Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."
Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Sunday, May 30, 2010

projek "bekwoh" berjalan lancar

semalam (29 Mei), sekumpulan agent pemakan banyak telah sepakat mengadakan satu jamuan ringkas meraikan bagi yg nak pulang kampung. dalam kes yg berlaku semalam pada jam 10.00 pm, di lakukan di blok k8N, KUO, sekumpulan agent pemakan banyak dan always "bekwoh".

namun pada 10 lbh, sesuatu yg tak best berlaku, seorang daripada owner projek tersebut terpaksa menghadirkan diri ke satu kes emergency yg mana melibatkan kawannya. walaupun projek bekwohnya terpaksa ditinggalkan, namun disebabkan pakatan yg ada, semua yg hadirkan diri pada projek tersebut berjaya menjadikan projek tersebut. alhmadulillah. kawan kpd owner yg terlibat itu tidak ada apa kes.

kisah bermula: Fathi Adha, Mr. Doo, Wady dan Mat dan Minn telah tak langsung mewujudkan idea utk projek tomyam ala2 bekwoh. dijadikan cerita, Ro-Z, yg pada mula nk balik kg, (tetiba tak jadi balik dgr ada projek bekwoh), telah tumpang bersama-sama memeriahkan majlis.

namun berlaku beberapa keadaan yg mana satu pnggilan tepon ke tepon Mr. Doo yg kata seorang kawan (juga kawan aku) sakit. jadi kami bergegas ke apartmentnya utk melihat keadaannya. ditinjau keadaannya, maka pihak kami bersetuju utk pggil ambulans. call 999 utk dapatkan ambulans. sehingga datang dan dia di hantar ke hospital. turut bersama dgnnya adalah seorang drpd projek owner (menemaninya). alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. kawan aku tu kena tahan kejap je di wad (wad sementara) dan pada pagi hari sudah balik ke Bangi. alhamdulillah.


p/s: projek owner pun sempat makan hasil bekwoh mereka walaupun tak meriah sangat.


nota hujung:

projek owner: semua yg terlibat. dan salah sorangnya aku. yg lain termasuk "mr. Doo, Ro-Z, Matt, Wady dan Min.
bekwoh : kenduri @ makan besar.

Thursday, May 13, 2010

kawan-lupa-kawan-ingat-kawan

salam Sejahtera

hari ini aku baru bermood untuk menulis kembali blog ini. baru-baru ni berlaku kekurangan idea dan masa. hari pun masih tidak punyai waktu kiranya, tp teringin jugak nk update.

sehari dua ni, aku dapat la panggilan daripada member2 lama yg dah lama tinggalkan aku tak lupa yang baru je berpisah beberapa minggu lepas. menariknya dalam perbualan dengan seorang kawan, (kawan lama), banyak perkara yang dibualkan bersama. maklumlah kawan dah lama tak jumpa.

dlam banyak2 perbualan, adalah perkara mengenai "kawan melupakan kawan" adalah sesuatu yg paling menyentuh hati.

bagi aku sendiri, seseorang kawan bukan melupakan kawannya, mungkin kerana kekurangan masa utk berinteraksi menjadi sebab utama mereka "berjauhan"..pandangan aku aja, mungkin anda juga lain.

tp skrg kan sudah Fesbuk, boleh la berkawan-rapat semula kan.

p/s: tajuk tu pandai2 la korang bace..

Friday, April 2, 2010

mungkin yang terakhir....


tajuk ini...menunjukkan akan berakhirnya sesuatu. apakah yang terakhir itu?

dalam entry ini, khas aku buat untuk mengisi masa di pagi hari ni.. aku bukannya bangun di awal pagi, sebaliknya aku masih belum tido lagi sejak semalam. semalam sempat la aku semak bantu kawan aku dalam menyiapkan proposal tesis dia. so aku tak berkira sangat. lepas tu aku buat esaiment skit.. sedar2 dengar orang azan subuh. sengal. tak taw nk tido.

tapi tak pe, dimaafkan kerana aku dah tido banyak sebelum tu. siang aku hanya tido, tengah hari aku tido. cukup la dengan ganti dengan berjaga di waktu malam.. (beribadah dengan tesis).

okey, berbalik pada persoalan tajuk ini.. ia tidak lebih dan tidak kurang dengan aktiviti demo silat di UKM. insyaAllah hari ini merupakan demo terakhir yang aku join di UKM pada sem ni. sem depan kalau2 ada orang import aku join demo, aku turun la (bergantung pada keadaan la)

ini merupakan demo terakhir aku pada sem ini di UKM, sewaktu Minggu Festival seni UKM, anjuran Pusat Kebudayaan dan dijayakan oleh semua ko-kurikulum yang bernaung di bawah pusat kebudayaan. termasuk salah satunya adalah silat Cekak Hanafi. aku telah ditugaskan untuk membantu mereka semua menjayakan Persembahan Ko-ke mereka tersebut. oleh itu hanya doa dan iringan semangat daripada rakan2 sepasukan membuatkan aku lebih berani dan gagah dalam berjuang.

bak kata Almarhum Ustaz Hanafi "kita bersilat bukan semata-mata kerana silat, kita bersilat kerana Allah".


terima kasih kawan.


p/s: andai perjuangan ini masih panjang, aku mahu teruskannya...

jumpa lagi di lain waktu..

Friday, March 5, 2010

Nature

Salam..

kalau tgk tajuk tu, mesti melambangkan keadaan yang baek, yg jauh dari segala apa macam hal yg berlaku... semalam agak "mood tak baek", hari ni dah dapat nature balik apa yg tak baek tu. sebenarnya semalam aku mengalami kesukaran dalam melelapkan mata, memikirkan keadaan dan situasi yg berlaku atas diriku. tp nak dijadikan cerita, nak buat macam mana. kita yang merancang, tuhan yang menentukan.

dalam kes yg berlaku kpd diriku, adalah kes yang normal berlaku pada manusia, tp nak dijadikan cerita, cerita tersebut jugak yang berlaku. so aku tak boleh buat apa2 pun, just terima dengan seadanya ketentuan Ilahi. tuhan tak kan uji hambaNya jika hambanya tidak dapat menghadapinya. so aku kena kuat, "sekuat tiger", seteguh karang, dan sebagainya. apa yang penting, hidup mesti diteruskan...baru boleh ada kerjasama..tak gitu..

ok, back to agenda nature aku tadi, hal yang semalam, aku dah padamkan dan menda tu dah jadi sejarah hidup aku. jadi tak perlulah aku perbahaskan lagi, dah malas dah. lagipun tak de apa pun nk diungkitkan lagi. haish!, cukup sekadar apa yg aku terima. aku mula memikirkan apakah hikmah disebalik kejadian yang menimpa aku. mungkin hikmahnya belum lagi aku dapat rasai pada hari ini, esok mungkin lusa, terpulanglah kpd Tuhan yang Esa utk memberikan kpd ku hikmah disebalik kejadian ini. tapi aku terima seadanya..

tak baek menyalahkan takdir, nanti jadi SYIRIK, kerana walaupun kecik, kita telah menafikan kuasa Allah s.w.t. jadi apa yg berlaku jugak sama, jgn salahkan hak Allah s.w.t.... Tuhan menguji hambaNya utk hambanya memilih sesuatu yang terbaek kepada diri hambanya.


sedikit renungan :
Nabi kata Umat Islam pada akhir zaman akan berpecah kepada 73 golongan, hanya 1 golongan shaja yang akan masuk syurga, iaitu Wal Jamaah (Ahli Sunnah wal Jamaah) jadi janganlah kita berpecah dari kumpulan wal jamaah ini.


p/s: terapi ilangkan tension paling best adalah tido...

Thursday, March 4, 2010

yang tarjadi itu dah berlalu...

Salam Kembali

hari ni aku menulis post yang kedua, walaupun aku tak de mood pada awalnya. aku hanya mahukan sesuatu yg dipanggil sebagai "kepuasan" meng'update' blog. dulu2 aku menghabiskan masa berjam-jam dengan menulis entry2 yang baru yang berkaitan dengan aku ataupun tidak, yang relaven atau pun tidak. dan kadang2 aku menghabiskan word dalam entry aku dengan hanya meninggalkan persoalan. kenapa hari ini aku aktif menulis kembali? persoalan itu mungkin ada jawapannya.

bermula kisah aku, pagi tadi aku ke Arkib Negara Malaysia (ANM), aku disakiti hati oleh seseorang, padahal aku tak penah amek kesah pun sebelum ni. biasanya aku melarikan diri dari situasi tersebut dalam sehari dua (risau termarah org tak tentu pasal). aku ni punyai sifat sensitif tertentu... kawan aku ni walaupun dia tahu aku punya sensitiviti dalam bab tu... bab tu jugak yg dia persoalkan.. aku jawab...dia counter balik, macam aku palak yang salah. haish.. payah la manusia ni, bila ada akal, tapi tak nk guna sepenuhnya.

berbalik pada kisah ini, aku patut bersyukur kerana ada seorang kawan yg boleh buat aku sakit hati, at least ia menduga iman dan kesabaran aku. dapat la jugak aku berishtiqfar banyak2 pada Allah s.w.t. serta berselawat banyak2.

mengenankan apa yang berlaku, aku terasa seperti diri ini telah di atur dalam sebuah permainan dunia yang kian mencabar, dengan pelbagai cabaran yang menimpa, aku rasa aku perlu lebih kuat, lebih kuat dari dulu. kalau dulu aku boleh hadapinya, kenapa sekarang aku tidak boleh? padahal ini bukannya kali pertama berlaku dalam hidup aku.

bak kata kawan aku sorang ni... "yang lepas biar la lepas"... ok fine... yang lepas aku nk lupakan.. tp apsal la dia jugak buat aku begini...

"aku tak pernah tolak apa yg dia beri dan aku tak pernah mintak balik apa yang aku bagi"
kira halal la...


p/s: bagi kawan aku yang buat aku sakit hati... aku dah maafkan segala apa yang kamu lakukan...


entry ini macam sedih skit.. jadi kalau korang baca, anggap tak de pape..

perlukah seorang kawan?

salam..

entry ini sebenarnya aku keluarkan kerana rasa kecewa terhadap seorang kawan. "kecewa yang tak teramat sangat", sebab dah biasa... esok lusa baek la tu. aku ni jenis tak suka simpan lama2, nanti susah nk mati. berbalik kepada persoalan ini, sebenarnya aku dah lali dah dengan perangai kawan aku ni, dah naek bosan dah. malas daa nk layan... tpi tak layankan dia kawan aku.. emmm tak pe kawan biar berjuta... musuh jangan sorang pun, bak kata hukamah "seorang musuh adalah lebih ramai daripada 1000 orang kawan".

bercerita tentang kawan ni, ada beberapa jenis kawan yg aku klafikasikan sendiri, kalau korang jugak mungkin ada yg tersendiri kan...so aku punya mcm ni.
  1. kawan yg setia bersama - segerak searah- hanya aku dapati bilamana konsep teori dan praktikal telah diaplikasikan. kawan ini adalah dalam kategori sahabat, jatuh bangun bersama, susah dan sakit senang ada bersama.
  2. kawan rapat - tp tidak segala hal.. kawan ini biasanya kawan2 yg selalu bersama, tp tak segala hal.
  3. kawan yg dah biasa - yang ni kawan yang boleh bersembang sampai 2-3 pagi tanpa rasa bosan. kawan ni boleh ke mana2 tp tak selalunya bersama.
  4. kawan biasa - kawan bertemu mesra..bile berpisah tak rasa apa2 pun.
  5. kawan makan kawan - yg ni kawan yg "spesel" - dia ni bukan sahaja boleh makan kawan, malah kawan sendiri pun "dia boleh telan". ini kawan yg perlu di elakkan krn jenis kawan yang sebegini ada sifat2 yg tersendiri seperti suka tikam dari belakang, menyusahkan kawan dan sebagainya.

berbalik kepada soal kawan aku tadi..disebabkan mereka berasal bukan dari golongan 1-3, maka mereka akan selalu berfikiran begitu. mereka tidak pernah taw isi hati kawannya, dia hanya berkata2 tanpa tahu apa sebenarnya yang terasa di hati kawannya itu.

ada kalanya niatnya nak bergurau, tp bila gurauan dah tak pk sensitiviti orang laen...jadi laen la pulak. sesungguhnya aku terasa hati dengan beliau, tapi aku tak suka dendam...buat apa dendam, tak de gunanya. lagi pun aku taw tak semua org boleh pk menda yg sama. maknanya pemikiran manusia ini tak sama...


p/s : hati kawan pun kena jaga...tp jaga la jugak diri sendiri, maruah, peribadi, jiwa, harta, akal serta AGAMA. (",) pesanan ikhlas dari penulis.


fathiadha, ANM.

Saturday, November 21, 2009

nanti aku update lagi....

salam alik....

dah berhari-hari tak sempat nak update blog. tak sempat nak update. tapi aku cuba la update jugak. hari ni aku ada cerita yang tak best.


hari ni aku dapat story agak sedih la, ceritanya mcm ni, td ada sorang member aku call, katanya dia kemalangan jalan raya, beberapa hari lalu, dia skrg terbaring di hospital, aku rasa begitu terkejut dan terharu dengan apa yang berlaku atas dirinya. aku sendiri pun tak mampu nak berkata apa-apa setelah mendengar katanya sebentar tadi. aku hanya mampu berdoa agar beliau kembali sembuh dan menjalani hidup seperti biasa.

agak memeritkan baginya, kerana kemalangan itu telah menyebabkannya beliau cedera di bahagian kaki, tangan dan badannya.

beliau ialah Liza, member aku masa aku duk KIY dulu.


so aku hanya mampu berdoa agar beliau kembali sembuh seperti biasa. semoga cepat sembuh!


sejak aku pulang kampung ni, agak susah nk update blog, maklumlah aku ni tak de internet kat rumah sekarang ni. broadband aku pun kena block sebab tak bayar, padam muka, nk siapkan kerja aku, leptop pun jarang buka. nk update blog, aku terpaksa keluar rumah, kena jalan jauh2.


sekarang ni hujan tak berhenti di kampungku, risau jugak banjir, harap2 tak berlaku banjir, walaupun kawasan lain di daerah Besut dah dinaiki air. janganlah membanjiri rumahku. kalau sempat aku update.



kepada rakan2 yang selalu follow blog aku ni, maaflah aku tak sempat nak update blog ni, nanti aku cuba update beberapa story utk korang. InsyaAllah.


Tuesday, November 3, 2009

entry ini tak perlu di tulis....(4)

sejak 2-3 post yg lps, dlm blog Sizuka beliau suka menceritakan tentang orang ke 3. tetiba aku teringin jugak menulis sikit tentang orang ke 3. emmm.. orang ke 3 that mean org yg muncul antara org yg berdua... mcm tu la lbh kurangnya..


sejak 2 hari lepas, aku dapat panggilan dari seorang kawan masa sekolah sama2. beliau mengajak aku keluar KL, wah, musim exam pon nk ajak aku kuar ker??? memandangkan beliau ni kawan sebangku sekolah, jadi teringin jugak aku nk kuar ngn dia sama, mane la tau boleh2 bual bicara kisah2 terlatest antara kami.

jadi aku pun try la nk kuar ngn dia, tp masa tu aku masih ada kerja yg belum siap lagi....emmm siapkan kerja dulu.. dlm proses aku menyiapkan kerja, aku bertanya kpdnya....tujuan utama dia kuar ke KL pada esk (isnin), bila aku dapat tau jawapan sebanar......aku sangat marah!!! huh!



tujuan Utamanya bukan nk jumpa aku selaku kwnnya, tp semata-mata nk jumpa seorang pempuan yg aku kenal jugak la...jadi bila aku dgr kisah tu, aku pun kate kat diri aku "buat ape aku kuar ngn dia, event dpt jumpa sekejap, tp nanti aku akan ditinggalkan bagaikan tunggul kayu hidup" aku tak suke...tak suke...tak suke...

jadi ekkrrr... tak perlu aku g n jadi org ketiga kpd "persahabtan" mereka.. oleh itu, aku tak jadi keluar semalam, dah tu tak jadi g mane2 pun.... benci dan tak suke pada situasi tersebut. ! baik study kat bilik, lg best... (ye ker), tolong setuju ekr....

jadi bile berdua itu, maka ada pihak ke 3, dan pihak ketiga itu adalah aku??? huh!, tak leh pakai..



berbalik kepada cerita org ke3... aku tetiba didatangi kembali oleh kawan lama, rakan sekelas dlu, yg pada zaman2 jahiliah dulu, aku hampir2 terjebak dengan cinta bodoh... aku dulu minat kat sorang budak pmpuan ni, pastu tak de jodoh.... tak jadi kaple... skrg dia dah bertunang ngn sorang mamat dr mane tah (melaka rasanya)....

yg kisahnya, sejak kebelakangan ini, dia sering muncul...muncul dlm YM aku.. apa yg aku tau, dia masih lagi berhubung dgn aku, sedangkan dah nak kawen.... aiii, susah jugak ada kawan mcm ni... yg aku risau, aku akan jdi org ke 3 dlm perhubungan mereka...walaupun aku layannya acuh tak acuh...tp kalau aku tak layan dlm YM hari ni... esk lusa dia masuk lg... pastu ada lg...
~dilemma aku dibuatnya~


Fathi adha
~agaga~

Wednesday, October 14, 2009

Hari menyiapkan Poster

buat poster satu menda yang malas dan bosan, sebab aku tak de mood sejak 2-3 hari ni..tak de idea nk buat poster atau ape2 pun yang berkaitan dgn nya...

Hati aku sejak 2-3 hari nie kurang best, kalau ikutkan hati aku, kompon tak comel aku buat...nasib baik ada jugak kwn2 yg tolong aku... kalau tidak, tak tau la mungkin jadi kertas kosong je..

thanks ye kawan2...


Fathi Adha
-esok boleh tgk poster tu-

Tuesday, October 13, 2009

entry ini tak perlu di tulis....

entry ini aku buat kerana terasa hati...bukan nk mengutuk sapa2 pun, tapi kalau sapa2 yang terasa hatai, mungkin dia lah orang tersebut.. luahan rasa ini bersifat universel...


aku terasa hati...

aku terasa hati....


dgn kawan2 aku...


mereka buat aku jd bertambah masalah...
aku ni malas nk layan masalah yg diorg timbulkan...
tapi diorang ni bat tak reti je...selambe je tambahkan aku dgn masalah tersebut.... alih2 aku jugak yg kena... pastu dtg2 bg aku tuduhan yg pelbagai... lps ni ape pulak??? huh!!.. kalau aku tak reti nk sabor, dah lame aku &%$#&#$%&^ tapi sabar2 en. Fathi, ini dugaan tuhan.. mana mungkin Allah berikan seseorang hambanya dengan ujian sekiranya Hamba-Nya tidak dapat menerimanya... walau apa pun cari lah penyelesaiannya, jgn timbulkan lagi banyak masalah..


kalau aku tengah marah macam ni...memg agak bahaya..jd aku amek langkah mudah, jauhkan dr kawan2 aku, nanti aku termarah mereka yg tak de kaitan...

hidup ini penuh cabaran...tempuhilah dgn penuh keimanan dan ketaqwaan, sesungguhnya Allah tdk akan menguji hambanya yang tidak terdaya dgn ujianNya...


Fathi Adha

Tuesday, September 29, 2009

Bicara Ilmu...

Bicara Ilmu

suatu hari di hari raya....
aku telah bekunjung ke rumah seorang kawan sekolah dahulu, kini beliau belajar di USM, P.Pinang. sewaktu aku ke rumahnya, aku dan beberapa orang kawanku berbicara seperti tidak ada penhujung. sehingga aku berbicara tentang kepulangannya ke USM. maka berlakulah beberapa dialog antara kami.



FA merujuk kpd Fathi Adha,

FA : bila balik USM
Naa: Ahad...
FA : kelas start bile???
Naa : emmm.. hari Isnin...
FA : sama la kite...brape kelas hari Isnin???
Naa : satu jam je...(nada agak sedih)
FA : oh, kalo camtu g ler hari Isnin, ponteng ler kelas tu sehari... (hehe, watak setan dah wujud)
Naa: tak boleh, walaupun sejam, kelas tu..


kemudian beliau menjelaskan, bahawa Ayahnya begitu marah sekiranya dia tidak menghadiri kelas walaupun satu JAM, walaupun kelas itu sekejap, tetapi tetap ada penyampaiannya. Ilmu yang di sampaikan adalah tidak sama walaupun dimana kita berada, atau di mana kita belajar. Ilmu itu perkara yang tidak akan kering seperti air laut yang tidak akan kering walaupun kemarau yang panjang.....


kepada sesiapa yang cuba atau telah ponteng kelas, harap2 lepas ni cuba2lah utk tidak ponteng kelas (termasuk En. Fathi Adha, Writer blog ini, jangan hanya sampaikan sahaja...)

Ilmu itu satu perkara yang tidak akan berulang dapatannya.... time ni ler aku teringat kelas2 aku beserta kosmate2 yang pelbagai ragam.

kawan2 kelas Sejarah Pembinaan Negara Bangsa bukan kelas yg boleh kita buat main2, nanti bila di tanya tentang nation building in Malaysia, susah nk jawab...

sama jugak dengan kelas Nasionalisme dan Masyarakat Minoriti, jangan anggap kelas tu tidak bernilai, setiap kali kelas pasti ada input baru...sekiranya belajar tetapi tidak ada perubahan...something wrong la tu...baik tak payah belajar, membazirkan duit mak bapak je... (maaf ler kalau ayat terkasar sikit)


Belajar la dari sejarah, kerana sejarah mengajar kita tentang sebuah kehidupan, kejadian dan peristiwa yang lampau yang dilalui oleh seseorang (pelaku) di suatu tempat dalam tempoh masa tertentu....sekiranya kita enggan belajar dari sejarah... maka kitalah yang merancang halatuju kita...




nota kaki

*entry ini sebenarnya utk aku menyedarkan diri aku sendiri betapa dulu aku juga pernah lakukan perkara sedemikian...sungguh kejam aku terhadap diriku ini....siapa yang mampu mengubah aku???? diriku??? atau orang lain???


Fathi Adha
berhasrat tak nak ponteng kelas lepas nie..."InsyaAllah"

Thursday, July 30, 2009

Entry Khas buat seorang SAHABAT

Salam...

entry ini khas utk seorang sahabat yg aku kenal sejak masuk UKM dan sehingga kini...dia merupakan....seorang sahabat yg aku tidak boleh lupekan...

Sahabat.... tarafnya bukan seorang kawan atau seorang lawan.
Sahabat... tidak semua org mempunyai sahabat yg sama...
Sahabat... hadirmu tidak ada seorang pun yg boleh ganti...

Sahabat...munculnya
dari seorang teman,
dari seorang kawan,
dari sebuah perkenalan,
dari sebuah pertemuan...

sebuah pertemuan telah berjaya kenalkan aku dengan seorang kenalan... selepas itu aku telah berkawan dgnnya sebagai kawan yg biasa. lama-kelamaan kami menjadi lebih rapat dan lebih mesra.

Susah senang aku, banyak bersamanya...semasa aku sakit (lps xcdent) dia byk membantu aku dalam urusan mendapatkan rawatan....sehingga aku merasakan dia banyak menyusahkan dirinya utk aku... sedangkan ape yg aku berikan utk nya???

Aku terus berkerjasama dengannya memartabatkan PSSCUHUKM dgn aku dan dia sama2 menjadi pengerak utama... aku dan dia serta rakan2 yg lain sama2 berjuang...tanpa memikirkan penat dan lelah.. sehinggalah pelbagai perkara yg berlaku semasa menguruskan persatuan SCH.. manun aku tabah menghadapinya... Aku juga turut menghadapi pelbagai suka duka dengannya...

sehingga satu hari.....apabila dia membuat spekulasi (gimik) utk melepaskan jawatan yg disandangnya dan menyerahkan kpd org lain... aku terkejut dan tergaman... dalam hatiku sekiranya dia melakukan apa yg dia suarakan...aku tidak akan mencarinya selama 13 hari, atau selama mane aku tidak akan berurusan dengannya... Akhirnya atas pujukan rakan2 yg lain...dia tidak melepaskannya...

ah, dah berapa banyak celoteh aku...itu belum lagi citer ttg kehidupan berjiran dengannya...haha..semua kenangan antara aku dengannya telah membawa kepada sebuah ikatan persahabatan...

dia adalah.... AZANI BIN AHMED

Happy Birthday juga utk mu.....


fathiadha
KUO~Alone with leptop...

Tuesday, June 23, 2009

Kenangan Bersama...

Gambar kenangan bersama

Bekerja sambil lepak2 dan makan2....bagi mengisi perut (khusus kpd mereka yg sggup tak tido mlm)


(1st Time sampai)

(hari terakhir di SK Sri Kerian)


antara wajah2 yg turut sama membantu menjayakan program tersebut. kepada yg tdk termasuk dlm gambar harap maaf krn masih belum terima gambar program secara keseluruhannya.

kpd yg terlibat baik secara langsung mahupun tdk langsung, maka diucapkan ribuan terima kasih. jasamu di kenang.


fathiadha.blogspot.com

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails