Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."
Showing posts with label cabaran. Show all posts
Showing posts with label cabaran. Show all posts

Sunday, July 18, 2010

kembali dari meja sibuk

kembali dari meja sibuk.


(time nk antar tesis, posing dulu)


sibuk, itu prkataan biasa bg org bekerja, begitu juga bg orang study. kalau sibuk, susah biasanya bg aku nk jnguk rumah peribadi ni. baru2 ni aku di tag, tapi masih tak de masa lagi nk balas, esok maybe aku balasnya.

pastu tadi aku baca blog buah hati, emm, de kisah yg menarik tp lagi mengujakan. emm.. tak pe, nanti de masa aku buat. byk rasanya nk menulis, tp tak sempat.

p/s: skrg ni dah kerja, tolong kakak jaga bisness dia. anda dijemput memeriahkan bisness ku ini. jom.


sekian.

fathiadha
Warung Buluh Padang Luas, Jertih.

Friday, April 2, 2010

mungkin yang terakhir....


tajuk ini...menunjukkan akan berakhirnya sesuatu. apakah yang terakhir itu?

dalam entry ini, khas aku buat untuk mengisi masa di pagi hari ni.. aku bukannya bangun di awal pagi, sebaliknya aku masih belum tido lagi sejak semalam. semalam sempat la aku semak bantu kawan aku dalam menyiapkan proposal tesis dia. so aku tak berkira sangat. lepas tu aku buat esaiment skit.. sedar2 dengar orang azan subuh. sengal. tak taw nk tido.

tapi tak pe, dimaafkan kerana aku dah tido banyak sebelum tu. siang aku hanya tido, tengah hari aku tido. cukup la dengan ganti dengan berjaga di waktu malam.. (beribadah dengan tesis).

okey, berbalik pada persoalan tajuk ini.. ia tidak lebih dan tidak kurang dengan aktiviti demo silat di UKM. insyaAllah hari ini merupakan demo terakhir yang aku join di UKM pada sem ni. sem depan kalau2 ada orang import aku join demo, aku turun la (bergantung pada keadaan la)

ini merupakan demo terakhir aku pada sem ini di UKM, sewaktu Minggu Festival seni UKM, anjuran Pusat Kebudayaan dan dijayakan oleh semua ko-kurikulum yang bernaung di bawah pusat kebudayaan. termasuk salah satunya adalah silat Cekak Hanafi. aku telah ditugaskan untuk membantu mereka semua menjayakan Persembahan Ko-ke mereka tersebut. oleh itu hanya doa dan iringan semangat daripada rakan2 sepasukan membuatkan aku lebih berani dan gagah dalam berjuang.

bak kata Almarhum Ustaz Hanafi "kita bersilat bukan semata-mata kerana silat, kita bersilat kerana Allah".


terima kasih kawan.


p/s: andai perjuangan ini masih panjang, aku mahu teruskannya...

jumpa lagi di lain waktu..

Sunday, March 28, 2010

sehari di Pesta Buku

Alhamdulillah...

blog ini kembali update.

kalau entry lepas berkisar tentang pertemuan aku dengan sumber tesis di FUU, maka kali ini berkisarkan tentang dunia buku dan diri aku. dunia buku merupakan sebuah kisah yang dikaitkan dengan buku dan jugak kisah pembaca buku...mungkin la...

semalam aku telah menyaksikan pesta buku... Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) di PWTC. meriahnya tidak terkata (sehari sebelum berakhirnya pesta). agak meriah, ramai orang. sesak2, dan banyak lagi. sebelum aku berbicara dengan panjang lebar, adalah lebih baik aku membenarkan gambarku berbicara dulu. lets enjoy with pict.


(Fazle dan Ridhuan, terima kasih kawan)



(bersama En. Abdul Latif Talib, penulis dari PTS)



(penulis-penulis tanah air bergambar)




okey, macam dengan gambar2 tersebut ada terasa puas hati?



bercerita skit. since mggu lepas, adalah member aku ajak g Pesta Buku...tp masa tu duit aky tgh kurang, tapi dalam hati nk sangat g sana... tgk buku apa yg ada, perlu beli atau tidak, pilih yg bersesuaian la.

nak di jadikan cerita, ada plak mamber aku, saja2 je meseg aku dan kemudiannya dia ajak aku ke Pesta Buku Antarabangsa KL, katanya best dan banyak buku di sana. dan aku ni memang nk g sangat-sangat...cuma tak de teman.. so apa lagi, aku keluarlah bersama. seawal jam 9.00am.

Dari Komuter UKM dan turun ke Stesen Komuter Putra, agak padat la dalam komuter dengan manusia, full, tp bernasib baek dapat seat.. hehe. sewaktu naek komuter jugak, aku sempat borak ngn sorang brother dri PTS, ku sangkakan dia nk ke PWTC jugak... almaklumlah, ke pameran, tapi rupanya dia hanya stop di Putra dan akan terus naek komuter lain plak. pelik kan?
actually dia jalankan kempen Jom Baca@Komuter. that good, memang satu benda yang baik, dan dulu pun dah ada Jom baca@LRT, dapat sambutan hangat. biasala nk jadikan budaya, bukan mudah.

kalau tgk dlm iklan tv pun sama je, kempen membaca, jadikan budaya. so cuba la jadikan membaca sebagai budaya. :)

okey, berbalik kepada Pesta Buku, PWTC dipenuhi dengan manusia, pantang nampak tempat yag elok (a.k.a. tempat yg sesuai dan elok) pasti ada orang, dari berdiri hingga duduk, dari berlajan hingga membaca, semua gaya ada, semua tempat ada orang. dalam kemeriahan pesta buku juga sempat la aku jumpa member2 dari UKM, antaranya Bekas Timbalan Presiden PMUKM, Sarfarizmal, bekas Lecture aku, En. Junaidi (FSSK), dan beberapa kawan dan jugak member2 dari UKM.

so far, Pesta Buku itu sangat meriah dan sangat menguji kesabaran. terpaksa bersesak-sesak dalam dewan orang ramai utk masuk tgk2 buku. sempat jugak dapatkan tandatangan penulis. hehe

rasanya cukup la utk hari ini, kalau nk merasai kemeriahannya, cubalah sendirian ke sana, nk lagi meriah, ajak kawan2 anda. sure tak tahan dgn godaan buku2 yg menarik dan sangat banyak pilihan, sama ada kandungan atau dari segi harga. sangat2 teruji. harga buku dari serendah RM1.00 sehingga cecah ratus2 ringgit...

kemeriahan di Pesta


juara (raja) Shopping buku


Mr. Fazle pembeli terbanyak...hehe


KL International Book Fair


sekian sahaja.

p/s: penat dan letih..
ari ni (28 Mac 2010) adalah last day... pastinya sgt meriah..

Saturday, March 20, 2010

menilai keikhlasan

salam sejahtera.

sebuah perjuangan yang aku lalui dalam Silat Cekak Hanafi masih belum selesai. namun dari segi perjuangan dalam persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM telah mencapai tahap akhir, bila mana aku sudah tidak ada apa2 jawatan lagi. jawatan terakhir yang pernah aku sandang adalah Naib Yang Di Pertua. iaitu orang yg wajib menguruskan demo dan juga hal ehwal persatuan ketika ketiaadaan YDP. jawatan sebagai Wakil YDP adalah sangat berat tanggungjawabnya. aku tidak boleh suka-suki membuat keputusan dan juga perlu merujuk beberapa keadaan dan kes yang seterusnya.

dalam kes aku nak menilai keikhlasan ini, maka aku persoalkan beberapa perkara dalam diriku. pertamanya mampukah aku yang sedang berhadapan dengan banyak kerja (tesis dan sebagainya) untuk terus aktif ke kelas seperti sewaktu aku menyandang jawatan NYDP dahulu?

keduanya, mampukah aku membahagikan masa seperti suatu masa dahulu, menjadi ahli persatuan dan juga menjadi ahli persilatan yang aktif?

ketiganya adakah aku boleh meneruskan perjuanganku dalam bidang persilatan selepas aku sudah tidak punya kuasa lagi dalam pentadbiran Persatuan?

persoalan seterusnya, mampukah aku terus berbakti kepada Persatuan seperti aku berbakti sebelum ini tanpa mengira waktu dan keadaan, tak kira siang dan malam, tak kira hujan atau panas, tak kira waktu dan ketika.

persoalan terakhir adalah selama mana aku akan aktif dalam perjuangan Silat Cekak Hanafi, walaupun kini aku dah merasai kemanisannya dalam sebuah perjuangan ini.

semua persoalan yang aku kemukakan hanya hatiku sahaja yang dapat jawab dan hanya tuhan saja yang tahu. aku tak berani berkata dengan lebih banyak tentang soal sebuah keihslasan dalam diri aku ini. mahu je aku jadi seperti Amirul, Azani, Rahman...yang sentiasa keep active with Cekak Hanafi. aku juga mahu seperti mereka. tapi aku masih ada satu kelemahan fizikal yang menyebabkan satu sekatan kepada diriku. inysaAllah aku akan terus Aktif..


perjuangan aku belum berakhir


keep active with Cekak Hanafi

Friday, September 11, 2009

Hari yg akan Datang!

Hari ni aku berpeluang untuk update blog, bukan tak de masa nk update blog, tapi tak berkesempatan.... sejak akhir2 ni banyak kerja yg tak berjaya disetelkan dan kena setelkan atleast sebelum pulang ke kampung.

Ahlamdulillah, sehingga sekarang, Allah masih memberikan kesihatan kepadaku, dan hal ini sangat penting bagiku untuk meneruskan tugasan2 yg masih tertangguh... Dalam minggu ini, InsyaAllah aku akan siap beberapa perkara yang pertama dan utama (priority) adalah menyiapkan bab 1. yg lain2 (tapi penting) Soalan pembinaan negara Bangsa dan juga Asia Barat.

Esok adalah hari beristirehat...tetapi aku harus menyiapkan semua perkara di atas sebelum hari selasa...mengapa Selasa???

Selasa akan datang jua...

semuanya aku kena hantar pada hari tersebut...adus!!






Mengapa Selasa???
~tunggu next entry~





Fathi Adha
12.47 pm
nak g solat Jumaat

Wednesday, July 29, 2009

Entry Khas buat Ahli SCH UKM

Hilangnya sebuah kedukaan yg telah membawa aku ke arah sebuah persimpangan yg lebih jauh dari sebuah kehidupan yg kebiasaannya. aku telah menerima beberapa cabaran yg luar biasa sejak beberapa minggu lepas sehingga berakhirnya pada hujung minggu yg lalu. aku tahu betapa penat lelah, sakit deman, jatuh bangun aku ada faedahnya, ada kebenaranya, ada kekuatannya.

Sepanjang awal semester ini sehinggalah pd hari ini, pergorbanan aku untuk menyelesaikan segalanya (tak de la banyak sgt), namun ia telah menjadi satu kekuatan kpd rakan2 yg lain. ketegasan sahabat2 ku dalam perjuangan menjadikan aku lebih tabah dan lebih bersemangat dalam penerusan kehidupanku.

andai ku tahu......ada jalan yg lebih mudah bg mengatasi permasalahan itu, aku akan lakukan demi sebuah kehidupan yg bergelar sebuah kenyataan yg pasti. namun semuanya aku tempuhi dengan rela dan aku redha dengan apa yg berlaku.

Demi sebuah perjuangan, aku merelakan sebuah pengorbanan, demi sebuah kesetiaan aku merelakan semangat kekitaan....janganlah ada antara kita yg akan merosakkan sebuah persahabatan yg kita bina bersama2 ini.....

"pesanan post ini ditujukan khas buat ahli SCH UKM" semoga berjaya dalam apa jua perjuagan yg akan datang!!



Fathi Adha
Pejabat maya:
Bangunan Pusanika.

Sunday, July 26, 2009

Tertunainya satu Janji!

Tepat jam 6.00 petang, majlis perasmian penutup kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi melabuhkan tirai. Program selama sehari iaitu bermula seawal jam 7.30 pagi akhirnya tamat jua pada jam 6.00 petang. program tersebut melibatkan pelbagai IPTA dan IPTS seluruh negara dan juga melibatkan beberapa buah sekolah menengah seluruh negara.

Kejohanan tersebut telah berjaya menarik minat beberapa pihak luar khususnya bukan anggota Silat Cekak Hanafi. terdapat juga pihak yang menaja Gerai seperti CIMB Bank dan beberapa penggerai lain lagi.

Walaupun tiada kejayaan besar di catat oleh kontigen UKM, namun sekadar mendapat beberapa pingat itu adalah yg terbaik buat UKM, lagipun ini adalah kali ke 2 UKM menganjurkan kejohanan tersebut. kali pertama UKM menganjurkannnya adalah pada tahun 1999.

Cabaran daripada Silat Cekak Hanafi khususnya semasa mengendalikan kejohanan Wajadiri atau semasa menjalankan kegiatan persatuan dan juga semasa menjalankan latihan adalah pengalaman yang tidak ada tolak gantinya.


Selepas tamatnya program tersebut, aku hanya memikirkan untuk tido dengan lena dan amannya....hehehe


Sekian, seketika.......


Bangi, UKM ~

terbayang tidor yg indah!!!!!

Saturday, July 25, 2009

Segalanya akan bermula!

Segalanya akan bermula...aku hanya perlu melaksanakan beberapa perkara yang utama sebelum segalanya bermula. Bermula dengan itu satu permulaan yg melibatkan sebuah perjuangan!. kesabaran dan keyakinan sangat diperlukan bagi menjayakan sebuah cita-cita yg tinggi.

26 Julai menjadi tarikh keramat bagiku...tarikh yg ku nantikan sejak sekian lama walaupun aku tidak mempunyai keyakinan yg kuat utk menempuhinya. aku tahu siapa aku dan apa yg perlu aku lakukan.

Aku hanya bermohon agar kejayaan akan menjadi milik kami yg berusaha ke arahnya.


Fathi adha
DG ~ UKM

Monday, July 20, 2009

Minggu yang Sibuk...

Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk bg aku. Minggu ini aku ditugaskan untuk menjaga dan mengendalikan Booth pameran Silat Cekak Hanafi UKM sempena Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) di Foyer Pusanika. Minggu ini juga aku terlibat dalam beberapa Meeting penting Wajadiri dan juga terpaksa turun ke latihan Wajadiri.

secara spesifiknya, penglibatan aku dalam Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM telah bermula sejak tahun pertama di UKM lagi.

Minggu ini juga aku dan rakan2 yang lain akan terlibat dalam Demo silat yg akan di adakan di Pusanika.

Sertailah Komuniti Silat Cekak Hanafi UKM, anda akan merasai pengalaman yang berbeza!!!

"Seni Silat Pemangkin Peradaban Ummah"





Wednesday, July 8, 2009

Tekad yg berterusan

Sudah beberapa hari aku berada di bumi UKM ini. namun jiwa aku masih lagi bermasalah gara2 sesuatu perkara yg berlaku kpd diriku. aku bukannya mahu menyalahkan diri aku mahupun keadaan, tetapi hakikatnya, aku masih belum mampu lagi menguruskan hal yg sekecil itu sebagai asas kpd kejayaan aku.

Aku mungkin bakal mengahadapi pelbagai cabaran yg belum tentu aku dapat atasi dengan sempurna, walau apa jua yg berlaku, aku tetap yakin dan tabah untuk menghadapinya. bak kata org sejarah (sejarawan): "perkara yg bakal berlaku, tetap akan berlaku dan akan menjadi sejarah kehidupan" (betul ke ayat mcm nie??, kira betul la)

Sebagai orang yg ingin mendepani cabaran globalisasi, aku tidak boleh kalah kpd keadaan, sebaliknya aku perlu tabah dan gigih menghadapi cabaran yg mendatang.

akhir kata, aku ingin berpesan kepada diriku dan juga rakan2ku ; bahawa dunia yg kite duduki bt sementara waktu ini adalah pentas segala cobaan dan dugaan, halangan, masalah dan sebagainya yg akan ditentukan di Akhirat, oleh itu jangan cepat berputus asa dan terlalu fikirkan kpd kekalahan, sesungguhnya pemikiran yg waras itu membawa kpd kejayaan....


Fathi Adha
Bangi

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails