Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Thursday, February 5, 2009

Perjalananku bahagian 5

Besut, Terengganu (Edisi 2)

kali ni kite akan ke kawasan jauh sikit dr pantai...

Air PANAS (HOT SPRING)
air Panas La atau LA Hot Spring terletak dikampung La, Hulu Besut (bukan LA di Amerika). kawasan yg diliputi dengan hutan belantara dan ladang kelapa sawit menjanjikan kenangan yg xkan terpadam dalam memori. air panas yg berkhasiat untuk tubuh anda kerana ia berasal dari perut bumi. air panasnya yg asli dengan sedikit bau yg seakan balerang, telah menunjukkan bahasa ciptaan tuhan yg maha kuasa di muka bumi ini.


Air Terjun
di Besut kawasan air terjun memang banyak, tetapi tidak semuanya begitu popular. apa yang penting, kita cari kawasan air terjun yang kesempaian yg tinggi (senang nak g).


Lata Tembakah
(Hulu Besut), perjalanan kira-kira 40 minit dari bandar Jertih ke Hulu Besut. kawasan air terjun yg cantik dan menarik memikat hati. kawasan yg tingginya mempunyai beberapa tingkat air terjun yg menarik. kawasan air terjun yg begitu menggamit perasaan. sungguh mempersona. kawasan sekitar air terjun itu sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan tempat aktiviti beriadah. jom lepak sama2 sambil pk tentang kejadian tuhan kat situ!....

Lata Belatan (atau Lata Bulatan)
kawasan air terjun yang juga famous dlm kalangan masyarakat Besut. kawasan air terjun yang cantik dan menawan serta mempunyai aliran air yang jernih dan bersih. kawasan air terjun yang berdekatan dengan kaki Gunung Tebu menambah lagi kecantikan dan keaslian kawasan tersebut. kawasan yg nature itu memang cantik dipandang, indah di mata. tambahan pula, kawasan air terjun tersebut terletak di kawasan hutan lipur yang menjanjikan kehijauan yang berterusan untuk anda.


JOM DAKI GUNUNG

Gunung Tebu
sebelum pulang atau kelaur dari Besut, apa kata anda lakukan pendakian!. jom kita daki gunung Tebu. Gunung Tebu merupakan gunung yang tertinggi di Besut. gunung Tebu menjanjikan pemandangan yg aman dan tenteram tanpa sebarang ganguan. kelebihan di gunung Tebu ialah anda tidak perlu risau tentang network telefon anda sekirannya anda berada di puncaknya. apa yg anda perlu risaukan hanyalah tentang battery telefon anda...(hehe) cas dulu sebelum daki gunung, atas gunung boleh la main sms / call banyak2....

selain daripada yg dinyatakan, banyak lagi kawasan menarik yg perlu dikunjungi, tp xcukup masa la kalau nk g semua tempat kt Besut ni... jangan lupe pekena nasik dagang, roti canai, atau melepak di jalan-jalan ke pasar minggu/pasar tani dan sebaginya...jangan lepaskan peluang anda....

mencari ketenangan...memuji kebesaran kuasa Ilahi...

Wednesday, February 4, 2009

perjalananku bahagian 5

Besut, Terengganu (Edisi 1)

Jom kite ke Daerah Besut, Terengganu. Besut bagi yang belum mengunjunginya perlu mengunjunginya, walaupun tidak sehebat Mersing, tidak setanding Selangor. namun Besut memiliki sesuatu yang unik yang tidak dapat teroki dan dicari di tempat lain. saksikannya

Besut mempunyai 2 buah bandar iaitu bandar Jertih dan Kampung Raja (Kota Putra). pusat pentadbiran Besut adalah Kota Putra atau Kg. Raja manakala Jertih merupakan pusat perniagaan.

Jom kite melancong!


Kawasan Tepian Pantai

Pantai Bukit Keluang
Pantai Bukit Keluang merupakan sebuah pantai di Besut yang berdekataan dengan bukit. pemandangan bukit yang indah dan laut yang tenang (April - Oktrober). sesuai untuk berriadah di kawasan tersebut. Pantainya mempunyai pasir yg memutih, nampak lawa la, nak lending pun best jugak...hehe. (bt picnic pun ok jugak kt Bukit Keluang). Selain itu, anda juga di galakkan untuk mendaki bukit Keluang itu sendiri kerana anda akan merasai satu pengalaman baru iaitu mendaki bukit di tepi laut. kalau tak percaya, cuba la.


Pantai Air Tawar
nama pantai yg cukaup hebat, adalah lebih baik sekiranya airnya juga tidak masin (haha, bukan laut la kalau xmasin). pantai Air Tawar berdekatan dengan pantai Bukit Keluang. pantainya juga mempunyai pasair yg memutih. namum airnya tidak ler seperti namanya kerana air laut itu bercantum. Asal namanya air tawar kerana di kawasan tersebut terdapat takungan air tawar yg tidak jauh dari kawasan pantai sehingga melekatlah namanya air tawar..haha (macam kelakar je)


Pantai Dalam Rhu
kawasan pantai yg agak unik dan kompleks sedikit, kedudukannya adalah bersempadan dengan daerah Pasir Putih, Kelantan. kawasan pantai yg juga menarik dan cantik, sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga. kalau nak deting, aku xsyorkan kawasan pantai kerana anak2 muda sana suka deting kat sana...cari ler tempat len. huhu.


Kawasan Pulau

Pulau Perhentian
Pulau Perhentian terletak kira-kira 12 kilometer di laur pantai Terengganu. pulau tersebut mengandungi 2 buah pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. ia menjadi kemestian untuk ke pulau tersebut, kalau tak pergi, rugi laa.. anda boleh melakukan aktiviti menyelam skuba, menyelam snorkel, memancing ikan laut dalam, berenang, luncur layar dan sebagainya lagi. merupakan salah satu taman laut di Malaysia dan terkenal dengan hidupan fauna dan flora yg pelbagai siap ada kaler warna-warni lagi...hehe. Pulau Perhentian seperti syurga marin bagi pencinta alam. pulau yg memiliki pasir yg memutih dan pelbagai jenis kulit cenkerang di sekitar pantainya.

Pulau Rhu
Pulau Rhu terletak kira-kira 5-10 kilometer dari pantai Terengganu. Pulau yang tidak sebegitu besar jika dibandingkan dengan pulau Perhentian. Pulau yg memiliki pasir yg memutih dan pelbagai jenis kulit cenkerang di sekitar pantainya. sesuai untuk anda kutip dan jadikan perhiasan (macam zaman prasejarah la pulak). Selain itu di pulau Rhu juga anda digalakkan untuk meneroka kawasan hutan simpannya kerana anda bukannya mudah untuk mencari hutan simpan di tengah lautan. rasailah sendiri. rasanya tidak rugi kalau anda merasainya.

ape kata kita sambung dalam edisi ke 2 plak, tak larat la nk tulis banyak2 ni.
bersambung lagi.............

Tuesday, February 3, 2009

Sakit Kepala!

kenapa la nk jadi menda2 ni pada hari ni....aku boleh sakit kepala tetiba lak. dah ler kelas hari ni ak skip mcm 2 je.. nak tido punya pasal. apalah nasib badanku...huhu

pada pagi tadi, dengan selamba aku g kelas, tetiba kelas ku xde (entah mane la kelas, lecture pun xbg tau). so aku yg dah penat2 g kelas...tp xde kelas, rasa macam menyampah lak...huhu.

Kelas kedua pada hri ni agak bosan dan asyik kena condemn ngn lecture sbbnya kump tutuor kiteorg bt hal. huhu. memg xbest la g kelas td. huhu. that why ler aku jadi sakit kepala (memang xsuke la kena condemn pagi2 nih...habis hilang idea, yg tinggal hanyalah sakit kepala. huhu.

dalam kepada aku, nk tido je...so masa abiz kelas, ada lg 1 kelas...terpaksa la g... abiz kelas 2 aku pk nk tido je. ada je kesempatan, aku akan tido. that why la masa aku tido, tanpa diduga, aku telah terlebih tido sehingga kelas terakhir aku (4-6) aku xg kerana xterbangun dari tido..huhu

sakit kepala ni bukan perkara yg boleh kite main2...kadang-kala boleh menyebabkan semua benda xjd...

itulah kehidupan.

Monday, February 2, 2009

Mengapa Masih begini??

Mersing mempunyai penduduk lebih 80 peratus adalah orang Melayu dan beragama Islam. kebanyakan penduduknya tertumpu di kawasan luar bandar dan pesisir pantai. kawasan bandar Mersing bukannya sebuah bandar yang besar, jika dibandingkan dengan kajang, Bandar Kajang lagi besar. namum memiliki ciri-ciri pelancongan yg tidak dapat dicari di Kajang mahupun Bangi..hehe.. itulah keistimewaannya.

secara mudahnya aku hanya menjalankan kajian di Mersing iaitu di kawasan yang kurang daripada 5Km dari bandar Mersing. Kisah perjalanku ke Mersing menyebabkan aku masih tertanya-tanya, mengapa masih begini, mengapa masih belum ada perubahan? sedangkan kita telah 51 tahun merdeka... mengapa tidak seperti tempat-tempat lain? aku rasa tak karuan bile memikrkannya..

jom saksikan bersama apa yg aku memikirkan itu....



begini lah keadaan rumah penduduk Seri Lumpur, Mersing



bagaikan rumah setinggan


deretan rumah di kawasan tersebut mengambarkan bahawa kawasan tersebut seperti kawasan perubahan setinggan di ibu kota, tetapi apa yang membezakannya adalah kawasan rumah tersebut berdiri di atas tanah hak milik dan disewakan kepada penduduk tersebut.


deretan rumah yang terlalu rapat (seperti kawasan setinggan)



jambatan yang menghubungkan kawasan kampung tersebut (hanya boleh dilalui oleh motosikal, basikal dan pejalan kaki)


Rata-rata penduduk kawasan ini bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan purata sebulan ialah RM 400.00 - 700.00, namum kebanyakan nelayan di kawasan ini tidak dapat menjalankan aktiviti perikanan pada ketibaan Monsun Timur Laut iaitu dari bulan November hingga Mac. keadaan laut bergolora, angin kencang, ombak besar yang semuanya menjadikan nelayan-nelayan dikawasan tersebut hanya menggoyangkan kaki atau terpaksa menunggu hari-hari yang tenang untuk turun ke laut.


kapal yang diaorang guna untuk ke laut

Kemiskinan yg dihadapi oleh diaorang sangat susah, tambahan pula kawasan tempat tersebut digelar "black Area' kerana rata-rata golongan mudanya terlibat dengan penagihan najis dadah. Penagihan dadah di Kawasan tersebut menyebabkan pihak polis sering berkeliaran di kawasan tersebut. selain ketagihan dadah terdapat juga golongan muda yg kurang duit "menghidu gam" sebagai cara untuk melepaskan 'gian'. adakah ini yang kita mahukan dalam negara kita??? nauzubillah...

Keadaan sosial yang sebegini tidak elok untuk remaja dikawasan tersebut kerana remaja adalah pemimpin masa depan bagi kawasan tersebut. hal ini sungguh memalukan dan merosakkan bangsa Melayu itu sendiri.

sejauhmanakah masyarakat di Mersing mahu berubah, perubahan dari segi pendidikan dan juga sosial sangat penting untuk meningkatkan taraf hidup dan sosial di kawasan tersebut.

.........masih berfikir tentang itu.........

perjalananku bahagian 3

Melaka

Bandaraya Warisan Dunia

Melaka terkenal dengan tinggalan sejarah dari Tamadun Melayu yang paling agung sehingga menjadi kota yang paling kebal selama 130tahun dalam tawanan Portugis. Melaka yg diasaskan oleh Parameswara, telah berkembang sejak kurun ke 14 lagi. daripada sebuah perkampungan nelayan sehingga menjadi sebuah kota yg sangat utuh yang memartabatkan tamadun Melayu. kota Melaka telah berkembang sehingga menjadi kawasan perdagangan yg paling maju di Timur sehingga di gelar sebagai Venice di Timur. (Venice merupakan kota pelabuhan yg paling maju di Barat). Keadaan ini telah mendorong banyak kuasa asing untuk menawan kota Melaka.

sehingga tahun 1511, Melaka mula dikuasai oleh kuasa asing, kuasa asing pada masa tersebut yang menawan Melaka ialah Portugis. penawanan melaka selama 130 tahun oleh Portugis, dan diikuti oleh Belanda (Holland)1641 dan British pada tahun 1824.

Sepanjang Pemerintahan kuasa asing di Melaka, kota Melaka telah mengalami pelbagai perubahan dari aspek pentadbiran dan juga sosioekonominya. Portugis telah membina sebuah kota yang amat kuat iaitu kota A'Farmosa.

Semasa British menduduki Melaka secara sementara (semasa berlakunya perang Napoleon di Eropah). British dengan slambenya merobohkan kota A'Farmosa. that why la sekarang ni kota A'Farmosa hanya tinggal pintu sahaja (Porta de Sentiago). selain itu terdapat juga beberapa bagnunan lama di kawasan Bukit St. Pual.

Melaka sangat bagus dikunjungi, malah sangat menarik untuk mengetahui tentang kisah tamadun silam. terdapat beberapa buah muzium di Melaka antaranya Muzium Warisan Melayu, Muzium Kesenian dan banyak lagi..,klau nak tulis memang tak muat la..terdapat lebih kurang 15 buah muzium di Melaka. aku pun xingt semua namanya. Di Melaka terdapat banyak lagi kawasan yang perlu dilawati selain muzium seperti Istana Kesultanan Melayu Melaka, Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari, River Cruiser (di Sungai Melaka), bangunan Merah dan banyak lagi ler, dah tak ingat dah name2 nya..huhu. Melaka juga dibawah selangara dan kawalan UNESCO iaitu di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengawal dan menjaga kawasan tersebut terutama dari segi unsur tinggalan sejarahnya.

Selain itu, kalau nak g ke Melaka, bawalah kamera dan juga free space yg banyak untuk memudahkan anda mengambil gambar. gambar kat sana menarik!.

sekiranya anda dari KL untuk ke sana, maka anda digalakkan menaiki bas eksperes dari Stesen Kuala Lumpur (Puduraya/Seremban kurang pasti la) maka anda akan turun di Melaka Sentral, dari Melaka Sentral anda perlu manaiki bas ke Bandar Hilir, dekat ngn Sungai Melaka. apa yg best kt Melaka ialah anda tak dapat merasainya di tempat lain. ada ayat yg paling best untuk anda "Melawat Melaka seperti Melawat Malaysia".

Kalau ada kesempatan pergilah ke Melaka, merasailah sendiri keindahan dan kekayaan serta keagungan Sejarah Silam. try it now!

Jom kite melancong ke Melaka.

perjalananku bahagian 4

Mersing, Johor

Mengamit memori, mencipta sejarah

Mersing pertama kali aku melangkah kaki ke Daerah Mersing, sebuah daerah di Johor yang sebelahan dengan kawasan Pahang. Mersing terkenal dengan kawasan pelancongan dan juga kawasan perikanan. Penduduk Mersing berasal dari pelbagai kawasan dan bukannya penduduk asal kawasan kawasan Mersing. rata-rata penduduk kawasan Mersing adalah berasal dari Terengganu, Kelantan, kawasan pulau. kegiatan ekonomi di Mersing adalah nelayan, petani, peniaga, penjawat awam dan sebagainya.

antara kawasan yang menarik untuk dikunjungi ialah Taman Negara Endau Rompin, Tanjung Leman, Penyabong, Air Papan, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur.

Kesempatan yg ada, aku hanyalah melawat beberapa kawasan iaitu Air Papan, dan kawasan perairan Mersing, iaitu berhampiran kuala sungai Mersing. iaitu Taman Seri Bayu, Kg Bahagia dan Kg Seri Lumpur. Kawasan tersebut terletak kurang daripada 5 kilometer dari bandar Mersing. Pembangunan di bandar Mersing tidaklah begitu pesat dan tidaklah begitu mundur. bandar Mersing setanding dengan bandar-bandar kecil di kawasan Pantai Timur semenanjung Malaysia.

Bandar Mersing mempunyai keunikan tradisi budaya seperti tradisi pantai Timur. ini kerana dari segi makanan di Mersing mempunyai kaitan dan citarasa Pantai Timur. bile aku merasakan makanan di Mersing, ada gaya macam kat kampung aku nyer makanan tapi harga sedikit mahal berbanding dengan kawasan kampung aku. tak kesahlah, janji best.

oleh itu, melanconglah ke Mersing, rasainya sendiri...



ada lagi sambungan pada masa akan datang tentang Mersing yang perlu anda tahu....

1 Feb 2009 aku meninggalkan Mersing...

perjalananku bahagian 2

Perlis

Destinasi yang perlu dikunjungi!.

Perlis merupakan negari paling utara di Malaysia. Perlis terletak berhampiran dengan Thailand di sebelah Pantai Barat. Negeri Perlis, xde la besor sangat pun, tapi ada la tempat2 menarik untuk ke sana, kiranya tak sia2 la g perlis...hehe

walaupun negerinya paling kecil di Malaysia iaitu 795 km persegi, namun kunjungan ke perlis tidaklah sekecil negerinya. Perlis memeliki beberapa tempat yang menarik untuk dilawati dan diterokai. antara tempat tersebut ialah Taman Negeri Perlis, Gua Kelam 1 & 2, Gua Wan Burma, Padang Besar Ladang Harumanis, Ladang Anggur, Taman Ular, Taman Herba dan sebaginya.

Taman Negeri Perlis merupakan tempat yang tidak sia2 untuk anda melawat kerana taman Negeri Perlis memberikan anda kenangan yang tak dapat dilupakan. Taman negeri Perlis merupakan terdapat satu2 nya titik paling terutara di Malaysia iaitu titik sempadan antara Malaysia-Thailand di atas bukit. Di Taman Negeri Perlis, terdapat banyak spesis flora dan fauna yg kadang-kala xdapt nk dicari di tempat lain. oleh itu untuk merasakan penagalaman tersebut sendiri, maka perlulah anda menjejakkan kaki ke Taman Negeri Perlis.

Gua Wan Burma, merupakan sebuah gua batu kapur yg indah di mata, sejuk mata memandang, penat kaki melangkah, tp tetap puas hati. Wang Burma menjanjikan panorama gua Batu kapur yg indah. sekiranya anda ingin melangkah ke dalam gua tersebut, maka anda perlu membawa torchlight, tanpa torchlight anda tak perlu lah masuk kerana di dalamnya sungguh gelap dan kelam.

selain itu terdapat juga Gua Kelam, serupa dengan namanya, gua Kelam sungguh kelam dan gelap...tp jangan ler bimbang, dalam gua kelam ada lampu yg tersedia...so xde masalah sangat.

rasanya anda juga perlu melawat Kangar sebelum pulang, walaupun kt kangar xde menda yg menarik...tp pergilah sebagai amek syarat. selain itu anda juga perlu ke Padang Besar (Free Duty) memang barang murah. selain itu sebagai buah tangan, belilah harumanis untuk kawan2 anda atau sanak-saudara. manisnya memang terasa nak makan lagi... ala bukan mahal pun, 6-8 inggit je sekilo.

Sekian...

Perjalananku bahagian 1

Selangor & Kuala Lumpur (Lembah Klang)

Perjalanan Tanpa Akhir



tapi ini adalah kisah lama....

perjalananku bermula dari region Pantai Timur sehingga ke Pantai Barat. kawasan yang pertama dan utama aku jejaki ialah Selangor & Kuala Lumpur. secara teorinya aku hanya ke Selangor kerana urusan pendidikan, tetapi praktikalnya adalah lebih daripada pendidikan yang aku mahukan.

Di sekitar Lembah Klang, banyak kawasan menarik yang boleh dikunjungi seperti kawasan hutan simpan, kawasan taman rakeasi pusat membeli belah dan sebagainya.

aku merasakan kawasan Lembah Klang merupakan kawasan yang paling maju di Malaysia..hehe. kawasan Lembah Klang dihubungi dengan jaringan jalan raya, lebuh raya, rel kereta api, LRT, Monorel dan sebagainya... tak terkira klu nk kira...huhuhu. kalau nk best, rasailah sendiri...

Sekian...

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails