Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Tuesday, December 21, 2010

hikmat kesulitan

Hikmah Kesulitan

Daripada tenggelam dengan kesedihan akibat kesulitan, mengapa kita tidak berusaha mengambil hikmah dengan cara berprasangka baik kepada Allah SWT. Mungkin dengan datangnya kesulitan kepada kita, agar kita:

1. memiliki hati yang lebih kuat, sebab kesulitan menguatkan hati kita
2. sadar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampuni.
3. bebas dari rasa 'ujub, kesulitan adalah sebagai teguran karena kita merasa hebat dan merasa pintar.
4. tidak lalai, sudah nyata kesulitan ada dihadapan kita
5. lebih banyak mengingat Allah SWT
6. lebih bersabar, karena mungkin saja kesulitan ini adalah latihan bersabar

apa pun yg ada pd diri kita, berbaik sangkalah kepada Allah SWT, bahwa itu semua yang terbaik untuk kita. Sesuatu yang kita suka atau kita benci semuanya tidak lain nikmat sekaligus ujian. Terimalah apa yang ada pada diri kita. Jangan membenci apa yang terjadi pada diri kita, krn blh jadi semua itu adalah yang terbaik untuk kita. Insyaallah.
"berbuat baiklah seperti Allah berbuat baik kepada dirimu..."
Jika kita menerimanya dengan lapang dada, hidup akan lebih bersemangat dalam mengejar prestasi, kerana tidak ada lagi kata "gagal" di dalam kamus hidup.
Hidup akan lebih tenang dengan segala kekurangan yang ada di dalam diri. Tidak ada kekhawatiran, begitu bebas, semuanya diserahkan kepada Allah untuk memberikan yang terbaik bagi dirinya. = )

"Ya ALLAH, Panjangkanlah umur sahabat2ku, Kurniakanlah kesihatan yang baik pada mrka, Terangilah hatinya dengan 'nur' pancaran iman, Tetapkanlah hati mrk, Perluaskanlah rezeki mrk, Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan Jauhkanlah hati mrk daripada kejahatan Tunaikanlah segala hajat baik mrk hajat dalam agama, dunia dan akhirat." amin
entry ini aku lupa mane aku dapat...apepun thanks la kepada sape yg menulisnya...:)

sampai bila?

salam kembali.....

rasa2 lorang la, brape lama aku tidak update blog? aku rasa....lama sangat...bersawang-sawang blog aku nih...nasib baek la otak aku masih okey dan tidak bersawang macam blog aku ni...kalau tidak, naya jawabnya.

menyusuri sejarah idup aku, (cheewah, men ayat skema), sejak aku kerja sampai ke hari ini, boleh dikatakan everyday learn new thing. al-maklumlah kerja aku jumpa orang, kalau tak jumpa orang pun...jumpa jugak..hehe.

aku baru sahaja berpindah ke Rawang, juga atas urusan kerja, hmmm.. kat sini okey la..ada keindahan bandar walaupun agar sukar bagiku untuk menyesuaikan diri di sini. agak2nya berapa lama lagi aku akan berada di sini...ikutkan aku, eh salah...ikutkan kata bos aku, aku akan berada di sini selama 2 minggu...dan ikutkan jadual aku, smpai krismas ni, dah masuk minggu ke 3 aku di sini. smpai bile agaknya aku akan berada di sini...Rawang ni agak jauhla...

seingat aku, ada la jugak member aku yang stay kat Rawang, tp sampai hari ni aku tak pernah jumpa, hmmm barang kali mereka sibuk kot. tak pe lah... :)

sampai bile la boss aku nk aku tinggal kat sini? jawab la boss...baju sayer dalam beg tak terkeluar lagi, hmmmm....boss ni...selalu bt cm ni kat sayer...sampai ati bos...

agenda luahan perasaan....

Thursday, November 11, 2010

"Dine In"

salam...

selamat kembali menatap blog ku ini, alhamdulillah, aku menulis kembali pada hari ini... andainya aku berjaya menulis itu, tandanya aku dah sihat la, eh jap...tapi....bile aku sakit ekr? huh! aku sakit ekoran perubahan cuaca yg tidak berjaya aku seimbangkan dengan diri aku, itu je...jadi sikit2 batuk, deman 2-3 hari, tapi still okey lagi..hmmm..

aku nak sampaikan massage dine ini, bukannnya merujuk pada aktiviti makan di restaurant atau mane2 kedai, tapi kisahnya bermula apabila td aku mendengar briefing daripda Marketing Department, memang ada unsur kelakar. beliau (presenter) nak menyatakan bahawa "dine in @ eat in" dengan menyatakan dengan perkataan "makan dalam"

dengan istilah ini, aku jadikan tajuk entry aku, ahha.. aku baru sahaja selesai makan di sebuah kedai, aku bersama abang dan adik, order banyak2 makanan dengan setiap orang order 2 gelas air, namun..bile sampai air, aku punya takde, jadi aku proceed dengan air yg lagi satu (air suam), kemudian aku bgtaw order taker itu, bahawa air aku tak sampai lagi...tunggu smpai abis makan, juga tak sampai..

si adik berkata, "huh!, "dine in" ekr? sambil dia memandang aku, ku paham istilahnya, makan dalam... ku hanya jawab, touching je, dah 2 kali kot bg taw...

Dine in, merujuk pada ape yg berlaku, aku sehari dua ni, agak tidak tenteram, aku seperti cepat emosi, dan kalah pada keadaan, hmmm,,,kat kedai tadi pun dah "dine in", ini plak...aduh...apakah ujian untuk aku ini...

dah la ari ni, aku jadi bahan je kat opis, rasa macam nak ketuk2 je org yg anaiya aku, haaa, cukup la aku touching sorang2... huahaha..

akhir kalam, dine in aku esk kat Pizza Hut Genting Kelang, sape nak join, cepat angkat kaki and cari aku, aku belanje...hehe..

oh, itu tandanya tak nak kan...okey..


alhamdulillah semuanya dah kembali normal... tada dine in lagi...

Friday, November 5, 2010

Balik Kampung

Salam kembali...

kembali ke rumah....merupakan perkara yg paling diinginkan..ehhe.. rindu kot, dah berkurung tak balik kg.. emmmm, sebulan lebih...

emmm... bile aku fikir balik, masa aku study dlu, aku jarang sangat balik kg, al-maklumlah, tak de duit, walaupun ada cuti....skrg dah kerja, ada duit....tp tak de cuti...emmm saling tak melengkapi.. tapi best gak balik jrg2 ni, leh makan best2 gitu...smpai tak larat nk buat kerja..ehhe...


ape yg menarik duk kg? hampir tak de, ehhe...tipu...banyak..walaupun tak semua adik2 ada kat kg, emm tapi sudah cukup dan memadai boleh jumpa mereka...meriah jap.

next, malam ni jugak (5hb Nov) aku balik KL, esk nya kena g ke cheras, kena bt kerja kat sana...mcm best kerja travel ni...haha. dalam hati cukup menyampah...heeee..

nanti kite jumpa len kali ekr...cian dy ni..


last but not least, balik kg tak dapat jumpa kawan2 lgi...tape2, nanti kite jumpa di lain tahun ekr.. hehe..

p/s: risaw gak kalaw terbelaku banjir malam ni...emmm, ari tu kmpung kt area hulu besut dah kena banjir..harap2 tak berlaku bnjir kat umah aku tahun ni...

sekian...

Friday, October 29, 2010

hidup sederhana

salam kembali...

sekian lama tak update blog aku ni.. hari tu aku tgh sonok update blog, tetiba pakcik yg jaga cc ni tutup aku punya line...terus padam...sengal...aku dah boikot cc dy...aku tak peduli sape dia tu, sape kaco mood aku tgh buat kerja..hehe

emmm...eceli esk aku kena tranfer jauh ckit dari tmpat biasa aku...eh, kerja pun kena transfer gak ker? kira ok la kena transfer sekejap, kalau kena terminate ? emmm,,, ilang la punca rezeki kan... takat kena transfer tu, normal la...leh aku tingkatkan kefahaman aku tang apa yg aku sedang pelajari skrg ni... bak kata en. tahir... Hidup kita ni ada satu pembelajaran...belajar dari apa pun.....

tetiba teringat plak, aku banyak cedok ilmu dari staf aku...staff aku, yg cumil, hensem, baik, luhur, jujur pasti akn ajar aku...hehe, dan yg bestnya klu kite mintak tunjuk ajar...mereka mengajar tanpa minta di bayar...emm

hidup sederhana?

aku dah kerja...emm next leave aku nak balik kg, jumpa umi dan ayah...adik2 abg, kakak, rindu semua.. kawan2 aku...juga aku rindu mereka, dah lama tak jumpa. g bangi jumpa ngn sorang dua je... kat sini pun ada kawan...tp masih rindu kawan2 yg dulu2.. hehe

hidup sederhana je, makan janji cukup, tepon mesti cas batery kalau tak, nanti ada orang yg risaw, hee, risau tu tanda sayang kan? ehhe.


p/s: aku sejak sekian hari ni asyik batuk je, itu tanda tak sihat...emm..

sekian...

Friday, October 22, 2010

Housemate oh housemate

salam kembali

dah berkurun rasanya tak taip entry baru... akhirnya ku tulis lagi. kali ni kisah tentang housemate. minggu ni, dapat housemate baru, macam2 perangai ada...sungguh tak ku sangka...bertahan dan bersabar sehingga aku naik marah...kalu aku marahkan...setakat ni aku dapat kawal, mane la taw kalu aku tak dapat kawal...nasib malang la budak2 itu... hua-haha..ganas plak aku ni...

eh, salah...aku ni kan baik, bukan jenis macam tu. jenis aku kumpul bukti, cakap (warning) tapi kalu tak reti jugak, hmmmm...lebih batter rendam dalam kolam selama 13jam lagi bagus.

ikutkan hati aku, aku nk je pukul2, ketuk2....tp kawan aku kate..."ape kata kita warning dulu, itu lagi bagus"...

baek lah... aku bersyukur dapat housemate baru, banyak menguji keimanan dan kesabaran aku, smpai masa nanti, nasib kamu yg suka menyusahkan orang lain, pastinya akan dapat pembalasan sepertimana kau telah buat pada diriku dan kawan2 ku. Allah maha adil lagi saksama...


bak kate Prof. Madya Khazin Tamrin (lecture Sejarah UKM), "hidup kite ni...eeerrr.., janganlah menyusahkan orang lain"


hidup positif... kejarlah dunia Kerana Allah, nascaya kamu akan mendapat balasan setimpal dengan apa yg kamu lakukan..

sekian...

Tuesday, October 12, 2010

perlukah kuasa di tayangkan?

salam kembali..

hari ni tetiba terasa nk menulis lagi. topik yang aku utarakan,

kenapa perlu tunjukkan kuasa yg ada pada diri (yg luar biasa), cukup lah sekadar yg terlihat.


mengapa? ku tulis topik ini? aku ingat pesanan seorang pd kami sewaktu kami ingin menaiki pentas untuk satu persembahan...

"ingat, kite buat ni bukan untuk menunjuk yg kite terrer, hebat, bagus, etc.... kalau niat kite nk tunjukkan diri, nanti Allah akan TUNJUKKAN diri kita"

dalam kes ni, "TUNJUKKAN diri kita" di nyatakan sebagai diri kita di pamerkan pd sesuatu yg di luar dugaan kita.. cth, di tunjukkan di depan ramai kite terjatuh (atas pentas hebat, kt atas floor, jd tak hebat? ape citer?) itu contoh di tunjukkan diri kita...ada byk lagi... jadi...lakukan seikhlas mungkin kerana Allah dan RasulNya...

mengapa pula di nyatakan sebagai "cukuplah sekadar yg terlihat?" kerana yg terlihat itu sudah di ketahui orang, sukar utk ditutup atau di sorokkan, tapi jgn la selalu menunjuk-nunjuk..kerana tak de gunanya.

aku punya sikap hmpir sebegitu, suka menunjukkan apa yg ada...tp..bile aku fikirkan apa yg di nyatakan oleh seorang kawan dan juga sahabat ini, aku mula memikirkan ada benarnya juga.


itulah hakikat, jika kita buat sesuatu kerana Allah dan Rasulnya..maka akan beroleh keberkatan...tp, jangan la sampai buat kerja jahat (terkutuk) juga kerana Allah, kerana Allah murka pada orang yg melakukan kemungkaran...



begitu juga dengan kerja...kerja yg kite usahakan, kalau menimbulkan kemungkaran Allah, maka shubahah dan perlu tinggalkan segera.. in my right?

sekadar sebuah perkongsian...

enjoy for reading post!

entry pertama selepas raya

salam buat pembaca kalian.

sesudah sekian lama blog aku kesunyian daripada di update. bukan aku tak mau update, tp setiap kali datang idea, aku tak de online...setiap kali online tak datang idea. sejak lepas raya, aku kan makin bz, dengan kerja yg tak menentu, kejap pagi, petang, malam, kerja larut malam belum mula lagi..ahha..

sejak start bekerja, ni lah kali pertama aku menyatakan yg aku dah mulakan kerja. bidang kerja aku, biasa je, tp memerlukan kesabaran yg tinggi dan juga keyakinan juga kena tinggi. kalau tidak nasib la.

hari tu sempat ke career fair, di mid valley, emmm...searching a new job with new salary with new place and new life. aku bekerja, sekarang ni...tapi seperti "tiada life" membosankan, dah la dapat plak T.O yang follow prosedur...sakit kot...nak mintak cuti pun payah...itu dan ini pun payah...susah betol. itu pasal aku try usha2 kerja baru, mane la taw, ada rezeki baek...boleh la tukar kerja, kn.

aku kerja working shift, agak penat skit, masuk pagi balik petang, masuk petang balik malam...bosan pun ada jugak kerja mcm gitu, klu shift malam, penat skit, balik tido...pagi tido

disebabkan aku kerja under training, aku kena g HQ utk balajar teori...satu perkara paling malas adalah membuka buku baru...yg berlainan dengan apa yg aku belajar dulu...bosan kot. klu kerja di HQ, nasib la, nisbah aku bekerja dengan melangok (tgk tb, men2, lepak dsb) adalah seperti 1:1, kalau tidak...mesti hampir kpd tahap tersebut. mane tidaknya, kuar jam 7 pagi..(kekadang 7.15-7.30 pagi) balik kul 6.00-6.30 petang (hampir 12 jam working)... bosan kot, kerja KL ni..asyik tersangkut dlm trafic jam setiap hari.. kecuali ari Ahad.. klu dpt kerja kt HQ pd hari Ahad, aku suka...sbb boleh guling2, baring2 atas jalan raya...senang dan lenangnya...haha..


sudah banyak aku menulis, tetiba rasa malas plak nk teruskan tulisan ku ini... rasanya dah cukup buat sementara waktu...emmm.. should aku buat entry baru lepas ni plak... aku tetap rindukan dunia blog...kerana di sini ku curahkan ilmu dan pengalaman juga perkongsian hidupku...yg serba sedikit...

sekian buat bualan seketika... bertemu lagi dalam post yang akan datang...

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails