Walaupun hari ini bermula pada pagi hari sebelumnya (tak tido malam), diserikan dengan paper PB pada awal paginya. Sewaktu tamat exam, perkara yg dijadikan idaman menjadi kenyataan iaitu mengisi perut selagi mampu.. akhirnya aku berjaya mengisi perut dengan sepenuhnya pada tengah hari.
di waktu petang disempurnakan dengan travel ke alam mimpi yg kerap tergangu sama ada dengan panggilan telepon ataupun dengan adanya member datang ke bilik...
Petangku meriah menjelang malam, apabila memberku mengajak keluar makan, actually kami bukan sahaja makan, tp siap shopping2 lagi (ni kiranya mcm hadiah la sbb dapat jawab paper td dan utk ilangkan stress bg study paper seterusnya). kami sempat shopping di Alamanda (belasah poket sampai kering)
Kemudian Member aku ajak makan di Pizza Hut, dengan penuh selera dan keseronokan kami membantai makanan di sana... abis shopping kami balik, rupanya hari dah malam...
No comments:
Post a Comment