Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Wednesday, May 18, 2011

note for u

salam...

ape khabar pembaca blog? banyak kan sawang di blog ini, takde orang bersihkan...hehe. bt masa skrg ni, aku masih lg berada di Rawang. aku rasa, aku sudah perlu pergi dari sini...bak kata orang, buah masak yg tunggu di petik...tp...adalah lebih baek aku siapkan urusan aku dulu, n than aku akan lebih yakin utk melangkah keluar dari tempat ini.

perlukah aku antar note pada si botak itu? tak pe....aku balik pk dlu....


Tuesday, May 10, 2011

3pagi...masih awal lg...

salam alik...


waaa... sudah laaaaaamaaa ekr blog aku ni bersawang....baru perasan..takde orang tlg sapukan...hehe... kalau dulu2 aku masuk gak sapu2 sawang ni....tp kini, aku tgk2 dari jauh je...hee...malas nk update....dengan isu nyer yg takde...hmmm...

terkini...aku masih kerja di tempat lama la lagi...masih di Rawang...tak tercampak keluar lagi... walaupun aku dah dengar ura2, suara2 belakang nak mencampakkan aku ke suatu daerah terpencil, namun belum lagi aku dicampakkan...

sebaliknya yg berlaku, dalam kalangan member aku (3 orang pelapis baru) 2 daripadanya di transferkan ke kawasan yg berdekatan, manakala aku masih kekal di posisi yg sama...hmmm..bagus la kan...

esk aku standby...berjaga2 utk bertemu ngn si dy tu...kalau kau datang, lagi bagus kan...kalau dy tak datang pun takpe...lagi aku suka...heehe...:)


sebelum terlupa....selamat hari ibu bt umi terchenta....

Monday, April 11, 2011

teh tarik dan roti canai: sudut breakfast

salam alaik dan selamat pagi

ape khabar pembaca kalian? sesudah lama tak menwujudkan entri pada waktu pagi, hari ni teringin nk menulis entry pagi ni. berkisarkan sebuah kehidupan yg biasa di lalui. hari ini aku menulis bukan kerana ingin menulis, tp kerana ingin berkongsikan bersama anda kalian..

sesekali tergangu mendengar berita "terkejut" dari bos aku. katanya, "after meeting nanti, maka akan ada perubahan dlm pihak pengurusan". terkejut aku itu hanyalah luaran. tp dalaman aku dah tahu, bahawa aku bakal di hantar ke mana-mana tempat. kemungkinan besar aku akan di hantar ke luar kawasan aku. tambah menyakinkan aku dengan adanya 3 orang pelapis baru yg bakal menggantikan tempat aku.

aku? bersedia utk kemana sahaja.

aku ingat lagi ayat dari bos aku, "kawan ko yg sama ngn ko, dah naek jadi boss dah" hee.. aku menyambut dengan senyuman..itu tandanya aku perlu belajar lagi..hehe

ok, sampai sini saja, nanti aku update...

td aku dapat panggilan segera...huu..

Saturday, April 2, 2011

minyak naik harga lagi..

salam alik..

mendengar berita baEk dari kerajaan, harga minyak naek lagi. naik 20 sen bg ron 97, bagus tak? lepas ni banyak la yg nak naik...

para pekadai pun mula la nk menaikan harga barang... barang runcit, barang itu dan ini.... eh, jgn korang terpedaya dengan mereka ni. diorang antar barang pakai diesel, bukan pakai petrol. mencuri peluang je diorang ni.

seingat aku, ada satu post yg aku buatberkenaan dengan harga minyak naik ni. sehingga segala tambang, barang meningkat...tapi..masa harga minyak turun, satu tambang pun tak turun, satu harga barang pun tak turun..sekarang harga minyak naik...so jangan la nk naik2 lagi.. yg terpaksa di turunkan pun belum turun lagi.

P/s: krisis Timur Tengah menjadikan harga minyak di naik kan...itu kata kerajaan.


adakah aku silap percaturan? 2

salam...

previous post aku berbicara tentang mereka yg buat aku marah, kerana ingin menjaga periuk nasi orang, aku punya periuk nasi plak yg mereka ingin kuburkan. apakah manusia ini tidak pandai bersyukur, cuba menjatuhkan prestasi dan nama baik aku.

selama ini aku menjaga mereka, memberi peluang bekerja yg baek, tp akhirnya mereka cuba memancungkan kepala aku.. apakah aku hanya perlu berdiam diri?

"today, i give u last warning, next time u do that, i give u resign later, ok!"


biar aku bertenang dulu, tak elok buat keputusan time marah.

Wednesday, March 30, 2011

adakah aku silap percaturan?


salam..

hari ini, aku rasa kurang sedap utk bekarja, terasa badan panas2 sejuk, bukan nak deman, tp rasa tak sedap. barangkali ada perubahan angin lalu. antara eleman di luar bercampur dengan eleman dalam badan sehingga menghasilkan sebuah tenaga yg terpendam.

badanku yg panas2 suam ini menghasilkan sebuah tenaga baru yg menghasilkan keadaan tidak selesa dan tidak menentu.

di saat tubuh aku menghasilkan tenaga yg luar biasa, mindaku jadi ligat berputar mencari sesuatu yg harus ku lempiaskan.

dalam keadaan diriku uncontroler, kekuatan tenaga sampingan itu mengjadikan aku terpaksa melepaskan tenaga tersebut dalam bentuk kegembiraan atau dalam kemarahan. ternyata pada masa tersebut ada satu kesilapan yg dilakukan oleh seorang pekerjaku, dengan yg demikian, aku melepaskan segala kemarahan itu padanya.


tetiba muncul plak pekarja aku yg sorang lagi, pun buat onar jugak...terus la aku taram mereka berdua. biar mereka rasa jugak!!!

tp sayang, aku melakukan satu kesilapan. sepatutnya aku halau je diorang tu. itu lagi baek dari aku biarkan mereka ada di depan mataku. sekian.

kadang2 angin panas itu tidak baik, cepat2 aku beristiqfar.

"Ya Allah, jauhkan aku dengan perasaan marah, sesungguhnya marah itu adalah sifat Iblis"...

Tuesday, March 29, 2011

mencari hakikat sebuah kebenaran..

salam..

aku termenung beberapa seketika selepas membaca masej yg di sampaikan. terasa berat hatiku. namun aku tidak pula menunjukkan yg aku sedang dilanda masalah, dengan selambe aku masih lagi keluar, mencari sesuatu yg lebih baik.

berjalan di bawah sinar mentari sesungguhnya memberikan kekuatan luar biasa kepadaku. aku rasa aku makin gagah berjalan sambil badan di sirami keringat. kugagahkan langkah menuju ke destinasi.

setiba di destinasi, aku melihat kira dan kanan, ternyata, semangat aku tidak sekental kemahuanku. seketika aku melilau-lilau. tidak ketemu apa yg aku cari.

akhirnya tanpa arah dan tuju, aku berjalan melewati kawasan pameran...sedang berjalan, aku terbaca masej di teleponku...ringkas sahaja tulisannya..

"Fathi, ko cuti esk"

terkejut aku, eh, dah la ari ni aku mintak cuti, esk pun dapat cuti gak, lusa kerja blah petang. huh, memang masyuk la. klu mcm tu, aku tak kan balik ke Rawang, aku nak tenangkan fikiran aku di mana2 tempat yg sesuai utk diriku. aku nekad! biarlah hati ini yg memandu diriku ini..

akhirnya aku memilih keluar dari KL, jauh dari Rawang. biar aku pergi membawa diri...


sebelum aku mengakhiri coretan ini, aku ingin menyatakan betapa derita yg aku tempuhi, aku tahu "kau" juga mengalaminya. aku tidak ingin berhutang dendam, aku mahu maafkan segala apa yg kau telah lakukan...

setelah apa yg berlaku, jika diberi dua pilihan, "beri kemaafan atau jatuhkan hukuman" aku memilih kemaafan. semoga Allah merahmatinya...

Monday, March 21, 2011

krisis Timur Tengah: antara perang dan kebenaran

salam alaik..

sesempat tadi, aku mengodek laman sesawang, maka terjumpalah beberapa berita yg aku sendiri sedang mencari kebenaran.

Isu berkenaan krisis Timur Tengah, di Mesir telah berlaku kebangkitan rakyat menentang kerajaan, begitu juga dengan Tunisia, tidak terlepas beberapa kawasan di Timur Tengah menjadi sasaran rakyat bangkit menentang pemerintahan.. apa sudah jadi?

MESIR: rakyat menentang Hosni Mubarak, siapa dalangnya? dah bertahun dah Hosni Mubarak memerintah, hanya dengan melantik Naib Presiden dan seorang menteri yg di kata "bermasalah" menjadikan satu kebangkitan rakyat? logik kah? atau sudah ada racun2 yg sedang menunggu masa utk mengyengat?


LIBYA: rakyat bangkit menentang Muammar Gaddafi, ape yg Gaddafi buat sampai rakyat menentang mereka? lagi menarik penentangan terhadap Gaddafi merupakan satu puak yg terancang, mempunyai senjata yg canggih serta tersusun (organise) siapa yg bantu mereka dari belakang? beberapa kawasan (bandar penting, juga turut di rampas pemberontak),

- siapa yg patut bertanggungjawab dalam soal ini?


BAHRAIN, YAMEN, TUNISIA, ??

pernahkah anda tahu, mengapa Timur Tengah begitu PENTING?


1. Pusat Agama - hampir semua agama besar dunia dimulakan di sini. (Islam, Kristian, Yahudi)

2. pusat dunia - penghubung antara timur dan barat - Terusan Suez (di Mesir) dianggap jambatan kpd 3 benua, Afrika, Asia dan Eropa, sesiapa yg berjaya menguasai kws ini, akan dapat menguasai dunia dr segi politik dan perdagangan. sebab itulah Timur Tengah tidak akan aman.

3. sumber minyak dunia. di Timur Tengah ni, sumber minyaknya masih banyak dan menjadi rebutan para pihak2 kuasa Besar spt Amerika Syarikat, Britain, Perancis (dgn kata puak NATO). Kuasa-kuasa besar tiada pilihan kecuali mengukuhkan kedudukan mereka di sini.

kira2 lebih 200 ribu askar Amerika di Timur Tengah pada masa kini, pengkalan tentera pun ada jugak.

4. tidak stabil - Timur Tengah merupakan wilayah yg tidak akan pernah aman. selagi ada kuasa2 besar di Timur Tengah, selagi itu mereka akan merancanakan agenda utk menwujudkan "keamanan". Kuasa2 Besar seperti Amerika akan "menjadi Hero" dalam mewujudkan keamanan di Timur Tengah.

5. Peranan Amerika Syarikat. AS tidak mahukan ada pihak lain yg akan menjadikan kuasa baru di Timur Tengah yg tidak menurut "katanya".


Krisis di Timur Tengah benar2 membimbangkan AS kerana terdapat beberapa Pangkalan Tentera di Timur Tengah. Armada kelima (US Navvy) berada di Bahrain, AS telah menguasai beberapa negara di Timur Tengah (merupakan Boneka kepada AS). seperti Mesir (satelit Amerika di Timur Tengah),

sedangkan Krisis di Timur Tengah juga merupakan perancangan yg di buat oleh Amerika, sedangkan dalam masa yg sama AS juga merupakan pemerintah kepada boneka-bonekanya. AS menjadi duri kepada semua daging2 dan bila sampai masanya AS juga akan menjadi hero kepada Boneka-bonekanya.

apa yang membimbangkan Amerika ialah...sekiranya revolusi Rakyat di Timur Tengah itu menjadi seperti Revolusi ISlam Iran, maka ia merupakan satu beban yg cukup indah bagi Amerika Syarikat utk menanganggungnya.


Revolusi Iran (sila Klik sini) secara umumnya merupakan satu bantuk perjuangan berbentuk Agama dalam menentang kezaliman pemerintahan Shah Iran. Dalang kepada kebangkitan Rakyat di Iran adalah Amerika Syarikat, kerana AS sudah tidak mampu mengawal kezaliman regim Shah. namum kebangkitan Raykat pula tidak dapat di halang oleh AS, sehingga kini, Iran tidak menjalinkan hubungan dagangan dan politik dengan Amerika Syarikat. Iran juga terpaksa menghadapi sekatan ekonomi daripada AS.


Kini, tiba masa anda (para pembaca) utk menilai tentang kebangkitan Rakyat di Timur Tengah. Tentera Bersekutu (AS dan sekutunya) membedil Libya, itu tandanya Tentera Bersekutu dah tak suka pada Muammar Gaddafi.


setelah menulis, tibalah giliran pembaca utk menilainya.

sekian.

Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails