Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura
Mei 24, 10 5:28pm
Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.
Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.
Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.
Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.
Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.
Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.
Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.
Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura.
Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia. Bernama.
sumber ; Malaysiakini
ulasan terkini
hari ini, kumpulan sejawaran muda tidak bersidang. disebabkan kes tersebut, tidak dapat menyatakan ulasan berkaitan isi terkini hubungan Malaysia-Singapura.
namun ulasan berkenaan dengan isu Tanah Tanjung Pagar masih lagi diteruskan dalam perbincangan semalam.
p/s: Isu kumpulan wang Simpanan Pusat (CPF) - sikap Singapura yang mementingkan kepentingan ekonomi mereka dgn tidak menghiraukan nasib pihak lain. Peraturan tersebut menafikan hak kepada pekerja dari malaysia untuk mengeluarkan wang caruman mereka sepanjang bekerja di Singapura menyebabkan kebanyakan mereka tiada simpanan selepas pencen. Keadaan ini menyebabkan Singapura terus menikmati hasil wang dari titik peluh rakyat Malaysia kira-kira S$ 1 bilion. jumlah itu banyak.
jika benar-benar kerajaan IKHLAS, maka eloklah menggunakan isu ini untuk kepentingan negara dan juga rakyat Malaysia serta memberi sedikit tekanan kepada Singapura.
sekian.

- Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan. siapakah yg akan mendominasikan syarikat berkenaan?
- Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura. - adakah nilainya sama?
- Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia. - adakah ia menjadi bahan hangat dalam perbahasan Parlimen?
- mengapa Malaysia tidak memperjuangkan CPF (Wang Simpanan Pusat - jika di Malaysia di kenali sebagai KWSP- milik orang Malaysia yg berkerja di Singapura sebanyak S$ 1 bilion).
- bagaimana dengan isu bekalan air mentah Malaysia-Singapura? adakah penyelesaiannya juga boleh diwujudkan?
- bagaimana pula dengan isu tambak laut yang dilakukan oleh Singapura?
- perlunya kerajaan mewujudkan kembali jambatan indah yg terhenti dlm pentadbiran Pak Lah.
p/s: Isu kumpulan wang Simpanan Pusat (CPF) - sikap Singapura yang mementingkan kepentingan ekonomi mereka dgn tidak menghiraukan nasib pihak lain. Peraturan tersebut menafikan hak kepada pekerja dari malaysia untuk mengeluarkan wang caruman mereka sepanjang bekerja di Singapura menyebabkan kebanyakan mereka tiada simpanan selepas pencen. Keadaan ini menyebabkan Singapura terus menikmati hasil wang dari titik peluh rakyat Malaysia kira-kira S$ 1 bilion. jumlah itu banyak.
jika benar-benar kerajaan IKHLAS, maka eloklah menggunakan isu ini untuk kepentingan negara dan juga rakyat Malaysia serta memberi sedikit tekanan kepada Singapura.
sekian.
No comments:
Post a Comment