegini je boleh hasilakan buat masa skrg ni. walaupun byk idea, tp tak banyak masa.. hehe

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails