Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Tuesday, September 29, 2009

Makhluk ciptaan Tuhan...


Fosil burung dinosaur berkaki dua

PARIS 27 Sept. - Bahagian badan dinosaur 'empat sayap' yang melekat pada batu mengesahkan bahawa burung mungkin berasal daripada dinosaur berkaki dua yang hidup berjuta-juta tahun lalu, kata seorang pencari fosil terkemuka dunia.

Xing Xu dari Akademi Sains di Beijing mempertahankan dakwaannya itu berdasarkan fosil dinosaur seperti burung, Anchiornis huxleyi yang diawetkan.

Sehingga kini, Anchiornis huxleyi disangka seekor burung primitif. Ia sebelum ini dianggap mungkin hidup hampir sezaman dengan Archaeopteryx, yang pada mulanya dikenal pasti sebagai burung, dinosaur yang hidup lebih kurang 150 juta tahun lalu.

Bagaimanapun pendapat tersebut dibuat berdasarkan fosil yang tidak lengkap.

Spesimen baru yang hampir sempurna memberikan gambaran berbeza, mencadangkan bahawa Anchiornis huxleyi hidup lebih lama berbanding Archaeopteryx selain mempunyai kedua-dua ciri dinosaur serta burung.

Xu mendakwa, ia merupakan bukti yang telah lama dicari yang membuktikan burung berasal daripada dinosaur theropod.

Penyelidikan pasukannya yang diumumkan kelmarin oleh Jurnal Alam Britain menggambarkan seekor dinosaur dengan bulu pelepah panjang yang meliputi tangan, ekor dan kakinya.

Ciri-ciri itu digambarkan Xu sebagai 'bersayap empat' walaupun tidak ada jaminan bahawa makhluk itu mampu terbang. Kaki dinosaur itu yang panjang mencadangkan bahawa ia boleh berlari dengan pantas.

Sesetengah ahli biologi evolusi menyatakan bahawa empat sayap berperanan membantu dinosaur terbang, namun pendapat itu disanggah yang lain.

Laporan jurnal itu menyebut, bulu atau pelepah pada dinosaur sangat penting kerana ia menunjukkan bagaimana bentuk rangka makhluk seperti burung itu dan ciri-ciri lain membolehkan ia mempunyai pelepah. - AFP

sumber: Utusan Malaysia


Bolehkah anda percaya setelah anda membacanye?? terpulanglah kepada anda para pembaca, perlunya difikirkan dari pelbagai sudut...

maka jawapan yang ringkas, mereka hanya menemui fosil, bukan menemui rangka rupa yg sedemikian, oleh itu gambar di atas adalah satu ilutrasi berdasarkan ciri2 yang dijumpai...(tidak semestinya betul semuanya)...


fathiAdha

jalankan Kajian Arkeologi....cari bukti.

No comments:

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails