Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Thursday, January 1, 2009

Salam Tahun Baru

Tahun 2008 telah meninggalkan kita. kini kita telah hidup di tahun baru. perkara yang sering dijadikan perbahasan pada setiap masuknya tahun baru ialah persoalan tentang azam tahun baru. jarang sekali yang membahaskan tentang azam tahun lepas adakah terlaksana sepenuhnya atau belum terlaksana atau belum mencapai target. untuk mengharungi tahun baru, kita mestilah mempunyai tekad dan matlamat yang lebih fokus dari tahun-tahun yang lalu. Persoalan tentang azam tahun lepas yang belum terlaksana kita tidak boleh ketepikan, adalah lebih baik sekiranya kita melaksanakan azam tahun lepas yang “terbengkalai”.
Azam tahun baru adalah berubah dari tahun ke tahun. Adalah lebih baik sekiranya kita melaksanakan azam tahun-tahun yang lalu sebelum melaksanakan azam tahun ini. Sekiranya kita gagal melaksanakan azam tahun-tahun yang lalu, maka itu bukannya kegagalan kita, tetapi kegagalan kita adalah sekiranya kita enggan atau takut untuk melakukannya.
Menjelang tahun baru, tanpa disedari umur kita telah meningkat naik, dalam hal ini Ibnu Mas’ud pernah berkata “perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah, sedangkan amalanku tidak bertambah”. Perlu kita mengigati bahawa semakin hari umur kita semakin meningkat, ini bermakna kita semakin hari semakin hampir dengan penentuan hidup kita. Tiada yang kekal abadi kecuali Allah s.w.t.

Selamat Menyambut Tahun Baru
Penuhilah tahun baru anda dengan azam yang baru.

1 comment:

Anonymous said...

Stuju dgn entri ni..
tiap kali tahun baru, ramai yg menanam azam baru tanpa menyedari bahawa masih ada sisa2 azam yg dahulu yg masih belum tercapai..
azam baru tidak salah..tapi biar berpada, dan mampu kita capai..

=)

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails