Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Tuesday, August 31, 2010

dah 53 tahum...salam Kemerdekaan.

salam kembali...salam kemerdekaan..

sesudah 53 tahun kemerdekaan negara kita. tahun ni kemerdekaan di sambut sederhana dengan perarakan kemerdekaan di adakan di tempat tersetutup, di stadium Bukit Jalil. inilah kali pertama di adakan di dalam ruangan tertutup.

ironinya, sambutan kemerdekaan yg di adakan di ruangan tertetup sebenarnya lebih memudahkan urusan dan pengawalan cuaca serta lighting. dengan tema pada tahun ini, 1Malaysia, menjana Tranformasi..

okey, tak nak bercerita tentang itu lagi. sebaliknya kita perlu menguji tahap kemerdekaan kita. dah 53 tahun kita merdeka..MERDEKA, namun usia itu masih lagi muda jika dibandingkan usia negara kita di jajah. sejak 1511 sehingga 1957, negara kita berada di bawah pengaruh dan jajahan pihak asing yang datang untuk meratah hasil bumi kita sehingga mencapai usia 446 tahun.

jika di buat kiraan, 446 tahun di jajah, 53 tahun merdeka, itu satu jangka masa yg pendek, masih banyak yg belum dipenuhi oleh masyarakat merdeka. masih banyak ikutan penjajah yg ada dlm diri kita.

sejak kemerdekaan, kita mengandaikan bahawa beberapa orang tokoh bangsa sebagai pejuang kemerdekaan. ramai yg berjuang utk memerdekakan tanah air daripada penjajah...dan ia bukannya Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn dan pejuang sezamannya, juga bukan hanya Ibarahim Yaakub, Burhanuddin Helmi serta pejuang sezamannya...atau bukan hanya Dato' Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan sebagainya yg berjuang pada zamannya.

sejarah membuktikan jasa Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir dari keturunan kerabat di raja Melaka yg berjuang habis-habisan menentang portugis, begitu juga dengan putera Baginda. tidak lupa juga jasa yg dilakukan oleh Raja Ali Haji, yg menentang kuasa asing walaupun mereka semua mangkat sebelum dapat mengecapi nikmat kemerdekaan.

Ahlamdulillah, apabila kita melihat adik-adik kita membesar, mereka tidak pula berjuang menantang portugis, tidak pula menganggat senjata utk memerangai kuasa asing...tapi kita masih lagi belum mencapai tahap kemerdekaan yg sebenarnya. minda kita masih belum merdeka sepenuhnya. merdekakan minda dari belenggu penjajahan asing.

akhir kalam... selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. selamat menjalani ibadah Puasa dan kejarlah 10 malam terakhir, insyaAllah..berolah berkat.

1 comment:

Anonymous said...

salam..
setuju dgn entri ni..
walaupun kita sudah merdeka..tapi tinggalan penjajah itu masih melekat dan menguasai minda dan pemikiran kita..
sepertimana tentera kristian yg kalah dan bangkit semula menjatuhkan andalusia, "mereka menang kerana merka berjuang untuk mati, maka oleh itu, kita kalahkan mereka menggunakan minda mereka, bukan dengan pedang"

(sila betulkan jika ade yg silap ye, ngeee *sy lupe*

jadi, kite kene bangkit dari "sumpahan" ini..
ayuh!!!

:)

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails