semasa lawatan ku ke rumah anak yatim di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini, aku telah melihat sesuatu yang tidak diduga. aku melihat kanak-kanak "yatim" di rumah kanak-kanak Taman Bakti di kepala Batas. Perasaan sedih wujud dlm diri aku pada ketika itu...
ini antara wajah kanak-kanak tersebut.
kebanyakan mereka tidak mengenali ibu bapa mereka sama ada ibu bapa meraka masih hidup atau telah mati. rata-rata mereka berasal dari pelbagai negeri dan dari pelbagai background keluarga.
Tidak dinafikan bahawa kanak-kanak tersebut "nakal" dan sukar mendengar perintah, mungkin itu akibat daripada 'baka' dari ibu bapanya. apabila aku mengetahui bahawa ada juga dalam kalangan kanak-kanak ini yang "ibu bapanya" membuangnya aku tertanya kepada diri aku sendiri, adakah mereka mampu memnghadapi dunia luar apabila mereka dewasa kelak? apakah hala tuju mereka suatu hari nanti...
mereka masih muda, masih kecil dari usia beberapa bulan hinggalah berusia 12 tahun. mereka tidak mengetahui apa2 ttg ibu bapanya. so kepada anda yg berhajat nk buang anak, pk la 1000 kali...masa depan anak2 anda adalah dibawah tanggungjawab ibubapanya.
*pesanan ini bawa khas utk diri saya sendiri dan anda semua....
No comments:
Post a Comment