Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Sunday, September 6, 2009

Persoalan Nilai....

Semalam aku dan seorang kawan telah ke Masjid Jamek, Kuala Lumpur, untuk membeli barangan tertentu sprti baju raya dan sebagainya. semasa aku shoping di sana, aku telah melihat banyak perkara yg membuatkan aku bertanya2 tentang soal nilai sesuatu perbuatan itu....



kisah 1

Di Masjid Jamek, seorang lelaki sedang memakai kasut di kawasan tangga masjid, di situ tertera perkataan "dilarang memakai kasut di sini", namun tanpa segan silu lelaki tersebut telah memakai kasut di kawasan larangan, pada awalnya seorang lelaki memakai jubah menegur perbuatannya, namun dia membuat seperti tidak mendengarnya. lama kelamaan baru lah dia perasan ada orang sedang menegurnya.

~kadang2 perkara basic pun ada org tidak mengendahkannya~



Kisah 2

Seorang pengutik derma sedang berjalan2 di sekitar masjid, dia pergi kpd semua orang dan meminta derma, pada waktu itu azan sudah berkumandang, sedangkan dia terus mengutip derma dr orang ramai di kaw perkarangan masjid tersebut. aku sempat mendengar kata-katanya "bang minta duit skit, nk buat buka puasa petang ni" dgn suara kesedihan.

persoalannya :
~dia lebih gemar mengutip derma dr melakukan kerja lain yg lebih mulia, pada hal tubuhnya sihat wal afiat~
~Solat adalah tiang agama, sewaktu aku sedang mengambil wuduk, dia masih lagi merayau-rayau di sekitra masjid dan menuju ke arah pintu masjid-mintak sedekah tahu, bila azan buat2 tak tahu.

~sekirannya org sebegini mendatangai anda semasa anda sdg ingin meninggalkan harta benda anda, jaga2 org sperti ini sekiranya anda enggan memberi (walaupun 50 sen) dia boleh bertindak kejam terhadap harta yg anda ingin tinggalkan~ cth anda sedang menanggalkan kasut, dan di datangi oleh golongan ini, maka digalakkan anda memberi (walaupun 50 sen), krn dikhutiri golongan ini akan membinasakan harta benda anda.



Kisah 3

Sewaktu aku sedang menunggu kawanku di sebuah kedai, aku terlihat akan satu peristiwa yg pelik, seorang perempuan sedang mengeluarkan sampah dr begnya, dicampakan sampah dr begnya itu ke kaw tong sampah, bukan ke dalam tong sampah, kemudian dia pun berlaku dengan begitu sahaja. sewaktu melalui ku, barulah dia sedar perbuatannya itu telah di lihat oleh orang lain.

-baru aku perasan bahawa beg itu adalah beg yg baru di beli dan di dalamnya masih ada kertas2 yg dimasukkan bagi menyokong beg itu supaya nampak berisi-

~aku tertanya2 diriku, adakah terlalu sukar utk masukkan sampah ke dlm tong sampah?? masukkan sampah tidak akan mengotarkan tangan pun...



************


Itulah antara kisah2 yg aku saksiakan sewaktu ke Masjid Jamek, KL. Masjid Jamek ini merupakan Bandar Kuala Lumpur pada masa dahulu, iaitu di pertembungan 2 sungai iaitu sungai Kelang dan sungai Gombak. itulah kuala Lumpur.

Aku pun pulang ke Bangi, tengok2 jam, dah dekat kol 4, lame giler ak ke sana, dengan keadaan kepala yg kurang sihat dan pening2 akibat penganan Masjid Jamek, aku pulang dan tido di bilikku...sedar2 dah petang..terlepas berbuka puasa di Akademi...




Fathi Adha
~Nak balik PJ~
~sogo ngn Masjid Jamek jauh tak???~

No comments:

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails