Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Monday, February 2, 2009

Mengapa Masih begini??

Mersing mempunyai penduduk lebih 80 peratus adalah orang Melayu dan beragama Islam. kebanyakan penduduknya tertumpu di kawasan luar bandar dan pesisir pantai. kawasan bandar Mersing bukannya sebuah bandar yang besar, jika dibandingkan dengan kajang, Bandar Kajang lagi besar. namum memiliki ciri-ciri pelancongan yg tidak dapat dicari di Kajang mahupun Bangi..hehe.. itulah keistimewaannya.

secara mudahnya aku hanya menjalankan kajian di Mersing iaitu di kawasan yang kurang daripada 5Km dari bandar Mersing. Kisah perjalanku ke Mersing menyebabkan aku masih tertanya-tanya, mengapa masih begini, mengapa masih belum ada perubahan? sedangkan kita telah 51 tahun merdeka... mengapa tidak seperti tempat-tempat lain? aku rasa tak karuan bile memikrkannya..

jom saksikan bersama apa yg aku memikirkan itu....



begini lah keadaan rumah penduduk Seri Lumpur, Mersing



bagaikan rumah setinggan


deretan rumah di kawasan tersebut mengambarkan bahawa kawasan tersebut seperti kawasan perubahan setinggan di ibu kota, tetapi apa yang membezakannya adalah kawasan rumah tersebut berdiri di atas tanah hak milik dan disewakan kepada penduduk tersebut.


deretan rumah yang terlalu rapat (seperti kawasan setinggan)



jambatan yang menghubungkan kawasan kampung tersebut (hanya boleh dilalui oleh motosikal, basikal dan pejalan kaki)


Rata-rata penduduk kawasan ini bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan purata sebulan ialah RM 400.00 - 700.00, namum kebanyakan nelayan di kawasan ini tidak dapat menjalankan aktiviti perikanan pada ketibaan Monsun Timur Laut iaitu dari bulan November hingga Mac. keadaan laut bergolora, angin kencang, ombak besar yang semuanya menjadikan nelayan-nelayan dikawasan tersebut hanya menggoyangkan kaki atau terpaksa menunggu hari-hari yang tenang untuk turun ke laut.


kapal yang diaorang guna untuk ke laut

Kemiskinan yg dihadapi oleh diaorang sangat susah, tambahan pula kawasan tempat tersebut digelar "black Area' kerana rata-rata golongan mudanya terlibat dengan penagihan najis dadah. Penagihan dadah di Kawasan tersebut menyebabkan pihak polis sering berkeliaran di kawasan tersebut. selain ketagihan dadah terdapat juga golongan muda yg kurang duit "menghidu gam" sebagai cara untuk melepaskan 'gian'. adakah ini yang kita mahukan dalam negara kita??? nauzubillah...

Keadaan sosial yang sebegini tidak elok untuk remaja dikawasan tersebut kerana remaja adalah pemimpin masa depan bagi kawasan tersebut. hal ini sungguh memalukan dan merosakkan bangsa Melayu itu sendiri.

sejauhmanakah masyarakat di Mersing mahu berubah, perubahan dari segi pendidikan dan juga sosial sangat penting untuk meningkatkan taraf hidup dan sosial di kawasan tersebut.

.........masih berfikir tentang itu.........

1 comment:

: ) said...

agaknay diorang tak nak berubah kot...

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails