Dato' SOAR:

"kejayaan itu bukannya bermula ketika kita berada di puncak"

Petua Kejayaan


"buat lah yg terbaik, sesungguhnya usaha itulah yang melambangkan kejayaan"

Buat Teman....

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkn. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd Allah.


Wahai sahabat, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.."

Friday, October 7, 2011

Jerebu...oh jerebu...

salam alaik...

tetiba plak teringin nk menyatakan tentang jerebu...jerebu ni kan sejenis bencana alam yg kecil, yg mampu mengancam keselamatan manusia sejagat sekiranya tak di pantau. jerebu ini, banyak memberi kesan kepada manusia.


Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah kepada jerebu termasuklah :

  1. Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  2. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  3. Mata terasa pedih dan berair.
  4. Hidung berair dan kerap bersin.
  5. Kulit terasa gatal-gatal.
  6. Terasa sakit dada.

oleh itu, untuk mencegahlah Penyakit Akibat Jerebu. Ikuti Nasihat Berikut :


  1. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  3. Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  4. Perokok ynag mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, jangan merokok di dalam rumah.
  5. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  6. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
  7. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  8. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  9. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  10. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100)
  11. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Unit Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar Kementerian Kesihatan Malaysia.


p/s: tetiba teringat kat awek aku, yg dihujani oleh debu2 yg berterbangan di merata tempat...:)
cian dy, ari2 tido luar...

Tuesday, September 27, 2011

After 0ne year...


salam alik...

sesudah setahun aku mengkonvokan diri, kini aku masih bekerja di tmpat yg sama (bidang sama), cuma tmpat je len.. sesudah setahun, aku kembali ke Bangi (walaupun pernah ke sana) sblm ini...tp kali ini aku menghadiri sesi konvokesyen buah hati pengarang jantung aku kat Bangi, UKM. mereka semua di kategorikan sebagai adik2 aku.....mereka juga sahabat aku...:)

Hyedah dan Nisa...selamat Bergraduasi..:)


numpang menyemak



kali ni, graduate dari FSSK dan FTSM...
tapi bile plak aku jadi FTSM??


lalu selepas ke Majlis Konvokesyen UKM ke-39, aku meneruskan perjalanan ke rumah2 terbuka (raya kan), and than menyusur ke Melaka....bandar Raya Bersejarah..menghabiskan ziarah sahabatku...
bergaya! - merayau ke Melaka
(di belakang itu, kapal milik Portugis-yg tertggal kat Melaka)

walaupun terasa sedikit penat, namun rasa berbaloi itu ada kerana aku dapat spend time utk mereka, almaklumlah...skrg dah ada awek yg lagi best, kena la jenjalan tayang awek ku itu pada mereka kan? nanti ape plak kate mereka...heee...
jumpa Mizah...mak cik oren...:)




next day....Muhammad Azani Ahmed...maaf aku tak dapat menghadiri Majlis kamu....





5 bersaudara....kalau bertemu..pasti tak mau pulang punya...:)

sehingga berjumpa lagi...




Fathi Adha,
Rawang.

Sunday, September 11, 2011

nk pergi ke tak nak?

salam sejahtera....


amacam blog, banyak habuk tak? bole tahan la kan...hehe...dah lama tidak hupdate blog ku ini, almaklumlah, aku kan busssssyyyyyyy sangat-sangat..


eceli ada cerita yg nk aku ceritakan tentang sebuah kisah hidup, (ceeeewah ayat), al-kisah.... aku call boss aku, pada suatu hari... ku berbicara dengan penuh ketenangan...sambil borak2 la katakan... maka aku pun memulakan ayat...boss, ini peribadi skit, "sy nk resign la"...

maka dy tanya aku, sure ker? bila last day? maka aku pun berstory la ngn dia....kemudian...dia pun berkata lagi...

ko tension kerja ker? kerja jauh sgt ker? banyak la plak dia bertanya... dlm hati, susah utk aku katakan, bahawa aku dah bosan kerja... haha...

maka boss aku telah menawarkan beberapa pakej utk ku...

1. upgrade pangkat aku....
2. upgrade gaji (basic aku)
3. membuka peluang utk dptkan bonus dan insentif


dia berkata lagi....kalo g tempat kerja baru, maka kamu akan
1. belajar benda baru
2. envairoment baru
3. kawan baru, staft baru, semua baru.
4. back to zero, 
5. dan ingt jawatan baru itu, lbh mencabar...


wah, macam ceramah syawal plak aku rasa..haha, takpe bos sy pk jap...

sekejap........dah lama ni.......

dia pun kata lgi....surat resign ko aku tak sign lagi....hehe


aku pun senyum....tataw nak kate ape..



fathi - serabut kepala, Rawang

Tuesday, August 30, 2011

salam syawal

selamat hari raya Aidilfitri buat semua...pohon ampun dan maaf jika ada terlanjur kata, terkhilaf fikiran...



...selam syawal....


-Selamat Menyambut Hari kemerdekaan ke 54-

Thursday, August 18, 2011

tiada lagi istilah Chenta

sudah tiada istilah chenta...



namun masih ada harapan


hidup ini sekejap sahaja....



....namun yg sekejap itulah kehidupan kite....


berkhidmat hampir setahun dlm bidang food service, namun belum lagi aku bersedia utk menjadi in-charge..kerana hati telah tawar, tunggu lah sehingga mendapat chenta baru..

tiada lagi istilah chenta..

Tuesday, July 19, 2011

dah tiba masa...

3 bulan dahulu...

"fathi, kalo ada asstant baru masuk cni, itu tandanya salah sorang kena kuar dari tmpat ni, antar ko ataw ayu"

aku hanya menjawab dengan senyuman, "saya dah sedia utk ditransferkan!"

namun, semua tidak terjadi, walaupun sepatutnya aku sudah keluar dari Rawang, dan sepatutnya sudah di transferkan ke mana ntah. namun aku masih ada di sini, di bandar ini. ehhe. tak terkeluar lagi.

namun, segalanya dah terjawab pada siang tadi. pada hari ini, ada 2 orang asstant baru masok ke tempat aku, sebagai trainee, (aku tak jadi tenaga pengajar)...hehe sepatutnya aku membantu mereka sepenuhnya sehingga mencapai usia matang (1 bulan training). namun, aku di paksa keluar lebih awal dari tarikh itu. ape boleh buat.

jadi lepas ni ke mana?

jawapan aku pada boss aku...."saya nak stay sini, tempat ni, ada masalah tak?"

jawab boss aku, "selagi tempat ni macam ni, selagi tu ko boleh stay sini, dengan syarat......kalo mereka mintak bantuan, ko kena bantu, kalo tak, jgn mimpi nak duk cni..."

bahasa itu..dituturkan dalam nada bergurau tapi tegas. hahak..aku suka tinggal Rawang...dan tak mau ke tinggal di tempat laen..hehek...


akan berpisah dengan tempat ini. syg kamu semua...huhuk

Wednesday, July 13, 2011

pencariaan ku berakhir

salam alik...

sesudah sekian lama aku mencari seseorang, akhirnya aku menemuinya, walaupun aku hanya mengenalinya (baru 1st time jumpa), itu pun dalam blog.. aku baru je jumpa sesudah sekian lama (takde la lama sangat, dlm seminggu) aku mencarinya..hehe, akan kuselidiri latar belakangmu wahai pemilik sebuah empayar...

walaupun aku suka....(tp betul ker aku suka??) sebenarnya aku hanya ingin mengenalinya sahaja, tidak lebih dari itu, kerana aku taw dia seorang yg berwibawa sehingga mampu memecahkan sebuah empayar dan sekarang beliau sedang menawan empayar tersebut.

oleh sebab aku bukan seorang pemerintah, jadi aku tidak punya empayar seperti yg kamu miliki, hanya satu pesananku wahai pemilik empayar yg hebat...kendalikan empayarmu dengan akal dan jagai empayarmu itu dari nafsu yg menguasai dirimu, kerana nafsu ketamakan akan meruntuhkan empayar mu pada suatu hari nanti.


sehingga ketemu lagi..


p/s baru balik dari bangi, thanks to azani, kerana bg aku pengalaman berharga..hehe

Saturday, July 2, 2011

spacial offer

salam alik...

waa...membaca tajuk itu, memg sangat menarik kan? apa tu spacial offer? sapa yg boleh dapat spacial offer ni? aku, kamu, samua or utk siapa?

offer ni bukannya offer half price, bukan 100% off, tp sangat baik punya offer. lagi sebulan sebelum datangnya offer baik ini. marilah sama2 kite dapatkan offer ni.

offer ni semua orang boleh dapat, semua orang boleh merasainya, setahun sekali je...

jom kita berusaha dapatkan offer ni.


rugila bagi yg ketinggalan mendapatkan offer ini, kerana kite tidak mengatahui boleh ataw tidak utk kita dapatkannya pada tahun hadapan...hmmm.. sama2 kite berfikir..


offer ini hanya boleh didapati pada bulan umat Muhammad S.A.W. iaitu bulan Ramadhan yg berkat lagi memberkati..bulan yg boleh kita mendapatkan malam seribu bulan, bulan terbaik utk menggandakan ibadah...tp sepatutnya sebelum datangnya bulan offer ni, kita dah kena mempersiapkan diri utk menghadapi bulan keberkatan tersebut.

mempersiapkan diri...mempersiapkan diri...




Blog-GempaQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails