Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Monday, February 2, 2009

perjalananku bahagian 3

Melaka

Bandaraya Warisan Dunia

Melaka terkenal dengan tinggalan sejarah dari Tamadun Melayu yang paling agung sehingga menjadi kota yang paling kebal selama 130tahun dalam tawanan Portugis. Melaka yg diasaskan oleh Parameswara, telah berkembang sejak kurun ke 14 lagi. daripada sebuah perkampungan nelayan sehingga menjadi sebuah kota yg sangat utuh yang memartabatkan tamadun Melayu. kota Melaka telah berkembang sehingga menjadi kawasan perdagangan yg paling maju di Timur sehingga di gelar sebagai Venice di Timur. (Venice merupakan kota pelabuhan yg paling maju di Barat). Keadaan ini telah mendorong banyak kuasa asing untuk menawan kota Melaka.

sehingga tahun 1511, Melaka mula dikuasai oleh kuasa asing, kuasa asing pada masa tersebut yang menawan Melaka ialah Portugis. penawanan melaka selama 130 tahun oleh Portugis, dan diikuti oleh Belanda (Holland)1641 dan British pada tahun 1824.

Sepanjang Pemerintahan kuasa asing di Melaka, kota Melaka telah mengalami pelbagai perubahan dari aspek pentadbiran dan juga sosioekonominya. Portugis telah membina sebuah kota yang amat kuat iaitu kota A'Farmosa.

Semasa British menduduki Melaka secara sementara (semasa berlakunya perang Napoleon di Eropah). British dengan slambenya merobohkan kota A'Farmosa. that why la sekarang ni kota A'Farmosa hanya tinggal pintu sahaja (Porta de Sentiago). selain itu terdapat juga beberapa bagnunan lama di kawasan Bukit St. Pual.

Melaka sangat bagus dikunjungi, malah sangat menarik untuk mengetahui tentang kisah tamadun silam. terdapat beberapa buah muzium di Melaka antaranya Muzium Warisan Melayu, Muzium Kesenian dan banyak lagi..,klau nak tulis memang tak muat la..terdapat lebih kurang 15 buah muzium di Melaka. aku pun xingt semua namanya. Di Melaka terdapat banyak lagi kawasan yang perlu dilawati selain muzium seperti Istana Kesultanan Melayu Melaka, Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari, River Cruiser (di Sungai Melaka), bangunan Merah dan banyak lagi ler, dah tak ingat dah name2 nya..huhu. Melaka juga dibawah selangara dan kawalan UNESCO iaitu di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengawal dan menjaga kawasan tersebut terutama dari segi unsur tinggalan sejarahnya.

Selain itu, kalau nak g ke Melaka, bawalah kamera dan juga free space yg banyak untuk memudahkan anda mengambil gambar. gambar kat sana menarik!.

sekiranya anda dari KL untuk ke sana, maka anda digalakkan menaiki bas eksperes dari Stesen Kuala Lumpur (Puduraya/Seremban kurang pasti la) maka anda akan turun di Melaka Sentral, dari Melaka Sentral anda perlu manaiki bas ke Bandar Hilir, dekat ngn Sungai Melaka. apa yg best kt Melaka ialah anda tak dapat merasainya di tempat lain. ada ayat yg paling best untuk anda "Melawat Melaka seperti Melawat Malaysia".

Kalau ada kesempatan pergilah ke Melaka, merasailah sendiri keindahan dan kekayaan serta keagungan Sejarah Silam. try it now!

Jom kite melancong ke Melaka.

No comments:

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails