Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."
Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

adakah aku silap percaturan? 2

salam...

previous post aku berbicara tentang mereka yg buat aku marah, kerana ingin menjaga periuk nasi orang, aku punya periuk nasi plak yg mereka ingin kuburkan. apakah manusia ini tidak pandai bersyukur, cuba menjatuhkan prestasi dan nama baik aku.

selama ini aku menjaga mereka, memberi peluang bekerja yg baek, tp akhirnya mereka cuba memancungkan kepala aku.. apakah aku hanya perlu berdiam diri?

"today, i give u last warning, next time u do that, i give u resign later, ok!"


biar aku bertenang dulu, tak elok buat keputusan time marah.

Wednesday, March 30, 2011

adakah aku silap percaturan?


salam..

hari ini, aku rasa kurang sedap utk bekarja, terasa badan panas2 sejuk, bukan nak deman, tp rasa tak sedap. barangkali ada perubahan angin lalu. antara eleman di luar bercampur dengan eleman dalam badan sehingga menghasilkan sebuah tenaga yg terpendam.

badanku yg panas2 suam ini menghasilkan sebuah tenaga baru yg menghasilkan keadaan tidak selesa dan tidak menentu.

di saat tubuh aku menghasilkan tenaga yg luar biasa, mindaku jadi ligat berputar mencari sesuatu yg harus ku lempiaskan.

dalam keadaan diriku uncontroler, kekuatan tenaga sampingan itu mengjadikan aku terpaksa melepaskan tenaga tersebut dalam bentuk kegembiraan atau dalam kemarahan. ternyata pada masa tersebut ada satu kesilapan yg dilakukan oleh seorang pekerjaku, dengan yg demikian, aku melepaskan segala kemarahan itu padanya.


tetiba muncul plak pekarja aku yg sorang lagi, pun buat onar jugak...terus la aku taram mereka berdua. biar mereka rasa jugak!!!

tp sayang, aku melakukan satu kesilapan. sepatutnya aku halau je diorang tu. itu lagi baek dari aku biarkan mereka ada di depan mataku. sekian.

kadang2 angin panas itu tidak baik, cepat2 aku beristiqfar.

"Ya Allah, jauhkan aku dengan perasaan marah, sesungguhnya marah itu adalah sifat Iblis"...

Tuesday, March 29, 2011

mencari hakikat sebuah kebenaran..

salam..

aku termenung beberapa seketika selepas membaca masej yg di sampaikan. terasa berat hatiku. namun aku tidak pula menunjukkan yg aku sedang dilanda masalah, dengan selambe aku masih lagi keluar, mencari sesuatu yg lebih baik.

berjalan di bawah sinar mentari sesungguhnya memberikan kekuatan luar biasa kepadaku. aku rasa aku makin gagah berjalan sambil badan di sirami keringat. kugagahkan langkah menuju ke destinasi.

setiba di destinasi, aku melihat kira dan kanan, ternyata, semangat aku tidak sekental kemahuanku. seketika aku melilau-lilau. tidak ketemu apa yg aku cari.

akhirnya tanpa arah dan tuju, aku berjalan melewati kawasan pameran...sedang berjalan, aku terbaca masej di teleponku...ringkas sahaja tulisannya..

"Fathi, ko cuti esk"

terkejut aku, eh, dah la ari ni aku mintak cuti, esk pun dapat cuti gak, lusa kerja blah petang. huh, memang masyuk la. klu mcm tu, aku tak kan balik ke Rawang, aku nak tenangkan fikiran aku di mana2 tempat yg sesuai utk diriku. aku nekad! biarlah hati ini yg memandu diriku ini..

akhirnya aku memilih keluar dari KL, jauh dari Rawang. biar aku pergi membawa diri...


sebelum aku mengakhiri coretan ini, aku ingin menyatakan betapa derita yg aku tempuhi, aku tahu "kau" juga mengalaminya. aku tidak ingin berhutang dendam, aku mahu maafkan segala apa yg kau telah lakukan...

setelah apa yg berlaku, jika diberi dua pilihan, "beri kemaafan atau jatuhkan hukuman" aku memilih kemaafan. semoga Allah merahmatinya...

Friday, December 24, 2010

semalam dan hari ini...

Kalau semalam ceritanya lain, hari ini ceritanya lain…..

Semalam aku hmpir tidak dapat bersabar dgn segelintir manusia…hari ini aku tidak dapat bersabar dengan manusia

Semalam aku spend time melayani segelintir manusia…hari ini aku melayani perasaan diri aku…

Semalam aku lepak kedai mamak, hari ini aku lepak dpn leptop...

Semalam aku tido lewat…hari ini aku bangun lewat…

Semalam aku gembira…hari ini tataw lagi… hehe

Semalam dan hari ini tak mungkin sama…

Eh, kejap…mane pergi marah aku tadi?

tak pe biarkan ia pergi....



ku tahu kau tahu....

salam kembali

latest entry aku hari tu, berkenaan dengan smpai bile?. semalam aku dapat taw, smpai bile...iaitu jawapan kepada persoalan aku dalam entry yang lepas...tapi timbul pula soklan kedua aku..

KE MANA?

jd kesimpulannya, aku berkemungkinan besar akn berada di Rawang ini smpai hujung bulan ni. pada tahun baru ni, aku akan di transfer ke salah satu kawasan baru...aku tidak tahu di mana...

in shortlisted location

1. Sentul
2. Kepong
3. Selayang
atau
4. kekal di Rawang


ku tak bisa memilih...kerana boss yg akan tentukan...

Tuesday, December 21, 2010

sampai bila?

salam kembali.....

rasa2 lorang la, brape lama aku tidak update blog? aku rasa....lama sangat...bersawang-sawang blog aku nih...nasib baek la otak aku masih okey dan tidak bersawang macam blog aku ni...kalau tidak, naya jawabnya.

menyusuri sejarah idup aku, (cheewah, men ayat skema), sejak aku kerja sampai ke hari ini, boleh dikatakan everyday learn new thing. al-maklumlah kerja aku jumpa orang, kalau tak jumpa orang pun...jumpa jugak..hehe.

aku baru sahaja berpindah ke Rawang, juga atas urusan kerja, hmmm.. kat sini okey la..ada keindahan bandar walaupun agar sukar bagiku untuk menyesuaikan diri di sini. agak2nya berapa lama lagi aku akan berada di sini...ikutkan aku, eh salah...ikutkan kata bos aku, aku akan berada di sini selama 2 minggu...dan ikutkan jadual aku, smpai krismas ni, dah masuk minggu ke 3 aku di sini. smpai bile agaknya aku akan berada di sini...Rawang ni agak jauhla...

seingat aku, ada la jugak member aku yang stay kat Rawang, tp sampai hari ni aku tak pernah jumpa, hmmm barang kali mereka sibuk kot. tak pe lah... :)

sampai bile la boss aku nk aku tinggal kat sini? jawab la boss...baju sayer dalam beg tak terkeluar lagi, hmmmm....boss ni...selalu bt cm ni kat sayer...sampai ati bos...

agenda luahan perasaan....

Thursday, March 4, 2010

yang tarjadi itu dah berlalu...

Salam Kembali

hari ni aku menulis post yang kedua, walaupun aku tak de mood pada awalnya. aku hanya mahukan sesuatu yg dipanggil sebagai "kepuasan" meng'update' blog. dulu2 aku menghabiskan masa berjam-jam dengan menulis entry2 yang baru yang berkaitan dengan aku ataupun tidak, yang relaven atau pun tidak. dan kadang2 aku menghabiskan word dalam entry aku dengan hanya meninggalkan persoalan. kenapa hari ini aku aktif menulis kembali? persoalan itu mungkin ada jawapannya.

bermula kisah aku, pagi tadi aku ke Arkib Negara Malaysia (ANM), aku disakiti hati oleh seseorang, padahal aku tak penah amek kesah pun sebelum ni. biasanya aku melarikan diri dari situasi tersebut dalam sehari dua (risau termarah org tak tentu pasal). aku ni punyai sifat sensitif tertentu... kawan aku ni walaupun dia tahu aku punya sensitiviti dalam bab tu... bab tu jugak yg dia persoalkan.. aku jawab...dia counter balik, macam aku palak yang salah. haish.. payah la manusia ni, bila ada akal, tapi tak nk guna sepenuhnya.

berbalik pada kisah ini, aku patut bersyukur kerana ada seorang kawan yg boleh buat aku sakit hati, at least ia menduga iman dan kesabaran aku. dapat la jugak aku berishtiqfar banyak2 pada Allah s.w.t. serta berselawat banyak2.

mengenankan apa yang berlaku, aku terasa seperti diri ini telah di atur dalam sebuah permainan dunia yang kian mencabar, dengan pelbagai cabaran yang menimpa, aku rasa aku perlu lebih kuat, lebih kuat dari dulu. kalau dulu aku boleh hadapinya, kenapa sekarang aku tidak boleh? padahal ini bukannya kali pertama berlaku dalam hidup aku.

bak kata kawan aku sorang ni... "yang lepas biar la lepas"... ok fine... yang lepas aku nk lupakan.. tp apsal la dia jugak buat aku begini...

"aku tak pernah tolak apa yg dia beri dan aku tak pernah mintak balik apa yang aku bagi"
kira halal la...


p/s: bagi kawan aku yang buat aku sakit hati... aku dah maafkan segala apa yang kamu lakukan...


entry ini macam sedih skit.. jadi kalau korang baca, anggap tak de pape..

perlukah seorang kawan?

salam..

entry ini sebenarnya aku keluarkan kerana rasa kecewa terhadap seorang kawan. "kecewa yang tak teramat sangat", sebab dah biasa... esok lusa baek la tu. aku ni jenis tak suka simpan lama2, nanti susah nk mati. berbalik kepada persoalan ini, sebenarnya aku dah lali dah dengan perangai kawan aku ni, dah naek bosan dah. malas daa nk layan... tpi tak layankan dia kawan aku.. emmm tak pe kawan biar berjuta... musuh jangan sorang pun, bak kata hukamah "seorang musuh adalah lebih ramai daripada 1000 orang kawan".

bercerita tentang kawan ni, ada beberapa jenis kawan yg aku klafikasikan sendiri, kalau korang jugak mungkin ada yg tersendiri kan...so aku punya mcm ni.
  1. kawan yg setia bersama - segerak searah- hanya aku dapati bilamana konsep teori dan praktikal telah diaplikasikan. kawan ini adalah dalam kategori sahabat, jatuh bangun bersama, susah dan sakit senang ada bersama.
  2. kawan rapat - tp tidak segala hal.. kawan ini biasanya kawan2 yg selalu bersama, tp tak segala hal.
  3. kawan yg dah biasa - yang ni kawan yang boleh bersembang sampai 2-3 pagi tanpa rasa bosan. kawan ni boleh ke mana2 tp tak selalunya bersama.
  4. kawan biasa - kawan bertemu mesra..bile berpisah tak rasa apa2 pun.
  5. kawan makan kawan - yg ni kawan yg "spesel" - dia ni bukan sahaja boleh makan kawan, malah kawan sendiri pun "dia boleh telan". ini kawan yg perlu di elakkan krn jenis kawan yang sebegini ada sifat2 yg tersendiri seperti suka tikam dari belakang, menyusahkan kawan dan sebagainya.

berbalik kepada soal kawan aku tadi..disebabkan mereka berasal bukan dari golongan 1-3, maka mereka akan selalu berfikiran begitu. mereka tidak pernah taw isi hati kawannya, dia hanya berkata2 tanpa tahu apa sebenarnya yang terasa di hati kawannya itu.

ada kalanya niatnya nak bergurau, tp bila gurauan dah tak pk sensitiviti orang laen...jadi laen la pulak. sesungguhnya aku terasa hati dengan beliau, tapi aku tak suka dendam...buat apa dendam, tak de gunanya. lagi pun aku taw tak semua org boleh pk menda yg sama. maknanya pemikiran manusia ini tak sama...


p/s : hati kawan pun kena jaga...tp jaga la jugak diri sendiri, maruah, peribadi, jiwa, harta, akal serta AGAMA. (",) pesanan ikhlas dari penulis.


fathiadha, ANM.

Wednesday, November 4, 2009

entry ini tak perlu di tulis....(5)

aku rasa nk update blog, tp macam tak de idea je sejak petang2 ni, bosan dgn study... huh, masuk tak masuk je study aku sejak 2-3 jam lps, entah ape masalahnya...

sejak pagi tadi, aku rasa nk update blog, masa tengah berkembangnya idea, tetiba jaring buat2 hal plak, huh!, memg tak suka la...

dalam fikiran aku masa kini, masih memikirkan situasi yang akan datang, yang paling teruk.... paper next coming (jumaat) paper yg buat aku sakit kepala.



Bile petang menjelma


bile petang menjelma, aku rasa macam dah tak masuk nak study, maklumlah study dr awal pagi sampai tgh hari, makan, rehat, pastu kalau dah masuk petang cm nie, aku suke buat menda2 yang tak perlu banyak pk... cth edit2 gmbr, tgk video, tgk movie, maklumlah...(tak leh study punya pasal)... rahat2 di waktu petang, keluar bilik, amek angin petang.....

emmm..

apa yang korang buat akan kalau tak leh study??

tido (jawapan standart) hehe...


Fathiadha
study di waktu petang??

Tuesday, November 3, 2009

entry ini tak perlu di tulis....(4)

sejak 2-3 post yg lps, dlm blog Sizuka beliau suka menceritakan tentang orang ke 3. tetiba aku teringin jugak menulis sikit tentang orang ke 3. emmm.. orang ke 3 that mean org yg muncul antara org yg berdua... mcm tu la lbh kurangnya..


sejak 2 hari lepas, aku dapat panggilan dari seorang kawan masa sekolah sama2. beliau mengajak aku keluar KL, wah, musim exam pon nk ajak aku kuar ker??? memandangkan beliau ni kawan sebangku sekolah, jadi teringin jugak aku nk kuar ngn dia sama, mane la tau boleh2 bual bicara kisah2 terlatest antara kami.

jadi aku pun try la nk kuar ngn dia, tp masa tu aku masih ada kerja yg belum siap lagi....emmm siapkan kerja dulu.. dlm proses aku menyiapkan kerja, aku bertanya kpdnya....tujuan utama dia kuar ke KL pada esk (isnin), bila aku dapat tau jawapan sebanar......aku sangat marah!!! huh!



tujuan Utamanya bukan nk jumpa aku selaku kwnnya, tp semata-mata nk jumpa seorang pempuan yg aku kenal jugak la...jadi bila aku dgr kisah tu, aku pun kate kat diri aku "buat ape aku kuar ngn dia, event dpt jumpa sekejap, tp nanti aku akan ditinggalkan bagaikan tunggul kayu hidup" aku tak suke...tak suke...tak suke...

jadi ekkrrr... tak perlu aku g n jadi org ketiga kpd "persahabtan" mereka.. oleh itu, aku tak jadi keluar semalam, dah tu tak jadi g mane2 pun.... benci dan tak suke pada situasi tersebut. ! baik study kat bilik, lg best... (ye ker), tolong setuju ekr....

jadi bile berdua itu, maka ada pihak ke 3, dan pihak ketiga itu adalah aku??? huh!, tak leh pakai..



berbalik kepada cerita org ke3... aku tetiba didatangi kembali oleh kawan lama, rakan sekelas dlu, yg pada zaman2 jahiliah dulu, aku hampir2 terjebak dengan cinta bodoh... aku dulu minat kat sorang budak pmpuan ni, pastu tak de jodoh.... tak jadi kaple... skrg dia dah bertunang ngn sorang mamat dr mane tah (melaka rasanya)....

yg kisahnya, sejak kebelakangan ini, dia sering muncul...muncul dlm YM aku.. apa yg aku tau, dia masih lagi berhubung dgn aku, sedangkan dah nak kawen.... aiii, susah jugak ada kawan mcm ni... yg aku risau, aku akan jdi org ke 3 dlm perhubungan mereka...walaupun aku layannya acuh tak acuh...tp kalau aku tak layan dlm YM hari ni... esk lusa dia masuk lg... pastu ada lg...
~dilemma aku dibuatnya~


Fathi adha
~agaga~

Wednesday, October 21, 2009

Bile Ikan berbicara

sudah sekian lama aku tidak ke KTHO, dulu2 selalu jugak aku ke sana, ada "orang la katakan", skrg ni mcm tak de kepentingan je nak g ke sana... so aku tak pergi ler...

salah satu tarikan di KTHO adalah ikan2 dalam akuariumnya... pasti ikan2 tersebut akan berbicara... wow, boleh ke?? (sesama ikan mesti boleh kan??)


dalam posting yang lepas, bile ikan berbicara.... yang telah ditulis pd Mac 2009,

kali ini kisahnya len sikit...


seperti biasa, aku akan ke KTHO berdua, kali ini aku pergi dgn Azani, kawan, sahabat dan jiran masa KIY dulu... aku ke sana utk makan2 dan juga menemani Azani utk jumpa kawannya...

semasa di sana, aku berborak ngn kawannya mengenai program yg telah dijalankan dan perancangan program pada hari ni.. namun gagal dilaksanakan pada hari ini, kerana ada masalah tak setel...... jadi aku agak terkilan tidak dapat menjalankan aktiviti sosial tersebut.... lebih teruk lagi aku terkena perkataan (ayat manis darinya) yang menyebabkan aku memikirkan kembali....

"apakah benar tindakan aku ini???" lantas aku pergi ke arah akuarium yg ada ikan2 di (jauh drpd mereka... sambil2 itu aku tengok ikan2 tersebut... nak cakap2 ngn ikan....tp ikan hanya boleh dengar je, kalau ikan cakap aku bukan paham....huhu..

so aku duduk ler mengadap ikan tersebut sehingga aku lihat kelibatnya dah tak de, barulah aku balik...



tak pe lah, ikan berbicara, aku hanya melihat...



Fathi Adha
not enough to think....

Monday, October 19, 2009

entry ini tak perlu di tulis....(2)

ini bukan kisah duka....

satu hari aku berjanji nk call seseorng..., dlm janji aku mcm nie "kalau sempat top up, maka aku call" so kena la top up dlu...baru boleh call...

kebetulan kwn aku tuh ada utang ngn aku RM 10.00 , so aku suh dia top up kan aku je la...senang citer... after si kawan aku ni top up kan aku...maka, aku pon call ler somebody tu...

baik2 aku cakap ngn dia, dia kata ada hal jap...nanti call dlm 1 minit lg., ada hal....... aku pun dgn selambe je kate "OK"

*dalam seminit lebih (terlebih beberapa saat) aku call kembali org tersebut... tp dia tak angkat, siap tekan butang merah lg...

jadi apa kah maksudnya?? dia tak nak cakap ngn aku kah??
dgn perasaan mengantuk, aku pun g tido...baring tak sampai 5 minit aku dah terlena... aku sedar di waktu pagi...kelihatan ada miss call dan juga mesej...

dlm satu mesej di tulis...."janji nk call, kenapa tak call???" pastu aku pun garu kepala tak gatal *sapa suh tak angkat masa aku call, tak kan la aku nk kena call sampai pagi kot, so bila masa aku nk tido???




*ini bukan nk mengaibkan mana-mana pihak...kalau ada yg terasa pedas, itulah org yg makan cili....




nota kaki: seseorang itu merujuk kepada seorang kwn yg gagal dikesan pd masa kini....




Fathi Adha
~sebarang cadangan dan komen, sila kemukakan~

Tuesday, October 13, 2009

entry ini tak perlu di tulis....

entry ini aku buat kerana terasa hati...bukan nk mengutuk sapa2 pun, tapi kalau sapa2 yang terasa hatai, mungkin dia lah orang tersebut.. luahan rasa ini bersifat universel...


aku terasa hati...

aku terasa hati....


dgn kawan2 aku...


mereka buat aku jd bertambah masalah...
aku ni malas nk layan masalah yg diorg timbulkan...
tapi diorang ni bat tak reti je...selambe je tambahkan aku dgn masalah tersebut.... alih2 aku jugak yg kena... pastu dtg2 bg aku tuduhan yg pelbagai... lps ni ape pulak??? huh!!.. kalau aku tak reti nk sabor, dah lame aku &%$#&#$%&^ tapi sabar2 en. Fathi, ini dugaan tuhan.. mana mungkin Allah berikan seseorang hambanya dengan ujian sekiranya Hamba-Nya tidak dapat menerimanya... walau apa pun cari lah penyelesaiannya, jgn timbulkan lagi banyak masalah..


kalau aku tengah marah macam ni...memg agak bahaya..jd aku amek langkah mudah, jauhkan dr kawan2 aku, nanti aku termarah mereka yg tak de kaitan...

hidup ini penuh cabaran...tempuhilah dgn penuh keimanan dan ketaqwaan, sesungguhnya Allah tdk akan menguji hambanya yang tidak terdaya dgn ujianNya...


Fathi Adha

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails